Thursday, July 3, 2014
CRUD 11 - PART 1
“Hahh kamu nak buat apa tu Zack? Itu tak lain lah nak berkepit aja sebelah ibu. Pergi duduk sebelah isteri kamu tu” tegah abah. Tak jadi Zack nak labuhkan punggung di sisi kiri ibu. Langsung keras dia disitu. Wajah ketat abah kemudiannya ditenung minta penjelasan.
Isteri? Dia ada isteri lagi ke? Wajah ibu dan gadis disisi ibunya itu dipandang silih ganti sebelum pandangannya ditala pula pada wajah abah yang masih serius tampaknya. Ruangan kosong di sebelah kanan ibu pula dipandang dengan wajah penuh tanda Tanya. Kemudiannya wajah pehah pula dikerlingnya sedikit. Dia kena duduk sebelah dia ni? Isyhh abah ni biar betul. Takkan lah dia nak duduk sebelah perempuan ni ala-ala feeling atas pelamin? Mengarut ah.Dah lah dia dengan Pehah dah tak ada apa-apa hubungan yang sah lagi. Waktu ada apa-apa pun tak hingin dok sebelah, dah tak ada ni lagilah tak nak.
“Tapi bah....” Zack dah tayang muka minta diskaun sambil kelip mata berkali-kali.
“Tak ada tapi-tapi. Apa salahnya kamu duduk sebelah dia? Bukannya abah nak suruh kamu peluk dia pun! Dah jangan banyak dalih. Duduk cepat. Banyak lagi hal nak kena bincang ni. Bukan kecik-kecik anak masalah yang kamu buat” bebel abah lagi, langsung tak ada kompromi hatta satu persen.
Peluk? Membesar bulat mata sepet Zack memandang abah dengan rasa hati yang mati hidup semula pun tak percaya abah akan cakap macam tu. Come on la abah. Understood kut. Jangankan peluk, di suruh duduk sebelah pun dah cukup rasa seksa. Rasanya dia belum cukup gila nak peluk si kemetot ni. Baik peluk dinding. Dah sah-sah keras kejung gitu. Berdosa pun tidak.
Tapi dalam tak suka, Zack masih menurut. Diajaknya hati supaya bersabar sahaja. Duduk sajalah Zack. Tak rugi apa pun. Lagipun bukannya lama. Sekejap saja pun .Paling tinggi pun 20 minit ke setengah jam je kau kena duduk sebelah dia sementara dok berbincang.
Lambat-lambat punggungnya dilabuh ke atas sofa. Itu pun Cuma hujung-hujung sofa. Nanti kalau bersandar, dah tentu-tentu berlanggar bahu dengan orang sebelah.
Tapi entah kenapa, dah duduk hujung-hujung pun ada juga sesekali bahunya seakan tersentuh tubuh disisinya itu. Dan setiap kali tersentuh, laju saja matanya menjeling tajam sebelum badannya diengsotkan merapati ibu.
Entah kenapa sempit pula rasa sofa ni sampai dah terlanggar-langar bahu pulak. Selalu tu okey je wat baring-baring sambil layan movie. Ini tak lain kalau bukan sebab tubuh dia yang makin berisi, tentu-tentu budak perempuan ni sengaja nak mengendeng dan ambil kesempatan. Sekilas, wajah yang menunduk tekun mendengar butir bicara abah dikerlingnya. Memang dah tak ada ruang nak mengengsot dah. Sah! Aku dah gemuk. Telah Zack sendirian.
“Haaa...macam tu kan okey. Bukan orang lain pun.” Dari membebel, abah tukar tune kepada memuji yang mana sangat ‘rare’ sekali bunyinya. Bukan azali abah nak memuji- memuja orang ni. Nak dengar abah puji emak cun pun setahun sekali belum tentu dapat. Tak tahulah pula bila dapat menantu perempuan ni, dia tiba-tiba berubah.
“Isyhhh..abah ni kan. Janganlah dipaksa Zack ni buat yang bukan-bukan. Lagipun Diaorang berdua ni kan dah.....”.
“Haaa...apa kamu nak cakap Nura ? Dah bukan suami isteri? Dah bercerai? Memanglah dah bercerai, tapi bukannya tak boleh rujuk balik. Haaa...cuba kamu tengok tu. Kan elok tu. Macam pinang dibelah parang,” tokok abah dengan sengihan.
Errrrkkk!! Zack ketap bibir. Kakinya yang sejak tadi bergerak-gerak tanpa henti gaya orang dah bersedia nak mulakan acara balapan langsung kaku. Kening dah berkerut dengan mata tajam menjeling kea rah abah. Seram pulak bila tengok abah sengih macam tu. Sudahlah tu, pinang dibelah parang katanya? Apa abah ni dah lupa ke salasilah macam mana dia boleh terkahwin dengan orang sebelah ni? Bukan suka sama suka. Bukan loving each other....tapi typical kawin paksa yang suka ke tak memang kena kawin. Boleh pula abah buat reaksi macam budak ni menantu pilihan dia. Oh, pull...ease!
“ Memanglah setiap penceraian tu boleh dirujuk bah, tapi dalam kes Zack ni setahu Nura dah tak boleh dirujuk dah....” jelas Zainura penuh yakin.
Abah dah geleng kepala sambil tayang senyum sinis pada Zainura. Janggut sejemput, abah usap perlahan-lahan sambil mundar-mandir di hadapan mereka yang masih menanti butir bicara seterusnya.
“Hukum mana kamu ikut ni Nura? Mana ada cerai yang tak boleh dirujuk melainkan kalau dah jatuh talak tiga...”.
Zahim dah terangguk-angguk mengiyakan. Ibu pun ikut langkah yang sama. Cuma Pehah disebelahnya yang dari menunduk dah angkat muka memandang kea rah Zainura.
“Betul tu bah. Kalau dah sampai tiga bilangannya, memamng tak boleh nak buat apa dah. Tapi ada juga kes di mana talak 1 pun tak boleh dirujuk macam kes Zack ni la bila.....emmmm...bila...”.
“Bila...bila. Bila apanya?”.
“Bila....emmmm.....Zack....”. Zainura dah garu kepala. Isyhhh, nak diberitahu pun rasa serba salah. Pulak tu, bukan hal rumahtangga dia yang jadi topic bicara. Terlebih cakap nanti, dikata menyibuk hal orang pula. Kesudahnya wajah muram Zack dipandang sambil keningnnya diangkat berkali-kali minta penjelasan dibuat sendiri oleh Zack.
Zack dah buang keluhan panjang sebelum tubuhnya disandar santai ke sofa. Lambat-lambat nafasnya ditarik dalam sebelum penjelasan ala-ala berani mati itu mahu dilafazkan. Matanya kemudian dipejam, memohon kekuatan dalaman yang perlu ada dalam menerima respon abah kelak. Tapi walau apapun, dia kena beritahu hal sebenar. Tak boleh simpan-simpan lagi.
“ Abah...ibu, Zack tak pernah sentuh dia. Jadi antara kami memang tak ada istilah rujuk......”.
p/s: untuk ikuti sambungan...boleh baca di group fb NUKILAN HATI CIK AIFA. moh le :-)
https://www.facebook.com/groups/598853883463867/
Subscribe to:
Posts (Atom)