“
Tak guna punya kren. Waktu pagi sepeei inilah dia nak lalu. Lepas tu boleh
pulak kan, tersangkut dengan pokok. Alahai. Dah tau cangkuk tu tinggi melangit,
takan tak boleh bajet bakal tersekat dekat jalan yang penuh dengan pokok
rendang tu? Haisyhhhh. Tak pasal-pasal jam. Dahlah jalan tu sedia ada
jam.Eiiii, geramnya aku!” bebel Hani sambil dia melangkah mendaki bukit menuju
ke plant.
“Hoi!”.
“Bongoklah
kau ni Wari!” marah Hani sambil mengurut laju dadanya yang berombak kencang.
Sudahlah mengah dia dibuatnya mendaki jalan ni, boleh pula disergah dari tepi
macam tu. Memang minta kena maki namanya tu.
“Hey,
apa ni? Pagi Isnin dah bongokkan orang. Relaks Honey Maduku. Tarik nafas,
lepas. Tarik nafas, lepas. Nah, horlicks ais kegemaran kau. Aku dah tolong
tapaukan siap-siap dah. Hehehehe.”
Plastik berisi Horlicks ais bertukar tangan. Laju saja straw disedut berkali-kali
tanpa henti menghilangkan lelah di dada.
“Bismillahirrahmanirrahim
dulu la sayang. Gelojoh tau kau ni!” tegur Hawari dengan sengihan.
“Sayang,
sayang. Meluat heh!” bidas Hani sambil meneruskan langkah. Hawari disisinya
ikut rentak yang sama.
“Kau
ni, pagi-pagi lagi dah nak melenting. Releks. Jangan marah-marah. Everything
happens for a reason. Tengok, kau lewat pagi ni tapi sampai-sampai aku dah
tapaukan horlick ais dengan nasi lemak bawah pokok. Tak cukup heaven ke life
kau?”.
“Hidup
aku akan aman bila ummi dengan walid balik. Eeeiiii, aku tak tahan lah dengan
peel abang-abang aku tu. Masing-masing mengada tahap aku ni macam isteri
diaorang. Semua aku nak kena siapkan. Nak kena ikutkan. Letih tau!” bebel Hani
berterusan.
“Tak
mengapalah. Diaorang pun, bukannya orang lain. Abang kau jugak kan? Dekat
rumah, kau siapkan untuk diaorang. Dekat sini, aku siapkan untuk kau. Okey la
tu kan?”.
Hani
kerling sekilas ke wajah Hawari yang memandang redup kewajahnya. Tak ada pula
garis senyum seperti biasa bilamana dia mengusik atau berseleroh.
“Lain
macam je ayat kau tadi tu aku dengar. Eh Wari, kau tu BBF aku aje tau? Jangan
nak beria-ia sangat polish skill nak up jadi macam boyfriend aku. Aku tak suka
tau.” Tegas Hani, serius.
“
Antara lelaki dengan perempuan, tak wujud istilah Best Friend Forever ataupun
Boy Best Friend. Kau kena tahu tu Hani. Boy Friend? Itu wujud.”
Sambil
melangkah, wajah pura-pura serius Hawari dikerling dengan hujung mata.
“
Eh sampai matilah aku dengan kau cuma kawan. Tak ada nak lebih-lebih,” balas
Hani sambil melangkah masuk ke ruangan plant. Sempat juga dia mengerling
sekilas ke arah feed tank. Mujurlah tong raw material dah siap sedia di
hadapannya. Makanya boleh terus start plan sekarang juga.
“Alaa
kau ni Hani. Aku gurau pun nak ambil serius lah. Chill la. Janganlah cengey
sangat cik kak oi ” Komen Hawari yang baru saja tarik kerusi di meja
sebelahnya.
“Kau
pun tahu kan, dari kampus lagi aku memang tak boleh ‘in’ dengan soal hati dan
perasaan ni. Haaa sebab itulah aku kawan dengan kau, aku tak kawan dengan budak
perempuan yang ada berapa kerat je dalam kos kita tu. Sebab apa? Sebab aku tak
kuasa nak layan cerita pakwe makwe dating diaorang tu. “
“Iyalah..iyalah.
Lepas ni aku tak sebut dah pasal tu. Aku terus pinang kau dekat rumah. Senang.
Cakap banyak pun tak guna, ye tak?” balas Hawari dengan wajah bersahaja
merenung ke skrin komputer.
“Tengok
tu! Mengarut lagi” jerkah Hani sambil tangannya laju mencubit bahu Hawari yang
hanya beberapa depa jarak darinya.
“Adoi!Adoi.
Sakitlah Hani. Alah, aku gurau je la. Gurau.”
Kali
ini bibir Hani menguntum senyum. Bahu yang menjadi mangsa cubitannya tadi diusap perlahan beberapa kali kononnya nak
meredakan sakit yang berpunca darinya. Hailah. Tak larat dia nak marah lama-lama pada lelaki yang dia
kenal sejak dia mula kenal alam kampus lagi. Sungguh, jodoh mereka memang
panjang. Selesai saja pengajian, dapat pula bekerja di syarikat yang sama.
Tapi, jodoh persahabatan sajalah. Tidaklah sampai nak ke jinjang pelamin
segala. Kot ye pun kalau terdesak sangat nak berlaki, tetap Hawari bukan
pilihannya. Baik diserahkan pada ummi dan walid saja.
“Ehemmmm…ehemmmm.
Wah, pagi-pagi lagi dah nampak pemandangan indah kan Usop? Patutlah dari luar
tadi aku ada bau nasi minyak. Rupa-rupanya bunga-bunga cinta sedang memekar
dalam bilik control room ni. Alhamdulillah,” tegur satu suara.
Tanpa
mengendahkan gerangan yang menegur, Hani bingkas bangun sebelum berpaling
dengan wajah menyinga.
“Dah
lah datang lewat, nak buat lawak slapstik pula ye? Sekarang dah pukul
berapa?Ha? Kenapa tak datang esok je?” marah Hani dengan tanggan dicekak di
pinggang.
“Errr…errrr.
Baru pukul 8.15 Cik Hani. Kita nak start up pukul 8.30 kan?” tanya Usop sepatah-sepatah.
“Kan
saya dah pesan semalam, pukul 7.55 pagi sebelum saya sampai plant ni dah kena
buka? Tong raw material dah nak kena alih. Lupa la tu. Beli rokok tak lupa pula
kan?”.
Usop
dengan Reydha paling keluar bilik seketika sambil kerut dahi.
“
Tuuu…dah alih dah.”
“Memanglah
dah alih, sebab Wari yang alihkan. Nak harap kau orang? Memang tak lah.”
“Hehehehe.”
“Kenapa?
Kelakar ke? Saya ada buat ulangan lawak copy paste dari catatan Matluthfi ke?
Ha? ”soal Hani dengan mata membuntang.
Reydha
berhenti menyengih. Tertunduk dia dan Usop dibuatnya.Sambil menunduk kepala
masing-masing digeleng berkali-kali tanpa henti.
“Ni
Pian dengan Ihsan mana? Ha?Nak tunggu plant jalan baru nak datang?” soal Hani
lagi. Hawari yang sejak tadi ambil keputusan untuk tidak masuk campur sudah
turut sama berdiri disebelah Hani memerhatikan gelagat staff teknikal dibawah
seliaannya.
“Motor
Pian pancit on the way ke sini,” balas
Usop pendek.
“Pancit?
Yang saya nampak dekat parking lot tu bukan motor dia?”.
Mata
Usop terbeliak sebelum dia menunduk semula. Hawari disebelah Hani hampir-hampir
tertawa. Budak-budak ni pun satu hal juga. Dah tahu peel Hani ni macam mana
masih lagi nak auta dia terang-terangan.
“Dah,
saya tak nak dengan apa-apa alasan lagi. Motor pancit ke, tayar keretapi bocor
ke. Semua tu rubbish. Sekarang ni, Usop awak pergi ke café panggil budak berdua
yang bertuah tu suruh datang cepat. Lagi 15 minit nak start. Reydha, pergi cek
raw material lepas tu timbang ikut resepi. Pastikan kuantiti ngam-ngam.
Accuracy 95%. Tak nak lebih, tak nak kurang. Faham?”
“Baik
cik!” balas mereka serentak sambil beredar.
“Janganlah
kasar sangat dengan dioarang tu Hani. Budak muda, macam tulah.” Tegur Hawari
sambil sedut kopi ais yang tergantung di sudut mejanya.
“Itu
bukannya kasar tapi tegas. Kalau tak tegas, kena pijak. Contohnya pagi tadi.
Buka plant bukan tugas kau tau Wari. Tugas budak-budak tu tapi kau pula yang
buat.” Tegas Hani. Marahnya masih bersisa. Dari rumah membawa ke opis, semuanya
buat dia naik darah.
“Setakat
buka plant apa sangatlah. Tak menyusahkan pun. Kebetulan aku datang awal hari
ni…” balas Hawari, jujur. Melihatkan tikah Hani yang tak sudah-sudah angin
monsunnya, dia jadi risau sendiri. Ada juga nanti terpaksa batalkan testing ni
kalau Hani terus dengan angin satu badannya.
“Haaaa…itu
nasib baik kau datang awal. Kalau nak tunggu aku yang tersekat dekat jam ni?”.
“Dahlah,
janganlah marah-marah lagi. Istighfar ye…istighfar. Astaghfirullahalzim..”
sahut Hawari perlahan.
Hani
bersandar perlahan ke belakang. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan
panjang. Dalam hatinya, dia beristighfar berkali-kali menurut saranan yang
diberi dek Hawari. Mujurlah Hawari ada sama disini. Agaknya kalau dia tak ada,
mesti worklife dia jadi serabut gila sebab kena melayan kerenah budak-budak
bujang tu. Itu belum campur lagi dengan aktiviti menganyam ketupat staf
bahagiam makmal sepanjang masa yang tak payah tunggu raya. Itu Double serabut!
“Amacam?
Dah rasa okey sikit dah?” soalnya dengan senyuman.
“Alhamdulillah,”
balas Hani sambil membalas senyuman Hawari sebelum keningnya tiba-tiba berkerut
panjang bila terpandangkan sepasang mata milik Hawari.
“Hello
brother! Kau boleh tak jangan pandang aku macam tu?” marahnya sebelum alih
pandangan ke arah luar control room. Kelihatan kelibat Reydha tengah tekun
menimbang bahan-bahan dari tong raw material sambil mulutnya terkumat-kamit
berkata sesuatu. Lincah sahaja tangannya kemudian mencatit pada buku nota
dihadapannya.
“Macam
mana nya?” soal Hawari, polos.
Hani
tayang muka ‘tak payah bajet suci’.
“Macam
tu lah! Mata kau, kau patut tahu.”
“Pulak
dah? Mata aku pula yang salah sekarang ni? Nanti karang kalau aku cakap dengan
mata bertutup kau tuduh aku sleep talking pula”.
Sleep
talking? Hani ketap bibir menahan geram.
“Tulah.
Mata kau tu kan bulat. Bila kau pandang aku dengan mata redup macam tu, aku
jadi seram sejuk tau tak? Aku rasa macam kau bayangkan aku tak pakai baju depan
kau!”
“Choiii!Choiii!
Kau ingat aku ni sex maniac ke apa?” tempelak Hawari. Hani sudah tertawa
terbahak-bahak menggelakkan reaksi Hawari yang bersungguh-sungguh menafikan.
“Alah,
kalau bukan sex maniac pun macamlah akal lelaki kau tu tak pernah terfikir
bukan-bukan pasal aku. Kan? Kan?” usik Hani sambil jelir lidah gelakkan Hawari.
“Kau
ingat kau hot sangat ke nyah?” balas
Hawari dengan kekekan.
Hani
terusan tertawa kemudiannya cebir bibir seiring bahunya dijungkit bersahaja.
Usai mencapai buku log dari dalam laci dia bingkas bangun dari duduknya.
“Hot
ke tidak, itu aku tak tahu. Yang aku tahu, kau rasa aku ni comel. But you know
what, my Mr. Dayyan Hawari? We’re just friends. Forever. Ever After. No
feeling-feeling aaaa. Chhiow! Aku nak pergi tengok si Reydha tu sama ada dia timbang
betul ke tak dulu. Nanti kalau dah nak start pilot plant ni kau roger aku dekat
walkie talkie ye.Daaaaa…..” sahut Hani sambil berlalu. Walkie talkie diatas
meja sempat lagi dicapai sebelum di masukkan ke poket belakang seluar jeansnya.
Laju
saja tangan Hawari mengusap telinganya yang jadi tempat berbisik Hani sebentar
tadi. Sebelah tangan lagi menekup dadanya yang bergetar laju. Perlahan-lahan
nafasnya ditarik dan dilepaskan. Dari kaca bilik itu yang membolehkan dia
melihat ruangan kerja Reydha dan Hani berada, wajah comel itu direnung untuk
kesekian kalinya.
“But
sometimes, friendships may turn into love my missy Naurah Tihani,” bisik Hawari
perlahan sambil terus memerhatikan gelagat Hani yang sedang membebel marahkan
Reydha.
0 comments:
Post a Comment