“Nah…ambiklah!” jerit Vee sambil mata dipejam rapat. Telefon ditangannya dirampas kasar sebelum kemudiannya tangannya terasa seperti ditarik kuat dari belakang.
“
Oiii apa ni? Aku dah pulangkan pun. Kira setel lah!” marahnya sambil cuba
meronta.
“
Apa setel-setel? Setel dekat balai lah,” marah Udin sambil menelek Iphone 8
ditangannya. Mujur tak calar ke hape. Kalau tidak? Mampus. Maunya gaji bulan ni
kena potong separuh.
“
Apa main balai-balai pulak ni? Tak gentleman langsung lah korang ni. Kan aku
dah cakap tadi. Nak pinjam je. Ada paham? Pinjam. Bukan curi. Ni kan aku
pulangkan balik dah,” balas Vee tak mahu kalah. Sempat juga sikunya sekeh rusuk
tepi Apai sampaikan mamat tu terkebelakang dibuatnya. Senak perut! Dahlah lapar
tak sempat makan tengahari lagi.
“
Main sekeh lah minah ni. Membara je hati aku. Call 999 sekarang Apai,” marah Udin
sambil tarik bagpack Vee tapi tak berjaya.
“
Ehh ni apehal pulak nak ambik beg aku ni? Nahhh. Aku ada ni je. Kira setel la
ye. Aku call kejap je tadi pun. Tak sampai 5 minit.”
Udin
dan Apai sambil berpandangan sebelum masing-masing tertawa mengekek.
“
Kau silap naik kapal terbang ke apa minah oii? Ini Malaysia. “
“
Hek eleh. Memanglah aku nak balik Malaysia. Dah orang Malaysia kan,” balas Vee
tak puas hati. Entah apa yang lawaknya entah.
“
Dah tu? Duit tu kau nak bagi kami buat apa? Bukan boleh pakai pun,” balas Udin
sambil belek duit ditangan Vee berkali-kali dengan kening berkerut.
“
Ha ah. Otak kau dua orang ni yang tak boleh pakai sebenarnya. Pernah dengar apa
itu Money Changer? Satu dunia ada benda alah tu. Tak tahu jugak?” tempelak Vee.
Langsung
menikus Apai dengan Udin dibuatnya. Vee rasa nak tergelak pun ada bila tengok
muka masing-masing tapi bila teringatkan bag packnya dipeluk elok dek Udin, tak
jadi dia nak gelak.
“
Dia bagi kita setepek ni Apai. Boleh tahan minah ni. Bab mengajar A. Bakal
cikgu agaknya” balas Udin, bengang.
“
Kan? Aku pulak rasa tak boleh tahan dah ni menahan amarah yang meluap-luap.
Jom! Setel balai!”.
“ Oppppsss relaks.
Alaaa..korang ni. Nah. Ambik. Ambik je semua. Tak apa, aku balik jalan kaki pun
tak apa nanti. Please…please. Aku memang tak ada duit malaysia langsung ni.
Tolonglah…..” pujuk Vee perlahan. Nada suara cuba dilembutkan walaupun terasa
tersekat je dekat tekak bila nak dilenggokkan. Geli!
“
Sumimasen….”
“
Errkkk!” Pandangan Vee langsung terhenti pada wajah yang entah bila ada
disebelah mamat yang dok pegang telefon yang dipinjamnya tadi.
“
Hai ( Ya)” balas Vee perlahan-lahan.
“
Daizyoubudeska? (Awak okey ke?) ”
“
Hai (Ya)”
“
Dia orang Malaysia jugak bos,” celah Udin tiba-tiba. Laju je mata Vee menjeling
tajam ke arah sisinya. Sibuklah mamat ni. Baru nak feeling-feeling jumpa hero
jepun dekat Malaysia.
“
Oh. Orang Malaysia.”
“
Ya saya,” balas Vee sambil senyum semanis mungkin. Mamat ni kalau dia buka spek
mata hitam dia mata tak sepet mana, dijamin wajib masuk list jejaka Idaman dia
yang tak pernah ada calon. Muka dahlah peloles
macam kulit telur. Bibir merah pinkish. Sopan. Gaya sempoi bak hang.
“
Ha ah. Tak payah nak sengih beria. Bos, ni lah dia pencopet telefon bos tadi,”
adu Udin.
Vee
ketap bibir. Suka hati dia aje kasi label dekat aku ye? Pencopet katanya? Eh
jap. Bos. Ini bos. Yang dia langgar tadi bos juga. Berapa banyak bos makhluk
berdua ni ada sebenarnya? Ke orang yang sama? Ah tak perasan pula dia. Sibuk
sangat nak larikan diri tak ada masa nak beria telek muka orang. Lagipun
dressing macam sama je dengan mamat yang dia langgar tadi. Tapi tadi, helok je
cakap melayu. Yang ini…
“
Nah. Buat tambang balik.”
“
Huhh?” Vee pandang je note seratus yang dihulur pada dia.
“
Eh tak apa. Kejap lagi saya tukar duit ni.”
Bos
dua mangkuk ayun tu lorek senyum. Senyum yang kalau dalam cerita drama bergenre
rom-com tu adalah konon cupid bawa busur pi lepas dekat hati heroin. Haaa
gitulah gayanya. Sooooo…sawit.
“
1000 yen tak cukup. Awak buka je pintu limosin dekat luar tu nanti dijamin rm30
wajib dah dibayar. Itu pun kalau awak duduk area sini. Ambiklah. Saya ikhlas.”
Vee
curi-curi pandang wajah didepannya. Boleh tak nak buat request gila di kala
waktu getir macam sekarang ni? Boleh je lah kan? Belum tentu esok lusa jumpa
balik pun.
“
Kalau awak buka spek mata hitam tu boleh tak?”soal Vee, spontan.
“
He ek leh.banyak pulak songeh minah ni. Dah curi telefon, dapat duit pulak. Nak
request bukan-bukan lagi,” perli Apai dengan gelak versi menyakitkan telinga. Vee
dah acu penumbuk pada Apai dengan bibir diketap geram.
“
Aku nak kenal orang yang tolong aku la. Senang nanti kalau nak bayar balik duit
ni. Ada paham? Kalau muka seposen macam kau orang berdua ni pakai tudung pun dari jauh aku boleh kenal dah,” balas Vee
bersahaja.
“
Mak aihhhh,” balas Udin bengang. Mamat ‘bos’
pula dah buat muka nak tahan ketawa.
“
Tak apa. Saya ikhlas. Tak payah bayar ye. Apai, Udin. Jom!”
“
Eh jap!” panggil Vee tiba-tiba.
“
Ya saya?”
“
Itu..bunyi mesej masuk kan?” soal Vee teragak-agak.
Mamat
‘bos’ senyum seraya angguk. Telefon dari poket seluarnya dikeluarkan lalu
dihulur pada Vee yang nampak terpinga-pinga seketika.
“
Mesti ada hal pentingkan? Bacalah dulu.”
Muka
Vee terasa panas tiba-tiba. Nak sengih sampai ke telinga bila mengenangkan
keprihatinan tahap tertinggi yang bos mamat berdua ni tunjukkan tapi bila sedar
ada dua mangkuk ayun yang jadi penonton setia reaksi dia dikiri dan kanannya langsung
dia angguk beria macam burung belatuk.
Laju
saja telefon dicapai sebelum alamat yang tertera di catit dalam buku kecilnya.
“
Terima kasih awak! Terima kasih sangat-sangat”.
“
Anas. Saya Anas.”
“
Vee.”
Dan
Anas pun berlalu macam tu je sambil diescort dek dua makhluk yang agaknya bodyguard
dia. Sampai hilanglah kelibat Anas dia perhatikan tu pun sampai
terteleng-teleng kepala dia memerhati escalator sampai ke bawah.
Anas?
Siapa? Anak datuk menteri mana? Indahnya la haih budi bahasa. Ingat Vee,
perkara pertama lepas sampai rumah mak nanti, google. Siapa Anas?
to be continue.....
0 comments:
Post a Comment