Usai solat dan mengaminkan doa, Sofea sedikit
terkejut bila lihat Umar sedang duduk di hujung sudut tepi katil sambil memandang
ke arahnya. Dia masih lengkap dengan jaket yang menutupi t-shirt putih kosong.
Barangkali baru sampai waktu dia tengah solat tadi.
“Kenapa tak tunggu, boleh solat asar
sama-sama,” tutur Umar perlahan dengan mata masih tak lepas memandang ke arah
Sofea yang masih lengkap bertelekung.
“ Saya tak tahu, pukul berapa awak akan
datang sini. Jadi, saya solatlah dulu. Ini pun dah lewat sangat ni. Satu rumah
ni saya berpusing cari telekung tau!”
“Kenapa tak minta pada mama?”
“Bilik mama pun saya tak tahu, banyak giler
kut bilik dalam rumah ni. Dah gaya asrama,” balas Sofea, polos. Dalam polos,
riak mukanya masih Nampak beria-ia bercerita.
Umar senyum sambil garu belakang leher.Iye tak iye juga kan. Rumah ni, harap bili saja yang banyak tapipenghuni nya tak sampai separuh dari jumlah bilik yang ada. Hmmm... Mama
ni pun, boleh pula tinggal Sofea dalam bilik bilik sorang-sorang.
“Ni, dari mana dapat ni?” soalnya lagi dengan
ekor mata terarah ke telekung yang baru saja dibuka.
“Pinjam Mak Ita punya,” balas Sofea diiringi
sengihan.
Umar hanya mengangguk manakala Sofea
lambat-lambat meneruskan lipatan telekungnya yang tergendala tadi. Sesekali keluhan
dilepas perlahan. Janggal, sangat janggal bila berdua-dua macam ni. Rasa macam…
“Nah.”
Beg kertas yang dihulurkan di sambut dengan
kerlingan mata.
“Apa tu?”
“Pakaian awak untuk malam ni dan esok. Saya
takut tak sempat nak pusing balik ke sini kalau saya balik ke rumah awak. Jadi,
saya singgah dekat The Mines tadi.”
Dengan kening berkerut, leher dipanjangkan ke
arah dalam beg kertas yang dihulurkan. Bila terlihat saja isi dalam beg itu,
langsung membulat mata Sofea dibuatnya.
“Aaa…awak..beli semua ni?”.
Umar angguk tak bersalah sambil angkat kening
sebelah.
“Kenapa ye?”.
Sofea dah tekup muka dengan tangan. Rasa tak
cukup dengan itu, telekung yang elok berlipat tadi dibuat tutup mukanya sambil
kepala disembam ke atas tilam.Isyhhh dia ni! Boleh pula dia Tanya kenapa? Aci tak kalau aku tanya dia balik, kenapa awak ni tak malu sangat? Arghhh.
“Sofea..kenapa ni? Awak okey ke?” soal Umar
takut-takut. Teragak-agak tangannya menyentuh bahu Sofea yang bersimpuh di sisi
katil itu sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lambat-lambat Sofea angkat muka
usai telekung yang menutupi wajah dan kepalanya tadi dialihkan dek Umar.
“Awak ni…awak tak segan ke pergi beli sotong
dengan adik-adik saya tu?” soal Sofea dengan mata sengaja dipejamkan dan wajah
masih ditekup dengan tangan. Dia yang membayangkan pun boleh rasa malu yang
amat, macam mana pula dia boleh buat biasa je?
“ Sotong? Saya tak beli sotong pun…” balas
Umar, polos sambil tangannya menarik semula beg kertas yang dihulurkan sebentar
tadi. Isi dalam beg dipandang bersilih ganti dengan wajah mencuka Sofea.
“maksud saya, yang warna pink tu…yang macam
cermin mata tu…orang panggil sotong.”
Umar garu kepala. Tadi sotong, sekarang
cermin mata? Yang mana satu betul ni?
“Errr….jap. Maksud awak…ini ke?”.
“Haippp! Jangan sentuh. Awak beli untuk saya
kan? Bermakna, saya je boleh sentuh benda tu. Bak sini beg tu…”.
Beg kertas tadi bertukar tangan dengan ada
senyum senget dihujung bibir Umar. Sempat juga mata Sofea scan segala tok nenek
yang ada dalam beg kertas itu. Selain sotong dan adik-adik, ada tudung bawal 2
helai, jubah dua helai dan pyjamas di dalamnya. Mak aihh..jubah? Umar nak suruh
aku pakai jubah?
“ Saya tak pasti, awak pakai saiz apa. Saya
main agak-agak je.” Jelas Umar tanpa di pinta.
Sofea hanya membalas dengan kerlingan.
Agak-agak ye. Entah-entah dalam diam, waktu aku tertidur dekat cafe tadi sempat
dia scan satu badan. Erkkk…seram! Takmo fikir, takmo fikir! Sila ubah topic
lain Pia sebelum isu size dan yang berkaitan dengannya jadi makin panjang.
“Err..umar, adik awak…dah balik ke? Saya
teringin nak kenal orangnya. Bilik dia dekat mana ye? Tingkat bawah ye?”.
Wajah Umar berubah seketika sebelum keluahan
panjang dilepaskan.
“Entah. Ada kut dekat bawah,” balas Umar acuh
tak acuh sambil berlalu ke bilik air dengan tuala dan kain pelekat di sibai di
atas bahunya.
Entah? Itu je jawapannya? Kelibat Umar
dikerling tajam hingga hilang di balik pintu bilik air. Sengal punya abang!
Adik sendiri pun buat tak tahu je.
Tak
tunggu lama, Sofea bergegas keluar dari bilik itu. Tolong Mak Ita pun bagus
juga dari duduk lama-lama kat sini bercakap dengan orang yang ignorant macam
dia ni.
******
******
“Oh My God, Sofea! Sofea buat apa tu?” jerit
Datin Gina dari ruang depan dry kitchen sebelum berlari-lari anak ke arahnya.
Larian tangan Sofea terhenti sebelum mendongak ke atas sambil tayang sengih
pada mama.
“Sofea tumbuk sambal belacan ma. Mak Ita
kata, papa suka makan sambal belacan kan?” balas Sofea sambil sambung menumbuk.Tapi
baru anak lesung diangkat, tangannya dah disambar dek tangan Datin Gina dengan
gelengan kepala.
“ Sofea…stop it dear. Dah, bangun! Siap
bersila lagi atas lantai ni. Kotor baju Sofea nanti. Bangun sayang. Biarkan je
lesung batu kat situ. Nanti Mak Ita boleh sudahkan.”
“Tak apa , ma. Sikit je lagi ni.”
“Nope. Dah bangun! Bangun! Hisyhh..Sofea ni.”
Akhirnya Sofea hanya menurut bila lengannya dah ditarik-tarik
supaya bangun. Pili air dibuka, sebelum tangan dibasuh dengan sabun.
“Mak Ita….”. Suara Datin Gina berbaur amaran.
Tangan dah dicekak di pinggang ke arah Mak Ita yang tengah menimba gulai ayam
dalam periuk.
“Ddd..datin, saya dah larang tapi Puan Sofea
nak buat sendiri juga.”
“Betul tu ma. Sofea yang nak buat. Mak Ita
dah larang Sofea tadi. Sofea tak tahu nak buat apa, jadi Sofea tolonglah mak
Ita dekat dapur. ”
“Nope and no. Sofea tak boleh buat semua ni.
Nanti kasar tangan Sofea, macam mana? Sofea kena jaga semua tu. Plus, Sofea
kena tahu nature kerja Umar macam mana. Sofea kena…oh, by the way, Umar dah
balik ke? Mama ada nampak motor dia dekat luar.”
Sofea angguk perlahan sambil dalam hati mendengus
sendiri. Rasa tak sedap hati bila soal kerja Umar dibangkitkan dan kemudian
dikaitkan dengan tangan kasar. Apa kaitannya di sini?Apa kerja umar tu
sebenarnya? Buat part time telek tangan orang? Atau..jadi model pakaian lelaki?
Kaitan?
“Dah…Sofea pergi naik atas dulu ye. Buat je
apa-apa yang boleh. Tengok tv ke…golek-golek ke. Surf internet and what so
over, tapi mama tak mahu nampak Sofea di sini. Okey? Pergi rehat ye sayang.
Nanti bila makanan dah siap, baru Sofea turun.”
Dan Sofea hanya mampu menurut bila bahunya
sudah ditarik sama untuk ke ruangan depan. Usai pintu lif terbuka, kakinya
diheret malas-malas melangkah. Sempat juga senyum terpaksa dihadiahkan pada
mama yang beria-ia melambai dan bagi isyarat ala-ala maskot KFC, angkat ibu
jari.
Sampai sahaja di tingkat atas, pintu bilik
dibuka perlahan sebelum matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang hanya
bertuala dihadapan wardrobe ralit memilih pakaian yang bergantung dengan mulut menggumam sendirian seakan merungut.
“Sss…saya tukar aturan baju tu. Awak…”.
Laju Umar berpaling masing-masing tergamam
tanpa kata. Bibir Sofea sedikit bergerak-gerak, seakan mahu menyambung kata-katanya yang terhenti
sebentar tadi tapi entah kenapa tak terluah.
Akhirnya suasana tegang itu jadi reda bila tawa
Sofea terhambur bila tiba-tiba sahaja Umar berlari-lari anak ke arah tingkap
sebelum bersembunyi di balik langsir. Tertunduk-tunduk Sofea menahan tawa. Patutnya
dia yang menjerit sebab terkejut, dah boleh pula Umar yang pergi menyorok sebab
malu. Hailah umar.
12 comments:
sweet nyer..rasa2 si sofea ni berbiras dgn x bf dia kn...
ya allah..sweetnya umar ni...giler kelakar lah perangai mamat tu..pemalu yg amat sangat...just wonder..apa saja ya..kerja si mamat sengal tu..tadi Datin Gina..tak abiskan ayat dia lah..tercabar juga mida akak memikirkan perkerjaan mamat sengal tu..adakah dia CEO satu company yg begitu gah dan namanya mmg terkenal..diarena business multi millionaire..tapi kenapa minah poyo tu boleh tak tahu ..ya...musykil ni...
hahaha.. comel nye. kelakar la
HAHAHA......LAWAK TOL LELAKI PEMALU..
Comelnya lelaki pemalu.
Umar ni comel lah... ;-)
Hahaha... comel je umar ni...
Hahahahahahaha comel3... Nak lagiiiiiiiiiiiii
suke suke nak lagi
huhuhu...sweet giler
kelakau la si umar tu...
nak lagi..huhu
pendeknye update cite ni..
nk lg!!!
uwaaaa....
Post a Comment