Followers

Monday, January 13, 2014

CRUD bab 5



“Kau serius ke ni zack? Kau Jangan nak auta aku lah. Aku tau, kau ni tengah sangap overboard ni pasal dah lama tak berasap kan sampai bleh melalut ke nikah kahwin bagai.Kau? Kahwin? Zack? Hahahaha….” balas Fattah sebaik saja rumusan utama tujuan dia dipanggil jauh-jauh ke KLIA dikhabarkan.


“Aku serius la bai…”.

Fattah terus ketawa sambil geleng kepala berkali-kali. Mamat ni ingat dia boleh makan auta agaknya. Silap besarlah. Awek pun tak ada, nak nikah? Halusinasi sungguh kau zack! Kutuk Fattah dalam hati.

“Gini lah zack, dari kau terus melalut pasal bini kau mengandung ke apa…baik kita keluar jap kasi berasap sebatang dua. Kasi centre sikit otak kau tu. Jom! Aku bawa dua kotak ni, khas untuk kau,”.

“Aku tak banyak masa la bai,” balas Zack dengan nada suara yang sama. Wajah masih beriak serius.Sesekali keningnya berkerut seribu diiringi keluhan tak sudah. Sungguh, dia tak betah duduk. Kalau lah kapal terbang tu, abah yang punya dah lama dia fly tak payah tunggu-tunggu lama.

“Tak banyak masa apanya. Kau hantar kakak kau balik je kan? “ soal Fattah sambil duduk semula. Tak jadi nak melangkah bila lengannya dipaut.

“Tak.”

“Heh?”. Fattah dah mula angkat kening ‘double jerk’.

“Jangan kata kau nak ikut kakak kau balik sana untuk bercuti? Siutlah kau. Nak holiday tak ngajak!”.

“Aku nak duduk sana teruslah!”.

“Du…eh?”.

Zack angguk laju.Nafas ditarik panjang sebelum intipati utama yang mahu disampaikan selain berita kahwinnya.

“Aku tak kan join kau dengan Payad masuk matrikulasi.Aku dah ambil keputusan nak sambung dekat sana. Abang ipar aku akan cuba masukkan aku dekat tempat dia kerja.”

“Maksudnya, kau sambung belajar dekat sana? Sama tempat dengan kak Nura kau? Tapi apesal?”

Zack tunduk. Jari jemarinya dimainkan sama sendiri sambil sesekali mulutnya berdecit perlahan.

“Aku nak bina hidup baru dekat sana. Kat Malaysia ni masa depan aku dah gelap la Attah. Aku tak bole nak fokus belajar kalau aku ada beban tambahan.”

“Beban? Maksud kau? Bini kau tu?”.

Zack angguk lagi. Fattah pula dah tepuk dahi berkali-kali.

“Aku betul-betul ingat kau kencing aku pasal kau dah kahwin tu. Kirenya, betul lah kau dah kahwin?”.

“Dei, kau pun kenal aku kan? Awek pun aku tak layan, tak kan lah aku sesaja nak buat cerita pasal aku kahwin. Logik la sikit.”.

Fattah angguk mengiyakan. Memang tak ada istilah couple antara mereka bertiga. Study diletak di tangga teratas walaupun mereka bukan golongan student baik-baik lagi berdisiplin. Biar nakal, tapi akal pandai!Itu motto hidup mereka.

“Cun tak bini kau tu Zack?” soal Fattah tiba-tiba.

Laju je bibir Zack cebirkan.

“Katek!” komennya pendek.

“Eh, pendek itu comel pe. Cer kau tengok pelakon izara aisyah tu. Pendek tapi manis”.

“Comel pun, kalau perangai tak semenggah macam perempuan murahan baik tak payah.” Bidas Zack sambil akalnya menerawang cuba mengingat semula wajah budak katek yang mungkin sekarang dah berada di Kuala Lumpur. Ah, tak ada manisnya dia tu!

“Berat tuduhan kau tu Zack! Kalau tiba-tiba kau jumpa dia satu hari nanti, dia cun lagi muslimah…haaa…tak menyesal ke?”.

“Tak!” balas Zack yakin.

“Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Aku tak pernah kacau perempuan jadi aku rasa perempuan tu tak layak jadi isteri aku sebab dia yang kacau aku dulu.Dia yang perangkap aku.”

“Tapi Zack…”.

“Zack…”.

Zack dan Fattah sama-sama berpaling.

“It’s time to go.”

Zack tarik senyum lalu angguk. Bahu Fattah diraih sebelum ditepuk perlahan.

“Aku pergi dulu bai. Kirim salam dekat Payad ye. Doakan aku, supaya dapat ketenangan dan berjaya kat sana nanti. Ada rezeki, kita jumpa lagi.”

“Orait! Apehal, helo-helo. Wassap.Email ke. Okeh?”.

“InsyaAllah,” balas Zack sambil menyandang beg galas di kerusi sebelah. Usai bersalam, dia menurut langkah Zainura ke ruangan pelepasan. Namun, baru beberapa langkah dia menapak lengannya ditarik kuat dari belakang sebelum dia berpaling.

“Jangan pergi awak. Tolong. Jangan tinggalkan saya!”.

******

Zack hanya mampu bersandar di dinding lutsinar itu sambil berpeluk tubuh. Matanya pula terarah pada penumpang yang sedang berbaris di ruang pelepasan. Sungguh! Dialah orang terakhir yang dia mahu jumpa sebelum berlepas tadi tapi….

“Awak tak boleh tinggalkan saya macam tu je. Saya ni isteri awak!”

Dari wajah tegang, Zack tarik senyum sebelum dia tertawa kecil. Sesekali wajah muram di sisinya itu dikerling tanpa sekelumit rasa.

“Isteri? Cer kau tanya orang-orang dekat sini. Ada tak antara mereka yang akan percaya dengan statement lawak kau tu. Kalau ada, fine! Aku tak kan pergi. Weh..wake up ! Kita terlalu muda nak jadi suami isteri, tak kan itu pun kau tak boleh nak fikir. Kau nak jadi bahan gelak orang ke apa?”

“Awak cabar saya ye?” soalnya sungguh-sungguh.

“Apesal? Kau nak cakap, budak kampung pantang dicabar, macam tu? Pergilah kalau berani!”

“Baik!” balasnya penuh semangat sambil mula atur langkah tapi langkahnya langsung mati bila hujung belakang tudungnya ditarik kuat.

“Apa ni? Sakitlah!”

Zack tawa besar. Lepas tangannya rasa bisa dicubit berkali-kali barulah hujung belakang tudung bawal itu dilepaskan dengan hati yang puas sebab dapat mengusik.

“Dahlah. Aku tak ada masa nak main questionare ke, gossip-gossip ke sebab aku kena kejar flight sekarang. Jadi budak, sila pulang ke pangkal jalan. Ni,duit teksi. Pergi balik!”

“Zack!”

Zack mendengus perlahan bila lengannya dipaut sebelum dipeluk kuat seperti tak mahu lepas. Nafas ditarik berkali-kali supaya sabarnya masih berbaki. Siut betul la perempuan ni. Boleh pulak buat aksi hindustan dekat airport.

“Lepaslah bodoh!”

“Awak panggil lah saya apa pun, saya tak kisah. Tapi awak tak boleh tinggalkan saya Zack! Awak suami saya. Saya kena ada di mana awak ada. Itu tanggungjawab saya!”.

“Hey bingai. Aku dah cakap kan, aku tak minat nak main kahwin-kahwin ni. Jadi sebaiknya kau cari orang lain ajak main pondok-pondok ke..kahwin-kahwin ke.Eh? Paham?Lepaslah! “jerit Zack dengan suara masih ditahan-tahan. Kalau ikut hati, memang dia dah rentap lengan dia sekuat mungkin. Tapi sebab…sebab dia perempuan? Ah!

“Saya tak kira, saya nak awak jugak!” balas si gadis sambil mengeratkan lagi pautannya.

“Kau ni gila la!”

“Zack. Jom!” panggil Zainura.

“Kak…tolonglah kak. Perempuan ni….” Rayu Zack. Nak berkasar, tak sampai hati. Tapi perempuan dekat sebelah dia ni, memang lah menyakitkan hati.

Zainura tarik senyum.

“Adik…”.

Lambat-lambat baru si gadis angkat muka.

“Adik, bukan niat akak untuk pisahkan kamu berdua. Tapi, adik kena faham. Adik dengan Zack masing-masing muda lagi. Baru lepas sekolah kan? Jadi sebaiknya, adik dan Zack ambil masa untuk berfikir haluan hidup dan perancangan masa depan masing-masing contohnya macam apa Zack nak buat sekarang. Sambung belajar.Akak rasa, adik pun patut buat hal yang sama. Tentang hubungan kamu berdua, biar masa yang tentukan. Ada jodoh tak ke mana kan?”.

“Tapi kami dah berjodoh kak! Saya bukan awek dia. Saya isteri dia yang sah. Masa depan saya bergantung pada Zack sekarang jadi dia tak boleh tinggalkan saya macam tu je,” balasnya tegas.

Zack dah buang pandangan ke arah lain. Menyampah! Bodoh tak boleh diajar betul budak ni.Kerja pun tak ada, nak masa depan apa dengan aku? Nak bersama-sama menuju masa depan yang gelap gelita, macam tu?

“Adik masih isteri zack selagi zack belum lafazkan cerai.Tapi buat sementara, akak harap adik boleh bagi masa pada Zack untuk terima semua ni. Adik sendiri pun tahu, perkahwinan ni satu benda yang tiba-tiba berlaku tanpa dirancang. Tambah pula adik dengan zack sama-sama tak pernah kenal sebelum ni. Jadi, ruang dan masa untuk terima keadaan ni memang perlu. Mana tahu, bila dia balik nanti dia jadi lebih matang dan cukup bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami.Kita sama-sama doakan ye!” jelas Zainura lagi sambil usap perlahan bahu si gadis yang tingginya hanya paras dada adik tunggalnya itu.

“Tapi kak, apa salahnya Zack sambung belajar sekali dengan saya?”

“Eh dia ni, tak faham bahasa lagi rupanya!”.

“Zack….”.

Zack dah garu kepala. Kak Nura ni, boleh pula cakap lembut gila dengan budak ni. Bukannya dia faham bahasa pun kalau cakap baik-baik.

“Tanggungjawab sebagai suami isteri merangkap student bukan mudah dik. Yang kahwin suka sama suka pun,kadang-kadang hadapi dugaan. Ini pula kamu berdua. Jadi sebaiknya, buat sementara begini. Biarlah Zack ikut akak. ”

“Maksud akak, saya dengan zack…PJJ. Macam tu?”.

“Kau merepek apa ni ngok?”

“Zack.. language please!”

“Heh..why bother…why bother? Budak ni bukan reti bahasa pun!”.

“Zack!”.

Langsung Zack ketap bibir sambil buat gaya zip mulut.

“PJJ tu apa dik?”.

“Emmm…perhubungan jarak jauh?”.

Zack dah bantai gelak besar. Gila sengal punya short form.PJJ - perhubungan jarak jauh? Jangankan jauh, dekat pun aku tak hingin nak ada hubungan dengan kau lah! Jerit Zack dalam hati.

“Emmm…ya, sort of. So, kami kena pergi dulu. Adik…datang dengan siapa?”.

“Datang dengan  abah, ibu. Parking tak ada, jadi saya turun seorang.”

Mata Zack dah membulat. Rasa nak telan je budak perempuan depan ni hidup-hidup.Suka hati dia je nak abahkan abah aku ye. Sebab kau lah aku jadi calon anak durhaka wei!

“Okey. Kirim salam pada abah dengan ibu ye. Kami pergi dulu.Zack. Jom. Final call dah tu…”.

“Jom!” laju je Zack menjawab sebelum atur langkah tapi sekali lagi, lengannya ditarik dari belakang .

“Apa lagi kau nak ni?”.

Si gadis tersenyum dengan mata berkaca sebelum tangan Zack ditarik dan dikucup perlahan. Lama.

“Maafkan saya atas apa yang dah berlaku.Saya doakan agar awak berjaya dan cepat balik. Saya akan setia tunggu awak balik ke sini. Awak ambil lah berapa masa yang awak perlu untuk terima saya, saya akan tunggu.”

Errrkkkk!! Liur dah rasa berpasir. Rasa syahdu la pulak. Dah ala-ala suasana pagi raya pun ada. Tapi kalau bermaafan di pagi raya pun tak lah segini seram bunyinya. Badan dah rasa seram sejuk, mengigil macam nak demam ni Zack! Tak mahu terus melayan perasaan, cepat-cepat tangannya ditarik sebelum diseluk ke poket seluar.

“Ikut kaulah. AKu tak janji yang aku boleh setia. Kalau tiba-tiba aku balik bertiga ke, berempat ke nanti kau jangan nak buat  terkejut pulak sebab aku dah warning awal-awal. Mudahnya macam ni la. Kau jumpa je mamat lain yang kau berkenan, kau bagitahu aku. Aku anytime boleh lepaskan kau tanpa sangsi. Boleh macam tu? Aku chiow dulu.”

“Zack!”

Zack mendengus kasar.Ah sudah, parah betul lah perempuan ni. Dia pergi peluk la pulak!!

“Saya tetap akan tunggu awak Zack!”.

“Whatever lah perempuan. Dah lepaslah! Bye!” balas Zack sambil berlari-lari anak ke ruang pelepasan di mana Zainura dah menanti dengan tangan dicekak di pinggang.

“Saya sayang awak zack!”.

Dan itulah ayat terakhir yang terngiang di telinganya sebelum langkahnya diteruskan tanpa berpaling walau seinci pun.

sampai hati awak zack! - pehah-

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon