Followers

Thursday, July 3, 2014

CRUD 11 - PART 1






“Hahh kamu nak buat apa tu Zack? Itu tak lain lah nak berkepit aja sebelah ibu. Pergi duduk sebelah isteri kamu tu” tegah abah. Tak jadi Zack nak labuhkan punggung di sisi kiri ibu. Langsung keras dia disitu. Wajah ketat abah kemudiannya ditenung minta penjelasan.


Isteri? Dia ada isteri lagi ke? Wajah ibu dan gadis disisi ibunya itu dipandang silih ganti sebelum pandangannya ditala pula pada wajah abah yang masih serius tampaknya. Ruangan kosong di sebelah kanan ibu pula dipandang dengan wajah penuh tanda Tanya. Kemudiannya wajah pehah pula dikerlingnya sedikit. Dia kena duduk sebelah dia ni? Isyhh abah ni biar betul. Takkan lah dia nak duduk sebelah perempuan ni ala-ala feeling atas pelamin? Mengarut ah.Dah lah dia dengan Pehah dah tak ada apa-apa hubungan yang sah lagi. Waktu ada apa-apa pun tak hingin dok sebelah, dah tak ada ni lagilah tak nak.

“Tapi bah....” Zack dah tayang muka minta diskaun sambil kelip mata berkali-kali.

“Tak ada tapi-tapi. Apa salahnya kamu duduk sebelah dia? Bukannya abah nak suruh kamu peluk dia pun! Dah jangan banyak dalih. Duduk cepat. Banyak lagi hal nak kena bincang ni. Bukan kecik-kecik anak masalah yang kamu buat” bebel abah lagi, langsung tak ada kompromi hatta satu persen.

Peluk? Membesar bulat mata sepet Zack memandang abah dengan rasa hati yang mati hidup semula pun tak percaya abah akan cakap macam tu. Come on la abah. Understood kut. Jangankan peluk, di suruh duduk sebelah pun dah cukup rasa seksa. Rasanya dia belum cukup gila nak peluk si kemetot ni. Baik peluk dinding. Dah sah-sah keras kejung gitu. Berdosa pun tidak.

Tapi dalam tak suka, Zack masih menurut. Diajaknya hati supaya bersabar sahaja. Duduk sajalah Zack. Tak rugi apa pun. Lagipun bukannya lama. Sekejap saja pun .Paling tinggi pun 20 minit ke setengah jam je kau kena duduk sebelah dia sementara dok berbincang.

Lambat-lambat punggungnya dilabuh ke atas sofa. Itu pun Cuma hujung-hujung sofa. Nanti kalau bersandar, dah tentu-tentu berlanggar bahu dengan orang sebelah.

Tapi entah kenapa, dah duduk hujung-hujung pun ada juga sesekali bahunya seakan tersentuh tubuh disisinya itu. Dan setiap kali tersentuh, laju saja matanya menjeling tajam sebelum badannya diengsotkan merapati ibu.

Entah kenapa sempit pula rasa sofa ni sampai dah terlanggar-langar bahu pulak. Selalu tu okey je wat baring-baring sambil layan movie. Ini tak lain kalau bukan sebab tubuh dia yang makin berisi, tentu-tentu budak perempuan ni sengaja nak mengendeng dan ambil kesempatan. Sekilas, wajah yang menunduk tekun mendengar butir bicara abah dikerlingnya. Memang dah tak ada ruang nak mengengsot dah. Sah! Aku dah gemuk. Telah Zack sendirian.

“Haaa...macam tu kan okey. Bukan orang lain pun.” Dari membebel, abah tukar tune kepada memuji yang mana sangat ‘rare’ sekali bunyinya. Bukan azali abah nak memuji- memuja orang ni. Nak dengar abah puji emak cun pun setahun sekali belum tentu dapat. Tak tahulah pula bila dapat menantu perempuan ni, dia tiba-tiba berubah.

“Isyhhh..abah ni kan. Janganlah dipaksa Zack ni buat yang bukan-bukan. Lagipun Diaorang berdua ni kan dah.....”.

“Haaa...apa kamu nak cakap Nura ? Dah bukan suami isteri? Dah bercerai? Memanglah dah bercerai, tapi bukannya tak boleh rujuk balik. Haaa...cuba kamu tengok tu. Kan elok tu. Macam pinang dibelah parang,” tokok abah dengan sengihan.

Errrrkkk!! Zack ketap bibir. Kakinya yang sejak tadi bergerak-gerak tanpa henti gaya orang dah bersedia nak mulakan acara balapan langsung kaku. Kening dah berkerut dengan mata tajam menjeling kea rah abah. Seram pulak bila tengok abah sengih macam tu. Sudahlah tu, pinang dibelah parang katanya? Apa abah ni dah lupa ke salasilah macam mana dia boleh terkahwin dengan orang sebelah ni? Bukan suka sama suka. Bukan loving each other....tapi typical kawin paksa yang suka ke tak memang kena kawin. Boleh pula abah buat reaksi macam budak ni menantu pilihan dia. Oh, pull...ease!

“ Memanglah setiap penceraian tu boleh dirujuk bah, tapi dalam kes Zack ni setahu Nura dah tak boleh dirujuk dah....” jelas Zainura penuh yakin.

Abah dah geleng kepala sambil tayang senyum sinis pada Zainura. Janggut sejemput, abah usap perlahan-lahan sambil mundar-mandir di hadapan mereka yang masih menanti butir bicara seterusnya.

“Hukum mana kamu ikut ni Nura? Mana ada cerai yang tak boleh dirujuk melainkan kalau dah jatuh talak tiga...”.

Zahim dah terangguk-angguk mengiyakan. Ibu pun ikut langkah yang sama. Cuma Pehah disebelahnya yang dari menunduk dah angkat muka memandang kea rah Zainura.

“Betul tu bah. Kalau dah sampai tiga bilangannya, memamng tak boleh nak buat apa dah. Tapi ada juga kes di mana talak 1 pun tak boleh dirujuk macam kes Zack ni la bila.....emmmm...bila...”.

“Bila...bila. Bila apanya?”.

“Bila....emmmm.....Zack....”. Zainura dah garu kepala. Isyhhh, nak diberitahu pun rasa serba salah. Pulak tu, bukan hal rumahtangga dia yang jadi topic bicara. Terlebih cakap nanti, dikata menyibuk hal orang pula. Kesudahnya wajah muram Zack dipandang sambil keningnnya diangkat berkali-kali minta penjelasan dibuat sendiri oleh Zack.

Zack dah buang keluhan panjang sebelum tubuhnya disandar santai ke sofa. Lambat-lambat nafasnya ditarik dalam sebelum penjelasan ala-ala berani mati itu mahu dilafazkan. Matanya kemudian dipejam, memohon kekuatan dalaman yang perlu ada dalam menerima respon abah kelak. Tapi walau apapun, dia kena beritahu hal sebenar. Tak boleh simpan-simpan lagi.

“ Abah...ibu, Zack tak pernah sentuh dia. Jadi antara kami memang tak ada istilah rujuk......”.

p/s: untuk ikuti sambungan...boleh baca di group fb NUKILAN HATI CIK AIFA. moh le :-)

 https://www.facebook.com/groups/598853883463867/

Thursday, June 19, 2014

CRUD 10





“Kamu ni memang dah gila la Zack! Waktu malam raya kedua, kamu ceraikan dia? Tak ada waktu lain ke? Tak pernah dibuat orang!” Kak Nura menghamburkan amarah sebaik saja dia melangkah masuk ke tempat duduk sebelah pemandu Nissan Teanna milik ibu itu.

Melihatkan reaksi Zainura yang selalunya jadi pom-pom girl dia selama ini, Zack hanya diam membisu. Tak ada maknanya nak menjawab. Melayan provokasi dari Zainura yang sememangnya dah jadi kerja rutinnya sebegitu bukanlah satu idea yang baik. Itu memang cita-citanya  sejak dulu, nak membela nasib orang yang dirasakannya teraniaya.

 Tapi dalam hal ini, bukan dia ke yang lebih teraniaya berbanding perempuan tu? Muda-muda belia dah kena sandang title suami. Tak cukup teraniaya ke tu? Nasib baik dah lepas habis sekolah. Ah Kak Nura ni, suka hati dia je nak tembak orang. Bukan orang lain pula tu, adik sendiri!

“Akak tahu, kamu tak sukakan dia...susah nak terima dia. Tapi apa yang kamu buat tu zalim Zack. Zalim! Kut ye pun, berbincang dulu baik-baik. Kalau tak mampu nak berbincang berdua, ajak akak dengan abang Zahim sekali. Kalau tak boleh juga, baru Tanya pada abah dengan ibu. Bukan aci senang gitu je kamu nak ceraikan dia,” luah Zainura panjang lebar. Kali ini nada suaranya menurun sedikit berbanding tadi. Terkejut besar sungguh dia dibuatnya bila berita itu disampaikan tengah malam tadi. Ingatkan si Zack ni ada sama sampai ke habis majlis, rupanya dia dah lari siap-siap! Sungguhlah adiknya yang seorang ni ‘bertuah’ bak kata arwah Tok Ayah.

“Zalim tu...bila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tapi zack...”.

“Menjawab! Menjawab!” marah Zainura, tak puas hati. Matanya yang bulat, ikut belah abah di buntang besar kea rah Zack.

“Yang akak ni hangin tak tentu pasal dah kenapa? Sekarang ni siapa adik akak? Zack ke perempuan tu?” tempelak Zack sebelum pandangannya dibuang kasar kea rah luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Dadanya berombak. Nafasnya jadi laju, seperti susah nak dikawal. Pagi-pagi buta dah kena sembur. Bukan dengan orang lain pulak tu, dengan penyokong tegarnya selain arwah Tok Ayah. Dan bila teringatkan arwah, wajah bengang Zack langsung berubah mendung secara tiba-tiba. Bibirnya diketap perlahan bila matanya mula rasa bertakung dek air mata.

“Sudahlah tu Nura. Benda dah jadi, awak bising-bising pun tak ada gunanya juga. Lagipun, Zack dah cukup besar nak buat keputusan tentang hidup dia. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk dia. Kita doakan je yang terbaik untuk Zack dan bekas isterinya. Mungkin jodoh mereka sampai di sini saja. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Tuhan.” Zahim yang selama ini lebih gemar berdiam diri bila tiap kali isu rumahtangga Zack jadi topic bualan tiba-tiba saja bersuara.

Yes! Takbir! Allahu Akbar!

Ada garis senyum di bibir Zack. Allah Maha Adil. Dia tarik Tok Ayah, Dia hantarkan abang Zahim. Zack tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan. Fikirannya kosong waktu itu. Dada pun rasa tenang dan lapang sejak keputusan malam tadi dibuat. Kalaulah dari dulu dia ambil keputusan sebegitu, tak payahlah dia nak lari jauh-jauh sampai ke New Jersey.

“Zack....”.

Zack kalih ke sisi sambil tarik senyum separuh paksa pada Zahim.

“Zack okey tak ni? Semalamkan Zack baru sampai tapi hari ni dah nak balik semula. Zack tak mahu tunggu esok lusa ke baru balik? Lagipun, alang-alang Zack dah sampai Malaysia boleh lah beraya lama sikit di sini. “

Zack geleng perlahan.

“Tak apalah bang. Lama-lama Zack dok sini pun makin bertambah masalah yang Zack timbulkan nanti. Lagipun, ambil masa jugakan nak selesaikan kes cerai Zack ni. Biarlah Zack balik sana dulu, settelkan exam yang masih berbaki. Kalau perlu balik nanti, Zack balik semula ke sini.”

“Kamu tak takut menyesal ke Zack?” sahut Zainura tiba-tiba.

“ Nak menyesal pasal apa nye kak?” soal Zack malas-malas.

“Menyesallah sebab buat keputusan terburu-buru. Kamu langsung tak bagi peluang pada diri kamu dan diri Pehah untuk kenal satu sama lain,” sambung Zainura sambil curi-curi pandang pada suaminya yang tenang memandu masuk ke ruangan parker Pejabat Agama.

“Tak ada apa yang nak disesalkan kak. Zack lagi menyesal besar sebab tak ikut Tok Ayah ke masjid 4 tahun yang lalu. Kalau Zack pergi, dah tentu Zack tak terjebak dengan semua ni kak. Tak perlu kahwin, tak perlu lari jauh-jauh dan tak perlu dalam usia muda macam ni jadi duda....”.

“jadi duda tu pilihan kamu. Tak ada siapa yang paksa. Akak tengok, Pehah tu macam betul-betul sayangkan kamu. Beria-ia dia menangis waktu  call akak semalam. Mana nak cari perempuan sesetia dia Zack? Mungkin dulu dia silap, sebab perangkap kamu cara begitu tapi semua orang pernah buat salah kan? Dan salah kamu sekarang sebab tak mahu mencuba dan beri peluang pada kamu dan dia....”.

Zack dah tepuk dahi. Dah aku pulak yang salah? Macamlah aku yang rancang kes tangkap basah dulu tu.Arghhhhhh!!! Bencilah. Kak Nura ni dah kena manderem dengan perempuan tu agaknya.

“Abang...ibu dengan abah tahu ke pasal ni?” soal Zack lambat-lambat. Zahim menggeleng. Zack tarik nafas lega. Nasib baik! Kalau sempat dia berlepas balik baru mereka tahu, bagus juga. Kurang sikit impak marahnya.

“Kalau Zack Tanya pendapat abang, Zack patutnya terus-terang dulu pada ibu dengan abah. Kita ni lelaki Zack, hal serius macam ni patut diselesaikan baik-baik lebih-lebih lagi kalau berkait rapat dengan orang lain. Kalau dah selesai, barulah tenang hati zack nak jawab exam nanti. Ketenangan tu kan, datang dari keredhaan mak dan ayah kita...”.

Keredhaan mak dan ayah? Gulp. Liur di rengkung Zack dah rasa susah nak telan. Aih abang Zahim ni pun , tiba-tiba je tukar side pulak. Biar betul. Zack berdehem perlahan. Masih tercari-cari ayat sesuai membela diri.

“ Zack tahu tu bang. Tapi...nama nak berterus-terang pasal tu... Zack tak sanggup bang. Serius, tak sanggup. Sejak Zack balik semalam jangankan bercakap, pandang muka Zack pun abah tak mahu. Abang boleh bayangkan kalau Zack buka cerita pula pasal kes malam tadi? entah-entah sampai bila-bila pun abah tak nak jumpa Zack lagi.”

Zainura angguk, mengiyakan. Kali ini dia bersetuju dengan kata-kata Zack. Dia cukup kenal dengan perangai abahnya. 2 x 5 je dengan pe el si Zack ni. Degil. Keras kepala. Sebab itulah mereka berdua tak pernah sebulu dalam banyak hal dan tiap kali bertekak atau bertegang leher, Tok Ayah lah yang jadi penyelamat Zack bila pembela utamanya, ibu tak mampu nak buat apa-apa.

“Hmmm...macam inilah. Kita masuk dulu ke dalam, berbicang dan uruskan mana yang  perlu diselesaikan dulu. Lepast tu, kami hantar Zack ke airport. Pasal abah, biar akak jelaskan pada dia...”.
Zack tarik senyum pada Zainura. Dia tahu, kak Nura memang sayangkannya dan seboleh mungkin akan cuba membantu. Dan dengan langkah longlai, Zack menapak malas-malas memasuki ruangan pejabat agama daerah itu ditemani oleh Zainura.

******

“Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

“Sampainya hati dia!” lirih Pehah perlahan . Tisu yang terjulur keluar dari kotaknya ditarik kasar sebelum dilap ke pipinya yang tak kering dibasahi air mata sejak malam tadi setiap kali kata-kata itu terngiang di telinganya. Dah macam mimpi ngeri yang mengejarnya sampaikan nak tidur pun dia tak boleh. Kuat sungguh penangan kalimah keramat itu.

Cerai. Dia dah ceraikan kau Pehah. Setelah empat tahun kau setia menunggu. Sampainya hati dia! Sungguh sampai hati!

“Pehah...”.

Peha kaku seketika. Kening dah berkerut memikir cara nak cover line dari abang long. Nak jawab apa kalau ditanya nanti? Dah tentu-tentu longgokan tisu yang bersepah di atas lantai dan di atas katil tak sempat disorok di mana-mana.

“Laaa..banyaknya tisu atas lantai ni. Hang menangis ka Pehah?” soal abang long yang dah duduk sama ditepi katil menghadap kea rah tingkap bilik itu sambil hujung jari kaki dok kuis tisu jauh-jauh. Laju Pehah menggeleng.

“Eh, mana ada lah abang long ni. Pehah...errr..pehah selsema. Haaa..selsema.” dalihnya. Sehelai tisu lagi ditarik keluar sebelum di tenyeh ke hidungnya. Cover selagi boleh.

“Selsema?” tangan abang long dah melekap didahinya.

“Pehah selsema je . Bukannya demam,” balasnya seraya tersenyum.

“Ke...hang sakit mata?”kali ni tangan kasar abang long dah melekap pada  matanya yang memerah dan sedikit bengkak.

“Ha?” Pehah dah melopong. Abang long tahu ke dia menangis eh?

“Isyhh...apa abang long ni dok cucuk mata orang. Sakitlah!” marah Pehah sambil tepis tangan abang long. Mengekek abang long tertawa sebelum bangkit berdiri dan buka tingkap yang masih tertutup walau jam dah tunjuk jam hamper 11 pagi.

“Hmmm..hang dah mandi ka belum ni dik?”

Pehah geleng. Tak ada mood nak mandi ke...pakai baju raya ke. Malas! Raya pun dah tak ada maknanya kalau tak boleh beraya dengan suami sendiri. Suami?Hurmmmm....kau dah tak ada suami la Pehah!Dan menyedari hakikat itu,  langsung wajahnya berubah muram bila teringatkan malam tadi.

“Laaa...orang Tanya pasal mandi pun nak cebik? Hisyhh hang ni, macam-macamlah Pehah. Dah pergi bersiap. Ada orang mai tu...”.

Pehah tarik muncung. Orang datang beraya, dia pula yang nak kena mandi. Apehal? Bantal yang sejak tadi dalam pelukannya diletak ke tepi sebelum dia berbaring semula di atas katil, bermalas-malasan. 

“Eh budak ni kan...orang kata ada orang mai lagi dia dok baring pulak.”

“Pehah tak ada moodlah bang....” balas Pehah selamba. Mata dah dipejam rapat. Semalaman tak boleh tidur, kepala pun dah jadi ‘weng’.

“Pergilah mandi dan bersiap dulu. Lepas ni mesti hang ada mood. Abang berani jamin punyalah.” Pujuk abang long bersungguh. Pehah cebir bibir. Wajah abang long yang melebar senyumnya di pandang dengan penuh tanda Tanya.

“Tuuu...ada tetamu tunggu hang kat bawah...”

Tetamu?Siapa? Tak kan Zack kut!

“Siapa bang?” 

“Pergilah mandi dulu kut ye pun...”.

“Iyelah....Pehah tau lah. Sat lagi Pehah pi la mandi. Abang habaq la dulu, siapa yang mai?”

“Lelaki...dengan perempuan,” balas Abang Long lambat-lambat dengan sengihan.

Lelaki dengan perempuan? Zack...dengan kak Nura ke? Teka Pehah sendirian. Isyhhh...tak kan kut. Sangkaannya cuba dihalau jauh-jauh. Mau terbalik dunia ni kalau Zack yang datang.

“Tu...dok menung lagi. Pi siap cepat! Hang tak mau beraya rumah mentua hang ka? Orang dah mai datang ambik sini pun dah cukup baik tau” Abang long dah mula nak membebel.

Mentua? Pehah bingkas bangun sambil tayang wajah tak percaya.

“Zack mai ke bang? Betui ni?” 

“Zack? Siapa Zack?”.

“ Sss....” Tak jadi nak menyebut. Masih suami ke dia? Bukan ke malam tadi...... Pehah dah garu kepala sendiri.

“Oooo...nama laki hang tu Zack ka? Mana lah abang tau. Bukannya pernah jumpa pun. Dah...pi siap cepat! Tak baik buat orang tunggu.”

“Iyalah...iyalah,” balas Pehah perlahan sambil atur langkah ke bilik air dengan hati yang berbunga-bunga. Macam tak percaya je Zack datang semula hari ni!

******



“Abah kecewa dengan kamu Nura...” tutur abah perlahan. Mata abah tajam memandang tepat ke wajah Zainura yang tayang wajah kental tak berperasaan. Zahim disebelahnya hanya mampu mengeluh perlahan. Ibu pula hanya mendiamkan diri tapi tangan masih melekap elok dibahu menantu perempuannya yang tak berhenti menitiskan air mata sejak tiba tadi.

“Sepatutnya sebagai kakak, kamu halang dia dari buat benda bodoh macam ni. Pujuk dia, nasihat dia supaya berbincang dulu . Ini tidak. Kamu menyokong pula. Diam-diam kamu hantar dia balik sana, tinggalkan masalah lagi pada kita kat sini. Kalau kamu ditempat Pehah, apa perasaan kamu kalau Zahim buat hal yang sama? Ha?” marah abah berapi-rapi sambil mundar-mandir. 

Zainura tarik nafas panjang. Sesekali wajah Zahim disisinya dikerling buat ubat kuatkan semangat yang seakan goyah kali ini dalam nak mempertahankan adik bertuahnya tu. Memanglah kali ni Zack betul-betul buat hal.

“Nura tak menyokong. Membantah pun tidak sebab sebab Nura rasa  Zack dah cukup besar nak tentukan hidup dia sendiri abah. Dia bukan budak kecil lagi abah. Dia dah besar. Dah 22 tahun! Tak kan lah Nura nak paksa dia sukakan Pehah? Hal hati ni, bukan boleh dipaksa-paksa..”

“Suka, sayang semua tu boleh dipupuk Nura. Ibu dengan abah pun tak kenal antara satu sama lain waktu kami menikah dulu. Tapi Alhamdulillah, dengan masa berlalu kami boleh terima antara satu sama lain. Tapi kamu, apa yang kamu dah buat? Bukan nak bagi peluang mereka kenal sama sendiri, kamu siap bawa Zack lari jauh-jauh lagi kononnya untuk sambung belajar. Tapi hasilnya? Makin menjadi=jadi perangai tak bertanggungjawab dia tu. Pnadai buat masalah, lepas tu lari.”

Lari sebab nak sambung belajar pun salah eh? Bukannya lari sebab nak kahwin. Getus Nura dalam hati. 

“Okeylah. Kita semua tahu Zack ni akal panjang sikit...nakal sikit. Tapi abah pun tahu kan, Zack tak pernah timbulkan masalah sebelum ni. Dia nakal gitu-gitu je. Cuma pasal kawin tu...” kata-kata Zainura terhenti di situ sambil dia menjeling sekilas kea rah Pehah yang menunduk sejak perbalahan antara dia dengan abah bermula.

“Cepat atau lambat dia akan kahwin juga....”.

“Iya. Cakap abah tu betul. Tak ada yang salahnya. Masalahnya kat sini, dia kahwin dengan orang yang dia...” kata-kata Zainura terhenti lagi. Tergigit lidah nak meneruskan bicara bila orangnya ada sama disitu. Ahh...susahlah macam ni. Nak backing adik sendiri tapi....

“ Sudahlah Nura. Kamu tak habis-habis nak cakap pasal suka...pasal sayang. Dalam hal ni kamu pun bersalah sebab ikutkan saja bila dia ambil keputusan nak ceraikan isteri dia.”

Aku juga yang salah lagi? Zainura dah tekup kepala sendiri. Pening pula rasanya bercakap dengan abah ni. Suka cakap konar-konar. Last-last point yang sama juga. Salah dia!

“Tapi abah, Nura tak ada waktu semua tu berlaku. Hal tu hanya antara Zack dengan Pehah. Kalau Nura ada....”.

“Ahh, macamlah abah tak kenal dengan kamu . Suka sangat backing Zack tu. Sebab itulah dia jadi macam tu. Dimanjakan sangat! Ada masalah sikit, lari. Ada masalah sikit, lari macam pengecut. Dulu lepas kawin, lari. Dah elok balik sini, dia buat hal lagi. Lepas diceraikan Pehah,  lari semula. Dia ingat hal nikah kahwin ni main-main agaknya???”.

“Siapa kata Zack lari?”

Dan suara dari muka pintu itu benar-benar buat yang ada semuanya ternganga.


----> BERSAMBUNG ;-)

Wednesday, June 11, 2014

CRUD 9


“Yang kamu suka sangat makan benda huruf M ni dah kenapa?Apa yang sedapnya?” soal Tok Ayah sambil dok belek bekas kertas berisi kentang goring itu berkali-kali.
“Tok Ayah nak tahu kenapa ? Sebab dia huruf M. Bunyinya pula macam ni...Emmmm....sedapnya. Cer Tok Ayah tukarkan huruf M kepada N. Ennnn...tak sedap bunyinya kan? Haaaa...sebab itulah” balas Zack sambil tertawa besar. Berubah wajah tua Tok Ayah seketika.
“kamu mengenakan aku ye Zack. Mentang-mentang lah aku jarang makan benda M ni,”nada suara Tok Ayah dah ada gaya merajuk. Langsung bekas kentang goring yang disua ditolak dengan gelengan.
“Mc Donald la Tok Ayah..Mc Donald. Benda M...benda M...” ejek Zack sambil sambung ketawa.
“ Mek nonoi?”.
“Mek apa pula ni Tok Ayah? Mc Donald. Mc Donald...sebut betul-betul...” Zack ketawa lagi.

“Ha ah gelaklah. Nanti, bila aku dah tak ada, benda M nil ah yang akan buat kamu teringat kat aku. Percayalah....”.

“Tok Ayah!” panggil Zack perlahan. Air matanya mengalir lagi untuk kesekian kalinya sambil mulut mengunyah perlahan kentang goring yang baru saja tiba di depan pintu bilik hotelnya tadi. Dahinya diurut perlahan. Tangan kemudian menyelak rambut yang menutupi muka. Kusut! Rasa kusut sangat-sangat. Perancangan hidupnya rasa sedikit goyah dengan ketiadaan Tok Ayah secara tiba-tiba. Selama ni Zack belajar rajin-rajin sebab nak dapat kerja bagus-bagus . Nanti senang Zack nak bawa Tok Ayah pergi umrah, tapi....
Kepalanya dipaling pantas kea rah pintu bila loceng diluar pintu biliknya berbunyi. Ah, Siapa pula yang datang ni ? Housekeeping? pelik amat lah pula housekeeping datang malam-malam macam ni. Ah, Abaikan sajalah Zack ! Silap bilik kut.

Zack sambung menyuap tapi bunyi dihadapan pintu biliknya masih tak berhenti dari tadi. Sunggulah tak faham bahasa. Kalau tak dibuka pintunya, dah tentulah orangnya tak ada ke, dah tido ke. Takkan itu pun tak boleh fikir kut! Bebel Zack sendirian.

 Tapi dek kerana loceng ditekan berterusan tanpa henti, Zack terpaksa mengalah.  Lambat-lambat Zack melangkah sebelum tombol pintu ditarik.

“Assalamualaikum....”.

Tak jadi salam yang diberi nak dijawab sebaliknya mata Zack langsung membuntang.  Laa haih...dia lagi? Tak ada muka lain ke? Tangan dah bersedia nak tutup pintu tapi belum sempat dia buat apa-apa tindakan, si gadis dah menyusup masuk ke dalam sambil tayang wajah tak bersalah.

“Eh...keluarlah. Ini bilik orang bujang. Kau tak malu ke....”.

“Awak bukan bujang lagi Zack....”.

“Whatever but please.... leave...now!”.

“Saya tak nak balik,” balas Pehah bersahaja sambil labuhkan punggung di hujung katil. Tangannya beberapa kali tepuk tilam empuk itu sambil terangguk-angguk.

“ Best tilam ni. Empuk. Mesti best tidur kan? Eh, tutuplah pintu tu. Kan saya dah cakap, saya tak nak balik. Bermakna, saya tak akan tinggalkan bilik ini...tanpa awak,”sambungnya lagi dengan senyum selebar mungkin. Tangan ditarik, lalu berpeluk tubuh. Mata ligat memerhati gelagat Zack yang nampak terkejut dengan kehadirannya.

Zack mendengus kasar sambil mata hitamnya tajam memandang kea rah Pehah yang dah siap-siap bertukar uniform dari berbaju kurung sopan siang tadi ke t-shirt lengan panjang ketat yang menampakkan susuk tubuhnya yang tak berapa nak ada isi tu dengan berseluar jeans lusuh. Tudung? Entah. Dah terbang agaknya dalam perjalanan dia ke sini tadi.

“ Apa tujuan kau datang ke sini?”soal Zack serius .

Makin lebar senyuman Pehah lemparkan pada Zack. Beg kertas yang di bawa sama diangkat tinggi-tinggi sambil tangan sebelah yang lagi dikibai-kibai mengajak sama. Berkerut dahi Zack seketika. Buang tebiat kea pa minah ni? Tiba-tiba pula berlagak macam mesra sangat.

“Kau ingat, kau cantik sangatlah buat macam tu? Dahlah, pergi balik. Dah lewat malam ni,” pinta Zack, sebaik mungkin. Tangan dah siap sedia menunjuk arah keluar bilik itu gaya pelayan. Jenuh dah bercakap kasar-kasar, sikit pun tak terkesan dek perempuan ni. Cuba pula cara baik. Mana tahu kut boleh lembut hati dia?

“ Kan saya dah cakap tadi, saya tak nak balik. Ini...saya datang bawa makanan untuk awak.”
Zack senyum mengejek.

“Makanan? Apa kau ingat ini asrama kea pa , ada waktu melawat bagai sambil bawa makanan. Ini hotel...tahu tak...hotel.”

“Tau lah.”

“So?”.

Senyuman masih kekal dibibir Pehah bila melihat tindakbalas Zack yang dah mula boleh berlembut dengannya berbanding empat tahun yang lalu. Kalau dulu, jangankan bercakap baik pandang pun acuh tak acuh saja. Mungkin ada betulnya kata arwah Tok Ayah dulu, Zack ni keras-keras kerak nasi je.Kalau dok siram dengan air, lembut juga akhirnya. Pehah jeling sekilas kea rah meja solek dihadapannya. Perlahan-lahan Pehah bangkit lalu beg kertas diletakkan perlahan di atasnya berhampiran dengan bungkusan Big Mac yang masih belum terusik lagi.

“ Duduk sana makan benda alah ni, balik sini pun makan ini jugak . Tak jemu ke?”.

Zack kerling sekilas sebelum bibir dicebir. Dah bila masa pulak aku dok ‘mentakedarah’  benda M ni dekat sana? Tak halal kut!

“Hari ni kan, raya pertama. Patutnya makanlah rendang ke...nasi impit ke kan? Ini tidak, burger dengan fries jugak yang awak makan. Ni..saya bawakan untuk awak. Saya tahu, awak tak sempat lagi jamah apa-apa sejak awak sampai sini. Emmm...makanan ni jangan makanlahye. Bukannya elok untuk kesihatan pun,” bebel Pehah lagi. Laju je tangannya masukkan bekas kentang goring yang dah separuh kosong diiringi Big Mac yang tak berusik lagi ke dalam beg plastiknya semula sebelum dibaling ke dalam tong sampah. Terbeliak besar mata Zack melihatkan aksi selamba batak tetamu tak diundangnya itu.

“Amboi...suka hati kau je nak baling dalam tong sampah ye. Kau ingat aku beli semua ni tadi pakai daun? Aku belum habis makan lagi lah, sengal !” bentak Zack. Hilang terus rentak nak berlembut. Beg plastic dalam tong sampah cepat saja ditarik keluar, kasar sebelum ditiup berkali-kali. Mujurlah tong sampah masih kosong tak berisi.

“Degil la awak ni. Mana ada orang makan McD waktu raya!”

“Perut ni..perut aku. Suka hati aku lah nak makan apa. Bukannya susahkan kau pun.”

“Tapi awak suami saya! Makan...pakai awak..tanggungjawab saya.”

Hek eleh dia ni!

Akhirnya Zack terdiam. Lama. Tak ada butir bicara yang terluah, hanya renungan tajam mata sepetnya saja yang merenung wajah bersahaja dihadapannya itu. Bibirnya bergetar perlahan, menahan rasa nak memuntahkan amarah dek gelagat tak reti bahasa tahap dewa ‘isterinya’ yang terchenta itu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum keluhan panjang dilepaskan. Perlahan-lahan, pintu yang separuh terbuka itu ditutup dan dikunci. Langkah diatur lambat-lambat menuju kea rah meja solek dengan mata tak lepas memandang.
“Errr...awak..awak nak buat apa ni Zack?” soal Pehah takut-takut bila terasa yang pandangan Zack nampak berbeza dari tadi. Lagaknya juga seakan mencurigakan. Bukan macam Zack yang dia kenal.

“Nak buat apa ye?Lagi nak tanya ke? ” soal Zack dengan sengihan nakal. Tubuh kecil Pehah kemudiannya ditarik kasar dan ditolak ke dinding berhampiran meja solek. Tangannya kemudian dilekap ke dinding, menghalang gadis itu dari bergerak ke mana-mana.
“ Selain makan...pakai...apa lagi tanggungjawab kau pada aku? Ha?” soalnya, serius. Terkerdip-kerdip mata Pehah memandang kea rah  Zack sebelum akhirnya pandangannya dibuang ke lantai.
Dadanya berombak kencang. Rasa takut diapa-apakan mula menerpa. Aku silap cakap ke tadi? Tak ada kan? Bisik Pehah sendirian dalam hati.

“Errrr...awak..tak kan awak..nak..err..tak kan awak...” tergugup-gugup Pehah menyoal. Pipinya yang licin itu langsung memerah bila mata kecil Zack tak putus merenungnya tambahan pula dengan jarak antara mereka yang sedekat itu.

Zack dah tarik senyum sampai ketelinga.

“Aku apa?”.

“Tak kanlah...awak...dengan saya...errr...nak.” Pehah dan pejam mata rapat-rapat. Tak mahu membayangkan tindakan Zack yang seterusnya. Habislah kau Pehah! Habislah kau.

“Tak kan aku...bodoh sangat ye tak nak minta bukan-bukan dari kau?Hisyhhh..tolonglah. Aku belum cukup gila nak merosakkan anak dara orang lagi pula yang bukan taste aku..macam kau ni,” balas Zack sambil tertawa besar. Cepat-cepat Pehah buka mata. Bibirnya diketap geram. Dia mainkan aku rupanya!

“Apa maksud awak, saya bukan taste awak?” soalnya, bengang.

“ Laaa...kau ingat aku suka kat kau ke? Come on. Wake up girl! Dah empat tahun aku tinggalkan kau. Bukan setakat rupa, hatta nama kau sekalipun aku tak pernah ingat. Itu tak cukup jelas lagi ke yang kau...bukan taste aku. Jadi apa lagi yang kau harapkan dari aku? Tolonglah...tolong jangan jadi bodoh. Just move on. Bumi Allah ni maha luas. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang boleh senangkan ati kau. Tapi bukan aku orangnya,” sambung Zack diiringi tawa mengejek. Bekas berisi kentang goring dicapai dari dalam plastic sambil sambung menyuap usai punggungnya dilabuh dihujung katil.

“Bodoh ke saya...untuk bagi peluang dan ruang pada suami saya untuk kejar cita-citanya? Dan bodoh ke saya untuk setia pada suami yang sah menikahi saya?”.

Zack berhenti mengunyah. Wajah diangkat, memandang kea rah wajah Pehah yang Nampak muram sebelum sengihnya ditayang diiringi tawa kecil.

“Kenapa awak tertawa? Apa yang kelakarnya?” soal Pehah, tak puas hati.

“Kaulah! Setia konon. Pigidah. Setia pada yang tak sudi tu, bodoh namanya. Macam kes kau ni la.”
Dia kata aku bodoh?Sampainya hati dia!Lirih Pehah dalam hati. Wajah Zack yang seakan rasa tak bersalah langsung membodohkannya tadi dib alas pandang dengan mata berkaca.

“Zack...awak...”.

“Apanya lagi?” soal Zack acuh tak acuh.

“Selama ni...selama empat tahun kita kahwin ni...tak pernah ke terdetik walau sesaat pun di hati awak...untuk terima saya...sukakan saya?” soal Pehah lambat-lambat.

Zack sengih lagi. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Tak paham lagi rupanya perempuan ni. Puas kena kutuk, kena marah tapi masih nak mengharap. Dia tak terasa ke? Hati batu bata kea pa?

“Kau ingat aku ni senget ke nak suka kan kau? Understood kut. Kita kahwin sebab bukan suka ke..cinta ke...tapi sebab kena perangkap. Kau..perangkap aku. Kau lupa? Ke...kau dah hilang ingatan?”.

“Tapi....”.

“Tapia pa lagi? Aku dah pesan dari dulu kan. Jangan harapkan apa-apa dari aku sebab aku...”.

“Tapi awak suami saya Zack. Tempat saya bergantung dan berharap,” balas Pehah dengan air mata yang bergenang. Entah kenapa hati yang cuba dikeraskan seboleh mungkin sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu seakan mencair dan lemah sedikit demi sedikit dengan sikap Zack yang secara terangan membencinya. Bukan setakat kata-kata, lengguk gaya dan muka memang jelas tunjuk tak suka.

“Well...secara teorinya, betul. Itu tugas suami pada isteri. Sayangnya...aku tak pernah anggap kau sebagai isteri. Dan selalunya, aku lupa yang aku ada isteri. So, macam mana tu eh?” balas Zack selamba. Matanya tepat merenung kea rah anak mata Pehah yang masih mengalirkan air mata sambil bibir kecilnya diketap rapat.

“Jadi sebab itu awak pasang satu lagi? Siap bawa balik Malaysia nak tayang pada saya kan? Awak tak malu ke Zack?Awak bawa dia balik waktu keadaan genting macam ni?Kalaulah Tok Ayah ada...”.

“Eh, kau jangan berani-berani nak panggil nama Tok Ayah dengan mulut jahat kau tu ye. Sebab mulut kau tu la, yang memfitnah aku sampai aku terjebak kena kahwin dengan kau. Dan sebab mulut kau tu jugak, aku terpisah dengan Tok Ayah sebelum ni sampaikan aku tak sempat nak minta maaf pada Tok Ayah sebelum dia meninggal dunia. Ini semua sebab kau. Sebab kau! Sebab itu juga, aku bencikan kau. Benci sangat-sangat sampai aku berdoa supaya tak kan dengar nama kau atau jumpa kau lagi,kau tahu? Dan FYI, aku tak perlu nak upah sesiapa nak jadi patung untuk buat kau rasa cemburu sebab rasa cemburu kau tu tak bermakna untuk aku ” bidas Zack yang dah berdiri tegak dengan Jari telunjuk pula terarah tepat ke wajah Pehah yang melopong setelah mendengarkan luahan hati Zack yang tersimpan kemas selama ini.

Pehah diam. Lama. Nafas di hela panjang sambil hujung lengan bajunya dijadikan kain lap untuk air matanya yang tak henti mengalir sejak tadi. Dia kata dia benci aku? Dia tak mahu jumpa aku? Tak! Tak!Jangan dengar Pehah. Jangan ambil hati. Kau kena kuat Pehah! Kena kuat! Jangan cepat lemah.
Langsung bibirnya ditarik sekuat mungkin untuk mengukir senyuman biarpun hati masih rasa tersentap dengan kata-kata Zack tadi. Kau boleh Pehah. Dia suami kau. Bukan orang lain.

“Awak tak makan lagi kan? Awak makan dulu ye, lepas tu kita sambung berbincang...”.

“Jangan...sentuh...aku!” tempelak Zack bila lengannya dipaut.

“Okey...okey..saya tak sentuh awak dah. Tapi Zack, janganlah macam ni. Awak tak sayangkan saya taka pa. Tapi saya sayangkan awak. Jadi sekarang, awak kena makan sebab kalau awak sakit, saya juga yang susah hati nanti....”.

“Arghhhhhhh!!!! Siut la!!!” Sekuat yang mungkin Zack menjerit melepaskan rasa dalam hati. Gila tak fahamnya dia dengan perempuan ni. Macam langau! Lagi kita halau, makin dia datang mendekat. Lemas gila kut!

“Zack...errrr...awak okey tak ni?”.

“Tak. Tak okey. Sangat tak okey. Ginilah....emmm...siapa nama kau?”.

Pehah menganga besar. Nama aku pun dia tak ingat? Kesiannya aku!

“Pehah...”.

“Haaa...pehah. Aku rasakan, sebelum aku naik syeh baik kau balik. Dengan jet lag nya, tambah pula dengan drama swasta kau buat siang tadi...aku memang tak ada mood nak berbincang kea pa sekarang. Jadi, baik kau balik. Balik ye. Sila balik. Jom, aku temankan kau...” Zack dah melangkah kea rah muka pintu tapi baru beberapa tapak melangkah, pinggangnya dipeluk erat dari belakang.

“Saya sayangkan awak zack...saya tak nak balik!”

“Ya Allah...kau ni kan”. Sedaya upaya Zack meleraikan pelukan di pinggangnya sebelum sekali lagi tubuh kecil itu ditolak menjauhinya. Zack mundar mandir di hadapan pintu sambil rambut yang elok tersisir tadi dikusai berkali-kali. Apa aku nak buat ni Ya Allah? Apa lagi cara yang ada nak bagi dia ni faham? Tolonglah aku Ya Allah.

“Zack....”.

Zack dah hilang kosa kata hendak melarang. Hanya tapak tangannya saja ditunjuk pada gadis itu sebagai tanda tak mahu diganggu sambil pandangannya dibuang kea rah lain.

“Aku....aku dah tak tahu nak cakap macam mana, nak buat apa dah dengan kau ni. Kau ni memang spesies tegar tak mendengar kata. Mana hilang malu kau sebagai perempuan ha? Kau tak malu ke kejar lelaki yang bencikan kau?”

“ Kenapa nak malu? Awak kan suami saya...”.

Alasan yang sama lagi! Balik-balik awak suami saya. Awak suami saya. Dah macam astro dah gayanya. Ulanglah sampai muntah.

“Okey...sekarang ni, aku nak kau cuba fahamkan aku. Betulkan aku kalau aku salah, boleh?”.
Pehah angguk laju.

“Kau sayangkan aku sebab aku ni suami kau kan? Sebab itu juga kau sanggup tunggu aku selama ni. Betul?”

Pehah angguk laju sekali lagi. Ada garis senyuman dibibirnya.

“So..from now on. I’ll stop being your husband.”

“Hah?”

“Kenapa? Kau tak faham apa yang aku cakap tadi? Okey. Kata mudahnya...”.

“Apa yang mudahnya?” soal Pehah lambat-lambat.

“Kata mudahnya....aku...ceraikan kau...dengan talak satu...”.


p/s: pesanan biasa penaja..maaf atas error typing grammar ke..segala apa sbb ni sya copy pasta raw. and..sambungan entry ni mungkin lambat skit sbb sedikit bz lepas ni nak menghupdate blog. layankan je ye. kalau sudi...komen la ye kengkawan....peace! :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon