“ Mama?”.
Tasneem tercari-cari kelibat
mamanya. Mama tiada menantinya
di sisi katil itu. Bilik itu juga agak asing baginya. Hampir seluruh
bilik itu di cat dengan warna unggu, warna kegemarannya dengan hiasan wallpaper
pada dinding berbentuk hati. Dahi
Tasneem berkerut panjang. Di mana
dia sebenarnya? Yang pasti, dia bukan di hospital. Mungkin juga dia di dalam
salah satu bilik dalam rumah papa barunya...bukankah tadi dia pengsan?
“ Mama?”, sekali lagi dia menyeru perlahan.
“ Tasneem?”.
Tasneem bingkas bangun dari baring bila suara itu menyapanya. Dia pantas
tunduk melihat keadaanya ketika itu. Masih lengkap bertudung seperti dia
mula masuk ke dalam rumah itu tadi. Perlahan, dia menarik nafas lega.
“ Emir?
Aaaa...emmm...mama saya mana?” soal Tasneem, serba salah campur malu.
Lebih-lebih lagi bila Emir hanya tersenyum sambil berdiri di sisi katil itu.
“Auntie Farah ada di bawah dengan
uncle Irham. Awak okey Tasneem? Dekat setengah jam juga awak pengsan tadi.
Mungkin, awak letih lama duduk dalam kereta tadi kan? Kesian dekat awak. Kalau awak datang
sini naik flight pun tak apa kan?
Tapi itu lah, uncle Irham tu sibuk nak drive juga ”.
Tasneem sengih. Segan pula bila
soalan itu ditanya. Tak kan
nak jawab tak okey pula kot, padahal dalam hati menggunung malu.
Haiyyyaaa….macam mana kau boleh pengsan ni budak Anim?
“ Mana ada saya pengsan. Saya mengantuk. So tadi...saya terlelap,”
balas Tasneem spontan. Emir gelak
besar. Dengan selamba dia melabuhkan punggung di atas katil, di sisi Tasneem.
“ Awak ni comel la Tasneem. Awak tahu, kali pertama saya nampak awak, saya
terus tertarik tau! Awak ni..hmmm...ada something special yang tak ada pada
perempuan lain.”
Mata Tasneem terbeliak. Hilang terus rasa malu dan segannya tadi. Comel? Something
special?Erkkkk..mamat ni mamai ke atau terlebih minum kopi agaknya? Wajah Emir
yang memang murah dengan senyuman di tenung tidak berkerdip.
“ By the way, umur awak berapa ye
Tasneem?”.
“ 22..tak lama lagi masuk 23
tahun.”
Senyum Emir sampai ke telinga. Entah apa yang gembira sangat kalau setakat
umur saje kot.
“ So, Tasneem lagi muda dari saya la nampaknya. Saya 28 tahun. Tasneem kena
panggil saya abang Emir tau!”.
Abang? Seorang lagi abang? Yang tadi tu abang tiri yang ini pula abang apa?
Tasneem mencongak-congak
sendiri. Dari hanya ada seorang kakak sejak dia lahir, tiba-tiba saja dia ada
ramai abang ! Hebat kau Anim!
“ Tasneem? Fikirkan apa tu?”
“Errr..baik. Baik abang Emir...”
tutur Tasneem, sebutir-sebutir.
“ Tak mau panggil nama pun tak pe.
Abang pun okey,”.
Abang pun okey? Geshhhh..kan ke bagus kalau Abang
Emir ni je yang jadi abang tiri dia, bukan lelaki tu? Abang Emir ni nampak baik
saja orangnya. Sweet. suka tersenyum. Sikap dan perangainya macam Adam. Rupa
pun dah ada iras-iras. Cumanya, errmmm..mulut dia manis sikit rasanya. Adam
pula nampak lebih matang dan setiap kali dia bercakap rasa mendamaikan. Ooohhh…Tasnem,
kau dah pandai banding-bandingkan orang pula ye? Emir dengan Adam ni siapa?
Calon suami? Erkkk…
“ Bro, kau tak payah la nak jual
minyak dekat budak ni pulak. Dia ni
dah jadi sepupu kau pun.”
Tak semena-mena ‘abang tiri’ nya
itu masuk ke dalam bilik tanpa isyarat mahupun ketukan di pintu yang separuh
terbuka.
“ Sepupu pun boleh kahwin maa…kalau
hati dah berkenan. Betul tak Tasneem?”.
Tasneem angguk laju. Mata Syed
Nadzhan lantas membulat. Aihh minah ni? Tak kan lah dia dah sangkut pula dengan Emir ni kot! Baru kenal beberapa
minit dah suka? Hmmm...ada juga rupanya perempuan jenis lurus bendul macam dia
ni. Asal ada saja lelaki yang datang dekat, dia ingat lelaki tu ada hati pada
dia. Huhhh! Satu lagi jenis perempuan yang dia dapat kategorikan hari ni.
Perempuan lurus bendul a.k.a kuat perasan = Afnan Tasneem.
Tasneem mencebik melihatkan reaksi ‘abang’nya. Pandangan mata Syed Nadzhan
tidak diendahkan. Malas nak layan. Sekarang, kata-kata Salwa dulu-dulu dia
akui. Dunia ni kecil dan bulat. Punya jauhlah dia berjalan dan berpusing pun,
kalau sudah ketentuan Allah dia dan Dr.Syed sombong ni bersaudara...itulah
hakikatnya kan?
Tangannya perlahan menarik dan melipat comforter yang menutupi separuh
badannya tadi tanpa mengendahkan kehadiran dua lelaki yang sejak tadi hanya
memerhati saja gelagatnya. Namun, tak lama kemudian dia berpaling bila terasa
diri diperhati. Dahinya berkerut, minta penjelasan.
“ Kenapa abang diam je?”. Soal Tasneem sambil memandang ke arah wajah Emir
di hadapannya.
Abang? Wajah Syed Nadzhan separuh
terkejut. Memang haru betul budak
perempuan ni. Baru jumpa tak sampai 5 minit dah panggil abang? Haiihhhh..siapa sebenarnya abang tiri dia
ni?
“ Ehhmmm..ehmmm…Abang Emir. Dah
lewat ni. Jadi tak kita nak keluar
ni ?”.
Tasneem dan Emir sama-sama berpaling ke arah sisi kanan mereka. Tasneem
terasa ingin ketawa, tapi di tahan. Serius lawak muka Dr.Syed! Kelat! Sudahlah tu, boleh pula panggil abang Emir
ni, abang!
“ Jadi! Tapi kita tukar venue boleh Nadz? Kita
pergi midnight movie dengan Tasneem la ye. Okey tak? Ada apa cerita best ye? Aku dah lama tak
tengok wayang ni ”.
Tasneem senyum panjang.
Wahhhh..midnight movie? Dah lama tak pergi tengok wayang! Wajah Emir di pandang
penuh minat. Serius abang Emir ni memang best! Kalau lah dia jadi abang
tirinya…..
“ Nope! No midnight movie for her
but for us, yes. Boleh!”.
Senyuman Tasneem mati di situ.
Wajah Syed Nadzhan di pandang tajam, tak puas hati. Ni kenapa pula ni dengan Dr.Syed? Gaya lagak dah
macam abang-abang!
“ Kenapa saya tak boleh join pula
Dr.Syed?”. Soal Tasneem.Bibirnya diketap perlahan.
“ Wait! Dr.Syed? Tasneem dengan….”.
Tasneem tergamam bila lengannya
tiba-tiba di tarik. Dia lantas bangun dan mengikut langkah Dr.Syed yang sejak
tadi kejap memegang lengannya. Lengannya kemudian dilepaskan kasar bila mereka
memasuki bilik di hujung tingkat atas banglo itu.
“ Apa ni Dr.Syed? Sakitlah! Kenapa
tarik saya sampai sini pulak?” rungut Tasneem. Lengannya yang terasa
berdenyut-denyut di gosok perlahan
sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah tindakan lelaki itu. Seketika matanya
ligat memandang ke arah sekeliling bilik itu. Ini bilik siapa pula ni?
“ Dr.Syed..Dr.Syed…kita sekarang di
rumah, bukan opis!” tegas Syed Nadzhan. Wajah nya tegang, pandangannya tajam.
“ Habis, saya nak panggil apa?
Abang Syed? Hisyhhh..tolonglah!”.
Abang Syed? Syed Nadzhan tergamam.
Hilang kata.
“ Apa tolong, tolong? Aku bukan nya
lelaki mulut manis macam Emir yang kau nak panggil-panggil abang!”.
“ Saya tahu tu! Mulut Dr.Syed tu memang tak manis, tapi tajam.
Cakap ikut suka je. Habis tu, Dr.Syed nak
suruh saya panggil apa? Hisyhhh…panggilan pun nak jadi isu.” Tasneem terusan
membebel. Sudahlah badan penat, letih...kena bebel pula tu.
“ Benda ni tak kan jadi isu kalau kau tak beria-ia nak buat praktikal
dengan aku!”.
“ Pulak dah ? Saya apply je, manalah saya nak tahu yang Dr.Syed ni
bakal jadi..”.
“ Tak tahu ke, atau saja pura-pura tak tahu? Ha? Aku paling pantang orang yang suka berbohong ni,
kau tahu tak?”. Syed Nadzhan pantas memotong cakap Tasneem dengan
wajahnya yang serius.
Tasneem sedikit terbelakang bila Syed Nadzhan mula mendekatkan diri
dengannya. Melihatkan renungan matanya, jadi seram sejuk badannya semula.
“Errr...apa ni Dr.Syed..janganlah datang dekat-dekat...”.
Syed Nadhzan mencebirkan bibirnya. Langkah kakinya diteruskan merapati Tasneem
hingga tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik itu. Tasneem pejam mata.
Akalnya dah tak mampu berfikir lagi. Doanya cuma satu, moga-moga ada seseorang
yang sedar kewujudan mereka berdua dalam bilik itu.
“ Nadzhan! Apa kamu berdua buat dalam bilik ni? ”.
Matanya lantas dibuka laju lalu berpaling. Mama, Papa Syed, Abang Emir! Tolong
Anim!
“Jangan beritahu sesiapa yang kau
kenal aku sebelum ni, faham?”. Sempat
juga pesanan diberi sebelum dia keluar dari bilik tanpa menjawab soalan Papanya.
Tasneem mengurut dada, lega. Bahaya juga dia ni rupanya. Tapi... bukan ke dia
tak minat pada kaum perempuan? Macam mana pula tadi...ahhh...abaikan! Lekas dia
melangkah laju ke arah mama lalu tubuh mamanya dipeluk erat. Papa Syed pula
hanya mampu menggeleng kepala, tanpa kata.
***********
Syed Nadzhan meraup wajahnya, perlahan. Sesekali dia mendegus kasar. Rasa
menyesal dengan tindakannya tadi mula menghantui dirinya. Kenapalah agaknya dia
boleh bersikap begitu pada Tasneem? Sudahlah tu, ditangkap berdua dalam bilik
dengan papa, auntie Farah juga Emir pula tu!
“ Bro! Kau kenapa ni? Kau dengan Tasneem, dah pernah kenal ke sebelum ni?”.
Bahunya ditepuk perlahan oleh Emir yang duduk di sisinya sama-sama disudut
hujung katil itu. Syed Nadhzan mengeluh perlahan.
“ Tak adalah,” balasnya pendek.
“ Tak ada? Habis, tadi tu? Apa kes ? Aku tak pernah tengok kau react macam tu sebelum ni Nadz. Kau
terus-terang je dengan aku. Dia tu siapa sebenarnya?”. Soal Emir bertalu-talu
dengan wajah beria-ia. Syed Nadzhan
mengeluh lagi. Dia rasa terhimpit. Itu kan,
bertindak tanpa berfikir. Kesannya? Dari orang tak tahu apa-apa, boleh jadi
tahu. Kepalanya digaru perlahan tanpa makna.
“ Okey, fine. Dia student praktikal
aku,” balas Syed Nadzhan, malas-malas.
“ What??”.
“Iye, dia student aku. Tapi kalau
boleh, aku tak mau papa dengan Auntie Farah tahu.”
Emir ketawa kecil. Patutlah Tasneem
sampai pengsan bila nampak Syed Nadzhan tadi. Rupa-rupanya mereka memang dah kenal satu sama lain sebelum ni.
‘ Ada masalah ke kalau papa kau tahu ?’.
Syed Nadzhan angguk perlahan.
‘ Aleesya pernah buat cerita yang aku ada affair dgn budak tu. Papa pun
tahu.’
‘ So ? Apa masalahnya? Realitinya kau memang tak ada apa-apa dengan
dia kan? Jadi abaikan saja gossip liar tu. Haahhh..Aleesya, dia tu kan memang
obses dengan kau. Mana boleh dia duduk diam kalau ada perempuan lain dekat
dengan kau kan?”.
“ Itu lah tu.”
“ So, kalau berita tu tak benar, apa yang kau nak takutkan? Yang kau
beria-ia tarik tangan budak tu tadi..kenapa? Kesan dia wehh...dah lah nampak
muka kau je terus dia pengsan tadi.” Emir ketawa besar. Syed Nadzhan mencebik.
Itu lagi satu masalah. Boleh pula budak tu pengsan bila nampak dia tadi. Macam
nampak hantu je!
“ Dah lah, aku tak nak cakap lagi pasal tadi. Hahh..dah lewat ni. Pergilah balik!”.
‘ Hamboi...dapat adik comel terus halau aku balik ye ! ‘. Emir
mengusik. Sengaja dia mahu menduga. Hati Syed Nadzhan memang susah hendak
dibaca tapi Aleesya kan satu tempat kerja dengannya ? Pasti dia tahu
sesuatu. Kalau tidak, tak kan lah dia pandai-pandai saja buat cerita ?
Hmmm...kena risik pada Aleesya ni !
‘ Kau tu bukan boleh dipercayai sangat. Nanti malam-malam kau merangkak ke
bilik sebelah kan ? ‘.
‘ Iye lah tu. Okey la bro. Jumpa esok la ye. Esok aku datang breakfast
kat sini. Cadangnya esok nak ajak
Tasneem keluar dating. Papa dengan mama baru kau dah izinkan. Balik dulu la.
Chow!”.
Kelibat Emir di pandang hingga hilang dari bilik itu. Emir nak
datang lagi esok sebab nak bawa Tasneem dating? Tak kan lah dia ada hati pada budak tu pulak kot? Haisyhh..budak ni
betul-betul macam gula lah! Dekat ofis, Adam datang dekat. Dekat rumah pula si
Emir. Hailah Tasneem! Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni kenapa mesti
kau yang jadi adik aku?
Dan Syed Nadzhan terusan mengeluh….
***********
“ Morning sayang. Lena
tidur malam tadi tak?”.
Tasneem tersenyum taktala
punggugnnya dilabuhkan di atas kerusi makan rekabentuk english itu. Semuanya
warna putih dalam rumah ini. Suci lagi murni. Hujung tudungnya yang terjatuh di
betulkan semula dan letak elok ke bahunya.
Perlahan-lahan dia menikmati bau
nasi goreng kampung yang masih lagi berasap di atas meja. Mesti sedap ni! Dah
lama mama tak masak spesial macam ni! Favorite tuhh!
“ A’aa…Anim. Tunggu papa dengan
Abang Nadz dulu sayang.” Tasneem sengih panjang. Perlahan-lahan tangan kanannya
di tarik semula ke sisi. Sudah
terbiasa berdua di rumah, terlupa pula pagi itu dia ada di mana.
“ Morning Anim!”.
Tasneem menoleh. Bibirnya di paksa menghadiahkan senyuman pada papa Syed
dan kemudian dia tunduk hormat. Terasa masih kekok dengan keadaan baru itu.
Hendak disebut perkataan papa pun rasa menggeletar saja bibirnya.
“ Ehh...Nadz tak turun lagi ke?”.
“ Belum lagi.”
“ Anim boleh tolong papa?
Panggilkan abang Nadz turun ye!”.
Wajah papa Syed dipandang tanpa
berkerdip. Dia? Panggil Dr.Syed turun? Tak ada orang lain ke yang lebih layak?
Mengingatkan kisah malam tadi pun dah cukup buat dia tak lena tidur malam. Lagi pula bila memikirkan lelaki itu
berada di bilik sebelahnya. Haisyhhh....tak larat nak pikir dah.
“ Anim? Yang kamu dok tenung muka papa tu kenapanya? Pergi panggil abang Nadz cepat. Dah sejuk, tak
sedap nanti nasi goreng ni. ‘
Tasneem angguk laju. Langkah di atur malas-malas ke tingkat atas rumah itu.
Dalam banyak-banyak lelaki kenapalah mesti lelaki ni jadi abang dia ?
Kalau Adam, okey juga. Baik, tenang saja orangnya. Tentu aman harmoni keluarga
baru mereka. Tapi, Adam ? Ohhh..tak boleh. Dia kan cinta hatiku.Tasneem
senyum sendiri.
Akhirnya dia tiba juga di pintu bilik yang dicat warna biru muda itu. Masih
berkira-kira untuk masuk. Tangan kirinya kemudian dipaksa mengetuk pintu itu
beberapa kali namun tiada sahutan. Tombol pintu dipulas perlahan. Tak
berkunci.Dengan sekali tolak saja, pintu itu sudah terbuka luas.
Seperti yang dia jangka. Bilik tidur lelaki itu memang keadaanya sama
dengan biliknya di pejabat. Sangat kemas dan teratur. Dinding dihias
wallpaper warna biru laut. Perhiasan dalam bilik itu pula dari katil, meja
kerja, almari baju dan loker semuanya warna putih. Jauh di sudut hati, dia rasa
kagum.
Dia tidak pasti pada lelaki lain,
tapi setakat yang dia tengok dalam cerita-cerita di televisyen bilik lelaki
selalunya berselerak. Pakaian bertaburan atas lantai. Majalah berselerak. Makanan tak habis dibiar atas
meja. Mug air yang berisi air tak habis dibiar tak berbasuh. Bau pula
tak payah cerita lah! Dah bau pekung kata orang! Bau rokok bercampur baju tak
basuh dan juga bau makanan dan minuman basi.Urghhhh..tak dapat dibayangkan
keadaannya!Tapinya bilik ni berlainan sekali. Kalah bilik anak dara!
Tapi, ke mana pula tuan bilik ni pergi? Elok saja katilnya berkemas
macam tak terusik. Entah-entah dia ikut abang Emir balik rumah dia semalam tak?
Ehhh..lembut gila tilam dia ni. Lagi
best dari tilam bilik nya. Bau pun wangi je cadarnya. Relaks dulu lah ! Lagi pun, dia bukan ada pun
kan ?
Tasneem merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu dengan kakinya sengaja
dijuntaikan ke bawah. Dia senyum sendiri. Macam tak sangka saja dia
boleh duduk serumah dengan lelaki tak suka perempuan tu. Bukan saja serumah,
tengah baring atas katilnya pulak tu! Huyaaaiiii..kalau cerita pada Kak Mas
dengan Salwa ni mesti diorang mati hidup semula tak percaya. Kalau cerita pada
Dr.Aleesya? Mau sebulan pun tak cukup dia amuknya! Tasneem ketawa kecil bila
memikirkan rancangan jahatnya itu.
Namun, bunyi dentuman pintu
menghentikan tawanya. Dia bingkas bangun namun sedikit terkejut bila pemilik
bilik itu sedang berdiri tegak dihadapannya sambil mencekak pinggang. Tasneem
lantas tunduk dengan kedua tapak tangannya menutup muka.
“ Seronok nampak?”.
Tasneem rasa berdebar. Jantungnya
berdegup kencang. Ini bukan kantoi agung dah ni. Ini namanya dah kantoi tahap
dewa! Macam mana lah dia tak boleh terfikir yang lelaki itu ada dalam bilik air
tadi? Kalau pagi, mestilah mandi dulu baru sarapan ye tak?
“ Kau kenapa ni? Nampak hantu? Turunkan tangan kau tu!”.
Tasneem geleng laju.
“ Sudahlah masuk bilik orang tanpa izin,suka-suka hati kotorkan katil pula
tu. Turunkan tangan tu!”. Suaranya makin keras. Tasneem kecut perut. Cepat
tangannya diturunkan namun matanya masih lagi dipejamkan.
Syed Nadzhan ketap bibir. Melawan
lagi tu!
“ Kenapa dengan mata kau tu? Ketumbit?”.
“ Haaa?”. Pantas matanya dibuka tapi kemudian dia tunduk. Syed
Nadzhan makin tak puas hati. Dari mencekak pinggang,tangannya kini dipeluk erat
ke tubuhnya.
“ Dah, aku tak ada masa nak
main-main dengan kau. Kau nak apa
masuk bilik aku ni? ‘.
‘Aaa...err...papa Dr.Syed.... ‘.
‘ Berapa kali aku nak kena tegur, bila cakap pandang muka. Jangan
jadi orang tak ada adab ! ‘.
Tasneem telan air liur. Terasa payah pula patah-patah perkataan
nak keluar dari mulutnya. Mamat ni serius tak sedar keadaan diri dia tu macam
mana .Itu sebab sibuk nak suruh pandang muka dia yang tak ‘semenggah’
tu.Geshhhh....
“ Saya tunduk, bercakap tak pandang muka bukan bermakna saya tak ada adab. Tapi sebab saya segan. Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada perempuan kan? Tengok kami yang
perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal Dr.Syed.
Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan
saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun
sarapan sama.”
Tasneem bingkas bangun dengan pandangannya masih ditundukkan. Langkahnya di atur laju keluar dari bilik
itu tanpa berpaling lagi.
Syed Nadzhan tergamam. Perlahan-lahan dia tunduk memandang keadaan dirinya
yang hanya berseluar bermuda paras lutut dengan tuala masih elok bergantung di
bahunya. Kata-kata Tasneem
tadi benar-benar buat dia rasa terpukul. Budak tu cakap aku tak suka perempuan ? Maksudnya selama ni yang dia tersasul tu dia
maksudkan aku..... ? Arghhhhh!!!!!!
Langkah Tasneem terhenti di anak tangga terakhir ke tingkat bawah rumah itu
taktala suara jeritan itu kedengaran. Bibirnya diketap perlahan. Dia salah
cakap atau dah tersalah anggap sebenarnya ni? Ahhhh..abaikan. Yang penting,
perut yang kosong perlu di isi. Lagi pun, sekejap lagi dia ada janji dengan
Abang Emir!
to be continue....
p/s : amacam kwn2? dah terjawab teka-teki anda?hihihi....jemput comment deh kalau sudi :-)
27 comments:
Bestnya...cpt2 sambung ye atau kuarkan novel terus...
Alaaaaa....aifa..naper dr.syed..mcm mana nk kawen ni..huhuhu..tp..best sesangat..nasib baik bkn adik bradik btol..cpt2la matchkan dieorg ni..huhuhu
haha...best 3x...dr syed rupanya..hehe...sambung cepat ye...
Omg!!! Mama aneem kawen ngan papa dr.syed?? Haru lah hidup si anem. Pertanyaan. Depa boleh kawen kan??
-ayu dzulkarnain-
waaahhh...cik pnulis cpt sambung yer...jnuh tggu..hehehe bestttt ^,^
Hahaha.. Aduhaiiii. Tp nak tasneem ngn abg nadz jugak bleh?
Bestnya..memang kelakar lah Anem ni..tp napa pendek sgt cik aifa,x puas baca lah..Cepat-cepat post new entry ya...
EL
wow.best sangat2..tersengih-sengih sy baca,haha.Dr Syed tu dh tgkap cintan dgn Tasneen tu.kelakar btol.x sbr tggu nxt n3 :)
adik beradik tiri, lain mak lain bapa so memang boleh kawin....tak sabar nak baca next n3...
Bleh kwen k kak??
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan
anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23) [3]
sian Anim kan sampai pengsan.... ha...3x senyum sampai telinga le baca n3 ni.
suka3x lagi3x cpt2 sambung ye cik Aifa
alah Anim boleh kawen ngan dr syed je ape
Adik beradik sabit ialah duda kahwin dengan janda yang kedua2nya ada anak..maka anak si duda dan si janda tidak ada sebarang hubungan nasab maka dibolehkan kahwin. Adapun jika satu ibu dan berlainan bapa maka haram kahwin..
k lps nie tasneem ngan dr syed sure bnyk mase nak berbaik2 tp perlu bnyk kan dugaan...................
ske3,,,hehehe,,
yemmg tbaik r skli Dr syed da
salam, nak tau.....bila novel K.G. nak sampai kat bookstore kuching....dah tak sabar nih.....
best tak sabar nak tunggu...
ap cite selanjutnya...
ahahahaha... so sweet..
best2! tp nape Dr. Sayed yg jd abg dia..huhu~
waaaaa... mengapa jadi mcm ni pulak cik aifa....
makna nya takda harapan lah nak match tasneem & Dr. syed ni...
kalaupun mereka boleh berkawin ... tapi tak manis lah pulak kan.... huaaaaaa.... habislah.... :(
Kak Aifa, tak sabar lah nak tunggu seterusnya. Post laju-laju macam dulu ehh? >.<
Besh sangat...
Kesian dr, syed .. dah dislh anggapkan pulak . hehehe... waitin for the next entri with lev ...
walaupon adk bradik tiri tp still bley kawen...
abes la anim... dr.syed da tau yang anim igt dia gay!!!
arghhhh kenapa mesti jadi adik beradik plak?? ermmmmm
Post a Comment