Followers

Monday, November 28, 2011

Sedutan Bab 13---updated!

 mya Zara melajukan langkahnya walau berkali-kali namanya dipanggil sejak tadi. Bosan dengan sikap Iskandar. Profesianalisme nya sudah hilang. Kalau bertemu, bukannya sebab hal kerja. Tak habis-habis tentang bondanya yang kononnya terlalu ingin bertemu lagi dengan dirinya.Ahhh..kalau diikutkan hatinya, terasa malas hendak ke fakulti. Baik dia duduk dia makmal mikrobiologi saja. Tenang sikit tanpa gangguan pensyarah itu.

“ Zara, tunggulah! Awak nak kemana laju sangat jalannya ni?”. Langkah Mya Zara terhenti di antara bangunan fakulti dan makmal proses.

“Saya ada kerja. Ada apa Is?” Tanya Mya Zara, serius. Iskandar tersenyum.

“ Ooo ada kerja ke. Saya baru ingat nak ajak Zara minum petang. Ada hal nak bincang sikit”.

“ Hal apa? Kita bincang di sini saja”. Mya Zara hanya memandang sekilas kea rah wajah Iskandar. Fail di tangannya dirapatkan ke dada.

“ Emmm..hujung minggu ni, makan malam rumah saya ye. Ada perhimpunan keluarga. Bonda jemput awak datang sekali”. Berkerut dahi Mya Zara seketika. Otaknya sibuk memikirkan kaitan dirinya dengan perhimpunan keluarga Iskandar.

“ Perlu ke saya ada dalam perhimpunan keluarga awak. I’m not part of it!”. Mya Zara menghela nafas panjang. Jauh di lubuk hatinya, rasa risau mula terbit.Risau dengan gelagat Iskandar yang sedikit berlainan sejak akhir-akhir ini.

Iskandar hanya tersenyum panjang. Wajah putih mulus Mya Zara ditenungnya dengan penuh minat. Dia yakin, ini masa yang sesuai. Langkahnya perlu dipercepatkan. Bimbang, hati Mya Zara diambil oleh orang lain. Lebih-lebih lagi, Luqman Hakim. Menurut beberapa pelajar, selalu juga Luqman Hakim kelihatan bercakap-cakap panjang dengan Mya Zara. Biarpun Luqman Hakim masih muda, tak mustahil Mya Zara boleh jatuh hati padanya. Luqman Hakim kan, playboy fakulti itu!

“ Mungkin bukan sekarang, tapi tak lama lagi”. Makin berkerut dahi Mya Zara mendengar jawapan dari Iskandar. Hatinya mulai terasa tidak selesa.

“ Maksud Is?Saya tak faham”.
Iskandar menarik nafas. Dengan lafaz bismillah, dia cuba untuk menjawab persoalan Mya Zara.

“ Zara, saya sayangkan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada bakal anak-anak saya”.

“ Apa?”. Fail dalam pelukan Mya Zara jatuh tiba-tiba. Matanya membulat memandang wajah Iskandar yang kelihatan begitu yakin dengan kata-katanya. Dia cuba mencari kebenaran di balik kata-kata itu. Iskandar hanya menangguk, seakan memahami persoalan di h atiMya Zara.

“ Cik Mya, fail Cik”.

Huluran fail ke arahnya membuatkan Mya Zara tersedar. Mya Zara terasa ingin pitam bila matanya bertembung dengan mata orang yang membantunya. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, orang itu hanya berlalu sambil tersenyum. Sekilas dia memandang ke wajah Iskandar yang hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. Terasa ingin dia lari ke hujung dunia waktu itu juga, kerana esok…pastinya satu Fakulti Kejurutaan Kimia akan tahu berita terkini itu!

p/s" MAAF DI ATAS RALAT YANG BERLAKU PADA ENTRY SEBELUM INI. INI ADALAH SEDUTAN YANG SEBENAR BAGI BAB 13.ITULAH AKIBATNYA BILA UPDATE ENTRY PUKUL 2,3 PG...SAMPAI SILAP POST..HEHEHE..ENJOY! FULL ENTRY AKAN MENYUSUL TAK LAMA LAGI :-)

2 comments:

Anonymous said...

0o..dimaafkan-Say Hello

xxx ooo said...

iskandar sgt la anonying!!!

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon