Followers

Thursday, July 14, 2016

MINAH CENGEY HATI TISU - PROLOG





“Hai cik adik, tengah buat apa tu?”.

Hani dongak kepala,kerling selayang pandang ke arah gerangan yang menegurnya dengan bibir menyungil sengih.

“Kau siapa? Sejak bila mak aku bersalinkan kau?” balas Hani acuh tak acuh. Matanya kembali tertancap ke arah  Biskut Famos Amos kesayangannya yang dah jadi arwah lepas kena hurung dengan geng cik semut yang entah bila bersarang dalam beg galasnya.

“Huisyhh cengeynya! Badan kecik, muka comel tapi cengey!” balas si mamat mata bulat bertshirt ala-ala corak Tommy Highfler. Kaler biru, merah putih. Sekali tengok macam bendera JDT pun ada juga.

“Ada masalah ke?” soal Hani lagi. Untuk kesekian kalinya, tentera semut yang gigih beratur keluar dari plastik berwarna kuning itu dipijaknya sungguh-sungguh dengan kaki. Biasa tu! Curi lagi biskut aku. Sudahlah baru saja dia makan 2,3 keping semalam sebelum walid, ummi dan abang-abangnya bertolak balik semula ke KL. Sedih tak habis lagi sebab kena tinggal, tambah lagi sedih biskut kena hijack.

“Hoi! Dosa tau tak kau buat macam tu. Semut-semut ni semua kan makhluk Allah juga. Mana boleh suka suki kau je buat pembunuhan secara beramai-ramai macam tu. Patutnya kau sembang dengan diaorang. Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s. Biskut ni, biskut aku. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t yang berzikir kepadanya. Kalau nak buat sarang untuk teruskan hidup, hiduplah dekat luar plastik biskut ni agar kamu semua selamat dari dipijak dek kaki gajah aku ni….”.

Tawa Hani meletus tiba-tiba, berdekah-dekah. Boleh tahan loyar buruk juga mamat ni kan? Ingatkan tadi mula-mula mamat ni jenis mat bunga. Dok adik manis segala. Rupanya  dua kali lima juga macam dia. Sengal!

“ Perbualan jenis apa yang kau cuba cadangkan pada aku tadi tu ha? Ke mana hala tuju perbualan tadi tu? Kau ingat semut-semut ni kisah? Dah terlentang kekenyangan diorang belasah biskut aku ni tau!” balas Hani usai tawanya reda. Malas nak meneruskan sesi pembunuhan secara beramai-ramai versi kejamnya tadi langsung bekas plastik dihadapannya dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah berhampiran. Tak apalah, bukan rezeki dia agaknya. Lain kali, kalau cuti semester boleh je lagi nak ‘paw’ abang-abangnya bila balik rumah.

“ Aku Wari. Dayyan Hawari. Process Engineering. Kau?”.

Hani kalih, pandang mamat yang tinggi sikit dari dia berkali-kali dari atas ke bawah. Tinggi tak tinggi pun, kepala Hani paras bahu dia juga kiranya.

“Wajib ke jawab?” soal Hani, sarkastik.

“Untuk budak perempuan lain, sunat. Tapi untuk kau yang nampak macam rare tak ada kawan perempuan lepas tu….”.

“Diamlah! Aku. Hani. Naurah Tihani,” balas Hani laju.Malas nak dengar asbab-asbab dia digelar rare.

“Kita kawan?” soal Hawari dengan kening diangkat tinggi berkali-kali.

“Nak kawan, boleh. Tapi kena kawan sampai mati. No feeling-feeling sampai bawa ke jinjang pelamin segala. Boleh?”.

Hawari geleng perlahan. Dahi berkerut panjang.

“Tak boleh, sudah. Blah!” komen Hani bersahaja sambil mahu melangkah ke arah cafeteria. Perut lapar!

“Aku tak kata pun tak boleh.”

“Dah tu?” soal Hani lagi.

“Nak berkawan tu boleh. Tak mahu feeling sampai ke jinjang pelamin tu pun aku boleh terima lagi. Tapi yang bab sampai mati tu, aku tak sanggup. If you want to die, just die. Don’t ask me to follow you. Boleh?”soal Hawari serius.

Hani tergamam. Lama. Ambil masa untuk dia hadam maksud kata-kata Hawari tadi sebelum dia dan Hawari sama-sama tertawa tak ingat dunia.

Dan siapa boleh sangka, hanya disebabkan sepeket biskut Famous Amos mereka berkenalan dan bakal kekal berkawan sampai ke alam kerja?



0 comments:

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon