Merekalah penyokong hasil tak seberapaku...

Jom borak!

Saturday, April 11, 2015

CINCIN RISIK UNTUK DIA VERSI CETAK - DUDA TERLAJAK LARIS


Tajuk: Duda Terlajak Laris
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-51-8
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)

---
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Monday, December 22, 2014

NIKAH KHITBAH 3





“ Lelaki macam itu yang kamu nak jadikan suami? Hentikan Suri. Cari yang lain! ” suara Mama Maya dah berdenting tinggi. Muncung mulutnya pula kemain lagi ditarik sepanjang mungkin, ala-ala stok sangkut hanger. Suri sempat lagi paling ke belakang seketika, mencari kelibat Altaf, kut-kut dia masih belum beredar dari situ. Mahu sentap hati dia kalau dengar komen pedas berapi dari mama.

 “Kenapa? Salah ke? Dia motivator mama. Bukannya perompak, penyamun. Ahli muzik ke,” balas Suri, sambil menapak perlahan ke dalam rumah. Padahal, dalam hati dah rasa nak gelak sendiri bila tengok mata buntang mamanya. Dialog dah sebijik dalam filem ibu mertuaku, habaq hang!

“Sebab dia motivator la mama tak suka,” tegas mama, langsung labuh punggung yang tersarung skirt ketat paras lutut itu di atas sofa.

Pulak! Suri dah tunduk kepala ke arah lantai, mencari rasionalnya alasan mama tadi. Motivator kut! Ke mama ni salah anggap motivator sebagai ustaz, macam orang dok panggil Datuk Fadzilah Kamsah tu ustaz..ustaz.

“Maaa…dia bukan ustaz maa..” Suri sengaja serkap jarang.

“Aku tahulah! Ustaz pakai kopiah!”

Suri tergelak kecil sebelum mulutnya ditekup perlahan. Klise amat heh. Ustaz, kopiah. Kopiah, ustaz. Walhal kopiah tu aksesori untuk lelaki bila bersolat. Tak perlu jadi ustaz untuk berkopiah.  Mama pun sama juga rupanya. Tergolong dalam kumpulan jumud moden. Ustaz sekarang dah tak payah nak pakai kopiah pun nak berdakwah la mama! Bisik Suri sendirian dalam hati.

“ Ni…kamu ni. Kain perca apa kamu sarung kat kepala ni. Ini mesti idea budak Altaf tu kan? Suruh kamu tutup rambut tu. Mama bagi elaun salon dekat kamu tiap bulan, rugi macam tu je kalau kamu tutup dengan kain ni,” bebelan mama berterusan. Selagi ada idea dia nak sabitkan dengan si ALtaf tu selagi itulah dia tak akan diam.

“Ini shawl terbaru mama…”.

“Shawl ke…shoe ke, mama tak mahu tahu. Yang penting, mama tak mahu tengok kamu pakai benda ni dalam rumah ni. Faham?”

“ Suri memang pakai bila keluar rumah je ma. Dalam rumah, suri tak pakai. Ye lah…dalam rumah ni kan kita-kita je. Bukan ada orang luar yang bukan mahram.”

Kali ini mama tak menyahut. Hanya mulutnya saja yang melopong besar sesaiz dengan matanya yang berbulu mata palsu manik-manik itu dibuntangkan kearahnya.

“ My God! Budak Altaf tu memang dah melampau betul. Bukan setakat cara bercakap, cara kamu pakai baju pun dia nak tukar?” rungut mama sambil kepala digeleng berkali-kali. Wajahnya sesal habis, gaya terlepas sale Bonia dekat IOI CityMall tempoh hari.

“Maaa…please. Selama ni Suri tak pernah minta apa-apa dari mama. Cuma kali ini saja Suri minta sangat-sangat. Izinkan Suri nikah dengan Altaf. Boleh ye ma? Dia datang tadi ikhlas ma, nak pinang Suri. Kalau lelaki lain yang setakat nak seronok je, jumpa mama pun dia tak mau. Boleh ye ma? Boleh ye?”.

“Nikah? Belum menikah pun habis satu badan kamu dia ubah. Lepas nikah, apa? Tinggal mata kamu je yang boleh nampak? Macam tu? Sudahlah kerja setakat menasihat orang je. Entah mampu ke tidak….”.

“Suri.”

Suri berpaling ke sisinya, pada Azeera yang tersenyum manis dengan air mata berlinangan di pipinya.

“Kau kenapa?” soalnya perlahan. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Apa dah jadi sebenarnya? Ralit sungguh dia mengelamun.

“ Kau tanya aku kenapa? Dah sah! Kau dah sah jadi isteri Altaf,” bisiknya perlahan. Jari ditarik, lap air mata yang mengalir tak berhenti sebelum tangan ditadah mengaminkan doa.

Dah sah? Astaghfirullahalazim. Macam mana dia boleh momen yang paling ditunggu-tunggu dek setiap gadis sekali seumur hidupnya? Dia dan Altaf. Sah sebagai suami isteri? Sekejap itu?

Suri pandang semula ke hadapan. Ke arah Altaf yang tunduk kusyuk mengaminkan doa dari jurunikah. Walau hatinya kala itu masih celaru dengan situasi yang berlaku sebelum segalanya selamat dilaksanakan sebentar tadi, bibirnya masih ditarik senyum kelegaan. Dalam hati mengucap rasa syukur kerana dia sedikit pun tak melatah waktu Altaf lewat hadir ke majlis ini tadi.

Kata kuncinya? Tenang. Seperti kata Altaf sebelum ini, Hanya dengan ketenangan mampu selesaikan segala masalah. Benda dah jadi, kalau melenting atau mengamuk satu dunia pun belum tentu dapat selesaikan masalah yang dah sedia ada. Dan ternyata, kata-kata Altaf itu benar. Ketenangannya dibayar dengan ikatan sah antara mereka sebentar tadi.

Tapi…siapa perempuan muda yang datang sama dengan Altaf tadi? Adik? Kakak? Setahunya, Altaf cuma ada seorang saja adik lelaki. Jadi perempuan tadi siapa? Mampu kah dia tenang bila Altaf yang hadir lewat ke majlis nikah, datang pula dengan perempuan yang kemudiannya bawa keluar kereta Altaf entah kemana perginya?

Allah!

Wajah tenang Altaf dicuri pandang lagi. Kali ini Altaf seakan perasan dirinya diperhatikan, langsung senyuman kecil dihadiahkan pada dirinya bila mata mereka bertentangan.

Spontan, Suri lekas-lekas turunkan pandangan tanpa senyuman tadi dibalas. Tak. Dia tak mampu nak tenang bila teringatkan perempuan tadi. Selagi dia tak tahu siapa gerangannya, selagi itu dia tak mampu bertenang.

“Entah-entah, isteri pertama dia. Belum apa-apa dah bermadu. Sedih gila hidup kau ni kan Suri?”telahan Mahura sebelum dia turun ke tingkat bawah tadi tambah buat hati Suri jadi bimbang.

Isteri pertama? Betul ke Altaf dah beristeri? Wajah tenang itu dikerling lagi. Ah, tak mungkinlah! Kalau dia dah berkeluarga, dah tentu-tentu ada blog gosip akan kecohkan tentang itu. Kan?

Tapi Suri, Altaf cuma motivatior yang baru upgrade jadi ikon. Program tvnya pun minggu depan baru nak mula tayang. Dia bukan artis. Dan kalau dia berkahwin diam-diam pun sebelum ini, siapa yang tahu? Sedangkan pernikahan mereka inipun tiada wartawan dibenarkan tahu.Sudah Altaf ingatkan awal pada Mama yang beria-ia canang pada kawan yang kononnya menantu dia selebriti. Mula-mula Mama amuk. Kononnya waktu inilah dia nak bangga pada kawan-kawan datinnya dan dalam masa yang sama tambah pelanggan lain ke butiknya tapi bila dijelaskan sebabnya dek Altaf, barulah Mama tenang sedikit. Kata Altaf, dia mahukan pernikahannya eksklusif. Tak mahu digembar-gemburkan pada media.Nanti bila selesai majlis, baru akan dia maklumkan.Ternyata gula-gula Altaf tu, berjaya dihadam dek mama bila mama langsung menikus diam.
 
“Dah habis doa la Suri,” tegur Azeera pada Suri yang nampak terpinga-pinga. Sekejap kalih kiri, sekejap lagi kalih kanan. Macam cacing dalan oven! Tak ada gaya pengantin langsung. Serasanya doa jurunikah tadi pun dia tak dengar apa.

“Ooo…yeke. Okey.” Tangan yang dihiasi inai itu meraup perlahan ke wajahnya.

“Kau kenapa? Dari tadi tak berhenti menangis? Aku ke yau baru menikah ni?” soal Suri dengan tawa yang tertahan. Lupa sebentar dia tentang Altaf bila melihatkan gelagat Azeera yang beria lap air mata yang mengalir tanpa henti.

“Aku sedih.”

“Iya, aku tahu kau sedih. Tapi kenapa?”.

“Sebab Allah tak makbulkan hajat aku. Beria aku buat solat hajat tau!”

Bibir Suri sudah terjongket sengih.

“Amin! Aku doakan, hajat kau nak ke jinjang pelamin sebelum umur 30 Allah makbulkan kelak,” sahut Suri.

“Bukanlah. Bukan untuk aku. Aku buat solat hajat untuk kau!”

Pulak! Kening Suri berkerut.

“Hajat aku….supaya kau tak jadi kahwin dengan suami kau tu tak kesampaian. Itu yang aku sedih sangat ni. Aku bukan apa, aku kesian sangat dekat kau Suri. Aku…”.

“Syhhhh..kau ni! Tak baik tau doakan aku macam tu. Tengah majlis nikah aku berlangsung pulak tu. Hisyhhh…kau ni kan”

“Habis tu, suami kau tu baik sangatlah kan? Datang dah la lewat.Siap bawa dayang sekali. Aku dah agak dah dari awal yang mamat ni ting tong sebab itu aku buat solat hajat…”.

“Suri…”.

Azeera kemam bibir sendiri sebelum buat isyarat mata meluat ke arah sisinya.

“Ya?” soal Suri pada Altaf.

Altaf hanya senyum, tidak menyahut. Hanya tangan dihulurkan sebagai isyarat hendak mengajaknya bangun dari terus bersimpuh di ruang tamu itu. Tetamu juga dilihatnya sudah mulai beredar sementelah masing-masing sudah menjamu selera sebelum majlis berlangsung tadi.

“Kau nak makan dulu ke, shoot photo dulu Suri ? “ soal Panjang yang berdiri di sisi Altaf.

“ Shoot dulu la. Aku tak lapar,” balas Suri perlahan. Genggaman tangan Altaf dileraikan perlahan-lahan. Entah. Biar untuk kali pertama pun, tangan itu menggenggam tangannya, Suri bagai hilang rasa. Teruja? Goose bump? Kupu-kupu dalam perut? Nayyyy… nada! Dan Suri pasti, dia satu-satunya perngantin yang berasa begitu di majlis nikahnya.

“ Ok. Good. Kalau makan, sememeh pulak muka kau nanti. Jeera… kau join sekali. Boleh tolong betulkan makeup si Suri ni untuk aku nanti,” tegur Panjang, mamat fotographer studio gambar sebelah café milik Suri.

“ Sekali make up, aku charge lima ringgit tau!”

“Apehal? Yang cantik nanti member kau jugak. Bukannya aku ” balas Panjang, tak puas hati. Suri disebelah dah tergeleng kepala melihat gelagat mereka. Pantang jumpa, wajib bertekak! Nasib baik si panjang ni tunang orang. Kalau tidak, dah lama dia kenenkan dengan Jeera.

“Suri ni dah sedia cantik. Tak payah nak make up sangat pun dah lawa. Fotogenik dia ni. Cuma itulah kan, ada juga mamat buta mata..buta hati yang sanggup sakitkan hati dia…” bidas Azeera sambil menjeling ke arah Altaf yang dah tarik tangan Suri naik ke atas, ke bilik pegantin untuk sesi fotografi.

“Kau cakap pasal aku ke? Aku bagi servis free je tau. Dia bayar duit photobook je kut. Itu pun nak sakit hati dengan aku ke ,”

“Aku bukan cakap pasal kau la bongok!” marah Azeera, bengang bila Altaf menonong je naik ke atas seakan sedikit pun tak terkesan dengan perliannya.

“Oooo…kau tak cakap pasal aku, tapi kau bongokkan aku. Boleh macam tu?”.

“Diamlah! Jom aku ambilkan kau air fruit punch dulu. Setengah jam lagi kita naik atas, photoshott. Boleh?”.

“Tapi…”.

“ikut je lah! Banyak bunyi la kau ni. Aku cium kau nanti, baru kau tahu!” bebel Azeera sambil tarik lengan Panjang, bersahaja menuju ke arah kanopi diluar rumah.

******

“Awak tak nampak gembira pun Altaf…” tegur Suri. Altaf yang duduk dibirai katil sambil pandangan ditundukkan ke arah lantai mendongak sebelum tersenyum.

“Kita bukan kahwin paksa kan?”.

Kahwin paksa? Suri garu kepala sebelum geleng perlahan.

“Jadi tentulah saya gembira,” balasnya, perlahan sambil tarik tangan Suri untuk duduk sama disisinya.

“Kalau awak gembira, rasa teruja ,kenapa lewat? Was-was nak menikah dengan saya?”.
Altaf berhenti mengusap perlahan jari jemari Suri yang dihiasi inai bila soalan diaju bertubi-tubi padanya. Tapi mata masih terarah ke arah jari itu. Keluhan cuba dilepas peelahan tapi masih kedengaran di telinga Suri.

“Siapa dia? Isteri awak?”

Altaf angkat wajah. Riaknya jelas terkejut mendengarkan soalan itu diaju dengan Suri berwajah tenang, seolah tak terkesan apa.

“Awak nampak?”.

Suri gelak kecil. Sekadar meredakan amarah dalam hatinya yang dah mula meluap bila respon seperti itu yang dia terima. Awak nampak dia tanya? Bukan patut jawapannya, mestilah tak?

 Ya Allah,Altaf ni kan!

Kali ini Suri pula yang tarik nafas dalam-dalam, mengumpul sabar sebanyak mungkin yang masih berbaki. Marah tak selesaikan masalah. Ingat tu Suri!

“ Awak lewat hampir  dua jam dari waktu yang dijanjikan Altaf. Dah tentulah saya dok mengadap tingkap, menunggu awak. Dan dah tentu-tentu saya nampak perempuan yang mengiringi awak datang ke sini. Siapa dia? Kalau dia isteri awak, beritahu saja saya. Saya tak akan amuk atau maki awak, itu janji saya. Yang penting, saya nak awak jujur. ”

“Saya baru menikah tadi. Jadi dia bukan isteri saya,” balas Altaf tegas tapi wajahnya masih tenang seperti awal tadi. Sedikit pun tak terkesan dengan provokasi yang Suri timbulkan.

“Jadi sekarang ni, hanya saya seorang saja isteri awak.Macam tu? Dia? Bakal isteri awak?”.

“Suri…..”

Suri sedikit tersentak bila pinggang dipaut rapat ke tubuh Altaf. Wajah Altaf sudah mula mendekatinya sambil merenungnya tanpa kerdip. Dada Suri langsung berdegup laju. Bibir rasa hilang kosa kata nak terus bersoal jawab.

Ah, Bohong amatlah kalau dia tak terkesan langsung dengan tindakan Altaf tadi. Dan ketara, hilang seketika amarahnya pada Altaf. Pandangan mereka bertaut seketika sebelum bibir Altaf melarik senyum.

Melihatkan senyuman itu, Cepat-cepat tubuh Altaf ditolak sedikit menjauhinya.Pandangan dibuang seketika ke arah lain. Sesal sedikit kerana terbuai dengan gelagat Altaf yang seolah-olah cuba mengalihkan pandangannya dari menjawab soalan yang diaju.

“Cakaplah Altaf. Siapa dia? Kenapa awak lewat, tapi langsung tak beritahu awal-awal pada saya? Saya boleh terima lagi, waktu awak lewat ke majlis nikah kita tadi. Tapi bila awak datang dengan perempuan lain. Berdua. Tanpa keluarga awak yang lain, saya jadi tak tentu arah. Saya tak boleh tenang selagi tak tahu jawapan yang sebenar. Siapa dia? Dia calon menantu pilihan ummi dengan walid ke?”

Altaf senyum lagi. Tangan Suri cuba dicapai, tapi Suri terlebih dahulu silangkan tangannya ke belakang. Tak! Dia tak mahu terbuai dengan tikah Altaf yang seakan cuba mengalihkan tumpuannya.Dia mesti tahu kebenarannya hari ini juga!

“Suri percaya pada Qada dan Qadar Allah kan? “

“Mestilah!”.

“Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Tentang soalan Suri tadi. Ya. Sekarang, saya hanya ada suri. Suri seorang saja isteri saya. Dia? Dia bukan sesiapa pada saya. Tapi kalau suatu hari nanti, kami ada sesuatu. Itu diluar kemampuan saya. Kalau Allah dah tentukan begitu, siapa saya untuk menidakkan?”.

Ya Allah! Itu jawapan dia? Maksudnya apa? Memang betul perempuan tadi tu calon pilihan keluarga Altaf? Bakal isteri Altaf? Bakal madunya?

Mata Suri sudah berkaca.Tubuhnya cuba dijauhkan dari terus rapat dengan suami yang baru menikahinya tak sampai setengah jam itu. Ini bukan kahwin paksa, malahan lebih teruk dari itu!

 Berkahwin kemudian diceraikan mungkin lebih sedap bunyinya dari berkahwin kemudian diberitahu mungkin dimadukan. Dan dia…

“Siapa dia?” soal Suri lagi dengan bibir bergetar menahan rasa.

“Siapa?”

“Dia! Perempuan tadi tu! Terus-terang sajalah Altaf.”

Altaf senyum lagi. Senyuman yang bagi Suri, tak lebih dari senyuman minta penampar jepun. Seronok nampaknya dia konar sana sini tapi sampai kesudah soalan tak berjawab. Nampak sangat ada sotong disebalik mee!

“ Awak betul-betul sayangkan saya kan Suri?”.

Tak menjawab soalan! Jerit Suri dalam hati. Tangannya digenggam erat berkali-kali. Menahan diri dari melakukan sesuatu di luar petala alam. Wajah tenang Altaf dikerling sekilas dengan bibir diketap bengang. Hisyhhh..kalau ikut hati yang tak sabar, dah lama dia tumbuk!

“ Sebenarnya macam ni..tadi Tiba-tiba saja Alphard walid break down, langsung tak boleh gerak. Jadi  bila terhenti tengah jalan, ada lori hentak dari belakang. Ummi dengan yang lain tak ada apa. Walid je cedera ringan sikit. Hmmm..nak cerita pun panjang….”

“Pendek kata? Kaitan dia dengan cerita ni? Dia siapa? Doktor yang rawat walid? Dalam ramai-ramaii…”.

“Suri…”.

Suri mati kata bila jari Altaf sudah mendarat dibibirnya. Kepalanya kemudian digeleng perlahan diiringi senyuman.
“Kadang-kadang, bertanya banyak ni boleh jadi tak bagus. Seolah-olah macam kita mempersoalkan Qada 
dan Qadar Allah. Ada sebab kenapa saya tak beritahu Suri semua ni dan apa yang berlaku semuanya bersebab yang Dia di atas sana je yang tahu apa hikmah disebaliknya. Jadi, kalau Suri tak nak jadi hambaNya yang tak bersyukur, kurangkan persoalkan sesuatu yang dah jadi ye? Cukup sekadar apa yang diberitahu bermakna hanya itu saja yang Suri perlu tahu. Contoh macam kes tadi, Tak kisahlah dengan siapa, atau siapa yang hantar saya ke sini tadi. Yang penting,saya selamat sampai biarpun lewat dan kita dah sah jadi suami isteri. Kan?”.

Suri tergadah seketika. Wajah tenang Altaf dengan senyuman dibibirnya, buat hati Suri jadi makin sayu. Bila bertanya, dia katakan mempersoalkan ketentuan Tuhan. Tapi kalau tak ditanya, mati hidup semula pun dia tak akan tahu. Jadi apa pilihan yag dia ada sekarang? Call ummi yang sememangnya dari awal menentang pernikahan mereka? Atau bertanya pada walid yang secoet pun tak berbunyi tapi riak wajahnya jelas tak suka. Adik Altaf? Ahhh…sejak kenal dengan Altaf, sekalipun tentang adiknya itu tak pernah disebut. Jangankan nama, batang hidungnya pun tak pernah ada dirumah agam itu.

Ya Allah! Ini kah jalan cerita yang kau coretkan untuk aku sepanjang perkahwinan ini? Adakah kerana tak dapat restu dari ibu bapa Altaf, jalan ceritanya jadi begini?

Dan tawa Jeera yang berselang-seli dengan tawa panjang dihadapan pintu biliknya langsung buat matanya kembali  berkaca. Kalaulah dari dulu lagi Jeera buat solat hajat……

Enough Suri!

Sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang sabar.

p/s:  maaaaaaafffffffffffff........
       ampunnnnnnnnnnnnnn.....
       ini entry yang tertunda....
       kadar kesihatan tak berapa baik 2 minggu lepas jadi baru mampu nak up entry hari ni.
       moga terhibur...kita sambung lg nanti eh
      

      












Wednesday, December 3, 2014

NIKAH KHITBAH 2










Mata bundar milik Suri sudah meliar memandang kea rah deretan bunga hiasan yang terpamer di kedai itu. Macam-macam design, macam –macam warna ada. Sebut saja nak yang macam mana. Yang penting, duitnya ada. Tapi bila dah banyak macam ni, mata jadi rambang pula nak memilih. Ah, parah! Ini ada juga nanti yang dari sejam je keluar jadi berjam-jam semata-mata nak survey. Belum pilih dan beli lagi. Bising pula Kak Ton dekat café tu nanti sebab kena tinggal sorang-sorang. Mail? Bukan boleh harap sangat budak tu. Ada pun macam taka da saja.

“Kau tak rasa ke semua ni macam tergesa-gesa?”

Suri lemparkan pandangan ke sisi bila tiba-tiba sahaja Azeera ajukan soalan tanpa tajuk.

“Heh?”.

“Hehh..hehh. Aku Tanya, kau tak rasa ke pernikahan kau dengan Altaf tu nanti macam tergesa-gesa? Kau dengan dia kenal baru 3 bulan. Gitu-gitu je pulak tu. Tup-tup nak menikah. Tak tergesa-gesa ke gayanya tu” bebel Azeera sambil tangan dok bubuh plastic berisi gam tembak ke dalam raga.

“Habis tu, kau nak aku jadi macam kau dengan Faheem? Kawan dah bertahun-tahun, tap-tap sampai sekarang bertunang pun belum. Loving couple selamanya.Macam tu? ”

Azeera cebir bibir. Hamboii Suri.Dia kenakan kita balik eh? Kita tup-tup kan dia, dia tap-tap kan kita pulak. Ciss sangat!

“ A’im tu sebenarnya belum mampu lagi, aku pun tengah tolong dia nak kumpul duit. Dia kerja despatch je kut. Lainlah kau, Altaf tu kaunselor. Sekarang dah upgrade jadi pakar motivasi. Tambah pulak sejak jadi hos rancangan Setengah Jam Altaf Yang Punya tu. Lagi banyak income dia kan? Bila-bila nak kahwin pun boleh.”

“Alaa..Altaf kata, sikit je pun stesyen tv bayar.  Seribu setengah untuk satu episode.”.

“Itu dia kata sikit? Kalau 10 episod? Lepas duit hantaran dah Suri oii!”.

“Alhamdulillah…rezeki dia murah,” balas Suri sambil tangan ligat masukkan kertas warna-warni ke dalam bakulnya. Tak pasti lagi kegunaannya, tapi rasanya berguna juga nanti untuk buat hiasan hantaran.

“ Tapi kan, kau tak risau ke Suri, jadi bakal isteri selebriti ni? Altaf tu bukan tak hensem tau. Kalau dia pakai baju ranggi sikit,sarung ray ban. Perghh…jangankan anak dara, nenek dara pun boleh terbeliak mata pandang dia tau. Setakat pakai kemeja ala-ala raihan ni pun aku tengok ramai yang like page dia tu. Instagram dia pun, rata-rata budak-budak perempuan sekolah dok follow. Kak Ton yang dengar tak dengar tu pun gigih bangun pagi semata-mata nak tengok rancangan dia tu tau!”.
Suri senyum menyonggeng. Bakal isteri selebriti?Kalau setakat rancangan motivasi pagi tu, tak payah nak kira selebriti sangatlah kut! Jeera ni pun, gebang je lebih!

“ Sebab tu eh, kau nak nikah awal dengan Altaf? Kau takut kalau-kalau si Altaf tu tersangkut lepas tu terus kahwin dengan peminat dia…macam DJ Karan tu eh?”

DJ Karan? Suri pandang ke sisi. Muka Azeera dah mirip sangat dah dengan Kiah Propa dekat tv hari Jumaat,pukul 9 tu. Karan tu DJ. Ramai peminat. Altaf Cuma muncul pukul 6.30 pagi.Glamer ke? Ada ke peminatnya?

“ Taka da maknanya. Aku nak bercinta lepas nikah. Itu je sebabnya.”

“Cehhhhhh….jawapan good, good je. Nak muntah warna-warni aku dengar. Amoi, lu ada jual baldi tak dekat sini? Kalau ada yang kapasiti 1 tan pun boleh” sapa Azeera pada salesgirl yang kebetulan melalui lorong mereka.

“Lu mau buat apa? Sini kedai barang kawin lorr…bukan barang rumah. Haiyyaaa.”

Suri dah tertawa mengekek tengokkan wajah Azeera yang dah terkulat-kulat minta maaf pada amoi yang kebengangan dengan soalannya tadi. Padanlah dengan muka dia. Poyo sangat.

“Tapi kan Suri, kau tak rasa ke yang Altaf tu macam kedek sikit orangnya? Eh bukan sikit. Banyakkk!! Ada ke patut duit majlis semua kau tanggung? Kurang-kurang hulur la lima ke sepuluh ribu kan? Bengang pula hati aku bila teringat pasal tu. Motivator, tapi kedek. Tak kena langsung!” Azeera sambung membebel sambil mereka melangkah.

“Dia bukan kedek la. Dia kan dari awal dah beritahu yang dia tak mahu bersanding. Tapi mama aku yang beria sangat nak aku sanding, so nak tak nak kena tanggunglah sendiri. Kan?”.

“Alaaa..kedek juga la tu. Kalau kau dah siapkan pelamin semua, nak tak nak dia kena bersanding juga kan?  Bukannya kau sanding sorang-sorang atas pelamin dia tengok je dari bawah. Jadi, apa salahnya hulur sikit duit. Kan? Kan?”.

Suri hela nafas panjang sebelum bahunya dijungkit perlahan.

“Entahlah Jeera. Tak apalah. Mungkin, dia simpan duit untuk kami pergi honeymoon kut. Hari tu dia ada Tanya pada aku tau, tempat paling aku nak sangat-sangat pergi ke mana.” Wajah Suri ceria tiba-tiba. Membayangkan dia berduaan dengan Altaf di kota yang penuh dengan bangunan-bangunan dan pemandangan yang cantik itu buat hatinya rasa warna-warni. Rasa tak sabar nak kahwin dan bercuti ke sana. Mesti romantic de amor kan! Istanbul, kau tunggu aku datang eh!

“Hehh..beranganlah kau nak ke sana Suri oii. Entah-entah, dia saja-saja Tanya je. Kau yang berangan lebih-lebih,” perli Azeera sambil ketawa mengekek.

Mati langsung sengihan dan angan Suri nak ke Istanbul. Potong lah minah ni. Nak berangan apa salahnya. Free!

“Tak kisahlah Jeera. Kalau tak ke sana, dekat rumah pun boleh honeymoon kan,” usik Suri dengan sengih gatal.

“Ha ah. Honeymoon dekat rumah mama kau. Menarik ke?”tebak Azeera.

Hilang sengih gatalnya bila soalan itu diajukan. Bunga tema warna pink di tangannya diletak semula ke tempatnya sebelum dia beralih pula ke lorong cenderahati.

“ Mama kau setuju pulak kan kau nak kahwin dengan Altaf? Bukan dia sensitive ke dengan mamat macam dia tu?” Azeera tak sudah-sudah dengan soalan panasnya. Ikut hati, rasa menyesal je ajak dia datang sama. Tapi dari ajak Kak Ton, baik ajak budak Jeera ni. Ada juga hasilnya bila disoal atau ditanya pendapat. Kak Ton? Itu pulak satu kerja dia nak kena ulang soalan berkali-kali.

“ Aku kira, dengan adanya Altaf nanti akan jadi titik tolak perubahan dalam family aku,” balas Suri, perlahan. Kain tudung bawal yang tersarung dikepalanya di usap perlahan sebelum bibirnya menguntum senyum. Seminggu berhijab, dia rasa semakin tenang berbanding dulu. Tak perlu risau lagi nak buat rambut ke, nak potong rambut ke. Tak payah. Kalau malas nak gayakan tudung dengan trend sekarang, cukup kalau disauk aja tudung ke kepala. Yang penting, bertudung. Menutup aurat dari pandangan lelaki lain, bak kata Altaf.

“Umang aihhh..statement! Macam ahli politikus. Saya kira, dengan tuan puan memilih saya menjadi wakil akan jadi titik tolak perubahan kampong tuan-tuan kepada satu bandar hebat yang penuh dengan hutan Bandar. Hahahaha.Pangkahlah saya..pangkahlah saya”

Suri kerling Azeera yang sakan gelak. Sengal amat lah minah ni. Suka twist apa orang cakap ikut versi dia sendiri.

“Ada juga nanti yang balik café jalan kaki nanti ni…”

Azeera tayang sengih.

“Alaa kau ni Suri. Cakap sikit nak sintap. Cool la. Okeylah, kiranya ada guna jugak lah kan si Altaf ni pada family kau nanti. Aku yakin, dia boleh gunakan skill dia untuk tolong family kau. Mana tahu, dia mampu pujuk mama kau kekalkan warna hitam atas rambut dia tu. Kan?” Azeera sambung gelak.

Ceh…tak cukup dengan anak, mama pun dia nak perli juga? Memang mulut kurang bayar insuran si Azeera ni.

“Aku bagitau mama aku…..”.

“Oiiitt..jangan. Jangan. Nanti dia potong bonus tahunan aku, jenuh aku nak kumpul duit nak kahwin. Hahahaa.”

Akhirnya Suri turut tersenyum sama. Budak Jeera ni kan. Hailah. Nak marah pun tak boleh. Ada je akal dia nak menceriakan suasana. Patutlah Faheem yang serius poyo tu boleh jatuh hati pada dia.

Bila mengenangkan Azeera dan Faheem langsung dia teringat pada kata-kata Altaf sebelum ini yang mana pasangan suami dan isteri tu biasanya melengkapi sesame sendiri. Kalau si lelaki pemarah, yang perempuan penyabar. Begitulah sebaliknya. Tapi,dia dengan ALtaf apa pula ya? Altaf yang  tenang, tapi dia?

“Suri!”.

Suri buang keluhan perlahan sebelum berpaling pada wajah sugul Azeera. Hilang terus lamunannya bila bahunya ditepuk perlahan dari belakang.

“Suri…kau rasa macam mana ni? Altaf datang ke tidak? Kau bagitahu dia betul-betul tak bila sebenarnya majlis nikah. Pukul berapa? Pukul 2.30 petang sabtu tau. Bukan ahad.”

“Iya. Aku dah beritahu dia dah Jeera. Malam tadi pun aku dah whatsapp dia. Ingatkan.”

“Ha? Whatsapp je? Apa punya kedek, taik idung extra masin kau ni Suri? Tokei kedai roti dan kek paling glamer dekat Semenyih ni ingatkan bakal suami dia pasal majlis nikah Cuma pakai WhatsApp? Kredit kau dah taka da ke?” marah Azeera. Bengang dengan ketenangan Suri yang dah sah-sah tak kena gaya dan masa. Call kan senang. Tak payah berjela menaip.

“Kau pun tahu kan, Altaf tak suka aku call dia waktu malam?”.

“Alahai, aku bukan suruh kau call dia memujuk rayu segala. I love you..you lap me ke tak. Bukan! Kau Cuma call dia untuk ingatkan pasal majlis je pun. Itu pun tak boleh? Kenapa? Kalau kau call dia waktu malam, ganggu masa dia nak tidurkan anak dia? Macam tu?” tebak Azeera sesungguh hati.Panas je hati tengok pe el Suri yang ternyata berubah sejak mula berkenalan dengan ALtaf. Suri yang sempoi, bersahaja tiba-tiba berubah jadi perempuan bajek ayu, tenang.

“Jeera!!!!” suara Suri sedikit meninggi. Pantang sungguh dia bila dimomokkan dek Azeera dengan andaian yang ALtaf tu suami orang sebab payah sangat nak balas mesej, nak angkat call.

“Lelaki yang dah kahwin je pe el macam Altaf ni Suri oii. Entah-entah dia lewat ni pun sebab bini dia dapat tahu dia nak menikah lagi satu. Dia dah kena ikat,  tak boleh keluar rumah lah tu agaknya. Tuuu lagi…pergi Tanya butang baju melayu kat bini tengahari buta macam ni. Mana isteri tak syak!”.

“Jeeraa…” panggil Suri perlahan. Mata yang berkaca langsung menitiskan air mata perlahan membasahi pipinya. Sejak tadi lagi rasa hiba dan sebak itu ditahan sendiri. Dia rasa dia mampu menghadapinya, dia mampu melaluinya tapi bila sahabat baik sendiri memuntahkan idea yang bukan-bukan dia sendiri sudah rasa tak mampu berfikiran positif seperti yang selalu diingatkan oleh ALtaf. Dia tak sekuat itu                ! Rasa bimbang itu memang dah lama menguasainya.

“Sss..suri…aku minta maaf.Aku…..”

Suri angkat tangan tanda tak mahu Azeera meneruskan kata-katanya. Punggungnya langsung dilabuh di atas kerusi meja solek sambil tangan laju saja mencapai tisu.Nafas ditarik berkali-kali untuk meredakan perasaannya yang dah mula bercampur aduk. Kau kuat Suri! Kau kuat! Percaya pada Allah! Percaya pada ketentuannya. Kalau pun majlis hari ni ditakdirkan tak berjalan seperti dirancang, kau masih boleh bertahan. Kau boleh!

“Hoii…ni apehal pulak ni menangis segala?” sapa Mahura yang entah bila masuk ke dalam bilik pengantin.

“Aaaa…errr…aku buat lawak. Tu yang Suri gelak gila-gila sampai keluar air mata tu,”balas Azeera bagi pihak Suri. Kalau tau dek kakak lahir sama tahun si Suri yang versi bawang merah ni punca Suri menangis, mahu lagi dasat Suri kena bahan.

“Hek eleh. Lawak ke kau sampai boleh buat orang gelak keluar air mata?” perli Mahura sambil pandang Azeera dari atas ke bawah berkali-kali.

“Ehhh…lawak jugakla dari kau tu…yang pakai baju warna terqiouse, kain kuning tapi blusher purple. Langsung tak kelakar,” perli Azeera sambil tersenyum sinis.

Mahura mendecit perlahan. Malas nak melayan Azeera, matanya mengerling kea rah Suri yang sibuk membetulkan solekan diwajahnya.

“Haaa…eloklah tu kau betulkan make up kau yang dah cair tu Suri. Tuuu…ada kereta baru masuk dalam porch. Rasanya bakal suami kau tu kut. Dia bawa Peugeot ke?”.

Mata Suri membesar seinci. Bibir sudah menguntum senyum. Kepala diangguk laju sebelum dia bingkas bangun memandang kea rah porch kereta.

“Dia datang Jeera. Kan aku dah cakap. Dia akan datang…”.

“Yee..betul. Dia datang,” balas Azeera acuh tak acuh. Malas nak layan kegirangan Suri yang ternyata lewat dari masa yang sepatutnya. Janji lepas Zuhur, sampai nak dekat Asar. Macam ni ke motivator? Diri sendiri pun kurang motivasi ada hati nak motivasika orang.. Datang majlis nikah sendiri pun lewat. Seeediihhhh!

“Ha ah. Memanglah dia datang. Tapi datang seorang je. Lepas tu minta tolong orang angkat barang hantaran dia.Like…serius, sadis gila kan motivator yang kononnya terkenal datang majlis nikah seorang diri, barang hantaran pun orang tolong angkat. Macam loser je!” komen Mahura dengan bibir dijuih.

Suri tak menjawab. Perlian Mahura dibiarkan saja bagai angin lalu. Bibir masih kekal dengan senyuman. Mata pula ralit memerhati tikah Altaf yang sibuk agihkan barang hantaran pada lelaki yang mendekati keretanya.

“Alah, kurang-kurang dia ada segmen rancangan tv sendiri walaupun setengah jam.Laki kau ada? Kalau tak berkurung dalam bilik tu layan cerita korea, pergi lepak maple bincang pasal bola dengan member. Terbaik laki kau kan?” bidas Azeera bagi pihak Suri. Mahura ni memang spesies bawang merah sungguh! Mulut macam cilia pi. Dia je yang best. Orang lain kureng. What the, sangat!

“Kau ni kan…”.

“Apa?APa? Tak puas hati? Nak gaduh? Nak gaduh pergi track la!”. Asak Azeera sambil tarik lengan baju kebayanya sampai ke siku.

“Jeera..dah lah tu,”pujuk Suri perlahan. Memang pantang sungguh bertentang mata dengan Mahura, mesti nak gaduh. Tapi, takkan hari ni pun nak gaduh kut!

Mahura senyum panjang. Bengong amat minah ni nak ajak ke track segala. Lesen motor pun taka da, cakap lebih.

“Well….well. tengoklah tu. Motivator kesayangan adik aku ni tak datang seorang rupanya…”balas Mahura sambil angkat kening tinggi berkali-kali, jari pula dituding kea rah luar jendela.

Dan…dan tu juga, Suri rasa tubuhnya bergoyang kuat.

Allah!

p/s: rasa macam klise jugak? tunguuuuu...kita sambung lg minggu depan eh?

Monday, December 1, 2014

NIKAH KHITBAH 1




“Altaf, awak perasan tak yang awak dah hampir dua minggu tak call saya. Bila saya pula call, awak langsung tak jawab. Kenapa ye?Apa,  awak dah mula rasa was-was...”.

“Suri....” panggil Altaf  lembut, guna suara dalamnya yang mana jadi salah satu point tarikan Altaf berbanding lelaki lain yang pernah cuba mendekatinya. Suara yang matang dan husky jadi penambah tarikan kepada wajahnya yang cerah dan jernih dari kaca mata Suri.

“ Saya bukannya apa. Risau. Lagi pula, abi dengan ummi awak kan kurang...”.

“Tak lama Suri. Lagi dua hari saja. Hujung minggu ni kan? Apa yang nak dirisaukan? Ada jodoh tak kemana. Semuanya kan Dia di atas sana dah atur sebaiknya? Kun Fa yakun. Kalau Dia dah katakan jadi, maka jadilah”.

Suri kemam bibir tapi dalam diam dia angguk kepala. Memanglah tak lama. Dua hari saja lagi dia dan Altaf akan diijabkabulkan. Tapi entah kenapa, akhir-akhir ni gaya dan cara Altaf nampak lain macam saja. Macam ada rahsia di balik rahsia. Apa dia? Suri tak pasti. Tapi, hatinya bagai terdetik sendiri. Bimbang menanti hari yang dijanji.   Kalau tak jadi? Dia juga yang malu nanti.

“Entahlah Altaf.....”.

Altaf diam seketika. Mungkin memikirkan cara untuk menenangkannya atau mungkin juga...cara nak auta!

Ah, bukan Azeera dah pesan dari awal supaya jangan percaya sangat pada lelaki berperwatakan baik-baik ini. Kumis nipis, janggut sejemput tak bermakna yang kata-katanya semuanya boleh dipakai.  Bukan semuanya baik dalam dan luarannya. Memang pepatah inggeris dont judge a book by its cover itu ada betulnya. Tapi, celah mana pula Altaf ni kurangbaik? Hanya sebab dia sudah mula jarang call. Itu saja?

“Suri percaya pada Allahkan?”.

Kening Suri sudah bertaut rapat.

Tentulah! 

Dia hanya membalas dalam hati. Nampak teruk sangatlah kalau Islam, tapi tak percaya pada Allah yang satu.  Yang dia tak percaya, pada orang yang mengajukan soalan tu. Apa punya soalan daa! Sempat lagi Suri mengutuk dalam hati.

“ Saya percaya, Suri percaya dan beriman pada Qada’ dan Qadar Allah. Jadi saya rasa, tak ada apa yang perlu Suri bimbangkan tanpa sebab. Kalau setakat saya tak call Suri atau jumpa Suri, itu adalah sebaiknya untuk kita berdua yang bakal langsungkan pernikahan. Lagi pula, sebelum ini pun kita bukannya selalu berjumpa melainkan kalau saya singgah di cafe Suri kan?”.

Tu kan Suri. Nak sangat lelaki ala-ala imam muda, pencetus umah, daie. Itulah kau dapat. Jawapan setenang itu dari lelaki bernama Altaf. Padahal hatinya sendiri bukan setakat ribut petir , puting beliung. Sudah tsunami!

Suri sudah tersandar di kepala katil sambil keluhan dilepas perlahan tapi cukup kuat untuk didengari dek orang di sebelah sana.

 “ Mengeluh tu, seolah-olah macam kita tak redha akan ketentuan-Nya. Sebagai hamba Allah, Apa yang dah jadi, sedang terjadi dan  bakal terjadi patutnya kita terima dengan hati yang terbuka. Redha. Kalau Suri redha, insyaAllah tak kan  timbul rasa risau. Macam sekarang ni ” Altaf sambung tazkirah tak berbayarnya.

Pulak dah! Mengeluh pun dah tak boleh sekarang? Habis tu, perlu ke dia gelak golek-golek macam orang gila walhal hati dah rasa macam nak meletup?

“Yelah...” balas Suri pendek, longlai. Entah kenapa kata-kata Altaf tadi sedikit pun tak menenangkan jiwanya. 

Dia dikatakan Tak redha? Kenapa pulak tidak? Yang dah jadi, jadilah. Apa lagi yang boleh diubah kan? Bermakna dia redha. Tapi yang sedang terjadi, masih boleh diperbaiki dan apa yang akan terjadi boleh dirancang sebaik mungkin supaya boleh, jadi. Bukan macam tu? Apa kaitannya dengan redha , tak redha? Aih Altaf ni, makin lain macam saja cakapnya. Buat hati Suri jadi makin bimbang.
Jangan...jangan Altaf. Tak mungkinlah! Suri cuba yakinkan diri sendiri. 

Bukan sikit-sikit duit dia laburkan. Hampir 30k untuk majlis nikah termasuk majlis sanding yang hanya akan dijalankan di sebelah pihaknya sahaja. Altaf? Baginya cukup nikah dan kenduri doa selamat saja sebab itulah wangnya hanya disalurkan pada mas kahwin, wang hantaran dan juga barang-barang hantaran untuknya. Sanding-sanding dia tak mahu ambil tahu sebab sedari awal lagi dia membantah untuk bersanding.

“Dah lewat ni Suri, tak eloklah kita berbual selewat ini kan? Suri tidurlah ye. Kita jumpa hujung minggu ni.”

“Tapi Altaf...” Suri masih belum boleh tenangkan diri.

“Suri!!!!!!”.

Suri menoleh ke belakang, longlai diiringi senyuman hambar.

“ Kenapa Jeera? Altaf tak sampai lagi ye?” soalnya, lagak tenang.

“Kkkk..kau, kau boleh buat releks macam ni je Suri?”.

“Habis tu, aku nak buat macam mana lagi?” balasnya sambil membetulkan vail yang tersarung di kepalanya. Bibirnya cuba dilorek dengan senyuman bila terpandangkan diri sendir di hadapan cermin.

“Ya Allah, call la si Altaf tu! Kau tahu tak, Tok kadi dah berpeluh ketiak menunggu pengantin lelaki yang tak sampai-sampai. Bukan 10 minit...nak dekat sejam ni..tahu tak? Kalau jawab SPM, dah confirm-confirm lebih 20 soalan tak berjawab.”

Suri senyum senget. Macam-macamlah budak Azeera ni. Ada ke sampai SPM dilalutkannya?
“Tok Kadi adahal lain tak lepas ni?”.

“yang kau sibukkan Tok Kadi tu dah kenapa? Call la Altaf tu mana tahu call kau dia mahu angkat. Aku dah sampai habis kredit call dah ni. Asyik masuk voice mail je. Tak kuasa aku nak call dia dah. Nah. Ambil telefon kau ni,” Azeera sua Iphone 6 pada Suri.

“Aku tanya, Tok Kadi ada hal tak lepas ni?” soal Suri sekali lagi. Telefon yang dihulurkan padanya, tidak disambut.

“Manalah aku tau. Aku bukan PA dia.” Dalam bengang dengan sikap bersahaja Suri, sempat lagi dia berseloroh.

“Kalau macam tu, kau tolong aku ye Jeerah? Kalau Tok Kadi tak ada hal, kau jamu dia makan dulu. Tetamu yang lain pun kau ajak makan dulu ye.” Jelas Suri, bersungguh-sungguh.

“Maksud kau? Majlis kau...”.

Suri geleng perlahan.

“Tak adalah. Majlis akan berjalan seperti biasa. Ajaklah Tok Kadi makan dulu. Apa salahnya kan? Kau tolong aku Ye? Boleh ye?”

Azeera garu kepala. Sekilas jam di pergelangan tangannya dikerling. Dah pukul 2 .30 petang dah pun. Janji lepas Zuhur. Pukul 1.30. Ke, jam dia salah? Dikerling pula jam di telefon bimbit milik Suri. Sama jugak. 2.30 petang. Biar benar Altaf ni. Dia janji lepas Zuhur ke, lepas Asar?

“Suri...ni mana perginya Imam tak berapa nak muda kamu ni? Orang dekat bawah tu dah jenuh menunggu dia. Jadi ke tidak ni? Kamu dengan budak Altaf tu jangan nak buat malu mama ye. Mama tak ada calon menunggu yang boleh ganti budak bertuah tu kalau dia tiba-tiba tak mahu kahwin dengan kamu. Calon dulu semua dah jauh hati sebab kamu rejek mentah-mentah. Ni macam mana ni? Sampai bila nak tunggu?” Peluru berpandu mama langsung membedil cuping telinganya tanpa henti.
Suri senyum pada  mamanya  yang sedang berkipas dengan selendang  yang tersibai di lehernya.

“Mama ni, banyak sangat tengok drama ye,” usiknya.

“Tak kisahlah banyak tengok drama ke...banyak baca novel ke. Mama dah tak kisah. Kalau budak altaf tu ada kembar ke apa ke..hantar je ke sini. Teruskan majlis ni. Mama tak sanggup nak tayang muka dekat kawan-kawan mama dah kalau kamu tak jadi nikah. Diaorang semua dah cakap macam-macam bila mama bakal dapat menantu ala-ala ustaz ni.”

Heh? Suri berbalas pandang dengan Azeera. Kembar? Jauh sungguh melalut imaginasi mama ni rupanya. Kut ye pun Altaf ada kembar, tak sanggup dia nak menikah semata-mata kerana nak selamatkan majlis. Big no!

“Sengih..sengih...call budak bertuah tu cepat!” herdik mama. Panas hati pula bila tengok si anak dara nampak tenang saja padahal suasana di bawah sana dah macam bunyi lebah berdengung saja gayanya. Masing-masing dah mula buat spekulasi sendiri.

“ Dia akan datang mama. Altaf akan datang...pasti!” bisiknya perlahan sambil melirik ke luar jendela.Nama hendak menurut cadangan mama atau Azeera, memang tak ada.

Bak kata Altaf,kita hanya merancang tapi segalanya Allah yang tentukan. kun fa yakun. Kalau Dia di atas sana kata jadi, maka jadilah.

InsyaAllah.

p/s: klise kan? nampak macam klise...tp tungguuuuuu.... ;-)