Anas
baru saja keluar dari tandas sebelum matanya tertancap pada troli berisi bagnya
yang terbiar tidak berjaga. Matanya langsung terarah ke sekeliling kawasan itu.
Tak ada tanda bayang mereka berdua. Ke mana agaknya?
Langkah
diatur perlahan menghampiri tempat duduknya sebelum ke tandas tadi sebelum
matanya terhenti berkerdip buat seketika. Wayar je? Dah tercabut pula tu. Mana
pergi telefon dia? Alahai. Mesti dah kena songlap ni!
Troli
langsung ditolak perlahan ke arah bilik yang dimaklumkan sebentar tadi. Ramai
pula yang menunggu diluar. Malas pula rasanya nak join the crowd. Dahlah
telefon pun entah ke mana perginya. Agak-agak kalau troli tinggal dekat depan
bilik ni, kena kebas juga tak?
Dalam
teragak-agak separuh yakin, troli Anas tinggalkan juga disitu sebelum menuju ke
arah kedai kopi berhampiran. Untuk hari ni dia belum dapat lagi jumlah kafein
yang diperlukan. Wajib teguk secawan kalau tak mahu lemau seharian. Itu vitamin
dia selama ini.
“
Eh bos! Bos ada sini? Jap ye! Ada hal!” tegur seseoraang waktu dia mahu membayar
jumlah harga kopi mocha caramel ditangannya.
“
Eh kau orang nak pergi mana tu?” balasnya sambil mata memerhati langkah mereka
berdua menuruni escalator ke tingkat bawah.
“
Bos tunggu je situ. Jangan pergi mana-mana.”
“
Masalahnya….” Kata-kata Anas terhenti bila kelibat keduanya hilang ketingkat
bawah. Tanpa sedar dia turut sama melangkah ke bawah dengan langkah diatur
lebih laju dari tadi.
“Budak-budak
ni main kejar-kejar ke apa? Suka hati je tinggalkan troli kat atas tadi,” bebel
Anas sambil melajukan lagi langkah.Rasa teruja pula nak tahu apa urusan yang
penting sangat sampai tak cukup kaki mereka berdua melangkah.
Erik
keluar dari ruangan surau sambil tarik nafas lega. Dah setel solat, baru senang
dan lapang rasa hati. Mama nak kemana pun lepas ni, tak adalah rasa berat je
hati. Mama tu bukan boleh. Ikut suka hati dia je. Kot tetiba rasa nak mengajak
ke Dubai,zassss. Flight terdekat dia
tempah. Mana tak urut dada papa dibuatnya. Dubai tu mama buat macam IOI Mall
yang 40 minit dari rumah mereka. Rasa nak pergi, pergi. Urghhh! Erik dah picit
dahi sendiri bila memikirkan peel mamanya yang susah nak dibendung lagi. Makin
berusia, makin panjang langkahnya sesuka hati dia dan semua orang hanya perlu
kata, ya.
Poket
jaketnya diseluk sebelum ray ban disarungkan. Sekilas jam ditangan dikerling.
Dah dekat pukul 6 petang. Agak-agak press conference mama dengan papa dah setel
ke belum ye? Dekat sejam dah ni tak kan tak habis lagi. Kan? Seingatnya tadi
Eril kata flight mereka pukul 8. Ke mana? Itu Eril sendiri tak berapa pasti
katanya.
“
Aduhh!” rungut Erik sambil menggosok
perlahan bahu dan punggungnya yang rasa berbisa. Pedihnya dah gaya macam kena
gelek steam roll!
“
Awak ni buta ke? Main jalan je! Tak nampak ke orang tengah lari?”
Mata
Erik membulat sambil dia dibantu berdiri dek Udin dan Apai yang entah bila ada
sama. Aku buta? Siapa yang rempuh siapa tadi tu?
“
Cik, cik yang rempuh bos saya. Apehal pula bos saya yang kena tuduh buta?”
tukas Apai, tak puas hati.
“ Orang buta je lah yang pakai cermin mata
hitam dalam bangunan!”
“
What?” laju saja Ray Ban nya
ditanggalkan sebelum matanya membulat merenung ke wajah bujur sireh itu yang
sesekali kelihatan meliar matanya.
“
Sekarang ni, Cik yang salah sebab langgar bos kami. Maaf tak ada, boleh pula
tuduh bos kami buta. Ini KLIA cik, bukan stadium bukit jalil. Rasanya cik salah
tempat nak training Sukan Sea ni.”
“
Apa awak cakap? Sukan Sea? Hisyhh…bos? Ni bos korang? Tuan punya telefon tu? “ soal gadis itu sambil memandang ke arah
lelaki yang dirempuhnya tadi dari atas, ke bawah berkali-kali. Setakat t-shirt
lengan panjang. Scarf lilit kat leher konon macam dok kat Negara salji, seluar
senteng ni dipanggil bos? Haih!
“
Ini….”. Kata-kata gadis itu terhenti sebelum dia berpaling ke rah satu sudut.
“
Eh kejap! Apai, bukan kita tengah kejar dia ke? Ni apa kes bersoal jawab macam
sesi temuramah pulak ni?”
“
Lariiii!!!” jerit gadis itu tiba-tiba sebelum kelibatnya hilang serta-merta.
“
Pompuan gila! Dekat KLIA dia boleh ajak kita main kejar-kejar? Jom kita kejar
dia balik weii. Dia bawa lari lagi telefon tu!” sahut Udin sambil membetulkan
ikatan scarf dileher Erik yang sedikit
teralih.
“
Kejaplah. Kita kena tahu dulu keadaan bos. Kalau injured, kau sanggup menjawab
dengan Puan Lorena nanti? Bos, bos okey tak? Ada luka mana-mana?”
“
Nope. I’m okey! Sebenarnya apa yang dah
jadi ni?”.
“
Nanti kita story bos. Bos balik bilik tadi dulu ye. Kami ada urusan penting nak
diuruskan. Setel nanti kami jumpa bos dekat sana. Moh kejarr!!!” jerit Udin
penuh semangat.
Walaupun
tak faham apa yang tengah berlaku, bibir Erik tetap terukir senyum bila nampak
kesungguhan Udin yang beria berlari menaiki escalator ke atas.Macam-macam hal!
Dan
baru saja langkah mahu diatur ke arah bertentangan, kelibat seseorang yang
sedang melangkah dengan kopi ditangan serta kaca mata hitam langsung mematikan
langkahnya seketika. Senyum terukir lagi tapi hanya sedikit. Dihujung-hujung
bibir. Jelasnya, tak ikhlas mana. Perlahan-lahan jari telunjuknya menunjuk ke
arah atas sebelum lelaki dihadapannya hanya angguk sebagai respon.
Erik
mengeluh perlahan sambil terus melangkah melepasinya tanpa memandang. Mimpi
buruk kau bakal bermula Erik. Mulai sekarang.
0 comments:
Post a Comment