Followers

Thursday, May 31, 2012

Sedutan MSPA 14


“ Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, tanpa ada ikatan...berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan ,pagi-pagi buta..elok ke tu?” Syed Nadzhan menyoal dengan wajah serius.

Tasneem terkedu. Ini mesti dia nak perli pasal hal dia dan Abang Emir tadi. Hehh, cakap tak serupa bikin! Yang mereka berdua tengah buat sekarang ni, apa bendanya pula?

“ Ni, kita berdua..dalam satu bilik ni...”

‘ Bila orang bagi nasihat, dengar. Bukan menjawab dan cuba cari alasan lain nak mengenakan orang. ‘

Tasneem mencebik. Telinga dah rasa berdesing. Hati pun dah mula rasa panas.

“ Saya bukan ada apa-apa hubungan pun dengan abang Emir. Saya anggap dia macam abang saya, itu sahaja. Lagipun, kami  cuma berbual kosong je tadi.”

“ Berbual kosong sambil pegang-pegang tangan sampai masuk dalam rumah?”.

Terkedu Tasneem sekali lagi. Dirinya diberanikan merenung lelaki dihadapannya sebelum dia sedikit terkejut bila lelaki itu menghulurkan tangan ke arahnya.

“ Kita tengah berbual kosong sekarang ni and unfortunately, i’m your brother.So, boleh abang pegang tangan Anim sambil kita berbual-bual?” nada suara Dr.Syed berbaur perli.



p/s: akan datang...............

Thursday, May 24, 2012

Sedikit sedutan MSPA 13..

“ Cantiknya kaktus ni! Comel!”.

“ Cantik ke comel?” Soal Emir.

“ Dua-dua” balas Tasneem sambil sengih panjang.

“ Sama macam Anim. Cantik dan comel.”

Errkkkk!! Tasneem hilang kata. Sudah…abang Emir dah mula balik dah! Sindrom pagi tadi dah mula menyerang nampaknya.

“ Cantik ke comel ke, kena hati-hati. Jangan pegang sebarangan. Nampak saja comel, tapi berduri! Kalau silap pegang, boleh luka nanti ” tiba-tiba saja Syed Nadzhan yang hanya jadi orang ketiga antara mereka turut menyampuk.

“ Kurang-kurang, duri kaktus boleh juga kita nampak dari mata kasar di mana tajamnya. Jadi dari awal, memang dah berhati-hati. Bukan macam aiskrim. Dari jauh nampak menarik dengan warna yang pelbagai. Tapi bila datang dekat dan pegang, cuma rasa sejuk, beku dan bila dah lama mula rasa tajam mencucuk tangan walaupun tak ada duri. Haahh..hilang terus rasa menarik. Macam ada orang tu!” balas Tasneem bersahaja.

" Lorr...buat apa aiskrim dipegang saja? Makanlah! Baru sedap!" tambah Emir yang tak tahu hujung pangkal. Dan Tasneem hanya tersengih sebelum sengihannya mati bila direnung tajam 'orang ketiga'.
 p/s: full entry? tungguuuuu......   :-)

Wednesday, May 23, 2012

Dari Dr.Syed..MSPA...

video

p/s: terubat rindu tak?hehehe ...ampun audio tadak....nape ntah tadak sore dia ( aifa yang poyo...macamlah ada yang rindu ;-)  )

Thursday, May 17, 2012

Review tentang Novel Kahwin Ganti...


 Google punya google..sekali terserempak dengan review ini. Rasanya ini first review yang saya jumpa tentang Kahwin Ganti :-)
 
 
 
 
Pengisahannya sangat menarik tentang sepasang kembar yang selalu berebutkan barang yang sama. Disatu ketika bilamana perbuatan itu sudah dianggap tidak relevan;perkahwinan, si abang, Nuqman hilang di hari pernikahan sehinggakan si adik, Luqman terpaksa menjadi gantinya. Maka terjadilah Kahwin Ganti.
Kini yang menjadi mangsa keadaan adalah si pengantin perempuan, Mya Zara yang menyangkakan dia telah berkahwin dengan buah hatinya, Nuqman.
Satu perkara demi satu perkara terjadi akibat dari perkahwinan mereka. Adakalanya lucu, sedih & adakalanya membuatkan pembaca i.e saya sendiri berasa kecewa dengan sikap Luqman.
Namun, semuanya akan berakhir dengan 'happy ending'.
Ada bahagian-bahagiannya tidaklah sesuai untuk bacaan golongan remaja, pada pendapat saya. Tidaklah 'terlampau' tetapi tidak sesuai. 
 
p/s: terima kasih Noninuna atas review itu. Anda bagaimana? Ada sesiapa yang dah baca sudi berkongsi pendapat dengan saya?
 

Wednesday, May 16, 2012

Preview Bab 11 MSPA :-)



‘ Haa...Nadz..apa lagi. Kau jelaskan lah hal yang sebenar pada Tasneem pasal hal tempoh hari. Tentang kau dengan aku.”

‘ Aku tak ada apa yang nak dijelaskan," balas Syed Nadzhan..serius.

"okey fine. Kalau kau tak ada apa-apa nak jelaskan. Aku ada."

“ Penjelasan apa pula Ni Mir? Kau ni macam-macam lah!”.

“ Aku nak jelaskan, tentang soal aku dengan Tasneem.”

Sedutan jus oren Syed Nadzhan terhenti. Lambat-lambat dia angkat kepala.

“ Hmmm..apa dia. Cepat.Jelaskan.” balas Syed Nadzhan malas-malas.

“ Tasneem, abang sayangkan Tasneem...lebih dari sayang sorang abang pada adik. Dan Nadz, aku nak kau tahu yang aku betul-betul ikhlas sayangkan adik kau ni.”

~ Sedutan Meh, Sandar Pada aku ( MSPA) Bab 11..akan datang ~

Thursday, May 10, 2012

Bab 10..Meh, Sandar Pada aku!


Bab 10

Syed Nadzhan mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Seharian dia begitu. Makan pun rasa tak kenyang. Niat asal hendak keluar dengan Syamil main bowling tengahari tadi ditunda tanpa sebab. Hasilnya, berbakul bebelan dari Syamil dia terima. Entah kenapa hatinya rasa kurang enak. Mood hendak keluar pun tiada. Atas sebab apa? Haahhh..kemungkinan besar sebab tuduhan tak berasas pagi tadi!

Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada perempuan kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa.

Boleh pula budak tu kata aku ni minat kaum sejenis? Dia dah gila ke apa? Tak bermakna selama ni dia hanya bekerja dalam lingkungan kaum lelaki adalah sebab dia anti perempuan dan sukakan kaum sejenis. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia jadi begitu. Dan apa pun sebabnya yang pasti sekali, dia lelaki tulen. Pasti. Confirm!

Telinganya kemudian menangkap bunyi pintu bilik sebelah ditutup perlahan. Jam dinding di kerling sekilas.

Malam baru balik? Keluar pagi lepas sarapan, lepas maghrib baru balik. Haisyhhh..rosak budak ni nanti kalau nak mengikut rentak Emir yang memang kaki jalan tu! Memang sesuailah dengan jawatan marine engineer dengan sifat suka berjalannya tu. Enam bulan sekali berlayar satu dunia, enam bulan lagi duduk lepak berfoya-foya di Malaysia. Senangnya hidup seorang Syed Emir.

Tanpa dia sedari, kakinya sudah pun melangkah ke arah bilik sebelah. Tanpa ketukan, pintu bilik di tolak kasar.

“ Apa Dr.Syed ni? Masuk bilik orang tanpa izin. Nasib baik saya tak buka tudung lagi!”. Jerkah Tasneem. Sengaja dia memulangkan paku buah keras. Oooo..orang masuk bilik dia pagi tadi, marah. Dia serbu masuk bilik kita  macam pengganas, boleh pula kan?

“ Ini bilik ke apa? Bersepah macam tongkang pecah!”.

Tasneem terdiam. Hilang terus rasa marahnya akibat diserang hendap oleh jiran bilik sebelahnya itu. Matanya ligat memandang ke arah sekeliling bilik itu, lantas tersengih sendiri.

Alah, dia bukan sengaja nak biarkan keadaan bilik jadi macam ni. Kalut punya pasal nak memilih pakaian yang sesuai untuk keluar dengan abang Emir tadi, sampai terlupa nak kemas semula pakaian yang bertaburan atas lantai. Sudah lah tu, cadar atas katil pun tak sempat nak kemas. Belum kira lagi lip ice, bedak compact yang dibiar terbuka tanpa tutup.

“ Alah, ini kan bilik saya. Bukan bilik Dr.Syed. Suka hati saya lah nak buat apa.”

Mata Syed Nadzhan lantas membulat. Tangannya dicekak ke pinggang.

“ Memang bilik ni , bilik kau. Tapi rumah ni... ‘.

‘ Mama saya dah kahwin dengan papa Dr.Syed, jadi rumah ni rumah saya juga lah ! ,” balas Tasneem, selamba. Sedikit pun pandangan mata lelaki itu tidak beri kesan padanya.

Syed Nadzhan jadi makin panas dengan sikap Tasneem. Perlahan, dia mendengus kasar.

Perkara pertama yang dia tak patut lakukan adalah datang ke bilik ini tadi dan menegur budak perempuan ini. Sebab?

Pertama. Tak untung apa-apa.

Kedua. Buat sakitkan hati saja.

Ketiga. Baik balik bilik dan anggap budak ini tak wujud.

Malas hendak melayan, Syed Nadzhan pantas keluar dari bilik itu sebelum lengannya ditarik perlahan sewaktu melalui tangga ke tingkat bawah.

“ Nadz tolong papa boleh?”.

“ Hmmm..apa dia pa?” soal Syed Nadzhan malas-malas. Entah sejak bila papa ada di situ pun dia tak pasti. Harap-harap papa tak nampak tindakan dia menyerang bilik budak tu tadi.

“ Esok, Nadz tumpangkan Anim ke tempat praktikal dia ye! Mama dengan papa ada hal sikit esok. Tak dapat nak hantar Anim.”

“ Suruhlah dia naik teksi pa. Teksi kan banyak....”.

“ Nadz...dia tu adik perempuan Nadz. Nadz tak kasihan ke pada dia? Lagi pula, dekat kawasan rumah kita ni jarang-jarang teksi masuk. Nadz pun nak pergi ke arah bangi juga kan? Apa salahnya, singgah sekejap”.

“ hmmm...ye lah. Tapi Nadz pergi awal. Esok ada meeting. Nanti papa beritahu pada budak tu, suruh bangun awal sikit. ”

Syed Irham senyum panjang lantas angguk. Pegangan pada lengan anak tunggalnya itu dilepaskan. Mungkin Nadzhan nampak keras di luar, tapi hatinya sebenarnya lembut.

*********

“ Kau tak ada baju lain ke? Asyik-asyik pakai t-shirt dengan seluar jeans.”

Sudah hampir 15 minit dia dalam kereta itu barulah si pemandu ini bersuara. Dari masuk kereta tadi, suasana dalam kereta itu dah macam dewan periksa. Senyap. Sunyi je. Nak buka radio dengar Hot.Fm pun tak berani.

Tasneem merenung dirinya dari atas ke bawah. Sesekali kepalanya dijengukkan ke cermin sisi kereta itu. Salah ke pakai macam ni? Asal menutup aurat, menutup apa yang patut dari pandangan orang lain cukuplah tu kan?

Tasneem sengih sendiri. Entah dari mana idea itu datang. Tapak tangannya lantas di sua ke sisi kanannya, membuatkan dahi Syed Nadzhan berkerut panjang.

“ Apehal pula ni?”.

Tasneem sengih lagi.

“ Bak duit. Nanti saya pergi beli baju lain.”

Pantas tapak tangan comel itu ditolak ke tepi dengan sikunya. Tasneem mencebik. Kalau dah kedekut tu, kedekut juga. Komplen saja pandai, bila minta duit tak mo bagi!

“ Hal kita berdua, aku nak kau rahsia kan dari semua budak ofis. Faham?”.

Kening Tasneem bertaut. Ehhh..dah tukar topik lain pulak?

“ Dr.Aleesya pun?”.

“ Bila aku kata semua, maknanya tak ada pengecualian.”

“Ooooo....”. Mulut Tasneem melopong. Namun kemudian dahinya berkerut. Ada sesuatu yang memusykilkan dirinya.

“ Kenapa nak kena rahsia kan pula Dr.Syed? Kita bukannya kahwin paksa atau pun bercinta diam-diam pastu kahwin tak ajak orang macam dalam kisah novel atau drama dekat tv. Parents kita yang kahwin yang mana menjadikan kita jadi adik beradik, betul tak? Jadi apa yang nak dirahsiakan?”.

Tasneem mati kata bila soalannya di balas dengan renungan tajam. Perlahan, nafasnya dilepaskan.

“ Lambat laun, orang akan tahu juga pasal kita lebih-lebih lagi, Dr.Aleesya. Tapi,  Dr.Syed jangan risaulah ye.  saya janji saya tak akan beritahu pada orang lain,” tambah Tasneem lagi bila tiada respon yang diterima.

“ Kau cakap macam tu lagi tambah risau aku dibuatnya.”

“Apesal pulak?”. Tasneem memberanikan dirinya membalas renungan Dr.Syed. Apa, ingat dia ni kepochi sangat ke?

“ Janji perempuan, memang tak boleh dipercayai.”

“ Eleh. Ayat macam dalam drama je! Kenapa ? Macamlah Dr.Syed pernah ada makwe berjanji nak kahwin lepas tu kahwin dengan orang lain! Dr.Syed kan...”.

“ Aku apa?” pantas Dr,Syed bertanya. Belum sempat Tasneem habis buat kenyataan.

Tasneem terdiam. Matanya dijulingkan. Dok fikir, sesuai atau tidak perkataan itu dikeluarkan waktu-waktu sebegini. Ini ada juga nanti yang kena jalan kaki pergi opis ni.
Ini namanya menyediakan peluru untuk diri sendiri ditembak.

Dan..belum sempat akalnya terus membuat tafsiran bunyi tayar diberhentikan secara tiba-tiba menghentikan lamunannya.

“ Kau turun sekarang.”  Nada suara keras dan tegang. Takut-takut Tasneem nak pandang.

“ Saya tak cakap apa-apa pun lagi.” Cuba memujuk. Tapi gaya muka Dr.Syed macam tak makan pujuk je! Adoyaiiii....

“ Memang. Tapi aku dah tau apa yang kau nak cakap. Turun sekarang. Now!”.

Tasneem mendengus kasar. Beg tangan dihujung kaki dikelek ke bahunya sebelum pintu kereta dibuka dan kakinya melangkah keluar.

Kereta BMW itu berlalu dengan laju. Tasneem gumpal penumbuk. Kuat. Geramnya menggunung pada tuan punya kereta. Apa punya abang la perangai macam ni. Cakap sikit pun dah nak melenting. PMS ke apa?

“ Dr.Syed kejam!!!!!”.

Namun jeritannya tidak ke mana. Mahu tidak mahu, langkah kakinya diteruskan menuju ke arah tempat yang dituju, di hujung lencongan jalan itu.

************

Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Jari-jarinya mengetuk perlahan meja kerjanya tanpa rentak sekata. Pandangan matanya pada skrin komputer tapi pemikirannya entah ke mana.

Sesekali jam di tangan dikerling. Sudah pukul 9 malam. Ke mana agaknya dia pergi ye? Waktu makan malam pun tak ada. Bilik pun masih bergelap. Nak tanya pada papa, terasa segan pula. Confirm dia pula nanti disoal kenapa budak tu tak balik sama tadi. Nak tanya pada auntie Farah? Lagilah tak kot! Bercakap dengan wanita itu pun jarang-jarang sekali.

Haihhh..mana budak ni pergi sampai sekarang tak balik lagi? Tak kan lah dia berjalan balik ke sini kot? Tapi, kalau nak dikira sikap degilnya..memang ada potensi budak tu jalan kaki balik umah ni. Atau...dia tunggu bas? Jap...mana ada bas dari bangi masuk ke sini.

Syed Nadzhan terus mengeluh. Rasa menyesal pula menghukum budak itu dengan tidak menjemputnya petang tadi. Sudahlah tu, pagi tadi ditinggalkan tepi jalan dan hampir 800 meter juga dia perlu berjalan.

Ahhh...tapi rasakan! Itu pengajaran untuk budak macam tu. Lain kali, cakap tu ikut akal fikiran bukan ikut sedap mulut saja. Ada ke patut, lelaki normal macam dia dituduh sukakan kaum sejenis? Gila! Memang gila!

Bebelan Syed Nadzhan terhenti bila wajahnya ditekup dengan bantal dari belakang. Dia menghela nafas panjang. Ini siapa pula yang nak bergurau kasar dengan dia malam-malam buta macam ni?

Tangannya pantas cuba menarik bantal itu dari terus menutupi wajahnya tapi tekupan jadi makin kuat pula.

Bengang dengan keadaan itu, dia bingkas bangun dari kerusi sebelum tekupan bantal itu dilepaskan perlahan-lahan.

Haaahhh...dah di agak. Mesti mamat ni! Gelak tawa Emir memenuhi bilik itu. Beria-ia dia ketawa sambil menepuk-nepuk karpet di atas lantai. Syed Nadzhan ketap bibir. Geram. Ini ada yang nak kena ni!

“ Sudahlah masuk tak da salam. Ada niat membunuh pulak tu!”.

“ Wowww...wowww..berat tuduhan kau pada aku tu Nadz! Aku bergurau saja kot. Kau ni, nak di ajak bergurau pun tak boleh! Kalau tak boleh bergurau, duduk surau la bro !” balas Emir dgn gelak yang berselang seli.

“ Surau ye.. bergurau ye, sekarang aku nak bergurau pula dengan kau. Kau jaga!”

Pantas bantal di hujung katil di capai lalu dihempuk ke wajah Emir. Emir terkejut lalu tawanya terhenti tiba-tiba. Tak mahu mengalah bantal lain di atas katil dicapai. Tak sampai 5 minit, adegan pukul memukul guna bantal antara nereka berdua bermula. Tapinya Emir dengan susuk tubuh lebih tinggi ada kelebihan. Bertalu-talu badan sepupunya dihempuk dengan bantal.

“ Wei...sudah lah tu! Aku penatlah!” Syed Nadzhan kemengahan. Seharian bermurung dan termenung, terasa badan ‘berat’, tak bertenaga.

“ Kau yang mulakan, kau rasakan lah. Konon nak bergurau...hambek ko!”. Emir terus menyerang tanpa henti.

Syed Nadzhan makin mengah dan lelah. Inilah akibatnya bila terlalu sibuk berkerja dan jarang bersenam. Badan dah tak fit!

Akhirnya, dia nekad. Dengan sekuat tenaga, dia merempuh Emir hingga Emir akhirnya terbaring ke atas katil dengan badannya menghempap tubuh Emir sebelum mereka berdua ketawa besar.

“ Abang! Abang Emir! Apa abang berdua buat ni?”.

Tawa mereka berdua terhenti di situ bila wajah Tasneem dengan mulut ternganga  berdiri pucat di hadapan pintu bilik itu. Syed Nadzhan bingkas bangun dan membetulkan tshirtnya sebelum berdehem perlahan.

“ Kau nak apa datang sini?”.

‘ Abang dengan abang Emir ni kan..urghhhh....’ Tasneem terus berlalu tanpa menghabiskan kata-katanya. 

Matanya sakit, hatinya lagi teruk. Bukan saja sakit, tapi parah ! Betul-betul dia tak sangka yang abang Emir pun macam tu juga ! Dia fikir, abang Emir sedikit berbeza. Iyelah kan, mulutnya manis saja bila bercakap. Ciri-ciri playboy yang dikelilingi perempuan tu memang dah ada dah. Tapi kejadian tadi tu ?

Adoooooi.....kenapa ye ? Lelaki hensem-hensem memang majoriti macam tu ke ? Sudahlah bilangan kaum lelaki kat dunia ni dah berkurangan ! Tak ada ke lelaki yang tulen, hensem, baik dan beriman yang boleh dia kenali dan jadi kawan ?

 Adam ! Adam pula macam mana ye ? Dia pun boleh tahan hensem juga orangnya. Entah-entah, dia pun macam Dr.Syed dengan Abang Emir ! Argghhhh...gila ! Gila! Kenapa dia dikelilingi lelaki yang macam ni? Tidak!!!!!

************

‘ Nadz..aku tidur sini boleh tak ? Penat lah gi jalan-jalan kat The Mines tadi. Aku janji, aku tak merangkak ke bilik sebelah malam-malam buta. Penat ni kot! Mau kejap lagi aku tidur sampai berdengkur. Boleh tahan kuat jalan juga adik kau tu. Habis semua kedai dekat Mines tu dia masuk. ‘

Syed Nadhzan mendegus. As expected ! Tengok muka pun dia dah tau yang budak tu kaki jalan. Kuat jalan, pastu mulut dok mengomel itu ini = Afnan Tasneem. Equation baru untuk malam ini.

“ Kau jemput dia balik ke petang tadi?”.

“ Yup, aku bosan duduk rumah seharian. Jadi aku call dia, nak ajak jalan. Wehhh…kenapa dengan tadi tu ye? Aku tengok pucat lesi muka Anim tadi. Apahal? Tak paham aku dibuatnya.”

Lagi kuat dia mendegus. Wajah juga turut berubah. Tegang. Mengingkat kan insiden tadi, dia jadi marah pada diri sendiri. Kenapalah masa tu juga budak tu kena nak singgah bilik ni dan tengok adegan mereka berdua tadi tu?Urghhh....

Hmmm..nak cerita pada Emir ke tidak ye? Nanti kalau cerita, takut kena gelak. Kalau tak cerita, kesian pula pada dia sebab di salah anggap dengan budak tu. Adoii...budak tu memanglah. Tak ada cerita, saje dia nak buat cerita.

“ Budak bilik sebelah tu ingat aku ni suka kat kau!”

“ Pulak? Salah ke kau suka aku? Kitakan sepupu!”.

Syed Nadzhan tepuk dahi. Isyhhh..lambat pula ‘ram’ ( Random Access Memory ) mamat ni malam ni. Itu pun tak faham.

“ Maksud aku. Suka. Aku lelaki, suka dekat kau..lelaki. Faham ?” Syed Nadzhan buat pengakuan dalam nada suara malas-malas. Mengaku dalam paksa.

“ What? Wait! Anim fikir kau dengan aku...”

“ Fine. Jangan sebut.”

Emir ketawa besar. Perlahan tubuhnya dibaringkan di sudut ujung katil sambil terus ketawa tanpa henti. Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Dah dapat di agak respon Emir akan begini.

Malas hendak melayan gelak Emir yang mampu bertahan hingga setengah jam itu lantas pandangannya di alihkan ke atas kertas di sisi kanan mejanya. Matanya dikecilkan membaca tulisan tangannya.

Apa pula yang ditulisnya ni? Ini mesti tulisan masa dia mengantuk gila mendengar Dr. Azmah membebel waktu mesyurat siang tadi. Sejam membebel tak berhenti-henti. Dok ulang perkara dan perkataan yang sama sampai semua orang naik bosan. Kesannya? Dia yang seperti biasa kena ambil minit mesyurarat sudah beberapa kali terlelap. Tulisan pun dah macam cacing kerawit saja gayanya. Nak baca pun tak faham.

Matanya membesar bila tiba-tiba kertas lain yang siap bertaip tiba-tiba saja di hulurkan ke arahnya betul-betul di letak atas kertas kajang tulisannya tadi. Lantas dia menoleh ke sisi.

“ Apa ni? Report mingguan, hantar esok kat opis. Sini rumah, bukan opis.”

Tasneem mencebik. Caihhh...nak berlagak supervisor pula dekat rumah ye. Sekilas dia menoleh kea rah abang Emir yang sejak tadi gelak sorang-sorang sambil tekup muka dengan bantal. Ini lagi sorang, kena sawan gelak agaknya. Gelak beria-ia sampai tak sedar dia masuk.

“ Bukan report. Bacalah. Abang Emir…jangan lupa baca jugak tau! Selamat malam!”. Sengaja suaranya dikuatkan supaya Emir turut mendengar. Seperti dijangka, tawa Emir terhenti. Dia bingkas duduk di sisi katil. Tasneem kemudiannya berlalu tanpa menunggu jawapan lalu tutup pintu sebelum keluar.

“ Apa tu wehhh? Baca sikit Nadz! Surat cinta Tasneem untuk aku ke?”

Mata Syed Nadzhan terbuka luas. Satu-satu patah perkataan yang tertera di atas kertas A4 itu dibaca dan diteliti.

”Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu. Dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
 (QS. Hud [11]: 82-83)

 “Ada empat golongan yang di pagi hari mereka berada dalam kemarahan Allah Subhaanahu wa ta’ala dan di sore hari mereka berada dalam kemurkaan-Nya.”
 
Abu Hurairah berkata: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
 
Beliau ` menjawab: “Para lelaki yang menyerupai wanita, para wanita yang menyerupai lelaki, orang yang menyetubuhi binatang, dan lelaki yang menyetubuhi lelaki.”


 Hadits oleh Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi.


“ Afnan Tasneem!!!!!!!!”.


Tasneem cepat-cepat peluk bantal peluknya kuat-kuat. Seramnya dengar suara pekikan dari bilik sebelah tadi tu. 

Mesti muka Dr.Syed merah padamkan? Hisyhh..tak baik tau dia tu. Niatnya baik cuma hendak ingat mengingati sesama saudara seislam. Bukan ke ustazah selalu cakap.. Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu, ubahlah (benci) dengan hati, maka itu adalah selemah-lemah iman. 

Nak cegah guna tangan tu, idak le kot. Tengok adegan tadi pun dia rasa malu sendiri. Makanya, dia ambil langkah kedua. Menegur dengan baik.

“ Afnan Tasneem!!!!”.


Bunyi ketukan kuat di pintunya buat dia tersentak. Tombol pintu pula beberapa kali kelihatan dipulas. Wahhh..Dr.Syed betul-betul mengamuklah! Macam mana ni? Siapa pula nak hantar dia pergi opis esok? 

Abang Emir? Hisyhhh....tak nak lah! Bukan dia dengan Dr.Syed sama saja ke?

Ahhh..susah-susah, esok pura-pura je sengguggut. Minta mama bawa pergi klinik, minta mc. Habis cerita. Kurang-kurang boleh juga reda amukan Dr.Syed, betul tak? Tasneem sengih panjang. Matanya dipejam perlahan. Bunyi ketukan di pintu dibiarkan tidak bersambut dan tidak lama kemudian dia terlelap. 

***************

p/s: awak...kita bersambung lagi ye! kalau sudi..tinggalkan lah jejak komen anda ye... Dr.Syed amat menghargainya... ;-p



Monday, May 7, 2012

Meh berkenalan dengan watak utama e-novel Meh, sandar pada aku!

Nama: Syed Nadzhan b. Syed Irham
Pekerjaan : Research Engineer
Umur : 30 tahun
Status : Masih bujang trang tang tang...biarpun dikejar tanpa henti oleh dua pupunya..Dr.Aleesya
Info :

Lelaki berpangkat Dr. PHD yang macam bagus. Lebih suka berkomunikasi dan hidup di dalam lingkungan kaum lelaki sahaja. Komited pada kerja tapi bermasalah hendak kerjasama dengan kaum perempuan. Pembersih, pengemas. Suka berjimat. Lebih suka hidup dalam dunia sendiri. Tak suka ambil tahu hal orang lain yang tidak berkaitan dengannya.

Nama : Afnan Tasneem bt.Adnan
Pekerjaan : Student
Umur : 22 tahun 11 bulan
Status : Hati sudah dimiliki...( Adam Naufal)
Info :

Pelajar praktikal di salah satu pusat penyelidikan. Ceria orangnya. Sangat jujur dan kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kalau ada sesuatu yang tidak difahaminya, dia akan terus bertanya dan bertanya. Selamba , kadang-kadang tak faham bahasa.  Bukan kategori perempuan yang pengemas tapi suka mengemas.


Wednesday, May 2, 2012

Meh, Sandar Pada Aku - Bab 9


“ Mama?”.

Tasneem tercari-cari kelibat mamanya. Mama tiada menantinya di sisi katil itu. Bilik itu juga agak asing baginya. Hampir seluruh bilik itu di cat dengan warna unggu, warna kegemarannya dengan hiasan wallpaper pada dinding berbentuk hati.  Dahi Tasneem berkerut panjang. Di mana dia sebenarnya? Yang pasti, dia bukan di hospital. Mungkin juga dia di dalam salah satu bilik dalam rumah papa barunya...bukankah tadi dia pengsan?

“ Mama?”, sekali lagi dia menyeru perlahan.

“ Tasneem?”.

Tasneem bingkas bangun dari baring bila suara itu menyapanya. Dia pantas tunduk melihat keadaanya ketika itu. Masih lengkap bertudung seperti dia mula masuk ke dalam rumah itu tadi. Perlahan, dia menarik nafas lega.

 “ Emir? Aaaa...emmm...mama saya mana?” soal Tasneem, serba salah campur malu. Lebih-lebih lagi bila Emir hanya tersenyum sambil berdiri di sisi katil itu.

“Auntie Farah ada di bawah dengan uncle Irham. Awak okey Tasneem? Dekat setengah jam juga awak pengsan tadi. Mungkin, awak letih lama duduk dalam kereta tadi kan? Kesian dekat awak. Kalau awak datang sini naik flight pun tak apa kan? Tapi itu lah, uncle Irham tu sibuk nak drive juga ”.

Tasneem sengih. Segan pula bila soalan itu ditanya. Tak kan nak jawab tak okey pula kot, padahal dalam hati menggunung malu. Haiyyyaaa….macam mana kau boleh pengsan ni budak Anim?

“ Mana ada saya pengsan. Saya mengantuk. So tadi...saya terlelap,” balas Tasneem spontan. Emir gelak besar. Dengan selamba dia melabuhkan punggung di atas katil, di sisi Tasneem.

“ Awak ni comel la Tasneem. Awak tahu, kali pertama saya nampak awak, saya terus tertarik tau! Awak ni..hmmm...ada something special yang tak ada pada perempuan lain.”

Mata Tasneem terbeliak. Hilang terus rasa malu dan segannya tadi. Comel? Something special?Erkkkk..mamat ni mamai ke atau terlebih minum kopi agaknya? Wajah Emir yang memang murah dengan senyuman di tenung tidak berkerdip.

“ By the way, umur awak berapa ye Tasneem?”.

“ 22..tak lama lagi masuk 23 tahun.”

Senyum Emir sampai ke telinga. Entah apa yang gembira sangat kalau setakat umur saje kot.

“ So, Tasneem lagi muda dari saya la nampaknya. Saya 28 tahun. Tasneem kena panggil saya abang Emir tau!”.

Abang? Seorang lagi abang? Yang tadi tu abang tiri yang ini pula abang apa? Tasneem mencongak-congak sendiri. Dari hanya ada seorang kakak sejak dia lahir, tiba-tiba saja dia ada ramai abang ! Hebat kau Anim!

“ Tasneem? Fikirkan apa tu?”

“Errr..baik. Baik abang Emir...” tutur Tasneem, sebutir-sebutir.

“ Tak mau panggil nama pun tak pe. Abang pun okey,”.

Abang pun okey? Geshhhh..kan ke bagus kalau Abang Emir ni je yang jadi abang tiri dia, bukan lelaki tu? Abang Emir ni nampak baik saja orangnya. Sweet. suka tersenyum. Sikap dan perangainya macam Adam. Rupa pun dah ada iras-iras. Cumanya, errmmm..mulut dia manis sikit rasanya. Adam pula nampak lebih matang dan setiap kali dia bercakap rasa mendamaikan. Ooohhh…Tasnem, kau dah pandai banding-bandingkan orang pula ye? Emir dengan Adam ni siapa? Calon suami? Erkkk…

“ Bro, kau tak payah la nak jual minyak dekat budak ni pulak. Dia ni dah jadi sepupu kau pun.”

Tak semena-mena ‘abang tiri’ nya itu masuk ke dalam bilik tanpa isyarat mahupun ketukan di pintu yang separuh terbuka.

“ Sepupu pun boleh kahwin maa…kalau hati dah berkenan. Betul tak Tasneem?”.

Tasneem angguk laju. Mata Syed Nadzhan lantas membulat. Aihh minah ni? Tak kan lah dia dah sangkut pula dengan Emir ni kot! Baru kenal beberapa minit dah suka? Hmmm...ada juga rupanya perempuan jenis lurus bendul macam dia ni. Asal ada saja lelaki yang datang dekat, dia ingat lelaki tu ada hati pada dia. Huhhh! Satu lagi jenis perempuan yang dia dapat kategorikan hari ni. Perempuan lurus bendul a.k.a kuat perasan = Afnan Tasneem.

Tasneem mencebik melihatkan reaksi ‘abang’nya. Pandangan mata Syed Nadzhan tidak diendahkan. Malas nak layan. Sekarang, kata-kata Salwa dulu-dulu dia akui. Dunia ni kecil dan bulat. Punya jauhlah dia berjalan dan berpusing pun, kalau sudah ketentuan Allah dia dan Dr.Syed sombong ni bersaudara...itulah hakikatnya kan?

Tangannya perlahan menarik dan melipat comforter yang menutupi separuh badannya tadi tanpa mengendahkan kehadiran dua lelaki yang sejak tadi hanya memerhati saja gelagatnya. Namun, tak lama kemudian dia berpaling bila terasa diri diperhati. Dahinya berkerut, minta penjelasan.

“ Kenapa abang diam je?”. Soal Tasneem sambil memandang ke arah wajah Emir di hadapannya.

Abang? Wajah Syed Nadzhan separuh terkejut. Memang haru betul budak perempuan ni. Baru jumpa tak sampai 5 minit dah panggil abang? Haiihhhh..siapa sebenarnya abang tiri dia ni?

“ Ehhmmm..ehmmm…Abang Emir. Dah lewat ni. Jadi tak kita nak keluar ni ?”.

Tasneem dan Emir sama-sama berpaling ke arah sisi kanan mereka. Tasneem terasa ingin ketawa, tapi di tahan. Serius lawak muka Dr.Syed! Kelat! Sudahlah tu, boleh pula panggil abang Emir ni, abang!

“ Jadi! Tapi kita tukar venue boleh Nadz? Kita pergi midnight movie dengan Tasneem la ye. Okey tak? Ada apa cerita best ye? Aku dah lama tak tengok wayang ni ”.

Tasneem senyum panjang. Wahhhh..midnight movie? Dah lama tak pergi tengok wayang! Wajah Emir di pandang penuh minat. Serius abang Emir ni memang best! Kalau lah dia jadi abang tirinya…..

“ Nope! No midnight movie for her but for us, yes. Boleh!”.

Senyuman Tasneem mati di situ. Wajah Syed Nadzhan di pandang tajam, tak puas hati. Ni kenapa pula ni dengan Dr.Syed? Gaya lagak dah macam abang-abang!

“ Kenapa saya tak boleh join pula Dr.Syed?”. Soal Tasneem.Bibirnya diketap perlahan.

“ Wait! Dr.Syed? Tasneem dengan….”.

Tasneem tergamam bila lengannya tiba-tiba di tarik. Dia lantas bangun dan mengikut langkah Dr.Syed yang sejak tadi kejap memegang lengannya. Lengannya kemudian dilepaskan kasar bila mereka memasuki bilik di hujung tingkat atas banglo itu.

“ Apa ni Dr.Syed? Sakitlah! Kenapa tarik saya sampai sini pulak?” rungut Tasneem. Lengannya yang terasa berdenyut-denyut  di gosok perlahan sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah tindakan lelaki itu. Seketika matanya ligat memandang ke arah sekeliling bilik itu. Ini bilik siapa pula ni?

“ Dr.Syed..Dr.Syed…kita sekarang di rumah, bukan opis!” tegas Syed Nadzhan. Wajah nya tegang, pandangannya tajam.

“ Habis, saya nak panggil apa? Abang Syed? Hisyhhh..tolonglah!”.

Abang Syed? Syed Nadzhan tergamam. Hilang kata.

“ Apa tolong, tolong? Aku bukan nya lelaki mulut manis macam Emir yang kau nak panggil-panggil abang!”.

“ Saya tahu tu! Mulut Dr.Syed tu memang tak manis, tapi tajam. Cakap ikut suka je.  Habis tu, Dr.Syed nak suruh saya panggil apa? Hisyhhh…panggilan pun nak jadi isu.” Tasneem terusan membebel. Sudahlah badan penat, letih...kena bebel pula tu.

“ Benda ni tak kan jadi isu kalau kau tak beria-ia nak buat praktikal dengan aku!”.

“ Pulak dah ? Saya apply je, manalah saya nak tahu yang Dr.Syed ni bakal jadi..”.

“ Tak tahu ke, atau saja pura-pura tak tahu? Ha? Aku paling pantang orang yang suka berbohong ni, kau tahu tak?”. Syed Nadzhan pantas memotong cakap Tasneem dengan wajahnya yang serius.

Tasneem sedikit terbelakang bila Syed Nadzhan mula mendekatkan diri dengannya. Melihatkan renungan matanya, jadi seram sejuk badannya semula.

“Errr...apa ni Dr.Syed..janganlah datang dekat-dekat...”.

Syed Nadhzan mencebirkan bibirnya. Langkah kakinya diteruskan merapati Tasneem hingga tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik itu. Tasneem pejam mata. Akalnya dah tak mampu berfikir lagi. Doanya cuma satu, moga-moga ada seseorang yang sedar kewujudan mereka berdua dalam bilik itu.

“ Nadzhan! Apa kamu berdua buat dalam bilik ni? ”.

Matanya lantas dibuka laju lalu berpaling. Mama, Papa Syed, Abang Emir! Tolong Anim!

“Jangan beritahu sesiapa yang kau kenal aku sebelum ni, faham?”. Sempat juga pesanan diberi sebelum dia keluar dari bilik tanpa menjawab soalan Papanya. Tasneem mengurut dada, lega. Bahaya juga dia ni rupanya. Tapi... bukan ke dia tak minat pada kaum perempuan? Macam mana pula tadi...ahhh...abaikan! Lekas dia melangkah laju ke arah mama lalu tubuh mamanya dipeluk erat. Papa Syed pula hanya mampu menggeleng kepala, tanpa kata.

***********

Syed Nadzhan meraup wajahnya, perlahan. Sesekali dia mendegus kasar. Rasa menyesal dengan tindakannya tadi mula menghantui dirinya. Kenapalah agaknya dia boleh bersikap begitu pada Tasneem? Sudahlah tu, ditangkap berdua dalam bilik dengan papa, auntie Farah juga Emir pula tu!

“ Bro! Kau kenapa ni? Kau dengan Tasneem, dah pernah kenal ke sebelum ni?”.

Bahunya ditepuk perlahan oleh Emir yang duduk di sisinya sama-sama disudut hujung katil itu. Syed Nadhzan mengeluh perlahan.

“ Tak adalah,” balasnya pendek.

“ Tak ada? Habis, tadi tu? Apa kes ? Aku tak pernah tengok kau react macam tu sebelum ni Nadz. Kau terus-terang je dengan aku. Dia tu siapa sebenarnya?”. Soal Emir bertalu-talu dengan wajah beria-ia.  Syed Nadzhan mengeluh lagi. Dia rasa terhimpit. Itu kan, bertindak tanpa berfikir. Kesannya? Dari orang tak tahu apa-apa, boleh jadi tahu. Kepalanya digaru perlahan tanpa makna.

“ Okey, fine. Dia student praktikal aku,” balas Syed Nadzhan, malas-malas.

“ What??”.

“Iye, dia student aku. Tapi kalau boleh, aku tak mau papa dengan Auntie Farah tahu.”

Emir ketawa kecil. Patutlah Tasneem sampai pengsan bila nampak Syed Nadzhan tadi. Rupa-rupanya mereka memang dah kenal satu sama lain sebelum ni.

‘ Ada masalah ke kalau papa kau tahu ?’.

Syed Nadzhan angguk perlahan.

‘ Aleesya pernah buat cerita yang aku ada affair dgn budak tu. Papa pun tahu.’

‘ So ? Apa masalahnya? Realitinya kau memang tak ada apa-apa dengan dia kan? Jadi abaikan saja gossip liar tu. Haahhh..Aleesya, dia tu kan memang obses dengan kau. Mana boleh dia duduk diam kalau ada perempuan lain dekat dengan kau kan?”.

“ Itu lah tu.”

“ So, kalau berita tu tak benar, apa yang kau nak takutkan? Yang kau beria-ia tarik tangan budak tu tadi..kenapa? Kesan dia wehh...dah lah nampak muka kau je terus dia pengsan tadi.” Emir ketawa besar. Syed Nadzhan mencebik. Itu lagi satu masalah. Boleh pula budak tu pengsan bila nampak dia tadi. Macam nampak hantu je!

“ Dah lah, aku tak nak cakap lagi pasal tadi. Hahh..dah lewat ni. Pergilah balik!”.

‘ Hamboi...dapat adik comel terus halau aku balik ye ! ‘. Emir mengusik. Sengaja dia mahu menduga. Hati Syed Nadzhan memang susah hendak dibaca tapi Aleesya kan satu tempat kerja dengannya ? Pasti dia tahu sesuatu. Kalau tidak, tak kan lah dia pandai-pandai saja buat cerita ? Hmmm...kena risik pada Aleesya ni !

‘ Kau tu bukan boleh dipercayai sangat. Nanti malam-malam kau merangkak ke bilik sebelah kan ? ‘.

‘ Iye lah tu. Okey la bro. Jumpa esok la ye. Esok aku datang breakfast kat sini. Cadangnya esok nak ajak Tasneem keluar dating. Papa dengan mama baru kau dah izinkan. Balik dulu la. Chow!”.

Kelibat Emir di pandang hingga hilang dari bilik itu. Emir nak datang lagi esok sebab nak bawa Tasneem dating? Tak kan lah dia ada hati pada budak tu pulak kot? Haisyhh..budak ni betul-betul macam gula lah! Dekat ofis, Adam datang dekat. Dekat rumah pula si Emir. Hailah Tasneem! Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni kenapa mesti kau yang jadi adik aku?

Dan Syed Nadzhan terusan mengeluh….

***********

“ Morning sayang. Lena tidur malam tadi tak?”.
Tasneem tersenyum taktala punggugnnya dilabuhkan di atas kerusi makan rekabentuk english itu. Semuanya warna putih dalam rumah ini. Suci lagi murni. Hujung tudungnya yang terjatuh di betulkan semula dan letak elok ke bahunya.

Perlahan-lahan dia menikmati bau nasi goreng kampung yang masih lagi berasap di atas meja. Mesti sedap ni! Dah lama mama tak masak spesial macam ni! Favorite tuhh!

“ A’aa…Anim. Tunggu papa dengan Abang Nadz dulu sayang.” Tasneem sengih panjang. Perlahan-lahan tangan kanannya di tarik semula ke sisi. Sudah terbiasa berdua di rumah, terlupa pula pagi itu dia ada di mana.

“ Morning Anim!”.

Tasneem menoleh. Bibirnya di paksa menghadiahkan senyuman pada papa Syed dan kemudian dia tunduk hormat. Terasa masih kekok dengan keadaan baru itu. Hendak disebut perkataan papa pun rasa menggeletar saja bibirnya.

“ Ehh...Nadz tak turun lagi ke?”.

“ Belum lagi.”

“ Anim boleh tolong papa? Panggilkan abang Nadz turun ye!”.

Wajah papa Syed dipandang tanpa berkerdip. Dia? Panggil Dr.Syed turun? Tak ada orang lain ke yang lebih layak? Mengingatkan kisah malam tadi pun dah cukup buat dia tak lena tidur malam. Lagi pula bila memikirkan lelaki itu berada di bilik sebelahnya. Haisyhhh....tak larat nak pikir dah.

“ Anim? Yang kamu dok tenung muka papa tu kenapanya? Pergi panggil abang Nadz cepat. Dah sejuk, tak sedap nanti nasi goreng ni. ‘

Tasneem angguk laju. Langkah di atur malas-malas ke tingkat atas rumah itu. Dalam banyak-banyak lelaki kenapalah mesti lelaki ni jadi abang dia ? Kalau Adam, okey juga. Baik, tenang saja orangnya. Tentu aman harmoni keluarga baru mereka. Tapi, Adam ? Ohhh..tak boleh. Dia kan cinta hatiku.Tasneem senyum sendiri.

Akhirnya dia tiba juga di pintu bilik yang dicat warna biru muda itu. Masih berkira-kira untuk masuk. Tangan kirinya kemudian dipaksa mengetuk pintu itu beberapa kali namun tiada sahutan. Tombol pintu dipulas perlahan. Tak berkunci.Dengan sekali tolak saja, pintu itu sudah terbuka luas.

Seperti yang dia jangka. Bilik tidur lelaki itu memang keadaanya sama dengan biliknya di pejabat. Sangat kemas dan teratur. Dinding dihias wallpaper warna biru laut. Perhiasan dalam bilik itu pula dari katil, meja kerja, almari baju dan loker semuanya warna putih. Jauh di sudut hati, dia rasa kagum.

Dia tidak pasti pada lelaki lain, tapi setakat yang dia tengok dalam cerita-cerita di televisyen bilik lelaki selalunya berselerak. Pakaian bertaburan atas lantai. Majalah berselerak. Makanan tak habis dibiar atas meja. Mug air yang berisi air tak habis dibiar tak berbasuh. Bau pula tak payah cerita lah! Dah bau pekung kata orang! Bau rokok bercampur baju tak basuh dan juga bau makanan dan minuman basi.Urghhhh..tak dapat dibayangkan keadaannya!Tapinya bilik ni berlainan sekali. Kalah bilik anak dara!

Tapi, ke mana pula tuan bilik ni pergi? Elok saja katilnya berkemas macam tak terusik. Entah-entah dia ikut abang Emir balik rumah dia semalam tak? Ehhh..lembut gila tilam dia ni. Lagi best dari tilam bilik nya. Bau pun wangi je cadarnya. Relaks dulu lah ! Lagi pun, dia bukan ada pun kan ?

Tasneem merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu dengan kakinya sengaja dijuntaikan ke bawah. Dia senyum sendiri. Macam tak sangka saja dia boleh duduk serumah dengan lelaki tak suka perempuan tu. Bukan saja serumah, tengah baring atas katilnya pulak tu! Huyaaaiiii..kalau cerita pada Kak Mas dengan Salwa ni mesti diorang mati hidup semula tak percaya. Kalau cerita pada Dr.Aleesya? Mau sebulan pun tak cukup dia amuknya! Tasneem ketawa kecil bila memikirkan rancangan jahatnya itu.

Namun, bunyi dentuman pintu menghentikan tawanya. Dia bingkas bangun namun sedikit terkejut bila pemilik bilik itu sedang berdiri tegak dihadapannya sambil mencekak pinggang. Tasneem lantas tunduk dengan kedua tapak tangannya menutup muka.

“ Seronok nampak?”.

Tasneem rasa berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Ini bukan kantoi agung dah ni. Ini namanya dah kantoi tahap dewa! Macam mana lah dia tak boleh terfikir yang lelaki itu ada dalam bilik air tadi? Kalau pagi, mestilah mandi dulu baru sarapan ye tak?

“ Kau kenapa ni? Nampak hantu? Turunkan tangan kau tu!”.

Tasneem geleng laju.

“ Sudahlah masuk bilik orang tanpa izin,suka-suka hati kotorkan katil pula tu. Turunkan tangan tu!”. Suaranya makin keras. Tasneem kecut perut. Cepat tangannya diturunkan namun matanya masih lagi dipejamkan.

Syed Nadzhan ketap bibir. Melawan lagi tu!

“ Kenapa dengan mata kau tu? Ketumbit?”.

“ Haaa?”. Pantas matanya dibuka tapi kemudian dia tunduk. Syed Nadzhan makin tak puas hati. Dari mencekak pinggang,tangannya kini dipeluk erat ke tubuhnya.

“ Dah, aku tak ada masa nak main-main dengan kau. Kau nak apa masuk bilik aku ni? ‘.

‘Aaa...err...papa Dr.Syed.... ‘.

‘ Berapa kali aku nak kena tegur, bila cakap pandang muka. Jangan jadi orang tak ada adab ! ‘.

Tasneem telan air liur. Terasa payah pula patah-patah perkataan nak keluar dari mulutnya. Mamat ni serius tak sedar keadaan diri dia tu macam mana .Itu sebab sibuk nak suruh pandang muka dia yang tak ‘semenggah’ tu.Geshhhh....

“ Saya tunduk, bercakap tak pandang muka bukan bermakna saya tak ada adab. Tapi sebab saya segan. Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada perempuan kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal Dr.Syed. Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun sarapan sama.”

Tasneem bingkas bangun dengan pandangannya masih ditundukkan. Langkahnya di atur laju keluar dari bilik itu tanpa berpaling lagi.

Syed Nadzhan tergamam. Perlahan-lahan dia tunduk memandang keadaan dirinya yang hanya berseluar bermuda paras lutut dengan tuala masih elok bergantung di bahunya. Kata-kata Tasneem tadi benar-benar buat dia rasa terpukul. Budak tu cakap aku tak suka perempuan ? Maksudnya selama ni yang dia tersasul tu dia maksudkan aku..... ? Arghhhhh!!!!!!

Langkah Tasneem terhenti di anak tangga terakhir ke tingkat bawah rumah itu taktala suara jeritan itu kedengaran. Bibirnya diketap perlahan. Dia salah cakap atau dah tersalah anggap sebenarnya ni? Ahhhh..abaikan. Yang penting, perut yang kosong perlu di isi. Lagi pun, sekejap lagi dia ada janji dengan Abang Emir!


to be continue....

p/s : amacam kwn2? dah terjawab teka-teki anda?hihihi....jemput comment deh kalau sudi :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon