Followers

Tuesday, April 24, 2012

Meh, Sandar Pada Aku bab 8


Dia sampai awal pagi itu. Seawal 8 pagi dia sudah ada di KLIA selepas berjanji dengan Encik Hamid pukul 7 di depan pintu masuk opis. Malas hendak memandu. Trafik ke arah Seremban boleh tahan juga sibuknya waktu hari kerja. Penampilannya? Hmmm..agak santai berbanding biasa yang asyik berkemeja lengan panjang dan sluar slack serta kasut hitam berkilat. Hari ini dia lebih selesa begini. Tak salah rasanya kalau sekali-sekala hanya ber-shirt tanpa kolar dan seluar jeans saja. Lagi pula hari ini hanya pendaftaran sahaja dan esok baru seminar akan bermula.

Melihatkan pakaian yang tersarung di tubuhnya ketika itu, dia jadi senyum sendiri. Jeans dan t-shirt. Kedua-duanya mengingatkan dia pada seseorang. Budak tu ! Inikan uniform utama budak tu bila datang ke opis. T-shirt lengan panjang, jeans dan kasut snickers. Huhh..macam dah tak ada pakaian lain yang nak di pakai. Sudahlah badan kecik molek saja macam budak lepas SPM, pakai pula baju macam tu. Memang confirm macam budak lepasan sekolah.

Dan dia jadi keliru dan tertanya-tanya sendiri. Macam mana lah Adam yang bijak pandai itu boleh suka perempuan macam tu ?Ahhh...kenapa pula soal pilihan hidup Adam dia nak pertikaikan ? Hisyhhh...sudahlah tu Nadzhan. Jangan sibuk hal orang !

Pandangannya pantas dialihkan ke arah skrin besar dihadapannya. Masih awal lagi. Penerbangannya pukul 10 pagi ke Langkawi. Tapi memang sudah prinsipnya begitu. Datang awal lebih baik. Biar lama menunggu tapi  jangan ditunggu.

Matanya kemudian menangkap gelagat pasangan yang duduk selang dua barisan kerusi darinya. Kelihatan seolah-olah baru saja berkahwin dan Inai masih merah dijari si perempuan mengesahkan tekaannya. Muka macam budak lepasan universiti tapi dah kahwin?  Hai lah budak-budak sekarang ni. Muda-muda dah nak kahwin. Nanti tak sampai setahun, dah bercerai berai bila masing-masing rasa terikat dan tak boleh nak enjoy.

Tapi Tasneem pun muda lagi ! Baru umur 22 tahun dah nak bertunang. Mungkin juga, dia bertunang hanya setahun, habis saja praktikal dan satu semester lagi pengajian terus kahwin ! Budak lurus macam bendul macam dia tu, bukan boleh dijangka. Kadang kala gelagatnya memang di luar jangkaan.

Ahhh..Nadzhan! Sekali lagi kau nak menyibuk hal orang! Biarkanlah kalau dah itu pilihan dia. Hidup dia, kenapa kau nak sibuk-sibuk pula Nadzhan? Dia mengeluh perlahan. Penat memikirkan perangai peliknya sejak akhir-akhir ini. Entah sejak bila dia jadi busy body lebih-lebih lagi bila hal berkaitan budak tu.

 Lantas Ipod dari beg galasnya dikeluarkan perlahan. Hasrat hati nak lari dari terus memikirkan soal budak itu tapi entah kenapa akal fikirannya masih memikirkan hal yang sama.

Kat mana dia sekarang ye ? Mesti dia dah sampai kampung sekarang ni kan? Dia orang mana ye? Dari 'slang' bercakap, tak dapat diagak pula dia asal dari mana. Tapi, betul ke budak tu nak bertunang? Kalau betul, dengan siapa pula kalau bukan Adam orangnya ? Ahhh..entah-entah dia temberang saja lebih kot. Saja nak buat cerita!

Dahinya pantas diurut perlahan. Bibirnya diketap. Dia marah. Marah pada diri sendiri. Perlukah sekarang semuanya dikaitkan dengan budak tu? Macam dah tak ada hal penting lain yang boleh dia fikirkan. Asyik-asyik pasal dia. Ahhh...layan lagu lagi baiklah!

Pantas headphone dilekapkan ke telinganya dan hujung jarinya lincah menekan butang Play. Matanya dipejam perlahan. Bayangan ‘budak’ yang kerap bermain di fikirannya sejak akhir-akhir ini cuba dihalau jauh-jauh.

Cukup. Cukup setakat hari ini, saat ini. Mulai esok, dia akan kembali menjadi Syed Nadzhan yang sama. Persepsinya pada perempuan, sekali-kali tak akan berubah. Perempuan =  menyusahkan. Tasneem juga perempuan dan selama ini dia juga dah banyak menyusahkan kau yang mana mengesahkan persepsi kau selama ini pada perempuan, betul. So, that’s it! Enough!


" Hai Syed! Dah lama ke you tunggu I?"

Syed nadzhan sedikit tersentak bila bahunya ditepuk perlahan. Tubuhnya dijauhkan sedikit menjauhi tetamu tak diundangnya. Headset yang melekap elok di telinganya di tarik dan dibiarkan tergantung di lehernya.

" You buat apa kat sini Aleesya? You tak kerja ke hari ni?"

Alessya senyum simpul. Tanpa di ajak, dia melabuhkan punggungnya di sisi Syed Nadzhan sambil membetulkan rambutnya yang dibiarkan lepas tanpa di ikat.

" I kan bayang-bayang you Syed. Ke mana saja you pergi, I pasti akan ada. So..here I am. I akan join you ke Langkawi! Mesti you suka kan?
" soal Aleesya sambil tersengih panjang.

Dahi Syed Nadzhan berkerut panjang. Mulutnya pula automatic dimuncungkan.

“ Suka la sangat! You adalah orang terakhir yang I harap dapat jumpa Aleesya. Please  lah, jangan anggap diri you tu bayang-bayang I. I feel humiliated. Totally humiliated!  ”.

Aleesya buat muka bersahaja. Dia sudah masak dengan sikap Syed Nadzhan yang sering saja menolaknya. Kata-kata lelaki itu juga sudah  immune pada pendengarannya, dah tak masuk dalam hati. You kutuk lah I, kata lah I apa pun Syed..I akan tetap akan ada di sisi you ke mana saja you pergi! Aleesya senyum panjang.

“ Haaa…yang you sengih kenapa? You pergi sana nak ikut seminar ke nak shopping? Besar beg you bawa?”.

Aleesya hanya menjeling sekilas ke sisinya dan kemudian angkat bahu.

“ Well, kalau you sudi temankan I shooping, apa salahnya kan? I seribu kali sudi Syed. Alang-alang sampai sana…boleh juga kita survey tempat honeymoon kita nanti kan?”.

Mata Syed Nadzhan membulat. Honeymoon? Dia dengan Aleesya? Biar benar! Bibirnya tersenyum diikuti dengan tawa yang besar.

“ You ni kan Aleesya,  hai lah. I tak tahu nak sebut perkataan apa lagi yang boleh buat you faham fakta tentang I dengan you. Okey, dengar sini baik –baik ye wahai Dr.Sharifah Aleesya bt.Syed Azhar yang bijaksana. I, Syed Nadzhan bin Syed Irham dengan ini menegaskan yang  mati hidup semula pun I tak akan kahwin dengan you. Kalau lah ditakdirkan Allah yang I accident dan hilang ingatan pun, I berdoa supaya jodoh I masih bukan you. You faham tu?” tegas Syed Nadzhan dengan wajah yang serius. Tak ada tanda-tanda dia hendak bergurau atau berseloroh.

Wajah Aleesya tegang. Dia terkedu. Tergamam dengan kata-kata itu. Matanya berkaca. Wajah Syed Nadzhan dipadang tajam tanpa kerdipan mata. Entah kenapa kata-kata lelaki itu kali ini masuk terus ke dalam hatinya. Hatinya sakit bercampur marah. Bibirnya menggeletar seakan-akan gatal untuk menghamburkan sejuta rasa yang dia sedang rasai sekarang.

“ Kenapa Syed? Kenapa you benci sangat pada I? Apa kurangnya I sampai you sanggup cakap macam tu? I cantik, I pandai, I juga ada harta dan keturunan yang baik..apa lagi yang you nak ha? You name it! I akan cuba dapatkan apa saja asalkan you jadi milik I Syed !”.

Air mata Aleesya mula mengalir perlahan di pipinya. Sungguh. Kali ini dia benar-benar terasa dengan kata-kata Syed Nadzhan. Lebih-lebih lagi dengan reaksinya selepas itu. Syed Nadzhan hanya buat muka tak reti dan membuang pandangannya kea rah orang ramai yang lalu-lalang di hadapannya seakan tiada apa-apa yang berlaku ketika itu.

“ You nak, I perangkap you..tuduh you rogol I and then by that way you kena kahwin dengan I. Itu yang you nak?”.

Masih seperti tadi. Syed Nadzhan hanya diam tanpa kata dengan lagak muka bersahaja. Sesekali nafasnya dihembus perlahan.

“ Syed..you tahu kan, dari kecil I ikut you...I sayang sangat pada you. Hampir 25 tahun you tahu tak? I setia sangat-sangat pada you tapi kenapa you layan I macam sampah? Apa lagi yang kurang pada I? I dah cukup semua criteria untuk jadi isteri you. You nak suruh I berhenti kerja and jaga makan pakai you hari-hari? Fine! I sanggup!”.

“ Nope!”. Akhirnya Syed Nadzhan bersuara dengan helaan nafas panjang.

“ You tak perlu berhenti kerja Aleesya.You hanya perlu berhenti kejar I. Itu saja. Semua criteria yang ada pada you, tak sesuai untuk I tapi mungkin sesuai dengan lelaki lain di luar sana. So, Stop looking at me ! Buka mata you luas-luas . Ramai lagi lelaki baik di luar sana yang suka kan you. But I’m sorry.It’s not me . ”

“ Tapi you lelaki terbaik yang I pernah jumpa!” tegas Aleesya. Air mata yang mengalir pantas diseka. Rambutnya yang sedikit menutupi wajahnya diselak perlahan ke belakang.

“ Itu sebab you tak pernah buka mata you dan hati you pada lelaki lain. You hanya nampak I. But I’m really sorry, you’re not my taste.

Aleesya tunduk. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Jujurnya, dia sedikit hampa dan sedikit berputus asa hendak menarik hati lelaki dihadapannya ini. Namun hati kecilnya enggan mengalah. Dia tahu punca utama kenapa lelaki ini menolaknya.

“ Ini semua mesti sebab budak praktikal tu kan? Sebab dia you tolak I bulat-bulat kan Syed? So budak muda, hingusan yang selekeh macam tu taste you ye? ”.

“ Tasneem?”.

“ Eeeiiii..tolonglah Syed. I benci tengok muka you bila you sebut nama dia. Nampak…nampak…emmm.” Aleesya bagai hilang kata. Setiap kali bibir itu menyebut nama itu, hati dia jadi sakit.

“ Nampak apa?”.

“ Nampak ceria sangat! Nampak macam orang tengah bercinta…tengah berbahagia!”.

Syed Nadzhan gelak besar. Tasneem = ceria + cinta + bahagia? Walla!

“ Kenapa you gelak? Salah ke apa yang I cakap? You tolak I sebab budak Tasneem tu kan? Mengaku sajalah Syed! Satu opis dah tahu cerita tentang you dengan dia!”.

Tawa Syed Nadzhan terhenti di situ. Namun senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

You know what? I really don’t care what other people think and talk back about me.  Lagipun mulai minggu depan mereka akan berhenti bercakap tentang I sebab ada cerita baru yang lebih menarik,” ujar Syed Nadzhan  perlahan. Senyuman nya mati tiba-tiba. Tanpa dia sedari, wajahnya berubah rupa. Kosong. Tegang.

“ Maksud you?”.

“ Tasneem, dia akan bertunang. Minggu ni.”

“ Whattt???”.

***********

Tasneem terbatuk-batuk perlahan. Salwa disebelahnya cepat-cepat menepuk belakang badannya sambil hulur segelas air sirap. Gelas yang dihulur disambut perlahan sebelum meneguk kasar air sirap, membasahi tekaknya.

“ Itu lah tu, dari tadi aku dah cakap. Makan elok-elok. Jangan dok pandang je muka papa baru kau tu. ‘

Tasneem mencebik. Wajah lelaki separuh umur yang sedang tersenyum memandang ke arah mamanya sempat juga dijeling sebelum tunduk semula meneruskan suapannya.

‘ Anim, hensem kan papa  baru kau tu ? Tak nampak macam lelaki umur 55 tahun pun ! Untung mama kau kan, dapat suami hensem. Kaya pula tu.”

Pujian Salwa yang meninggi buat hati Tasneem rasa bertambah panas sepanas cuaca ketika itu. Kipas yang ada di dalam kanopi itu pun tak mampu tanggung kepanasan hatinya ketika itu.

“ Senyaplah Awa! Banyak lah kau punya hensem!”.

Salwa lantas berpaling. Aihhh…minah ni mood nya tak okey lagi ke? Sebelum-sebelum ni, elok saja. Siap boleh karaoke sambil mereka isi telur dalam beg cenderahati malam tadi. Tapi hari ni lain macam pula gelagat dia. Kena sampuk jin bendang agaknya!

“ Kau ni kenapa ANim? Haaa…aku tahu. Kau..kau rasa berdebar ye nak jumpa dengan adik beradik tiri kau ? ‘ Salwa sengih, sengaja menduga sahabatnya itu.

Makin laju suapan Tasneem sesudah soalan cepu emas Salwa tanyakan. Nasi minyak yang disuap sudah tiada rasa. Tawar. Entah kenapa, hatinya rasa kurang selesa selesai saja majlis akad nikah tadi. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah papa barunya. Bagai ada yang tak kena !

‘ Ramai juga kan rombongan pihak lelaki. Agak-agak kau kan, yang mana satu adik beradik baru kau Anim? “. Salwa terus menyoal biarpun jawapan soalan pertamanya tadi masih belum ada. Matanya meliar memandang ke arah meja VIP yang disediakan khas untuk rombongan pihak lelaki.

Putih. Semuanya serba putih hari itu. Auntie Diba sengaja pilih warna putih. kAtanya putih tu suci. Tak perlu pilih warna ikut trend sekarang. Lagi pula, dia segan bila memikirkan umurnya yang sudah boleh ada cucu itu. Cukuplah warna putih menghiasi majlis akad nikah mereka.Majlis sanding juga tiada. Katanya, yang penting akad. Itu saja.

“ Anim! Aku dok perasan mamat tu kan..dok pandang kau je dari tadi. Entah-entah dia tu saudara tiri kau kot ! ‘.

Tasneem lantas berpaling. Pandangan matanya pantas bertaut dengan lelaki dua meja jaraknya dari meja mereka. Dan akhirnya dia tunduk bila lelaki itu kemudiannya tersenyum ke arahnya sambil tunduk hormat.

“ Wahhh...aku rasa memang betul lah mamat tu saudara tiri kau ni! Perghhhh...like father like son ! Boleh tahan hensem juga kan dia ? Haaa..budak perempuan dengan budak lelaki yang pakai baju sama warna dengan dia , mesti adik-adik dia kan? So, lengkap lah family kau Anim! Ada kakak, ada abang..ada adik perempuan dan adik lelaki. Seronoknya!!!”.

Tasneem mencebik. Seronok la sangat kan? Apa yang seronoknya bila terpaksa berkongsi kasih dengan tiga lagi adik beradik barunya itu ? Berkongsi dengan Kak Long saja dah buat hati dia kadang kala sakit dek sikap kak long yang suka menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang sama sejak kecil. Ini pula dengan tiga lagi adik beradik yang dia belum kenal lagi hati perut masing-masing ? Memikirkan hal itu saja, sudah buat dia rasa sakit kepala.

‘ Aku dah kenyang. Aku nak naik atas dulu lah.’

‘Weii..releks lah dulu Anim. Sekejap lagi kan ada family photo session. Tunggulah dulu!”.

“ Tak apa lah Awa! Kak long pun tak ada hari ni, jadi kalau aku tak ada sama pun dalam gambar tu nanti tak mencacatkan suasana pun. Biarlah mama gembira hari ni dengan family baru dia,” balas Tasneem perlahan sambil membasuh tangan sebelum beredar dari khemah pengantin.

**********

Ranting kayu di sisinya lantas di capai dan dibaling perlahan ke dalam kolam air dihadapannya. Seketika dia merenung wajahnya sendiri di dalam air yang keruh itu. Nafas di lepaskan perlahan.Lambat-lambat. Dia tak gembira! Itu yang dia rasa dan di hadapan mama sewaktu selesai majlis akad nikah tadi dia hanya berpura-pura tersenyum sedangkan dalam hatinya meronta-ronta!

Asalnya tadi dia hendak naik ke atas rumah nenek dan berkurung di dalam bilik sahaja. Tapi entah kenapa, hasrat itu dibatalkan. Tentu saja nanti dia akan dipanggil turun untuk sesi fotografi nanti. Jadi, baik dia ke sini. Salwa tentu tak boleh agak dia ada di sini. Inilah tempat peresmbunyiannya sejak kecil tiap kali di bergaduh mulut dengan kak Long.

“ Awak menyorok kat sini rupanya. Kenapa tak join sekali tangkap gambar satu keluarga tadi? Mama awak puas suruh orang cari awak”.

Lambat-lambat Tasneem berpaling. Suara itu agak asing padanya. Bukan suara Pak Su Halim. Bukan juga suara Pak Tam Majid. Ehhh...dia?

“ Kenapa? Terkejut ye, saya dapat cari tempat persembunyian awak ni?”.

Tasneem bingkas bangun. Belakang badannya di sapu perlahan, membuang daun-daun yang melekat di baju kebaya moden warna putih kain lace yang dipakainya. Dah gaya pengantin pun ada juga.

“ Awak ni siapa? Stalker ye? Dari tadi dok pandang saya dan sekarang, ikut saya pula!”.

Lelaki tinggi lampai bertubuh tegap dihadapannya tertawa kecil. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas akar-akar pokok kelapa yang berselirat lalu bersila dengan baju melayu lengkap warna putih. Mujur tak pakai tengkolok. Kalau tidak, sah-sah macam pengantin!

“ Sampai hati awak tuduh saya stalker Tasneem. Saya Emir lah” Lelaki itu memperkenalkan dirinya tanpa di pinta. Wajah Tasneem di padang tanpa jemu sambil bibirnya tersenyum.

Tasneem tergamam. Senyuman itu! Senyuman itu bagai mengingatkan dia pada seseorang, tapi dia tak pasti siapa. Adam! Senyuman dia macam Adam lah!

“ Awak ada adik lelaki?”.

Emir angguk perlahan dan senyum lagi. Tasneem terkedu. Matanya dijulingkan, berfikir sesuatu. Tak kan dia ni abang Adam kot dan papa barunya tu..papa Adam? kalau benar, di mana Adam? Kenapa dia tak ada sama hari ni?

Ahhh..bukan kah Adam ada seminar di kampus. Sebab itu dia tak ada hari ni. Tapi...dia dengan Adam bersaudara? Tak mungkin!

Kejap...nama suami mama? Ahhh...mana lah dia tahu siapa namanya kalau dia sendiri tak berminat nak ambil tahu?

“ Anim! Kat sini rupanya kau ye! Mama kau panggil. Cepat!”.

Tasneem lantas berpaling. Tanpa sebarang kata, dia menurut langkah Salwa meninggalkan Emir, lelaki misteri yang tidak dia tahu hubungan sebenar antara mereka.

*********

“ Sudah-sudah lah tu Syed. Tak payahlah you nak mengenangkan nasib you tu. Dah bukan jodoh you dengan budak tu.”

Syed Nadzhan senyum nipis. I pad di hadapannya di tenung tanpa rasa. Niat hendak merehatkan minda malam itu setelah penat 5 hari menghadiri seminar juga terbantut di kerana kata-kata Aleesya tadi.

“ You tak payah nak provoke I lah Aleesya. Macam  yang I cakap pada you semalam. I dengan Tasneem sebenarnya tak ada apa-apa hubungan. Tak lebih sekadar hubungan antara penyelia dengan student. Itu saja. So, atas alasan apa I nak sedih bila dia bertunang?”.

Aleesya ketawa kecil. Gelas tinggi berisi jus oren di hadapan Syed Nadzhan di tarik perlahan ke arahnya lalu disedut. Mata Syed Nadzhan terbeliak besar. Pantas gelas itu dirampas dari tangan Aleesya. Pelayan yang lalu dihadapannya di tahan dan diminta straw yang baru sebelum straw yang ada kesan gincu di keluarkan dari cawan itu. Melihatkan reaksi itu, Aleesya mencebik.

“ Tolonglah Syed, kadang –kadang you ni pembersih tak bertempat! Don’t worry okey, I bukan pembawa penyakit berbahaya sampai you kena buat macam  tu. Hisyhh..you ni kadangkala menyakitkan hati je tau sikap you tu.”

Syed Nadzhan mencebik.

‘ Pembersih tu satu hal. Satu hal lagi, I hate sharing my thing with others. That’s it! You kata you kenal I, tapi….”. Perli Syed Nadzhan.

“ Tapi apa? Okey fine, you hate sharing things tapi boleh pula you share labtop you dengan budak tu kan?”.

Syed Nadzhan mendengus kasar.

Lagi-lagi soal budak tu! Hidup dia dah cukup tenang sepanjang berada di situ tanpa sedikit pun memikirkan soal budak itu tapi sejak petang semalam Aleesya sengaja membangkitkan semula kisah yang sama.

‘ Enough Aleesya. Ini kali terakhir I nak ingatkan you dan beritahu you. I dengan dia tak ada apa-apa hubungan so please stop kait kan semua hal tentang I, apa yang I buat dengan dia. Faham? Arghhh.. I sendiri tak tahu kenapa I perlu jelaskan semua ni pada you. You know what, you really spoiled my last night stay in here!”.Syed Nadzhan bingkas bangun setelah meninggalkan not 50 di bawah gelas tinggi itu.

But your statement really make my day Syed sayang…” ucap Aleesya perlahan sambil senyum panjang. Mendengarkan penjelasan lelaki itu biar pun beribu kali, dia rasa lega dan puas hati. Budak tu dah bertunang kan? Baguslah! Kurang-kurang, tiada siapa lagi yang boleh halang dia dari mendapatkan Syed Nadzhan selepas ini. Dan Aleesya senyum lagi sambil menyedut gelas tinggi itu hingga kosong.

**********

Kereta Mercedes lama itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo sederhana besar yang terang benderang dihiasi lampu. Perlahan-lahan gate tinggi itu terbuka dan kereta itu meluncur masuk ke dalam ruang parkirnya.

Usai enjin kereta dihentikan, hati tasneem rasa berdebar-debar. Jantungnya lantas berdegup kencang. Dia tak mampu berbohong yang sebenarnya dia gugup hendak bersua muka dengan adik beradik tirinya sebentar lagi.

Emir! Ahhh...lelaki itu pasti ada di dalam kan? Kalau betul lah tekaan Salwa, maka sebentar lagi lelaki itu lah yang akan dia temui sebenatar nanti. Tempoh hari, dia tak sempat berbual panjang kerana papa barunya tiba-tiba saja ada urusan kerja dan terpaksa balik selesai majlis. Pagi tadi dia muncul semula seorang diri di rumah Tok Wan untuk mengambil dia juga mama balik semula ke KL tanpa ditemani Emir dan juga adik-adiknya.

Dengan mama pula, tak pernah sekali dia membuka mulut bertanyakan perihal suami barunya. Entah kenapa, dia rasa kekok hendak berbual mesra dengan mamanya seperti sebelum ini. Terasa asing bila di hadapan mama. Mulutnya juga terasa berat hendak bertanya. Sepanjang 5 jam perjalanan tadi pun, dia lebih suka melayan I Padnya dan memberi ruang pada mama dan papa barunya berbual.

“ Anim, jom kita masuk!”.

Lamunan Tasneem terhenti bila suara garau papanya tiba-tiba menegur sebaik saja pintu kereta dibuka dari luar.Tasneem angguk perlahan, tanpa senyuman. Masih kekok untuk memanggil panggilan ‘papa’ atau apa saja panggilan yang sesuai dengan ketua keluarga barunya itu.

Kakinya melangkah perlahan memasuki ruang tamu rumah itu. Kemas dan bersih. Hampir semua perhiasan dan perabot dalam rumah itu berwarna putih dan berkonsepkan English. Lagak gaya macam ada perempuan saja dalam rumah ni. Teratur sekali! Ahhh..mungkin juga rumah sebesar ini ada pembantu rumah untuk uruskan adik-beradik Emir yang dia kira masih lagi di bangku sekolah itu.

Tapi,hmmm..ke mana pula perginya budak-budak tu ye! Senyap sepi je rumah ni. Entah-entah masing-masing ada dalam bilik, buat hal sendiri. Kalau menurut cerita drama melayu yang biasa dia lihat di kaca televisyen, anak-anak orang kaya ni suka buat hal sendiri je. Bukan macam dia dan mama yang selalu tonton tv sama-sama, lipat baju sama-sama. Masak di dapur sama-sama. Ahhh…rindunya suasana begitu. Pastinya lepas ni mama dah tak ada masa untuk buat itu semua dengannya. Pasti mama perlu luangkan masa dengan anak perempuan baru mama tu .

“ Haaa…kamu nak kemana tu? Papa baru balik, kamu nak keluar semula? Emir? ”.

Sergahan itu mematikan lamunan Tasneem sejak tadi. Dia lantas berpaling sebelum matanya bertembung dengan mata lelaki yang baru saja turun dari tangga di belakangnya.

Mata kecilnya lantas dibuntangkan besar. Pipinya kemudian dicubit berkali-kali. Mungkin dia mengelamun lagi. Mungkin juga mimpi! Tak mungkin! Tak mungkin dia! Wahai mata, kata kan lah yang kau hanya menipu!

“ Anim, papa kenalkan..ini abang Anim ye...”.

Abang? Tubuh Tasneem menggeletar perlahan. Antara mahu percaya atau tidak bercampur aduk. tak lama kemudian, badannya mula rasa melayang sebelum pandangannya gelap. Tiada cahaya.


bersambung....
 p/s:psssttt...psstt..terjawab tak pertanyaan anda tentang siapa papa baru anim dan saudara tirinya?hihihi....jom layan gambo dr.syed versi rugged skit.konon2 nak layan lagu sbb tak nak pikir pasal anim. padahal?hmmm....encem tak..encem tak dia? i'm so in love with him right now...errkkkk..speaking london la pulak kan? :-)

Monday, April 23, 2012

blurb novel Kahwin Ganti
(AKAN DATANG) KAHWIN GANTI : Aifa Batrisya

Stok terawal akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa dan untuk jualan di kedai-kedai mula dijual pada bulan 5

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cin...ta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

Judul : Kahwin Ganti
Penulis : Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24

Thursday, April 19, 2012

Meh, Sandar pada Aku! Bab 7




Langkah kakinya di atur perlahan. Akalnya pula mencongak-congak sendiri atas alasan apa pula dia patut ada di sini pagi-pagi buta sedangkan mesyuaratnya di HQ akan bermula setengah jam saja lagi. Malas hendak mencari alasan, langkah kaki dipercepatkan taktala susuk tubuh yang memang dinanti-nanti berada betul-betul di tempat yang sepatutnya. Dia kemudiannya berdehem perlahan bila langkah kakinya terhenti di depan biliknya.

“ Tangan kau dah okey ke? Kenapa tak ambil cuti lagi?”

“ Haaa? Ooo Dr.Syed. Awal datang hari ni?  Emmm…sakitnya dah kurang, tapi balutan belum boleh buka lagi. Doktor kasi MC, tapi saya rasa sihat. Jadi saya datang hari ni.”

Wajah Dr.Syed hanya di pandang sipi-sipi sahaja. Segan untuk dia pandang wajah itu lebih lama bila teringatkan cerita Kak Mas malam tadi. Bukan tentang kisah Dr.Syed bayar bil perubatannya tapi tentang Dr.Syed yang mengendong beban berat badannya 42 kg tu dari tingkat atas bangunan ini sampai ke dalam kereta dan kemudian hingga dia terbaring atas katil hospital! Urrghhhh…membayangkan hal tu sahaja dah buat dia tak mampu nak tidur lena sepanjang malam tadi.Malu seyyy!!

“ Kenapa? Sehari tak tengok muka Adam, tak boleh? Sebab tu sakit-sakit pun datang juga?” soal Dr.Syed serius. Riak wajahnya sedikit berubah. Rasa kurang senang bila gadis dihadapannya itu enggan memandangnya bila bercakap. Ada apa dengan penampilan diri dia hari ni sampai budak depan ni hanya pandang sipi-sipi ala-ala menjeling pun ada !

Kali ni Tasneem menoleh. Wajah Dr.Syed di pandang tepat. Ni apehal pula dengan dia ni…pagi-pagi datang dah nak sembur orang? Bangun silap bantal kea pa? Sudah lah aku ni sakit disebabkan idea bodoh dia semalam, maaf pun tadak…cuma pasal bil tu…hurmmm. Tasneem tergigit lidah di situ. Niatnya hendak menyembur semula Dr.Syed terhenti disebabkan hutang bil.

“ Mestilah tak boleh Dr.Syed. Dia kan, bakal tunang saya! Selagi saya masih bernafas, tengok muka dia hari-hari tu dah jadi satu kewajiban!” balas Tasneem bersahaja. Entah dari mana idea itu datang secara tiba-tiba.

Membulat mata Syed Nadzhan taktala jawapan itu diterima. Perlahan-lahan dia melepaskan nafas panjang. Jadi memang betullah budak ni ada affair dengan budak Adam tu. Ahhh...abaikan ! None of your business Nadzhan !

“ Ikut kau lah. Bil hospital, jangan lupa bayar pada aku balik. Ini resitnya, bayar tepat-tepat. No discount! Haa sekarang…kau salin tajuk ni, kau cuba carikan maklumat untuk aku. Kalau aku nak suruh kau buat eksperimen pun, tak boleh juga kan? Tak kan lah company ni nak bayar kau gaji buta so kau duduk kat tempat aku, tunggu sampai aku balik. Aku ada kerja dekat HQ.”

No discount! Geshhhhh! Satu lagi sifat Dr.Syed yang baru dia tahu hari ini. Kedekut taik hidung masin ! Hisyhhh...sombong, berlagak bagus dan sekarang kedekut ! Wahhh...penuh dengan sifat-sifat Madzmumah !

“ Iye, dah dapat duit elaun nanti, saya bayar. Bil makan pun nanti Dr.Syed jangan lupa bagi saya juga tau !Tempat Dr.Syed?” kepalanya dijengahkan sedikit ke dalam bilik di sisi kirinya. Melihat kerusi empuk warna merah itu terbayang pula kisah kali pertama dia di serang ‘kekasih’ Dr.Syed, Dr.Aleesya. Pantas kepalanya digeleng laju. Seram ! Tak ! Tak boleh ! Pisang tak boleh berbuah dua kali !

“ Tak nak lah Dr.Syed..nanti Dr.Aleesya...”

“ Abaikan dia. Apa pun dia nak cakap, kau duduk je kat situ sampai aku datang. Faham? Dah, masuk. Sekarang!”.

Abaikan? Beria-ia mata kecilnya dibesarkan pada Dr.Syed seolah-olah minta kepastian. Senang saja nak cakap abaikan. Tapi nanti yang terima kutukan, umpatan orang sekeliling dia juga. Bukan dia tak tahu, sejak hari pertama dia masuk ke sini dia dah jadi buah mulut rata-rata staf di situ. Tak cukup dengan itu, Dr.Aleesya pula dah buat dia macam musuh . Asal bertembung saja di tandas atau pantri, sampai nak terbeliak mata perempuan itu menjeling ke arahnya. Belum kira lagi, muncungnya yang panjang sedepa sampai boleh buat sangkut hanger!

“ Afnan Tasneem. Sampai mana dah kau berangan ni? Ada sampai Niagara Falls?”.

Plofff!!Ploff!!! Kepulan-kepulan angan Tasneem hilang macam tu saja bila ditegur suara garau Dr.Syed. Tasneem sengih. Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik itu sambil memegang diari dan buku notanya. Malas nak bersoal jawab lebih panjang bila Dr.Syed tiba-tiba dah bertukar jadi Hitler!

Masa berlalu. Dari waktu makan tengahari hingga petang menjelma tapi batang hidung Dr.Syed masih belum muncul-muncul juga. Hisyhh Dr.Syed ni. Kalau nak kerja sampai malam pun dekat HQ tu, tak apalah. Tapi sekurang-kurangnya inform la pada dia dahulukan ? Ini tidak, dah jadi macam tugu negara pula dia duduk dalam bilik tu. Tengah sibuk dia berangan sendiri, telefon bimbitnya berbunyi.

“ Anim, kau kat mana? Kami dah lama tunggu kat dalam kereta ni!”

Suara nyaring Salwa di corong telefon  menyedarkan Tasneem yang dia sudah pun melangkau masa kerja. Sekilas dia menjeling ke arah jam tangannya. Dah pukul 5 petang! Mana Dr.Syed ni? Hisyhh..macam mana ni? Nanti kalau dia balik dahulu dan Dr.Syed balik dan lihat dia tak ada di sini, dia marah pula! Geshhhhh!!!

“ Aku minta maaf. Lupa nak beritahu, aku balik lewat sikit. Ada kerja. Kau dengan Kak Mas balik dulu ye!”

“ Laaa.. ye ke? Banyak lagi ke kerjanya? Kalau tinggal sikit saja lagi, kami boleh tunggu.”

“Banyak lagi Awa! Kau balik dulu ye. Nanti,pandai-pandailah aku cari cara nak balik.”

‘ Mana ada teksi lalu kat sini Anim ! Tak apa, kalau dah siap beritahu je kami ye. Nanti kami datang. ‘

‘ Okey beb ! Aku tunggu Dr.Syed balik dulu ye..”.

“ Dr.Syed? Anim….”.

Panggilan telefon pantas dimatikan. Malas nak memanjangkan soal jawab dengan Salwa. Masak sangat dengan sikap Salwa yang kadang-kadang suka besikap macam akak-akak. Caring yang amat! Sorry Salwa! Aku tahu kau sayang aku! Tasneem senyum sendiri. Telefonnya di masukkan semula ke dalam beg tangannya sebelum menyambung semula bacaannya.

Masa berlalu dan Tasneem yang kebosanan hampir tersengguk-sengguk kepalanya dengan mata terpejam sambil tangannya masih kemas memegang mouse komputer.

“ Kau buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi ? ‘

Tasneem tersentak. Rasa macam kilat menyambar diri bila suara itu tiba-tiba menegurnya.  Matanya digenyeh perlahan lalu berpaling ke sisi kerusinya.

“ Kerja Dr.Syed dekat HQ  dah siap ke?” soal Tasneem perlahan. Masih dalam keadaan mamai.

“ Sudah. Kenapa?”.

Mata Tasneem yang tadinya mengantuk amat, terasa kembali cerah. Dia boleh tanya kenapa? Biar betul! Dengan Dr.Syed yang mana satu sebenarnya dia bercakap pagi  tadi? Siapa pula yang beri tugasan supaya dia cari bahan dan duduk tercongok dalam bilik ni sejak pagi tadi?

“ Tadikan Dr.Syed suruh saya tunggu sampai Dr.Syed habis kerja dan datang semula ke sini?”

Wajah Syed Nazhan sedikit berkerut. Bila masanya ni?

“ Iye ke? Aku ada cakap macam tu? Ehhh…dah senja ni. Semua orang dah balik. Tinggal kau....”.

Tasneem bagaikan tersedar dari mimpi panjang. Dia bingkas berdiri tegak. Mata kecilnya tajam memandang ke wajah bersih milik penyelianya yang ternyata lebih tinggi darinya. Melihatkan wajah itu, tak semena-mena perasaan takut dan bimbang berdua-dua an dalam bilik  makmal sebesar itu dengan Dr.Syed mula menguasai dirinya.

Isyhhh..kalau apa-apa jadi pun antara dia dengan Dr.Syed dalam bilik ni, siapa yang tahu? Hampir semua staff dah balik. En. Zul yang sibuk buat kerja kat makmal belakang pun rasanya dah balik pukul 6.30 petang tadi. Pak Guard pun bukan boleh masuk dalam bangunan ni !

“ Kenapa kau pandang aku macam tu?” Soal Nadzhan tak puas hati bila mata kecil itu memandangnya dari atas  ke bawah berkali-kali.

‘ Errr...saya dengan Dr.Syed..berdua...”. Wajah Tasneem ketat. Jari telunjuknya perlahan ditunjukkan ke arah Dr,Syed dan kemudiannya ke arah dirinya sendiri. Syed Nadzhan mencebik, tangannya lantas dicekak kan ke pinggang.

“Ehhh..kau jangan nak fikir bukan-bukan pula. Aku bukan lelaki macam tu...”

Kata-kata Syed Nadzhan terhenti bila senyuman Tasneem terbit tiba-tiba dan kemudian tangannya menepuk perlahan kepalanya. Wajahnya kelihatan lebih lega dari sebelumnya.

“ Ha’ah….iye lah kan? Lupa pula saya. Apa yang saya nak bimbangkan. Dr.Syed kan memang tak minat pada perempuan sebab Dr.Syed...”.

Kata-kata Tasneem mati di situ bila menyedari mata penyelianya itu tajam memandang ke arahnya. Tubuh Tasneem terasa menggeletar. Perlahan. Tasneem, apa kau dah buat ni??

“ Aku apa?” Soal Syed Nazhan. Tegas.

“Tak ada apa-apa Dr.Syed...”. Kalau tadi badannya menggeletar, kali ini terasa seram sejuk pula. Macam nak demam!

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?” Soal  Syed Nazhan lagi. Kali ini lebih serius. Wajahnya didekatkan pada Tasneem yang tinggi hanya paras bahunya.Tasneem telan air liur. Pahit. Think Tasneem, think! Cepat cover line!

“Errr… Dr.Syed kan  hensem! Tentulah Dr.Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”.

Syed Nadzhan tergamam. Badannya kembali ditegakkan. Dahinya sedikit berkerut. Akalnya cuba menangkap tiap patah kata yang baru saja didengari tadi.

Tasneem turut tergamam . Perlahan bibirnya diketap . Apa yang kau merepek ni Tasneem? Puji depan-depan muka dia yang dia hensem?Apakah? Buat malu satu kampung ni wehhh!!

Tidak lama kemudian, ketawa Syed Nadzhan pecah memenuhi ruangan bilik itu. Kepalanya digeleng perlahan berkali-kali.

“ Kau ni, boleh tahan lucu juga kan? Dah, cepat kemas barang. Aku hantar kau balik. Nanti, lagi lama kita berdua kat sini tak elok juga. Elok-elok berdua, ada pula datang yang ketiga. Dari tak suka, terus jadi suka pula!”

Uishhh lain  macam saja bunyinya. Apa dah jadi dengan Dr.Syed ni ? Macam angin monsun pun ada. Sekejap marah, sekejap lagi boleh gelak. Makan dalam, penuh makna betul kata-kata dia tadi. Macam pantun dua kerat pun ada ! Hailah Dr.Syed !

************

“ Mama!! Rindu sangat dengan mama! Kenapa datang tak beritahu Anim dulu ! ‘

Tasneem menjerit kegembiraan bila wajah mamanya yang menyambut kepulangannya malam itu di hadapan pintu rumah sewa. Tubuh mamanya dipeluk erat sebelah tangan. Biarpun baru 2 minggu tak berjumpa rasa macam 2 bulan saja!

“ Mama saja nak buat spot check! Gotcha! Dating, malam-malam ye anak mama ni!”.

“ Mana adalah mama. Anim buat kerja. Supervisor Anim tu bagi Anim kerja banyak sangat!”.

“ Kerja, kerja juga Anim tapi jangan sampai bahayakan diri. Cuba tengok tangannya ni. Berbalut besar!”.

Tasneem sengih panjang. Pelukan pada mamanya dipereratkan lagi. Mama..Anim rindu mama! Rindu sangat-sangat!

“ Oiitt baby tua! Sudah-sudahlah tu, pergi mandi dulu ! ‘

‘Eleh..jeles lah tu ! ‘ Mastura ketawa kecil.

‘ Tak ada maknanya ! Kamu pergilah  mandi dulu Anim. Akak dengan mama kamu nak bincang pasal barang hantaran... ‘.

‘ Hantaran ? Siapa nak kahwin ni ? ‘ Soal Tasneem dengan wajah kehairanan. Wajah mama dan Kak MAs di pandang bersilih ganti.

“ Haihhh…siapa lagi. Kamu la! Kamu kan nak bertunang dengan Adam ? ‘

‘Apa ?? ‘.

Kak Mastura gelak besar. Sofa disisinya ditepuk berkali-kali.Suka benar dapat mengenakan adik sepupunya lebih-lebih lagi bila melihat wajah tercengangnya dengan mulut ternganga besar.

‘ Nama supervisor Anim tu, Adam ke ? ‘

“ Yang tu nama nya Syed Nadzhan auntie Diba. Adam ni student master...”.

“ Okey...stop...stop. Cuba cakap betul-betul. Siapa sebenarnya yang nak kahwin ni? Kak Mas?”.

Mastura menggeleng laju. Tasneem mengeluh. Kepalanya digaru biar pun tidak gatal. Kalau bukan Kak mAs, siapa pula? Tak kan dia pula kot? Dia dengan Adam? Hisyhhhh....

“ Mama lah sayang...”.

“ Mama? Mama nak kahwin?”.

************

“ Kenapa dengan tunang saya ni? Tadi beria-ia semangat nak datang makan sini. Dah dapat makanan, dok diam tenung je. Makanlah...”.

Tunang? Wajah Adam Naufal dijeling sekilas sebelum pipi putih mulusnya berubah warna merah. Segan dan malu diusik begitu. Ini semua ‘misi’ baju purple tu punya pasal. Pandai-pandai dia saja nak create status mereka berudua sebagai tunangan. Tak pasal-pasal dia diusik dengan Adam dan Salwa sampai dia merajuk panjang. Dan sekarang, waktu dia sedang berseedih...Adam masih nak mengusik lagi?

“ Janganlah sedih-sedih ye Afnan. Senyumlah sikit. Saya bergurau je tadi tu. Senyumlah ye...”

Tasneem memaksa dirinya untuk tersenyum dihadapan Adam. Cawan kertas tinggi warna putih bergambar huruf M besar warna kuning di tarik perlahan ke sisinya. Air Coke disedut perlahan.

“Adam... saya tak nak kongsi mama dengan orang lain” luah Tasneem dalam nada suara perlahan. Wajahnya ditundukkan. Hampir seminggu lebih dia menahan rasa sendirian. Mama dah nak kahwin! Rupa-rupanya dalam diam mama masih berhubungan dengan bekas kekasih lamanya dan sekarang mereka nak mengikat semula kasih sayang yang terhenti beberapa puluh tahun dahulu. Entah kenapa selama ini dia tak dapat menghidu semua itu biarpun antara dia dengan Kak Long, dia lebih rapat dengan mama.

Hurmmm…bagaimanalah agaknya gerangan bakap bapa tirinya tu ye?  Biasa-biasa, bapa tiri ni garang, perengus! Itu belum lagi di ambil kira dengan sikap bakal adik beradik tirinya! Argghhhh..memikirkan semua itu hatinya rasa nak meletup. Makanya, rasa hati itu perlu cepat diluahkan segera. Tapi tidak tahu pada siapa dia hendak luahkan rasa hatinya. Pada kak Mastura? Tak mungkin! Kak Mas kan sekutu utama mama, malahan bakal pengapit pula tu. Salwa? Dia pun sama! Sekutu kedua mama! Awal-awal dah bagi nama nak jadi flower girl!

“ Hidup kita ni Afnan, mana-mana pun perlu berkongsi. Contohnya kalau kita pergi shopping complex, tandas awam kat situ kita kena kongsi dengan orang lain juga kan?”.

“ Itu soal tandas awam Adam. Saya bercakap pasal mama saya! Lepas ni, saya terpaksa kongsi mama dengan bakal suami dia dan juga bakal anak-anak tiri dia!”. Tasneem tarik muka. Salah tempat rupanya dia. Adam pun sama! Adam pun tak faham apa yang dia rasa!

“ Saya faham Afnan. Saya faham apa yang awak rasa.Tapi awak pun harus faham perasaan mama awak. Dah berpuluh tahun dia korbankan segalanya untuk membesarkan awak seorang diri. Tak salahkan kalau kali ni awak pula berkorban untuk dia? Kalau awak rasa awak perlukan dia dalam hidup awak, dia pun perlukan seseorang waktu awak tak ada di sisi dia.”

Tasneem terdiam. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata itu. Dengan nada suara yang tenang dan perlahan, kata-kata itu bagaikan masuk tepat ke dalam hatinya. Wajah Adam Naufal yang hanya tersenyum manis ke arahnya di renung dan tidak lama kemudian dia turut tersenyum. Hail ah Adam! Aura apa yang ada pada awak ni sampai boleh buat hati saya berubah  jadi macam ni?

***************

“ Kau nak cuti pergi mana ni? Lama kau cuti. Hampir seminggu”.

“ Balik kampong” balas Tasneem pendek.

“ Aku tak ada minggu depan. Aku kena pergi kursus,” jawab Syed Nadzhan perlahan. Surat cuti bertaip dihadapannya di tenung dari atas ke bawah. Kemas dan teratur saja ayatnya. Ini mesti tak lain Mastura yang tolong taipkan.

Tasneem mencebik. Oooo ye ke? Tak tanya pun!

“ Okeylah. Kau boleh cuti.”

“Terima kasih Dr.Syed!”. Tasneem senyum panjang sambil tarik nafas lega. Rasa tak sangka pula dapat minta cuti panjang semudah tu saja dari Dr.Syed biar pun tanpa notis awal. Nasib baik tak di amuk dek Dr.Syed!

“ Hmmm…kau balik kampong ni, cuti lama-lama nak bertunang ke?”.

Senyuman Tasneem berubah kelat. Terkerdip-kerdip matanya memandang ke arah wajah Dr.Syed. Dia ni kan, tak habis-habis dok ungkit pasal hal yang sama. Tunang..tunang. Dengan siapa pula aku nak bertunang? Adam? Kenapa dia tak suggest bertunang dengan dia je? Kan ke senang?

“ A’ah, ada majlis sikit. Ingatkan, nak ajak Dr.Syed datang tapi Dr.Syed ada kursus pula kan? Lain kali lah saya ajak Dr.Syed ye! Okeylah Dr.Syed, saya nak balik dulu. Selamat berkursus la ye! Assalamualaikum!”.

Syed Nadzhan hanya memandang sahaja gelagat Tasneem yang sedang menyanyi-nyanyi sambil mengemas barang-barangnya di atas meja. Gembira betul nampaknya dia sebab di beri cuti dan yang paling penting, sebab nak jadi tunang orang. Ohhh..bukan orang lain. Student masternya sendiri, Adam Naufal!

 Dia sedar mereka berdua memang rapat sejak akhir-akhir ini tapi dalam masa 2 minggu sahaja mereka dah ambil keputusan nak bertunang? Tak terlalu awal ke rasanya untuk semua tu? Ahh budak lurus bendul macam dia ni, apa yang di hairankan. Seketika, gadis itu berpaling bila selesai mengemas lalu melambaikan tangan ke arahnya dan berlalu pergi.

Syed Nadzhan mengeluh panjang. Dia rasa tak puas hati selagi kebenaran belum dapat dia pastikan. Betul ke budak ni cuti sebab nak bertunang dengan Adam?Tak kan lah kot! Adam! Cuba call Adam dan tanya!

“ Iye Dr.Syed. Ada hal apa Dr.Syed call saya petang-petang macam ni.”

“ Saya cuma nak inform pada awak yang minggu depan saya berkursus.”

“ Ooo..okey. Minggu depan, saya tak datang sana rasanya Dr.Syed,” balas Adam. Syed Nadzhan telan air liur. Perlahan. Wajahnya berubah tegang. Adam pun cuti juga? Jadi betul lah mereka berdua nak bertunang?

“ Saya ada seminar anjuran pihak universiti, jadi minggu lagi satu lah saya pergi sana dan jumpa Dr.Syed ye!”.

Akhirnya wajah tegang itu berubah bila senyuman terukir di bibirnya. Hisyhh budak Adam ni! Saja je nak buat adrenalin dia naik sekejap. Selesai mematikan perbualan, Syed Nadzhan termenung sendirian. Telefon bimbitnya dipusingkan berkali-kali di atas meja sambil berfikir. Kalau bukan dengan Adam, dengan siapa pula budak tu nak bertunang ?

Ya Allah ! Apa kau dah buat ni Nadzhan? Perlahan-lahan wajahnya ditundukkan ke lantai bilik. Seriously Nadzhan...you’re out of your mind!

*************

to be continue..............

p/s: pst..pst...okey tak? terhibur dengan gelagat Dr.Syed dan Anim? comment lah ye..kalau sudi...lagi banyak comment anda lagi semangat sya nak terus menulis..hihihii...oohhhh...okey..layankan wajah Dr.Syed Nadzhan bila dia senyum....hmmmm...idak la seram sangat bila dia senyum ye tak?


Wednesday, April 18, 2012

Meh, Sandar Pada Aku - Bab 6

“ Afnan, kenapa ni? Awak buat apa sorang-sorang kat sini?”.

Tasneem sedikit tersentak bila dia tiba-tiba sahaja ditegur. Air mata yang mengalir pantas diseka. Tanpa menoleh, sudah dapat di agak gerangan yang menegurnya dan kini duduk pula di sisinya.

‘ Hmmm..saya tahu. Dr.Syed marahkan awak ye ? ‘.

Tasneem angguk perlahan. Air mata yang masih bersisa di lap perlahan dengan hujung lengan blousenya. Ahhh..malu pula rasanya dalam keadaan macam ni dia harus  berdepan dengan Adam Naufal. Mesti lelaki ni fikir yang dia ni cengeng, pantang di tegur. Orang cakap sikit saja dah nak sentap.


“ Awak jangan ambil hati sangat dengan kata-kata dia tu ye. Mungkin nampak kasar, tapi dia tak bermaksud macam tu. Niat dia baik sebenarnya, sekadar nak menegur kita. Cuma kadangkala, cara dia tu tak berapa nak kena lebih-lebih lagi dengan perempuan lemah lembut macam awak ” Adam Naufal berkata perlahan. Nada suaranya yang tenang benar-benar buat hati Tasneem yang tadinya sedih dan marah rasa sedikit lega. Terasa aura Adam Naufal menyerap perlahan ke tubuhnya dan buat dia lebih bersemangat dari tadi.

“ Tadi tu bukannya nasihat adam, tapi menghina! Dia hina saya! Dia kata saya fikir pakai lutut! Dia tuduh saya jadi punca makmal tingkat atas penuh dengan gas amonia. Dia tak ajar apa-apa, cuma nak hasil dan bila dah jadi hal macam tu...saya kena marah. Adil ke macam tu!”


Adam Naufal senyum nipis. Gadis di hadapannya itu nampaknya benar-benar terluka dengan kata-kata penyelianya. Memang dia tidak tahu butir-butir perbalahan sebenar antara mereka berdua tapi mengenali Dr. Syed Nadzhan hampir setahun lebih sudah di agak bagaimana keadaannya. Dr.Syed Nadzhan yang dia kenal memang jarang bekerjasama dengan perempuan jadi tak mustahil kalau dia bermasalah nak berkomunikasi dengan Afnan Tasneem.


“ Sabar ye Afnan. Lama-lama awak boleh adapt dengan cara dia. Dia tu bagus orangnya, sangat berpengalaman luas walaupun umur masih muda. Cuma..tang communication skills kena pergi kursus lagi kot!”. Adam Naufal gelak perlahan. Akhirnya Tasneem tersenyum. Terasa lucu pula bila dengar cadangan Adam mengenai lelaki itu.


“Untuk ‘spesies terancam’ macam dia, kena atur kursus khas sikit. Suruh dia kahwin, lagi senang. Umur dah 30 tapi makwe pun tak ada lagi !” komen Tasneem sambil ketawa kecil.


Terbang habis rasa sedihnya tadi. Memang Adam Naufal ada aura tersendiri. Melihatkan wajahnya saja, dia dah rasa tertarik dan bila mula bersuara hati yang sedih dan marah boleh jadi tenang. Cheewah Tasneem, siap ada falsafah sendiri tentang Adam Naufal pula!

“ Bukan awak ke makwe dia?”.

Tawa Tasneem mati di situ. Wajah Adam Naufal di pandang dengan penuh kehairanan.

“ Dari sumber mana awak dapat cerita mengarut ni Adam?”.
“ Dari akak-akak makmal atas. Pagi tadi, waktu saya ambil air panas di pantri mereka sibuk bercerita dengan saya soal awak dengan Dr.Syed. Katanya, awak ni bakal tunang Dr.Syed  sebab tu awak dapat praktikal di sini. Ayah Dr.Syed yang suruh supaya awak dengan Dr.Syed dapat kenal satu sama lain. Betul ke Afnan?”


Errrkkkk? Ni storyline novel mana pula yang akak-akak atas ceduk pi buat cerita dekat mamat ni pulak? Pecah gelak tawa Tasneem sebaik saja Adam Naufal selesai bercerita. Beria-ia di ketawa sambil menekup mulut dengan tangannya.

“Kesian kat awak Adam, bulat-bulat kena tipu dengan cerita novel rekaan mereka tu. Saya ni bukan sesiapa pada Dr.Syed tu. Cuma student praktikal je. Hisyhhh awak ni...”.

Adam Naufal senyum lagi.
“ Kalau cerita tu tak  benar, baguslah. Tak ada lah saya nak risau atau rasa takut-takut nak rapat dengan awak.”

GullPPP!! Rapat? Adam Naufal nak rapat dengan Afnan Tasneem? Ermmmm…rapat macam mana tu ye?
‘ Adam !!!’.

Belum sempat Tasneem bertanya, nama Adam sudah pun di laung kuat dari pintu masuk ke dalam makmal. Mereka sama-sama berpaling ke arah lelaki yang kemas berkemeja lengan panjang merah jambu cair.

 Huhhh ! Dr.Syed macam bagus tu rupanya ! Benci ! Tengah syok dia dengan Adam dating-dating kat sini, sibuk nak menganggu pula !

Tasneem pantas tunduk memandang ke lantai. Tidak mahu memandang wajah yang sebentar tadi baru saja menghinanya. Derapan kaki terhenti berhampiran mereka namun Tasneem masih seperti tadi.

‘ Adam, saya dah siap cek draft jurnal awak tu. Nanti sebelum balik, ambil di bilik saya ye!”.

“ Baik Dr.Syed! Terima kasih ye”.
Cehhh! Setakat nak cakap tu saja, tak payah lah sampai nak cari dekat kawasan loji rintis ni kot! Dalam keadaan masih tunduk, Tasneem mencebik.


“ Haaa..kamu berdua buat apa dekat sini? Dating ?’. Suara garau itu masih lagi bersuara. Tasneem hanya merungut dalam hati. Tak berniat mahu pun berminat nak jawab soalan cliché macam tu. Hisyhhhh dia ni, tak reti-reti nak masuk bilik dia semula ke? Dah tanya apa yang patut pada Adam, pergilah balik. Menyibuk saja!

“ Tak adalah Dr.Syed, saya tengah berbual sambil berbincang dengan Afnan. Dia berminat nak tahu tentang research yang saya buat untuk projek master saya.”
Tasneem terasa mahu ketawa, tapi di tahan dirinya. Wahhh…besh juga Adam ni ye! Pandai cover line!

“ Tapi kenapa di sini? Kat dalam kan lebih selesa. Sini kan panas.”
Cehhh…ini concern ke atau perlian semata-mata? Dekat sini panas ye? Hati aku ni lagi panas tahu tak Dr.Syed ? Bebel Tasneem dalam hati.

“ Sekejap je Dr.Syed, dah habis berbual dah ni pun.”
‘ Haa..baguslah macam tu. Tasneem, pergi naik atas..bersihkan glassware yang kau pakai tadi. Esok, repeat reaction ! ‘.

‘ Biar saya tolong awak ye... ‘.
‘ Adam, awak boleh ambilkan keputusan analisa acid value dari En.Azman ? Saya nak sekarang ye ! ‘.

Adam Naufal kelihatan berkira-kira. Namun akhirnya angguk perlahan sebelum bangun dan meninggalkan Syed Nadhzan juga Tasneem. Tidak mahu terus mengadap wajah Dr.Syed yang membencikan itu, cepat-cepat Tasneem melangkah masuk ke dalam makmal menuruti Adam dari belakang.

**************


Tasneem mengucap panjang. Tangannya kuat memulas round bottom flask yang dia guna untuk buat reaction tadi. Apa ke payahnya nak keluarkan benda alah ni dari condenser ni? Suhu dah turun ke suhu bilik , tak lah panas macam tadi. Patutnya dah boleh keluarkan.
“ Memanglah susah nak buka sebab kau tak letak minyak grease masa kau sambungkan tadi.
Tasneem mencebik. Malas nak menoleh. Dah tahu sangat gerangan yang suka menegur ala-ala provoke padanya.
“ Saya tak tahu. InsyaAllah esok, saya bubuh sebelum mulakan eksperimen.”
“ Hmm..bagus.”
“ Habis tu, saya nak buat macam mana sekarang ni Dr.Syed? Tak boleh nak buka ni ? ‘.

Wajah lelaki itu dipandang sipi-sipi sahaja. Hamboii..ingat lawa sangat lah gaya dia tu, dok bersandar depan pintu sambil berpeluk tubuh. Budget hensem lah tu kan ?

‘ Apa lagi, pecahkan lah ! ‘.
‘ Pecahkan ? ‘ Mata Tasneem membulat. Biar benar Dr.Syed ni. Nanti dah di pecahkan, timbul pula isu lain. Tak pasal-pasal elaun praktikal dia bulan ni kena potong sebab nak bayar kos glassware yang dipecahkan. Sudahlah elaun yang dapat sikit je.

“ Pecahkan saja. Berlambak yang lain dekat dalam stor tu.”
Tasneem masih terkebil-kebil di situ. Biar benar?
“ Syed, you boleh datang tengok komputer I sekejap?”. Tiba-tiba saja Dr.Aleesya muncul di antara mereka. Wajah Dr.Syed nampak malas-malas saja hendak melayan namun kakinya masih melangkah menurut Dr.Aleesya.

Tasneem mengeluh perlahan. Hai..macam mana nak pecahkan ye? Nak guna apa? Hmmm…kalau guna spanar ni, ok juga kan? Tasneem sengih sendiri. Entah macam mana, ada pula spanar di dalam bilik itu. Haa..apa lagi, gunakan aje la kemudahan yang ada Anim!
Perlahan-lahan spanar diketuk pada badan flask itu. Ahhh...tebal juga rupanya kaca ni kan? Tangan kirinya sibuk memegang badan flask itu manakala tangan kanannya pula mengetuk. Kali ini ketukannya dikuatkan lagi. Namun, tak ada tanda-tanda pun flask tu akan pecah. Retak pun tidak. Macam mana ni?
Tasneem mengeluh lagi. Sesekali kepalanya dijengukkan keluar bilik itu. Sedikit kecewa bila tak ada tanda-tanda yang Adam ada di sekitar kawasan itu untuk dia minta pertolongan. Nak minta tolong pada yang lain, rasa segan pula. Rata-rata yang kerja bahagian makmal atas selalu saja pandang dia semacam. Macam lah dia ada buat salah besar pada mereka. Gaya macam dia ada hutang dengan mereka pun ye juga!

Cuba lagi Anim! One last try. Cheewahhh…speaking london pula

Satu..dua…Papppp!!! Dengan sekali ketukan yang kuat, flask itu retak dan berderai.
“ Aduhhh!!!”. Tasneem menjerit perlahan. Tangannya yang menggeletar menahan sakit di tenung perlahan. Glove hijau yang dipakai tadi sebelum mula buat kerja separuh terkoyak dengan kaca sebesar ibu jari tangannya tertusuk di antara jari telunjuk dan ibu jarinya.
Darah mula mengalir di celah-celah glove yang dipakai. Melihatkan keadaan itu, badannya mulai terasa seram sejuk dan hilang imbangan. Pandangan pula mulai kabur.
“ Ya Allah, Afnan!”.

****************


“ Biar saya angkat dia! Awak drive kereta saya!” arah Syed Nadzhan dengan nada suara cemas. Baru saja tadi dia hendak turun ke tingkat bawah setelah membantu Aleesya, Alia pembantu nya datang beritahu tentang kecederaan Tasneem. Dan bila dia tiba di bilik itu, gadis itu atas pangkuan Adam pula.

“ Kita naik kereta saya ye! Saya tak berani nak drive kereta Dr.Syed!”.
“ Mana-mana je lah. Kena pergi cepat. Darah banyak keluar. Dia pula pengsan. Alia! Awak tolong beritahu pada Mastura tentang hal ni ye! Kami ke an-nur!”.

“ Baik Dr.Syed!”.
Syed  Nadzhan lantas mencepung Tasneem keluar dari bilik itu. Aleesya yang sedang berbual dengan pembantunya di tepi tangga  menuju ke bawah sedikit terperanjat melihat keadaan itu.
“ Kenapa ni Syed? You nak bawa dia kemana?”.

“ Dia cedera. I nak bawa pergi hospital la, ke mana lagi,” balas Syed Nadzhan malas-malas.

“ Tapi kenapa you yang kena angkat dia?”.

“ Habis tu, you nak tolong I angkat dia?” Syed Nadzhan sedikit berang. Langkahnya terhenti di anak tangga terakhir.  Matanya tajam memandang ke arah Aleesya yang tak habis-habis dengan sikap cemburu tak bertempat.

Aleesya melopong. Bibirnya diketap perlahan.

“ I tak ada masa nak explain pada you Aleesya. I nak cepat!”.

Syed Nadzhan terus berlalu. Sesekali wajah empunya badan yang ada di dalam dukungan di pandang dengan penuh rasa bersalah.  Bertahan Tasneem..bertahan!


**************
“ Budak anim ni sebenarnya memang mabuk darah. Itu sebab dia pengsan.”

Syed Nadzhan mencebik kan bibirnya.  Nampak darah pun boleh pengsan? Kartun betul la budak ni! Nasib baik  dia tak ambil kos medic! Tak dapat dia nak bayangkan kalau budak ni bertugas dekat emergency room  dengan keadaan patient datang dengan penuh darah satu badan. Confirm keadaan jadi kecoh bukan sebab patient, tapi sebab doktor yang pengsan! Syed Nadzhan senyum nipis. Lucu pula bila dia membayangkan hal itu.

“ Terima kasih ye Adam, sebab tolong Anim!”.

“ Bukan saya kak. Dr.Syed yang tolong angkat Afnan tadi.”
“Dr.Syed?” Soal Mastura kehairan. Matanya pantas dialihkan ke wajah lelaki itu. Syed Nadzhan kelihatan tenang. Seolah-olah perkara itu tiada apa baginya.

“ Terima kasih ye Dr.Syed. Emm…saya nak minta maaf ye Dr.Syed kalau Anim ni banyak menyusahkan Dr.Syed.”
“ No problem.”


Mastura tak puas hati dengan jawapan yang diterima. Itu je Dr.Syed jawab? No Problem ? Hisyhhh..tak boleh jadi ni. Mesti ada sebab kenapa Dr.Syed sampai sanggup angkat dan dukung budak Anim ni. Sebelum-sebelum ni, biar berkali Dr.Aleesya terkehel ke..terpeleot ke..dia buat derk je sedangkan mereka bersaudara. Ini kan pula Anim yang bukan siapa-siapa, hanya budak praktikal dia ?  Entah-entah dia dah ada hati pada Anim tak ? Terasa ingin terus bertanya tapi terhenti bila jururawat dari bilik kecemasan keluar dari pintu sebelah kaunter farmasi.

“ Adam Naufal?”

“ Ye saya?”. Jururawat yang kemas berpakaian uniform warna unggu muda itu senyum simpul.

“ Tunang encik, Cik Afnan dah sedar. Dia minta tolong saya panggilkan encik masuk.”

Tunang? Adam Naufal tunang Afnan Tasneem?

Mastura terlopong. Begitu juga dengan Adam Naufal.
“ Aaaa..emmm..baik, terima kasih ye!” Adam Naufal bingkas bangun menuruti langkah jururawat itu memasuki bilik kecemasan.

Mastura masih melopong seperti tadi. Seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengarnya tadi. Macam mana pula Adam boleh jadi tunang Anim ni? Nurse ni salah dengar atau salah sebut? Hisyhhhhh....


“ Awak lapar ke Mastura? Kalau lapar, jom lah join saya makan dekat Restoren Kelisa sementara kita tunggu pasangan tunangan tu.”


Laju mulutnya ditutup dan kemudian Mastura sengih-sendih sendiri. Tanpa banyak kata, die menurut langkah Dr.Syed keluar dari ruangan lobi hospital itu.

******

“Adoi! Sakit lah Kak Mas!”. Tasneem menggosok perlahan kepalanya yang rasa berdenyut-denyut dek kerana kena ‘sekeh abad’ dengan buku lima Kak Mas. Sudahlah tangan sakit, berbalut…ini kepala pula yang sakit.

“ Sakit ye! Akak ni bukan je sakit, malu pun ada dengan perangai kamu ni Anim!”.
“ Nak malu apanya.  Anim bukan pura-pura pengsan. Anim....”.
“ Bukan pasal kamu pengsan. Tapi pasal kamu mengaku yang Adam tu tunang kamu!”.
Erkkkk...apakah? Mana datang pula cerita ni? Sekejap ada cerita pasal dia bakal tunang Dr.Syed dan sekarang cerita tentang Adam pula jadi tunangan dia? Geshhhhhh....


“ Bila  masa pula ni kak? Saya suruh nurse tu panggilkan Adam sebab sebelum saya pengsan saya nampak kelibat dia dekat depan pintu bilik tu...”.

“ Iye ke ni?”. Potong Mastura sambil buat muka tak percaya.

“ Iye la kak...sumpah makan sate tiga cucuk!”.
“ Banyak lah kamu punya sate!”. Satu lagi sekehan pada kepala Anim diberikan.

‘ Aduh ! Sakitlah kak ! Hisyhh...emmm pasal bil hospital tu, nanti dah dapat elaun saya bayar semula pada akak ye ! ‘.
‘ Haaa...tak payah.’ Balas Mastura, pendek. Tasneem sengih. Wehhh...baik hati pula Kak Mas kali ni ! Dapat duit kutu ke bulan ni ?
‘ Terima kasih kak ! Anim tahu, Kak Mas sayang anim kan ? ‘. Tubuh kak Mas yang kurus dan lebih kecil darinya di peluk erat.

“ Tak payah nak bodek-bodek. Akak kata tak payah bayar bukan sebab akak sayang kamu tapi sebab bukan akak yang bayar bilnya. Dr.Syed!”.


Tasneem terkedu. Pelukannya pada Kak Mas lantas dilepaskan. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah wajah Kak Mas yang mengangguk-angguk macam burung belatuk, beria-ia menyakikannya.Dr.Syed? Dr.Syed yang bayar? Biar betul!


**************
Setibanya di hadapan pintu rumah, matanya menangkap beberapa pasang kasut yang jarang-jarang dilihatnya. Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Dia sudah cukup letih dengan mesyuarat dan insiden yang berlaku di pejabat siang tadi dan sekarang terpaksa melayan tetamu pula? Hmmm…siapa pula yang datang melawat malam-malam sebegini agaknya? Tak reti-reti nak balik umah, tidur ke?
“ Assalamualaikum…."
“Waalaikumussalam. Haa Nadzhan! Lewat kamu balik? Banyak sangat ke kerja nya?”

Kedatangannya di sambut dengan soalan dari Uncle Azhar. Syed Nadzhan senyum nipis. Selepas bersalaman dengan Uncle Azhar, tangan Auntie Juhara pula di salamnya dan wajah anak tunggal mereka itu hanya di pandang mahu tak mahu.


“ Syed ni papa..pekerja cemerlang! Berdedikasi. Sebab itulah Dr. Wahid sayang betul pada dia!” tambah Aleesya. Syed Nadzhan sedikit mencebik. Ayat lama, ayat yang sama!

“ Kerja, kerja juga Nadzhan. Kamu tu bukan muda lagi. Bila kamu ni nak kahwin? Rumah sebesar ni, dua orang lelaki saja yang tinggal ? Kalau kamu kahwin, ada juga bisingnya nanti bila kamu dah ada anak”

Again and again ! Syed Nazhan hanya mampu mengeluh dalam hati. Tiap kali mereka bertandang, soal yang sama di tanya padanya. Bosan. Lagi membosankan. Kahwin, kahwin. Macam tak ada modal lain dah yang nak diketengahkan.Ughhh..ayat macam ahli politik pula dah!
“ Nantilah auntie, uncle. Nadz belum bersedia lagi nak kahwin. Calon pun belum ada lagi.” Jawapan yang sama diberi. Seingatnya, tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini pun jawapan yang sama dia beri. Tak kan lah  mereka tak perasan?
“ Calon dah lama menunggu Nadz. Tunggu isyarat dari kamu saja!”.
Syed Nadzhan terkedu. Huhh..macam dapat diagak saja calon yang Uncle Azhar maksudkan ! Wajah Aleesya yang tersengih-sengih duduk bersetentang dengannya di pandang malas-malas.

“ Nadz minta maaf uncle, auntie. Keputusan Nadz sejak dulu masih sama. Nadz dah anggap Aleesya macam adik beradik Nadz sendiri.”


“ Yang patut dianggap adik, budak praktikal tu..bukan I, Syed!”. Syed Nadzhan terpempan. Wajah Aleesya dipandang tajam. Lama. Respon Aleesya yang secara tiba-tiba seperti itu diluar jangkaannya.

“ Ohh ye,Aleesya ada cerita pada auntie tentang studnt praktikal Nadz tu. Betul ke Nadz dengan budak tu ada hubungan?”.


Syed Nadzhan membesarkan matanya ke arah Aleesya. Itu kan? Kalau  bukan di sebabkan mulut besar, mulut celupar perempuan ni sudah tentu hal ni tak dibangkitkan dan jadi bahan perbincangan mereka.

Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Pandangannya bertembung dengan mata papanya dan kemudian Uncle Azhar yang setia menanti jawapannya.
“ Gossip saja tu auntie, uncle…”.

‘ Bohong ! You sendiri yang cakap dengan I kan Syed...yang you.. ‘.

“ Aleesya..apa cakap macam tu pada Nadz? Tak baik sayang.” Tuduhan Aleesya berakhir di situ bila ditegur Auntie Juhara. Syed Nazhan tarik nafas lega. Mujurlah Auntie Juhara bersuara.
“ Auntie, uncle, papa…Nadz minta diri ke atas dulu ye. Nadz letih sangat-sangat. Selamat malam semua. ‘

Dia langsung berdiri tanpa menunggu balasan dari mereka bertiga. Sempat juga wajah Aleesya dijeling sebelum dia berpaling ke belakang.
‘ Syed ! Syed Nazhan ! ‘.
Panggilan Aleesya langsung tidak diendahkan. Kakinya laju meniti tangga ke atas. Dia letih, penat, marah dan kecewa ! Kecewa? Sebab apa sebenarnya dia kecewa? Kecewa dengan mulut tempayan Aleesya atau kisah siang tadi? Huhhh..tak mungkin! Dalam kamus hidup Syed Nazhan tak wujud perkataan kecewa!

********

Dia rasa lebih selesa setelah membersihkan badan. Perlahan-lahan dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah pukul 11 malam. Tentu uncle Azhar dan anak isterinya dah balik waktu-waktu begini.


Budak tu? Agak-agaknya budak tu dah tidur ke belum ye ? Tentu sudah nak tidur dengan tangan yang berjahit dan berbalut besar. Ahhh Nadzhan! Kenapa pula hal budak tu pula yang nak dirisaukan? Dia bukan siapa-siapa pun!

Syed Nadzhan merenung wajahnya sendiri di dalam cermin meja solek. Dia masih lagi bertuala seperti mana dia keluar dari bilik air tadi. Biar berkali dia menatap wajahnya sendiri dalam cermin itu, hatinya kuat mengatakan yang dilihatnya itu orang yang berbeza.
 Kau dah berubah Nadzhan! Dah banyak berubah! Sejak bila pula kau sibuk nak ambil kisah pasal orang lain? Sejak bila pula hal budak perempuan tu jadi hal kau?

Semua tu sebab dia di bawah jagaan aku! Kalau apa-apa terjadi pada dia sepanjang dia bekerja di bawah aku, bukan aku ke nanti dipersalahkan?
“ Arghhhhhh!!!!”.
Syed Nadzhan menarik-narik perlahan rambutnya yang sedikit kusut dan masih basah. Gila! Gila! Budak tu boleh buat aku jadi gila lah!

‘ Syed ?  Are you okey dear ? ‘.

Syed Nadzhan terkejut bila pintu biliknya tiba-tiba terbuka luas. Tangannya laju menutup hadapan tubuhnya yang sedikit terdedah tanpa pakaian.


“ You tak reti ketuk pintu ke sebelum masuk? Berapa kali I nak cakap benda yang sama ni? Haaa..Hari Dah lewat. Kenapa you tak balik lagi?”.

“ Papa dan mama belum habis bincang lagi tentang papa you. They all dicuss kat luar. I kat bawah tadi, tengah tengok tv sebelum I dengar suara you menjerit. You okey? Kenapa you menjerit?”

“ Mana ada I menjerit. Aleesya, I rasa baik you keluar sekarang.Tentu you tak selesa dengan keadaan I macam ni…”.

“ Who said so? I tak kisah Syed..instead I suka. You tahu kan, sejak kecil lagi I memang suka pada you..sayangkan you Syed. Cuma you yang tolak I bulat-bulat. Apa kata you beri I peluang tunjukkan kasih sayang I pada you….” Balas Aleesya sambil melangkah perlahan ke arah Syed Nadzhan.

“ I ulang semula Aleesya. I rasa, baik you keluar sekarang”

Langkah Aleesya makin panjang. Senyuman sejak tadi sudah terukir di bibirnya. Matanya masih buntang melihat keadaan Syed Nadzhan yang hanya bertuala. Jantungnya berdegup laju. Pandangan tajam mata Syed Nadzhan sedikit pun tidak dia endahkan.

Dia  lantas meluru ke arah lelaki itu lalu memeluknya dengan erat sebelum ditolak kasar hingga dia terduduk ke atas katil.
Aleesya mendengus kasar. Sedikit kecewa bila ditolak kasar dan bulat-bulat oleh lelaki itu namun kemudian dia ketawa besar. Gembira dapat mengusik lelaki itu. Melihat wajahnya yang tegang dan masam mencuka hatinya jadi makin puas.
“ You dah melampau Aleesya. You jangan samakan I dengan lelaki-lelaki lain yang pemikirannya sempit dan hanya fikir tentang hal itu saja!”
“ Tipu! Walau apa pun alasan, you masih lelaki. Lelaki semuanya sama. You menolak tadi sebab I orangnya kan? Tapi kalau budak perempuan tu?”

“Tasneem?”
“Iyelah. Siapa lagi?”.

Syed Nadzhan tepuk dahi kemudiannya dia ketawa kecil. Hilang terus marahnya pada Aleesya tadi . Kenapalah dalam keadaan seperti ini nama budak itu dikaitkan juga?

“ Kenapa you gelak?” Aleesya menyoal tidak puas hati.

“ Lucu!”

“Apa yang lucu?” soal Aleesya lagi.

“ You lah! Kalau lah I ada kuasa magis, I teringin nak tukarkan you supaya masuk dalam tubuh Tasneem. And by that, you boleh tahu yang pemikiran dia lebih matang dari you. You tahu tak?”.
Aleesya mencebik. Matang la sangat kan? Kalau dah suka, semuanya bagus!
“ Jadi betul lah you memang ada hati dengan budak tu? Kenapa tadi you mengelak bila papa dengan mama I tanya?”

“Look..Aleesya. Hari dah lewat dan badan I rasa letih sangat-sangat. Kalau you tak kisah, I nak minta jasa baik you untuk meninggalkan bilik ni sekarang. I nak ambil air sembahyang semula, solat dan kemudian ....”.
“ Bergayut dengan budak tu kan?” soal Aleesya. Sinis.
Syed Nadzhan ketawa kecil. Tak habis-habis lagi ke dengan isu si Tasneem tu?

“ Yup. Mungkin, kalau dia belum tidur lagi I nak bagi good night kiss melalui phone!” balas Syed Nadzhan bersahaja.

Aleesya tarik muka panjang berserta jelingan tajam. Tanpa kata apa, dia melangkah keluar dari bilik itu sambil menutup kasar pintu yang tadi terbuka luas.

Syed Nadzhan ketawa lagi. Good Night kiss untuk Tasneem? Dia belum cukup gila untuk buat macam tu!  

****

p/s: bersambung lagi..okey ke kawan2 atau citer ni sedikit slow? comment la skit ye!heheh...




Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon