Followers

Thursday, August 9, 2018

BAB 5



“ Dah sampai dah dik.”

Vee yang dok menganga tengok kawasan sekeliling macam orang tak pernah tengok rumah hanya memandang tepat ke wajah Pemandu Teksi sambil angguk beria.

“ Betul ke dah sampai ni pakcik?”

“ Ehh iyelah. Banyan Close kan?”

“Banyan ke Bayam?” soal Vee semula. Pakcik Teksi dah bagi senyuman senget pakej lengkap kening double jerk.

Laju je mata Vee terarah pada buku kecilnya sebelum dia angguk laju. Banyan Close, Bandar Bukit Mahkota. Rasanya macam ye macam yang tertera dekat pintu gerbang depan tadi. Masalahnya, betul ke mak duduk sini?

“ Haa inilah tempatnya dik. Lawa rumah ni. Rumah siapa?”

“ Mak saya,” balas Vee perlahan sambil mata ralit memerhati kawasan sekitar. Belum ada tanda lagi macam bersedia nak turun.

“ Aik? Rumah mak sendiri pun takkan tak tahu. Berapa tahun dah tak balik rumah mak ni?” soal Pakcik Teksi separa sarkastik. Vee juih bibir. Hilang mood blur dan rasa tak percaya, datang mood nak sekolahkan orang.

“ Pakcik nak saya jelaskan soalan pakcik tadi tu atau saya jelaskan tambang saya sampai  ke sini. Pakcik pilih.”.

Pakcik teksi sengih.

“ Amboi. Tanya sikit nak sentap. Tengak gaya macam sempoi.”

“ Gaya sempoi tak ada kaitan dengan apa pakcik tanya tadi. Air yang tenang  jangan disangka tak ada habuk jatuh pakcik. Kalau pakcik tenung elok-elok air tu, boleh nampak habuk-habuk atas permukaan air tu. Udara kita sekarang dah tak sihat pakcik. Keluar dari teksi ni jangan lupa pakai mask ye. So, berbalik pada permasalahan kita tadi. Pakcik nak saya jelaskan kenapa saya tak balik rumah mak saya dah lama ataupun saya jelaskan tambang saya ni,” tegas Vee lagi.

Pakcik Teksi Sengih lagi. Tak berani nak jawab apa dah cuma mampu angkat jari sebagai isyarat duit je. Takut kena ceramah le tu. Padan  muka!

Ha ah. Memang betullah bak kata Anas yang baik hati dekat KLIA tadi tu. Punyalah murah tambang ke sini, rm 70 biarpun rumah mak ni tak adalah jauh mana dengan Tol pun. Nak kata kena tempuh kesesakan lalu lintas pun jauh sekali. Tapi dia punya caj, boleh dapat beras berkampit-kampit. Sekian terima kasih.

Dan harga rm 70 tu pun setakat hantar depan rumah je. Beg dekat bonet Vee kena bawa keluar sendiri. Bertuah punya pakcik teksi! Dalam hati Vee dah doa berkali-kali tadinya sampai hilang kelibat teksi tu dari mata dia yang lepas je pintu gerbang kawasan rumah ni teksi tu nanti berhenti sebab tayar pancit. Rasakan! Tak ada langsung rasa ihsan pada kaum lemah macam dia.

Makanya, berialah dia heret 2 bagasi sebesar alam sampai ke pintu pagar. Ding Dong Ding dong berkali-kali barulah muncul penghuninya masalahnya bukan dari pintu depan. Tapi dari tepi. Konsep baru ke apa ni?

“ Veenea?”

“ Mak?”

“ Dah besar dah dia!” jerit Mak sambil berlari-lari anak ke arahnya. Vee pula dengan gigihnya lari juga sambil seret bagasi. Dah gaya peserta AF suka sangat kena AFundi keluar dari akademi gitu.

“ Mak ni. Mestilah orang makin besar. Tak kan ketot tett je macam dulu,” balas Vee sebaik saja pelukan dilepaskan. Ekor mata masih meliar kesekeliling rumah itu. Kereta pun tak ada. Agak-agak, suami baru mak tak balik kerja lagi ni.

“ Yelah. Memanglah selalu jumpa dalam gambar. Tapi bukannya mak boleh tahu tinggi mana anak dara mak ni. Kan? Lawanya dia!”.

“ Mak pun makin lawa. Pakai produk apa ni? Share la…share la…” usik Vee, mengada.

“Air wudhuk. Free of charge! Eh, ni mana orangnya ni?” tanya Mak tiba-tiba sambil terjenguk-jenguk mencari seseorang. Kening Vee dah berkerut panjang. Kita yang beria mencari, eh boleh pulak kita kena tanya balik. Ini alasan mak untuk mengelak dari ditanya ke macam mana?

“ Orang apa? Vee balik sorang je mak. Tak ada bawa balik laki orang Jepun ke apa. Orang jepun pun tak mau kat Vee. Jenuh orang ngorat dah. Gigih orang sewa kimono bagai. Tak adanya dia pandang kita,” balas Vee bersahaja. Tergelak besar Mak dibuatnya.

“ Mak tanyakan orang yang Vee pinjam telefon tu.Manalah tahu kalau sampai ke sini dia hantar. Bukannya calon suami ke apa. Apa yang Vee merepek sampai orang Jepun semua ni? Ha?” balas Mak dengan tawa bersisa.

Vee tayang sengih. Opsss..terlebih sudah rupanya! Nampak sangat apa yang berlegar dalam kepala kau sekarang ni kan Vee? Dari naik flight dok berdebar fikirkan desas desus mak kahwin lain dan dia bakal jumpa ayah baru. Seram okey. Mana tahu, pokok yang digoyang tu memang dari tangan-tangan manusia. Bukan dek sebab ribut ke apa.

“ Pinjam telefon? Oooo…haaa…mamat tu.”

“ Mamat tu?”

“ Err nantilah Vee cerita. Panjang sangat. Vee lapar ni. Mak masak apa?”

Mak sengih sambil tayang wajah teruja.

“ Mak masak makanan kegemaran Vee…….”

Vee jungkit kening berkali-kali. Makanan kegemaran dia? Mak ingat lagi ke?

“Telur…..masak…kicap!!!! yeayyy. Vee mesti sukakan? Mak masak tiga biji.”

Vee tepuk dahi. Punya jauh kita datang dari Jepun, telur masak kicap je? Alahai emak ni pun lah. Dalam banyak-banyak menu kegemaran, kenapa yang itu paling lekat dalam memori mak. Adoi.

“ Mak, itu makanan kegemaran Vee masa kecik. Vee dah besar la mak. Rendang ke, pulut kuning ke..tak adake? Orang dah berangan nak makan ni,” balas Vee, nada merajuk tapinya mood rajuk tergendala seketika bila riak muka Mak berubah muram.

“ Mak minta maaf ye Vee. Yang mak ingat, Vee suka makan kalau mak masak telur kicap tu. Manalah mak tau makanan kegemaran Vee bila dah besar. Kitakan…”.

“ Mak. …Vee minta maaf. Mak jangan kecik ati ye. Vee lupa,” pujuk Vee, serba salah. Bila lambat-lambat senyum kat bibir Mak mula terbit, Vee rasa lega.

“ Tak apa. Mak pun silap juga, patutnya Mak call Mak Usu tanya nak masak apa. Kan? Vee makan dulu ye lauk yang ada. Nanti malam mak buat rendang.” Pujuk Mak sambil peluk mesra bahu Vee.

“ Yeayyy! Sebab itu orang sayang mak. Jomlah masuk. Orang tak sabar nak tengok rumah mak ni. Besar gila kot! Pakcik Ada?” soal Vee sambil mereka berjalan menyusuri rumput karpet dihadapan rumah itu.

“ Pakcik? Pakcik mana ni? Mak duduk sorang je Vee.”

“ Duduk sorang? Dalam rumah sebesar ni?” soal Vee kagum. Tapi kekagumannya meleset terus bila dengan muka yakin Mak menggeleng.

“ Tu, rumah mak dekat belakang tu.Jom!”.

Vee blur. Depan macam istana dah, belakang ada rumah lagi? Konsep baru ke apa ni? Cannot brain!


0 comments:

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon