Wajah suci Daim direnung dengan
rasa sayang yang menggebu. Jari jemarinya kemudian mengusap lembut pipi comel
yang sedang lena tidur di katil khas untuknya sebelum bibirnya menguntumkan
senyuman.
“Apa yang papa dah buat tadi
sayang? Papa sendiri tak tahu, kenapa papa
cakap macam tu pada mama zara,” bisiknya perlahan sambil mata masih
ralit memerhati si comel itu.
“Mungkin…papa miss mama so much…” tokoknya lagi, sebak. Mata
sudah berkaca seribu. Bila-bila saja tembok kaca itu akan pecah.
“Papa miss mama so much Daim….miss
her…so much!”
“Nuqman…”.
“Eh, ummi!”
Air mata yang mengalir di pipi
cepat-cepat dikesat sebelum senyum ditarik. Ummi datang mendekati dengan wajah tak beriak. Agak-agak, ummi dengar ke apa yang dibualkan dengan Daim tadi ye?
“Ummi tahu, kamu masih sayangkan
Zara kan?”.
Laju Nuqman menggeleng. Aduh, ni mesti ummi dengar!
“ Tak adalah ummi,” balasnya
pendek. Selimut Daim diperkemaskan. Sesekali wajah comel itu diusap lagi tanpa
rasa jemu. Raut wajahnya, persis arwah Nadine! Saling tak tumpah. Dengan kulit putih bersih, mata sepet.
“Ummi akan tolong Nuqman.”
“Tolong, tolong apa ummi?”soalnya, sedikit berteka-teki dengan nada dan gaya ummi berbicara kali ini.
“Tolong Nuqman dapatkan semula
Zara. Nuqman kena kahwin dengan Zara. Ummi tahu, hanya Zara yang dapat
bahagiakan Nuqman dan jaga anak-anak Nuqman,” jelas Ummi bersungguh-sungguh.
Mata Nuqman terbeliak. Wajah Ummi
yang serius dipandang tanpa sela. Isyhh ummi ni, biar betul.
“Habis tu, Luqman dengan
anak-anaknya macam mana?”
Kali ini ummi tersenyum pula.
“Luqman kan playboy. Ramai
perempuan yang bersusun tunggu dia. Lepas dia ceraikan Zara, dia carilah mama
lain untuk si kembar tu!”.
“Nuqman…”.
Nuqman tersentak usai bahunya
ditepuk. Wajah ummi yang tersenyum di sisinya dipandang dengan rasa tak
percaya.
“Yang kamu tidur kat sini,
kenapanya? Kamu dah makan?”.
Nuqman geleng laju. Matanya
digenyeh berkali-kali dengan jari sebelum tekup mulut, menguap. Tertidur
rupanya dia. Haih! Nasib baik bukan betul-betul! Tapi dalam mamai, wajah ummi masih dipandang dengan rasa
takut-takut. Takut pula ummi ulang dialog yang sama macam dalam mimpinya tadi.
“Tuuu..handphone dalam poket tu,
dari tadi bergetar. Kamu tak mahu angkat?” soal Ummi lagi.Cepat-cepat Nuqman
bangun dan berlalu ke hujung bilik itu sebelum panggilan bersambung.
“Hai Nuqman!”.
“Hai..asalamualaikum. Siapa ya?”.
“ Errr..waalaikumussalam. Ni I
lah, Sofea.”
Sofea? Wajah ummi dikerling
sekilas sebelum akalnya sempat memikir. Sofea mana pula ni?
“Sofea yang mana ye?”.
“Alaaa..Sofea. Kita kan pernah
jumpa dekat air port tempoh hari. You ada bagi name card you pada I kan? You
lupa ye?”.
Sofea? Name card? Air port?
Hmmmm.
“Oooo…Sofea yang model tu ye.
Ohh..sorry. Saya tak teringat tentang tu. So, ada apa ye Puan?”.
“I cik la…”.
“Okey Cik Sofea, apa saya boleh
tolong cik ye?”.
“Emmm…boleh kita jumpa?”
Jumpa? Sekali lagi wajah Ummi
ditenung. Tapi kali ini respon ummi berlainan berbanding tadi. Beria-ia ummi
buat signal suruh pergi.
“Untuk apa ya?” soal Nuqman lagi.
“Saja, nak berbual. Kenang-kenang
kenangan lama masa kecik dulu. Jomlah Nuqman. Bolehlah ye? I boring ni. Baru habis shoot tak tahu nak buat apa. Temanlah I minum ye”.
Nuqman dah garu kepala. Isyhhh, dia ni.Lain macam saja
bunyinya. Dah lama tak jumpa, tetiba dah jumpa nak ajak mengenang cerita lama.
Apa kes?
“Kalau saya ajak adik saya, boleh?”.
“Ehhhh..jangan! You seorang je la. Bolehkan? Kita jumpa dekat
Coffea Bean, JPO? In 1 hours, boleh?”
JPO? Hmmmm.
“Okey. So, macam mana saya nak kenal awak ye?”.
“Don’t worry, saya kenal awal. See you then. Bye!”.
“Errr..bye.” balas Nuqman lambat-lambat sebelum panggilan di
matikan.
“Sofea mana tu Nuqman?” soal Ummi tiba-tiba.
“Entah. Nuqman ada terserempak dengan dia waktu dekat air port
sebelum ni. Dia ingat, Nuqman ni Luqman.”
“Sofea Az-Zahra ke?” teka Ummi tiba-tiba.
Nuqman jungkit bahu.
“Nuqman tak tahu nama penuh dia. Tapi yang Nuqman tahu, dia kawan lama kami berdua. Entahlah ummi, Nuqman pun tak
tahu macam mana Nuqman tak boleh cam dia. Agaknya, kepala Nuqman ni masih
gitu-gitu lagi kut!,” balas Nuqman sambil tertawa. Laju saja bahunya ditepuk
manja dek Ummi.
“Tak baik kamu cakap macam tu. Apa kamu cakap tu, doa tahu? Hmm..dah, pergilah jumpa dia.
Kamu tu pun dah lama tak keluar. Asyik terperap je dalam rumah ni ha. “
“Tapi ummi, arwah Nadine kan baru je pergi….”.
“Kamu keluar pun, bukan sebab nak menggatal kan? Nak jumpa
kawan lama. Pergilah.”
Dengan nafas dihela berat, akhirnya Nuqman bersetuju. Pergi
sajalah Nuqman. Jumpa dan dengar apa yang dia nak cakap. Itu saja. Tak salah
rasanya. Sempat juga wajah tenang Daim dicium sebelum berlalu untuk menukar
pakaian.
*****
“I tolong you, you tolong I…boleh?”.
Wajah Nuqman langsung berubah bila wanita dihadapannya itu
menjelaskan semula tujuan utam a mereka betemu petang itu.
“Tolong? Tolong apa?”.
Sofea senyum panjang. Sesekali minuman dihadapannya di hirup
perlahan sebelum melirik semula ke wajah seiras Luqman itu.
“You tolong I
dapatkan Luqman dan I akan
dapatkan Mya Zara untuk you. What say you?”.
“Whatt?” coffe latte di dalam mulut hampir tersembur keluar
dari mulutnya. Cepat-cepat tisu dicapai lalu ditekup pada bibirnya.
“Apa awak cakap ni Sofea? Awak tahu kan yang mereka berdua tu
suami isteri?”.
“Yaaa…I tau. So what? I pun tahu tentang kisah you dengan Zara
yang tak jadi kahwin sebab kan Luqman.”
Nuqman langsung buang pandangan ke arah pengunjung yang tak surut sejak tadi menjejak kaki ke situ.
“Tapi itu cerita lama Sofea….” balas Nuqman, perlahan.
“But the story never end…yet, it just started,” potong Sofea
sambil tersenyum sinis. Tudung 3 tingkat yang dipakainya dibetulkan
sekali-sekala sebelum bahunya dikibas berkali-kali dengan tangan.
“I tahu, you masih harapkan Zara. Tambah-tambah lagi, bila
arwah wife you dah taka da…kan? Relax Nuqman. You’re just a normal guy.
Mana-mana lelaki pun akan rasa benda yang sama kalau bakal isteri sendiri depan
mata tapi…”.
“Dia bekas tunang saya, bukan bakal isteri saya lagi. Dia dah jadi isteri Luqman dan mereka bahagia. Kenapa kita nak jadi watak
antagonis pada satu cerita yang happy ending macam kisah mereka berdua?”.
Sofea gelak besar. Sesekali dengan matanya yang sarat dihias
dengan celak tebal mengerling sinis ke wajah mencuka Nuqman.
“Tak semua cerita, harus happy ending Nuqman. It’s what we
called life. Ada up and down side. Tak selamanya kita di atas.”
“Kita ni orang Islam Sofea. Dan sebagai sesama saudara seislam, tak sepatutnya kita jadi orang yang meruntuhkan
masjid!” tempelak Nuqman. Sofea tersentap. Bibirnya diketap. Tahan geram dengan
sikap optimis Nuqman. Jadi betullah bak kata Luqman sebelum ni, yang Nuqman ni
ala belia. Jujur tak bertempat.
“But I thought…Luqman yang runtuhkan tapak masjid yang you dah
beli.Secara rampasan pula tu!”.
“Stop it Sofea!” marah Nuqman tiba-tiba. Sofea
terpempan.Mulutnya terkatup dari terus berbicara. Reaksi Nuqman sedikit
mengejutkannya.
“FIY, saya datang sini sebab mengenangkan yang kita pernah jadi kawan
zaman dulu walaupun kenangan itu, tak berapa saya ingat. Tapi, kalau ini niat sebenar awak panggil saya ke sini, saya minta maaf. Saya tak berminat dan suka sini saya
ingatkan awak yang Mya Zara tu bukan sesiapa lagi pada saya. Dia hanya adik
ipar saya. Noktah. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” jelas Nuqman . Sempat juga not hijau disisipkan di bawah cawan sebelum dia berlalu.
Sofea mendengus kasar sebelum teguk minuman yang masih bersisa. Tak guna punya
Nuqman. Kalau dah namanya kembar tu, sama je perangainya! Macam bagus! Tungguu…aku tak kan
biarkan kau dengan adik kau tu bahagia macam tu saja. Kalau bukan aku yang
duduk di sisi Luqman, siapa-siapa pun tak boleh ada di sisi dia. Ini janji aku!
Janji Sofea Az-Zahrah.
*****
“Comel Daim ni kan awak?” soal Mya Zara sambil mencium pipi
comel itu berkali-kali. Terkerdip-kerdip mata Daim melihatnya dengan mata sepet yang hampir terpejam.
“Iya, comel. Dari tadi awak dok ulang benda yang sama.
Bosanlah!” balas Luqman sambil kedua-dua tangannya menepuk si kembar. Di belah
kiri Izzah, di belah kanan Iman.
“Habis, awak ingat saya tak bosan tiap kali awak cerita dekat
saya pasal dibo awak tu?” sahut Mya Zara. Langsung Luqman mencemik.
“Ehh..dibo jangan sebut aaaaa.”
“Ha’ah! Dibo
tu..best tau ummi…ijah suka dibo!” sahut Izzah tiba-tiba.
“Tapi Iman tak
suka dibo. Iman suka Annie!”.
“Annie tu
kuwus la Iman.”
“Ha’ah kan…kuwus
cam alid..” tokok Iman.
Membulat mata Luqman memandang ke arah keduanya usai berbalas pandangan dengan Mya Zara yang turut nampak terkejut sama.
“Ehhh…tak
tidur lagi ye? Berpeluh walid tepuk kamu suruh tidur boleh pula dia menyampuk?”
tegur Luqman seraya tangannnya laju menggeletek ke pinggang si kembar. Menjerit
kecil keduanya.
“Ummi…olong…ummi.”
“Hisyhhh
awak.Sudahlah tu. Daim ni baru nak lelap, awak dah buat bising. Tidur Iman,
Izaah. Dah malam ni. Siapa tak mau tidur, esok tak boleh ikut ummi pergi taman. Tidur cepat!”
Iman dan
Izzah menikus. Cepat-cepat mata dipejam
tapi mulut masih lagi tersengih-sengih.
“Sebijik
perangai awak! Dibo..dibo.” bisik Mya Zara betul-betul dekat dengan telinga
Luqman.
“Tapi comel
macam awak!” balas Luqman dengan sengihan.
Mya Zara tarik
muncung panjang sebelum berlalu semula ke katil Daim. Dia sebut pasal comel,
boleh pulak! Huhhh!Benci!
Dan tanpa
sedar, kemesraan mereka sekeluarga sejak tadi diperhati dari jauh oleh
seseorang dengan senyuman tak lekang.
Memang Mya
Zara itu Luqman, bukan Nuqman. Dan itu sudah tertulis di atas sana. InsyaAllah,
sampai bila-bila. Monolognya sendiri, sebelum pintu biliknya yang betul-betul
dihadapan bilik tidur Daim ditutup rapat.
|
si kembar iman dan izzah ;-) |