Ada
dalam 20 minit dia mengunyah chewing gum,
akhirnya bagasinya muncul juga di hadapannya lepas roller tu dua tiga kali
pusing menayang bagasi yang tiba sama. Sepenuh tenaga dua beg yang disusun
berturutan itu diangkat ke atas troli miliknya. Boleh tahan berat juga.
Almaklum, empat tahun punya barang. Itu pun banyak baju-baju tshirt yang elok
lagi dia sedekah je dekat junior yang masih tinggal di rumah sewa. Selebihnya
dia letak dekat tong charity. Baldi dan segala tok nenek tak gigih dia nak bawa
balik sama. Dekat Malaysia pun berlambak. Kot nak buat kenangan mengusik kalbu
pun banyak lagi benda lain yang boleh dibawa selain baldi. Ye tak?
Mata
bulatnya menerawang ke sekeliling kawasan ketibaan itu. Bertahun lama tak balik
ke Malaysia, rasa asing pula. Urghhh Vee, stament poyo tak hengat ko eh? Baru
balik dari Alaska ke hape? 4 tahun je pun, bukan 14 belas tahun. Kalau selama
itu, wajar balik bukan seorang dah. Paling baloi bawa balik sekali dua tiga
orang budak mata sepet.
Eh?
Poyo lagi? Berangan! Hakikatnya, 4 tahun di bumi para-para sakura itu hatta
seorang pun mamat jepun tak sempat dia curi hatinya. Setakat teman tapi mesra
tu, adalah. Itupun mesra bersebab. Nak tiru laporan makmal dia. Hampeh!
Sambil
menolak troli, sebelah tangan lagi menyeluk poket seluar capri paras lututnya
sebelum keningnya berkerut panjang. Langkah dihentikan seketika. Tak cukup
tangan kanan, tangan kiri pula menyeluk poket sebelah lagi. Tak ada juga. Poket
belakang seluar? Pun tak ada. Ah sudah!
Bag
pack yang disandang dibawa ke depan. Semua ceruk poket bag diseluk. Pun tak
ada! Biar betik Veenea oii.Benda paling penting abad ini merangkap nyawa kedua
hilang dari radar. Merana jiwa!
Agak-agak,
dalam bag baju ada tak?
Ah,
tu dah melebih Vee. Bag ni memang tak diusik langsung sepanjang kau layover
dekat Tokyo semalam. Beg sandang je yang merata dibawa. Lagi pula baju untuk
ditukar pun dah disimpan awal-awal dalam beg sandang supaya tak perlu kacau bag pakaian.
Makna
kata?
Mana
pergi telefon ni? Adoiiiii!!!!
Rambut
paras dada yang diikat separuh diurut-urut perlahan. Think Vee. Think. Di mana agaknya kawasan yang mungkin kau sorok
telefon selain backpack? Di mana? Dekat
mana? Poket jacket? Laju tangannya seluk poket jaket. Tak ada juga. Okey.
Sekian. Tutup cerita. Tamatlah riwayatnya tapi entah dimana.
Vee
tersandar sekejap di dinding kedai jual coklat. Bibir diketap sambil mata ligat memerhati. Nafas ditarik
dalam-dalam supaya tak panic. Rasanya dah tau dah kat mana telefon dia. Tau
dah. Dekat kedai perfume Airport Narita. Ye. Dekat situlah telefon bimbitnya
bersemadi. Dok kalut sangat masa tu nak
bayar, nak kejar sebelum gate tutup. Haaa ambik. Sekian. R.I.P noni. 4 tahun
berkhidmat dengan setia akhirnya dekat sana juga kau bersemadi.
“
Macam mana ni?” rungut Vee perlahan. Troli ditolak perlahan menuju ke arah luar
ruangan itu dengan tak ada arah tuju.
“
Sedihnya la haih. Balik tak bersambut, telefon hilang. Macam mana nak contact
mak ni?” gumam Vee sendirian sebelum langkahnya terhenti. Ada kerusi kosong
ditepi troli langsung punggung dilabuh perlahan. Dompet dikeluarkan sambil
matawang yen diperhatikan.
1000
yen. Ini je yang tinggal lepas dia lupa daratan sekejap waktu di Narita Airport subuh tadi. Beria telek perfume, kesudahnya nak makan pun tak cukup duit. Nasib
baik dalam flight ada makanan.1000 yen, berapa ye duit malaysia sekarang?
Agak-agak telefon awam wujud lagi tak untuk dia call mak tanyakan alamat?
Kenapalah sebelum ni tak terlintas dekat fikiran dia untuk catat alamat tu
dalam buku nota? Ah, itulah manusia zaman sekarang. Semua nak bergantung pada
telefon bimbit. Kesudahnya kalau dah hilang macam ni, tak haru?
Sekilas
mata Vee terpandangkan telefon bimbit yang dicaj diletak elok dikerusi
berhampiran dia duduk. Kosong di sekelilingnya. Bag tak ada, orang pun tak ada.
Hmmmm..agak-agak
kalau dia pinjam kredit orang tu untuk call mak, aci tak? Senyum Vee dah
panjang sampai ke telinga. Bijak kau Vee. Bijak! Why pay more?
Laju
saja buku nota hikmat sebesar buku 555 dikeluarkan dari backpacknya. Tertera
nombor telefon mak didalamnya. Mujurlah bab nombor telefon ni masih ada sifat
jumud dan oldschool yang ditanam
dalam dirinya lepas kes hilang telefon dekat stesen keretapi masa tiba-tiba je
bandar Tokyo buat Drill Serangan Misil Dari Korea Utara secara tiba-tiba masa
tu. Haaa lepas dari tu, setiap nombor telefon dia catit.
Tidak
mahu buang masa dan peluang yang ada, dengan lagak biasa tak mahu ditangkap
curi-curi pinjam, telefon sapa entah laju saja nombor mak didail.
“
Assalamualaikum mak. Mak! Ini Vee. Ha ah. Vee dah sampai. Telefon Vee terhilang
la mak. Mak bagi location dekat telefon ni boleh? Yeee..Okey. Cepat ye mak.
Sekarang. Ok.”
Vee
tarik nafas lega. Laju je telefon bimbit tadinya diletak semula diatas kerusi
sambil sesekali mata dikerling kalau-kalau ada mesej masuk. Tapinya idokla lega
mana bila dia menoleh untuk kali yang yang kedua ada dua lelaki berpakaian
ala-ala pembuli jalan raya dok elok berpeluk tubuh di sebelah kerusi itu sambil pandang dia
dengan wajah serius.
Vee
tayang sengih sambil akal dah berkira-kira tindakan selanjutnya yang harus dia
ambik. Alamak. Macam mana ni? Silap pinjam phone ke apa? Nak blah ke atau….eh.
Tak boleh. Mak nak share location, kan? Kalau lari sekarang, nak kena call mak
lagi lepas ni.
“
Errrr…saya pinjam kejap bolehkan?” bagitahu Vee perlahan dengan sengihan yang
dipaksa.
“
Apa pinjam-pinjam?”
“
Kalau tak boleh pinjam…lariiii!!!!!” jerit Vee sambil memecut sekuat hati.
to be continue.....
1 comments:
Kelakar la vee ni. Hahaha.
Post a Comment