Bab 10
Syed Nadzhan mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Seharian dia
begitu. Makan pun rasa tak kenyang. Niat asal hendak keluar dengan Syamil main
bowling tengahari tadi ditunda tanpa sebab. Hasilnya, berbakul bebelan dari
Syamil dia terima. Entah kenapa hatinya rasa kurang enak. Mood hendak keluar
pun tiada. Atas sebab apa? Haahhh..kemungkinan besar sebab tuduhan tak berasas
pagi tadi!
Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada
perempuan kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa.
Boleh pula budak tu kata aku ni minat kaum sejenis? Dia dah gila ke apa?
Tak bermakna selama ni dia hanya bekerja dalam lingkungan kaum lelaki adalah
sebab dia anti perempuan dan sukakan kaum sejenis. Dia ada sebab tersendiri
kenapa dia jadi begitu. Dan apa pun sebabnya yang pasti sekali, dia lelaki
tulen. Pasti. Confirm!
Telinganya kemudian menangkap bunyi pintu bilik sebelah ditutup perlahan.
Jam dinding di kerling sekilas.
Malam baru balik? Keluar pagi lepas sarapan, lepas maghrib baru balik.
Haisyhhh..rosak budak ni nanti kalau nak mengikut rentak Emir yang memang kaki
jalan tu! Memang sesuailah dengan jawatan marine engineer dengan sifat
suka berjalannya tu. Enam bulan sekali berlayar satu dunia, enam bulan lagi
duduk lepak berfoya-foya di Malaysia.
Senangnya hidup seorang Syed Emir.
Tanpa dia sedari, kakinya sudah pun melangkah ke arah bilik sebelah. Tanpa
ketukan, pintu bilik di tolak kasar.
“ Apa Dr.Syed ni? Masuk bilik orang tanpa izin. Nasib baik saya tak
buka tudung lagi!”. Jerkah Tasneem. Sengaja dia memulangkan paku buah keras.
Oooo..orang masuk bilik dia pagi tadi, marah. Dia serbu masuk bilik kita macam pengganas, boleh pula kan?
“ Ini bilik ke apa? Bersepah macam
tongkang pecah!”.
Tasneem terdiam. Hilang terus rasa
marahnya akibat diserang hendap oleh jiran bilik sebelahnya itu. Matanya ligat
memandang ke arah sekeliling bilik itu, lantas tersengih sendiri.
Alah, dia bukan sengaja nak biarkan
keadaan bilik jadi macam ni. Kalut punya pasal nak memilih pakaian yang sesuai
untuk keluar dengan abang Emir tadi, sampai terlupa nak kemas semula pakaian
yang bertaburan atas lantai. Sudah
lah tu, cadar atas katil pun tak sempat nak kemas. Belum kira lagi lip ice,
bedak compact yang dibiar terbuka tanpa tutup.
“ Alah, ini kan bilik saya. Bukan bilik Dr.Syed. Suka
hati saya lah nak buat apa.”
Mata Syed Nadzhan lantas membulat. Tangannya dicekak ke pinggang.
“ Memang bilik ni , bilik kau. Tapi rumah ni... ‘.
‘ Mama saya dah kahwin dengan papa Dr.Syed, jadi rumah ni rumah saya juga
lah ! ,” balas Tasneem, selamba. Sedikit pun pandangan mata lelaki
itu tidak beri kesan padanya.
Syed Nadzhan jadi makin panas dengan sikap Tasneem. Perlahan, dia mendengus
kasar.
Perkara pertama yang dia tak patut lakukan adalah datang ke bilik ini tadi
dan menegur budak perempuan ini. Sebab?
Pertama. Tak untung apa-apa.
Kedua. Buat sakitkan hati saja.
Ketiga. Baik balik bilik dan anggap
budak ini tak wujud.
Malas hendak melayan, Syed Nadzhan
pantas keluar dari bilik itu sebelum lengannya ditarik perlahan sewaktu melalui
tangga ke tingkat bawah.
“ Nadz tolong papa boleh?”.
“ Hmmm..apa dia pa?” soal Syed Nadzhan malas-malas. Entah sejak bila papa
ada di situ pun dia tak pasti. Harap-harap papa tak nampak tindakan dia
menyerang bilik budak tu tadi.
“ Esok, Nadz tumpangkan Anim ke
tempat praktikal dia ye! Mama dengan
papa ada hal sikit esok. Tak dapat nak hantar Anim.”
“ Suruhlah dia naik teksi pa. Teksi kan banyak....”.
“ Nadz...dia tu adik perempuan Nadz. Nadz tak kasihan ke pada dia? Lagi
pula, dekat kawasan rumah kita ni jarang-jarang teksi masuk. Nadz pun nak pergi
ke arah bangi juga kan? Apa salahnya, singgah sekejap”.
“ hmmm...ye lah. Tapi Nadz pergi awal. Esok ada meeting. Nanti papa
beritahu pada budak tu, suruh bangun awal sikit. ”
Syed Irham senyum panjang lantas
angguk. Pegangan pada lengan anak
tunggalnya itu dilepaskan. Mungkin Nadzhan nampak keras di luar, tapi hatinya
sebenarnya lembut.
*********
“ Kau tak ada baju lain ke? Asyik-asyik pakai t-shirt dengan seluar jeans.”
Sudah hampir 15 minit dia dalam kereta itu barulah si pemandu ini bersuara.
Dari masuk kereta tadi, suasana dalam kereta itu dah macam dewan periksa. Senyap. Sunyi je. Nak buka radio dengar
Hot.Fm pun tak berani.
Tasneem merenung dirinya dari atas
ke bawah. Sesekali kepalanya dijengukkan
ke cermin sisi kereta itu. Salah ke pakai macam ni? Asal menutup aurat, menutup apa yang patut dari
pandangan orang lain cukuplah tu kan?
Tasneem sengih sendiri. Entah dari mana idea itu datang. Tapak tangannya
lantas di sua ke sisi kanannya, membuatkan dahi Syed Nadzhan berkerut panjang.
“ Apehal pula ni?”.
Tasneem sengih lagi.
“ Bak duit. Nanti saya pergi beli baju lain.”
Pantas tapak tangan comel itu ditolak ke tepi dengan sikunya. Tasneem
mencebik. Kalau dah kedekut tu, kedekut juga. Komplen saja pandai, bila minta
duit tak mo bagi!
“ Hal kita berdua, aku nak kau rahsia kan dari semua budak ofis. Faham?”.
Kening Tasneem bertaut. Ehhh..dah
tukar topik lain pulak?
“ Dr.Aleesya pun?”.
“ Bila aku kata semua, maknanya tak ada pengecualian.”
“Ooooo....”. Mulut Tasneem
melopong. Namun kemudian dahinya berkerut. Ada sesuatu yang memusykilkan dirinya.
“ Kenapa nak kena rahsia kan pula Dr.Syed? Kita
bukannya kahwin paksa atau pun bercinta diam-diam pastu kahwin tak ajak orang
macam dalam kisah novel atau drama dekat tv. Parents kita yang kahwin yang mana
menjadikan kita jadi adik beradik, betul tak? Jadi apa yang nak dirahsiakan?”.
Tasneem mati kata bila soalannya di
balas dengan renungan tajam. Perlahan, nafasnya dilepaskan.
“ Lambat laun, orang akan tahu juga
pasal kita lebih-lebih lagi, Dr.Aleesya. Tapi, Dr.Syed jangan risaulah ye. saya janji saya tak akan beritahu pada orang
lain,” tambah Tasneem lagi bila tiada respon yang diterima.
“ Kau cakap macam tu lagi tambah
risau aku dibuatnya.”
“Apesal pulak?”. Tasneem
memberanikan dirinya membalas renungan Dr.Syed. Apa, ingat dia ni kepochi
sangat ke?
“ Janji perempuan, memang tak boleh
dipercayai.”
“ Eleh. Ayat macam dalam drama je! Kenapa ? Macamlah
Dr.Syed pernah ada makwe berjanji nak kahwin lepas tu kahwin dengan orang lain!
Dr.Syed kan...”.
“ Aku apa?” pantas Dr,Syed
bertanya. Belum sempat Tasneem habis buat kenyataan.
Tasneem terdiam. Matanya
dijulingkan. Dok fikir, sesuai atau tidak perkataan itu dikeluarkan waktu-waktu
sebegini. Ini ada juga nanti yang kena jalan kaki pergi opis ni.
Ini namanya menyediakan peluru untuk diri sendiri ditembak.
Dan..belum sempat akalnya terus
membuat tafsiran bunyi tayar diberhentikan secara tiba-tiba menghentikan
lamunannya.
“ Kau turun sekarang.” Nada suara keras dan tegang. Takut-takut
Tasneem nak pandang.
“ Saya tak cakap apa-apa pun lagi.” Cuba memujuk. Tapi gaya muka Dr.Syed
macam tak makan pujuk je! Adoyaiiii....
“ Memang. Tapi aku dah tau apa yang kau nak cakap. Turun sekarang.
Now!”.
Tasneem mendengus kasar. Beg tangan
dihujung kaki dikelek ke bahunya sebelum pintu kereta dibuka dan kakinya
melangkah keluar.
Kereta BMW itu berlalu dengan laju. Tasneem gumpal penumbuk. Kuat. Geramnya
menggunung pada tuan punya kereta. Apa punya abang la perangai macam ni. Cakap
sikit pun dah nak melenting. PMS ke apa?
“ Dr.Syed kejam!!!!!”.
Namun jeritannya tidak ke mana. Mahu tidak mahu, langkah kakinya diteruskan
menuju ke arah tempat yang dituju, di hujung lencongan jalan itu.
************
Syed Nadzhan mengeluh perlahan.
Jari-jarinya mengetuk perlahan meja kerjanya tanpa rentak sekata. Pandangan matanya pada skrin komputer tapi
pemikirannya entah ke mana.
Sesekali jam di tangan dikerling. Sudah pukul 9 malam. Ke mana agaknya dia
pergi ye? Waktu makan malam pun tak ada. Bilik pun masih bergelap. Nak tanya
pada papa, terasa segan pula. Confirm dia pula nanti disoal kenapa budak tu tak
balik sama tadi. Nak tanya pada auntie Farah? Lagilah tak kot! Bercakap dengan
wanita itu pun jarang-jarang sekali.
Haihhh..mana budak ni pergi sampai sekarang tak balik lagi? Tak kan lah dia
berjalan balik ke sini kot? Tapi, kalau nak dikira sikap degilnya..memang ada
potensi budak tu jalan kaki balik umah ni. Atau...dia tunggu bas? Jap...mana
ada bas dari bangi masuk ke sini.
Syed Nadzhan terus mengeluh. Rasa menyesal pula menghukum budak itu dengan
tidak menjemputnya petang tadi. Sudahlah tu, pagi tadi ditinggalkan tepi jalan
dan hampir 800 meter juga dia perlu berjalan.
Ahhh...tapi rasakan! Itu pengajaran untuk budak macam tu. Lain kali, cakap
tu ikut akal fikiran bukan ikut sedap mulut saja. Ada ke patut, lelaki normal
macam dia dituduh sukakan kaum sejenis? Gila! Memang gila!
Bebelan Syed Nadzhan terhenti bila wajahnya ditekup dengan bantal dari
belakang. Dia menghela nafas panjang. Ini siapa pula yang nak bergurau kasar
dengan dia malam-malam buta macam ni?
Tangannya pantas cuba menarik bantal itu dari terus menutupi wajahnya tapi
tekupan jadi makin kuat pula.
Bengang dengan keadaan itu, dia bingkas bangun dari kerusi sebelum tekupan
bantal itu dilepaskan perlahan-lahan.
Haaahhh...dah di agak. Mesti mamat ni! Gelak tawa Emir memenuhi bilik itu.
Beria-ia dia ketawa sambil menepuk-nepuk karpet di atas lantai. Syed Nadzhan
ketap bibir. Geram. Ini ada yang nak kena ni!
“ Sudahlah masuk tak da salam. Ada niat membunuh pulak tu!”.
“ Wowww...wowww..berat tuduhan kau pada aku tu Nadz! Aku bergurau saja kot.
Kau ni, nak di ajak bergurau
pun tak boleh! Kalau tak boleh bergurau, duduk surau la bro !” balas Emir
dgn gelak yang berselang seli.
“ Surau ye.. bergurau ye, sekarang aku nak bergurau pula dengan kau. Kau
jaga!”
Pantas bantal di hujung katil di capai lalu dihempuk ke wajah Emir. Emir
terkejut lalu tawanya terhenti tiba-tiba. Tak mahu mengalah bantal lain di atas katil
dicapai. Tak sampai 5 minit, adegan pukul memukul guna bantal antara nereka
berdua bermula. Tapinya Emir dengan susuk tubuh lebih tinggi ada kelebihan.
Bertalu-talu badan sepupunya dihempuk dengan bantal.
“ Wei...sudah lah tu! Aku penatlah!” Syed Nadzhan kemengahan. Seharian
bermurung dan termenung, terasa badan ‘berat’, tak bertenaga.
“ Kau yang mulakan, kau rasakan lah. Konon nak bergurau...hambek ko!”. Emir
terus menyerang tanpa henti.
Syed Nadzhan makin mengah dan lelah. Inilah akibatnya bila terlalu sibuk
berkerja dan jarang bersenam. Badan dah tak fit!
Akhirnya, dia nekad. Dengan sekuat tenaga, dia merempuh Emir hingga Emir
akhirnya terbaring ke atas katil dengan badannya menghempap tubuh Emir sebelum
mereka berdua ketawa besar.
“ Abang! Abang Emir! Apa abang berdua buat ni?”.
Tawa mereka berdua terhenti di situ bila wajah Tasneem dengan mulut
ternganga berdiri pucat di hadapan pintu
bilik itu. Syed Nadzhan bingkas bangun dan membetulkan tshirtnya sebelum
berdehem perlahan.
“ Kau nak apa datang sini?”.
‘ Abang dengan abang Emir ni kan..urghhhh....’ Tasneem terus berlalu tanpa
menghabiskan kata-katanya.
Matanya sakit, hatinya lagi teruk. Bukan saja sakit,
tapi parah ! Betul-betul dia tak sangka yang abang Emir pun macam tu
juga ! Dia fikir, abang Emir sedikit berbeza. Iyelah kan, mulutnya manis
saja bila bercakap. Ciri-ciri playboy yang dikelilingi perempuan tu memang dah
ada dah. Tapi kejadian tadi tu ?
Adoooooi.....kenapa ye ? Lelaki hensem-hensem memang majoriti macam tu
ke ? Sudahlah bilangan kaum lelaki kat dunia ni dah berkurangan ! Tak
ada ke lelaki yang tulen, hensem, baik dan beriman yang boleh dia
kenali dan jadi kawan ?
Adam ! Adam pula macam mana
ye ? Dia pun boleh tahan hensem juga orangnya. Entah-entah, dia pun macam Dr.Syed dengan Abang
Emir ! Argghhhh...gila !
Gila! Kenapa dia dikelilingi lelaki yang macam ni? Tidak!!!!!
************
‘ Nadz..aku tidur sini boleh tak ? Penat lah gi jalan-jalan kat
The Mines tadi. Aku janji, aku tak merangkak ke bilik sebelah malam-malam buta.
Penat ni kot! Mau kejap lagi aku
tidur sampai berdengkur. Boleh tahan kuat jalan juga adik kau tu. Habis semua
kedai dekat Mines tu dia masuk. ‘
Syed Nadhzan mendegus. As expected ! Tengok muka pun dia dah
tau yang budak tu kaki jalan. Kuat jalan, pastu mulut dok mengomel itu ini =
Afnan Tasneem. Equation baru untuk
malam ini.
“ Kau jemput dia balik ke petang tadi?”.
“ Yup, aku bosan duduk rumah
seharian. Jadi aku call dia, nak ajak jalan. Wehhh…kenapa dengan tadi tu ye?
Aku tengok pucat lesi muka Anim tadi. Apahal? Tak paham aku dibuatnya.”
Lagi kuat dia mendegus. Wajah juga turut
berubah. Tegang. Mengingkat kan
insiden tadi, dia jadi marah pada diri sendiri. Kenapalah masa tu juga budak tu
kena nak singgah bilik ni dan tengok adegan mereka berdua tadi tu?Urghhh....
Hmmm..nak cerita pada Emir ke tidak ye? Nanti kalau cerita, takut kena
gelak. Kalau tak cerita, kesian pula pada dia sebab di salah anggap dengan
budak tu. Adoii...budak tu memanglah. Tak ada cerita, saje dia nak buat cerita.
“ Budak bilik sebelah tu ingat aku ni suka kat kau!”
“ Pulak? Salah ke kau suka aku? Kitakan sepupu!”.
Syed Nadzhan tepuk dahi. Isyhhh..lambat pula ‘ram’ ( Random Access Memory ) mamat ni malam
ni. Itu pun tak faham.
“ Maksud aku. Suka. Aku lelaki, suka dekat kau..lelaki. Faham ?” Syed Nadzhan buat pengakuan dalam nada
suara malas-malas. Mengaku dalam paksa.
“ What? Wait! Anim fikir kau dengan
aku...”
“ Fine. Jangan sebut.”
Emir ketawa besar. Perlahan
tubuhnya dibaringkan di sudut ujung katil sambil terus ketawa tanpa henti. Syed
Nadzhan mengeluh perlahan. Dah dapat di agak respon Emir akan begini.
Malas hendak melayan gelak Emir
yang mampu bertahan hingga setengah jam itu lantas pandangannya di alihkan ke
atas kertas di sisi kanan mejanya. Matanya
dikecilkan membaca tulisan tangannya.
Apa pula yang ditulisnya ni? Ini mesti tulisan masa dia mengantuk gila
mendengar Dr. Azmah membebel waktu mesyurat siang tadi. Sejam membebel tak
berhenti-henti. Dok ulang perkara dan perkataan yang sama sampai semua orang
naik bosan. Kesannya? Dia yang seperti biasa kena ambil minit mesyurarat sudah
beberapa kali terlelap. Tulisan pun dah macam cacing kerawit saja gayanya. Nak
baca pun tak faham.
Matanya membesar bila tiba-tiba kertas lain yang siap bertaip tiba-tiba
saja di hulurkan ke arahnya betul-betul di letak atas kertas kajang tulisannya
tadi. Lantas dia menoleh ke sisi.
“ Apa ni? Report mingguan, hantar esok kat opis. Sini rumah, bukan opis.”
Tasneem mencebik. Caihhh...nak
berlagak supervisor pula dekat rumah ye. Sekilas dia menoleh kea rah abang Emir
yang sejak tadi gelak sorang-sorang sambil tekup muka dengan bantal. Ini lagi
sorang, kena sawan gelak agaknya. Gelak beria-ia sampai tak sedar dia masuk.
“ Bukan report. Bacalah. Abang
Emir…jangan lupa baca jugak tau! Selamat malam!”. Sengaja suaranya dikuatkan supaya Emir turut
mendengar. Seperti dijangka, tawa Emir terhenti. Dia bingkas duduk di sisi
katil. Tasneem kemudiannya berlalu tanpa menunggu jawapan lalu tutup pintu
sebelum keluar.
“ Apa tu wehhh? Baca sikit Nadz! Surat cinta Tasneem untuk aku ke?”
Mata Syed Nadzhan terbuka luas. Satu-satu patah perkataan yang tertera di
atas kertas A4 itu dibaca dan diteliti.
”Kami jadikan negeri kaum
Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan
batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh
Tuhanmu. Dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
(QS. Hud [11]: 82-83)
“Ada empat golongan yang di pagi hari mereka
berada dalam kemarahan Allah
Subhaanahu wa ta’ala dan di sore hari mereka berada dalam kemurkaan-Nya.”
Abu Hurairah berkata:
“Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Beliau ` menjawab: “Para
lelaki yang menyerupai wanita, para wanita yang menyerupai lelaki, orang yang
menyetubuhi binatang, dan lelaki yang menyetubuhi lelaki.”
Hadits
oleh Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi.
“ Afnan Tasneem!!!!!!!!”.
Tasneem cepat-cepat peluk bantal peluknya
kuat-kuat. Seramnya dengar suara
pekikan dari bilik sebelah tadi tu.
Mesti muka Dr.Syed merah padamkan?
Hisyhh..tak baik tau dia tu. Niatnya baik cuma hendak ingat mengingati sesama
saudara seislam. Bukan ke ustazah selalu cakap.. Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat
kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka
ubahlah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu, ubahlah (benci) dengan hati,
maka itu adalah selemah-lemah iman.
Nak
cegah guna tangan tu, idak le kot. Tengok adegan tadi pun dia rasa malu
sendiri. Makanya, dia ambil langkah kedua. Menegur dengan baik.
“ Afnan Tasneem!!!!”.
Bunyi ketukan kuat di pintunya buat dia tersentak. Tombol pintu pula beberapa kali kelihatan
dipulas. Wahhh..Dr.Syed betul-betul mengamuklah! Macam mana ni? Siapa pula nak hantar dia pergi opis esok?
Abang Emir? Hisyhhh....tak nak lah! Bukan dia dengan Dr.Syed sama saja ke?
Ahhh..susah-susah,
esok pura-pura je sengguggut. Minta mama bawa pergi klinik, minta mc. Habis
cerita. Kurang-kurang boleh juga reda amukan Dr.Syed, betul tak? Tasneem sengih
panjang. Matanya dipejam perlahan. Bunyi ketukan di pintu dibiarkan tidak
bersambut dan tidak lama kemudian dia terlelap.
***************
p/s: awak...kita bersambung lagi ye! kalau sudi..tinggalkan lah jejak komen anda ye... Dr.Syed amat menghargainya... ;-p