Followers

Wednesday, November 30, 2011

Khas untuk yang mengikuti e-novel Kahwin Ganti :-)


Salam mesra buat semua yg mengikuti e-novel kahwin ganti 
 
Dah lama tak membebel di sini, asyik2 post entry baru je..hehehe..so arini kita rest ye…insyaAllah..next entry adalah esok……

Oh ye…berkenaan tajuk entry kali ini…kisahnya bermula begini….

Saya sebenarnya, teringin sangat0sangat nak tahu tentang pendapat anda semua mengenai e-novel ini. Bukan apa, takut juga buat cerita syok sendiri. Dah sampai bab 13 pun..masih syok sendiri..hehehe..so, bolehkan kalau anda semua tolong sya?

 Camana nak tolong? Senang saja....

Anda buat satu entry tentang novel ni di blog/ facebook anda. Cerita kan apa saja yang anda suka tentang novel ini. Jalan cerita ke..watak nya ke ...dan kenapa anda suka.Anda juga boleh ceritakan, apa yang anda ingin ubah dalam cerita ini kalau diberi peluang :-)

Senangkan? Ohhhh ye...jangan lupa link kan blog ini pada entry anda ye . jua...tinggalkan alamat link anda pada entry ini. Makanya senang sya nak gi melawat :-)

 Gaya-gaya cam dah pertandingan pulak dah ye?Hmmm...lebey kurang la. Tapi hadiahnya, idak le wang ringgit atau kereta...hehehehe


Okey...bg sesiapa yang sudi join dan memberi entry yang paling memberangsangkan dan menarik, anda akan terima dua hadiah


Pertama : Anda diberi peluang untuk memberi nama pada dua watak yang belum bernama. Lelaki dan perempuan. Nak letak nama anda..nama suami/tunang/boyfriend pun bleh...no hal.Jangan risau, wataknya ringan sahaja n baik :-)


Kedua : Anda diberi peluang memilih orang paling sesuai untuk wakili watak Luqman/Nuqman. Dah jadi fenomena sekarang, novel sure ada gambo ye dak? Bagi senang sikit nak 'feel' bila membaca..hehehe.Sebelum ni ada yang cadang ashraf muslim la, aaron aziz..mcm2...so bg yg menang, sya bg lesen anda untuk memilih. Jika mmg tepat, akan jadi ikon novel ni..hehehe..


Kriteria seorang Luqman/Nuqman : melayu, wajah lebih muda dari heroinnya ( anda tahu kan sape orgnye..hehehe). Muka sesuai untuk watak nakal dan juga dingin ( sbb Luqman sedikit nakal..Nuqman pendiam dan dingin).


Wahhhhh..panjangnya entry...okeylah...doa sya..adalah yang sudi join..kalo idak..heheeh..sya nak masuk bawah meja, sorok diam2 bawah tu...hahahaha...



Disclaimer : Pertandingan ini untuk suka-suka saja tau. Manalah tahu, ada rezeki e-novel ni dibukukan..mesti beshkan, nama anda ada didalamnya... :-)


Best regards,
Cik penulis-------sya.

Monday, November 28, 2011

Sedutan Bab 13---updated!

 mya Zara melajukan langkahnya walau berkali-kali namanya dipanggil sejak tadi. Bosan dengan sikap Iskandar. Profesianalisme nya sudah hilang. Kalau bertemu, bukannya sebab hal kerja. Tak habis-habis tentang bondanya yang kononnya terlalu ingin bertemu lagi dengan dirinya.Ahhh..kalau diikutkan hatinya, terasa malas hendak ke fakulti. Baik dia duduk dia makmal mikrobiologi saja. Tenang sikit tanpa gangguan pensyarah itu.

“ Zara, tunggulah! Awak nak kemana laju sangat jalannya ni?”. Langkah Mya Zara terhenti di antara bangunan fakulti dan makmal proses.

“Saya ada kerja. Ada apa Is?” Tanya Mya Zara, serius. Iskandar tersenyum.

“ Ooo ada kerja ke. Saya baru ingat nak ajak Zara minum petang. Ada hal nak bincang sikit”.

“ Hal apa? Kita bincang di sini saja”. Mya Zara hanya memandang sekilas kea rah wajah Iskandar. Fail di tangannya dirapatkan ke dada.

“ Emmm..hujung minggu ni, makan malam rumah saya ye. Ada perhimpunan keluarga. Bonda jemput awak datang sekali”. Berkerut dahi Mya Zara seketika. Otaknya sibuk memikirkan kaitan dirinya dengan perhimpunan keluarga Iskandar.

“ Perlu ke saya ada dalam perhimpunan keluarga awak. I’m not part of it!”. Mya Zara menghela nafas panjang. Jauh di lubuk hatinya, rasa risau mula terbit.Risau dengan gelagat Iskandar yang sedikit berlainan sejak akhir-akhir ini.

Iskandar hanya tersenyum panjang. Wajah putih mulus Mya Zara ditenungnya dengan penuh minat. Dia yakin, ini masa yang sesuai. Langkahnya perlu dipercepatkan. Bimbang, hati Mya Zara diambil oleh orang lain. Lebih-lebih lagi, Luqman Hakim. Menurut beberapa pelajar, selalu juga Luqman Hakim kelihatan bercakap-cakap panjang dengan Mya Zara. Biarpun Luqman Hakim masih muda, tak mustahil Mya Zara boleh jatuh hati padanya. Luqman Hakim kan, playboy fakulti itu!

“ Mungkin bukan sekarang, tapi tak lama lagi”. Makin berkerut dahi Mya Zara mendengar jawapan dari Iskandar. Hatinya mulai terasa tidak selesa.

“ Maksud Is?Saya tak faham”.
Iskandar menarik nafas. Dengan lafaz bismillah, dia cuba untuk menjawab persoalan Mya Zara.

“ Zara, saya sayangkan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada bakal anak-anak saya”.

“ Apa?”. Fail dalam pelukan Mya Zara jatuh tiba-tiba. Matanya membulat memandang wajah Iskandar yang kelihatan begitu yakin dengan kata-katanya. Dia cuba mencari kebenaran di balik kata-kata itu. Iskandar hanya menangguk, seakan memahami persoalan di h atiMya Zara.

“ Cik Mya, fail Cik”.

Huluran fail ke arahnya membuatkan Mya Zara tersedar. Mya Zara terasa ingin pitam bila matanya bertembung dengan mata orang yang membantunya. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, orang itu hanya berlalu sambil tersenyum. Sekilas dia memandang ke wajah Iskandar yang hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. Terasa ingin dia lari ke hujung dunia waktu itu juga, kerana esok…pastinya satu Fakulti Kejurutaan Kimia akan tahu berita terkini itu!

p/s" MAAF DI ATAS RALAT YANG BERLAKU PADA ENTRY SEBELUM INI. INI ADALAH SEDUTAN YANG SEBENAR BAGI BAB 13.ITULAH AKIBATNYA BILA UPDATE ENTRY PUKUL 2,3 PG...SAMPAI SILAP POST..HEHEHE..ENJOY! FULL ENTRY AKAN MENYUSUL TAK LAMA LAGI :-)

Friday, November 25, 2011

Lagi sedutan episod 12 ;-)

“ Selain gerak badan, apa lagi cara nak tahu yang itu Luqman atau Nuqman ye ummi?”.  Pertanyaan Mya Zara disambut dengan senyuman penuh makna Datin Zahrah. Mya Zara memuncungkan mulutnya.Ahh ummi ni, apalah agaknya yang difikirkanya tu?

“ Aihhh..dia kan suami Zara, takkan kamu tak tahu perbezaan dia dengan Nuqman”. Mya Zara tersentak.Kemudiannya mukanya merona merah. Malu.

“ Errr..ummi kan tahu. Kami, tak duduk serumah...jadi...kami..”. Datin Zahrah tepuk dahi. Kemudiannya mengucap panjang.

‘ Kamu berdua tak berbaik lagi ke? Bukan ke hari tu ummi nampak Luqman tidur atas katil dalam bilik kamu?”. Mya Zara ketap bibir. Otaknya ligat memikirkan soalan ummi tadi. Bila masanya mereka tidur sekali ni?Ohhhh...masa mereka balik dari UO dan terserempak dengan Sofia hari tu. Ahhhh..tentu ummi salah faham bila nampak Luqman di atas katilnya pagi itu.

” Kalau Zara betul-betul nak tahu yang balik tadi Luqman atau Nuqman, cuba perhati pada belakang tengkuk kirinya. Yang ada tahi lalat kecil itu, Luqman”.


p/s: sape ada tahi lalat dekat tengkuk macam Luqman, angkat tangan! :-)

Thursday, November 24, 2011

Sedutan Bab 12 Kahwin Ganti

Mya Zara tidak puas hati dengan penerangan ummi tadi. Dia mundar-mandir sendirian di dalam bilik tidur ummi. Sesekali dia menjenguk ke luar tingkap, bimbang ‘Nuqman’ pulang dari masjid.

“ Ummi yakin dia Luqman? Ummi percaya cakap dia? Perangainya pun berbeza ummi, penampilan dirinya pun lain. Luqman yang Zara kenal bukan macam tu.Yang balik tadi,rambutnya di cukur pendek, berjanggut sedikit. Dia Nuqman ummi, bukan Luqman”.

Datin Zahrah tersenyum melihat gelagat Mya Zara yang tidak senang duduk sejak tadi. Sekejap dia duduk, sekejap lagi dia berdiri.

“ Zara sayang, mereka berdua tu kan anak ummi. Ummi yang jaga mereka dari kecil. Walau mereka sangat seiras pun, ummi masih kenal yang mana satu Luqman dan Nuqman.Yang balik tadi tu Luqman.Dia dah berubah Zara, Dah banyak berubah, ummi rasa bersyukur sangat”. Sekali lagi Datin Zahrah tersenyum.Kali ini lebih panjang senyumannya.

“ Entahlah ummi, susah Zara nak percaya dia tu Luqman.Hati kecil Zara yakin sangat yang dia tu Nuqman, tapi pura-pura sebagai Luqman”. Telahan Zara disambut dengan gelak tawa Datin Zahrah.

“ Zara ni, banyak sangat baca novel ni agaknya. Mesti Zara ada baca cerita tentang kembar berganti tempat kan? Percayalah Zara, itu Luqman. Bukan Nuqman”.

Mya Zara terusan menggeleng. Dia tak percaya. Dia tahu itu Nuqman! Macam mana cara pun, dia akan cari bukti itu. Mesti!



p/s: bab 12 masih dalam proses editing..makanya, sya publish sedutan je yek..tak sompek nak buat sinopsis nye...stay tune :-)

Sunday, November 20, 2011

Sinopsis Bab 11

Mya Zara hanya merenung kosong ke luar tingkap kereta Volvo S70 milik papanya. Hatinya sentiasa resah sejak Luqman meninggalkannya malam kelmarin. APa yang di buatnya serba tak kena. Duduk salah, baring pun terasa salah. Begini agaknya rasa orang yang berdosa. Selalu dilanda keresahan.

Vibrate telefonnya bergetar kuat di dalam pegangannya, cepat-cepat dilihat pemanggilnya dengan perasaan berbunga-bunga. Hampa, bila bukan orang yang ditunggu memanggilnya. Ahhh..iskandar. Cuti semester macam ni pun dia nak call! Panggilan di biarkan tanpa berjawab.

Vibrate telefonnya berterusan bergetar, tapi dibiarkan tanpa rasa ingin menerima panggilan itu. Di fikirannya hanya ada dia.

Puan Rania berpaling ke arah tempat duduk belakang. Dia perasan tentang perubahan sikap Mya Zara sejak Luqman balik malam itu. Bila ditanya,katanya Luqman ada kerja. Perlu balik awal. Tapi gayanya, macam ada yang tak kena antara mereka berdua. Bergaduh agaknya!

“ Zara, kenapa tak angkat call tu sayang? Entah-entah Luqman call”. Mya Zara mengangkat mukanya bila ditegur Puan Rania. Dia memaksa dirinya untuk senyum.

“ Bukan Luqman mama. Kawan Zara. Zara malas nak angkat call time cuti. Tak lain pasal kerja lah tu”. Puan Rania mengangguk faham.

“ Confirm ni, Zara nak papa hantar Zara ke rumah Nuha? Zara tak nak singgah rumah dulu?”. Kali ini En.Harith pula yang bertanya.

“ Iye, papa. Ummi pun ada kat rumah Kak Nuha. Papa tolong hantarkan Zara ke sana ye. Nanti Zara balik johor dengan ummi”………..

+++++++++++++++++++++++++++++

“ Luqman dah tak ada Zara. Kak Long tak tahu mana dia pergi. Yang kak long nampak, dia bawa beg besar. Passport dia pun di bawanya”. Muka Nuha Aleesya sedikit mendung. Datin Zahrah pula hanya diam seribu bahasa. Dulunya Nuqman, sekarang Luqman pula yang pergi. Ahhhh..kenapalah anak-anak lelakinya ini sentiasa mahu merisaukan hati tuanya?

Mya Zara turut diam membisu. Wajah tua ummi di tenungnya dengan penuh rasa bersalah. Kalaulah ummi tahu apa yang berlaku, mesti ummi sedih dan hampa dengan aku. Aku yang memulakan semuanya.Aku puncanya Luqman lari! Mya Zara mengeluh panjang.

“ Tak apa lah Zara.Zara jangan risau. Ummi rasa, Luqman tu tak pergi jauh. Mungkin dia pergi bercuti agaknya. Dulu-dulu, masa cuti semester begini dia memang suka pergi bercuti tak beritahu ummi pun. Tahu-tahu, dia balik bawak cenderahati kat ummi dengan arwah abah ‘. Datin Zahrah senyum. Doanya, moga apa yang dikatakannya sebentar tadi benar belaka. Luqman budak baik, marahnya tak kan lama !

+++++++++++++++++++++++++

Mya Zara cepat-cepat membayar tambang teksi bila teksi bermeter itu berhenti betul-betul di hadapan banglo di Bukit Tunku itu. Air matanya yang masih bersisa, di lapnya dengan hujung lengan jubahnya.

Perlahan-lahan dia menarik nafas, dan melepaskannya semula. Kemarahannya cuba ditahan...tapi kurang berjaya. Sabarnya ada tahap, tapi kali ini Iskandar memang dah melampau. Azwa pun sama. Agaknya mereka memang dah berpakat berdua sebelum ini.

Pintu pagar besar terbuka perlahan. Datin Zahrah menunggu di hadapan pintu besar rumah banglo itu dengan senyuman.

Mya Zara melangkah laju lalu bersalaman dengan ummi lalu memeluk erat tubuh umminya. Perlahan-lahan Datin Zahrah menepuk belakang badannyam seakan mengerti perasaanya ketika itu.

“ Dah, jom masuk. Kita cerita di dalam ye”. Mya Zara mengangguk perlahan. Pintu utama banglo itu ditutupnya sebelum menurut langkah ummi kea rah ruang tamu banglo itu.

Baru setapak dia melangkah, loceng pintu berbunyi. Berkerut sedikit dahinya. Siapa pula yang datang petang-petang sebegini? Perlahan-lahan pintu kayu itu di buka semula.

“ Ummi!”. Mya Zara terkaku melihatkan kelibat tetamu yang baru tiba di hadapan nya itu. Mulutnya bagaikan terkunci untuk terus bercakap, lebih-lebih lagi bila wajah redup itu memandang kosong ke arahnya. Waktu itu juga badannya terasa ringan, seakan ingin pitam!




p/s: insyaAllah nxt entry, 2..3 hari lagi baru di publish..stay tune ek :-)

Friday, November 18, 2011

BAB 10 - unedited

Hembusan angin dari kawasan lapang tanah sawah tidak sedikit pun mendamaikan hati Luqman yang resah sejak tadi. Entah kenapa, dia sangat terganggu dengan kejadian tadi. Dalam tidur pun, nama dia. Entah-entah, dalam sedar ketika dia bercakap dengan aku pun, dia anggap aku Nuqman. Gila lah! Aku bukan Nuqman. Aku Luqman lah! Luqman hanya mampu menjerit sekuatnya di dalam hati. Makin kuat dia memeluk kakinya rapat ke badan.

” Hai, layan perasaan nampak. Awat dok sini sorang-sorang?”. Luqman hanya menjeling sekilas pada suara yang menegurnya. Tanpa di pelawa, Qaseh duduk mencangkung di sebelah Luqman sambil tersenyum.Matanya ralit memandang setiap inci wajah Luqman Hakim. Sempurna sungguh wajah lelaki itu dimatanya. Sayang sungguh, dia sudah berkahwin.

” Awatnya ni? Gaduh dengan Zara ka?”. Diam. Tiada sahutan dari Luqman. Matanya mencerun tajam memandang ke arah sawah padi yang terbentang luas di belakang kawasan rumah Tok Wan itu.

” Pelik kan? Awak dok buat muka ketat macam tu pun, saya tetap nampak awak hensem. Untung Zara dapat suami hensem macam awak”. Diam. Masih lagi tiada sahutan. Qaseh sedikit mengeluh. Boleh tahan sombong juga lelaki ni rupanya.

” Kau pernah jatuh cinta tak?”. Tersenyum panjang Qaseh bila Luqman mula bersuara. Perlahan-lahan dia merapatkan duduknya dekat sedikit dengan Luqman.

” Mestilah pernah. Baru sangat-sangat tau. Baru hari ni.Ehhh..tapi awatnya awak tanya lagu tu? Bukan awak dengan Zara bercinta dah lama ka?”. Berkerut dahi Qaseh seketika bila terfikirkan soalan Luqman. Sedikit ganjil pada pemikirannya soalan seperti itu untuk orang yang sudah berkahwin.

” Apa kau buat, kalau orang yang kau sayang tu suka kat orang lain?”. Tanpa menjawab soalan Qaseh, Luqman terusan bertanya biar sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Qaseh. Wajahnya masih serius seperti tadi.

” Ohhhh...kalau awak tanya saya,saya akan cuba sedaya upaya carik cara buat orang tu jadi hak saya. Tak kiralah apa cara pun. Kadang-kadang, mungkin orang tu tak sedar kita sayang pada dia sebab dalam fikiran dia dok fikir orang lain. Makanya, kita kena buat sesuatu supaya dia ingat kat kita. Bukan lagi kat orang tu.Tapi tu lah kan, orang yang saya dok suka tu laki orang”. Wajah Qaseh berubah mendung. Sekilas dia merenung wajah Luqman penuh minat.

Luqman menarik nafas panjang. Kata-kata Qaseh memang ada benarnya. Dia suaminya! Dia ada hak pada Mya Zara. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Mya Zara tetap jadi haknya sampai bila-bila. Dia perlu lakukannya supaya nama Nuqman hilang sama sekali dari ingatan Mya Zara. Luqman menggengam penumbuknya kuat. Suka atau tidak, hari ini dia terpaksa lakukannya. Sekarang ada lah peluang yang baik. Jika Mya Zara menolak, dia akan tetap lakukannya.Yang penting, dia dapat mengikat Mya Zara dari sesiapa pun...sama ada dari gangguan Nuqman atau Iskandar. Luqman senyum sendiri.Perlahan-lahan dia bangun lalu mengibas belakang punggungnya yang terkena tanah.

” Thanx”. Tanpa sedikit pun memandang Qaseh, Luqman berlalu meninggalkannya dengan kedaan terpinga-pinga.

***************************

Kenduri doa selamat malam itu berakhir agak lewat. Selepas pukul 11 malam barulah jemaah masjid dan para tetamu beransur pulang. Walaupun ada sedikit halangan dalam memahami bahasa perbualan masyarakat di situ, Luqman rasa gembira dapat ada sama di situ. Sekurang-kurangnya dia dapat mempelajari sesuatu yang baru. Mujur juga lah ada Pak Long Hamdan, ayah kepada Qaseh yang agak ramah orangnya. Kebetulan , dia juga orang luar. Jadi tidaklah Luqman keseorangan ternganga bila penduduk di situ berbual panjang dalam bahasa banjar.

Selesai membasuh pinggang mangkuk beramai-ramai, Luqman meminta diri untuk berehat. Letih memandu dari JB masih bersisa. Badannya terasa lenguh-lenguh bisa. Perlahan-lahan dia memanjat tangga belakang rumah itu menaiki dapur.

Pintu kayu bilik tengah dibukanya perlahan. Dia sedikit terkejut melihatkan Mya Zara yang hanya duduk tegak dibirai katil dengan bertelekung dengan wajah sedikit kelat. Mungkin dia baru sahaja sudah solat Isyak.

Songkok di kepalanya di tanggal dan diletak perlahan atas meja solek lalu mengambil tempat di kerusi meja solek.

” Kau ni apesal? Muka dah macam ape tah.”.

“ Awak buka tudung saya ye petang tadi?”. Soal Mya Zara tegas. Luqman mencebik.

“ Apesal tuduh aku pulak. Tudung kau, kau lah yang bukak. Apehal aku sibuk-sibuk nak bukakan?Macam tak ada kerja lain” balas Luqman bersahaja. Sikat di atas meja solek dicapainya, perlahan-lahan dia menyisir rambutnya yang sudah sedikit panjang itu.

“Luqman, cakap lah betul-betul. Saya memang tak sedar tadi. Kalau bukan awak, siapa lagi?”.

“ Siapa-siapa ajelah. Apa masalahnya ni? Pasal tudung pun nak kecoh ke?”. Luqman mendengus kasar. Rambutnya yang sedikit menutupi matanya di tolak ke tepi.

“ Memang jadi masalah bila ada kaitan dengan aurat saya Luqman. Selama ni,saya memang cukup jaga aurat saya pada orang bukan muhrim saya.Tapi petang tadi...”. Nada suara Mya Zara sedikit menurun. Ada nada sebak di sebalik kata-katanya. Luqman menjeling sedikit pada Mya Zara. Aikkk? Pasal tudung pun nak nangis? Macam budak-budak!

“ Luqman, cakaplah. Awak yang bukakan tudung saya tadi kan? “. Luqman garu kepalanya yang tak gatal. Dia mula rasa bersalah bila air mata Mya Zara mengalir perlahan dari mata bulatnya. Tak tahu pula dia, hal tudung pun boleh jadi sesensitif ini!

“ Mungkin, pada orang lain pakai tudung hanya perlu bila keluar dari rumah. Bila dengan sepupu, saudara mara lelaki tidak pula bertudung kerana ahli keluarga sendiri. Salah sebenarnya konsep itu. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki bukan mahram walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Sebab itu, hal macam petang tadi saya ambil serius”. Tidak berkerdip mata Luqman memandang ke wajah Mya Zara. Setiap patah perkataannya, bagai meresap perlahan ke dalam hatinya. Selama ini, hal aurat diambil enteng saja baginya. Sewaktu dia dengan Sofia dahulu pun, dia pernah melihat rambut Sofia sewaktu mereka berkelah beramai-ramai. Fikirnya ketika itu, Sofia dan budak perempuan yang lain hanya bertudung kerna hendak ke sekolah. Itu saja.

“ Luqman....betulkan, awak orangnya?”. Pertanyaan lembut dari Mya Zara menghalau jauh ingatan Luqman pada Sofia dan zaman persekolahan mereka. Matanya yang sedikit sepet redup memandang ke wajah Mya Zara yang minta kepastian darinya. Luqman mengeluh perlahan.

“ Yelah..yelah. Memang aku yang tolong buka kan tudung kau tadi. Tak kan nak tidur dalam bilik pun pakai tudung kot! Bukan ada orang lain pun, aku kan suami kau!”. Mya Zara mengeluh panjang. Beraninya dia buka tudung aku ye!

“ Awak cuma suami saya di atas kertas saja Luqman. Ingat tak masa malam perkahwinan kita, apa awak beritahu saya? Bila Nuqman balik, awak akan pulangkan saya pada dia kan? Sebab itu, di depan awak saya masih jaga aurat saya. Aurat saya hanya untuk ‘suami’ saya. Bukan pengganti nya”.

Berderau darah Luqman mendengar kata-kata Mya Zara. Walau dalam nada suara yang lembut, tapi sudah cukup untuk buat hatinya rasa disiat dan ditikam berkali-kali. Itu anggapan dia selama ini pada aku rupanya. Bukan suami! Tapi pengganti! Penumbuknya digenggam kuat,cuba ditahannya kemarahan yang makin meluap-luap.Kepalanya terasa panas dan berdengung. Bibirnya di ketap kuat.

“ Kau ni nampak aje macam ni kan? Tapi mulut boleh tahan jugak. Kau dah lupa agaknya Zara, kalau aku tak ada malam tu kau satu keluarga terpaksa tanggung malu.Kau rasa, apa pandangan makcik-makcik kau kalau kau tak jadi kahwin hari tu? Mesti diaorang kata, kau yang beria-ia ajak lelaki kahwin, tetapi dia tak sanggup sebab tu lari masa hari nikah! Kalau bukan aku yang sanggup ganti tempat suami idaman kau tu, hari ni belum tentu kau boleh tunjuk muka pada mereka semua. Kau sedar tak semua tu Zara?Kau sedar tak!!?”. Suara Luqman sedikit meninggi.Tangannya mengeletar menahan marah. Mya Zara diam menikus. Takut-takut dia memandang wajah Luqman.

“ Kau ingat, aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau Zara? Aku tak heranlah. Berpuluh lagi perempuan lebih baik, lagi cantik dari kau aku boleh dapat.Setakat perempuan biasa-biasa macam kau ni,bila-bila masa aku boleh dapat. Sekarang, aku nak kau simpan baik-baik dalam otak kau yang pandai sangat sampai dapat master tu, yang aku kahwin dengan kau hanya sebab ummi dengan abah bukan sebab aku suka-suka nak jadi tukang ganti ‘suami’ kau yang lari tu. Kau ingat baik-baik tu.Kalau sebab tudung tu lah, kau nak hina aku sampai macam tu baik kau tak payah pakai dah lepas ni. Tak guna beria-ia tutup sana sini, tapi mulut macam tu. Lepas aku keluar ni, kau cuba buka buku, cek internet apa hukum isteri menyakitkan hati suami. Dah, kau jangan tunjuk muka depan aku lagi”. Perasaan marahnya yang membuak-buak tadinya mulai bertukar rasa. Matanya mulai berkaca.Dia cepat-cepat bangun lalu menuju ke arah hujung bilik itu. Baik dia pergi sebelum air matanya nampak di mata Mya Zara.

Kain pelekat yang dipakainya ditukarkan kepada jeans. Usai memasukkan semua barang-barangnya ke dalam beg dia mencapai handphine dan kunci keretanya yang ada di ats meja solek.

“ Awak nak pergi mana malam-malam ni Luqman? Saya mintak....”.

“ Diam! Kau simpan saja maaf kau tu dalam tong sampah.Aku tak minat nak dengar!”. Mya Zara bingkas bangun lalu menarik tangan Luqman.

“Luqman, jangan lah macam ni. Nanti, apa pula kata mama dan papa kalau awak keluar bawa beg malam-malam begini.Maafkan saya. Saya tak ada niat nak cakap macam tu sebenarnya.....mungkin sebab saya terlalu marah tadi...”.

“ Ehhhh....aku tak kisahlah apa keluarga kau nak kata tentang aku. Itu bukan masalah aku.Dah, tepilah! “. Tangannya direntap kasar dari pegangan Mya Zara. Beg galasnya di sangkutnya ke atas bahu sebelum dia menolak kasar pintu kayu bilik itu. Tanpa membalas teguran dari Qaseh di hadapan pintu dapur, dia berlalu ke arah keretanya yang di parkir di seberang jalan. Otaknya benar-benar kosong ketika itu. Selama ini, fikirnya Mya Zara berbeza dengan Sofia. Tapi anggapannya benar-benar salah.Perempuan bertudung, semuanya sama! Dalam kegelapan malam, Luqman Hakim menjerit sekuat hatinya di dalam kereta.Bersaksikan bulan dan bintang, sekali lagi dia dikecewakan oleh perempuan yang bertudung!

#############################################################

“ Ehhhh...awalnya balik? Kata nak duduk kampung 2,3 hari. Tapi baru semalam pergi pagi ni dah sampai rumah? Mana Zara?”. Teguran Datia Zahrah di ruang makan tidak dijawab oleh Luqman. Dia masih leka menghirup milo panas yang dibuatkan oleh Mak Yah. Tepat pukul 8 pagi, dia sampai di Johor Bharu. Itu pun setelah hampir sejam dia berhenti melelapkan mata di R& R Jejantas Sungai Buloh.

“ Luqman, mana Zara?”.

“ Zara..zara..zara. Muak la Luqman dengar nama dia ummi. Boleh tak, hari ni jangan sebuat nama tu depan Luqman?”. Datin Zahrah sedikit tersentak dengan jawapan Luqman tapi kemudiannya dia tersenyum.

“ Okey. Emmm...mana isteri Luqman? Dia tak balik sini sama-sama?”. Luqman mencebik. Ada-ada saja ummi ni. Tak diberi sebut nama, disebut itu pula!

“ Entah. Dah kena geles dengan lori simen tengah jalan tadi kot!”. Balas Luqman bersahaja.

“ Astaghfirullah al azim. Kamu ni Luqman, tak baik cakap macam tu. Dengar dek isteri kamu tu, tentu kecik hati dia”. Menggeleng panjang Datin Zahrah melihatkan gelagat anak bongsunya. Itu mesti ada yang tak kena lah tu.

“ Senang sangat perempuan nak kecik hati kan? Hal remeh temeh pun nak kecik hati. Habis lelaki ni, tak boleh kecil hati? Besar selalu lah hatinya walaupun di kata, di kutuk macam-macam “. Datin zahrah dan Mak Yah saling bertukar pandangan. Memang sah ada yang tak kena ni!

“ Luqman...”.

“ Luqman dah kenyang ummi. Luqman naik dulu.Mak Yah, kalau ada sebarang call untuk Luqman suruh jangan call dah sampai bila-bila pun. Luqman tak mahu diganggu”. Luqman terus mengatur langkah menaiki biliknya tanpa menunggu jawapan dari Mak Yah atau ummi nya. Perlahan-lahan Datin Zahrah berlalu ke arah meja telefon.

“Kalau ummi sayangkan Luqman, ummi jangan call perempuan tu”. Perlahan-lahan gagang telefon diletakkan semula. Datin Zahrah mengeluh panjang. Memang kes berat kali ini!

#####################################################

Bunyi barang bertaburan masih berterusan sejak tadi. Datin Zahrah tak mampu berbuat apa=apa lagi. Memang itulah sikap Luqman sejak kecil.Kalau ada sesuatu yang tak kena, memang habis satu bilik di amuknya. Matanya tak habis-habis menjeling ke arah jam di dinding. Rasa tak sabar menunggu kedatangan tetamunya itu.

Tak samPai 10 minit, bunyi enjin kereta kedengaran dari arah hadapan banglo itu. Datin Zahrah tersenyum kelegaan. Cepat-cepat dia berlalu ke hadapan pintu utama.

“Assalamualaikum ummi. Maaf, Nuha lewat. Lewat pula habis meeting di Batu Pahat tadi. Lepas meeting, Nuha singgah beli barang pula”. Datin Zahrah menjenguk sedikit ke arah Pak Mahad yang sedang sibuk mengeluarkan kotak-kotak dari belakang bonet kereta.

“ Kamu beli apa banyak-banyak tu Nuha? Macam nak buat kenduri saja ummi tengok”. Nuha Aleesya tersenyum panjang.

“ Hadiah untuk anak bongsu ummi tu lah. Pak Mahad, Mak Yah, tolong bawakan kotak-kotak ni ke dalam bilik Luqman ye. Pesan pada dia, gelas-gelas ni semuanya Nuha beli untuk dia. Dia boleh baling dan pecahkan seberapa banyak yang dia suka, asalkan dia puas hati. Petang nanti lepas asar, Nuha jumpa dia”. Pak Mahad dan Ma Yah hanya menangguk menerima arahan. Datin Zahrah pula hanya mampu menggeleng lalu tersenyum sendiri.

“ Kamu ni Nuha, ummi suruh kamu balik nak suruh kamu nasihatkan dia. Ini tidak, kamu makin menggalakkan pula dia mengamuk tak tentu pasal”. Nuha senyum sendiri.

“Ummi..ini lah yang dinamakan ‘reverse physicology’. Dia nak mengamuk, nak baling barang kan? Haaa...Nuha bagi dia 10 kotak gelas.Dia balinglah sepuas hati dia, lepas tu dia dah penat dia berhentilah mengamuk” Nuha gelak sendiri. Datin Zahrah menggeleng lagi.Macam-macam idea budak sekaang ni!

**************************************

Tanpa salam dan ketukan di pintu, Nuha membuka kasar pintu bilik adik bogsunya. Luqman sedang berehat di beranda biliknya sambil menghisap rokok. Bila tersedar akankehadiran tetamu secara tiba-tiba, puntung rokok di buangnya ke bawah. Sempat juga Nuha melirik ke arah timbunan kotak gelas yang dibawanya.Satu pun tidak terusik. Dah berakhir agaknya ‘tsunami’ adiknya tu.

“ Ni sejak bila merokok ni? Dah tak sayang nyawa?”. Teguran Nuha di balas dengan dengusan kasar dari Luqman.

“ Kak Long bawa balik saja gelas-gelas tu. Simpan dalam almari kaca rumah, lagi bagus”. Nuha tersenyum panjang. Niat dia membeli gelas-gelas itu sampai mesejnya pada Luqman.

“ Kenapa ni adik? Bergaduh dengan Zara, tak kan lah sampai macam ni? Bawa lah bersabar sikit.Biasalah tu, adat orang berkahwin kadang-kadang baik. Kadang-kadang ada juga bergaduh. Barulah namanya asam garam berumah tangga”. Diam. Tiada sahutan dari Luqman. Yang kedengaran hanyalah keluhan panjang darinya.

“ Give her some time. Dia masih perlukan masa untuk terima adik dalam hidup dia. Bukan senang berada di tempat dia dik. Ditinggalkan masa hari nikah, tapi bernikah dengan orang yang hampir sama tanpa pengetahuan.Kalau kak long jadi dia, dah lama kak long minta cerai. Tapi dia sayangkan ummi, sayangkan keluarga kita. Sebab itu lah dia bertahan sampai sekarang. Besar pengorbanan dia pada keluarga kita adik”. Diam lagi. Masih tiada tindakbalas dari Luqman. Cuma tanpa disedari oleh Nuha,matanya mulai berkaca-kaca.

“ Pengorbanan dia, semua orang nampak kan? Kesusahan dia, semua orang faham. Macam adik pula yang perangkap dia untuk kahwin dengan adik kan? Tapi, ada orang fikir pasal adik? Tak ada kan? Yang galas tanggungjawab sebagai suami, adik. Yang tanggung dosa dia keluar dengan lelaki lain pun adik. Yang semua orang tahu, bila ada hal macam ni semuanya nak suruh adik faham keadaan dia. Kak long, dipaksa kahwin, ganti tempat orang lain lagi teruk rasanya dari kahwin dengan orang yang kita tak kenal. Kalau orang lain di tempat adik, belum tentu diaorang sanggup. Gantikan tempat abang kembar sendiri pula tu! Sekarang, adik nak tanya....Apa Kak Long rasa kalau dalam tidur abang Ikmal, dia sebut nama perempuan lain? Marahkan? Tapi kes adik lagi berat. Dalam tidur, dia sebut nama Nuqman. Jadi adik ni siapa? Jasad Luqman, tapi di mata dia adik ni Nuqman!Dah lah, orang boleh cakap apa saja. Tapi yang menanggungnya, adik juga”. Nuha Aleesya terdiam.Terasa berat untuk dia membuka mulut membalas kata-kata adiknya.Tanpa menunggu balasan dari Nuha, Luqman mengatur langkah memasuki biliknya semula sambil mencapai beg galasnya di atas katil. Beg pakaiannya yang sudah siap dikemas rapi, ditarik ke sisi.

“ Adik nak kemana ni? “. Luqman berpaling.

“ Kak long tolong adik carikan Nuqman ye. Adik nak pulangkan semula ‘hak’ dia yang adik tolong jaga kan. Bila kak long dah jumpa dia, adik akan balik”. Perlahan-lahan Luqman melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Nuha dengan titisan air mata yang keluar secara tiba-tiba. Terasa menyesal mengeluarkan kata-kata sebegitu tadi. Memang benar, Luqman sebenarnya yang lebih menderita dalam hal ni. Semuanya kerana Nuqman!



p/s: bab ni belum siap edit..makanya mungkin akan berlainan dr yg akan dipublish di p2u ye:-)

Wednesday, November 16, 2011

BAB 9

“ Apa? Biar benar kau ni Zara. Itulah, aku dari hari tu lagi dah suruh kau buat penjelasan pasal status kau pada semua orang kan? Tapi kau tak nak. Dah tu sekarang, macam mana kau nak buat dengan pensyarah tu?”. Beria-ia Farisya bertanyakannya. Lagak gaya macam wartawan rancangan Melodi yang bertudung tu pun ada. Penampilan pun dah memang sama! Bertudung lilit bagai.

Mya Zara mengeluh panjang. Fish n chip yang terhidang di hadapannya di renung kosong. Dek kerana bingung dengan gelagat Iskandar lah dia mengajak Farisya keluar petang itu. Sejak akhir-akhir ni kelakuan Iskandar seakan pelik di matanya. Ada sahaja ideanya supaya mereka dapat bertemu dalam sehari. Kadang-kadang rasa rimas pula dia dengan lelaki itu.

” Zara. Be realistic! Sampai bila kau nak rahsiakan hubungan kau dengan Luqman daripada semua orang? Lambat laun, orang lain akan tahu juga”.Makin keras suara Farisya bila melihatkan respon Mya Zara. Dia boleh buat muka ketat macam tu saja? Mya Zara ni memanglah lurus bendul.

” Aku tak tahu lah Sya. Semua bergantung pada Luqman. Aku tak boleh buat apa-apa. Tak kanlah aku beria-ia nak mengaku dia suami aku pula kot. Kalau dia tak nak mengaku aku isteri dia, macamana? Malu lah aku. Dahlah dia tu student aku”.

‘ Kau tunjuklah kad kahwin”. Mya Zara mengeluh lagi.

‘ Kad aku, Luqman pegang.Dia kata, bila dah sesuai waktunya baru dia nak bagi aku simpan”. Farisya mendengus kasar. Air sirap bandung dihirup kasar. Sesekali dia memicit kepalanya. Mya Zara memang lurus orangnya. Tapi tak kan lah kes macam ni pun dia nak ikut saja kerenah si Luqman tu?

‘ Masa sesuai tu bila? Bila Nuqman balik semula, nak tuntut hak dia pada kau? Macam tu?”. Farisya terusan memprovoke Mya Zara. Mya Zara memang perlu dibuka kan sikit pemikirannya tentang statusnya itu. Benda itu bukan benda mudah! Lagi rumit bila Iskandar pula muncul dalam cerita.

‘ Nuqman dah tak ada hak pada aku Sya. Aku isteri Luqman, bukan Nuqman!”. Tegas Mya Zara.

‘ Isteri atas kertas saja kan? Tapi duduk asing-asing. Status berkahwin pun hanya ahli keluarga terdekat saja yang tahu. Entah-entah, sentuh kau pun Luqman tak pernah!”. Terbeliak mata Mya Zara mendengar ulasan Farisya kali ini. Hatinya sedikit marah mendengarkan kata-kata Farisya itu walaupun semua yang dikatakannya itu benar belaka.

Mya Zara mengeluh panjang lantas tunduk memandang ke arah pinggannya masih belum terusik.

” Aku mintak maaf Zara. Aku tak berniat nak masuk hal rumah tangga kau. Aku ni kawan baik kau, aku tak nak tengok hidup kau terus macam ni. Kalau kau dengan Luqman rasa tak sesuai bersama, baik berpisah saja. Kalau tak ada cinta dalam hati, tak mungkin kau berdua boleh lama hidup bersama. Luqman pun muda lagi, baru 23 tahun. Belum habis belajar pun lagi. Bila dia mula kerja nanti, lingkungan pergaulan dia makin luas. Lelaki ada rupa macam dia, bukan susah nak buat perempuan terpikat”. Makin panjang keluhan Mya Zara kali ini. Dia sendiri tidak pasti akan perasaannya pada Luqman. Banyak kali dia keliru dengan perasaanya sendiri hanya kerana wajah Luqman seiras Nuqman.

” Jujur dengan aku Zara, apa perasaan kau pada Luqman?”.

Mya Zara menarik nafas panjang sebelum membuka mulut dan menjawap persoalan Farisya.

” Aku tak pasti Sya. Bila aku berdua dengan dia, aku selalu nampak diri Nuqman pada dia, biarpun perangai mereka sememangnya berbeza. Nuqman tenang orangnya. Susun kata teratur. Apa yang dia cakap, selalunya menenangkan hati aku. Tapi Luqman, berbeza. Dia ni, sedikit misteri orangnya. Walau pun dia sedikit kasar bila bercakap dengan aku, sikit pun tak terkesan pada hati aku. Boleh pulak aku balas macam dia tak buat apa-apa yang menyakit kan hati aku. Mungkin aku dah lali agaknya dengan cara dia”. Mya Zara tersenyum sendiri bila namanya menyebut nama Luqman. Air laici di sedut perlahan sambil senyuman kekal di wajahnya.

” Kau senyum! Itu pun kau kata tak pasti? Kau sayangkan Luqman sebab diri dia kan? Bukan sebab muka dia seiras Nuqman” teka Farisya.Hampir tersembur keluar air di mulut Mya Zara mendengar tekaan Farisya. Dia?Sayangkan Luqman?

” Tak mungkinlah Sya. Aku masih sayangkan Nuqman. Lagipun, Nuqman mesti ada sebab dia sendiri kenapa dia tinggalkan aku hari tu. Aku akan tunggu Nuqman balik. Luqman pun pernah cakap, bila masa sesuai dia akan pulangkan aku semula pada Nuqman”.

” A’ah...dia tinggalkan kau untuk kahwin dengan perempuan lain. Lelaki macam tu yang kau sayang?”. Tajam jelingan Mya Zara pada Farisya. Rasa marah kembali menguasai dirinya.

” Mana kau tahu? Kau ada jumpa dia?”. Farisya hanya tersenyum sinis sebelum menjawab persoalan Mya Zara yang seakan serius itu. Dia tahu tuduhannya itu menimbulkan kemarahan Mya Zara.

” Satu hari nanti, kau akan tahu juga hal sebenar Zara. Yang penting sekarang, hal kau dengan pensyarah tu.Cuba kau slow talk degan si Luqman tu pasal Iskandar. Mana tahu dia ada solution untuk problem kau ni”. Mya Zara geleng perlahan.Kurang bersetuju dia dengan cadangan Farisya. Luqman bukanlah seperti Nuqman yang senang dibawa berbincang.

‘ Bila aku nak bercakap dengan dia? Kami tak ada masa nak berborak pun. Lagi pula, kami tak duduk serumah”.

‘ Haaa..kan ke kau nak balik kampung dengan dia hujung minggu ni kan? Masa tu lah kau borak”. Cadangan Farisya di sambut keluhan panjang Mya Zara. Perlahan-lahan air laici dihirupnya.

‘ Itu lagi satu masalah. Aku tak tahu sama ada dia nak ikut aku balik ke tak lepas kes bunga semalam tu”. Mya Zara memuncungkan mulutnya. Fish n chip di pinggannya di cincang halus-halus. Selera untuk makan hilang tiba-tiba.

‘ Kau tak ada call dia terangkan hal sebenar tentang kes bunga tu?”. Mya Zara geleng. Farisya ketap bibir, lalu turut menggeleng kepala.

“ Tu lah kan. Kau ni, nampak saja lurus bendul tapi dalam hati tu keras gile! Kenapa kau tak call dia? Takkan itu pun aku nak ajar kot! Kau ni, macam orang tak pernah bercinta lah”. Farisya dah mula naik ‘syeh’. Ikut hatinya, mahu saja dia goncang-goncang badan Mya Zara. Mya Zara perlu dikejutkan dari mimpi!

“ Aku tak ada nombor telefon dia la Sya”.

Pappp!! Kuat Farisya tepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Sesekali dia mengeluh.

“ Kau ni memang teruklah Zara. Nombor telefon suami sendiri pun kau tak tahu? Hisyhhh..minggu ni, macam mana cara pun kau mesti balik kampung dengan dia. Jangan lupa, minta nombor telefon dia sekali. Kalau dua-dua ni kau tak buat juga, lepas ni kau jangan call aku dah. Faham?”.

Mya Zara telan air liur melihatkan muka serius Farisya. Garangnya Farisya kali ini! Perlahan-lahan dia angguk perlahan sambil menyuap Fish N chip nya yang sudah hancur berderai ke dalam mulut.

************************************************************************

Luqman Hakim merenung kosong ke arah pemandangan sekitar UTM pagi itu. Jam baru menunjukkan seawal 7 pagi. Hanya dia sendirian di situ. Hujung minggu seperti itu biasanya ramai student yang bangun lewat. Kabus putih masih lagi kelihatan dari atas balai cerap. Sesekali dia menghela nafas panjang.Peluh yang meleleh membasahi mukanya di lap dengan hujung tangan.

Sedang dia kusyuk memerhatikan suasana pagi, telinganya menangkap bunyi enjin kereta. Siapalah agaknya yang jogging naik kereta ni?Tak mahu diganggu, sedikit pun dia tidak menoleh malah memejamkan mata. Cuba mencari ketenangan.

Matanya dibuka bila terasa kehadiran seseorang di sisinya. Sedikit terperanjat bila melihatkan tetamu yang tak diundang.

” Apa kau buat di sini? Mana kau tahu aku kat sini?”. Pertanyaannya di sambut dengan senyuman.

” Tadi saya pergi rumah sewa awak,Fakrul yang beritahu saya awak ada kat sini. Awal awak keluar jogging? Lupa ye, janji awak dengan saya hari ini?”. Luqman mencebik. Janji?

” Bila pula aku janji dengan kau ni?”. Mya Zara tarik muka. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Farisya yang paksa dia datang juga menjemput Luqman.

” Hari isnin hari tu awak janji kan. Sampai hati awak buat-buat lupa ya?”. Luqman senyum mengejek. Di pandangnya Mya Zara ke atas, ke bawah.

” Aku lupa ye? Agak-agak, sama tak dengan kes kau yang lupa janji pada aku masa dekat rumah Kak Long hari tu?”. Mya Zara telan air liur. Terbeliak matanya memandang Luqman. Seketika dia menghela nafas panjang.

” Saya tak pernah lupa janji. Apa yang jadi isnin hari tu, bukan kehendak saya”suara Mya Zara sedikit menurun. Bunga yang diberi oleh Iskandar, sudah pun dia berikan pada Dalila di akhir kelas tutorial hari itu.Alasannya, dia tidak sukakan bunga. Senyum lebar Dalila menyambut bunga ros 18 kuntum itu.

” Itu aku tak tahu. Yang penting, janji dah dilanggar. So, tak salahkan kalau aku pun lupa janji?”. Mya Zara mengeluh lagi. Otaknya ligat berfikir.

” Luqman..tolonglah saya. Nanti apa kata family saya kalau awak tak balik sekali?”.

” Cakap saja aku ada kerja, kan senang”.Makin panjang keluhan Mya Zara mendengarkan alasan Luqman. Macam mana lagi agaknya cara nak memujuk Luqman?

” Luqman, jom kita balik ye. Don’t worry, semua saya tanggung”. Lengan Luqman dipautnya manja. Terbeliak mata Luqman seketika sebelum dia menjerit kecil.Amboi minah ni, beraninya dia!

” Oittt! Oittt! Apa ni? Nampak dek geng ’hisbah’ tak pasal-pasal aku yang kena sound nanti. Lepaslah!”. Teriak Luqman. Makin kuat pegangan Mya Zara. Sesekali dia tersengih nakal. Degil sangat kan? Padan muka!

” Tak nak! Kalau awak tak nak ikut saya, saya nak duduk sini peluk tangan awak sampai awak setuju ikut saya!”balas Mya Zara bersahaja. Makin panjang sengihannya melihatkan reaksi Luqman.

‘Oittt perempuan. Kita dalam kampus lah. Kau janganlah buat hal pulak. Aku ni student lagi tau. Lepaslah tangan aku”. Puas Luqman cuba meleraikan pegangan tangan Mya Zara tapi makin kejap pegangan Mya Zara. Sesekali mata Mya Zara liar memandang ke bawah bukit.Risau juga dia kalau ada orang lain yang sedang joging menaiki balai cerap itu.

” Baik awak setuju Luqman. Tuuu...ada couple tengah jogging tu”. Mencerun mata sepet Luqman memerhati ke bawah. Dia mengetap bibir. Kuat.

” Lepaslah weiii...aku kata tak nak ikut. Tak nak lah!”.

‘ Luqman, cuba jangan jadi macam budak-budak.Awak Cuma perlu ikut saya balik kampung saja.Bukan saya suruh awak bercucuk tanam! Awak nak ikut ke tak nak? Kalau tidak, biarkan couple yang tengah jogging tu nampak awak dengan saya macam ni. Saya tak kisah”. Mya Zara ketawa kecil.Entah macam mana dia dapat idea gila seperti itu. Ahhh..apa salahnya. Lelaki itu bukan orang lain, suaminya juga! Dia pun memang terdesak perlukan Luqman mengikutinya balik kampung.

Luqman mendengus kasar.Wajah putih mulus milik Mya Zara yang sedang tersengih-sengih nakal hanya jarak beberapa meter darinya direnung tajam. Tidak lama kemudian, dia tersenyum sendiri. Oooo..main kasar ye!

Sengihan Mya Zara mati tiba-tiba bila satu kucupan hinggap di pipinya. Lama. Automatik tangannya melepaskan pelukan pada lengan Luqman. Cepat-cepat pandangannya jatuh ke atas tanah.Terasa mukanya panas tiba-tiba. Fikirannya kosong. Malu.

‘ Haaa...tu apesal pula diam.Tadi beria-ia sangat ugut aku kan? Tak sangka aku, kau ni nampak je macam ni berjubah bagai, tapi nakal juga kan? ‘. Luqman terusan ketawa.Makin merona merah wajah Mya Zara di tegur sebegitu. Terasa menyesal pula dia mengikut idea gila seperti itu.Tanpa kata dia bangun untuk mengatur langkah ke keretanya. Belum sempat selangkah, tangannya di tarik dari belakang.

‘ Oittt..tak kan cium sikit nak merajuk kot!Sikit saja tu, tak luak pun. Jom cepat hantar aku balik rumah sewa, aku nak mandi kejap, ambil beg”. Cepat-cepat Mya Zara berpaling lalu tersenyum semula.

‘Awak nak ikut saya balik kampung ye! Terima kasih Luqman!”. Tangan Luqman di goncangnya berkali-kali. Lega hatinya mendengar persetujuan Luqman.

‘Oittt...dah..dah. Kau nampak dua makhluk yang baru nak naik tu? Jomlah cepat!”. Luqman menarik tangannya dari pegangan Mya Zara lalu mengatur langkah ke arah kereta satria neo milik Mya Zara sambil tersenyum sendiri. Seriously, minah ni makin menarik! Luqman senyum lagi......

***********************************************************************

Mya Zara menguap lagi untuk kali ke sepuluh sejak mereka bertolak dari Johor Bharu. Bosannya dia diam membisu sejak 2 jam lepas. Sudahlah tu, radio pun tak berbuka.Hendak dibuka sendiri, segan. Almaklum, bukan kereta dia!Luqman beria-ia hendak membawa keretanya sendiri, terpaksalah dia mengalah.

Mya Zara menoleh ke kanan. Luqman kelihatan tenang memandu sambil memakai kaca mata hitam.Luqman benar-benar mengingatkan dirinya dengan Nuqman.Ahhh..mereka kan kembar!

‘Haa..ada apa pandang-pandang? Tak pernah tengok lelaki hensem?”. Mya Zara menjelirkan lidah lalu berpaling ke luar memandang tingkap. Perasan!

” Berani kau ejek aku ye. Aku tinggal kat sini, baru kau tahu”. Diam. Tak ada balasan. Mya Zara malas hendak memulakan gaduh. Kot dibuatnya Luqman tukar keputusan, tak jadi balik kampung kan ke naya!

Irama lagu ‘ Cinta Dongeng’ nyanyian Stacy mengejutkan Mya Zara. Panggilan dari siapa agaknya? Tak mungkin ummi atau mama. Kedua-duanya sudah dimaklumkan tentang kepulangan mereka ke kampung.

Mya Zara ketap bibir melihatkan nama yang tertera di skrin telefonnya.Iskandar! Hujung minggu begini, apa agaknya dia hendak? Dia mengeluh panjang.

” Apasal kau tak angkat call tu? Isketambola call kau kan?”. Pecah gelak tawa Mya Zara mendengarkan soalan Luqman, tapi tawanya tak lama. Ketawanya mati tiba-tiba bila Luqman membuka kaca mata hitamnya dan merenung tajam ke arahnya.

‘ Hujung minggu, saya tak ada urusan kerja dengan dia”.

‘Eleh”. Pendek saja balasan dari Luqman. Kemudiannya masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Mya teringatkan pesanan Farisya padanya tempoh hari.Alang-alang nama Iskandar sudah disebut, apa salahnya dia buka topik.

‘Awak, macam mana saya nak deal dengan orang macam Iskandar tu ye?”. Perlahan-lahan Mya Zara memulakan bicara. Inilah masa terbaik untuk dia berbincang dengan Luqman.Lepas ini, entah bila agaknya mereka ada masa berdua seperti ini.

” Apesal pulak dengan dia? Kau ada hati dekat dia ke?” tanya Luqman, bersahaja. Tangannya laju memberi lampu isyarat untuk memotong lori di hadapan mereka.

” Tak adalah. Saya anggap dia macam kawan sekerja saja.Tapi dia tu lah, lain macam saja saya tengok.Siap bagi bunga lah, ajak makanlah”.

” Kau melayan, memanglah dia suka”.

” Mana ada saya layan!”.Tegas Mya Zara. Luqman menghela nafas panjang.

“ Dah tu, kalau tak layan..apa masalahnya lagi?”. Mya Zara memuncungkan mulutnya. Menyampah pula berbincang dengan orang macam Luqman ni. Cakap macam tak ada perasaan!Kita nak ajak bincang, dia jawab asal boleh saja.

“ Kalau dia ajak saya kahwin, macam mana?”.

Sretttttt!!!!! Mya Zara terdorong ke depan bila brek ditekan kuat secara tiba-tiba.

”Luqman!Kenapa dengan awak ni? Nasib baik tak ada kereta di belakang”. Mya Zara mengurut dadanya perlahan-lahan. Mulutnya tidak habis-habis beristighfar dan mengucap. Luqman pula hanya berlagak biasa seolah-olah tiada apa.Dia meneruskan perjalanan tanpa sebarang kata.

” Awak, awak tak jawab pun soalan saya tadi”. Mya Zara kembali bersuara bila keadaan mulai sunyi seperti tadi.Senyap.Tiada jawapan mahupun reaksi dari Luqman.

”Luqman........”.

”Isyhhh..aku tengah drive ni kan? Boleh tak kita cakap hal lain? Aku muak lah dengar nama mamat tu. Dekat rumah sewa, nama dia. Dalam kelas, dekat fakulti pun nama dia jugak. Naik bernanah telinga aku ni kau tau tak. Kalau boleh tadah lah nanah tu, satu tong besar pun belum tentu muat!”.

”Iyelah..iyelah.Saya tak tanya dah”. Menurun suara Mya Zara kali ini.Sedikit kecewa dia kerana misinya tak tercapai. Mesti farisya tak mahu angkat call dia lepas ni!Hurmmmmm.

” Emmmm..awak. Nanti sampai kampung saya, awak jangan terkejut tau. Family saya, jarang-jarang cakap utara. Terutama makcik-makcik saya”.

Luqman menjeling sekilas ke arah Mya Zara. Topik apa pula kali ni?

” Duduk perak, tapi tak cakap utara? Habis tu , cakap bahasa apa? Tagalog? Urdu?”. Mya Zara ketawa kecil mendengar soalan Luqman. Pandai juga rupanya lelaki ini melawak. Tidaklah sepanjang masa serius macam hitler!

‘ Nenek moyang saya asal dari Banjarmasin, Indonesia. Tok saya orang banjar. Bukan orang melayu macam kita. Kata orang, orang-orang Banjar ni kebanyakannya putih-putih melepak. Tapi tak juga, ikut kawasan dari mana asal juga”. Luqman hanya mengangguk-angguk kepala sahaja.Entah kan faham atau tidak.

‘ So, kau nak cakap kat aku yang kau ni putih melepak sebab kau asal usul banjar la ye.Kau pandai ke cakap banjar?”.

‘ Saya faham apa pakcik, makcik saya cakap tapi saya tak berapa fasih nak jawab”. Luqman mencebik.

‘ Kiranya, kau ni banjar murtad la kan?”.

‘ Mana ada istilah banjar murtad la.Pandai-pandai saja awak ni tau!”. Luqman sengih bila ditegur sebegitu. Ahhh..apa salahnya, tambah kosa kata! Pedal minyak ditekan makin dalam.Rasa tak sabar nak dengar macam mana bahasa banjar!

***********************************************************************

Lebih kurang pukul 6 petang mereka tiba di perkarangan rumah lama Tok Wan Timah. Usai keluar dari perut kereta, Luqman menggeliat meluruskan badannya yang sakit-sakit akibat lama memandu tanpa henti.Tadinya, mereka hanya berhenti sekali sahaja di R&R Jejantas Sungai Buloh.

Kedatangan mereka di sambut oleh seorang wanita lebih kurang usia 50-an yang datang dari sekumpulan wanita yang kusyuk mengupas bawang di bawah rumah papan dua tingkat itu.

‘ Hanyar sampai kah? Uyuh kah di jalanan?”. ( Baru sampai ke? Mesti penatkan?) tegur Mak Lang Senah.

” I’ih..hanyar sampai nya. Aur nya bagawi. (A’ah, baru sampai. Nampak sibuk saja buat kerja)” balas Mya Zara bersahaja. Terbeliak mata Luqman seketika. Tak berkelip matanya memandang ke wajah Mya Zara. Kata tadi tak pandai cakap banjar!

” Dikit lagi han gawiannya. Ayuhai ka atas lagi am.Ajak laki mu sakali. Umak mu ada di ambin. ( Sedikit saja lagi kerjanya. Pergilah naik atas. Ajak suami sekali. Emak kau ada di beranda)”, balas Mak Lang Timah. Mya Zara hanya mengangguk perlahan, lantas menarik lengan Luqman yang sejak tadi terlopong tanpa kata.

” Awak, janganlah ternganga macam tu. Nanti masuk lalat, saya juga yang susah”. Tegur Mya Zara sambil tersengih. Cepat-cepat Luqman menutup mulutnya, lantas mendengus.

“ Kau cakap apa tadi? Mengutuk aku ye?” tanya Luqman sewaktu mereka sedang menaiki tangga di bahagian hadapan rumah itu.

“ A’ah. Saya cakap dengan Mak Lang yang awak ni pemalas! Jangan bagi awak buat kerja, mesti tak siap!”. Mya Zara ketawa kecil bila Luqman memuncungkan mulutnya tanda protes. Umur saja tua, tapi perangai macam budak-budak! Ikat mulut tu dengan getah, baru tahu! Mya Zara ketawa lagi. Hatinya berbunga riang melihatkan reaksi Luqman.

Seperti yang diberitahu, Puan Rania berada di beranda belah kanan rumah itu. Dia sedang sibuk menggantikan langsir ketika Mya Zara datang menepuk bahunya. Luqman hanya memandang suasana rumah itu dengan perasaan kagum. Cantiknya rumah ni. Macam istana lama dalam iklan adabi tu!

“ Zara, ni ka dia laki hang?”. Seorang gadis lebih kurang sebaya mereka datang dari arah belakang rumah menyapa mereka. Mya Zara hanya mengangguk lalu tersenyum.

“ Luqman, ini Qaseh. Anak Mak Long Rahmah. Umur dia sebaya awak. Dia belajar kat USM Transkrian. Dekat saja dengan rumah Tok Wan ni”. Qaseh menghulurkan tangannya ingin bersalaman tapi tiada sambutan dari Luqman. Dia hanya memandang kosong lalu tersenyum tanda hormat. Perlahan-lahan Qaseh menarik semula huluran tangannya yang tidak bersambut.

“Hmmm..hensem jugak laki hang ni no Zara! Pandai hang cari lelaki muda!”. Perli Qaseh sambil menjeling kea rah Luqman. Sejak kereta itu masuk ke perkarangan rumah lagi, dia sudah memerhatikan Luqman. Menurut ibunya, Luqman anak orang kaya bergelar Datuk! Ahhh..sayangnya lelaki hensem dan kaya seperti Luqman jadi suami kepada perempuan biasa macam Zara. Lelaki seperti Luqman lebih sesuai dengan perempuan bergaya dan cantik sepertinya. Bukan seperti Zara yang hanya tahu berjubah dan bertudung di kalangan ahli keluarga sendiri!

“ Alah, muda 2 tahun saja kot. Zara pun bukannya tua sangat. Umur je 25 tahun, tapi macam umur 15 tahun, kan sayang?”. Kelu lidah Mya Zara seketika mendengar jawapan Luqman. Lebih-lebih lagi bila pinggangnya di paut oleh tangan Luqman. Tanpa kata apa, dia hanya tersenyum memandang wajah Qaseh yang kelihatan sedikit berubah.

” Umang aihhh..tu dia pengantin baru. Macam belangkas dah mak long tengok! Haratnya muhak laki hang ni Zara! I’ilah pelakon korea”. Luqman kembali ternganga bila mendengar perkataan yang jarang-jarang dia dengar. Qaseh pula yang sejak tadi hanya memerhatikan reaksi Luqman, ketawa kecil.

” Mak saya kata, awak ni hensem. Macam pelakon korea kat tv tu!”, jelas Qaseh bagi pihak ibunya sambil tersenyum. Luqman menangguk tanda faham, lantas tersenyum kecil. Tangannya di hulurkan untuk bersalaman dengan ibu Qaseh.

” Zara, Luqman, jangan dilayan makcik rahmah kamu ni. Sampai malam pun belum habis ceritanya.Haah...mesti kamu berdua penatkan? Pergi masuk rehat dulu. Kamu pergi bahagian tengah rumah ni. Bilik kamu berdua di sebelah kiri ye!”. Puan Rania yang sudah selesai memasang langsir tiba-tiba mencelah.

” A’ah. Kesian pada Luqman, dari JB dia seorang saja yang drive. Kami pergi rehat sekejap ye mama, Mak Long”. Mya Zara dan Luqman berlalu sambil menjinjit beg pakaian. Qaseh hanya memandang tajam dengan hati yang berbulu.

********************************************************************

Luqman meluruskan badannya di atas katil besi lama yang dihias indah.Gaya macam pengantin baru pula! Cadar bukan main beropol-ropol. Siap ada kelambu lagi! Dia mengeluh panjang. Penat! Dari JB ke Parit Buntar, Perak hampir 7 jam perjalanan!Pergghhhh...mana tak penatnya? Sekilas dia menjeling ke arah Mya Zara yang duduk tegak di hadapan meja solek.

” Oittt..kau tak penat ke duduk tegak kat situ? Lama kot duduk dalam kereta tadi”, tegur Luqman bersahaja. Kakinya sengaja disilangkan, santai.

” Tak apa. Awak rehatlah dulu. Awak mesti lagi penat dari saya kan?”. balas Mya Zara lembut sambil memaksa dirinya untuk senyum. Sesungguhnya badannya rasa sakit-sakit dek kerana jauh perjalanan mereka. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia baring dan tidur sebentar tapi terasa segan pula di hadapan Luqman.

” Ikut suka kau lah” balas Luqman, tegas lalu mengalihkan badannya membelakangi Mya Zara. Mya Zara senyum lagi. Dalam hati, dia memanjat beribu syukur kerana Luqman sudi mengikutnya pulang ke kampung. Kalau dia balik seorang, alamatnya makin bingitlah mulut-mulut makciknya mengata. Dahulunya, isu dia kahwin dengan lelaki lebih muda darinya juga belum selesai lagi.

Mya Zara cuba melelapkan matanya. Cuba mencari ketenangan dan merasai kedamaian angin yang sepoi-sepoi masuk melalui tingkap bilik itu. Perlahan-lahan dia menarik nafas, dan melepaskannya. Terasa tenang dan terbuai dengan suasana angin petang itu.Kepalnya mula tersengguk ke hadapan, dek kerana menahan mengantuk. Dia menegak kan kembali badannya bila tersedar. Tak lama kemudian, dia terlelap semula. Terasa badannya terarah ke belakang. Kali ini dia rasa benar-benar terbuai dan ingin merehatkan badannya tanpa menyedari badannya makin jatuh terkebelakang.

“Zara!”.

Mya Zara tersedar bila namanya di panggil kuat oleh satu suara. Terjegil matanya bila menyedari badannya dalam pelukan Luqman yang sedang tajam merenung wajahnya.

“Kau ni, boleh tahan degil juga kan? Kalau penat, kenapa tak baring saja berehat? Nasib baik kau tak jatuh ke belakang tadi!” bentak Luqman. Mya Zara diam mebisu. Rasa takut mengusai dirinya melihatkan muka Luqman yang merah padam. Tak kan itu pun nak melenting sangat kot.

Belum sempat dia membalas percakapan Luqman tadi, Luqman sudah siap sedia mendukungnya lalu meletakkannya di atas katil besar itu. Perlahan-lahan Luqman meluruskan kaki Mya Zara dan menarik selimut hingga ke paras lutut.

” Dah, rehat dulu. Jangan pikir macam-macam dah”. Luqman mengatur langkah ke arah bertentangan katil itu lalu merebahkan badannya dengan selamba di sebelah Mya Zara. Mya Zara yang terkejut dengan tindakan Luqman,cepat-cepat bangun dan duduk bersila.

“ Ni apehal pulak ni? Tadi aku tengok mengantuk sangat, sampai tersenguk-senguk. Tidur la kejap. Jangan risau, makcik-makcik kau tentu faham.Kita kan datang dari jauh”. Tanpa memahami keadaan sebenar yang difikirkan oleh Mya Zara, Luqman memeluk bantal peluk ke sisinya.

“ Saya...er awak..katil”.

“ Haihhh...sejak bila kau jadi gagap ni?”. Cepat-cepat Mya Zara menggeleng.Ahhh..kenapa susah pula perkataan-perkataan itu mahu keluar dari mulutnya?

” Tadi gagap, sekarang bisu pulak?”.Luqman terasa ingin ketawa melihatkan reaksi wajah Mya Zara, tapi di tahannya.Secepat kilat dia bangun lalu menarik tubuh kecil Mya Zara ke dalam pelukannya sebelum baring semula.Mya Zara yang terkejut dengan tindakan drastik Luqman terasa badannya seperti disambar petir. Seram sejuk! Terasa darah dalam badannya berhenti mengalir seketika.Hatinya kuat untuk meronta,melepaskan diri tapi entah kenapa kudratnya seakan tiada. Makin terasa nyaman pula berada di dalam keadaan seperti itu.

” Aku lupa bawak Dibo aku. So , kau lah kena ganti dia. Ahhhhh...mengantuknya. Mendung-mendung macam ni memang best tidur”. Luqman memejamkan matanya. Sesekali dia menarik nafas, panjang.Kemudian perlahan-lahan dia melepaskannya.Terasa damai hatinya seketika. Seakan tidak percaya, Mya Zara ada dalam pelukannya.

Perlahan-lahan Luqman membuka matanya, curi-curi pandang ke arah wajah Mya Zara yang melekap ke dadanya. Luqman mencebik bila melihatkan Mya Zara yang kelihatan begitu lena tidur. Cehhh! Cepatnya tidur! Letih sangat agaknya dia. Luqman tersenyum panjang.Wajah Mya Zara direnungnya tanpa berkerdip. Perlahan-lahan jarinya menyentuh lembut wajah Mya Zara dari dahi, ke hidung lalu ke arah mulut kecil milik Mya Zara.Wajah itu benar-benar cantik walau tanpa secalit make up pun! Kenapa baru sekarang dia nampak semua itu?

Perlahan-lahan Luqman meregangkan pelukannya, lalu meletakkan kepala Mya Zara di atas bantal. Kerongsang di bawah dagu Mya Zara di bukanya perlahan, bimbang mengejutkan Mya Zara dari tidur. Tudung yang dililit kemas,diuraikan. Begitu juga serkup kepala yang selama ini melindungi rambutnya dari pandangan orang lain selama ini.

Haruman wangi dari rambut Mya Zara, menggetarkan hati lelaki Luqman.Terasa tidak cukup setakat itu,perlahan-lahan Luqman menguraikan sanggul di kepala Mya Zara yang disimpul rapi. Cantiknya rambut dia! Lurus, hitam berkilat panjang hingga ke paras pinggang.Hampir 6 bulan lebih mereka berkahwin, baru hari ini dia dapat melihat kecantikan yang di simpan rapi oleh Mya Zara.

Perlahan-lahan dahi Mya Zara dikucupnya perlahan, kemudian beralih ke hidung dan pipi gebunya. Belum sempat sampai ke mulut kecil Mya Zara, Luqman tersentak dan tersedar seketika bila mulut Mya Zara seakan berkata sesuatu.

” Nuqman.....”. Walau perlahan, masih dapat ditangkap dek telinganya. Cepat-cepat dia baring semula, bimbang Mya Zara terjaga. Bibirnya di ketap kuat sambil penumbuknya di genggam. Nafasnya naik turun, laju. Rasa tak percaya dengan apa yang didengarinya keluar dari mulut Mya Zara yang tengah tidur lena tadi. Kalau masa boleh di putar semula, dia tidak mahu dengar nama itu disebut tadi.

Perlahan-lahan dia mengalihkan badannya membelakangi Mya Zara. Tak berkedip dia memandang dinding kayu bilik itu. Terasa seperti kepalanya ditekan kuat oleh sesuatu dan kelopak matanya terasa berat. Dalam hati dia hanya ada Nuqman! Dalam tidur pun hanya ada Nuqman di fikirannya, bukan Luqman! Perlahan-lahan tanpa dia sedari air mata lelakinya mengalir deras tanpa henti.



Note dr saya : lama benor tunggu di P2u..atas permintaan ramai,sya publish di blog dahulu...mohon bantuan semua comment entry sya supaya sya dapat perbaiki cara penulisan dan jalan cerita ye..tqvm sbb sudi baca novel ni :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon