Toyota
Vellfire putih yang di tinted hampir
80 peratus dengan warna hitam itu meluncur keluar dari pintu gerbang
berpengawal perumahan elit Banyan Close. Tidak sampai beberapa minit sahaja
kereta itu sudah meluncur kea rah kotak Tol Plus.
“
Apa yang lambat sangat ni? Smart Tag pun jam juga ke?” Puan Lorena di tempat
duduk hadapan sudah mula merungut sekaligus menghentikan suasana senyap sunyi
bak malaikat lalu sejak mereka bertolak dari rumah tadi.
“
Kereta depan tu ada problem sikit cik puan.”
“
Problem apa? Duit? Taka da duit, buat cara tak ada duit. Ini tidak, ada hati nak lalu lorong smart tag!” rungutan Puan
Lorena sudah mula berlarutan. Menyedari suasana itu , automatik tersongket
sedikit hujung bibir Erik dibuatnya. Tanpa sedar, kepala digeleng perlahan.
Rasanya
semua yang ada dalam kereta ni dah masak ranum dengan peel mama. Untuk mama,
semua kena cepat. Puntual. Tak ada
tunda-tunda tanpa asbab yang logik dan sahih. Nak makan kena cepat.Mandi kena
cepat. Tapi bila sampai bab dia nak make up, semua orang wajib tunggu.
“
Udin, kamu hon lah sikit!”
“
Tak sempat Cik Puan. Kereta depan dah hon dulu.” Balas Udin dengan sengih
menyeringai.
“
Setakat hon, mana ada sempat tak sempat. Selagi tak berjalan lagi, kamu hon je
la Udin!” giat Puan Lorena, masih tak puas hati. Kalau sebab kereta hadapan dia
terlambat sidang akhbar dan terlepas penerbangan, memang wajib dia cari pemilik
kereta depan ni lepas tu, saman!
“
Susah sangat, biar saya je yang hon kan,” Apai di tempt duduk sebelah pula menyahut sambil bunyi hon ditekan
panjang mula berkumadang. Langsung panjang senyum Puan Lorena sampai ke pipi.
Puas hati bila apa yang disuruh, dituruti.
Erik
sambung geleng kepala. Mama..mama. Kalau
sabar sikit, tak perlu hon apalah salahnya.Nak jugak join sama. Hmmm. Sabar itu
tak ada dalam kamus mama untuk orang lain tapi untuk diri dia sendiri, orang
lain perlu ada.
Malas
nak mendengar bebelan mama yang tidak pernah ada kesudahan itu,pandangan
sengaja di buang kea rah luar tingkap di mana ada van berwarna oren yang penuh
dengan kanak-kanak beruniform sekolah berhenti sama disebelah MPV mereka.
Telatah
penumpangnya, mencuri perhatian Erik biarpun di balik kaca mata hitamnya.
Macam-macam ragam, macam-macam gaya. Yang duduk dibarisan belakang tengah asyik
berjoget-joget . Yang lelaki buat gaya Ucuk Raver. Yang perempuan macam menari tarian Hajat.
Yang di barisan kedua dari belakang pula dok
sibuk keluarkan kepala melalui tingkap sambil buat gaya tarzan. Yang duduk sama
baris dengannya pula sibuk buat memek
muka tanpa menyedari yang gelagat mereka itu sedang diperhatikan.
Tanpa
sedar,senyum Erik sudah terlukis sama sambil mata terus menerus memerhati. Lucu!
Macam-macam hal budak-budak ni. Mesti seronok kan dapat pergi sekolah
ramai-ramai dengan kawan. Tak seperti dia yang
pergi dan balik dihantar dek Abang Udin hingga ke depan pintu kelas.
Kawan-kawan pula ratanya berbangsa lain.
“
Udin, bila nak jalan ni? I lemas lah tengok gelagat anak tarzan dekat sebelah
ni!” rungut Puan Lorena lagi. Kaca mata hitam yang disangkut di loketnya
langsung di pakai. Tubuhnya sengaja disengetkan membelakangi tingkap. Dalam
kepala dok mencongak tahap gelap mana lagi cermin tinted yang boleh dia pasang
supaya tak perlu lihat adegan-adegan macam di van sebelah.
“
Tarzan? Are you talking about me?” soal Rayyan yang tadi kusyuk menaip sesuatu
di Note nya.
Erik
sudah gelak mengekek dibelakang. Mata
kuyunya sedikit mengecil bila dia mula tertawa. Sempat juga dia menoleh kea
rah Hairyl di sebelahnya yang sedang
kusyuk melayan Ipadnya sejak tadi.
Heh,
itu kalau bukan wechat dengan geng-geng gamers dia, tentu-tentu dok live dekat
instagram tak sudah-sudah. Dari tadi dok pandang keluar tingkap, pakai ray ban
lepas tu mulut muncung gaya macam ramai sangat viewernya.
“
Not you la sayang. Ni, van sekolah
sebelah ni. Anak siapa entah dok terjelir-jelir lidah dekat I. Kalau lah they
all tahu I ni siapa. Tu..mama papa diaorang tu mesti peminat filem I kan
sayang?”
“
Ah,I ingat you cakap pasal I,”
sahut Rayyan sambil menyambung kerjanya. Langsung tak terkutik dek isu anak
tarzan tadi.
“
Dear…kalau you jadi tarzan, I sanggup jadi Jane nya!”
“
Ha ah. Eril dengan Erik pula sanggup jadi anak-anak tarzannya,” sahut Hairyl
dari belakang sambil tawa mengekek.
“
Husyhhh. Eril, jangan cakap macam tu! Eril dengan Erik lain. Anak mama semua behave. Budak baik. Haaa…sekarang baru
Erik faham kan kenapa selama ni mama tak bagi Erik dengan Eril pergi sekolah
macam anak orang biasa? Haaaa…sebab inilah. Tu..tengok tu. Yang sorang tu tak
habis-habis jelir lidah..siap kembang-kembangkan hidung lagi. Hisyhh..pengotor!
Oh God! Tengok tu. Dia korek hidung
letak dekat cermin van!”
“
Maa…budak tu kan. Biasalah.” Balas Erik, acuh tak acuh.
“
Dari budaklah kena diasuh Erik. Dah besar tua bangka macam Udin dengan Apai ni
tak ada guna dah nak diasuh.”
“
Errr. cik Puan. Saya pun masuk dalam ini cerita ke?” celah Udin yang sedang
memandu. Apai di sebelahnya sudah tersengih-sengih.
“Sibuklah
kamu tu. Cepatlah jalan!”
“Ma,
bangka tu apa? Adik tiri ungka ke?” soal Eril, polos. Langsung pecah tawa Udin
dan Apai diruangan hadapan. Erik pula dah tersengih-sengih sendiri melihat
wajah mamanya yang terkulat-kulat cuba mengatur ayat.
“Aaaa..yeahh.
Sort of. Nanti singgah zoo, Eril interviewlah ungka tu ye. Lepas tu
bagitahu mama,” balas Puan Lorena sebelum beria scroll skrin telefon bimbitnya.
Erik
masih tersenyum melihatkan gelagat pelajar-pelajar dalm van sekolah yang makin
lama makin ditinggalkan di belakang. Tanpa sedar tangan kanannya melambai
perlahan dengan rasa yang berbekas. Kalaulah masa boleh diputar kembali. Dan
Kalaulah dia bukan anak mama.
Hisyhh..Erik.
Cut it out! Apa yang kau cakapkan ni?
“
Nanti bila Erik dah jadi ayah, Erik akan faham maksud mama.” Ulas Puan Lorena
mengakhiri isu tarzan tadi sebelum telinganya dilekapkan dengan headphone
.Irama lagu Mirae mula kedengaran.
Sengaja lagu itu diputarkan, sekadar mengmbil mood. Skrip di sebelahnya langsung dicapai.
Terkumat-kamit mulutnya menyebut beberapa dialog yang tertera di atasnya.
“
Ayah? Im too young ma. Belajar pun
tak habis lagi,” bisik Erik perlahan sambil memejamkan matanya, mencari tenang
yang sedikit terusik dengan pesanan penaja mamanya yang tak berapa relevan
baginya.
“
Too young? Kalau kau kahwin esok
lusa, lagi 9 bulan dah boleh ada anak tau!” usik Eril yang menyikunya dari
sisi.
Perlahan-lahan
matanya dibuka sambil kening berkerut, matanya tajam menjeling ke arah Eril
dari balik kaca mata hitamnya.
“
Im not marrying just anybody… except
her.”
Eril
gelak lepas sambil kunyah chewing gum yang baru sahaja dibaling masuk ke dalam
mulutnya dengan penuh gaya.
“
Masalahnya, wujud ke ‘her’ tu? Hehhh?”
Kali
ini Erik hanya lemparkan senyum sambil buang pandangan semula ke arah luar
tingkap MPV itu.
Kalau
jodoh, pasti Allah temukan!
1 comments:
I like...
Post a Comment