Thursday, January 19, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Memperkenalkan..kuih kalakatar kegemaran Luqman :-)
okey semua..ini lah dia kuih kalakatar yang digemari oleh luqman tu..amacam?nampak menyelerakan tak?oooo..kena rasa dulu..baru tau!hihihi...tp kuih ni mmg jarang2 ada..kalau nkak rase..bleh ke pekan rabu@ pasar ramdhan di batu 6, simpang 5..parit buntar (promote nampak..hihihi)..dan kalau teringin juga nak...bleh contact aifa..sbb makcik aifa mmg master buat kuih ni...
dan dibawah..aifa sediakan resepi..mana tahu kalau ada yg nak try...tp sbnrnye yg lebih afdhal ialah bakar guna sabut kelapa (tradisional method) berbanding dalam oven....so..layankan resepi ni yek...
Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang... tapi kalau K.an, sorang pun habis..hi..hih)
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 cawan air kelapa muda -diambil daripada 1 biji kelapa muda)
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
isi kelapa muda yang diambil daripada 1 biji kelapa (seeloknya yang lembut) Kalau isinya agak keras, gunting kecil-kecil agar senang dipotong nanti
1/8 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula hancur.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa berselang-seli sambil digaul menggunakan pemukul.
4. Masukkan garam dan kacau rata.
5. Lengserkan loyang dengan margerin. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. (Letakkan di rak kedua daripada bawah)
6. Selepas 15 minit keluarkan loyang dan kacau rata adunan untuk mengelakkan tepung mendap ke bawah. Taburkan isi kelapa muda di atas adunan dan masukkan semula ke dalam oven.
7. Masak lebih kurang 1 jam atau sehingga kuih nampak keperangan di bahagian atas seperti di dalam gambar.
8. Setelah masak, keluarkan kuih dan sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidang.
credit to: periuk tanah.blogspot.com
dan dibawah..aifa sediakan resepi..mana tahu kalau ada yg nak try...tp sbnrnye yg lebih afdhal ialah bakar guna sabut kelapa (tradisional method) berbanding dalam oven....so..layankan resepi ni yek...
Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang... tapi kalau K.an, sorang pun habis..hi..hih)
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 cawan air kelapa muda -diambil daripada 1 biji kelapa muda)
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
isi kelapa muda yang diambil daripada 1 biji kelapa (seeloknya yang lembut) Kalau isinya agak keras, gunting kecil-kecil agar senang dipotong nanti
1/8 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula hancur.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa berselang-seli sambil digaul menggunakan pemukul.
4. Masukkan garam dan kacau rata.
5. Lengserkan loyang dengan margerin. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. (Letakkan di rak kedua daripada bawah)
6. Selepas 15 minit keluarkan loyang dan kacau rata adunan untuk mengelakkan tepung mendap ke bawah. Taburkan isi kelapa muda di atas adunan dan masukkan semula ke dalam oven.
7. Masak lebih kurang 1 jam atau sehingga kuih nampak keperangan di bahagian atas seperti di dalam gambar.
8. Setelah masak, keluarkan kuih dan sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidang.
credit to: periuk tanah.blogspot.com
Tuesday, January 10, 2012
Buat penyokong yang disayangi..untuk anda...Bab 20 Kahwin Ganti
“Mesti Man lupa abang kan ? Kita mula-mula jumpa dekat dalam kampus UM waktu lepas solat zuhur jemaah.Ingat tak ?’.
Berkerut dahi Luqman seketika. UM ? Bila masa pula dia belajar di UM ni ?Ohhh..okey. Baru dia faham kenapa wajah lelaki ini tak pernah langsung singgah di kotak fikirannya. Yang belajar di UM itu, Nuqman dan bukannya dia.Ahhh sudah. Macam mana nak buat ni ?Siapa sebenarnya lelaki ni ? Hati lelakinya mula dipagut kerisauan.
‘ Sudahlah tu Abang Ham. Janganlah dera dia lagi. Itukan cerita 4 tahun lepas. Waktu itu pun, abang Ham belum berlepas ke Mesir lagi kan.Jumpa pun sekejap saja. Manalah dia ingat sangat dengan abang Ham ‘. Secepat kilat Mya Zara menyambung cerita. Kesian pula dia melihat gelagat Luqman yang terkulat-kulat hendak mengingatkan gerangan tetamu misteri mereka itu.
‘ Ooo..kirenya, si Ilham ni dah jumpa Luqman dulu lah ye sebelum mama dan papa? ‘.Usik Puan Rania. Mya Zara tersipu-sipu di sisi mamanya manakala Ilham pula kelihatan sedikit keliru dengan kata-kata Puan Rania tadi.
“ Luqman ? Luqman mana ni ?”. Ilham menyoal sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Laaa...yang kamu panggil Man ni..Luqman la”. Encik Harith yang sejak tadi hanya jadi pemerhati mula mencelah bila melihat gelagat Ilham yang seakan hilang punca.
“Aik? Bukan ke nama Man ni, Nuqman?”.
Berderau darah Luqman seketika. Wajahnya terasa panas. Matanya tajam menjeling ke arah Mya Zara di sisi Ilham. Wajah mama dan papa pula takut-takut hendak dipandang.Isyhhh..memang dia kenal betul ke dengan Nuqman sebelum ni? Habislah kau Luqman! Luqman mula membebel dalam hati.
“Luqman la abang Ham. Nama dia Luqman Hakim”.Pintas Mya Zara.Senyuman dihadiahkan pada Luqman tapi wajah lelaki itu masih tegang dan serius.
“Ye ke? Seingat abang, nama dia Nuqman.Ha, Zara.Entah-entah kamu ni kahwin dengan salah orang kot”.
Terjegil mata Luqman mendengarkan telahan Ilham. Air liur yang ditelan terasa pahit.Badannya pula terasa seram sejuk.
Ohh tidak. Tak kan lah Abang Ham ni ada kuasa ‘psikik’ pulak kot, boleh baca cerita di sebalik wajah setiap orang? Luqman ketap bibir.Fikirannya ligat memikirkan cara untuk mengelak dari soal namanya terus jadi bahan sebutan.
“Apa yang kamu merepek ni Ilham?Kahwin salah orang?Budak berdua ni dah kahwin hampir setahun lebih dah.Lagipun, tak kan lah Zara tak kenal dengan suami dia sendiri. Ada ke orang lain yang serupa dengan Luqman ni? ”.
Kali ini , Mya Zara pula yang rasa terpukul dengan soalan dari papanya. Dia mendengus perlahan. Kalaulah papa tahu hal yang sebenar, pasti papa juga terkejut seperti arwah abah.
“Mungkin juga ada papa. Pelanduk dua serupa!”. Puan Rania menjawab sambil tersengih.
“Alah, zaman sekarang ni, orang macam-macam perangai. Tunang dengan abang, kahwin dengan adik.Itu tak apa lagi. Lagi dasyat, tunang dengan anak, kahwin dengan mak!”. Ilham masih belum berpuas hati.Namun, jawapannya mula mengundang gelak tawa Puan Rania dan En.Harith. Luqman pula hanya senyum. Sedikit lega bila perihal namanya sudah beralih topik.
“Abang Ham,apa kata kalau kita sambung borak petang nanti. Luqman letih tu. Semalam baru habis final presentation, hari ni terus balik sini. Biar dia rehat dulu ye !’.
Ilham angguk, tanda faham. Bahu Luqman di tepuk mesra sambil menghadiahkan sebuah senyuman.
“Pi naik atas rehat dulu bro. Banyak benda nak interview ni!Hari tu tak sempat nak berbual panjang”.
Luqman yang sedikit teragak-agak hanya angguk kepala sebagai tanda hormat. Tidak lama kemudian, dia mengatur langkah menaiki tangga ke tingkat atas rumah itu dengan hati yang bercampur baur.
******************
‘Siapa Ilham tu ?’. Soalan pertama yang keluar dari mulut Luqman sewaktu mereka melangkah masuk ke bilik itu memang sudah lama diagak oleh Zara. Selepas membuka tudungnya dan menyidainya di birai katil, Mya Zara mengambil tempat di hujung katil.Wajah Luqman ditenung. Nafas di tarik perlahan sebelum memulakan bicara.
‘ Dia abang Qaseh ‘.
Dahi Luqman berkerut. Abang Qaseh ? Qaseh Amani, anak Mak Long ?
‘ Dalam banyak-banyak sepupu lelaki, mandat besar apa yang dia dapat sampai boleh awak bersalaman dengan dia ? Bukan ke dia tetap bukan muhrim awak ? ‘. Soal Luqman sambil berpeluk tubuh memandang tepat ke arah Mya Zara.Lagak sudah seperti seorang peguam menyoal saksi.
Mya Zara mengeluh panjang. Hujung jari kakinya menguis perlahan karpet di atas lantai.Gelagatnya itu mula menyalakan api marah Luqman yang setia menunggu penjelasan darinya.
‘ Jawab bila saya tanya !Dulu awak juga yang beria-ia cakap tentang muhrim.Sekarang, awak pula yang senang-senang langgar ‘. Suara Luqman yang sedikit tinggi sedikit menakutkan hati Zara.Perlahan-lahan wajahnya diraup perlahan dengan kedua tapak tangannya sebelum mula menjawab soalan Luqman.
“ Dia...dia saudara susuan saya.”
“Apa? Su...su..susuan?Apa bendanya tu?”. Luqman sudah pun berdiri betul-betul di hadapan Mya Zara sambil bercekak pinggang.
“Saudara susuan tu adalah anak angkat yang di ambil oleh sesebuah keluarga untuk memeliharanya dan ibu angkatnya memberikan susu badannya kepada anak tersebut sebanyak lima kali susuan. Macam pada zaman Rasululullah S.A.W dahulu, Ibu susuan baginda adalah Halimah al-Sa’diyyah dan Thuwaybah al-Aslamiyyah.
Saudara susuannya bersama Thuwaybah ialah bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutallib dan Abu Salamah.Bersama Halimah, saudara susuannya ialah sepupunya Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Mutallib serta 2 orang anak Halimah iaitu Anisah dan Huzafah. Aurat antara anak susuan dengan saudara susuan ibarat sesama adik beradik.Sebab tu tadi, saya bersalaman dengan Abang Ham. Dia, saya dah anggap macam abang saya sendiri”.
Saudara susuannya bersama Thuwaybah ialah bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutallib dan Abu Salamah.Bersama Halimah, saudara susuannya ialah sepupunya Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Mutallib serta 2 orang anak Halimah iaitu Anisah dan Huzafah. Aurat antara anak susuan dengan saudara susuan ibarat sesama adik beradik.Sebab tu tadi, saya bersalaman dengan Abang Ham. Dia, saya dah anggap macam abang saya sendiri”.
Dahi Luqman semakin berkerut.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mya Zara tadi cuba dicerna perlahan-lahan. Terasa segan pula bila sirah nabi langsung lupa dari fikirannya.
“Apesal pula dia gatal sangat nak jadi anak susu mama? Mak Long tak boleh bagi dia susu tepung? Macam mana pula mama boleh susukan dia kalau mama sendiri belum ada anak? ”. Soal Luqman bertalu-talu.Mya Zara ketap bibir lalu menarik nafas panjang.
“Sebenarnya, saya ada abang sebaya Abang Ham. Mama lahirkan sebulan lebih awal dari Abang Ham.Tapi, ALLAH lebih sayangkan abang. Abang meninggal sebaik saja dilahirkan sebab komplikasi jantung. Lepas Mak Long pula bersalin, dia tumpah darah jadi perlu admit di hospital. Sebabkan demam kuning Abang Ham tinggi, mama yang masih dalam pantang ambil Abang Ham dan susukan seperti anak sendiri. 3 tahun lepas tu, mama mengandungkan saya.Jadinya,Abang Ham tu tak ubah sebagai pengganti arwah abang saya”.
“ Bohong! Kalau betul dia tu ‘abang susu’ awak, kenapa selama ni awak tak pernah sebut nama dia pada saya? Tolong lah Cik Mya. Kalau nak reka-reka cerita pun, biarlah logik sikit!”.
Mya Zara terdiam. Jari jemarinya digenggam perlahan. Kesabaran cuba dibina di dalam dirinya. Maafkan Luqman, Zara. Dia tak tahu apa-apa, jadi wajar dia melenting macam tu.
“ Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya pada mama dan papa”.
Luqman mencebik.Senyuman mengejek terbit dihujung bibirnya.
“Sikit-sikit nak guna nama papa dengan mama. Dah tak ada modal lain la tu!”.
Sekali lagi Mya Zara terdiam.Tuduhan Luqman yang bertalu-talu padanya makin lama, makin menggoyahkan tembok kesabarannya. Lelaki ini, bercakap ikut sedap mulutnya saja! Langsung tak fikirkan perasaan orang yang mendengarnya.
“ Apa lagi rahsia yang awak sorok dari saya?”. Luqman terusan bertanya.Hatinya masih belum puas.Sakit di hati melihat Mya Zara bersahaja bersalaman dengan lelaki itu masih ada.
“Rahsia?”. Mya Zara membulatkan matanya.
“ Iye rahsia. Hari ni, baru saya tahu tentang wujudnya saudara susuan.Tentang arwah abang awak.Lepas ni, siapa pula yang akan muncul depan saya? Pakwe awak sebelum Nuqman?”.
“Apa ni Luqman? Kenapa sampai ke situ pula.Sudahlah, saya tak nak bertekak dengan awak lagi. Jangan risau, abang Ham tu nampak je macam tu.Sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun tentang Nuqman. Dia jumpa Nuqman sekali saja. Itu pun sekejap, tak sampai sejam”.
Luqman senyum mengejek.Bagus! Maknanya, tidaklah banyak sangat tentang Nuqman yang Ilham tahu.Tapi, lelaki bernama Ilham tu memang kuat betul ingatannya. Berjumpa 4 tahun lepas, tak sampai sejam pun dan nama Nuqman masih terpahat kuat di fikirannya?Ahhhh....dia masih berbahaya!
“ Tapi nama Nuqman dia ingat! Tentu gerak gaya Nuqman pun dia tahu”.
“Luqman, itu kisah lama. Saya sendiri pun tak ingat sebab apa abang Ilham ada di UM masa tu. Sedangkan saya yang dah lama berkawan dengan Nuqman pun tak dapat bezakan antara awak dengan dia masa majlis nikah kita, inikan pula dia yang hanya sekali sahaja bertemu muka “.
“Itu sebab awak tak tahu tentang kewujudan saya. Kalau dari awal awak tahu Nuqman ada kembar yang seiras, mesti awak pun akan rasa was-was dengan siapa sebenarnya awak kahwin masa tu.Betul tak?”.
Mya Zara melepaskan nafas, kasar. Penat membela diri dan Luqman pula terusan mengasaknya dengan soalan yang bertubi-tubi.Sampai bila agaknya Luqman harus terus meragui kesetiaannya? Kadang-kadang, pernah juga dia berdoa supaya Nuqman cepat-cepat pulang .Dan bila Nuqman pulang, itulah masa yang sesuai untuk dia buktikan yang hatinya hanya pada Luqman dan bukan lagi Nuqman.
“Sudahlah Luqman. Saya rasa, kita tak perlu bahaskan lagi tentang kedudukan Nuqman antara kita. Nuqman dah jadi kenangan lama saya. Dalam hidup saya sekarang, hanya ada awak”. Akui Mya Zara, jujur dari dalam hatinya.Bola mata Luqman di pandang tepat. Berharap agar kata-katanya tadi dapat meyakinkan lelaki itu tentang perasaan sebenarnya terhadap lelaki itu.
“Bohong! Mustahil kenangan dengan Nuqman awak boleh lupakan macam tu saja!Awak bukan sehari dua kenal dia, dah bertahun-tahun”.
“Apa yang awak nak saya cakap sebenarnya?Awak nak saya mengaku yang saya masih teringatkan Nuqman? Macam tu?”. Mya Zara sudah mula bangun dari duduknya lalu berdiri betul-betul mengadap wajah Luqman. Kesabarannya sudah terhakis dengan kata-kata Luqman .
“Mestilah! Sejak kita di Melaka lagi, awak dok sibuk sebut nama dia. Balik sini pula, abang susuan awak tu pula dok panggil saya Nuqman. Tak kan lah sedetik pun kat hati awak tak ingatkan dia, rindukan dia?”.
Mya Zara beristighfar panjang. Tangannya perlahan-lahan menepuk dadanya, seakan memujuk dirinya untuk terus bersabar. Kalau masing-masing hendak tegakkan kebenaran, sampai bila pun masalah tak akan selesai.Sabar Zara, sabar!
“Luqman…saya ni isteri awak yang sah. Haram hukumnya, kalau dalam diam saya teringat dan merindui lelaki lain selain awak”.
“ Alah, dalam hati siapa tahu?”.
“Allah tahu!”.Tegas Mya Zara. Kali ini Luqman terdiam. Dia mati idea untuk terus berkata-kata. Mata bulat milik Mya Zara ditenung dalam-dalam, cuba mencari keikhlasan di balik kata-kata wanita itu.
Hakikatnya, dia terlalu sayangkan Zara dan tak mahu kehilangannya.Entah kena setiap kali nama Nuqman keluar dari mulut comel itu, hatinya bagai dihiris halus-halus.Itukah yang orang panggil cinta? Adakah cinta namanya bila diri rasa hendak menguasai sesuatu tapi bila gagal, rasa sakit yang tak tertahan?Ahhh...Mungkin juga, dia cemburu. Cemburu pada abang kembarnya sendiri.Kenapa dari dulu, bukan dia saja yang bertemu dengan Zara dan bukan Nuqman? Jika tidak, pasti hati Mya Zara sudah jadi miliknya sepenuhnya hari ini.
Akhirnya Luqman kalah.Cepat-cepat dia berpaling. Dia tak mampu untuk terus menatap mata itu.Bimbang, makin lama dia merenungnya, hatinya akan mencair. Tempatnya di hati Mya Zara masih lagi samar-samar!Belum masanya untuk dia terus terbuai dengan perasaannya terhadap wanita itu!
Tanpa sebarang kata, kunci kereta di atas meja solek di capai.
“Awak nak ke mana Luqman?”.
“Keluar”.
“Kita baru saja sampai. Tak kan awak nak keluar dah? Nanti apa pula kata mama…”.
“Ada kerja.Jangan tunggu.Mungkin juga tak balik”.
Belum sempat Luqman melangkah ke arah pintu, tubuhnya dipeluk erat dari belakang.Luqman terpaku dan terdiam seketika.Rasa marahnya tadi sedikit reda bila dalam keadaan sebegitu.
“ Jangan tinggalkan saya Luqman. Hati saya, hanya untuk awak. Kalau awak pergi, berapa kali pun Nuqman datang dan pergi selepas ini ... sekali pun dia tak kan mampu nak gantikan tempat awak”.
Luqman tunduk.Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Mya Zara tadi.Tapi, ego di hatinya masih bersisa.Perlahan-lahan pautan tangan Zara di pinggangnya dileraikan.Tanpa sebarang kata, dia meneruskan langkahnya keluar meninggalkan Zara berdiri terpaku sendirian melayan perasaan sendiri.
***************
“ Seriously, adik jumpa orang seiras Nuqman?”. Beria-ia Nuha bertanya. Luqman menjuihkan bibirnya.Ahh..Kak Long ni. Kalau iye pun excited, tak perlu lah tanya soalan yang sama berulang kali.
“Iye.Tapi dia bukan Nuqman. Nama dia Norman.Dah kahwin.Anak satu” balas Luqman acuh tak acuh.
Nuha cepat-cepat ambil tempat di sebelah Luqman. Hujung lengan kemeja adiknya itu dipintal-pintal perlahan. Bibirnya diketap. Anak matanya pula digerakkan ke kanan ke kiri, seakan berfikir.
“Mungkin juga Nuqman dah kahwin, ada anak”.
Luqman ketawa besar.Lengan bajunya di tarik perlahan dari tangan Nuha dan dilipat sehingga ke paras siku.
“Mustahil la Kak Long.Okey, fine kalau dia dah kahwin.Tapi bab anak tu sedikit musykil. Kalau dia kahwin sama hari dengan adik pun, still status anak tu masih diragui. Kahwin baru setahun, tapi anak dah setahun enam bulan.Macam mana tu?”.
“Haaa….kalau macam tu, mungkin juga dia dah lama kahwin dengan perempuan tu. Sebab tak sampai hati nak madukan Zara, dia lari masa hari nikah.”.
Luqman gelak lagi. Wajah Nuha dipandang, lalu kepalanya digeleng perlahan.
“Kak Long ni, banyak sangat tengok sinetron indonesia agaknya. Jangan mengarutlah kak. Nuqman yang kita kenal bukan macam tu orangnya. Dia bukan kaki perempuan!”.
“Ohhh..terlupa pula akak. Yang playboy tu, kamu ye tak? Tapi,last-last kawin juga”. Kali ini Nuha Aleesya pula yang tertawa. Luqman mencebik.Sempat lagi tu nak perli kita ye!
“ Adik dah insaf okey.Huhh….memanglah dah kahwin, tapi kahwin ganti. Bukan sebab memang nak kahwin.Yang bukan playboy, yang gatal , miang nak kahwin tu Nuqman”. Nuha tersenyum, namun tidak lama.
“Adik tak ada ambil nombor telefon dia?”.
“Siapa?”.
“Si Norman tu lah!”.
“Nak buat apa?”.
“Akak nak jumpa dia”. Luqman ketawa kecil lantas menggeleng.
“ Lupakan je lah kak pasal si Norman tu. Dia bukan Abang Ngah”.
“Kalau kamu dah yakin sangat yang dia bukan Nuqman, yang kamu angin satu badan dengan si Zara tu kenapa? Kamu datang bulan ke apa?”.
Air oren yang baru saja dihirupnya terasa hendak terkeluar semula dari mulutnya.Ahhh sudah.Dari mana Kak Long tahu ni?Ini mesti minah tu mengadu pada Kak Long! Kak Long ni memang pilih kasih sungguhlah! Suka sangat nak pertahankan adik ipar kesayangan dia tu.
“ Apehal pulak?”.
“Apa nya yang apehal pulak? Luqman, kamu ni bukan budak-budak lagi tau tak?Zara tu, isteri kamu. Sudah-sudahlah kamu nak cemburukan Nuqman. Dia pun mungkin dah kahwin, dah ada keluarga sendiri. Mungkin juga dia dah bahagia dengan anak-anak dia, dan kamu? Kamu terus takut dengan bayang-bayang Nuqman yang kononnya boleh bila-bila balik dan rampas Zara dari kamu.Jadi matang sikit Luqman. Kamu dah nak masuk 24 tahun, bukannya 14 tahun lagi. Berapa kali pun Nuqman datang dan pergi, tak akan sekali pun dapat ubah kebenaran hubungan sah antara kamu dengan Zara”.
“Ahhh kak long ni. Pandai-pandai saja buat cerita pasal adik dengan bayang-bayang...”.
“Salah ke apa yang akak cakap tadi ? Kamu takut dengan bayang-bayang kamu sendirikan? Kamu takut kalau-kalau Zara sebenarnya hanya nampak bayang-bayang Nuqman pada diri kamu.Betul kan?”.
Luqman hanya tunduk memandang ke lantai.Sesekali keluhan kedengaran keluar dari mulutnya. Nuha tersenyum.Perlahan-lahan bahu Luqman dipaut dan ditarik ke sisinya.
“ Sudahlah dik, tak payah fikir-fikir lagi. Nuqman nak balik? Biarkan dia balik.Salah dia, sebab tinggalkan Zara macam tu saja dulu. Kalau dia betul-betul sayangkan Zara, tentu dia tak buat macam tu. Apa pun, akak yakin Nuqman mesti ada sebab tertentu kenapa dia lari waktu itu. Yang penting sekali, memang sudah tertulis di Loh Mahfoz yang Zara untuk Luqman, bukan Nuqman”.
Luqman angguk perlahan. Kata-kata Nuha Aleesya meresap perlahan ke dalam hatinya dan sedikit melegakan perasaannya yang sangat bercelaru ketika itu.Wajah Mya Zara yang sugul dek kerana soalan-soalan ‘maut’ nya tadi mulai terbayang di matanya.
“Maafkan saya Zara….”. Lirih Luqman, perlahan.
***************************
“ Kamu baru balik Man?”.
Luqman sedikit terkejut bila melihat gerangan yang menyambut kepulangannya di hadapan pintu masuk. Telinganya kemudian menangkap bunyi televisyen di ruangan tamu.
“Kamu dari mana lewat-lewat macam ni?”.
‘Dari rumah kakak ‘.
‘Kenapa tak bawa Zara pergi sekali ? ‘. Suara Ilham agak keras. Terasa seakan-akan bersoal jawab dengan polis pun ada juga ketika itu.
“ Man saja nak bagi Zara peluang berbual panjang dengan Abah Ham, mama dengan papa. Abang Ham dengan Zara kan dah lama tak jumpa, mesti ada banyak hal yang nak dibualkan.Kalau Man ada sama, nanti Zara serba salah pula. Nak kena melayan Man, abang lagi....”.
“ Betul, nama kamu ni Luqman?”. Luqman angguk laju. Terasa kecut perut pula melihat tingkah lelaki di hadapannya. Namun, perasaannya mula berubah bila melihat senyuman yang mula terukir di bibir lelaki itu.
“ Luqman, jaga Zara baik-baik ya! Walaupun kami bukan adik beradik kandung, Zara abang dah anggap macam adik sendiri. Abang sayang dia lebih dari adik kandung abang sendiri. Kalau kamu sakitkan hati dia walau sikit pun, siaplah kamu.Abang cari kamu sampai lubang cacing tahu!”.
Ilham ketawa kecil. Luqman pula hanya senyum panjang sambil angguk perlahan.
“Dah lewat ni, pergilah naik tidur”.
‘ Abang ? ‘.
‘ Kejap lagi abang tidur. Tengan layan cerita CSI ni.Lama betul tak tengok ‘.
“ Kalau macam tu, Man tidur dulu lah ye.Assalamualaikum...”.
‘ Waalaikumsalam.....’.
**************************
Suasana bilik itu agak suram. Hanya lampu tidur yang meneranginya. Perlahan-lahan Luqman melangkah masuk. Dalam kegelapan bilik itu, wajah Zara yang sedang lena tidur direnungnya.Rasa bersalah kerana berkasar dengannya sebelum keluar tadi mula meyerbu dirinya. Sesekali dia terasa mahu marah pada dirinya sendiri.
Kenapa agaknya tingkah lakunya sering bertentangan dengan rasa hatinya? Dia sayangkan Zara, tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya sentiasa kasar seakan bertujuan untuk menyakitkannya.
Ahhh..agaknya ini yang Fakrul katakan ‘kifarah’ pada setiap dosa yang dilakukan. Dulu, dia sering mainkan hati perempuan dengan kata-kata indah walau dalam hatinya niat hanya untuk suka-suka. Dan sekarang, bila dia sudah bertemu orang yang betul-betul dia sayangi, mulut yang sama mengeluarkan kata-kata kasar walau bukan itu niat di hatinya.
Tanpa dia sedar, tangannya sedang mengelus perlahan rambut milik Zara yang sedikit menutupi wajah comelnya. Baru sahaja dia mahu tunduk dan mengucupi dahi wajah kesayangannya itu, telefonnya di dalam poket seluar tiba-tiba saja berbunyi.
“ Bro, kau kat mana? Aku dengan Fakrul ada bawah apartment kau ni. Jom turun, lepak minum”. Suara Zakri kedengaran di hujung telefon.
“Wei..bingai! Kau nampak tak jam pukul berapa sekarang ni? Kau tak reti nak tidur ke?”.
Suara Zakri ketawa dihujung talian mula memenuhi gagang telefon.
“ Sorilah bro.Lupa la pulak. Kami ni tak ada isteri, manalah reti tidur awal-awal.Ehhh..aku kacau kau dengan Cik Mya ye bro?”.
“Mestilah kacau!Terbang semangat aku bila telefon tiba-tiba berbunyi”. Jawapan Luqman makin menggamatkan lagi tawa Zakri.Luqman sengih. Itu tak lain, mesti si Zakri fikir yang bukan-bukan tentang jawapannya sebentar tadi.
“Alamak, manalah kami tahu.Okeylah, lain kali aku message dulu sebelum nak call kau ye?Ehhh...kot ye pun, turunlah kejap. Penat je kami datang jauh-jauh”.
Kali ini Luqman pula ketawa kecil. Lucu pula rasanya bila dapat mengenakan Zakri.
‘ Beb, aku tak ada kat rumah lah ! ‘.
‘ Haaa? Maksud? Kau dekat rumah ummi ke?Alamak, jauhnya kami nak ke JB malam-malam macam ni’.
“ Tak juga. Aku kat KL ni, rumah mak mentua aku.Lusa baru balik. Ada apa ni weh, beria-ia sampai datang rumah. Mesti ada plan baik ni”.
“Ohh..sudah semestinya. Encik Fakrul, sila beri penjelasan”.
“Assalamualaikum Akim. Sori la ye, ganggu kau malam-malam buta. Zack ni ha, semangat sangat. Beria-ia ajak aku datang rumah kau. Aku suruh call dulu, tak nak.Konon nak suprise,sekarang kami pula yang kena suprise ! ‘.
‘ No problem. Tak ganggu pun.Aku belum tidur lagi.So, ada apa ? Ada plan baik ke ? ‘.
‘ Lebih kurang lah. Siang tadi, terserempak Dalila and the gang. Diaorang dah berpakat nak buat farewell party budak kelas kita merangkap camping.Best juga idea dia tu. Dr.Is dengan dua,tiga orang pensyarah lagi ikut juga”.
Luqman tersengih. Camping? Bagus juga tu! Dah lama juga dia tak pergi camping-mamping ni.
“Set!Aku join!”.
“Bagus, jangan lupa bawa Cik Mya sekali tau.Dia pun dijemput sekali”.
Sengihan Luqman mati tiba-tiba bila nama Mya Zara disebut.
“ Kalau dia tak pergi, tak boleh ke?”.
“Aik? Tak kan kau nak cemburu dengan Dr.Is lagi kot? Jangan risaulah, Cik Azwa pun ada juga. Biarlah Cik Mya join”.
Diam.Otak Luqman ligat berfikirkan cadangan Fakrul sebentar tadi.
“Akim?Kau dah tidur ke?”.
“Ehhh…belum.Hmmmm..tengoklah nanti macam mana.Akan difikirkan tentang Cik Mya tu”.
“Okey. Plannya pergi hujung minggu depan tau.Apa pun, kau balik JB nanti terus contact kami ye untuk confirmkan tempat.Kirim salam pada Cik Mya kau tu ye!Assalamualaikum….”.
“Waalaikumussalam…..”.
Senyuman Luqman masih bersisa. Makin lebar senyumannya bila teringatkan kata-kata Fakrul tadi. Kenangan sewaktu di Mahkota pArade kemudiannya turut sama memenuhi ruangan fikirannya.
“ Cik Mya saya….”. Luqman terusan senyum bila tanpa dia sedari bibirnya menyebut panggilan itu.
**********************
“ Man, jemputlah makan kuih ni. Kuih ni special tahu? Tak ada jual di mana-mana supermarket. Specially baked!”.
Luqman memandang sambil berkerut ke arah kuih yang terhidang di atas pinggan itu. Rupa macam bengkang ubi.Apa yang specialnya?
“Bengkang ubi?”.
Puan Rania ketawa kecil.Begitu juga dengan Encik Harith. Ilham pula hanya tersenyum simpul melihat raut wajah Luqman .
“Nop. Kuih kalakatar”jelas Ilham.
Terjegil mata Luqman mendengar nama sebenar kuih itu.Apa ke peliknya nama kuih ni?Sepelik-pelik kuih puteri mandi, kuih badak berendam yang ini lebih pelik. Nak sebut pun dah rasa nak tergeliat lidah.
“Ketar-ketar?”.Soal Luqman. Kali ni Ilham pula ketawa. Mya Zara di sisinya hanya tersenyum.
“Kalakatar la awak. Kalakatar ni, salah satu dari kuih tradisional masyarakat banjar. Kuih ni diperbuat berasaskan air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras saja tau. Kuihnya tidak lembut tapi 'menggeletar' apabila diangkat. Haa.... dari situlah datangnya nama kuih ini.Cuba awak rasa, sedap tau! Nah!”. Tangan Mya Zara laju mencubit sedikit kuih kalakatar dari dalam pinggan lalu menyuakannya ke mulut Luqman. Wajah Luqman sedikit berubah.Matanya jatuh pada kuih yang disuakan ke mulutnya.
“Alah Luqman, nak malu apanya pula.Bukan orang lain pun kami ni.Cuba lah rasa” tegur En.Harith.
“Entahnya man ni. Rasa la cepat.Rugi tak rasa. Nenek buat khas untuk Zara.Dia tahu, cucu kesayangan dia ni suka sangat makan kuih kalakatar. Itu yang beria-ia suruh Abang Ham bawa”.
Luqman angguk lalu tersenyum kecil.Perlahan-lahan mulutnya dibuka untuk menerima suapan ‘kalakatar’ dari Zara. Sebaik saja kuih itu memasuki mulutnya, dia menguyah perlahan.Matanya terkelip-kelip bagaikan isyarat, cuba menjiwai rasa sebenar kuih pelik itu.
“Sedap!”. Mya Zara sengih.
“Tu kan, saya cakap dari tadi. Kuih ni memang sedap. Tapi, jarang-jarang ada.Kalau nak jumpa pun kena pergi tempat kat mana ada majoriti kaum banjar duduk situ.Biasanya, waktu bulan puasa yang banyak jual kuih ni”.
“ Betul tu! Bulan puasa tahun ni, datanglah buka puasa kat rumah nenek.Mesti meriah!”.
“InsyaAllah bang..Ada kelapangan, kami akan sampai”, balas Luqman sambil tangannya laju menyenduk kuih tradisional kaum banjar itu ke dalam pinggannya.
“Haaa...Ilham.Kamu kata, ada hal penting kamu nak beritahu mama dengan papa.Tapi, nak tunggu Zara ada sekali.Ni, Zara dah ada .Apa lagi, beritahulah”.
Ilham tersenyum.Perlahan-lahan dia menghirup kopi di dalam cawan.
“Papa, mama.Ham nak kahwin, hujung bulan depan”.
“Apa?Nak kahwin?”. En.Harith dan Puan Rania serentak bertanya. Mya Zara yang sedang kusyuk menyuap nasi goreng turut sama terhenti suapannya.
“Ye, Ham nak kahwin dengan kawan sekuliah Ham di Mesir. Dia asal Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mama dengan Papa tak perlu risau tentang persiapan majlis. Ham nak buat secara kecil-kecilan saja. Cukup setakat majlis akad nikah dan kenduri doa selamat.Tak perlu sanding, kompang-kompang bagai”.
“Ehhh..mana boleh macam tu Ilham.Perkara baik apa salahnya dikhabarkan dan diraikan. Kamu pun, bukan selalu-selalu nak kahwin.Sekali seumur hidup.Jangan risau, buat je aturcara majlis. Nak sanding ke..berinai ke.Tak apa, papa boleh tanggung kos majlis tu.Kamu bukan orang lain Ilham, anak kami juga”.
Ilham tersenyum.Dia tahu papa angkatnya itu akan berkata-kata begitu.Tapi dia sungguh-sungguh tak mahu adakan majlis besar-besar.Padanya, cukup sekadar kenduri doa selamat sahaja.Yang pentingnya, nikah. Majlis-majlis cuma tambahan.Tak ada pun, tak mengapa.
“Tak apa papa. Ham bukan tak mahu terima bantuan papa, tapi Ham memang nak buat majlis ringkas saja. Hannan pun dah setuju”.
“Hannan?”. Soal Mya Zara.
“Iye, Hannan.Bakal isteri abang”. Wajah Ilham kelihat ceria pabila nama itu disebut.Jelas sekali dia bahagia dengan pilihan hatinya itu.
“Macam tak percaya je abang Ham dah nak kahwin kan papa?”. Suara Mya Zara sedikit menurun. Luqman yang sejak tadi hanya menjadi pendengar menjeling sedikit ke sisinya. Ada sedikit rasa cemburu terbit dihatinya melihatkan reaksi Zara tentang pengumuman Ilham tadi. Mya Zara nampak sedih walaupun bibirnya tersenyum.
“Alah, Abang Ham lagi tak percaya yang Zara kahwin dulu dari abang. Tak sempat kenal lama dengan Man, tiba-tiba dah jadi adik ipar. Tapi tak apalah, benda baik buat apa dilewat-lewatkan.Betul tak Man?”.
Diam.Tiada sahutan. Mata Luqman masih lagi merenung kea rah wajah Mya Zara yang hanya tunduk sambil menyuap nasi ke mulut.
“Hai Luqman. Dah kahwin lama pun tak jemu-jemu tengok Zara ke sampai dia suap nasi pun kamu tenung macam nak makan dia?”.
Secara automatik, nasi di dalam mulut Mya Zara sedikit tersembur keluar sebaik saja mendengar teguran Ilham. Cepat-cepat dia berpaling ke sisinya. Luqman kelihatan bersahaja dengan teguran tadi. Dengan tenang dia meneguk kopi di dalam cawan dihadapannya tanpa sebarang kata. Puan Rania dan En.Harith pula ketawa besar.
“Hisyhhh Zara. Kamu dah guna-gunakan apa pada si Man ni sampai dia jadi macam ni? Memang baguslah kamu berdua kahwin awal kalau begini gayanya.Abang Ham restu kamu berdua kahwin awal”. Ilham tertawa kecil.Lebih-lebih lagi bila melihatkan gelagat Mya Zara yang memanjangkan muncungnya , tanda protes dengan usikannya tadi.
“Abang Ham ni, teruk tau! Mana ada Zara guna-gunakan dia.Okeylah. Zara dah kenyang”. Zara bingkas bangun sambil menatang pinggannya yang masih bersisa nasi goreng.
Ilham sengih panjang. Matanya kemudian dialih ke arah Luqman dihadapannya yang tenang menyambung menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dalam diam dia akui, Luqman sememangnya sesuai untuk Mya Zara.
bersambung......
p/s: saya budak baru belajar.sebarang komen dan kritikan membina dari anda, amat saya hargai.moga terhibur dengan bab ini :-)
Monday, January 9, 2012
Special entry Kahwin Ganti
Meh kita kenali watak -watak dalam e-nopvel kahwin ganti :-)
~ Luqman Hakim ~
Dia cukup pakejnya.Rupa, harta, bijaksana cuma agama kurang arifnya dan sifat kasanova itu, tabiatnya. Dia pujaan rata-rata mahasiswi UTM tapi padanya, tempoh sah seorang wanita di sisinya hanya satu bulan. Padanya, betina itu ramai.Yang perempuan hanya segelintir termasuk Ummi dan Kak Longnya.Disebalik sifat nakalnya, dia seorang adik dan anak yang patuh dan kerna itulah cadangan 'kahwin ganti' untuk tempat abangnya diterima.Bertemu Mya Zara, dia mula kenal 'perempuan' selain ummi dan kak long dan dia mula mengenali Islam dan Cinta. Namun, kerana ego dan kurang yakin tentang 'cinta' Mya Zara padanya buatkan dia lebih rela memendam dari berterus terang.Akan adakah lagi peluang untuk dia meluahkan perasaan sebenarnya atau semua itu sudah terlambat?
~Mya Zara~
Kasih dan setianya hanya pada lelaki yang dikenalinya sejak di tahun 3 kampus UM. Walau masih terlalu awal baginya, pinangan Nuqman Hakim yang masih berbaki setahun pengajian di kampus diterima demi kerana sayang dan enggan terus difitnah.Namun ketentuan Allah melebihi segalanya. Dia redha dan pasrah tentang jodohnya dengan 'pengganti' Nuqman. Acapkali dia keliru dengan bayangan Nuqman pada 'penggantinya' itu hingga dia menidakkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Namun tanpa dia sedari, hatinya kini sudahpun terpaut pada si pengganti kerana dirinya sendiri dan bukan kerana bayangan Nuqman. Mampukah dia untuk mempertahankan kasih dan sayangnya pada suami sendiri atau kembali hanyut dengan kasih lamanya pada Nuqman?
Nantikan...kisah penuh kahwin ganti. Sememangnya berbeza dari e-novel kahwin ganti sebab anda semua boleh kenali Nuqman , Zara dan Luqman sebelum 'kahwin ganti' berlaku....doakan cik penulis diberi kekuatan untuk siapkan cerita ni secepat yang mungkin dan dimurahkan rezeki.Terima kasih sbb menyokong KG selama ini.Nantikan sinopsis penuh cerita ni, taklama lagi ye :-)
with luv,
nur aifa batrisya
~ Luqman Hakim ~
Dia cukup pakejnya.Rupa, harta, bijaksana cuma agama kurang arifnya dan sifat kasanova itu, tabiatnya. Dia pujaan rata-rata mahasiswi UTM tapi padanya, tempoh sah seorang wanita di sisinya hanya satu bulan. Padanya, betina itu ramai.Yang perempuan hanya segelintir termasuk Ummi dan Kak Longnya.Disebalik sifat nakalnya, dia seorang adik dan anak yang patuh dan kerna itulah cadangan 'kahwin ganti' untuk tempat abangnya diterima.Bertemu Mya Zara, dia mula kenal 'perempuan' selain ummi dan kak long dan dia mula mengenali Islam dan Cinta. Namun, kerana ego dan kurang yakin tentang 'cinta' Mya Zara padanya buatkan dia lebih rela memendam dari berterus terang.Akan adakah lagi peluang untuk dia meluahkan perasaan sebenarnya atau semua itu sudah terlambat?
~Mya Zara~
Kasih dan setianya hanya pada lelaki yang dikenalinya sejak di tahun 3 kampus UM. Walau masih terlalu awal baginya, pinangan Nuqman Hakim yang masih berbaki setahun pengajian di kampus diterima demi kerana sayang dan enggan terus difitnah.Namun ketentuan Allah melebihi segalanya. Dia redha dan pasrah tentang jodohnya dengan 'pengganti' Nuqman. Acapkali dia keliru dengan bayangan Nuqman pada 'penggantinya' itu hingga dia menidakkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Namun tanpa dia sedari, hatinya kini sudahpun terpaut pada si pengganti kerana dirinya sendiri dan bukan kerana bayangan Nuqman. Mampukah dia untuk mempertahankan kasih dan sayangnya pada suami sendiri atau kembali hanyut dengan kasih lamanya pada Nuqman?
Nantikan...kisah penuh kahwin ganti. Sememangnya berbeza dari e-novel kahwin ganti sebab anda semua boleh kenali Nuqman , Zara dan Luqman sebelum 'kahwin ganti' berlaku....doakan cik penulis diberi kekuatan untuk siapkan cerita ni secepat yang mungkin dan dimurahkan rezeki.Terima kasih sbb menyokong KG selama ini.Nantikan sinopsis penuh cerita ni, taklama lagi ye :-)
with luv,
nur aifa batrisya
Thursday, January 5, 2012
Untitled...
buat penyokong luqman dan zara yang setia,,
maaf kerana buat anda menunggu...
dan terima kasih atas doa kalian :-)
insyaAllah hari ni kisah luqman dan zara akan bersambung....
yang ikhlas,
cik aifa
maaf kerana buat anda menunggu...
dan terima kasih atas doa kalian :-)
insyaAllah hari ni kisah luqman dan zara akan bersambung....
yang ikhlas,
cik aifa
Tuesday, January 3, 2012
Update
Assalamualaikum.....
saya bagi pihak penulis hendak maklumkan yang update terkini bab 19 kahwin ganti hanya akan dipost seawalnya esok atau lusa sbb cik penulis tak sihat.maaf atas kelewatan inform semua dan terima kasih atas sokongan anda.
sekian.
saya bagi pihak penulis hendak maklumkan yang update terkini bab 19 kahwin ganti hanya akan dipost seawalnya esok atau lusa sbb cik penulis tak sihat.maaf atas kelewatan inform semua dan terima kasih atas sokongan anda.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)