Followers

Thursday, July 14, 2016

MCHT BAB 1









Rambut paras dadanya sudah disanggul rapi dikepala. Sambil buat gerak gaya senaman dua tiga langkah dan kemudian dengan lafaz bismillah, gas di dapur dinyalakan. Suis hood turut sama ditekan. Berdengung seketika dapur itu bila suction di dalam hood mula dijalankan.

Lincah saja tangannya mencapai hirisan bawang yang sudah siap dipotong selepas solat subuh tadi ke dalam minyak panas di dalam kuali. Semerbak bau bawang goreng melata di kawasan dapur. Dituang pula ikan bilis yang siap dikisar halus buat perasa sebelum nasi sejuk yang dimasak malam tadi dituang sama. Siap digaul rata, kangkung pula dimasuk secukup mata memandang. Letak banyak-banyak pun dua dari tiga orang dekat atas tu memang jenis alergik sayur. Habis semuanya dikutip dan disusun elok tepi pinggan. 

Kesudahnya nanti, dia juga yang kena kutip dan makan semuanya sampai habis. Membazir je. Walaupun kerajaan dah umumkan yang harga kangkung turun, masih satu pembaziran buatnya. Bukannya kangkung tu ditanam belakang rumah dan dipetik bila rasa nak diguna. Beli dekat pasar juga tu.

Dan tak sampai 5 minit, nasi goreng ala-ala kampong itu siap dimasukkan ke dalam pinggan besar. Ikan bilis yang siap digoreng pula ditabur ke atas nasi sebelum dihidang. Hani tarik senyum puas memandang ke arah pinggan yang sudah dihias. Alhamdulillah, cukuplah untuk rezeki mereka berempat pagi ini.

“Assalamualaikum Hani….”.

“Oh mak salam!” Langkah laju Hani langsung terhenti di hadapan pintu ruangan dapur menuju ke meja makan. Sebelah tangan masih kejap memegang pinggan yang hampir terlepas ke lantai manakala yang sebelah lagi mengurut dada yang mula berdetak ala-ala enjin bot.

“Isyhhh Hani ni, muda-muda dah melatah. Tak eloklah!” komen Nazran sambil tersengih kecil. Laju saja langkah diatur kea rah Hani yang masih pegun sebelum mangkuk berisi nasi goreng itu bertukar tangan.

“Dah Angah tiba-tiba ada dekat meja makan,mana Hani tak terkejut. Rasanya baru 5 minit lepas Hani letak kopi O Along dekat sini. Tiba-tiba…..”.

“Okey. Angah minta Maaf ye. Lain kali, Angah tak tegur dah Hani macam tu. Angah duduk je diam-diam. Aci?” Nazran dah angkat tangan lagak berikrar. Terkekek kecil Hani dibuatnya melihatkan gelagat  Nazran yang sudah siap sedia dengan pakaian formalnya serta songkok dikepala.

“Bagus. Macam ni barulah…..”.

“Hani!!!!!”

Berdengung ruangan makan itu seketika dengan suara itu. Nazran tergelak kecil. Hani pula dah tarik muka sedepa sambil buang keluhan. Dah bangun rupanya tarzan yang seorang tu. Ingatkan lambat lagi nak melaung.

“Hmmm…apa?” jerit Hani.

“ Seluar track Along mana?”.

“Kan ada atas katil tu? Sebelum turun tadi Hani dah keluarkan dari almari. Tak nampak ke?”
Jeda sebentar . Hanya derapan kaki saja yang kedengaran dari tingkat atas rumah dua tingkat itu. Tapi Hani masih mendiamkan diri dan menanti tanpa berniat hendak melakukan apa-apa. Tak berapa lengkap lagi soalan Along tadi. Mesti ada soalan susulan kejap lagi.

“Along tak nak pakai yang warna biru. Nak yang warna hitam. Hani letak dekat mana?”
Dia nak warna hitam la pulak! Baru malam tadi dia dok ingatkan banyak kali tentang seluar track warna biru. Bertuah punya Along.

“Drawer paling bawah lah. Macam biasa,” balas Hani malas-malas sambil mencedok nasi goreng ke pinggang Nazran. Pinggan satu lagi pula untuknya. Dah habis dah rasanya soalan wajib tiap pagi tu. Bolehlah dia bersarapan dengan tenang sekarang.

“Orang dah siap buat label dekat setiap drawer dia pun, masih nak tanya lagi. Baik tak payah labelkan macam tu. Entah apa-apa! Kot ye pun malas nak membaca, ejalah perkataan yang Hani tulis dekat sticky note tu” bebel Hani sendirian sambil menyudu nasi goreng di hadapannya.

“Hani nikan, macamlah Hani...”

“Hani!!!”.

Belum habis lagi ayat Nazran, Nazri melaung lagi. Tak jadi Hani nak menyuap. Apa lagilah orang tua ni nak agaknya?

“Iya, bang long? Ada apa lagi tu? Tak jumpa lagi ke seluar tracknya?” soal Hani geram. Tapi nada suaranya masih cuba dilembutkan. Marah memang marah tapi hormatnya masih ada.

“Boxer?” soal Nazri dengan kepala dah terjenguk dari atas tangga dengan sengihan.

Mata Hani dah membesar satu inci dari biasa. Adik-adik dia pun aku nak kena jaga ke? Melampau tau Along ni. Silambam karang!

“Itu pun nak tanya Hani ke?” bidas Hani sambil bingkas berdiri dan bercekak pinggang kea rah lelaki bertuala di atas tangga itu dengan muka meluatnya.

“Tak boleh tanya ke?”

“Hisyhhh..pergi kahwin lah!” komen Hani pendek sambil duduk semula mengadap nasi gorengnya. Pagi-pagi morning isnin  dah gaya macam nak pergi berperang walhal masing-masing dah disiapkan segala umat dari malam tadi lagi. Memang nak kena Along ni. Sengaja nak membangkitkan hormon adrenalin aku! Gumam Hani sendirian.

“Lain kali, Hani siapkan semua persiapan Along tu dari atas kepala sampai ke kaki dia pagi-pagi lepas tu letak terus atas katil. Tak adalah semuanya dia nak tanya,” komen Nazran yang sejak tadi hanya memerhati. Sesekali timbul juga rasa kasihan pada adik bongsunya yang seorang ni. Sejak walid dan ummi menunaikan haji, dial ah yang menyediakan semua makan pakai abang-abangnya yang tak semenggah ini.Kalau seorang dua, taka pa. Tapi sampai tiga orang!

“Ala, Along tu mengada-ngada je lebih. Hani dah siapkan semuanya atas katil pun sebelum turun tadi. Tapi lain yang dia pesan semalam, lain pula yang dia nak pakai hari ni. Angah dengan Ancik boleh je cari sendiri dalam almari. Dia yang…..”.

“Yuhuuuu...morning semua!” tegur satu suara. Hani mengerling sekilas. Heh, dah turun dah pakcik yang seorang ni. Kalau pakcik yang tadi tu cerewet tentang pakaian, yang ini pula pasal makanan. Dua beradik yang bersatu dalam satu perkataan. Cerewet.  Harap-haraplah dia berkenan dengan menu pagi ini. Kalau tidak, rosaklah program Hani pagi ni. Ada juga yang punch card merah macam selalu.

“Waalaikumussalam. Selamat pagi. Duduklah. Sarapan sama,”.

Hani tersengih kecil tengok muka muncung Nazrul. Bengang la tu, kena perli setepek depan muka. Bajek orang putih la tu. Morning konon.

“Wahhh…nasi goreng kampong. Bagus adik Ancik ni. Sanggup menerima cabaran Ancik untuk memasak nasi goreng di  pagi isnin bening macam ni. Emmm…tapikan. Ancik rasa, macam ada yang tak cukup je ni.” Komen Nazri sambil janggut yang tak berapa nak ada itu diusap perlahan berkali-kali.
Mata Hani dah meliar kearah hidangan di hadapannya. Nasi goreng kampong untuk semua orang. Telur dadar buat lauk. Apa lagi eh? Matanya langsung mengerling sekilas kea rah Ancik yang dah ambil tempat bertentangan dengan Angah.

“Ancik nak lauk lain ke? Hani tak sempat nak masak la. Hani kena masuk office  awal hari ni.”
Nazrul sengih sambil geleng perlahan.

 “ Bukan lauk daa, kichhi. Milo ais Ancik mana eh?”

“Alamak! Lupa! Dah buat dah, ais je belum teruk. Jap eh!”

Laju saja langkah diatur kea rah dapur. Pintu atas peti ais dibuka sebelum ketul ais batu diketuk keluar. Mencicit dia berlari kea rah ruang makan. Cepat Hani, cepat. Ini ada juga yang pergi kerja tak sempat breakfast nanti.

“Nah tuan muda. Silakan minum.”

“Hehehe. Terima kasih adindaku. Ehhh…jap!”.

Sekali lagi suapan pertama nasi goreng ke mulut Hani terhenti. Dengan kening berkerut, dia menyoal lagi.

“Ada apa lagi ni Ancik?” soal Hani dengan wajah yang mula nak ketat.

“Telur separuh masak Ancik mana?”.

Dia nak telur pulak! Jerit Hani dalam hati.

“Bukan Ancik kata nak makan nasi goreng kampong ke pagi ni? Jadi Hani tak buat la telur separuh masak tu. Lagipun, telur goreng kan ada ni” balas Hani tak puas hati.

“Yap. Itu betul. Tapi telur separuh masak tu kan makanan wajib Ancik dan khasiat antara keduanya sesungguhnya tidaklah sama wahai adikku. Telur separuh masak untuk kesihatan, telur goreng mengancam kesihatan. Hani ni, tak kan lah Hani tak tahu yang telur separuh masak tu  kunci dan rahsia suara Ancik yang sedap selama ni.”

Suara sedap? Hani dan Nazran dah saling berpandangan sesama sendiri. Setakat 10 kali pergi ujibakat Akademi Fantasia, 5 kali ujibakat bintang RTM tapi setakat stage dua je lulus, sedap ke tu?

“Haaa…tu nak mengutuk la tu. Eh, jangan pandang Ancik sebelah mata tau! Sekarang ni, mungkin Ancik cuma jadi back up singer. 5 tahun lagi, mana tahu Ancik diberi peluang berduet dengan Awie? Haaa…time tu, jangan harap nak dapat tandatangan Ancik tau! Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ancik ni..dekat muka hensem dan kotak suara yang menawan ni tau!”.

Hani dah tekup mulut sendiri menahan tawa. Nazran  pula hanya mampu menggeleng. Dari 5 tahun lepas dok berangan nak duet dengan awie tapi sampai sekarang, batang hidung awie pun dia tak pernah jumpa.

“Sudahlah tu ancik, makan je apa yang ada. Ini rezeki kita pagi ni. Tak payahlah nak bertelur bagai. Ni…telur goreng ni kan ada? Ini pun dah cukup syukur dah ”
Nazrul kerling sekilas pada Nazran, tayang muka tak puas hati.

“Ala ngah. Kau apa tau. Aku guna suara nak cari makan. Lainlah kau….”.

“ Cari makan, cari makan jugak. Bila pula kau nak guna suara merdu kau tu masuk tadarus al-quran ?”
Tadarus Al-Quran? Hani dah ketawa sakan dalam hati. Kalau beria ketawa nanti, ada jugak yang kena paksa masak bukan-bukan malam nanti. Baik punya tarbiah pagi Ancik kena dengan Angah. Terbaik!

“Ahh sudah…mula lah tu,” bidas Ancik sambil juling mata ke atas.

“Aku ni cuma bertanya…..”.

“Kau simpan je lah ye….”.

“Opppssss….stop sebentar! Maaf cakaplah ye, tapi kalau abang-abang semua nak bertekak. Silakan. Hani dah lewat ni. Hani pergi dulu eh,” celah Hani yang sudah siap sedia dengan beg galas belakangnya. Tangan Nazrul dan Nazran ditarik silih berganti sebelum disalaminya.

“Ehh..Hani tak makan lagi ni….” Jerit Nazran bila melihatkan pinggan di tempat duduk Hani belum terusik langsung.Hanya milo saja yang terusik separuh.

“Hani makan dekat cafĂ©  je nanti!” balas Hani yang terkial-kial menyarung kasut sneakernya.

“Hani masuk kerja pukul berapa?”.

“Pukul 9!”.

Pukul 9? Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Baru pukul 7.30 pagi. Kalau setakat dari sini ke bandar baru bangi, bukan jauh pun. 10 minit dah sampai. Apa yang lewatnya?

“Awal lagi lah Hani. Apa yang tak menyempatnya ni?” soal Nazran yang dah ada dimuka pintu sambil menatang pinggan.

“ Harini Hani nak kena run pilot plant. Pukul 8 dah kena startup. Pukul 9 tu dah kena bawa masuk raw material dah. Hani takut budak-budak tu tak buat apa pun pagi ni. Jadi Hani kena datang awal ”

“ Nak kena run plant ke, atau nak sarapan dengan Wari?” tebak  Nazran dengan senyum senget.

“Ha? Wari? Memang tak lah kan! Hani dengan dia tak ada apa-apalah. Friends forever ever after”
Nazran gelak kecil.

“Angah gurau je. Nah, rasa sikit. Tak baik, keluar rumah tanpa jamah makanan yang dah siap terhidang. Baca bismillah dulu.”

“Bismillahirahmanirahim.Amin!”
Tersenyum Nazran bila melihat gelagat Hani yang bersungguh-sungguh mengunyah nasi yang disuap sepantas yang mungkin sambil tangan ligat mengikat tali kasutnya.

“Okey. Hani pergi dulu ye!”
“Hati-hati drive!”

“Ini Naurah Tihani la angah. 160 km/jam konar baring tu wajib. Assalamualaikum Ustaz Nazran!”

“Waalaikumussalam Hani,” balas Nazran sambil tersengih-sengih sendiri. Jauh disudut hati, kata-kata Hani tadi di AMIN kan supaya makbul. Hasratnya untuk meneruskan legasi walid harus dikotakan.

“Laaa..Hani dah pergi ke?” tegur suara dibelakangnya.

“Ha’ah. Ada hal katanya. Ada apa Long?”.

“Stokin aku,” komen Nazri sambil tayang muka tak puas hati.

“Stokin kau, ada dekat rak tiga tingkat sebelah almari baju. Ada dalam bakul dekat tingkat pertama.”
“Eh, mana kau tahu? Ajaibnya!”
Nazran sengih.

“Tak ada ajaib manalah Long. Bukan ke segala tempat dalam bilik kau tu dah penuh dengan sticky note yang Hani tulis? Aku yang sekali-sekala masuk pun sempat baca semuanya Long,” balas Nazran sambil berlalu masuk ke dalam membiarkan Nazri termangu sendiri.

“Ha ah kan, aku pun tak tefikir nak tengok dekat kertas warna warni yang Hani tepek dekat bilik tu. Ah, Nazri…dah tua kau ni agaknya!” bebelnya sendirian sebelum join adik-adiknya bersarapan sama di ruang makan.


0 comments:

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon