“
Dah pukul 11 pun jalam jem lagi. Aku tak boleh hadam betullah dengan orang
Malaysia ni. Tak boleh ke puntual
sikit? Kalau masuk kerja pukul 9 pagi patutnya pukul 8.30 dah ada depan pintu
pagar pejabat. Ini tidak, pukul 11 ada atas jalan lagi. Lepas tu bila admin
call, bagitau on the way. Jalan jem.
Blurghhh!” komen Edham sambil membetulkan duduknya. Hampir 45 minit tersekat
dalam kesesakan, lenguh punggung dia dibuatnya. Notifikasi dari grup whtsapp
pun selesai dia baca semuanya. Itu pun masih disitu lagi.
“
Kalau kau bebel sampai esok pun, bukan boleh mempercepatkan lagi perjalanan
kita ni Am. Tak membantu. Aku sarankan kau duduk diam-diam, pejam mata. Itu
lagi baik. Kalau itu pun kau tak mampu nak buat, haa pergilah ke belakang.
Golek belakang tu tak apa. Jangan kau duduk macam tuan besar pulak. Memang aku
halau kau keluar dari kereta ni on the
spot,” balas Akid sambil buang pandangan ke arah luar tingkap. Ruang jalan
sebelah yang bertentangan arah kosong
sekosongnya sampaikan kura-kura nak melintas pun dirasanya sempat sampai ke
seberang. Manakala di arah mereka, rasanya kalau dia berjalan pun lagi laju
sampai ke jambatan depan sana banding dengan kereta.
“
Macamlah kereta kau besar sangat nak aku golek-golek dekat belakang tu.
Fefeling Aaaaaa..lepat ke itu?” perli Edham dengan sengihan.
“
Aaa lepat ke, Vempire ke bak kata Auni….aku kisah apa. Aku tak ada keperluan
nak ada kereta macam tu, jangan kata feel…nak
beli pun tak teringin.”
“
Cehhh! Ayat. Gaya macam…Hebatnya kamu…yakinnya kamu. Sekali kau kahwin, nin
diaa….dapat quadraplet. Hambik!
Menggelabah katak kau order MPV. Jangan cakap besar sangat Kid. Kita cuma
merancang, Allah punya perancangan tu tak ada siapa boleh menidakkan,” balas
Edham tak mahu kalah.
“
Kahwin pun belum masuk dalam perancangan, nak ada anak pulak? Hentikan. Kau
yang sibuk nak kahwin, jangan nak kait aku pulak ye. Haaa…petang ni apa cer?
Jadi ke nak jumpa Anida lepas habis meeting kejap lagi?”.
Edham
sengih bila nama cinta hatinya disebut secara tiba-tiba. Hilang mood bosan,
timbul mood ceria bunga-bunga matahari setaman.
“
Jadi! Boleh eh Kid? Kita lajak kejap tak apa kan? Bukan nak kena masuk pejabat
balik pun. Alah, bukan jauh Subang Jaya tu. On
the way je pun…pepatah melayu pula mengatakan, serampang dua mata ”
“
Dengan kau tak adanya dua mata, bermata-mata. Ada je port kau nak menyinggah. Ye.
Boleh tu memanglah boleh tapi ada la syaratnya…”
Bibir
Edham cebikkan. Kalau dia yang minta tolong mesti bersyarat. Lagi-lagi kalau
berkait dengan Anida. Kadang-kadang ada juga terdetik dalam hatinya, cemburu ke
Akid pada hubungan cinta dia? Tapi, ah. Mustahil. Cemburu apanya kalau Akid sendiri
tak pernah nampak ada minat atau kecenderungan untuk ada hubungan serius dengan
sesiapa sejak dulu lagi sampai la ke hari ini.
“
As you wish my boyfie…” balas Edham
sambil matanya dikerdip berkali-kali diiringi senyum mengejek.
“
Boyfie? Tolonglah. Geli aku! Eh
jap…diam..diam….awek aku ni….” Arah Akid sambil menguatkan suara pada radio.
Terkulat-kulat Edham dibuatnya. Wajah bersungguh Akid dipandang lama. Ni sejak
bila pula ni berawek segala? Baru tadi dia mengutuk dalam hati tahu-tahu Akid
rupanya dah ada pujaan hati?
“
Aku kalau dapat jumpa minah ni, aku nak ajak dia kahwin,” beritahu Akid
bersungguh.
“
Biar benar kau Kid. Kenal orangnya pun tak kot!”
“Apesal?
Tak boleh? Nak kenal, bila-bila pun boleh. Sama ada nak ke tak nak sahaja”
soalnya sambil tenang sambung memandu.
“
Bab nak kenal itu, aku tak ada masalah. Yang aku tak faham tu, motif beria nak
ajak kahwin ni dah kenapa? Sudahlah setakat dengar suara je pun. Entah helok ke
entah orangnya, mana nak tahu ”
“
Entahlah eh, kenapa entah tiap kali aku dengar iklan ni aku boleh rasa
kejujuran dan keikhlasan suara dia nak ajak orang beli shawl ni untk berhijab
patuh syariah.”
“
Ha ah. Cakap je lah suara dia buat tulang rusuk, lutut, kaki tangan kau semuanya
bergetar. Kan senang ?” usik Edham sambil tertawa terbahak-bahak.
“
Whatever. Apa barang dari mata jatuh
ke hati? Kita kasi tukar. Dari telinga menyusup ke hati. Gitu,” balas Akid
sambil tersenyum sendiri. Sesekali melayan saja gila si Edham, okey juga
sementara berdengung dek tersekat dalam kesesakan jalan raya seperti sekarang
ini.
Seketika
matanya menangkap kelibat motor besar dari cermin pandang sisi yang kemudiannya
berhenti sebentar disisi keretanya dek kerana ada kereta yang sedang berhenti melintang
mahu masuk ke laluan tengah dari laluan laju. Melihatkan gerangan disebelahnya
senyum Akid langsung mati, keningnya berkerut panjang selaju akalnya dipicu.
Betul
ke apa yang dia nampak ni? Perempuan bertudung, siap helmet fullface dan
berjeket? Akhir zaman ni makin pelik-pelik manusianya ye? Kalau segitu sekali
lasak orangnya, agak-agak kalau kahwin nanti reti ke bezakan daun sup dengan
daun ketumbar?
Sekali
lagi kepalanya dipalingkan tapinya motor besar itu sudah pun mulai bergerak
bila perjalanan lalu lintas perlahan-lahan mulai lancar.
Yang
pasti, perempuan seperti itu bukan jenis calon isteri dia atau menantu pilihan Ummi.
0 comments:
Post a Comment