Followers

Friday, December 30, 2011

Sedutan Bab 19---Kahwin Ganti (KG)


 
Mya Zara merenung cincin yang baru saja tersarung di jarinya sebentar tadi. Cincin emas bertatah berlian itu dipandang tanpa kata.Seketika dia merenung wajah Luqman, seakan minta penjelasan.

“Cincin ni, hadiah anniversary kita ye?”. Luqman geleng, lantas tersenyum.

“Cincin kahwin kita”.

“Tapi, bukan ke kita dah ada cincin….”.

“Itu cincin kahwin yang Nuqman belikan.Tapi, yang kahwin dengan awak, Luqman. Bukan Nuqman kan? Jadi, ini cincin kahwin kita, dari saya.Saya harap, kita dapat bina hidup baru lepas ni.”. Makin panjang senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Mya Zara tergamam. Senyuman yang jarang-jarang kelihatan itu sedikit mendebarkan hati perempuannya. Bukan ke dia lebih kacak kalau tersenyum dari buat muka ‘tak ada perasaan’ macam selalu tu?

“Habis tu, cincin yang lama ni kita nak buat apa ye?”.

“Terpulang, nak pakai boleh.Nak simpan pun boleh”. Mya Zara tersengih taktala idea mula bermain difikirannya.

“Haaaa...saya tahu.Kita simpan cincin ni dulu. Nanti, bila baby kita dah lahir kita trade in untuk gelang ke rantai ke.Okey tak?”.

“Awak pregnant ke?”. Mata Luqman sedikit terjegil. Mya Zara sengih lagi, lantas menggeleng.

“ Belum lagi.Saja, nak berangan dulu!”.

“Banyak sangat berangan Cik Mya saya ni!”. Usik Luqman sambil menggosok perlahan kepala Zara yang hanya paras bahunya itu sebelum mengatur langkah keluar dari kedai emas di Mahkota Parade.

“Awak tau, saya suka sangat awak cakap macam tu.Ulang sekali lagi, boleh tak?”.

“Cakap?Yang mana satu ni?”.

“ Cik Mya saya. Saya suka sangat awak panggil saya macam tu”.

Luqman tertawa kecil.Seketika dia menggeleng.

“Cik Mya saya...”.

“Suka!Suka!Lagi sekali boleh?”.
“Cik Mya saya....”.

“Heeee..best.Best.Lagi sekali?”.

“Hisyhhh..dahlah. Berapa kali awak nak suruh saya ulang ni?Naik kering tekak saya dok ulang benda yang sama”.

Mya Zara ketap bibir lalu mematikan langkah secara tiba-tiba.Luqman yang sedikit kehadapan langkahnya, turut sama berhenti bila perasan Mya Zara tiada di sisi lalu berpaling.

“Hmmm...itu pun nak merajuk ke? Dah lah Cik Mya, hadiah dah dapatkan ? Jom kita minum.Dahaga lah ! ‘.

Laju Mya Zara menggeleng. Perlahan-lahan tangan kanannya diangkat sambil  jari telunjuknya memberi isyarat ‘satu’.

Sekali lagi Luqman tersenyum.Hai lah Zara, perangai macam budak-budak !Kalau tak diikut kehendaknya, panjanglah mulutnya muncung ke depan.

‘Cik Mya saya....haaa..dah cukup kuota dah ? ‘.

Senyuman kembali menghiasi bibir Mya Zara.

“ Sudah!Hehehe..emmm..tapi saya nak pergi ladies kejap.Awak tunggu sini ye”.

“Okey, saya tunggu.Jangan lama sangat!”.

Luqman membuang pandangan ke sekeliling pusat membeli-belah itu taktala kelibat Mya Zara hilang di balik pintu tandas wanita. Suasana agak sesak juga disitu.Mungkin juga waktu tengahari seperti ini, rata-rata mencari tempat untuk makan.

Di celah hiruk pikuk orang ramai di situ, kelibat lelaki yang  baru melintas dihadapannya benar-benar menarik perhatian. Lelaki itu seakan-akan ada kuasa magnet menyebabkan matanya tidak habis-habis memandangnya dari belakang.Tanpa sedar, kakinya turut melangkah mengikuti jejak lelaki itu.Bahu lelaki itu ditepuk dari belakang bila jarak antara mereka mulai hampir.Kemudiannya, lelaki itu cepat-cepat berpaling sebelum mata mereka bertentangan.

“Ya Allah! Nuqman??”. Dan badan Luqman mulai menggigil seakan ingin pitam.......


p/s: betul ke Nuqman? ataunya..pelanduk dua serupa? tunguuuuuu......

Tuesday, December 20, 2011

Sedikit Sedutan Bab 18


“ Awak memang pasti awak nampak saya tadi?”. Mya Zara geleng kepala.

“Nampak macam awak. Tapi pakai tshirt warna biru.Seingat saya, tak ada pula saya bawak baju warna tu untuk awak.Mungkin saya silap orang kot. Lagipun, saya nampak dari jauh sebelum lift tutup”.

Luqman menarik nafas panjang. Otaknya ligat berfikir. Hatinya tiba-tiba sahaja dipagut kerisauan. Niat datang sini hendak berehat…tapi.

“ Mungkin apa yang awak nampak tu betul”. Berkerut dahi Mya Zara seketika dan kemudian wajah Luqman dipandang kehairanan.

“Maksud awak?Saya tak faham. Bukan ke sejak saya turun bawah tadi ambil beg dalam kereta awak ada dalam bilik ni, tengok televisyen?Awak juga yang cakap tadikan”. Bersungguh-sungguh Zara menjawab. Wajah Luqman dilihatnya seakan menyembunyikan sesuatu darinya.

“Memang saya ada dalm bilik ni.Tapi yang awak nampak tadi pun mungkin juga betul”.
Makin berkerut dahi Zara kali ini. Cepat-cepat dia mengambil tempat di sebelah Luqman. Wajah Luqman dipalingkan supaya mengadap ke arahnya.

“Apa sebenarnya yang awak cuba cakap ni Luqman?”.

Luqman mengeluh perlahan. Tangan Zara dipipinya ditarik ke sisi, dan kemudian digenggam kuat.

“Nuqman…mungkin yang awak nampak tadi Nuqman”. Mya Zara terlopong.

Tuesday, December 13, 2011

Sedikit sedutan Bab 17

Mya Zara merenung ke sekeliling bilik kerja itu. Terasa sayu pula hendak meninggalkan bilik itu. Walau baru seminggu dia di situ, terlalu banyak memori antara dia dengan Luqman berlaku di bilik itu. Di situlah kali pertama Luqman melahirkan rasa sayangnya, walaupun bukan dengan patah perkataan. Sedih pula bila memikirkan yang malam itu adalah malam terakhir mereka di situ.

Langkah di atur ke bilik tidur utama. Luqman sedang bersila di atas katil sambil kusyuk mengadap labtop.Entah apa yang ralit di lihatnya, dia tidak tahu.Yang pasti, bukan ‘slide’ pembentangan projek akhirnya. Sekejap-sekejap dia senyum. Kemudiannya sengih. Itu tidak lain mesti melayan ‘Dibo’ lah tu! Mya Zara mengeluh.

“Tadi kata nak siapkan ‘slide”. Sengaja Mya Zara memulakan cerita sambil tangannya sibuk mengeluarkan pakaian dalam almari untuk dilipat.Tiada sambutan. Yang kedengaran hanya ketawa kecil Luqman.

“Luqman, saya cakap dengan awak ni”.Reaksi masih seperti tadi. Nampak gaya macam ‘Dibo’ betul-betul dah ‘merasuk’ pemikiran Luqman sampai tak sedar bila dipanggil. Mya Zara ketap bibir.Tangannya laju menggumpal baju di tangannya lalu di baling.

“Oitt..apa baling-baling ni. Tengok…dah terlepas scene ‘dibo’ menyorok dari kawan-kawan dia. Kesian dia, dah kehabisan hadiah.Lawak betullah. Nak hasilkan hadiah kena makan awan.Gila tak logik!”. Luqman ketawa kecil. Mya Zara mendengus, tak puas hati.Sudah namanya kartun, dari mana pula datang logiknya?

“Awak ni kan Luqman, macam budak-budak. Dah besar panjang macam ni pun suka tengok kartun macam tu”.

“Ehhh..ni cukup baik tau saya tengok kartun.Kalau saya tengok cerita pelik-pelik, awak jugak yang susah nanti”. Wajah Mya Zara mulai merona merah bila mendengarkan jawapan Luqman. Namun hatinya masih belum puas. Luqman lebih mementingkan watak kartun tu dari mendengar apa yang dicakapnya.

“Eleh..kalau tengok cerita bukan-bukan pun, bukan awak boleh buat apa-apa”. Balas Mya Zara perlahan, separuh berbisik. Tiba-tiba Luqman berpaling lalu merenung tajam ke arahnya.

“ Cuba ulang sekali lagi....”. Mya Zara ketap bibir. Itu kan Zara! Cakap ikut sedap mulut saja!Laju dia menggelengkan kepalanya.

“ Ulang semula!”. Mya Zara tunduk memandang ke lantai. Rasa takut hendak menatap wajah itu lama-lama. Rasa menyesal pula bercakap ikut hati tadi.Patutnya malam akhir di apartment itu mereka bergembira, bukannya bertefang leher seperti sekarang.

“ Zara!”.Suara Luqman semakin meninggi. Terasa sakit hatinya bila melihatkan Mya Zara tunduk membatu bersila di atas karpet itu.Tanpa fikir panjang, dia turun dari katil dan menuju ke arah Mya Zara.Sepenuh tenaga dia membongkok lalu menggendong Zara dan meletakkannya di atas katil. Mya Zara tergamam.Seluruh badannya menggeletar secara tiba-tiba lebih-lebih lagi bila melihatkan renungan Luqman yang tajam.

“ Awak lupa agaknya, saya ni lelaki.Lelaki paling pantang bila dicabar”.

“Errr...Luqman....saya..saya main-main  je tadi tu.”.

“Dah terlambat”. Mya Zara rasa berat nak telan air liur bila Luqman menutup kasar komputer ribanya dan kemudian mengatur langkah laju menuju ke suis lampu di sebelah pintu. Baru saja lampu bilik dimatikan, pintu bilik dketuk perlahan.....


p/s: full entry might be weekend or early next week.insyaAllah :-)

Friday, December 9, 2011

Sedikit teaser bab 16 di malam hari.. :-)

“ Okey. Siap! Dah hensem dah!”. Sengaja Mya Zara mengusik Luqman yang kelihatan agak tegang dan kekok sejak tadi. 

“Terima kasih”. Luqman mula mengatur langkah ke bilik kerja untuk mengambil fail dan begnya sebelum tangannya di tarik perlahan oleh Zara.

“ Kenapa?Aku dah lewat ni ”.

Mya Zara senyum. Perlahan-lahan dia mendekati Luqman lalu tubuh lelaki itu dipeluknya rapat ke tubuhnya.Hatinya benar-benar rasa lega ketika itu.Segala kerisauannya dan persoalan dihatinya selama ini sudah terjawab. Memang benar lelaki dihadapannya ini Luqman dan tanda itu mengesahkannya.

“ Saya sayang awak!”. Diam. Yang kedengaran hanya bunyi hembusan nafas lelaki itu.

“Luqman…saya sayang awak tau!”. Sekali lagi Mya Zara ulanginya.Masih tiada respon seperti tadi.Perlahan-lahan pelukannya diregangkan oleh Luqman. Kemudiannya wajah lelaki itu direnungnya penuh tanda tanya.

Kenapa lelaki ini terlalu dingin?Mustahil dia tak rasa apa-apa pada aku.Bagaimana pula dia boleh berdiri tegak macam tu sahaja bila aku memeluknya? Mya Zara bermonolog sendiri. Timbul kehairanan padanya dengan respon Luqman tadi.

“Aku dah lewat. Aku pergi dulu”. Luqman terus berlalu tanpa sabarang pamitan meninggalkan Mya Zara dalam keadaan terpinga-pinga.

Tidak lama kemudian, Mya Zara tersenyum. Tak mengapa Zara, yang penting dia tak tolak dan yang paling utama….dia memang Luqman Hakim! Mya Zara senyum lagi....


p/s: untuk mengubat rindu anda pada Luqman dan Zara... :-)



Wednesday, December 7, 2011

Sedutan Bab 16

“Luqman…..”.

“Iye Cik Mya….”.

“Ehh awak ni. Kita kat rumah la..bukan dalam kelas. Janganlah panggil saya macam tu”.

Luqman yang sedang ralit memerhati soalan subjek ‘ Rekabentuk Proses’ senyum sendiri.
Sengaja dia mengusik Mya Zara. Bila melihat Mya Zara naik marah, hatinya rasa geli hati. Hilang terus serabut di kepala. Sejak tadi kepalanya pening memikirkan cara hendak menjawab soalan itu. Kalau dibuatnya esok keluar soalan yang sama, idak ke ralat tidak dijawab?

“Iyelah..apa bendanya ni? Cakap sajalah...”. Luqman hanya menjawab malas-malas.

“ Awak busy ke sekarang?”. Luqman mendengus. Kita suruh cakap, dia tanya soalan lagi. Macam-macam lah dia ni!

“ Agak busy. Esok aku ada final paper ‘ Process Design’. Tapi..emmm…cakap sajalah. Aku dengar”. Mya Zara senyum lantas berpaling ke belakang. Luqman masih kelihatan kusyuk mengadap kertas yang berselerakan di atas meja belajarnya.

“ Emmm…kalau saya nak mintak awak pusing, pandang saya kejap boleh? Tak lama, 10 minit je..”. Berkerut dahi Luqman mendengarkan permintaan Mya Zara. Sudah di beri izin nak bertanya, nak suruh pandang dia pula. Hai Zara, memang kau ni macam-macamlah!

Luqman menurut. Badannya di pusingkan kebelakang menghadap Mya Zara. Kedua-dua belah tangannya ditongkatkan di bawah dagunya sambil mata terkerdip-kerdip memandang Mya Zara.

“Apa lagi, cakaplah?”.

Mya Zara senyum.

“Emmm awak, saya rasa kita patut ubah la cara panggilan kita”. Makin berkerut dahi Luqman kali ini. Ini soalan ke, pernyataan ni ?

‘ Maksud ?’.

“ Tak bestlah dengar awak cakap ‘kau’, ‘aku ‘. Kasar sangat lah. Kau..kau…saya bukannya lembu.”. Luqman mencebik. Apa pula kaitan binatang empat kaki tu dengan hal ni?

“ Bila masa aku panggil kau ni lembu pulak?”.

“ Kau lagi?”

.Luqman sengih tiba-tiba. Bila berulangkali dia menyebutnya, baru dia faham maksud sebenar Mya Zara.

“ Aku maksudkan K.A.U. Tapi kalau kau nak anggap C.O.W apa salahnya?”. Luqman gelak besar. Mya Zara pula juih bibir. Suka sangat ye!

“ Kita tukar ye Luqman...”. Mya Zara senyum semula, separuh mengharap.

“ Okey...Lu dengan Gua ye!”. Mya Zara geleng.

“ Beta..tuan Hamba?”. Geleng lagi. Luqman garu kepala yang tak gatal.

“ Adinda....Kekanda?”. Mya Zara gelak, kemudiannya geleng lagi.

“ Suka hati kau lah. Malas nak suggest dah”. Luqman sudah mula tarik muka bosan.Dia sudah mula ingin berpusing semula menyambung kerja sebelum tangan Mya Zara menarik lengannya.

“ Abang..dengan Zara...bolehkan?”.

Kali ini Luqman pula mencebik lalu menggeleng.

“ Aku lagi muda dari kau okey...apesal pulak aku jadi abang?”ujar Luqman dalam nada tak puas hati.

“Okey..kalau macam tu, kita ambik yang paling mudah dulu. Saya dan awak. Boleh?”.

“Awak..awak...macam burung wak-wak je aku dengar”. Mya Zara ketawa kecil.

“ It’s better than cow! So, kita mula dari sekarang ye...”.

“ Suka hati kaulah…”.

“Haippp!! Kau lagi ye?”.

Luqman mengeluh.

“ Suka hati awaklah Zara….”.

Mya Zara senyum puas hati. Sekurang-kurangnya ada juga kemajuan dalam hubungan mereka. Tak mengapa Zara, step by step ye!

“ Luqman....”.

“Apa lagi ni?”.

“ Awak tak jawab lagi soalan saya hari tu kan?”.

“Soalan mana lagi ni Zara oiii…saya ada paper esok ni.Isyhhhh..serabut la macam ni”.

“Soalan tu la...awak suka saya ke....”.

“ Saya dah jawab kan?”. Potong Luqman tiba-tiba.

“ Mana ada! Hari tu kan..awak cakap..”.

Tiba-tiba saja Luqman berpaling lalu satu ciuman di berikan di pipi kanan Zara.Zara terdiam. Mukanya merona merah dan rasa panas menyerbu mukanya. Dia tunduk malu.

“Zara, ada benda yang kadang kala tak perlu dicakap.Cukup dengan perbuatan, dah jelaskan semuanya”.Balas Luqman bersahaja dan kemudian dia berpaling semula, menyambung semula kerjanya.

Dia sayang aku? Luqman sayang Zara? Mya Zara senyum panjang. Hatinya berbunga riang. Ikutkan hatinya ketika itu, mahu saja dia melompat setinggi yang boleh.Biar semua orang tahu, betapa gembiranya dia waktu ini.

" Tak payah nak lompat-lompat. Nanti runtuh pula apartment ni". Lamunan Mya Zara terhenti bila ditegur. Dia mencebik. Sibuk je dia ni tau! Macam tau-tau saja apa dalam fikirannya.

Tak apalah, dia tak mau cakap pun tak apa. Yang penting, dia tahu lelaki itu juga sayangkannya. Saya sayang awak Luqman! Sayang sangat-sangat! Mya Zara senyum lagi.




p/s: moga terhibur dgn sedutan ni ye..full entry this weekend insyaAllah..jika askar2 kecik ini sudi bagi co-operation..hehehe....tqvm for all the supports  ye...luv u all.... :-)






Sunday, December 4, 2011

Sedutan Bab 15


Mya Zara memuncungkan mulutnya, sambil tangannya menyikat perlahan rambut yang panjang hingga ke paras dada.Dia Benci!Meluat dengan sikap mereka! Dua-dua pun sama. Yang perempuan tu dah memang satu hal dah. Mulut memang dah tak ada insurans. Macam lah dirinya pandai sangat. Turun ke dapur pun sekali sekala, ada hati nak komen. Macam lah diri dia tu juri Masterchef!

Lelaki itu pula….lelaki itu kan suaminya? Dia pun sama mengomen itu ini juga. Kurang-kurang, hargailah usaha dia untuk memasak. Bukannya turut sama jadi ‘ juri tak berbayar’ .Wajah Mya Zara kembali mendung.

Pintu bilik terbuka perlahan.  Dari cermin, Mya Zara sudah tahu gerangan yang baru saja masuk. Dia kembali mencebik seperti tadi.Rasa tak puas hatinya masih ada pada lelaki itu. Kehadiran lelaki itu, sedikit pun tidak diendahkan. Dia sibuk menyikat rambutnya yang kemudian diikat ekor kuda. Losyen tangan dicapai lalu disapu pada tangannya.

“ Nah….”. Mya Zara sedikit tersentak bila hanger pakaian di hulurkan kepadanya. Dia menoleh ke kanan. Luqman sedang memandangnya sambil tersenyum mengejek.

“ Nak buat apa ni? Baju awak semua saya dah sangkut dalam almari”. Tegas Mya Zara. Senyuman lelaki itu sedikit pun tidak mengubah hatinya. Jam tangan di pergelangan tangan di tanggalkan, lalu diletakkan di atas meja.

“ Siapa suruh kau sangkut baju aku. Aku suruh sangkut hanger baju ni pada mulut kau yang panjang sangat tu. Perangai macam budak-budak! Cakap sikit pun nak merajuk!”. Mya Zara ketap bibir. Mata bulatnya tajam memandang ke arah Luqman yang masih tersenyum mengejek ke arahnya.

“ Suka hati saya lah. Mulut saya. Nah, ambik balik hanger ni. Cuba awak sangkut dulu kat mulut awak. Kalau best, baru saya cuba”. Tangan Luqman  di tarik lalu hanger pakaian di letakkan di atas tapak tangan lelaki itu.

“ Ehhh..mulut kau tu aku bayar tau. Ingat murah-murah ke? Lima belas ribu tahu tak?”. Luqman tak mahu mengalah. Sengaja dia mahu membakar lagi hati Mya Zara. Melihatkan perempuan itu merajuk, hatinya rasa geli hati. Komen sikit pasal masakan dia pun nak merajuk macam tu sekali. Hail ah perempuan.

“ Alah…bukannya duit awak pun. Duit ummi dengan arwah abah kan?”.

“ Ehhh..tolong sikit ye. Kami adik beradik memang simpan duit dari kecil okey. Duit hantaran tu, duit simpanan tau.Haaa..kalau duit majlis, baru lah duit ummi dengan arwah abah”.

“Tapi duit hantaran tu bukan duit awak pun. Duit Nuqman!”.

Kali ini Luqman terdiam. Idea untuk terus menyakat Mya Zara hilang tiba-tiba. Perlahan-lahan tangannya digenggam kuat. Rasa marah dan sedih yang bercampur aduk cuba ditahan.Nafas ditarik panjang,dirinya cuba disabarkan.Tanpa sebarang kata, kunci kereta di atas meja solek dicapai dan dia berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Mya Zara terpaku tanpa kata.



p/s: entry kali ini mungkin sedikit lewat..so kita layan je dulu sedutannya ye. seperti biasa..lambatnye kerana proses editing yg sgt slow sbb cik penulis jadi 'temporary single mom', so masa nak ngadap pc pun limit..hehehehe....ampun.....


Saturday, December 3, 2011

Latest update.....

Maaf semua...bab 14 akan diupload lewat mlm skit....cik penulis kena tidurkan askar2 kecil dulu..... :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon