Followers

Showing posts with label My Dear Mr Dimple. Show all posts
Showing posts with label My Dear Mr Dimple. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Terkini tentang kisah Umar Faliq

pic kredit pd tuan punya badan.ilustrasi semata2.tiada sangkut paut dgn tuan punya gambar.

p/s: maaf.kualiti kurang memuaskan sbb pixel rendah

Thursday, September 5, 2013

Mr Dimple...Umar Faliq







Dia sudah puas cari merata tempat. Destinsi pertama, café Al-Faliq dengan harapan dia sempat ke sana sebelum Sofea bergerak ke mana-mana. Tapi harapannya hampa bila si pinky masih terletak elok di ruang tempat parkir kereta hadapan café. Bermakna, Sofea memang tak ke sana.


Panggilan telefonnya pada Zafril pula, tak berjawab. Mungkin dia sibuk dengan kerjanya. Dan dek kerana tak mahu Mama Dhuha memikirkan yang bukan-bukan kalau disoal tentang Sofea melalui telefon, dia gigihkan juga meredah kegelapan malam menuju ke Sungai Buloh dengan berbekalkan alasan, nak ambil pakaian Sofea. Tapi bila sampai sahaja di sana, ternyata di sana pun dia tak ada juga. Umar dah jadi hilang punca.Dah kemana perginya dia? 

Umar langsung jadi tak betah untuk duduk. Mundar mandir dia di tepi jalan berhampiran R&R serdang. Dia dah buntu nak mencari. Sudah berkali-kali panggilan dibuat, tapi dari tak berangkat kesudahnya Sofea mematikan telefonnya terus.Nampak sangat dia memang cuba nak larikan diri.

Macam mana ni? Gusar Umar sambil duduk di tepi benteng jalan.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari cara dan idea. Kawan dia! Entah-entah dia tumpang rumah kawan dia. Hmmm…siapa nama kawan baik Sofea tu ye? Linda? Ina? Alamak, lupa pula namanya. Tapi, kawan Sofea tu macam rapat saja dengan Zam. Mesti dia tahu nombor contact kawan baik Sofea tu. Cepat-cepat nombor telefon Zamri di dail.

“Yes bos! Café dah nak tutup bos. Jangan risau, semua di bawah kawalan. Bos boleh relax-relax dengan Cik Sofea..ehh..silap. Puan Sofea. Hehehehe”.

Umar mendengus kasar.Belum  ditanya, dia dah jawab.Bertuah punya budak.

“Hmm..bagus. Ni..Zam. Awak kenal kan kawan baik Sofea tu?”.

“kawan baik? Lina ye bos?”.

Lina?

“Sofea ada kawan baik selain dia ke?”.

Zamri tertawa besar.

“Bos..Cik Sofea tu bini bos. Bukan bini saya. Manalah saya tahu bos…hahahah”.

“Tak payah nak loyar buruk malam-malam macam ni la Zam. Saya serius ni.”

Tawa Zamri terhenti serta-merta bila nada suara Umar mulai serius.

“Okey bos. Baik bos. Seingat saya, Cik Sofea tu memang ramai kawan. Dulu, masa mula-mula dia datang café..dia datang dengan orang lain. Tapi lepas tu, selalunya dia datang dengan Harlina. Kenapa ye bos?”.

Aha,Harlina! Umar sengih.

“Awak ada nombor telefon Harlina?”.

“Eh? Bos nak buat apa dengan nombor dia? Harlina tu dah kahwin tau bos!”.

“ Saya tau lah! Saya ada hal sikit dengan dia. Awak ada nombor phone dia ke tak?”.

“Ooo..saya ingat bos cuba nak tackle kawan Cik Sofea tu. Bos jangan bos, Cik Sofea tu dah cukup baik dah bos..bos pun dah nikah pun kan dengan dia. Jangan buat hal bos…”.

“Zam!!!”.

“Okey bos! Sorry..sorry. Saya sent nombor dia pada bos ye.Selamat malam bos. Assalamualaikum…”.

“Waalaikumussalam.”

Umar tarik nafas lega. Harlinalah harapannya yang terakhir. Kalau tidak, mahu tak tidur malam dia dibuatnya. Mana pula nak mencari Sofea malam-malam macam ni?

Bunyi mesej masuk disambut dengan senyum panjang. Tanpa tunggu lama, nombor telefon Harlina didail sebelum panggilannya bersambung.



*****


“Masuklah Umar,”.

Umar masih setia di hadapan pintu masuk sambil kepala terjenguk-jenguk ke dalam. Tertawa kecil Harlina dibuatnya. Dah gaya pencuri je. Nak masuk, tapi takut-takut.

“Sofea dah tidur. Jangan risau.”

“Suami awak?”.

Harlina senyum lagi.

“Dia dah dekat area sini. Kejap lagi sampailah tu. Masuklah. Jangan risau, saya dah beritahu pada Samsul tentang awak. Masuklah Umar.”

Ada wajah lega terpancar di muka Umar sebelum dia melangkah masuk. Usai melabuhkan punggung di sofa, dia menyambung kata.

“Maafkan saya Lina, susahkan awak je. Ganggu malam-malam macam ni.”

“Tak adalah. Saya okey je. Pia memang biasa buat perangai macam tu. Dulu-dulu, kalau dia merajuk dengan Naim pun..saya juga yang dia cari.”

Naim? Wajah Umar serta-merta berubah.Rasa tak dapat nak telan air liur bila nama itu disebut-sebut lagi. Kan ke bagus kalau dulu, dia yang bertemu dengan Sofea. Bukan Naim? Ahh..Umar. Apa yang nak disesalkan? Semua yang Dia aturkan, pasti dah bersebab. Tak perlu nak menyesal. Lagipun, kalau bukan sebab Naim buat perangai…belum tentu lagi kau dapat kenal dengan Sofea kan?

“Hmmm..maafkan saya Umar. Saya tahu, awak kurang senang saya sebut pasal Naim tu.”

Teguran Harlina langsung mematikan monolog Umar dalam hati. Dalam paksa, dia tarik senyum bila mendengar pernyataan Harlina.

“Saya tak tahu nak terangkan macam mana.Tapi yang boleh saya beritahu, Cuma satu. Saya ikhlas, ambil Sofea jadi isteri saya. Tak ada niat lain. Jauh sekali bertujuan untuk sakitkan hati dia.” Jelas Umar dengan wajah polos. Seboleh mungkin dia mahu Harlina tahu tentang isi hati sebenarnya pada Sofea dengan harapan, Harlina mampu menyakinkan Sofea nanti.

“Saya tahu Umar. Awak jangan risau dan jangan terlalu ambil hati apa yang Sofea cakapkan. Kalau dia tengah marah, habis segalanya dia keluarkan.Cuma satu yang saya nak beritahu pada awak, jangan sekali-sekali mendesak dia sebab Sofea kalau didesak…dia akan lebih melawan. “

“InsyaAllah. Saya akan ingat pesan awak tu. Emmm…saya rasa, saya kena gerak dulu kut.Dah lewat ni.”

“Eh, nak ke mana pula? Tidur je la kat sini.”

“Haa? Ttt…”ayat Umar habis saja di situ bula Harlina dah tayang sengih.

“Laaa…awak kan dah nikah pun dengan Sofea.”

“Tak pe lah kut. Esok pagi-pagi, saya datang ye.” Balas Umar sambil bingkas bangun .

“Umar..sebaiknya awak tidur je kat sini malam ni. Mana tahu, celik-celik mata je dia nampak awak….hati dia boleh lembut semula?”.

Langkah Umar ke muka pintu terhenti. Keluhan dilepaskan sebelum senyum pendek dihadiahkan pada Harlina. Tak lama selepas itu, sebuah kereta Toyota Avanza pula masuk ke ruangan parkir. Tekanya, tentu lelaki ini Samsul, suami Harlina dan tak kan tiba-tiba sahaja lelaki ini sampai dia pula mahu keluar? Makanya, suka atau tidak..terpaksalah dia tidur juga disitu dengan harapan bila bangun esok pagi dia tak disumpah seranah dek Sofea. Amin!


p/s: sebab ramai yg tanya, ke mana hilang Umar..asyik2 teaser pasal Naim je..so sya up entry umar. aci kan?




Tuesday, August 27, 2013

Encik lesung batu...




Usai solat dan mengaminkan doa, Sofea sedikit terkejut bila lihat Umar sedang duduk di hujung sudut tepi katil sambil memandang ke arahnya. Dia masih lengkap dengan jaket yang menutupi t-shirt putih kosong. Barangkali baru sampai waktu dia tengah solat tadi.

“Kenapa tak tunggu, boleh solat asar sama-sama,” tutur Umar perlahan dengan mata masih tak lepas memandang ke arah Sofea yang masih lengkap bertelekung.

“ Saya tak tahu, pukul berapa awak akan datang sini. Jadi, saya solatlah dulu. Ini pun dah lewat sangat ni. Satu rumah ni saya berpusing cari telekung tau!”

“Kenapa tak minta pada mama?”

“Bilik mama pun saya tak tahu, banyak giler kut bilik dalam rumah ni. Dah gaya asrama,” balas Sofea, polos. Dalam polos, riak mukanya masih Nampak beria-ia bercerita.

Umar senyum sambil garu belakang leher.Iye tak iye juga kan. Rumah ni, harap bili saja yang banyak tapipenghuni nya tak sampai separuh dari jumlah bilik yang ada. Hmmm... Mama ni pun, boleh pula tinggal Sofea dalam bilik bilik sorang-sorang.

“Ni, dari mana dapat ni?” soalnya lagi dengan ekor mata terarah ke telekung yang baru saja dibuka.
“Pinjam Mak Ita punya,” balas Sofea diiringi sengihan.

Umar hanya mengangguk manakala Sofea lambat-lambat meneruskan lipatan telekungnya yang tergendala tadi. Sesekali keluhan dilepas perlahan. Janggal, sangat janggal bila berdua-dua macam ni. Rasa macam…

“Nah.”

Beg kertas yang dihulurkan di sambut dengan kerlingan mata.
“Apa tu?”

“Pakaian awak untuk malam ni dan esok. Saya takut tak sempat nak pusing balik ke sini kalau saya balik ke rumah awak. Jadi, saya singgah dekat The Mines tadi.”

Dengan kening berkerut, leher dipanjangkan ke arah dalam beg kertas yang dihulurkan. Bila terlihat saja isi dalam beg itu, langsung membulat mata Sofea dibuatnya.

“Aaa…awak..beli semua ni?”.

Umar angguk tak bersalah sambil angkat kening sebelah.

“Kenapa ye?”.

Sofea dah tekup muka dengan tangan. Rasa tak cukup dengan itu, telekung yang elok berlipat tadi dibuat tutup mukanya sambil kepala disembam ke atas tilam.Isyhhh dia ni! Boleh pula dia Tanya kenapa? Aci tak kalau aku tanya dia balik, kenapa awak ni tak malu sangat? Arghhh.

“Sofea..kenapa ni? Awak okey ke?” soal Umar takut-takut. Teragak-agak tangannya menyentuh bahu Sofea yang bersimpuh di sisi katil itu sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lambat-lambat Sofea angkat muka usai telekung yang menutupi wajah dan kepalanya tadi dialihkan dek Umar.

“Awak ni…awak tak segan ke pergi beli sotong dengan adik-adik saya tu?” soal Sofea dengan mata sengaja dipejamkan dan wajah masih ditekup dengan tangan. Dia yang membayangkan pun boleh rasa malu yang amat, macam mana pula dia boleh buat biasa je?

“ Sotong? Saya tak beli sotong pun…” balas Umar, polos sambil tangannya menarik semula beg kertas yang dihulurkan sebentar tadi. Isi dalam beg dipandang bersilih ganti dengan wajah mencuka Sofea.

“maksud saya, yang warna pink tu…yang macam cermin mata tu…orang panggil sotong.”

Umar garu kepala. Tadi sotong, sekarang cermin mata? Yang mana satu betul ni?

“Errr….jap. Maksud awak…ini ke?”.

“Haippp! Jangan sentuh. Awak beli untuk saya kan? Bermakna, saya je boleh sentuh benda tu. Bak sini beg tu…”.

Beg kertas tadi bertukar tangan dengan ada senyum senget dihujung bibir Umar. Sempat juga mata Sofea scan segala tok nenek yang ada dalam beg kertas itu. Selain sotong dan adik-adik, ada tudung bawal 2 helai, jubah dua helai dan pyjamas di dalamnya. Mak aihh..jubah? Umar nak suruh aku pakai jubah?

“ Saya tak pasti, awak pakai saiz apa. Saya main agak-agak je.” Jelas Umar tanpa di pinta.
Sofea hanya membalas dengan kerlingan. Agak-agak ye. Entah-entah dalam diam, waktu aku tertidur dekat cafe tadi sempat dia scan satu badan. Erkkk…seram! Takmo fikir, takmo fikir! Sila ubah topic lain Pia sebelum isu size dan yang berkaitan dengannya jadi makin panjang.

“Err..umar, adik awak…dah balik ke? Saya teringin nak kenal orangnya. Bilik dia dekat mana ye? Tingkat bawah ye?”.

Wajah Umar berubah seketika sebelum keluahan panjang dilepaskan.

“Entah. Ada kut dekat bawah,” balas Umar acuh tak acuh sambil berlalu ke bilik air dengan tuala dan kain pelekat di sibai di atas bahunya.

Entah? Itu je jawapannya? Kelibat Umar dikerling tajam hingga hilang di balik pintu bilik air. Sengal punya abang! Adik sendiri pun buat tak tahu je.

 Tak tunggu lama, Sofea bergegas keluar dari bilik itu. Tolong Mak Ita pun bagus juga dari duduk lama-lama kat sini bercakap dengan orang yang ignorant macam dia ni.


                                                                  ******



“Oh My God, Sofea! Sofea buat apa tu?” jerit Datin Gina dari ruang depan dry kitchen sebelum berlari-lari anak ke arahnya. Larian tangan Sofea terhenti sebelum mendongak ke atas sambil tayang sengih pada mama.

“Sofea tumbuk sambal belacan ma. Mak Ita kata, papa suka makan sambal belacan kan?” balas Sofea sambil sambung menumbuk.Tapi baru anak lesung diangkat, tangannya dah disambar dek tangan Datin Gina dengan gelengan kepala.

“ Sofea…stop it dear. Dah, bangun! Siap bersila lagi atas lantai ni. Kotor baju Sofea nanti. Bangun sayang. Biarkan je lesung batu kat situ. Nanti Mak Ita boleh sudahkan.”

“Tak apa , ma. Sikit je lagi ni.”

“Nope. Dah bangun! Bangun! Hisyhh..Sofea ni.”

Akhirnya Sofea hanya  menurut bila lengannya dah ditarik-tarik supaya bangun. Pili air dibuka, sebelum tangan dibasuh dengan sabun.

“Mak Ita….”. Suara Datin Gina berbaur amaran. Tangan dah dicekak di pinggang ke arah Mak Ita yang tengah menimba gulai ayam dalam periuk.

“Ddd..datin, saya dah larang tapi Puan Sofea nak buat sendiri juga.”

“Betul tu ma. Sofea yang nak buat. Mak Ita dah larang Sofea tadi. Sofea tak tahu nak buat apa, jadi Sofea tolonglah mak Ita dekat dapur. ”

“Nope and no. Sofea tak boleh buat semua ni. Nanti kasar tangan Sofea, macam mana? Sofea kena jaga semua tu. Plus, Sofea kena tahu nature kerja Umar macam mana. Sofea kena…oh, by the way, Umar dah balik ke? Mama ada nampak motor dia dekat luar.”

Sofea angguk perlahan sambil dalam hati mendengus sendiri. Rasa tak sedap hati bila soal kerja Umar dibangkitkan dan kemudian dikaitkan dengan tangan kasar. Apa kaitannya di sini?Apa kerja umar tu sebenarnya? Buat part time telek tangan orang? Atau..jadi model pakaian lelaki? Kaitan?

“Dah…Sofea pergi naik atas dulu ye. Buat je apa-apa yang boleh. Tengok tv ke…golek-golek ke. Surf internet and what so over, tapi mama tak mahu nampak Sofea di sini. Okey? Pergi rehat ye sayang. Nanti bila makanan dah siap, baru Sofea turun.”

Dan Sofea hanya mampu menurut bila bahunya sudah ditarik sama untuk ke ruangan depan. Usai pintu lif terbuka, kakinya diheret malas-malas melangkah. Sempat juga senyum terpaksa dihadiahkan pada mama yang beria-ia melambai dan bagi isyarat ala-ala maskot KFC, angkat ibu jari.

Sampai sahaja di tingkat atas, pintu bilik dibuka perlahan sebelum matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang hanya bertuala dihadapan wardrobe ralit memilih pakaian yang bergantung dengan mulut menggumam sendirian seakan merungut.

“Sss…saya tukar aturan baju tu. Awak…”.

Laju Umar berpaling masing-masing tergamam tanpa kata. Bibir Sofea sedikit bergerak-gerak, seakan  mahu menyambung kata-katanya yang terhenti sebentar tadi tapi entah kenapa tak terluah.

Akhirnya suasana tegang itu jadi reda bila tawa Sofea terhambur bila tiba-tiba sahaja Umar berlari-lari anak ke arah tingkap sebelum bersembunyi di balik langsir. Tertunduk-tunduk Sofea menahan tawa. Patutnya dia yang menjerit sebab terkejut, dah boleh pula Umar yang pergi menyorok sebab malu. Hailah umar.

Monday, August 19, 2013

My Dear, Mr Dimple continue.....




“Betul ke rumah dia kat sini?”

“Iya, betul..tak kan saya nak tak tipu Datin pula. Sekejap ye. Eh…pintunya tak tertutup pula. Kenapa agaknya ye?” soal Zamri sendirian sambil kaki terus melangkah mendaki tangga. Seketika matanya tertancap pada sepasang sandal hitam yang tersusun elok di tepi pintu. Ahhh..mungkin Cik Sofea ada lagi, tak balik. Sebab itulah bos bukak pintu. Nak elakkan fitnah…mungkin?

“Assalamualaikum….bos..Oh..bos,” panggil Zamri sambil tanggal capal, tangan tolak perlahan daun pintu yang separuh terbuka.

“ Dia taka da kut!”.

“Ada, capal dia ada, bermakna dia ada di rumah ni. Tapi, itulah. Call tak berangkat. Salam pun tak berjawab. Pelik juga ni. Jarang-jarang bos buat perangai macam ni,” balas Zamri sambil kalih pandang ke hadapan, tapi kemudian langkahnya terhenti. Tergamam dia di muka pintu dengan mata membuntang.

“MasyaAllah…bos! Bos buat apa ni!” pekik Zamri sambil bergegas masuk.Tetamu yang mengekorinya dari belakang sejak tadi turut sama bergegas masuk tanpa sempat membuka kasutnya.

“Umar! Umar! Bangun!”.

Umar terjaga bila bahunya  dipukul berkali-kali. Terpisat-pisat dia memandang kea rah datang suara sebelum matanya memaku ke wajah itu.

“ Ma? Ma buat apa dekat sini? Macam mana mama tahu…”.

“kamu tu buat apa tidur di sini? Perempuan ni siapa?” soal Datin Gina dengan mata membulat, tangan disisip di pinggang.

“Perempuan?” soal Umar kembali. Matanya menala kea rah sekeliling rumahnya sebelum terhenti ke sisinya. MasyaAllah! Cepat-cepat dia bangun dengan wajah serba-salah. Rambut yang sedikit kusai dibetulkan beberapa kali dengan tangan.

“Bos…apa bos dah buat pada Cik Sofea? Bos bagi dia ubat tidur ke?” soal Zamri dengan wajah mencuka. Sesekali wajah Sofea yang masih tenang tidur dikerling dengan keluhan.

Mata Umar membulat kea rah Zamri. Mak aihh mulut! Ubat tidur? Suka-suki dia saje menuduh!Bibir diketap geram sambil matanya dikecilkan. Melihatkan respon itu, Zamri langsung tunduk menikus.

ehhh budak zam ni.... -umar-


“ Umar..siapa perempuan ni? Apa dia buat di sini?” soal Datin Gina tak puas hati. Wajah lena si gadis dikerling. Orang dok bising-bising kat sini, dia masih lena tak sedar-sedar lagi. Tidur mati kea pa ni?

“Dia..dia…dia isteri Umar ma,” jelas Umar dalam nada terpaksa.

“Isss…isteri? Ke..kenapa bos tak cakap pun….”. Zamri dah terduduk di sofa. Umar mendengus. Poyo amat budak Zamri ni, dia pula yang melebih-lebih responnya! Gumam Umar dalam hati sebelum tayang wajah bersalah pada mamanya.

“So..betullah cerita yang mama dengar sebelum ni yang Umar dah kahwin?” soal Datin Gina dengan kening terangkat, senyum menggulum.

Umar angguk lambat-lambat. Dalam hati masih sebal kerana ditangkap waktu dia terlena disebelah Sofea. Macam manalah boleh terlelap betul-betul tadi? Walhal awalnya tadi, setakat nak tenangkan hati sendiri saja. Rupanya? Hailah.

“Kami baru nikah ma…kahwinnya minggu depan. Emmm….Mama duduk dulu ye. Zam, tolong buatkan air..3 gelas ye. Bawa ke atas. “

Zamri angguk laju dan berlalu sambil tayang muka tak puas hati, masih mahukan penjelasan. Tapi Umar buat muka bersahaja, malas nak melayan.Nak menjawab pada mama, lagi payah dari nak memahamkan budak Zamri tu. Nanti-nanti pun boleh cerita. Kalau tak mahu cerita pun, taka pa. Seketika, pandangannya mati bila terpandangkan Sofea yang masih lena tidur.

“Mama nak tumpang toilet. Kamu kejutkan dia bangun dulu. Nanti terkejut pula dia bila bangun-bangun Nampak mama ada,” arah Datin Gina sebelum berlalu.

Dan Umar hanya mampu angguk kepala sebelum wajahnya ditekup, menahan malu yang masih belum surut.

****

“Dah lama ke kenal Umar?” soal Datin Gina, sekadar memulakan perbualan.

Sofea angguk lambat-lambat sambil tayang wajah mengantuk yang masih bersisa. Tapi bila terpandang wajah Umar yang sedang angkat kening ke arahnya, dia tersenyum sebelum menjawab.

“ Kami baru kenal dalam dua tiga minggu macam tu….”.

“Kenal dua tiga minggu dah nak kahwin? Nikah dulu pula tu….”
.
Sofea melongo. Lain macam saja bunyinya.Dia perli aku ke? Wajah wanita awal 50-an yang masih tidak dimamah usia, rambut pula diwarnakan keperangan itu ditatap. Adoyai Pia, macam mana kau ni? Dulu nak lari dari mak mentua macam angry bird,…tp dapat pula mak mentua gaya gini. Apa kes?

Soalan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai mama Umar tadi, dibiar tidak berjawab. Matanya yang masih susah hendak dibuka, kesan mengantuk dan lepas nangis yang beria-ia tadi dia genyeh perlahan dengan hujung jari.

ngantuk woo..-pia-

Sekilas, wajah tenang Umar pula dipandang. Sekadar membandingkan lagak dan gaya kedua beranak dihadapannya ini. Macam langit dengan bumi je. Yang mama nye sekian, yang anaknya dah gaya ustaz-ustaz.Huisyhh, watch your mouth Pia! Agak-agak le nak mengutuk pun. Mak mentua sendiri tu.Laju saja mulutnya ditekup sebelum pura-pura batuk kecil.

“Ma, Umar yang ajak Sofea nikah awal. Dan Umar juga yang buat keputusan untuk tak tunggu lama lepas Umar yakin dengan istikharah Umar. Jangka masa kenal tak penting ma. Yang penting, kami berjodoh.”

Datin Gina mendengus perlahan. Sambil berpeluk tubuh, dia menyandar ke belakang dengan pandangan tajam. Masih belum Nampak berpuas hati dengan kehadiran Sofea yang tiba-tiba ada dalam kamus hidup anak terunanya itu.

“Awak tahu, Umar ni anak orang kaya?”.

Anak orang kaya? Dahi Sofea berkerut. Apa maksud dia? Nak tuduh aku ni perempuan Gillete ke?
Sekali lagi wajah Umar dipandang, mohon penjelasan. Tapi Umar langsung tak pandang. Asyik tunduk je ke bawah sambil kuis kaki pada karpet yang berambu ramba kaler unggu itu.

“ Jujurnya, pada awal perkenalan kami…saya kenal Umar hanya sebagai cashier di café al-faliq…”.

“What? Cashier café?” Datin Gina gelak besar tiba-tiba. Waktu itu juga Sofea dah rasa macam nak tumbuk mulut sendiri laju-laju. Boleh tak kalau cuba bersikap tak berapa nak jujur depan mak mentua wahai Sofea? Lurus sangat kut!

Sofea tarik nafas panjang sebelum menyambung kata. Puas otak menyusun ayat terbaik nak cover semula keterlanjuran katanya sebentar tadi.

“Tapi…bila kenal lebih lama, saya terfikir juga apa sebenarnya kerja dia. Mampu pakai motor sebesar itu, mesti kena ada kerja yang stabil bukan setakat jadi pekerja café aje kan? Ada juga saya cuba Tanya, tapi Umar tak pernah jawab. Even, sebelum datin sampai tadi pun…saya masih lagi soal perkara yang sama pada umar. But as usual, sebagai umar yang saya kenal..dia mengelak untuk jawab. Tapi saya tak kisah Datin. Apa pun kerja yang Umar buat, asalkan halal..saya terima dia seadanya. Dan  untuk jawab persoalan puan tadi, saya…memang tak tahu yang Umar ni anak orang kaya. Yang saya fikirkan…mungkin juga dia ada buat part time jadi bouncer kelab malam ke..ambik upah tarik kereta ke….”.

Gelak Datin Gina bersambung. Dari jarak sedepa, dia mengengsot menghampiri Sofea yang duduk berhampiran dengannya sebelum bahu Sofea diraih lalu dipeluk erat dengan senyum sampai ke telinga. Langsung berubah karakternya dari ala-ala nyonya Mansur pada calon mak mentua terbaik tahun ini. Melihatkan reaksi itu, Sofea hanya tersengih-sengih sendiri walau diri masih rasa kekok.

“Mama suka isteri kamu ni Umar. Dia sangat berterus-terang orangnya and..quite interesting. And the best thing is she is much better than your sister. Mesra alam. Hahahahha.”

comei menantu aku ni - datin gina


Sofea tarik sengih. Umar pun senyum kelegaan. Nampak jelas sangat dia gembira dengan keadaan itu bila mata mereka bertembung sebentar tadi. 

Phewwwwww….nasih baik. Rupa-rupanya, mama si Umar ni saja nak testing dia je tadi kut! Haih. Pelik-pelik perangai family si Umar ni. Dia dah sekian macam tu, mama dia pula dah sekian macam ni.Tapi… Sister? 

“Errr…Umar ada adik ke Datin?” soal Sofea, takut-takut berani.

“Isyhh..apa datin-datin ni? Panggil mama je sayang. Hmmm… Anak mama ada sepasang je. Umar dan adiknya. Adik dia dah kahwin, Umar saja belum. Tapi itulah, tak sangka pula dalam diam dia pun dah kahwin. Sampai hati, nikah diam-diam. Tak ajak mama langsung.”

Sofea sudah rasa tergigit lidah. Salah dia ke sebab tak sensitive tentang hal itu? Dia kira, yang menyarung cincin nikah tempoh hari itulah ibu kepada Umar sebab ada iras-iras wajahnya. Tapi rupanya, bukan. Yang ini.

“Maafkan Umar ma. Umar tak berniat nak rahsiakan hal ini dari mama dengan papa. Umar Cuma tak nak susahkan mama yang sibuk uruskan hal majlis adik. Itu je.” 

Penjelasan Umar bagaikan payang terjun yang menyelamatkan Susana tak tentu arah ketika itu. Walau Nampak macam bergurau, tapi mama si Umar ni Nampak macam double meaning je. Merajuk je gayanya.

“Kalau umar beritahu, kurang-kurang…boleh lah mama langsungkan sekali dengan adik. Kan lagi meriah."

Sekalikan? Adik umar baru kahwin ke?

“Sekalikan? Adik kan dah kahwin dulu macam mana pula nak sekalikan dengan kami. Lagi pun, Umar dengan Sofea nak buat majlis sederhana je. Sanding nanti pun, Cuma buat belah Sofea je Ma. Mama pun tahukan, jadual kerja Umar macam mana.”

Datin Gina hanya tarik senyum paksa sambil angguk. Pelukan pada Sofea dipereratkan lagi sebelum sebuah ciuman di hadiahkan ke pipi menantu sulungnya itu.

“Mama tak kisah Umar. Yang penting, kamu bahagia dengan isteri kamu yang comel ni.”

Sofea dah tarik sengih Nampak gigi. Segan pula bila dipanggil comel. Comel ke aku? Sengihan bersambung lagi sebelum bibir disungkit pada Umar, buat gaya berlagak. Mama puji saya tau! Awak ada?

“Muka comel pun, kena seiring juga dengan perangai ma…”.

Errrkkkk! Sengihan Sofea mati terus. Bibir dimuncung panjang sambil mata mengerling tajam kea rah Umar yang sudah tersengih ke arahnya. Huhh, dasar jeles!

“Mama yakin, semuanya comel dari perangai dan segala-galanya. Hehehe.Haaa…alang-alang dah terkantoi dengan mama ni kan, apa kata kamu datang rumah mama. Kita makan malam sama-sama nak? Dah lama Umar tak balik sana kan? Jomlah sayang. Mesti papa suka jumpa menantu perempuan dia ni. Boleh ye Umar?”.

“Haaa? Emmm…errrr…”.

Kening Umar dah berkerut seribu. Jelas lagi nyata dia keberatan dengan cadangan mama untuk mereka ke sana. Kalau dah makan malam, harus kena tidur sana kan? Dan…tak kan, aku dengan dia nak tidur sana kut? Errrr. Sofea jadi tak keruan. Macam mana nak mengelak ni?

“Kalau lain kali, boleh tak mama? Bukan apa, emmm..kami ni belum duduk serumah lagi ma. Jadi, baju Sofea taka da kat sini,” cepat-cepat Sofea cipta alasan sendiri. Nak tunggu Umar, haihh.Berjanggut!

“Alaaa..apa susah, awal lagi ni. On the way ke sana kita singgah je mana-mana butik. Betul tak umar?”.

Butik la pulak! Wajah Umar ditenung panjang, minta bantuan dan segala panggilan hayat yang mungkin. Tolong  saya Umar,tolong  cepat. Cari lah apa-apa dalih pun. Dan bagai ada telepati, matanya dengan mata Umar bertaut lama sebelum Umar mengangguk seraya buat isyarat supaya bersabar.

“Emmm..macam nil ah. Mama balik dulu dengan Sofea ye. Nanti Umar menyusul. Pasal baju tu, tak payahlah mama dengan Sofea singgah mana-mana. Nanti Umar cuba usahakan. Kalau tak sempat, kami singgah makan malam saja lah ye mama.”

Tak sempat? Jadi kalau sempat, memang mereka kena bermalam kat sana la kan? Apakah? Tak membantu langsung kut!

“Okey then. Kalau macam tu, lepas minum kita gerak ye! Wahhh…mama rasa gembira sangat hari ni tau sebab dapat kenal dengan menantu  mama ni. Patut dari dulu kamu kahwin dengan dia Umar. Tak adalah mama boring, shopping sorang-sorang. ”

Datin Gina dah mula pasang angan sendiri. Dan yang pasti, hidupnya lepas ni tak lagi boring dan sunyi dengan kehadiran menantu yang sporting dan sempoi macam gadis disebelahnya ini.

******

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon