Followers

Wednesday, January 22, 2020

ANGGUN - PROLOG




“ Dah pukul 11 pun jalam jem lagi. Aku tak boleh hadam betullah dengan orang Malaysia ni. Tak boleh ke puntual sikit? Kalau masuk kerja pukul 9 pagi patutnya pukul 8.30 dah ada depan pintu pagar pejabat. Ini tidak, pukul 11 ada atas jalan lagi. Lepas tu bila admin call, bagitau on the way. Jalan jem. Blurghhh!” komen Edham sambil membetulkan duduknya. Hampir 45 minit tersekat dalam kesesakan, lenguh punggung dia dibuatnya. Notifikasi dari grup whtsapp pun selesai dia baca semuanya. Itu pun masih disitu lagi.

“ Kalau kau bebel sampai esok pun, bukan boleh mempercepatkan lagi perjalanan kita ni Am. Tak membantu. Aku sarankan kau duduk diam-diam, pejam mata. Itu lagi baik. Kalau itu pun kau tak mampu nak buat, haa pergilah ke belakang. Golek belakang tu tak apa. Jangan kau duduk macam tuan besar pulak. Memang aku halau kau keluar dari kereta ni on the spot,” balas Akid sambil buang pandangan ke arah luar tingkap. Ruang jalan sebelah yang bertentangan arah  kosong sekosongnya sampaikan kura-kura nak melintas pun dirasanya sempat sampai ke seberang. Manakala di arah mereka, rasanya kalau dia berjalan pun lagi laju sampai ke jambatan depan sana banding dengan kereta.

“ Macamlah kereta kau besar sangat nak aku golek-golek dekat belakang tu. Fefeling Aaaaaa..lepat ke itu?” perli Edham dengan sengihan.

“ Aaa lepat ke, Vempire ke bak kata Auni….aku kisah apa. Aku tak ada keperluan nak ada kereta macam tu, jangan kata feel…nak beli pun tak teringin.”

“ Cehhh! Ayat. Gaya macam…Hebatnya kamu…yakinnya kamu. Sekali kau kahwin, nin diaa….dapat quadraplet. Hambik! Menggelabah katak kau order MPV. Jangan cakap besar sangat Kid. Kita cuma merancang, Allah punya perancangan tu tak ada siapa boleh menidakkan,” balas Edham tak mahu kalah.

“ Kahwin pun belum masuk dalam perancangan, nak ada anak pulak? Hentikan. Kau yang sibuk nak kahwin, jangan nak kait aku pulak ye. Haaa…petang ni apa cer? Jadi ke nak jumpa Anida lepas habis meeting kejap lagi?”.

Edham sengih bila nama cinta hatinya disebut secara tiba-tiba. Hilang mood bosan, timbul mood ceria bunga-bunga matahari setaman.

“ Jadi! Boleh eh Kid? Kita lajak kejap tak apa kan? Bukan nak kena masuk pejabat balik pun. Alah, bukan jauh Subang Jaya tu. On the way je pun…pepatah melayu pula mengatakan, serampang dua mata ”

“ Dengan kau tak adanya dua mata, bermata-mata. Ada je port kau nak menyinggah. Ye. Boleh tu memanglah boleh tapi ada la syaratnya…”

Bibir Edham cebikkan. Kalau dia yang minta tolong mesti bersyarat. Lagi-lagi kalau berkait dengan Anida. Kadang-kadang ada juga terdetik dalam hatinya, cemburu ke Akid pada hubungan cinta dia? Tapi, ah. Mustahil. Cemburu apanya kalau Akid sendiri tak pernah nampak ada minat atau kecenderungan untuk ada hubungan serius dengan sesiapa sejak dulu lagi sampai la ke hari ini.

As you wish my boyfie…” balas Edham sambil matanya dikerdip berkali-kali diiringi senyum mengejek.

Boyfie? Tolonglah. Geli aku! Eh jap…diam..diam….awek aku ni….” Arah Akid sambil menguatkan suara pada radio. Terkulat-kulat Edham dibuatnya. Wajah bersungguh Akid dipandang lama. Ni sejak bila pula ni berawek segala? Baru tadi dia mengutuk dalam hati tahu-tahu Akid rupanya dah ada pujaan hati?

“ Aku kalau dapat jumpa minah ni, aku nak ajak dia kahwin,” beritahu Akid bersungguh.

“ Biar benar kau Kid. Kenal orangnya pun tak kot!”

“Apesal? Tak boleh? Nak kenal, bila-bila pun boleh. Sama ada nak ke tak nak sahaja” soalnya sambil tenang sambung memandu.

“ Bab nak kenal itu, aku tak ada masalah. Yang aku tak faham tu, motif beria nak ajak kahwin ni dah kenapa? Sudahlah setakat dengar suara je pun. Entah helok ke entah orangnya, mana nak tahu ”

“ Entahlah eh, kenapa entah tiap kali aku dengar iklan ni aku boleh rasa kejujuran dan keikhlasan suara dia nak ajak orang beli shawl ni untk berhijab patuh syariah.”

“ Ha ah. Cakap je lah suara dia buat tulang rusuk, lutut, kaki tangan kau semuanya bergetar. Kan senang ?” usik Edham sambil tertawa terbahak-bahak.

Whatever. Apa barang dari mata jatuh ke hati? Kita kasi tukar. Dari telinga menyusup ke hati. Gitu,” balas Akid sambil tersenyum sendiri. Sesekali melayan saja gila si Edham, okey juga sementara berdengung dek tersekat dalam kesesakan jalan raya seperti sekarang ini.

Seketika matanya menangkap kelibat motor besar dari cermin pandang sisi yang kemudiannya berhenti sebentar disisi keretanya dek kerana ada kereta yang sedang berhenti melintang mahu masuk ke laluan tengah dari laluan laju. Melihatkan gerangan disebelahnya senyum Akid langsung mati, keningnya berkerut panjang selaju akalnya dipicu.

Betul ke apa yang dia nampak ni? Perempuan bertudung, siap helmet fullface dan berjeket? Akhir zaman ni makin pelik-pelik manusianya ye? Kalau segitu sekali lasak orangnya, agak-agak kalau kahwin nanti reti ke bezakan daun sup dengan daun ketumbar?

Sekali lagi kepalanya dipalingkan tapinya motor besar itu sudah pun mulai bergerak bila perjalanan lalu lintas perlahan-lahan mulai lancar.

Yang pasti, perempuan seperti itu bukan jenis calon isteri dia atau menantu pilihan Ummi.


ANGGUN




Sinopsis

💕ANGGUN ðŸ’•


Motto hidup seorang Akid Edraki sangatlah mudah dan positif sentiasa. Hidupnya hanya berkisarkan hobinya dan kerjanya. Kisah apa dia kalau ada manusia yang mahu kahwin di Pluto sekali pun sebab baginya selagi boleh single, buat apa kahwin ? Dia dah cukup bahagia bersama keluarga yang baginya sempurna dengan adanya walid, ummi, kak chah sekeluarga dan Chacha.

Tapi tidak bagi Hajah Zahlia. Motto hidup Akid perlu dia ubah kerana terlalu ambil mudah tentang hidup sampaikan cara hidup Islam yang patut dia jalani dipandang enteng. Solat hanya bila lapang, Kitab Al-Quran itu bukan temannya. Asbab itulah hadirnya Anggun, si niqabis yang bukan biasa-biasa orangnya.

“ Pinjam motor abang ke tu? Patut tak reti nak agak tank besar mana ” – Akid

“ Taklah. Itu motor saya.” – Anggun.

Ducati Panigale kot! Akid? Lesen motor pun dia tak ada. Bukan setakat itu, berenang dan memanah pun Anggun tahu. Hobinya? Main skateboard! Aduh! Perempuan seperti ini yang Umminya mahu dia jadikan isteri? Akid rasa nak pitam berkali-kali.

“ Kid, dah hujung-hujung zaman ni betina ramai. Perempuan? Dah boleh kita kira dengan jari tak kiralah sama ada berhijab ke tak. Yang betul jaga maruah diri tak ramai dan antara yang masih menjaga, Anggun….” – Ummi.

“ Walid dah tak ada anak lelaki lain dah Kid, Akid sajalah satu-satunya waris yang Walid ada. Besar harapan Walid, untuk Akid berubah. Berubahlah ye” - Walid

Akid tersepit. Antara mengekalkan prinsip hidup dan juga memenuhi harapan ummi dan walidnya, dia terpaksa berkorban bukan sedikit. Tetapi banyak! Egonya tercalar beberapa kali, demi satu perubahan dia terpaksa menahan sendiri rasa hati. Untuk berubah, dia perlu jadi diri sendiri bukan berubah untuk orang lain. Masalahnya, mampu ke dia? Dan Anggun khususnya, mampu ke dia bertahan dan bersabar dalam proses hijrahnya?



SUDAH TERBIT!
KINI DI PASARAN 

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon