Followers

Saturday, August 4, 2018

BAB 1



Toyota Vellfire putih yang di tinted hampir 80 peratus dengan warna hitam itu meluncur keluar dari pintu gerbang berpengawal perumahan elit Banyan Close. Tidak sampai beberapa minit sahaja kereta itu sudah meluncur kea rah kotak Tol Plus.

“ Apa yang lambat sangat ni? Smart Tag pun jam juga ke?” Puan Lorena di tempat duduk hadapan sudah mula merungut sekaligus menghentikan suasana senyap sunyi bak malaikat lalu sejak mereka bertolak  dari rumah tadi.

“ Kereta depan tu ada problem sikit cik puan.”

“ Problem apa? Duit? Taka da duit, buat cara tak ada duit. Ini tidak,  ada hati nak lalu lorong smart tag!” rungutan Puan Lorena sudah mula berlarutan. Menyedari suasana itu , automatik tersongket sedikit hujung bibir Erik dibuatnya. Tanpa sedar, kepala digeleng perlahan.

Rasanya semua yang ada dalam kereta ni dah masak ranum dengan peel mama. Untuk mama, semua kena cepat. Puntual. Tak ada tunda-tunda tanpa asbab yang logik dan sahih. Nak makan kena cepat.Mandi kena cepat. Tapi bila sampai bab  dia nak make up, semua orang wajib tunggu.

“ Udin, kamu hon lah sikit!”

“ Tak sempat Cik Puan. Kereta depan dah hon dulu.” Balas Udin dengan sengih menyeringai.

“ Setakat hon, mana ada sempat tak sempat. Selagi tak berjalan lagi, kamu hon je la Udin!” giat Puan Lorena, masih tak puas hati. Kalau sebab kereta hadapan dia terlambat sidang akhbar dan terlepas penerbangan, memang wajib dia cari pemilik kereta depan ni lepas tu, saman!

“ Susah sangat, biar saya je yang hon kan,” Apai di tempt duduk sebelah  pula menyahut sambil bunyi hon ditekan panjang mula berkumadang. Langsung panjang senyum Puan Lorena sampai ke pipi. Puas hati bila apa yang disuruh, dituruti.

Erik sambung geleng kepala.  Mama..mama. Kalau sabar sikit, tak perlu hon apalah salahnya.Nak jugak join sama. Hmmm. Sabar itu tak ada dalam kamus mama untuk orang lain tapi untuk diri dia sendiri, orang lain perlu ada.

Malas nak mendengar bebelan mama yang tidak pernah ada kesudahan itu,pandangan sengaja di buang kea rah luar tingkap di mana ada van berwarna oren yang penuh dengan kanak-kanak beruniform sekolah berhenti sama disebelah MPV mereka.

Telatah penumpangnya, mencuri perhatian Erik biarpun di balik kaca mata hitamnya. Macam-macam ragam, macam-macam gaya. Yang duduk dibarisan belakang tengah asyik berjoget-joget . Yang lelaki buat gaya Ucuk Raver. Yang perempuan macam menari tarian Hajat.

 Yang di barisan kedua dari belakang pula dok sibuk keluarkan kepala melalui tingkap sambil buat gaya tarzan. Yang duduk sama baris dengannya pula  sibuk buat memek muka tanpa menyedari yang gelagat mereka itu sedang diperhatikan.

Tanpa sedar,senyum Erik sudah terlukis sama sambil mata terus menerus memerhati. Lucu! Macam-macam hal budak-budak ni. Mesti seronok kan dapat pergi sekolah ramai-ramai dengan kawan. Tak seperti dia yang  pergi dan balik dihantar dek Abang Udin hingga ke depan pintu kelas. Kawan-kawan pula ratanya berbangsa lain.

“ Udin, bila nak jalan ni? I lemas lah tengok gelagat anak tarzan dekat sebelah ni!” rungut Puan Lorena lagi. Kaca mata hitam yang disangkut di loketnya langsung di pakai. Tubuhnya sengaja disengetkan membelakangi tingkap. Dalam kepala dok mencongak tahap gelap mana lagi cermin tinted yang boleh dia pasang supaya tak perlu lihat adegan-adegan macam di van sebelah.

“ Tarzan? Are you talking about me?” soal Rayyan yang tadi kusyuk menaip sesuatu di Note nya.
Erik sudah gelak mengekek dibelakang.  Mata kuyunya sedikit mengecil bila dia mula tertawa. Sempat juga dia menoleh kea rah  Hairyl di sebelahnya yang sedang kusyuk melayan Ipadnya sejak tadi. 

Heh, itu kalau bukan wechat dengan geng-geng gamers dia, tentu-tentu dok live dekat instagram tak sudah-sudah. Dari tadi dok pandang keluar tingkap, pakai ray ban lepas tu mulut muncung gaya macam ramai sangat viewernya. 

Not you la sayang. Ni, van sekolah sebelah ni. Anak siapa entah dok terjelir-jelir lidah dekat I. Kalau lah they all tahu I ni siapa. Tu..mama papa diaorang tu mesti peminat filem I kan sayang?”

Ah,I ingat you cakap pasal I,” sahut Rayyan sambil menyambung kerjanya. Langsung tak terkutik dek isu anak tarzan tadi.

“ Dear…kalau you jadi tarzan, I sanggup jadi Jane nya!”

“ Ha ah. Eril dengan Erik pula sanggup jadi anak-anak tarzannya,” sahut Hairyl dari belakang sambil  tawa mengekek.

“ Husyhhh. Eril, jangan cakap macam tu! Eril dengan Erik lain. Anak mama semua behave. Budak baik. Haaa…sekarang baru Erik faham kan kenapa selama ni mama tak bagi Erik dengan Eril pergi sekolah macam anak orang biasa? Haaaa…sebab inilah. Tu..tengok tu. Yang sorang tu tak habis-habis jelir lidah..siap kembang-kembangkan hidung lagi. Hisyhh..pengotor! Oh God! Tengok tu. Dia korek hidung letak dekat cermin van!”

“ Maa…budak tu kan. Biasalah.” Balas Erik, acuh tak acuh.

“ Dari budaklah kena diasuh Erik. Dah besar tua bangka macam Udin dengan Apai ni tak ada guna dah nak diasuh.”

“ Errr. cik Puan. Saya pun masuk dalam ini cerita ke?” celah Udin yang sedang memandu. Apai di sebelahnya sudah tersengih-sengih.

“Sibuklah kamu tu. Cepatlah jalan!”

“Ma, bangka tu apa? Adik tiri ungka ke?” soal Eril, polos. Langsung pecah tawa Udin dan Apai diruangan hadapan. Erik pula dah tersengih-sengih sendiri melihat wajah mamanya yang terkulat-kulat cuba mengatur ayat.

“Aaaa..yeahh. Sort of. Nanti singgah zoo, Eril interviewlah ungka tu ye. Lepas tu bagitahu mama,” balas Puan Lorena sebelum beria scroll skrin telefon bimbitnya. 

Erik masih tersenyum melihatkan gelagat pelajar-pelajar dalm van sekolah yang makin lama makin ditinggalkan di belakang. Tanpa sedar tangan kanannya melambai perlahan dengan rasa yang berbekas. Kalaulah masa boleh diputar kembali. Dan Kalaulah dia bukan anak mama.
Hisyhh..Erik. Cut it out! Apa yang kau cakapkan ni?

“ Nanti bila Erik dah jadi ayah, Erik akan faham maksud mama.” Ulas Puan Lorena mengakhiri isu tarzan tadi sebelum telinganya dilekapkan dengan headphone .Irama lagu Mirae mula  kedengaran. Sengaja lagu itu diputarkan, sekadar mengmbil mood.  Skrip di sebelahnya langsung dicapai. Terkumat-kamit mulutnya menyebut beberapa dialog yang tertera di atasnya.

“ Ayah? Im too young ma. Belajar pun tak habis lagi,” bisik Erik perlahan sambil memejamkan matanya, mencari tenang yang sedikit terusik dengan pesanan penaja mamanya yang tak berapa relevan baginya.

Too young? Kalau kau kahwin esok lusa, lagi 9 bulan dah boleh ada anak tau!” usik Eril yang menyikunya dari sisi.

Perlahan-lahan matanya dibuka sambil kening berkerut, matanya tajam menjeling ke arah Eril dari balik kaca mata hitamnya.

Im not marrying just anybody… except her.”

Eril gelak lepas sambil kunyah chewing gum yang baru sahaja dibaling masuk ke dalam mulutnya dengan penuh gaya.

“ Masalahnya, wujud ke ‘her’ tu? Hehhh?”

Kali ini Erik hanya lemparkan senyum sambil buang pandangan semula ke arah luar tingkap MPV itu.

Kalau jodoh, pasti Allah temukan!

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon