Followers

Friday, December 30, 2011

Sedutan Bab 19---Kahwin Ganti (KG)


 
Mya Zara merenung cincin yang baru saja tersarung di jarinya sebentar tadi. Cincin emas bertatah berlian itu dipandang tanpa kata.Seketika dia merenung wajah Luqman, seakan minta penjelasan.

“Cincin ni, hadiah anniversary kita ye?”. Luqman geleng, lantas tersenyum.

“Cincin kahwin kita”.

“Tapi, bukan ke kita dah ada cincin….”.

“Itu cincin kahwin yang Nuqman belikan.Tapi, yang kahwin dengan awak, Luqman. Bukan Nuqman kan? Jadi, ini cincin kahwin kita, dari saya.Saya harap, kita dapat bina hidup baru lepas ni.”. Makin panjang senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Mya Zara tergamam. Senyuman yang jarang-jarang kelihatan itu sedikit mendebarkan hati perempuannya. Bukan ke dia lebih kacak kalau tersenyum dari buat muka ‘tak ada perasaan’ macam selalu tu?

“Habis tu, cincin yang lama ni kita nak buat apa ye?”.

“Terpulang, nak pakai boleh.Nak simpan pun boleh”. Mya Zara tersengih taktala idea mula bermain difikirannya.

“Haaaa...saya tahu.Kita simpan cincin ni dulu. Nanti, bila baby kita dah lahir kita trade in untuk gelang ke rantai ke.Okey tak?”.

“Awak pregnant ke?”. Mata Luqman sedikit terjegil. Mya Zara sengih lagi, lantas menggeleng.

“ Belum lagi.Saja, nak berangan dulu!”.

“Banyak sangat berangan Cik Mya saya ni!”. Usik Luqman sambil menggosok perlahan kepala Zara yang hanya paras bahunya itu sebelum mengatur langkah keluar dari kedai emas di Mahkota Parade.

“Awak tau, saya suka sangat awak cakap macam tu.Ulang sekali lagi, boleh tak?”.

“Cakap?Yang mana satu ni?”.

“ Cik Mya saya. Saya suka sangat awak panggil saya macam tu”.

Luqman tertawa kecil.Seketika dia menggeleng.

“Cik Mya saya...”.

“Suka!Suka!Lagi sekali boleh?”.
“Cik Mya saya....”.

“Heeee..best.Best.Lagi sekali?”.

“Hisyhhh..dahlah. Berapa kali awak nak suruh saya ulang ni?Naik kering tekak saya dok ulang benda yang sama”.

Mya Zara ketap bibir lalu mematikan langkah secara tiba-tiba.Luqman yang sedikit kehadapan langkahnya, turut sama berhenti bila perasan Mya Zara tiada di sisi lalu berpaling.

“Hmmm...itu pun nak merajuk ke? Dah lah Cik Mya, hadiah dah dapatkan ? Jom kita minum.Dahaga lah ! ‘.

Laju Mya Zara menggeleng. Perlahan-lahan tangan kanannya diangkat sambil  jari telunjuknya memberi isyarat ‘satu’.

Sekali lagi Luqman tersenyum.Hai lah Zara, perangai macam budak-budak !Kalau tak diikut kehendaknya, panjanglah mulutnya muncung ke depan.

‘Cik Mya saya....haaa..dah cukup kuota dah ? ‘.

Senyuman kembali menghiasi bibir Mya Zara.

“ Sudah!Hehehe..emmm..tapi saya nak pergi ladies kejap.Awak tunggu sini ye”.

“Okey, saya tunggu.Jangan lama sangat!”.

Luqman membuang pandangan ke sekeliling pusat membeli-belah itu taktala kelibat Mya Zara hilang di balik pintu tandas wanita. Suasana agak sesak juga disitu.Mungkin juga waktu tengahari seperti ini, rata-rata mencari tempat untuk makan.

Di celah hiruk pikuk orang ramai di situ, kelibat lelaki yang  baru melintas dihadapannya benar-benar menarik perhatian. Lelaki itu seakan-akan ada kuasa magnet menyebabkan matanya tidak habis-habis memandangnya dari belakang.Tanpa sedar, kakinya turut melangkah mengikuti jejak lelaki itu.Bahu lelaki itu ditepuk dari belakang bila jarak antara mereka mulai hampir.Kemudiannya, lelaki itu cepat-cepat berpaling sebelum mata mereka bertentangan.

“Ya Allah! Nuqman??”. Dan badan Luqman mulai menggigil seakan ingin pitam.......


p/s: betul ke Nuqman? ataunya..pelanduk dua serupa? tunguuuuuu......

Tuesday, December 20, 2011

Sedikit Sedutan Bab 18


“ Awak memang pasti awak nampak saya tadi?”. Mya Zara geleng kepala.

“Nampak macam awak. Tapi pakai tshirt warna biru.Seingat saya, tak ada pula saya bawak baju warna tu untuk awak.Mungkin saya silap orang kot. Lagipun, saya nampak dari jauh sebelum lift tutup”.

Luqman menarik nafas panjang. Otaknya ligat berfikir. Hatinya tiba-tiba sahaja dipagut kerisauan. Niat datang sini hendak berehat…tapi.

“ Mungkin apa yang awak nampak tu betul”. Berkerut dahi Mya Zara seketika dan kemudian wajah Luqman dipandang kehairanan.

“Maksud awak?Saya tak faham. Bukan ke sejak saya turun bawah tadi ambil beg dalam kereta awak ada dalam bilik ni, tengok televisyen?Awak juga yang cakap tadikan”. Bersungguh-sungguh Zara menjawab. Wajah Luqman dilihatnya seakan menyembunyikan sesuatu darinya.

“Memang saya ada dalm bilik ni.Tapi yang awak nampak tadi pun mungkin juga betul”.
Makin berkerut dahi Zara kali ini. Cepat-cepat dia mengambil tempat di sebelah Luqman. Wajah Luqman dipalingkan supaya mengadap ke arahnya.

“Apa sebenarnya yang awak cuba cakap ni Luqman?”.

Luqman mengeluh perlahan. Tangan Zara dipipinya ditarik ke sisi, dan kemudian digenggam kuat.

“Nuqman…mungkin yang awak nampak tadi Nuqman”. Mya Zara terlopong.

Tuesday, December 13, 2011

Sedikit sedutan Bab 17

Mya Zara merenung ke sekeliling bilik kerja itu. Terasa sayu pula hendak meninggalkan bilik itu. Walau baru seminggu dia di situ, terlalu banyak memori antara dia dengan Luqman berlaku di bilik itu. Di situlah kali pertama Luqman melahirkan rasa sayangnya, walaupun bukan dengan patah perkataan. Sedih pula bila memikirkan yang malam itu adalah malam terakhir mereka di situ.

Langkah di atur ke bilik tidur utama. Luqman sedang bersila di atas katil sambil kusyuk mengadap labtop.Entah apa yang ralit di lihatnya, dia tidak tahu.Yang pasti, bukan ‘slide’ pembentangan projek akhirnya. Sekejap-sekejap dia senyum. Kemudiannya sengih. Itu tidak lain mesti melayan ‘Dibo’ lah tu! Mya Zara mengeluh.

“Tadi kata nak siapkan ‘slide”. Sengaja Mya Zara memulakan cerita sambil tangannya sibuk mengeluarkan pakaian dalam almari untuk dilipat.Tiada sambutan. Yang kedengaran hanya ketawa kecil Luqman.

“Luqman, saya cakap dengan awak ni”.Reaksi masih seperti tadi. Nampak gaya macam ‘Dibo’ betul-betul dah ‘merasuk’ pemikiran Luqman sampai tak sedar bila dipanggil. Mya Zara ketap bibir.Tangannya laju menggumpal baju di tangannya lalu di baling.

“Oitt..apa baling-baling ni. Tengok…dah terlepas scene ‘dibo’ menyorok dari kawan-kawan dia. Kesian dia, dah kehabisan hadiah.Lawak betullah. Nak hasilkan hadiah kena makan awan.Gila tak logik!”. Luqman ketawa kecil. Mya Zara mendengus, tak puas hati.Sudah namanya kartun, dari mana pula datang logiknya?

“Awak ni kan Luqman, macam budak-budak. Dah besar panjang macam ni pun suka tengok kartun macam tu”.

“Ehhh..ni cukup baik tau saya tengok kartun.Kalau saya tengok cerita pelik-pelik, awak jugak yang susah nanti”. Wajah Mya Zara mulai merona merah bila mendengarkan jawapan Luqman. Namun hatinya masih belum puas. Luqman lebih mementingkan watak kartun tu dari mendengar apa yang dicakapnya.

“Eleh..kalau tengok cerita bukan-bukan pun, bukan awak boleh buat apa-apa”. Balas Mya Zara perlahan, separuh berbisik. Tiba-tiba Luqman berpaling lalu merenung tajam ke arahnya.

“ Cuba ulang sekali lagi....”. Mya Zara ketap bibir. Itu kan Zara! Cakap ikut sedap mulut saja!Laju dia menggelengkan kepalanya.

“ Ulang semula!”. Mya Zara tunduk memandang ke lantai. Rasa takut hendak menatap wajah itu lama-lama. Rasa menyesal pula bercakap ikut hati tadi.Patutnya malam akhir di apartment itu mereka bergembira, bukannya bertefang leher seperti sekarang.

“ Zara!”.Suara Luqman semakin meninggi. Terasa sakit hatinya bila melihatkan Mya Zara tunduk membatu bersila di atas karpet itu.Tanpa fikir panjang, dia turun dari katil dan menuju ke arah Mya Zara.Sepenuh tenaga dia membongkok lalu menggendong Zara dan meletakkannya di atas katil. Mya Zara tergamam.Seluruh badannya menggeletar secara tiba-tiba lebih-lebih lagi bila melihatkan renungan Luqman yang tajam.

“ Awak lupa agaknya, saya ni lelaki.Lelaki paling pantang bila dicabar”.

“Errr...Luqman....saya..saya main-main  je tadi tu.”.

“Dah terlambat”. Mya Zara rasa berat nak telan air liur bila Luqman menutup kasar komputer ribanya dan kemudian mengatur langkah laju menuju ke suis lampu di sebelah pintu. Baru saja lampu bilik dimatikan, pintu bilik dketuk perlahan.....


p/s: full entry might be weekend or early next week.insyaAllah :-)

Friday, December 9, 2011

Sedikit teaser bab 16 di malam hari.. :-)

“ Okey. Siap! Dah hensem dah!”. Sengaja Mya Zara mengusik Luqman yang kelihatan agak tegang dan kekok sejak tadi. 

“Terima kasih”. Luqman mula mengatur langkah ke bilik kerja untuk mengambil fail dan begnya sebelum tangannya di tarik perlahan oleh Zara.

“ Kenapa?Aku dah lewat ni ”.

Mya Zara senyum. Perlahan-lahan dia mendekati Luqman lalu tubuh lelaki itu dipeluknya rapat ke tubuhnya.Hatinya benar-benar rasa lega ketika itu.Segala kerisauannya dan persoalan dihatinya selama ini sudah terjawab. Memang benar lelaki dihadapannya ini Luqman dan tanda itu mengesahkannya.

“ Saya sayang awak!”. Diam. Yang kedengaran hanya bunyi hembusan nafas lelaki itu.

“Luqman…saya sayang awak tau!”. Sekali lagi Mya Zara ulanginya.Masih tiada respon seperti tadi.Perlahan-lahan pelukannya diregangkan oleh Luqman. Kemudiannya wajah lelaki itu direnungnya penuh tanda tanya.

Kenapa lelaki ini terlalu dingin?Mustahil dia tak rasa apa-apa pada aku.Bagaimana pula dia boleh berdiri tegak macam tu sahaja bila aku memeluknya? Mya Zara bermonolog sendiri. Timbul kehairanan padanya dengan respon Luqman tadi.

“Aku dah lewat. Aku pergi dulu”. Luqman terus berlalu tanpa sabarang pamitan meninggalkan Mya Zara dalam keadaan terpinga-pinga.

Tidak lama kemudian, Mya Zara tersenyum. Tak mengapa Zara, yang penting dia tak tolak dan yang paling utama….dia memang Luqman Hakim! Mya Zara senyum lagi....


p/s: untuk mengubat rindu anda pada Luqman dan Zara... :-)



Wednesday, December 7, 2011

Sedutan Bab 16

“Luqman…..”.

“Iye Cik Mya….”.

“Ehh awak ni. Kita kat rumah la..bukan dalam kelas. Janganlah panggil saya macam tu”.

Luqman yang sedang ralit memerhati soalan subjek ‘ Rekabentuk Proses’ senyum sendiri.
Sengaja dia mengusik Mya Zara. Bila melihat Mya Zara naik marah, hatinya rasa geli hati. Hilang terus serabut di kepala. Sejak tadi kepalanya pening memikirkan cara hendak menjawab soalan itu. Kalau dibuatnya esok keluar soalan yang sama, idak ke ralat tidak dijawab?

“Iyelah..apa bendanya ni? Cakap sajalah...”. Luqman hanya menjawab malas-malas.

“ Awak busy ke sekarang?”. Luqman mendengus. Kita suruh cakap, dia tanya soalan lagi. Macam-macam lah dia ni!

“ Agak busy. Esok aku ada final paper ‘ Process Design’. Tapi..emmm…cakap sajalah. Aku dengar”. Mya Zara senyum lantas berpaling ke belakang. Luqman masih kelihatan kusyuk mengadap kertas yang berselerakan di atas meja belajarnya.

“ Emmm…kalau saya nak mintak awak pusing, pandang saya kejap boleh? Tak lama, 10 minit je..”. Berkerut dahi Luqman mendengarkan permintaan Mya Zara. Sudah di beri izin nak bertanya, nak suruh pandang dia pula. Hai Zara, memang kau ni macam-macamlah!

Luqman menurut. Badannya di pusingkan kebelakang menghadap Mya Zara. Kedua-dua belah tangannya ditongkatkan di bawah dagunya sambil mata terkerdip-kerdip memandang Mya Zara.

“Apa lagi, cakaplah?”.

Mya Zara senyum.

“Emmm awak, saya rasa kita patut ubah la cara panggilan kita”. Makin berkerut dahi Luqman kali ini. Ini soalan ke, pernyataan ni ?

‘ Maksud ?’.

“ Tak bestlah dengar awak cakap ‘kau’, ‘aku ‘. Kasar sangat lah. Kau..kau…saya bukannya lembu.”. Luqman mencebik. Apa pula kaitan binatang empat kaki tu dengan hal ni?

“ Bila masa aku panggil kau ni lembu pulak?”.

“ Kau lagi?”

.Luqman sengih tiba-tiba. Bila berulangkali dia menyebutnya, baru dia faham maksud sebenar Mya Zara.

“ Aku maksudkan K.A.U. Tapi kalau kau nak anggap C.O.W apa salahnya?”. Luqman gelak besar. Mya Zara pula juih bibir. Suka sangat ye!

“ Kita tukar ye Luqman...”. Mya Zara senyum semula, separuh mengharap.

“ Okey...Lu dengan Gua ye!”. Mya Zara geleng.

“ Beta..tuan Hamba?”. Geleng lagi. Luqman garu kepala yang tak gatal.

“ Adinda....Kekanda?”. Mya Zara gelak, kemudiannya geleng lagi.

“ Suka hati kau lah. Malas nak suggest dah”. Luqman sudah mula tarik muka bosan.Dia sudah mula ingin berpusing semula menyambung kerja sebelum tangan Mya Zara menarik lengannya.

“ Abang..dengan Zara...bolehkan?”.

Kali ini Luqman pula mencebik lalu menggeleng.

“ Aku lagi muda dari kau okey...apesal pulak aku jadi abang?”ujar Luqman dalam nada tak puas hati.

“Okey..kalau macam tu, kita ambik yang paling mudah dulu. Saya dan awak. Boleh?”.

“Awak..awak...macam burung wak-wak je aku dengar”. Mya Zara ketawa kecil.

“ It’s better than cow! So, kita mula dari sekarang ye...”.

“ Suka hati kaulah…”.

“Haippp!! Kau lagi ye?”.

Luqman mengeluh.

“ Suka hati awaklah Zara….”.

Mya Zara senyum puas hati. Sekurang-kurangnya ada juga kemajuan dalam hubungan mereka. Tak mengapa Zara, step by step ye!

“ Luqman....”.

“Apa lagi ni?”.

“ Awak tak jawab lagi soalan saya hari tu kan?”.

“Soalan mana lagi ni Zara oiii…saya ada paper esok ni.Isyhhhh..serabut la macam ni”.

“Soalan tu la...awak suka saya ke....”.

“ Saya dah jawab kan?”. Potong Luqman tiba-tiba.

“ Mana ada! Hari tu kan..awak cakap..”.

Tiba-tiba saja Luqman berpaling lalu satu ciuman di berikan di pipi kanan Zara.Zara terdiam. Mukanya merona merah dan rasa panas menyerbu mukanya. Dia tunduk malu.

“Zara, ada benda yang kadang kala tak perlu dicakap.Cukup dengan perbuatan, dah jelaskan semuanya”.Balas Luqman bersahaja dan kemudian dia berpaling semula, menyambung semula kerjanya.

Dia sayang aku? Luqman sayang Zara? Mya Zara senyum panjang. Hatinya berbunga riang. Ikutkan hatinya ketika itu, mahu saja dia melompat setinggi yang boleh.Biar semua orang tahu, betapa gembiranya dia waktu ini.

" Tak payah nak lompat-lompat. Nanti runtuh pula apartment ni". Lamunan Mya Zara terhenti bila ditegur. Dia mencebik. Sibuk je dia ni tau! Macam tau-tau saja apa dalam fikirannya.

Tak apalah, dia tak mau cakap pun tak apa. Yang penting, dia tahu lelaki itu juga sayangkannya. Saya sayang awak Luqman! Sayang sangat-sangat! Mya Zara senyum lagi.




p/s: moga terhibur dgn sedutan ni ye..full entry this weekend insyaAllah..jika askar2 kecik ini sudi bagi co-operation..hehehe....tqvm for all the supports  ye...luv u all.... :-)






Sunday, December 4, 2011

Sedutan Bab 15


Mya Zara memuncungkan mulutnya, sambil tangannya menyikat perlahan rambut yang panjang hingga ke paras dada.Dia Benci!Meluat dengan sikap mereka! Dua-dua pun sama. Yang perempuan tu dah memang satu hal dah. Mulut memang dah tak ada insurans. Macam lah dirinya pandai sangat. Turun ke dapur pun sekali sekala, ada hati nak komen. Macam lah diri dia tu juri Masterchef!

Lelaki itu pula….lelaki itu kan suaminya? Dia pun sama mengomen itu ini juga. Kurang-kurang, hargailah usaha dia untuk memasak. Bukannya turut sama jadi ‘ juri tak berbayar’ .Wajah Mya Zara kembali mendung.

Pintu bilik terbuka perlahan.  Dari cermin, Mya Zara sudah tahu gerangan yang baru saja masuk. Dia kembali mencebik seperti tadi.Rasa tak puas hatinya masih ada pada lelaki itu. Kehadiran lelaki itu, sedikit pun tidak diendahkan. Dia sibuk menyikat rambutnya yang kemudian diikat ekor kuda. Losyen tangan dicapai lalu disapu pada tangannya.

“ Nah….”. Mya Zara sedikit tersentak bila hanger pakaian di hulurkan kepadanya. Dia menoleh ke kanan. Luqman sedang memandangnya sambil tersenyum mengejek.

“ Nak buat apa ni? Baju awak semua saya dah sangkut dalam almari”. Tegas Mya Zara. Senyuman lelaki itu sedikit pun tidak mengubah hatinya. Jam tangan di pergelangan tangan di tanggalkan, lalu diletakkan di atas meja.

“ Siapa suruh kau sangkut baju aku. Aku suruh sangkut hanger baju ni pada mulut kau yang panjang sangat tu. Perangai macam budak-budak! Cakap sikit pun nak merajuk!”. Mya Zara ketap bibir. Mata bulatnya tajam memandang ke arah Luqman yang masih tersenyum mengejek ke arahnya.

“ Suka hati saya lah. Mulut saya. Nah, ambik balik hanger ni. Cuba awak sangkut dulu kat mulut awak. Kalau best, baru saya cuba”. Tangan Luqman  di tarik lalu hanger pakaian di letakkan di atas tapak tangan lelaki itu.

“ Ehhh..mulut kau tu aku bayar tau. Ingat murah-murah ke? Lima belas ribu tahu tak?”. Luqman tak mahu mengalah. Sengaja dia mahu membakar lagi hati Mya Zara. Melihatkan perempuan itu merajuk, hatinya rasa geli hati. Komen sikit pasal masakan dia pun nak merajuk macam tu sekali. Hail ah perempuan.

“ Alah…bukannya duit awak pun. Duit ummi dengan arwah abah kan?”.

“ Ehhh..tolong sikit ye. Kami adik beradik memang simpan duit dari kecil okey. Duit hantaran tu, duit simpanan tau.Haaa..kalau duit majlis, baru lah duit ummi dengan arwah abah”.

“Tapi duit hantaran tu bukan duit awak pun. Duit Nuqman!”.

Kali ini Luqman terdiam. Idea untuk terus menyakat Mya Zara hilang tiba-tiba. Perlahan-lahan tangannya digenggam kuat. Rasa marah dan sedih yang bercampur aduk cuba ditahan.Nafas ditarik panjang,dirinya cuba disabarkan.Tanpa sebarang kata, kunci kereta di atas meja solek dicapai dan dia berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Mya Zara terpaku tanpa kata.



p/s: entry kali ini mungkin sedikit lewat..so kita layan je dulu sedutannya ye. seperti biasa..lambatnye kerana proses editing yg sgt slow sbb cik penulis jadi 'temporary single mom', so masa nak ngadap pc pun limit..hehehehe....ampun.....


Saturday, December 3, 2011

Latest update.....

Maaf semua...bab 14 akan diupload lewat mlm skit....cik penulis kena tidurkan askar2 kecil dulu..... :-)

Wednesday, November 30, 2011

Khas untuk yang mengikuti e-novel Kahwin Ganti :-)


Salam mesra buat semua yg mengikuti e-novel kahwin ganti 
 
Dah lama tak membebel di sini, asyik2 post entry baru je..hehehe..so arini kita rest ye…insyaAllah..next entry adalah esok……

Oh ye…berkenaan tajuk entry kali ini…kisahnya bermula begini….

Saya sebenarnya, teringin sangat0sangat nak tahu tentang pendapat anda semua mengenai e-novel ini. Bukan apa, takut juga buat cerita syok sendiri. Dah sampai bab 13 pun..masih syok sendiri..hehehe..so, bolehkan kalau anda semua tolong sya?

 Camana nak tolong? Senang saja....

Anda buat satu entry tentang novel ni di blog/ facebook anda. Cerita kan apa saja yang anda suka tentang novel ini. Jalan cerita ke..watak nya ke ...dan kenapa anda suka.Anda juga boleh ceritakan, apa yang anda ingin ubah dalam cerita ini kalau diberi peluang :-)

Senangkan? Ohhhh ye...jangan lupa link kan blog ini pada entry anda ye . jua...tinggalkan alamat link anda pada entry ini. Makanya senang sya nak gi melawat :-)

 Gaya-gaya cam dah pertandingan pulak dah ye?Hmmm...lebey kurang la. Tapi hadiahnya, idak le wang ringgit atau kereta...hehehehe


Okey...bg sesiapa yang sudi join dan memberi entry yang paling memberangsangkan dan menarik, anda akan terima dua hadiah


Pertama : Anda diberi peluang untuk memberi nama pada dua watak yang belum bernama. Lelaki dan perempuan. Nak letak nama anda..nama suami/tunang/boyfriend pun bleh...no hal.Jangan risau, wataknya ringan sahaja n baik :-)


Kedua : Anda diberi peluang memilih orang paling sesuai untuk wakili watak Luqman/Nuqman. Dah jadi fenomena sekarang, novel sure ada gambo ye dak? Bagi senang sikit nak 'feel' bila membaca..hehehe.Sebelum ni ada yang cadang ashraf muslim la, aaron aziz..mcm2...so bg yg menang, sya bg lesen anda untuk memilih. Jika mmg tepat, akan jadi ikon novel ni..hehehe..


Kriteria seorang Luqman/Nuqman : melayu, wajah lebih muda dari heroinnya ( anda tahu kan sape orgnye..hehehe). Muka sesuai untuk watak nakal dan juga dingin ( sbb Luqman sedikit nakal..Nuqman pendiam dan dingin).


Wahhhhh..panjangnya entry...okeylah...doa sya..adalah yang sudi join..kalo idak..heheeh..sya nak masuk bawah meja, sorok diam2 bawah tu...hahahaha...



Disclaimer : Pertandingan ini untuk suka-suka saja tau. Manalah tahu, ada rezeki e-novel ni dibukukan..mesti beshkan, nama anda ada didalamnya... :-)


Best regards,
Cik penulis-------sya.

Monday, November 28, 2011

Sedutan Bab 13---updated!

 mya Zara melajukan langkahnya walau berkali-kali namanya dipanggil sejak tadi. Bosan dengan sikap Iskandar. Profesianalisme nya sudah hilang. Kalau bertemu, bukannya sebab hal kerja. Tak habis-habis tentang bondanya yang kononnya terlalu ingin bertemu lagi dengan dirinya.Ahhh..kalau diikutkan hatinya, terasa malas hendak ke fakulti. Baik dia duduk dia makmal mikrobiologi saja. Tenang sikit tanpa gangguan pensyarah itu.

“ Zara, tunggulah! Awak nak kemana laju sangat jalannya ni?”. Langkah Mya Zara terhenti di antara bangunan fakulti dan makmal proses.

“Saya ada kerja. Ada apa Is?” Tanya Mya Zara, serius. Iskandar tersenyum.

“ Ooo ada kerja ke. Saya baru ingat nak ajak Zara minum petang. Ada hal nak bincang sikit”.

“ Hal apa? Kita bincang di sini saja”. Mya Zara hanya memandang sekilas kea rah wajah Iskandar. Fail di tangannya dirapatkan ke dada.

“ Emmm..hujung minggu ni, makan malam rumah saya ye. Ada perhimpunan keluarga. Bonda jemput awak datang sekali”. Berkerut dahi Mya Zara seketika. Otaknya sibuk memikirkan kaitan dirinya dengan perhimpunan keluarga Iskandar.

“ Perlu ke saya ada dalam perhimpunan keluarga awak. I’m not part of it!”. Mya Zara menghela nafas panjang. Jauh di lubuk hatinya, rasa risau mula terbit.Risau dengan gelagat Iskandar yang sedikit berlainan sejak akhir-akhir ini.

Iskandar hanya tersenyum panjang. Wajah putih mulus Mya Zara ditenungnya dengan penuh minat. Dia yakin, ini masa yang sesuai. Langkahnya perlu dipercepatkan. Bimbang, hati Mya Zara diambil oleh orang lain. Lebih-lebih lagi, Luqman Hakim. Menurut beberapa pelajar, selalu juga Luqman Hakim kelihatan bercakap-cakap panjang dengan Mya Zara. Biarpun Luqman Hakim masih muda, tak mustahil Mya Zara boleh jatuh hati padanya. Luqman Hakim kan, playboy fakulti itu!

“ Mungkin bukan sekarang, tapi tak lama lagi”. Makin berkerut dahi Mya Zara mendengar jawapan dari Iskandar. Hatinya mulai terasa tidak selesa.

“ Maksud Is?Saya tak faham”.
Iskandar menarik nafas. Dengan lafaz bismillah, dia cuba untuk menjawab persoalan Mya Zara.

“ Zara, saya sayangkan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada bakal anak-anak saya”.

“ Apa?”. Fail dalam pelukan Mya Zara jatuh tiba-tiba. Matanya membulat memandang wajah Iskandar yang kelihatan begitu yakin dengan kata-katanya. Dia cuba mencari kebenaran di balik kata-kata itu. Iskandar hanya menangguk, seakan memahami persoalan di h atiMya Zara.

“ Cik Mya, fail Cik”.

Huluran fail ke arahnya membuatkan Mya Zara tersedar. Mya Zara terasa ingin pitam bila matanya bertembung dengan mata orang yang membantunya. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, orang itu hanya berlalu sambil tersenyum. Sekilas dia memandang ke wajah Iskandar yang hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. Terasa ingin dia lari ke hujung dunia waktu itu juga, kerana esok…pastinya satu Fakulti Kejurutaan Kimia akan tahu berita terkini itu!

p/s" MAAF DI ATAS RALAT YANG BERLAKU PADA ENTRY SEBELUM INI. INI ADALAH SEDUTAN YANG SEBENAR BAGI BAB 13.ITULAH AKIBATNYA BILA UPDATE ENTRY PUKUL 2,3 PG...SAMPAI SILAP POST..HEHEHE..ENJOY! FULL ENTRY AKAN MENYUSUL TAK LAMA LAGI :-)

Friday, November 25, 2011

Lagi sedutan episod 12 ;-)

“ Selain gerak badan, apa lagi cara nak tahu yang itu Luqman atau Nuqman ye ummi?”.  Pertanyaan Mya Zara disambut dengan senyuman penuh makna Datin Zahrah. Mya Zara memuncungkan mulutnya.Ahh ummi ni, apalah agaknya yang difikirkanya tu?

“ Aihhh..dia kan suami Zara, takkan kamu tak tahu perbezaan dia dengan Nuqman”. Mya Zara tersentak.Kemudiannya mukanya merona merah. Malu.

“ Errr..ummi kan tahu. Kami, tak duduk serumah...jadi...kami..”. Datin Zahrah tepuk dahi. Kemudiannya mengucap panjang.

‘ Kamu berdua tak berbaik lagi ke? Bukan ke hari tu ummi nampak Luqman tidur atas katil dalam bilik kamu?”. Mya Zara ketap bibir. Otaknya ligat memikirkan soalan ummi tadi. Bila masanya mereka tidur sekali ni?Ohhhh...masa mereka balik dari UO dan terserempak dengan Sofia hari tu. Ahhhh..tentu ummi salah faham bila nampak Luqman di atas katilnya pagi itu.

” Kalau Zara betul-betul nak tahu yang balik tadi Luqman atau Nuqman, cuba perhati pada belakang tengkuk kirinya. Yang ada tahi lalat kecil itu, Luqman”.


p/s: sape ada tahi lalat dekat tengkuk macam Luqman, angkat tangan! :-)

Thursday, November 24, 2011

Sedutan Bab 12 Kahwin Ganti

Mya Zara tidak puas hati dengan penerangan ummi tadi. Dia mundar-mandir sendirian di dalam bilik tidur ummi. Sesekali dia menjenguk ke luar tingkap, bimbang ‘Nuqman’ pulang dari masjid.

“ Ummi yakin dia Luqman? Ummi percaya cakap dia? Perangainya pun berbeza ummi, penampilan dirinya pun lain. Luqman yang Zara kenal bukan macam tu.Yang balik tadi,rambutnya di cukur pendek, berjanggut sedikit. Dia Nuqman ummi, bukan Luqman”.

Datin Zahrah tersenyum melihat gelagat Mya Zara yang tidak senang duduk sejak tadi. Sekejap dia duduk, sekejap lagi dia berdiri.

“ Zara sayang, mereka berdua tu kan anak ummi. Ummi yang jaga mereka dari kecil. Walau mereka sangat seiras pun, ummi masih kenal yang mana satu Luqman dan Nuqman.Yang balik tadi tu Luqman.Dia dah berubah Zara, Dah banyak berubah, ummi rasa bersyukur sangat”. Sekali lagi Datin Zahrah tersenyum.Kali ini lebih panjang senyumannya.

“ Entahlah ummi, susah Zara nak percaya dia tu Luqman.Hati kecil Zara yakin sangat yang dia tu Nuqman, tapi pura-pura sebagai Luqman”. Telahan Zara disambut dengan gelak tawa Datin Zahrah.

“ Zara ni, banyak sangat baca novel ni agaknya. Mesti Zara ada baca cerita tentang kembar berganti tempat kan? Percayalah Zara, itu Luqman. Bukan Nuqman”.

Mya Zara terusan menggeleng. Dia tak percaya. Dia tahu itu Nuqman! Macam mana cara pun, dia akan cari bukti itu. Mesti!



p/s: bab 12 masih dalam proses editing..makanya, sya publish sedutan je yek..tak sompek nak buat sinopsis nye...stay tune :-)

Sunday, November 20, 2011

Sinopsis Bab 11

Mya Zara hanya merenung kosong ke luar tingkap kereta Volvo S70 milik papanya. Hatinya sentiasa resah sejak Luqman meninggalkannya malam kelmarin. APa yang di buatnya serba tak kena. Duduk salah, baring pun terasa salah. Begini agaknya rasa orang yang berdosa. Selalu dilanda keresahan.

Vibrate telefonnya bergetar kuat di dalam pegangannya, cepat-cepat dilihat pemanggilnya dengan perasaan berbunga-bunga. Hampa, bila bukan orang yang ditunggu memanggilnya. Ahhh..iskandar. Cuti semester macam ni pun dia nak call! Panggilan di biarkan tanpa berjawab.

Vibrate telefonnya berterusan bergetar, tapi dibiarkan tanpa rasa ingin menerima panggilan itu. Di fikirannya hanya ada dia.

Puan Rania berpaling ke arah tempat duduk belakang. Dia perasan tentang perubahan sikap Mya Zara sejak Luqman balik malam itu. Bila ditanya,katanya Luqman ada kerja. Perlu balik awal. Tapi gayanya, macam ada yang tak kena antara mereka berdua. Bergaduh agaknya!

“ Zara, kenapa tak angkat call tu sayang? Entah-entah Luqman call”. Mya Zara mengangkat mukanya bila ditegur Puan Rania. Dia memaksa dirinya untuk senyum.

“ Bukan Luqman mama. Kawan Zara. Zara malas nak angkat call time cuti. Tak lain pasal kerja lah tu”. Puan Rania mengangguk faham.

“ Confirm ni, Zara nak papa hantar Zara ke rumah Nuha? Zara tak nak singgah rumah dulu?”. Kali ini En.Harith pula yang bertanya.

“ Iye, papa. Ummi pun ada kat rumah Kak Nuha. Papa tolong hantarkan Zara ke sana ye. Nanti Zara balik johor dengan ummi”………..

+++++++++++++++++++++++++++++

“ Luqman dah tak ada Zara. Kak Long tak tahu mana dia pergi. Yang kak long nampak, dia bawa beg besar. Passport dia pun di bawanya”. Muka Nuha Aleesya sedikit mendung. Datin Zahrah pula hanya diam seribu bahasa. Dulunya Nuqman, sekarang Luqman pula yang pergi. Ahhhh..kenapalah anak-anak lelakinya ini sentiasa mahu merisaukan hati tuanya?

Mya Zara turut diam membisu. Wajah tua ummi di tenungnya dengan penuh rasa bersalah. Kalaulah ummi tahu apa yang berlaku, mesti ummi sedih dan hampa dengan aku. Aku yang memulakan semuanya.Aku puncanya Luqman lari! Mya Zara mengeluh panjang.

“ Tak apa lah Zara.Zara jangan risau. Ummi rasa, Luqman tu tak pergi jauh. Mungkin dia pergi bercuti agaknya. Dulu-dulu, masa cuti semester begini dia memang suka pergi bercuti tak beritahu ummi pun. Tahu-tahu, dia balik bawak cenderahati kat ummi dengan arwah abah ‘. Datin Zahrah senyum. Doanya, moga apa yang dikatakannya sebentar tadi benar belaka. Luqman budak baik, marahnya tak kan lama !

+++++++++++++++++++++++++

Mya Zara cepat-cepat membayar tambang teksi bila teksi bermeter itu berhenti betul-betul di hadapan banglo di Bukit Tunku itu. Air matanya yang masih bersisa, di lapnya dengan hujung lengan jubahnya.

Perlahan-lahan dia menarik nafas, dan melepaskannya semula. Kemarahannya cuba ditahan...tapi kurang berjaya. Sabarnya ada tahap, tapi kali ini Iskandar memang dah melampau. Azwa pun sama. Agaknya mereka memang dah berpakat berdua sebelum ini.

Pintu pagar besar terbuka perlahan. Datin Zahrah menunggu di hadapan pintu besar rumah banglo itu dengan senyuman.

Mya Zara melangkah laju lalu bersalaman dengan ummi lalu memeluk erat tubuh umminya. Perlahan-lahan Datin Zahrah menepuk belakang badannyam seakan mengerti perasaanya ketika itu.

“ Dah, jom masuk. Kita cerita di dalam ye”. Mya Zara mengangguk perlahan. Pintu utama banglo itu ditutupnya sebelum menurut langkah ummi kea rah ruang tamu banglo itu.

Baru setapak dia melangkah, loceng pintu berbunyi. Berkerut sedikit dahinya. Siapa pula yang datang petang-petang sebegini? Perlahan-lahan pintu kayu itu di buka semula.

“ Ummi!”. Mya Zara terkaku melihatkan kelibat tetamu yang baru tiba di hadapan nya itu. Mulutnya bagaikan terkunci untuk terus bercakap, lebih-lebih lagi bila wajah redup itu memandang kosong ke arahnya. Waktu itu juga badannya terasa ringan, seakan ingin pitam!




p/s: insyaAllah nxt entry, 2..3 hari lagi baru di publish..stay tune ek :-)

Sunday, November 13, 2011

Tentang Tajuk 'Kahwin Ganti'

Salam mesra buat semua.....

aifa nak ucapkan tq..tq..tq banyak2 sbb sudi singgah blog ini dan mebaca e-novel 'Kahwin Ganti'

hmmmm....aifa nak mintak pendapat kawan2 sekalian ni....

dr comment2 feedback di penulisan2u...ada yang cakap tajuk 'kahwin ganti' ni...tak besh..sbb dah menunjukkan jalan cerita sebenar & tak berapa menarik....really appreciate the comments..sbbnye buat aifa berfikir sendiri tentang penulisan aifa :-)

so, apa pendapat anda? perlukah aifa tukar sekali lagi tajuk e-novel ni? sebelum ni tajuk e-novel ni adalah 'KERNA AKU BUKAN DIA'...tp en.husband kata..terlalu 'klise'...makanya entah dari mana idea aifa dapat tajuk kahwin ganti ni ntah...
:-)

hmmmmm...so, kalo kengkawan ada pendapat..blehlah salurkan pada aifa ya? mana tahu, kawan2 ada tajuk besh2 dan menarik yang sesuai dengan jalan cerita e-novel ni leh cadangkan pada aifa....bkn pe..aifa ni bdk baru belajar nak menulis....nak letak tajuk cerita pun 'fail' lagi!hahahaa....


wokeh...jangan lupa tau! sesapa dapat cadangkan pada aifa tajuknya....insyaAllah....seandainya e-novel ni ada rezeki dibukukan....dia orang pertama aifa g tau nanti..hehehe...and nak lagi bestnya...tak payah dia g beli..nanti aifa pos bg novel percuma...hahahaha...YA ALLAH...kuat berangan betul aifa ni :-p

untuk tinggalkan comment anda, anda boleh pergi pada gambo pencil di bawah post ini ya..

anyway..thanx sbb sudi baca celoteh aifa di pagi isnin ni...

jumpa lagi!

wassalam.....


wif luv,

~nur aifa batrisya muhammad faizal~

Tuesday, November 1, 2011

BAB 2

Hakim mengeluh panjang.Badannya diluruskan di atas katil. Penat ! Penat melayan perangai Arissa yang over manja. Ada ke patut dia ajak aku pergi hotel? Memang aku playboy, tapi aku bukan buaya atau tupai okey. Hakim mendengus kasar.Cari nahas betul minah tu.Mukanya di tekup dengan bantal. Matanya dipejamkan.Berusaha untuk menenangkan fikiran.

“ Haa…baru balik? Aku ingat kau tak balik malam ni.Ni kenapa pulak mengeluh panjang? Awek lari?” . Hakim hanya memandang kosong ke muka Fakrul.

“ Tak adalah. Saja mengeluh penat “Fakrul senyum sinis.

“ Kau ni kan Akim, dari kau tabur duit dekat perempuan-perempuan tu baik kau tabur pada perempuan yang confirm kau nak jadikan isteri”. Tu dia…Fakrul dah start ceramah malam dah.

“ Alah beb..relekslah. Duit arwah ayah aku banyak. Sampai cucu aku pun belum tentu habis kot”.

‘ Itu aku tau, tapi kau tak rasa membazir ke labur pada benda yang kau bukan nak sangat pun. Apa yang kau dapat dari belanja perempuan0perempuan tu ?’. Hakim mendegus kasar. Adoyaiii Fakrul ni, macam tak kenal aku pulak.It’s all about fun bro!

“ Aku seronok-seronok aje lah bro. Nanti dah kahwin , nak kena jaga isteri, jaga anak. Masa ini lah aku nak enjoy, jumpa ramai orang”.

“ Ikut kau lah Hakim.Emmm..aku ada benda nak Tanya kau lah”. Perlahan pula nada suara Fakrul kali ini. Suspen pula rasanya.

“ Apahal pulak ni? Nak pinjam duit?”. Fakrul geleng laju.

“ Sudah tu, nak pinjam kereta? Ambik je. Aku tak kisah”.Geleng lagi. Ehh Fakrul ni, kena penyakit apa pula ni.

“ Kau rasakan Akim, cik Mya tu sesuai tak jadi isteri aku?”.

‘ Aduh !! ‘. Hakim menjerit kecil taktala punggungnya terjatuh ke atas lantai dari katil.

‘ Ehhh..kau okey ke Akim ? Kenapa kau baring hujung katil sangat?”. Fakrul yang tadi berdiri di hadapan pintu bilik cepat-cepat masuk.

“ Aku okey.Aku okey”. Hakim naik semula ke atas katil. Dia cuba menenangkan dirinya menarik nafas panjang.

“ Apa kau tanya tadi? Tentang Cik Mya ye? Emmm...kau serius ke berkenan dekat dia ni?”. Fakrul angguk laju.Akim mengeluh perlahan.

“ Kau nak tau pendapat aku?” tanya Akim bersungguh-sungguh. Fakrul sengih, dengan muka penuh pengharapan.

“ Betul, kau nak tahu?”. Fakrul angguk lagi.

“ No komen! Aku mandi dulu!”.Hakim gelak besar sambil berlalu dengan tuala ke bilik air meninggalkan Fakrul dengan bebelannya yang berpanjangan.

*********************************

Mya Zara merenung kosong kea rah langit yang gelap dan hanya bercahayakan bintang. Sesekali dia mengeluh. Tayarangan cerita ‘ Papadom’ tidak dapat menarik minatnya.

“ Mya, ada apa kat atas langit tu?”.

“ Bintang”. Jawab Mya pendek,sambil tersenyum. Azwa sengih.

“ Kenapa ni,macam ada masalah aje Azwa tengok. Masalah dengan boyfriend?”. Mya geleng perlahan.

“ Haaa...kalau tak.Ni mesti masalah dekat kelas. Luqman Hakim dengan kawan-kawan dia buat hal ye?”. Terlopong Mya seketika. Azwa ni, macam boleh baca saja fikiran orang. Bahaya ni.

“ Haa..betulkan? Sabarlah Mya. Budak-budak tu memang nakal sikit. Mentang-mentang final year, suka buat perangai. Lagi pula dapat tutor baru yang kecik molek macam awak, makin menjadi-jadi lah perangai dia”.

“ Luqman Hakim tu,memang terkenal ke?” Tanya Mya penuh minat.

“ Hehh, siapa tak kenal Luqman Hakim. Jon Duan fakulti kejuruteraan kimia. Satu universiti kenal dia. Ada harta, ada rupa, pandai. Perempuan mana yang tak gilakan dia? Tiap-tiap bulan bertukar perempuan. Tapi tu lah kan, Allah Maha Adil. Tiada manusia yang sempurna”. Mya hanya mendengar penuh perhatian.

“ Maksud awak?”.

“ Bab agama, dia kurang. Sangat kurang. Saya pernah tangkap dia merokok masa bulan puasa. Hurmmm….sayangkan?”. Mya Zara mengangguk perlahan.Aduhai Luqman Hakim, sungguh berbeza sikap kau dari dia.

“ Apa pun, budak-budak tu memang nakal. Tapi bila masa belajar, mereka serius. Kira-kira macam best student la juga. Cuma perangai sahaja yang tak berapa nak best”. Tambah Azwa lagi. Mya Zara tersenyum dengar komen Azwa. Tiba-tiba telefon di dalam biliknya berbunyi. Ahh, siapa pula yang telefon lewat malam ni?

“ Assalamualaikum Zara”.

“ Waalaikum salam Umi. Ada apa Ummi telefon Zara malam-malam ni. Ada hal kecemasan ke ummi?”.

“ Tidaklah cemas sangat sayang. Tapi ummi kena beritahu malam ni juga. Esok, Zara ada kelas?”.Berkerut dahi Mya Zara seketika.

“ Tak ada ummi. Cuma pagi, Zara ada meting sekejap di fakulti. Kenapa ye ummi?”.

“ Mama dengan Papa Zara nak datang sini esok petang”. Mya Zara terduduk di atas katil mendengar perkhabaran ummi.Tiba-tiba hatinya diragut kerisauan yang amat.

“ Jadi, apa Zara patut buat ummi?”. Nada suara Mya Zara lemah. Kenapa secepat ini mama dengan papa perlu datang?

“ Zara ajak Luqman balik. Kalau boleh sebelum tengahari kamu berdua sampai.Kita perlu bersedia”. Zara angguk perlahan walaupun dia sedar, ummi tak nampak perlakuannya itu.

“ Baik ummi. Nanti ummi bagi nombor telefon Luqman ye. Zara akan telefon dia, suruh dia balik”.

“ Ehhh..tak payah membazir telefon-telefon ni. Rumah sewa Luqman tak jauh dari rumah Zara. Esok pagi Zara ambil dia ye.Balik satu kereta kan senang.Nanti ummi message Zara alamat Luqman ye. Kita jumpa esok ye sayang. Ummi rindu sangat pada Zara ‘.

“ Zara pun rindu ummi. Baik. InsyaAllah , esok kami sampai”. Perbualannya dengan ummi berakhir selesai ummi memberi salam. Mya Zara mengeluh panjang. Sejak dia mula mengajar di UTM sebulan yang lalu, inilah kali pertama ummi menghubunginya.

Bagaimana cara terbaik untuknya bercakap pada Luqman?

****************************************************

Mya Zara memberhentikan kereta Satria Neo nya di hadapan rumah teres setingkat itu. Pintu rumah tertutup rapat. Masih awal agaknya. Masing-masing belum bangun tidur. Selalunya, Hari Jumaat memang jarang ada kelas di awal pagi.

Tiba-tiba pintu terkuak perlahan. Seorang pemuda berbaju melayu, berkain pelekat keluar membawa baldi.Lagaknya seperti mahu menyidai pakaian. Mya Zara menarik nafas lega. Mujurlah ada yang bangun awal.Tidaklah lama dia perlu berada di hadapan rumah bujang itu.

Mya Zara cepat-cepat keluar dari kereta.

“Assalamualaikum....”.

“ Waalaikumsalam....ehh..Cik Mya. Ada apa pagi-pagi Cik Mya datang sini?”. Fakrul masih dalam muka terkejut. Mya Zara tersenyum manis.

“ Awak, Fakrul kan?Emmm..Fakrul,Luqman Hakim duduk sini ye?”. Berkerut dahi Fakrul seketika sambil tangannya perlahan meletak baldi di atas rumput. Ada hal apa Cik Mya cari Hakim? Tak kan la dia pun jadi ‘stok’ awek Hakim kot. Nauzubulillah...mohon di jauhkan.

“ Err...ye.Betul. Hakim duduk sini”. Tak berkerdip Fakrul memandang wajak tutornya. Manisnya dia! Berjubah seluar warna unggu muda. Tudung pula dililit rapi.Matanya..matanya yang hitam dan bulat tu…cepat-cepat Fakrul beristighfar dalam hati. Cepat-cepat pandangannya di alihkan.

“ Baguslah macam tu. Makna nya saya tak silap tempat. Boleh saya jumpa Hakim?”.

Makin berkerut dahi Fakrul. Sah! CIk Mya dah kena perangkap Hakim! Bukan sekali dua, perempuan datang ke rumah mereka mencari Hakim. Tak terkira!

“ Errr…sekejap ye Cik Mya. Akim! Woitt akim! Ada orang nak jumpa!”. Jerit Fakrul dari depan pintu rumah.Sunyi. Tiada sahutan.

“ Luqman Hakim bin Dato’ Arshad. Bangunlah! Ada orang nak jumpa!”. Suara Fakrul sedikit ditinggikan. Tak sampai 5 minit, Hakim muncul dengan seluar track suit hitam, tanpa baju sambil memeluk bantal .Matanya di tenyeh-tenyeh. Rambut kusut masai, tanda baru bangun dari tidur.

“ Bisinglah kau ni Fakrul. Sidai baju senyap-senyap sudah. Ini tak, nak kena aku teman bagai”. Mya Zara tertawa kecil taktala melihat gelagat Hakim yang leka memeluk bantal karakter ‘ Dibo the Gift Dragon’. Dah besar pun, tidur dengan bantal macam tu!

“ Ni , ada orang nak jumpa”.

“ Awek mana pulak ni? Kacaula!”.

“ Saya!”. Hakim tersentak mendengar suara.Matanya dibuntangkan, besar. Hilang terus rasa mengantuknya. Cepat-cepat dia keluar dan meluru ke arah Mya tanpa sempat menyarung selipar. Lengan baju Mya ditarik kasar.

“ Kau buat apa kat sini? Mana kau tau aku duduk sini ? ‘.Tajam renungan Luqman hakim pada Mya.Mya Zara cuba melepaskan pegangan tangan Luqman Hakim. Sakit!

‘ Ummi bagitau. Ummi suruh balik. Papa dengan mama sampai petang ni. Luqman, lepaskan saya. Sakitlah ‘.

Luqman Hakim gelak besar.

“ So what?Kisah apa aku.Ehh prempuan, kau tau tak, aku benci tengok kau ada kat sini. Kenapa kau datang sini ? Kenapa kau tak suruh ummi telefon aku saja “. Makin kejap pegangan Luqman Hakim pada Mya Zara sehinggakan Mya Zara terjerit kesakitan. Sakit hatinya melihat wajah Mya di hadapan rumahnya sepagi ini. Sudah hampir sebulan, segalanya berjalan lancar. Kenapa sekarang Mya Zara nak rosakkan semuanya ?

“ Saya dah cakap, tapi ummi suruh saya datang sini.Lepaslah Luqman. Sakitlah!”.

‘ Kau ni pun satu, belajar bukan main tinggi tapi bebal jugak. Kau ikut sangat idea ummi tu kenapa. Ha ? Kenapa ?’. Makin tinggi suara Hakim. Entah kenapa kemarahannya semakin meluap-luap.

‘Luqman...sakitlah.Lepaskanlah saya ‘. Entah kenapa tiba-tiba air mata Mya Zara mengalir perlahan dek kerana sakit yang ditahannya. Namun sedikit pun tidak terkesan di hati Luqman Hakim.Hatinya benar-benar panas. Semalam, Arissa buat perangai. Ada ke patut, dia masukkan pil khayal dalam minumannya. Semalaman dia rasa macam di alam mimpi. Mujurlah,Zakri ada sama.Tiada kejadian tak elok yang berlaku. Memang dari dulu dia tahu niat Arissa yang tidak habis-habis mahu mengajaknya ke hotel. Mungkin dia playboy, tapi sampai ke hotel, memang bukan cara dia. Pagi ini, perempuan ini pula tunjuk muka.

‘ Hakim ! Lepaskan Cik Mya. Apa yang kau buat ni ha ? ‘. Luqman Hakim tersedar. Tiba-tiba dia bagaikan kembali ke alam nyata. Cepat-cepat cengkaman tangannya di lengan Mya Zara di lepaskan. Entah kenapa dia boleh lupa yang sejak tadi Fakrul masih setia memerhatikan mereka.Cepat-cepat dia berpaling membelakangkan Mya Zara dan Fakrul. Mya Zara mengurut perlahan lengannya yang masih berdenyut-denyut kesakitan.

“ Err...cik Mya. Saya rasa, baik Cik Mya balik dahulu. Tak manis rasanya kalau jiran-jiran nampak hal macam tadi kan?”.Mya Zara menangguk perlahan sambil menyapu saki baki air matanya dengan hujung jari.

“ Terima kasih Fakrul. Saya balik dulu. Assalamualaikum….”. Mya Zara berlalu. Usai menghidupkan enjin kereta dia menghalakan keretanya kea rah jalan menuju kampus.

Fakrul mendegus kasar.

“ Boleh aku tau, apa yang baru berlaku tadi? ‘. Luqman Hakim diam. Tiada jawapan.

‘ Hakim, aku bercakap dengan kau ni’. Keras suara Fakrul kali ini. Sakit betul hatinya melihat perlakuan Luqman Hakim ke atas Mya Zara. Perempuan sebaik itu kenapa perlu dikasari?

“ Kau jangan masuk campur. Ini urusan keluarga aku. Kalau kau kawan aku, please stay out of this”. Luqman Hakim berlalu meninggalkan Fakrul dalam keadaan tanda Tanya. Keluarga? Cik Mya Zara tu keluarga Luqman Hakim? Kenapa selama ini Luqman Hakim berlagak macam dia tidak kenal langsung pada tutor mereka tu? Ahhh....Hakim.

BAB 1

Aku mengeluarkan baju dari dalam beg, satu persatu. Kemas lipatannya di mata aku. Yang pasti, bukan kerja aku. Kalau aku, aku sumbatkan saja semuanya dalam beg. Mudah dan cepat.

“ Woi akim! Buat apa tu? Mengemas ke?”.

‘ Tak ada lah. Tengah masak. Nak join ? “. Aku tersengih sedikit sambil berpaling ke

arah datangnya suara. Tak sesuai langsung soalan Fakrul tu. Sah-sah dia nampak apa aku buat.

“ Huk aloh.Sejak bila kau jadi loyar buruk ni akim? Sudah lah tu, time cuti semester ni kau senyap jek. Sikit pun tak ada hello-hello aku ajak lepak. Kau buat apa ha 3 bulan ni ? Kau kawin ye?”. Senyuman aku mati. Kahwin? Satu soalan yang jarang-jarang Fakrul tanya.

“ Ah..mengarutlah kau. Muda lagi beb..baru umur 23 kot. Enjoy la!”.

“ Alah nak tipu aku pulak. Cuti ni kau kawin kan.Tuu..cincin kat tangan tu apa bendenye?Sebelum ni tak ada pun aku tengok kau pakai”. Muncung mulut fakhrul merujuk pada cincin di jari aku. Cincin di jari, aku tenung tanpa makna.

“Ohhh..cincin ni. Awek kasi”. Bersahaja aku membalas.

“ Awek mana pula ni? Kau punya konsepkan time basis tiap-tiap awek kau Cuma sebulan je. Ni yang mana pulak ni?”. Fakhrul masih belum berpuas hati.

“ Awek bulan lepasla. Syira. Tapi dah putus dah pun”. Fakrul mengeleng-geleng lalu ambil tempat di atas katil aku. Itu tandanya, makin lama lah sesi soal jawab aku dengan dia.

“ Kau ni kan Akim, bila nak taubat? Kau ingat, perempuan ni topup ke apa ? Tiap-tiap bulan beli baru, ‘. Sesi ceramah Fakrul bermula.Kalau tak dihentikan, sampai pagi pun dia boleh berceramah.

‘ Aku bukan buat apa-apa pun dengan diaorang. Kawan-kawan saja. Keluar minum,tengok wayang. Sikit pun aku tak sentuh.Diorang yang anggap lebih. Bukan salah aku. Tunggulah, aku jumpa yang sesuai buat ‘stok’ bini, aku berhentilah.Lagi pun, inikan final year kita. Enjoyla beb. Jangan stress-stress!”.

“ Petutnya Akim, kau gunakan rupa kau tu ke arah kebaikan. Cuba kau bagi motivasi ke, buat modelling ke, masyuk gak! Boleh belanja aku.Iyelah. Entah macam mana lah kriteria ‘stok’ bini kau tu. Yang ‘stok’ top up ni pun aku tengok tak ‘semenggah’.Seksi bukan main, macam tak cukup kain! “.

“ Ohhh itu mesti beb, baru menarik di mata!”. Aku gelak besar.

“ Menarik ye.Kalau muka menarik, hati ada busuk tak guna jugak. Lagi bagus kalo bertudung,insyaAllah terpelihara dari macam-macam ”.

Gelak aku terhenti tiba-tiba. Fahkrul ni kan, kadang-kadang apa dia cakap memang ‘makan dalam’.

********************************************

“ Akim…tu calon awek kau bulan ni”. Zakri tepuk bahu Hakim. Hakim, Fakrul dan Adam serentak berpaling. Bila terpandang saja orang yang dimaksudkan Zack, Hakim terus tarik muka. Yang lain, bantai menggelakkannya.

‘ Cisss kau Zack. Itu penghinaan namanya. Ada yang kena balik rumah jalan kaki ni ,” balas Hakim. Geram.

“ Jangan lah marah Jon Duan Akim. Sesekali tukar ‘taste’ apa salahnya kan?”, Adam turut sama jadi sekutu Zakri.

“ Idak le marahnye teman ni. Tapi kot ye pun, agak-agaklah. Awek gila fesyen macam tu yang kau nak suruh aku tackle kot? ‘. Hakim mendegus, tak puas hati.

‘Wehh..diam, diam. Dia lalu ‘. Zakri bagi signal suruh kami berhenti bercakap. Seperti biasa, kami memang mengikut arahan. Gila betul awek ni. Fesyen apalah agaknya yang dia ikut ni. Pompuan bertudung pun dah berfesyen tudung syria la,tudung ‘Yuna’ lah..dia masih begini ? Fesyen dari planet Pluto agaknya. Rambut ikat dua, baju merah, berseluar hijau.Kasut snickers oren. Ada lagi ke fesyen macam ni ?

‘ Eh Zack, siapa nama budak pelik tu ?’. soal Fakrul.

“ Kalau aku tak silap, Natasya namanya. Kalau aku silap, kau tanyalah dia sendiri !Hua..hua..hua ‘. Tak semena-mena Fakrul si budak baik pula yang kena. Merah padam muka dia. Bengang agaknya .

“ Fuyooo..nama bukan main.Tapi dressing fail! Amacam akim? Ada brani? Aku cabar kau, kau tukar imej minah ni. Duit minyak kereta kau, sebulan aku tanggung”. Terkebil-kebil mata Hakim dengar cabaran Zakri.Ahhh…jadi kerja pulak dia nak jadi perunding imej minah Pluto tu.

“ Sorry la Zack, tak berminat. Kau cabar aku buat benda lain la ye”. Kaki nya sudah melangkah ke bilik Tutorial 1. Tempat paling belakang yang di ambilnya. Malas nak duduk depan-depan. Asyik kena tempias En. Hamzah je. Cakap menyembur!

“ Kalau gitu, apa kata kau tackle minah tu. Yang pakai jubah moden biru laut tu . ‘ Zakri masih tak berpuas hati.

‘ Mana ? ‘. Hakim, Fakrul dan Adam terjenguk-jenguk ke luar kelas. Mak aihh..tajamnya mata Zakri. Jauh lagi minah tu, dia dah boleh nampak?

‘ Yang tu lah. Ehh..kejap. Siapa dia ni ? Student baru ke? Tak pernah nampak pun. Cun jugak wehhh”. Zakri ternganga. Awek baju biru semakin menghampiri kelas mereka. Hakim membulatkan matanya.Sesekali pipinya di cubit. Tak kan kot!

“ Ehhh..dia nak masuk kelas kita lah weh. Student baru? Tak logiknye! Tak kan final year baru masuk kot”.

“ Assalamualaikum semua….”.

“ Waalaikumsalam…..”. Semua yang ada dalam bilik itu masih ternganga dengan kehadiran awek jubah biru.

“ Saya Mya Zara. Boleh panggil saya Mya.Tutor baru anda semua, menggantikan En. Hamzah. Beliau sekarang sudah menyambung pelajarannya di US. Memandangkan ini kali pertama saya mengajar, mohon kerjasama dari kamu semua ye ”.

“Oooo…tutor.Ingatkan student baru”. Suara nakal Zakri mengundang gelak tawa satu kelas. Hakim pula masih ternganga.

“ Kau ni Akim. Kot ye pun,janganlah sampai ternganga macam tu. Tak cukup tangan aku nak tampung air liur kau nanti. Control macho la sikit beb!”. Teguran Fakrul buat Hakim tersedar.

“ Cun seyy..tutor baru kita. Macam muka heliza la!Bezanya, dia ni dressing biasa-biasa je. Tak modern sangat. Aduhaii...confirm tiap-tiap hari aku datang kelas tutorial ni!”. Bisik Adam perlahan.Hakim mencebik. Apa nye yang cun nye? Pakai jubah, tudung lilit-lilit. Tak cun langsung!Kolot!

“ Haaa...abang-abang di belakang tu.Ada apa-apa soalan ke sebelum kita mulakan kelas? Rancak berbual saya nampak?”. Jantung Hakim rasa terhenti seketika. Matanya tajam memandang tutor barunya. Mya Zara nampak sedikit tersentak tapi kemudian nampak tenang.

“ Ye, yang baju biru tu. Ada apa soalan yang nak ditanya?”. Zakri sengih.

“ Nama saya Zakri. Bukan saya yang tanya, kawan sebelah saya ni yang suruh tanya. Awak ni umur berapa?”. Kawan sebelah?? Hakim menyiku kasar tangan Zakri. Zakri sengih lagi. Gembira dapat mengenakan Hakim.

Mata Mya Zara tepat memandang ke arah studentnya yang berbaju t-shirt hitam lantas tersenyum.

“ Kenapa dia tak tanya saya sendiri?”.

“ Nama dia Luqman Hakim,dia ni pemalu sikit orangnya”. Sambung Zakri diikuti gelak tawa satu kelas. Siut kau Zack!Jaga kau habis kelas nanti. Hakim menyumpah dalam hati.

“Ooo pemalu. Umur saya 25 tahun”.

“ Oooo..muda lagi.Tua dua tahun je dari kami. Dia tanya lagi, dah kawin ke belum ye?”. Makin gamat kelas mendengar soalan kedua dari Zack. Student perempuan pula hanya mampu menggeleng kepala. Mereka dah masak sangat dengan perangai Hakim dan kawan-kawannya.

Mya Zara terdiam seketika. Matanya memandang tepat kea rah si baju hitam yang sedang memandang tajam ke arahnya.Seketika Mya Zara tersenyum lagi.

“ Kalau saya belum kahwin, kawan awak tu nak kawin dengan saya ke?”. Terduduk Zakri mendengar jawapan Mya Zara, sambil dia tersengih-sengih.Malu. Satu kelas menggelakkannya. Hakim mendegus kasar. Huhh..gatal juga dia ni rupanya. Ingatkan yang bertudung, berjubah ni tak gatal. Perempuan, semua sama!

Kelas tutorial bermula dengan tenang selesai soalan panas dari Zakri.Tapi bagi Hakim, kehadiran tutor barunya sangatlah mengganggu.Setelah 1 jam, kelas mereka berakhir.

“ Kau rasakan Akim, tutor baru kita tu dah kawin ke belum? “. Fakrul yang sejak dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara dalam perjalanan mereka ke kereta.Hakim menoleh.

“ Firasat aku mengatakan, dia belum kahwin. Aku tak nampak pun cincin kat jari dia”. Adam turut menyampuk.

“ Apesal pulak kau tanya macam tu?”. Sedikit hairan dengan soalan Fakrul. Jarang Fakhrul sibuk bertanya tentang perempuan.

“ Alah Akim, macam kau tak tau. ‘Stok’ perempuan macam tu la wanita idaman si fakrul ni”. Hakim terdiam. Matanya tak habis-habis memandang wajah Fakrul yang malu-malu alah mendengar komen Zakri.

“ Fakrul? Biar betul kau ni. Dia kan tua dari kita”.

“ Alah...tua dua tahun je kot. Lagi pun, dia nampak macam perempuan baik-baik je ‘. Hakim mencebik. Pakai tudung,berjubah memang confirm baik ke ?

‘ Dah la kawan-kawan.Bosan la cakap pasal dia. Aku lapar. Jom mencekik ! ‘. Hakim mula menghidupkan enjin kereta swiftnya. Sesekali dia menjeling ke arah Fakrul yang sejak tadi tersengih-sengih sendiri. Serius ke mamat ni dengan minah tutor berjubah tu ?

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon