“Kamu ni memang dah gila la Zack! Waktu malam raya kedua,
kamu ceraikan dia? Tak ada waktu lain ke? Tak pernah dibuat orang!” Kak Nura
menghamburkan amarah sebaik saja dia melangkah masuk ke tempat duduk sebelah
pemandu Nissan Teanna milik ibu itu.
Melihatkan reaksi Zainura yang selalunya jadi pom-pom girl
dia selama ini, Zack hanya diam membisu. Tak ada maknanya nak menjawab. Melayan
provokasi dari Zainura yang sememangnya dah jadi kerja rutinnya sebegitu
bukanlah satu idea yang baik. Itu memang cita-citanya sejak dulu, nak membela nasib orang yang
dirasakannya teraniaya.
Tapi dalam hal ini,
bukan dia ke yang lebih teraniaya berbanding perempuan tu? Muda-muda belia dah
kena sandang title suami. Tak cukup teraniaya ke tu? Nasib baik dah lepas habis
sekolah. Ah Kak Nura ni, suka hati dia je nak tembak orang. Bukan orang lain
pula tu, adik sendiri!
“Akak tahu, kamu tak sukakan dia...susah nak terima dia.
Tapi apa yang kamu buat tu zalim Zack. Zalim! Kut ye pun, berbincang dulu
baik-baik. Kalau tak mampu nak berbincang berdua, ajak akak dengan abang Zahim
sekali. Kalau tak boleh juga, baru Tanya pada abah dengan ibu. Bukan aci senang
gitu je kamu nak ceraikan dia,” luah Zainura panjang lebar. Kali ini nada
suaranya menurun sedikit berbanding tadi. Terkejut besar sungguh dia dibuatnya
bila berita itu disampaikan tengah malam tadi. Ingatkan si Zack ni ada sama
sampai ke habis majlis, rupanya dia dah lari siap-siap! Sungguhlah adiknya yang
seorang ni ‘bertuah’ bak kata arwah Tok Ayah.
“Zalim tu...bila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Tapi zack...”.
“Menjawab! Menjawab!” marah Zainura, tak puas hati. Matanya
yang bulat, ikut belah abah di buntang besar kea rah Zack.
“Yang akak ni hangin tak tentu pasal dah kenapa? Sekarang ni
siapa adik akak? Zack ke perempuan tu?” tempelak Zack sebelum pandangannya
dibuang kasar kea rah luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Dadanya berombak.
Nafasnya jadi laju, seperti susah nak dikawal. Pagi-pagi buta dah kena sembur.
Bukan dengan orang lain pulak tu, dengan penyokong tegarnya selain arwah Tok
Ayah. Dan bila teringatkan arwah, wajah bengang Zack langsung berubah mendung
secara tiba-tiba. Bibirnya diketap perlahan bila matanya mula rasa bertakung
dek air mata.
“Sudahlah tu Nura. Benda dah jadi, awak bising-bising pun
tak ada gunanya juga. Lagipun, Zack dah cukup besar nak buat keputusan tentang
hidup dia. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk dia. Kita doakan je yang
terbaik untuk Zack dan bekas isterinya. Mungkin jodoh mereka sampai di sini
saja. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Tuhan.” Zahim yang selama ini lebih
gemar berdiam diri bila tiap kali isu rumahtangga Zack jadi topic bualan
tiba-tiba saja bersuara.
Yes! Takbir! Allahu Akbar!
Ada garis senyum di bibir Zack. Allah Maha Adil. Dia tarik
Tok Ayah, Dia hantarkan abang Zahim. Zack tarik nafas dalam-dalam sebelum
dilepaskan perlahan. Fikirannya kosong waktu itu. Dada pun rasa tenang dan
lapang sejak keputusan malam tadi dibuat. Kalaulah dari dulu dia ambil
keputusan sebegitu, tak payahlah dia nak lari jauh-jauh sampai ke New Jersey.
“Zack....”.
Zack kalih ke sisi sambil tarik senyum separuh paksa pada
Zahim.
“Zack okey tak ni? Semalamkan Zack baru sampai tapi hari ni
dah nak balik semula. Zack tak mahu tunggu esok lusa ke baru balik? Lagipun, alang-alang
Zack dah sampai Malaysia boleh lah beraya lama sikit di sini. “
Zack geleng perlahan.
“Tak apalah bang. Lama-lama Zack dok sini pun makin
bertambah masalah yang Zack timbulkan nanti. Lagipun, ambil masa jugakan nak
selesaikan kes cerai Zack ni. Biarlah Zack balik sana dulu, settelkan exam yang
masih berbaki. Kalau perlu balik nanti, Zack balik semula ke sini.”
“Kamu tak takut menyesal ke Zack?” sahut Zainura tiba-tiba.
“ Nak menyesal pasal apa nye kak?” soal Zack malas-malas.
“Menyesallah sebab buat keputusan terburu-buru. Kamu
langsung tak bagi peluang pada diri kamu dan diri Pehah untuk kenal satu sama
lain,” sambung Zainura sambil curi-curi pandang pada suaminya yang tenang
memandu masuk ke ruangan parker Pejabat Agama.
“Tak ada apa yang nak disesalkan kak. Zack lagi menyesal
besar sebab tak ikut Tok Ayah ke masjid 4 tahun yang lalu. Kalau Zack pergi,
dah tentu Zack tak terjebak dengan semua ni kak. Tak perlu kahwin, tak perlu
lari jauh-jauh dan tak perlu dalam usia muda macam ni jadi duda....”.
“jadi duda tu pilihan kamu. Tak ada siapa yang paksa. Akak
tengok, Pehah tu macam betul-betul sayangkan kamu. Beria-ia dia menangis
waktu call akak semalam. Mana nak cari
perempuan sesetia dia Zack? Mungkin dulu dia silap, sebab perangkap kamu cara
begitu tapi semua orang pernah buat salah kan? Dan salah kamu sekarang sebab
tak mahu mencuba dan beri peluang pada kamu dan dia....”.
Zack dah tepuk dahi. Dah aku pulak yang salah? Macamlah aku
yang rancang kes tangkap basah dulu tu.Arghhhhhh!!! Bencilah. Kak Nura ni dah
kena manderem dengan perempuan tu agaknya.
“Abang...ibu dengan abah tahu ke pasal ni?” soal Zack
lambat-lambat. Zahim menggeleng. Zack tarik nafas lega. Nasib baik! Kalau
sempat dia berlepas balik baru mereka tahu, bagus juga. Kurang sikit impak
marahnya.
“Kalau Zack Tanya pendapat abang, Zack patutnya terus-terang
dulu pada ibu dengan abah. Kita ni lelaki Zack, hal serius macam ni patut
diselesaikan baik-baik lebih-lebih lagi kalau berkait rapat dengan orang lain.
Kalau dah selesai, barulah tenang hati zack nak jawab exam nanti. Ketenangan tu
kan, datang dari keredhaan mak dan ayah kita...”.
Keredhaan mak dan ayah? Gulp. Liur di rengkung Zack dah rasa
susah nak telan. Aih abang Zahim ni pun , tiba-tiba je tukar side pulak. Biar
betul. Zack berdehem perlahan. Masih tercari-cari ayat sesuai membela diri.
“ Zack tahu tu bang. Tapi...nama nak berterus-terang pasal
tu... Zack tak sanggup bang. Serius, tak sanggup. Sejak Zack balik semalam jangankan
bercakap, pandang muka Zack pun abah tak mahu. Abang boleh bayangkan kalau Zack
buka cerita pula pasal kes malam tadi? entah-entah sampai bila-bila pun abah
tak nak jumpa Zack lagi.”
Zainura angguk, mengiyakan. Kali ini dia bersetuju dengan
kata-kata Zack. Dia cukup kenal dengan perangai abahnya. 2 x 5 je dengan pe el
si Zack ni. Degil. Keras kepala. Sebab itulah mereka berdua tak pernah sebulu
dalam banyak hal dan tiap kali bertekak atau bertegang leher, Tok Ayah lah yang
jadi penyelamat Zack bila pembela utamanya, ibu tak mampu nak buat apa-apa.
“Hmmm...macam inilah. Kita masuk dulu ke dalam, berbicang
dan uruskan mana yang perlu diselesaikan
dulu. Lepast tu, kami hantar Zack ke airport. Pasal abah, biar akak jelaskan
pada dia...”.
Zack tarik senyum pada Zainura. Dia tahu, kak Nura memang
sayangkannya dan seboleh mungkin akan cuba membantu. Dan dengan langkah
longlai, Zack menapak malas-malas memasuki ruangan pejabat agama daerah itu
ditemani oleh Zainura.
******
“Aku ceraikan kau dengan talak satu!”
“Sampainya hati dia!” lirih Pehah perlahan . Tisu yang
terjulur keluar dari kotaknya ditarik kasar sebelum dilap ke pipinya yang tak
kering dibasahi air mata sejak malam tadi setiap kali kata-kata itu terngiang
di telinganya. Dah macam mimpi ngeri yang mengejarnya sampaikan nak tidur pun
dia tak boleh. Kuat sungguh penangan kalimah keramat itu.
Cerai. Dia dah ceraikan kau Pehah. Setelah empat tahun kau
setia menunggu. Sampainya hati dia! Sungguh sampai hati!
“Pehah...”.
Peha kaku seketika. Kening dah berkerut memikir cara nak
cover line dari abang long. Nak jawab apa kalau ditanya nanti? Dah tentu-tentu
longgokan tisu yang bersepah di atas lantai dan di atas katil tak sempat
disorok di mana-mana.
“Laaa..banyaknya tisu atas lantai ni. Hang menangis ka Pehah?”
soal abang long yang dah duduk sama ditepi katil menghadap kea rah tingkap
bilik itu sambil hujung jari kaki dok kuis tisu jauh-jauh. Laju Pehah
menggeleng.
“Eh, mana ada lah abang long ni. Pehah...errr..pehah
selsema. Haaa..selsema.” dalihnya. Sehelai tisu lagi ditarik keluar sebelum di
tenyeh ke hidungnya. Cover selagi boleh.
“Selsema?” tangan abang long dah melekap didahinya.
“Pehah selsema je . Bukannya demam,” balasnya seraya
tersenyum.
“Ke...hang sakit mata?”kali ni tangan kasar abang long dah
melekap pada matanya yang memerah dan
sedikit bengkak.
“Ha?” Pehah dah melopong. Abang long tahu ke dia menangis
eh?
“Isyhh...apa abang long ni dok cucuk mata orang. Sakitlah!”
marah Pehah sambil tepis tangan abang long. Mengekek abang long tertawa sebelum
bangkit berdiri dan buka tingkap yang masih tertutup walau jam dah tunjuk jam
hamper 11 pagi.
“Hmmm..hang dah mandi ka belum ni dik?”
Pehah geleng. Tak ada mood nak mandi ke...pakai baju raya
ke. Malas! Raya pun dah tak ada maknanya kalau tak boleh beraya dengan suami
sendiri. Suami?Hurmmmm....kau dah tak ada suami la Pehah!Dan menyedari hakikat
itu, langsung wajahnya berubah muram
bila teringatkan malam tadi.
“Laaa...orang Tanya pasal mandi pun nak cebik? Hisyhh hang
ni, macam-macamlah Pehah. Dah pergi bersiap. Ada orang mai tu...”.
Pehah tarik muncung. Orang datang beraya, dia pula yang nak
kena mandi. Apehal? Bantal yang sejak tadi dalam pelukannya diletak ke tepi
sebelum dia berbaring semula di atas katil, bermalas-malasan.
“Eh budak ni kan...orang kata ada orang mai lagi dia dok
baring pulak.”
“Pehah tak ada moodlah bang....” balas Pehah selamba. Mata
dah dipejam rapat. Semalaman tak boleh tidur, kepala pun dah jadi ‘weng’.
“Pergilah mandi dan bersiap dulu. Lepas ni mesti hang ada
mood. Abang berani jamin punyalah.” Pujuk abang long bersungguh. Pehah cebir
bibir. Wajah abang long yang melebar senyumnya di pandang dengan penuh tanda
Tanya.
“Tuuu...ada tetamu tunggu hang kat bawah...”
Tetamu?Siapa? Tak kan Zack kut!
“Siapa bang?”
“Pergilah mandi dulu kut ye pun...”.
“Iyelah....Pehah tau lah. Sat lagi Pehah pi la mandi. Abang
habaq la dulu, siapa yang mai?”
“Lelaki...dengan perempuan,” balas Abang Long lambat-lambat
dengan sengihan.
Lelaki dengan perempuan? Zack...dengan kak Nura ke? Teka
Pehah sendirian. Isyhhh...tak kan kut. Sangkaannya cuba dihalau jauh-jauh. Mau
terbalik dunia ni kalau Zack yang datang.
“Tu...dok menung lagi. Pi siap cepat! Hang tak mau beraya
rumah mentua hang ka? Orang dah mai datang ambik sini pun dah cukup baik tau”
Abang long dah mula nak membebel.
Mentua? Pehah bingkas bangun sambil tayang wajah tak
percaya.
“Zack mai ke bang? Betui ni?”
“Zack? Siapa Zack?”.
“ Sss....” Tak jadi nak menyebut. Masih suami ke dia? Bukan
ke malam tadi...... Pehah dah garu kepala sendiri.
“Oooo...nama laki hang tu Zack ka? Mana lah abang tau.
Bukannya pernah jumpa pun. Dah...pi siap cepat! Tak baik buat orang tunggu.”
“Iyalah...iyalah,” balas Pehah perlahan sambil atur langkah
ke bilik air dengan hati yang berbunga-bunga. Macam tak percaya je Zack datang
semula hari ni!
******
******
“Abah kecewa dengan kamu Nura...” tutur abah perlahan. Mata
abah tajam memandang tepat ke wajah Zainura yang tayang wajah kental tak
berperasaan. Zahim disebelahnya hanya mampu mengeluh perlahan. Ibu pula hanya
mendiamkan diri tapi tangan masih melekap elok dibahu menantu perempuannya yang
tak berhenti menitiskan air mata sejak tiba tadi.
“Sepatutnya sebagai kakak, kamu halang dia dari buat benda
bodoh macam ni. Pujuk dia, nasihat dia supaya berbincang dulu . Ini tidak. Kamu
menyokong pula. Diam-diam kamu hantar dia balik sana, tinggalkan masalah lagi
pada kita kat sini. Kalau kamu ditempat Pehah, apa perasaan kamu kalau Zahim
buat hal yang sama? Ha?” marah abah berapi-rapi sambil mundar-mandir.
Zainura tarik nafas panjang. Sesekali wajah Zahim disisinya
dikerling buat ubat kuatkan semangat yang seakan goyah kali ini dalam nak
mempertahankan adik bertuahnya tu. Memanglah kali ni Zack betul-betul buat hal.
“Nura tak menyokong. Membantah pun tidak sebab sebab Nura
rasa Zack dah cukup besar nak tentukan
hidup dia sendiri abah. Dia bukan budak kecil lagi abah. Dia dah besar. Dah 22
tahun! Tak kan lah Nura nak paksa dia sukakan Pehah? Hal hati ni, bukan boleh
dipaksa-paksa..”
“Suka, sayang semua tu boleh dipupuk Nura. Ibu dengan abah
pun tak kenal antara satu sama lain waktu kami menikah dulu. Tapi
Alhamdulillah, dengan masa berlalu kami boleh terima antara satu sama lain.
Tapi kamu, apa yang kamu dah buat? Bukan nak bagi peluang mereka kenal sama
sendiri, kamu siap bawa Zack lari jauh-jauh lagi kononnya untuk sambung
belajar. Tapi hasilnya? Makin menjadi=jadi perangai tak bertanggungjawab dia
tu. Pnadai buat masalah, lepas tu lari.”
Lari sebab nak sambung belajar pun salah eh? Bukannya lari
sebab nak kahwin. Getus Nura dalam hati.
“Okeylah. Kita semua tahu Zack ni akal panjang sikit...nakal
sikit. Tapi abah pun tahu kan, Zack tak pernah timbulkan masalah sebelum ni.
Dia nakal gitu-gitu je. Cuma pasal kawin tu...” kata-kata Zainura terhenti di
situ sambil dia menjeling sekilas kea rah Pehah yang menunduk sejak perbalahan
antara dia dengan abah bermula.
“Cepat atau lambat dia akan kahwin juga....”.
“Iya. Cakap abah tu betul. Tak ada yang salahnya. Masalahnya
kat sini, dia kahwin dengan orang yang dia...” kata-kata Zainura terhenti lagi.
Tergigit lidah nak meneruskan bicara bila orangnya ada sama disitu.
Ahh...susahlah macam ni. Nak backing adik sendiri tapi....
“ Sudahlah Nura. Kamu tak habis-habis nak cakap pasal
suka...pasal sayang. Dalam hal ni kamu pun bersalah sebab ikutkan saja bila dia
ambil keputusan nak ceraikan isteri dia.”
Aku juga yang salah lagi? Zainura dah tekup kepala sendiri.
Pening pula rasanya bercakap dengan abah ni. Suka cakap konar-konar. Last-last
point yang sama juga. Salah dia!
“Tapi abah, Nura tak ada waktu semua tu berlaku. Hal tu
hanya antara Zack dengan Pehah. Kalau Nura ada....”.
“Ahh, macamlah abah tak kenal dengan kamu . Suka sangat
backing Zack tu. Sebab itulah dia jadi macam tu. Dimanjakan sangat! Ada masalah
sikit, lari. Ada masalah sikit, lari macam pengecut. Dulu lepas kawin, lari.
Dah elok balik sini, dia buat hal lagi. Lepas diceraikan Pehah, lari semula. Dia ingat hal nikah kahwin ni
main-main agaknya???”.
“Siapa kata Zack lari?”
Dan suara dari muka pintu itu benar-benar buat yang ada
semuanya ternganga.
----> BERSAMBUNG ;-)