Followers

Wednesday, March 28, 2012

Meh, Sandar Pada Aku! Bab 2



“ Adoii!”.

Tasneem menyapu perlahan wajahnya yang sakit dek kerana melanggar bahu lelaki dihadapannya itu tanpa sengaja.

“ Kau letak mata kat lutut ke?”

Lutut? Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke bawah. Mata kat lutut ?

‘ Lain kali, jangan suka berangan. Hmmm...perempuan. Tengah jalan pun boleh pejam mata, berangan. Cepat masuk!”

Tasneem membulatkan matanya yang kecil. Bibir diketap perlahan. Okey Tasneem, ini kali pertama dan terakhir untuk kau makan dengan dia. Lepas ni, hmmm..tak ada lepas ni dah!

Sepanjang perjalanan, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Dr.Syed sombong tu? Lagilah tak. Kusyuk saja memandang ke depan dengan spek mata hitam dia tu. Budget hensem la tu kan?

Tasneem berdehem perlahan. Tak mahu keadaan terus seperti itu. Create rapor Tasneem! Kata-kata Prof.Jay, pensyarah bahasa inggerisnya kembali bermain di fikirannya.

“ Emmm...kita nak pergi mana ni Dr.Syed?”

“Kahwin lari.”

“Errkkk....ka..kawin?”. Terjegil mata Tasneem. Tubuhnya diinjakkan sedikit mendekati pintu kereta.Baru hari pertama jumpa...dah...

“ Kau ni banyak betul berangan. Pergi makan lah. Tak kan lah nak pergi kahwin. Ape la.”

Dr.Syed ketawa kecil sambil menampakkan lesung pipit di pipinya yang licin dan putih cerah itu. Dan Tasneem sudah mula muncungkan mulutnya sambil mata terkebil-kebil. SubhanAllah...indah betul ciptaan Tuhan di hadapannya ni.Emmm...kalau nak ajak pergi kahwin pun, apa salahnye ye tak?

“ Okey. Dah sampai!”

Alaaa! Tasneem hanya mampu merungut dalam hati. Baru nak berangan kahwin lari, dah sampai destinasi!

Akhirnya kereta BMW 3 Series itu berhenti juga. Sempat juga Tasneem menjeling ke arah restoren di sisi tempat mereka berhenti. Papa Rich? Mak aihh...cukup ke duit dia nak bayar nanti ni? Baru hari pertama praktikal dah makan dekat restoren eksklusif dan mahal macam ni. Konfem mama mengamuk sakan!

Tasneem hanya menurut langkah Dr.Syed tanpa banyak soal. Risau pula, kalau banyak sangat bertanya ditinggal pula suruh balik sendiri nanti!

 Lelaki itu mengambil tempat yang agak tersorok dari penglihatan orang ramai. Dah gaya macam dating pula! Cehhh Tasneem...jangan nak berangan lebih-lebih ye! Gentle reminder: he’s your supervisor!

Pelayan restoren  datang sambil membawa menu sebaik saja mereka duduk. Belum sempat dia menyambut menu yang dihulurkan, Dr.Syed dah angkat tangan.

“ Just give us 2 fresh orange and fish n chip with fried rice 2 set. Thank you.”

Mata Tasneem membulat besar kea rah lelaki di hadapannya. Mulutnya dah gatal nak bercakap tapi ditahannya hingga pelayan itu beredar dari meja mereka.

“ Dr.Syed, saya..saya tak makan…”

“Tak makan, atau tak cukup duit nak bayar?” Soal Dr.Syed. Sinis.

Tasneem mencebik. Geshhh!

“ Dah tau, buat juga!” bebel Tasneem perlahan lantas tunduk dengan mulut yang muncung.

“ Jangan risau, aku bayar.”

Wajah Tasneem secepat kilat berubah. Dia tersengih. Wajah Dr.Syed yang sememangnya segak berkemaja belang-belang hijau tebu dengan tali leher warna sedondon dipandang dengan mata bersinar-sinar.

“ Dr.Syed belanja saya ye! Wah, mulia sungguh hati Dr.Syed. Terima kasih!”

“ Ada aku cakap aku belanja? Dapat elaun nanti, bayarlah balik.”

Toingg!! Tasneem terkesima sebentar. Aci tak kalau dia tarik balik segala puji-pujian yang diberi tadi?

“Apa? Saya kena bayar balik ?Dr.Syed yang pandai-pandai order untuk saya.Tapi saya pula…”

“Syhhh…makanan dah sampai.”

Tasneem terdiam. Rasa menyesal mula terasa. Penyesalan paling besar sebab bersetuju nak ikut penyelia sombong, macam bagus merangkap kedekut ni keluar makan!

Hidangan yang terhidang di hadapan mata, di pandang sepi. Tak ada selera, walaupun baunya..perghhh..memang menarik hati!

“ Makanlah...apa yang dipandang-pandang lagi tu. Nanti orang sekeliling tengok macam kita berdua ni couple yang bergaduh pula.”

“Couple?Eee…tak kuasalah…”

“ Tak kuasa?”

Gulllppp. Kata-kata Tasneem mati di situ. Takut-takut dia hendak angkat muka. Mesti muka Dr.Syed dah macam hulk Hogan…emmm..bukan-bukan. Macam incredible hulk mungkin? Dah kena sangatlah dengan baju warna hijau yang dia pakai hari ni.

“ Saya ingat esok nak puasa. Emmm…saya makan dulu lah ye. Bismillahirrahmanirrahim…”.

Setelah tak ada respon yang diterima, Tasneem tarik nafas lega. Sesekali dia curi pandang kea rah lelaki di hadapannya. Sopan betul Dr.Syed ni makan. Tertib. Badan tegak je. Serius..dia bukan calang-calang orang, cuma perangai je tak serupa kategori calang-calang orang. Macam bagus!Huhhh!

*****************

Syed Nazhan menghempaskan badannya ke atas katil. Letih! Penat sepetang menghadiri mesyuarat. Yang paling meletihkan, berbincang cuma beberapa jam..minum dan makan saja yang lebih ! Aduhai...

Dia lantas menoleh bila pintu biliknya yang sedikit terbuka diketuk perlahan.

‘ Nadz dah makan ? ‘ Soal Prof. Syed Irham yang hanya berdiri di muka pintu.

‘ Nadz kenyang lagi pa. Tadi masa meeting, dah makan banyak. Papa?”

“Emmm..papa baru je makan. Tadi papa.. ‘

‘ Dating dengan auntie Farah ? ‘

Prof.Syed Irham tersenyum lantas mengangguk. Ilham pula hanya mengeluh perlahan lantas menggeleng.

“ Sudah-sudahlah pa. Papa juga yang selalu pesan pada Nadz, kita kena belajar dari pengalaman. Same goes to you. Perempuan semuanya sama pa. Ada atau tidak mereka pun sama saja. Tak ada beza. Tanpa mereka pun kita boleh hidup.”

Prof.Syed Irham menggeleng.Perlahan dia ambil tempat di sisi hujung katil anak tunggalnya itu. Tangan kirinya kemudian diletakkan di atas bahu Nadzhan.

“ Jangan kata begitu Nadz. Kita ni manusia biasa. Fitrah manusia, lelaki perlukan perempuan dan juga sebaliknya. Tanpa insan bergelar perempuan, tak mungkin Nadz lahir dan membesar dan berjaya seperti hari ini. Ilham kena ingat tu!”

“ Entahlah pa. Pendirian Nadz tak pernah berubah dari dulu. Perempuan semuanya sama.Menyedihkan dan menyusahkan! Tapi tentang hal papa dengan auntie Farah, terpulang pada papa. Nadz tak mahu masuk campur. Kalau papa serius dengan dia, silakan. Tapi, setapak dia melangkah masuk ke rumah kita ni, Nadz keluar.”

“Nadzhan!”

“ Nadz letih pa. Nadz nak mandi, berehat dulu.”

Syed Nazhan lantas bangun lalu mencapai tuala yang tersidai kemas di atas rak di sisi katilnya. Dibiarkan saja papanya duduk di situ memandang gelagatnya. Tanpa sebarang kata, dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

*****

“ Beb! Lama gila kau mandi kot! Dekat setengah jam dalam bilik air, kau buat apa?”
Salwa menegur sebaik saja pintu bilik air dibuka. Tasneem angkat kening ke atas. Apehal pula dengan dia ni?

“ Mandilah, apa lagi!”

Salwa lantas menjengukkan kepalanya ke dalam bilik air lalu mencekak pinggang.

“Ada bath tub ke dalam tu?” Soal Salwa.

“ Kau ingat ni hotel? Mestilah tak ada!”

“Dah tu, yang kau mandi lama sangat apesal?”

“Ehhh..suka hati akulah nak mandi lama ke sekejap. Dalam rumah ni kan ada dua bilik air. Pergilah turun bawah.”

“Malas!” Salwa tersengih. Tak lama kemudian dia berlari-lari anak masuk ke dalam bilik air yang terbuka. Dah tak tahan!

Tasneem geleng perlahan. Entah hapa-hapa entah dia ni.

Tangannya laju mengeringkan rambutnya dengan tuala di kepala. Pening kepala! Baru hari pertama praktikal dah pening. Kalau 6 bulan, mau botak dia dibuatnya! Perlahan-lahan dia melangkah ke arah bilik di hadapannya.

“ Ha’ah auntie Diba! Si anim ni dah buat havoc dekat opis Mas. Hari pertama dia datang praktikal, dah pergi keluar makan dengan lelaki. Sudahlah tu, lelaki tu kan auntie...jenis yang..”

“Kak Mas!” Mulut Kak Mastura ditutupnya dengan tapak tangan kirinya. Tangan yang sebelah lagi merampas telefon di telinga Kak Mastura.

“Hello..ma? Ma, ma jangan percaya cerita Kak Mas tu ye! Semua bohong belaka!”

“ Iye ke ni sayang?” Suara mama di corong telefon seakan meragui.

“Iye ma. Kak Mas ni saja je nak buat cerita. Anim okey ma. Semuanya okey. Mama jangan risau ye!”

“ Baiklah sayang. Anim jaga diri ye. Jimat-jimat duit belanja tu. Kalau ada apa-apa just call mama ye!”

“Baik ma! I love you!”

“Love you too sayang!”.

Cepat-cepat punat end call ditekan. Matanya kemudian mencerlung memandang ke arah kak Mastura yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk.

“ Akak mengadu apa kat mama Anim aaaa?”

“Emmm…akak tak mengadu. Akak cerita hal sebenar.” Mastura buat muka tak bersalah. Butang on pada konputer ribanya ditekan.

“ Apa yang benarnya kak? Hisyhh..akak janganlah fikir bukan-bukan pasal Anim dengan Dr.Syed tu…”

“ Anim…ini bukan , bukan-bukan tahu tak. Ini betul-betul!”

“Apa yang betul-betulnya kak Mas?”

“ Anim tahu tak yang Anim ni dah langgar pantang?”

Tasneem membulatkan matanya. Kepalanya kemudian digaru perlahan. Pantang ?

‘ Anim tak faham lah Kak Mas. Pantang apa pula ni?”

“ Kepantangan Dr.Syed!”

Kepantangan Dr.Syed? Errkkk…seramnya! Baru hari pertama dah langgar pantang? Habislah..matilah aku! Lebih baik esok berhenti terus je dari buat praktikal kat situ. Sah-sah dah tahu apa keputusan akhir praktikal aku. Gagal!

“ Dr.Syed cakap dekat Kak Mas ye? Anim buat salah apa ye kak?”

“ Tak ada. Dia tak ada cakap apa-apa pun”

“Pulak dah! Dah tu? ”

Mastura berpaling, lalu tersengih. Perlahan-lahan bahu Tasneem di tepuknya.

“Apa ni Kak Mas? Jangan buat Anim suspen. Kalau betul Anim dah langgar pantang, dah buat salah..baik esok Anim tak payah datang praktikal dah.”

Makin panjang sengihan Mastura. Tasneem merungut perlahan.Isyhhh Kak Mas ni. Kasik panass....je hati ni!

“ Anim tahu tak...Anim student praktikal perempuan pertama Dr.Syed?”

“Tahu. Kak Mas kan dah cerita waktu dalam kereta tadi.”

“ A’ah kan. Lupa!”. Tasneem mencebik. Cehhhh!! Itu je ke? Pantang la sangat !

“ Ehhh…Ada lagi. Anim tahu tak..Anim perempuan pertama yang naik kereta Dr.Syed merangkap yang pertama keluar makan dengan dia?”

“Hah? Maksud?”

“Hehe..maksudnya… Anim berjaya membuka hati Dr.Syed yang hensem tu pada perempuam! Ada faham?”

Errkkk??Apakah? Dr.Syed sukakan Afnan Tasneem? Tak mungkin!!!


p/s: ok ke kawan2 citer Dr.Syed dgn Tasneem ni?






Sunday, March 25, 2012

Meh, Sandar Pada Aku! Bab 1

“ Ha..dah sampai dah. Jom kita!”

Tasneem membeliakkan matanya yang sepet itu kearah bangunan putih dua tingkat itu. Laaa…sini ke tempatnya? Macam kilang je !Bukan ke bangunan HQ patutnya besar? Dalam internet, tunjuk gambar lain. Tapi yang ini…

“ Anim…apa yang kamu buat ternganga lagi tu? Keluarlah cepat. Akak nak pergi ‘punch’ kad ni. Lagi 5 minit pukul 8!”

Lamunan Tasneem terhenti di situ. Dia sengih sendiri. Kak Mastura dah cekak pinggang di luar kereta. Salwa pula dah siap-siap buka kan pintu kereta untuknya. Lagak dah macam tuan besar pula. Sudahlah tadi dia duduk di belakang seorang diri.

‘ Sorry kak ! Tergamam pula saya tengok bangunan ni ! “

Kali ini Mastura pula yang tersengih.

“ Hehhh...ni mesti dalam ati mengutuk bangunan ni kan? Yang kamu tengok dalam internet tu, HQ. Memanglah cantik...besar. Tapi, kamu di tugaskan praktikal di sini. Bahagian luar. Ada paham ? ‘

‘ Oooo..macam tu. Baik, berita terima ! ‘

“ Kau ni, poyo la anim. Aku kan dah cakap awal-awal kat kau malam tadi. Tapi kau tak percaya!”

“ Yelah..yelah. Tak kisahlah mana-mana pun. Asalkan ada tempat nak praktikal. Jom cepat! Nanti Kak Mas dah masuk, kita pula tertinggal kat luar!”


*****************

Mereka berdua hanya duduk di sofa oren sambil memerhatikan gelagat staf-staf pejabat itu yang masing-masing baru sampai. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang kelam kabut dukung anak sambil tangan ‘punch card’. Ada juga yang lemah longai berjalan macam itik pulang petang.Ahhhh..begini agaknya alam pekerjaan. Hiruk pikuk!

“ Salwa, kamu ikut kak Hidayah jumpa Dr. Cheong. Anim, kamu pula ikut akak jumpa Dr. Syed ye!”

Kening Tasneem berkerut. Seketika dia berbalas pandangan dengan Salwa yang kebetulan satu fakulti, satu rumah sewa dengannya. Dan sekarang, satu tempat praktikal pula!

“ Kak Mas, Anim dengan Awa kerja lain bahagian ye!”

“Mestilah. Kamu kan bahagian kejuruteraan. Awa bahagian polimer. Mana boleh sama. Dah, jangan banyak soal. Ikut akak cepat”

Tasneem mencebikkan bibirnya. Ceh Kak Mas ni, kata sepupu. Tapi bila masuk opis, mula la nak tunjuk ek’ pulak kan. Huhhh..benci!

Dalam benci, dia hanya menurut langkah Mastura dari belakang. Dr.Syed? Emm..macam mana la agaknya orangnya ye! Mesti dah tua, berjanggut macam ‘bapak-bapak’ kan? Seingatnya pensyarah yang ada panggilan Dr PHD ni semuanya dah tua-tua. Releks Anim...releks.Praktikal aje kot! Bukannya kerja!

Dan langkahnya diteruskan dengan senyuman berpanjangan hinggalah akhirnya Kak Mastura berhenti di bilik kaca berhampiran pintu keluar ke arah makmal luar.

“Assalamualaikum Dr.Syed! Student praktikal Dr. Syed datang lapor diri hari ni.”

Kak Mastura menyapa setelah megetuk pintu. Dari belakang, Tasneem mencuri pendang ke wajah lelaki yang sedang tunduk, sibuk meniliti kertas-kertas dihadapannya.
Ini ke Dr.Syed? Mudanya! Tak kan kot!

‘ Waalaikumussalam. Emmm..saya tengah sibuk sekarang Mas. Suruh dia tunggu saya di luar dulu. Setengah jam lagi suruh dia datang jumpa saya, ‘ balas Dr.Syed tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya.

“ Baik Dr. Nanti bila kerja Dr. Dah selesai, inform pada saya ye!”

“Hmmmm...”.

Perlahan-lahan pintu sliding kaca ditarik semula. Secara automatik, bibirnya dijuihkan lagi. Sombong gila kot dia ni. Kot ye pun sibuk, angkatlah muka bila bercakap dengan kak Mas tadi. Ini tak. Macam tu ke gaya pegawai kat sini? Teruknya!

“ Kak, Dr.Syed tu memang sombong macam tu ye!”

“Sombong?” Soal Kak Mastura. Keningnya diangkat tinggi.

“Iyelah. Orang yang sombong dan perasan diri dia bagus je yang tak pandang orang lain waktu bercakap. Apa..dia ingat dia tu pangkat Dr...ada PHD, boleh layan kita macam tu?”

“Syhhhhh.....!”

Tasneem terdiam bila jari Mastura melekap di bibirnya.

“ Kamu ni Anim, cakap tu slow-slow la sikit. Hisyhhh...suka atau tak, Dr.Syed tu tetap penyelia kamu untuk 6 bulan akan datang ni. Jangan cakap bukan-bukan pasal dia. Nanti, kalau dibuatnya dia gagalkan kamu..kan ke susah ? ‘

‘ Masalahnya kak, kalau macam tu lah sikap dia...Anim buat kerja elok pun confirm gagal jugak ! Haiii..nasib Animlah dapat penyelia sombong, berlagak macam dia...huurmmmm.. ‘.

‘ Dia bukan sombonglah Anim. Memang sikap dia macam tu. Dia memang jarang berkerja dengan perempuan. Pembantu makmal yang kerja bawah dia, semuanya lelaki. Ketua Unit dia pun lelaki. Direktor department ni? Hmmm..nasib baiklah lelaki.”

“ Kenapa dengan dia tu Kak Mas ? Dia tu suka kaum sejenis ke? Dah la muda…putih-putih…macam jambu je!” Soal Tasneem sambil gelak kecil.

‘ Hisyhh kamu ni ! Celupar betul lah ! Akak cubit mulut kamu tu, baru kamu tahu ! ‘

‘ Laaa...salah ke apa Anim cakap tu kak ? Kalau betul dia selesa bekerja dengan lelaki, kenapa ambil Anim jadi pelajar praktikal dia ? Haa...biar Anim teka, mesti dia belum kahwin kan ? Macam mana nak kahwin kalau tengok perempuan pun tak nak. Confirm dia tu.... ‘

“ Dia bukan tak pandang langsung.  Bila perlu, kalau ada urusan rasmi dia pandang. Tadi tu, dia tengah sibuk. Akak dah faham sangat pe’el dia tu. Tapi kan Anim, kalau dia pandang…perghh…boleh masuk terus dalam ati tau! Pandangan mata dia sangat tajam dan…..”

Penerangan Kak Mastura terhenti di situ bila telefon dihadapannya tiba-tiba berbunyi.

“ Iye saya. Baik. Saya suruh dia jumpa Dr. Syed sekarang.”

Tasneem hanya memandang tepat ke wajah sepupunya. Biar pun butir perbualan sudah didengar, sengaja dia hendak mendengarnya sendiri dari mulut Mastura.

“ Haaa..tercegat apa lagi kat situ. Pergilah jumpa Dr.Syed. Kamu ingat lagi kan bilik dia di mana? Opis ni bukannya besar, tak sesatnya kamu nanti.”

“Emmm...Kak Mas, tak ada pegawai lain ke yang nak kan pelajar praktikal selain Dr. Sombong tu?”

“Hisyhh kamu ni, dah dapat tempat praktikal pun dah cukup baik dah. Ni ada hati pula nak request penyelia lain ye! Dah, Pergi cepat! Dr. Syed tu tak suka orang lambat-lambat. Dia tu punctual orangnya ! ‘.

‘ Yelah..yelah....’.

Tasneem mencapai perlahan fail dan buku lognya yang diletakkan di atas meja Mastura tadi. Apalah nasib badannya dapat penyelia macam tu. Sudahlah sombong, berlagak, anti perempuan, gg...ermmm...yang akhir tu, macam tak sesuai je disebut. Kalau dah confirm dia macam tu, baru boleh sebut. Hmmm....apa-apa jelah!

***********

“Assalamualaikum. Boleh saya masuk?”

Yes, come in!”

Perlahan-lahan Tasneem melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh dengan fail dan buku-buku yang kemas teratur di atas rak. Tanpa disuruh, dia menarik kerusi merah dihadapannya lalu duduk.

“ Aku ada suruh kau duduk ke?”

Erkkk....aku ? Apakah ? Laju Tasneem berdiri tegak semula. Matanya tajam memandang ke arah lelaki yang masih tekun memandang ke arah skrin komputer ribanya.

‘ Lain kali, kalau orang tak suruh duduk..jangan duduk. Itu tak ada adab namanya. Hmmm...duduklah. ‘

Tasneem mencebik. Itu nak cakap, yang dia tak ada adablah tu kan ?Geshhh....perlahan-lahan dia menarik semula kerusi merah itu lalu duduk. Matanya kemudian kembali meliar memandang ke sekeliling bilik itu. Serius kemas giler bilik ini. Macam bilik perempuan ! Entah-entah, ini bukan bilik dia kot. Dia tumpang aje. Tak perasan pula tanda nama dia kat depan pintu tu tadi.

“ So, kau datang sini nak praktikal kan?”

“ Ye, saya.” Emmm…sesuai ke soalan tu ditanya? Bukan dia ke yang minta student praktikal?

“ Kau ambik kursus apa kat universiti?”

‘ Kejuruteraan kimia, tapi major bioproses. ‘

“ Hmmm…”.

Pause.

Setengah jam berlalu....

 Dr.Syed sombong tu masih tekun memandang skrin computer ribanya sambil jarinya menaip laju. Tasneem dah mula rasa tak selesa. Apa ni…kalau ada kerja, cakap saja lah. Boleh juga dia tunggu di luar, lepak-lepak dekat meja Kak Mas. Ini tidak. Dia buat macam tugu pula. Biar je duduk depan dia macam tu.Hisyhhh....tak boleh jadi ni. Cakap Tasneem. Suarakan rasa tak puas hati tu. Kalau tak cakap, mana dia tahu!

“ Dr.Syed sibuk ke? Kalau sibuk, saya tunggu di luar sajalah.”

“ Tak pe. Dah siap dah laporan ni.”

Cehhh!!! Kalau ada kerja, buat apa lah dia panggil datang bilik dia ni? Kalau tidak, boleh juga setengah jam yang berlalu tadi dia peruntukkan untuk bergossip, mengutuk, mengata dengan Kak Mas tentang Dr.Syed Sombong ni. Sabar je lah!

“ So, biasa buat proses amidasi?”

“Ha? Apa?” Wajah Tasneem berkerut. Apakah? Kali pertama dia dengar perkataan seperti itu.

“Amidasi.”

“Apa tu?”

“ Hai..kata tadi, engineer kimia. Tak kan itu pun tak tahu.”

Tasneem ketap bibir. Geram. Sudahlah cakap tak pandang. Tangan dok sibuk menaip lagi, sempat juga mengutuk tu!

“ Saya engineer. Bukan chemist!”

“ But all of chemical engineer should learn about chemistry. Patutnya semua term-term tu, ada kat hujung jari je.”

“Okey fine. Nanti saya google. Amidasi kan?” soal Tasneem sambil mencatat sesuatu di buku notanya. Pen ditangannya ditekan kuat. Hati sakit. Rasa tercabar, rasa dicabar. Semua di hujung jari ye. Esok, dia datang bawak kitab lama ‘Kimia Organik’ masa tahun 1 pengajian dulu.

“ Lagi?”

“Apa yang lagi?”

“ Nama saya. Dr.Syed tak nak tahu nama saya ke? Macam mana saya nak berkerja dengan Dr.Syed kalau nama saya pun Dr.Syed tak tahu.”

“Penting ke?”

Penting ke? Urghhhh..serius! Lelaki jenis apa yang ada didepannya ni?

“ Habis, macam mana Dr.Syed nak beri tugasan dan arahan pada saya kalau nama saya pun Dr.Syed tak tahu?”

Akhirnya lelaki dihadapannya itu mengangkat wajahnya dari terus memandang ke skrin komputer ribanya. Tangan dan tubuh Tasneem terasa menggeletar taktala mata mereka bertembung. Seakan macam ada satu kuasa dah meresap masuk ke dalam badannya. Mata dia memang...

“ Itu bukan masalah kau. Aku yang bagi arahan di sini. Jadi terpulang pada aku sama ada nak panggil kau Kiah ke...Minah ke. Tugas kau, buat seperti yang di arah kalau nak lulus. Faham?”

Erkkk...Tasneem telan air liur. Perlahan. Nama baik-baik arwah papa bagi, Afnan Tasneem…tapi dia nak panggil aku Kiah? Ada ke patut?

“ Ikut suka Dr.Syed lah…saya yang menurut perintah,” balas Tasneem perlahan. Ada sedikit senyuman di hujung bibir lelaki itu taktala jawapan itu diberi.

“Okey, kau boleh ambil tempat di luar sekarang.”

Tasneem lantas berpaling ke belakang. Matanya pantas mencari ruang-ruang kosong di dalam makmal itu. Tak nampak macam ada meja kosong pun yang disediakan untuknya !

‘ Saya nak duduk mana ye Dr.Syed ? ‘.

“ Depan bilik aku. Senang aku nak pantau.”

Depan bilik? Sekali lagi Tasneem menoleh. Meja tu kan penuh dengan peralatan mesin Kromotagrafi. Celah mana pula dia nak duduk ni?

“ Meja ni dah penuh....”

“ Meja je penuh. Kerusi tu, tak ada siapa yang duduk. Kau duduk je situ buat sementara. Nanti kalau dah masuk makmal, tak ada masa pun nak duduk. ‘

‘ Baikkk..saya yang menurut perintah. ‘

Perlahan-lahan Tasneem bangun. Pintu sliding kaca ditutup perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi makmal itu.

Seketika, jam ditangannya di jeling. Baru pukul 11 pagi. Lamanya lagi nak keluar makan tengahari! Hai..bosan..bosan. Nak pergi cari Salwa, takut pula sesat walaupun opis ni nampaknya tidaklah besar mana. Dan yang paling ditakutinya, kalau-kalau si Dr.Syed sombong tu pula yang dok amuk kalau dia tak ada ditempatnya.Ahhh..apalah nasib badan.

Akhirnya, sejam berlalu juga. Tasneem sengih panjang. Cepat-cepat fail dihadapannya dikemas. Kak Mas...Awa...wait for....

“ Haa...kau nak pergi mana ni, berkemas bagai? Tak jadi praktikal kat sini?”

“Erkkk...aaaa..emmm..taklah. Saya berkemas sebab nak keluar makan.”

“ Dengan siapa?”.

“Dengan...”.

“Kebetulan, aku nak makan. Jom!”

“Haaa? Tapi saya…”

“ Cepatlah. Aku paling pantang orang yang terhegeh-hegeh ni.”

“Aaaa? Saya dah janji dengan..”.

“Jom!”.

Tasneem masih lagi ternganga, tercegat di situ. Situasi yang baru terjadi sebentar tadi betul-betul diluar jangkaan. Kata-kata Kak Mas tadi kembali berputar diingatannya. Bukan ke Kak Mas kata tadi Dr.Syed ni dengan perempuan, kureng sikit. Tapi kenapa dia ajak aku makan sama? Tak kan dia ada hati dekat aku kot? Cinta pandang pertama mungkin?

“Afnan Tasneem!”

Lamunan Tasneem terhenti bila suara garau itu memanggilnya. Ehhh...dia tahu nama aku la !!

Cepat-cepat Tasneem mencapai beg tangannya di atas meja sebelum menuruti langkah Dr.Syed keluar dari makmal itu. Sempat juga dia bertembung dengan Salwa dan Kak Mas yang memang setia menunggunya di lobi bangunan itu. Tanpa sempat kata apa-apa, cuma isyarat mata yang mampu dia sampaikan pada mereka dan kemudian dibalas dengan senyuman penuh makna dari kak Mas dan juga akak-akak yang berada di lobi.

Tak payah tunggu esok, petang ni saja..confirm dia akan jadi buah mulut orang-orang di sini. Habislah kau Anim! Baru masuk sehari, dah keluar makan berdua dengan lelaki! Perlahan-lahan Tasneem terus melangkah sambil matanya dipejam seketika tanpa menyedari halangan di hadapannya....

p/s: kalau sudi..comment la ye kwn2 :-)

Tuesday, March 20, 2012

Kahwin Ganti ( KG ) Promo...

video

p/s: percubaan pertama buat vc...kompemmmm....banyak kekurangan...emmm..papepun..layan kan aje la ye..kalo sudi, comment tau :-)

with luv,
aifa

Tuesday, March 13, 2012

Terkini tentang Kahwin Ganti



alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas peluang dan kesempatan yang diberi....


InsyaAllah..novel Kahwin Ganti akan dikeluarkan tak lama lagi...


Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penyokong setia Luqman dan Zara...jasa dan sokongan 

anda amat saya hargai ....tanpa anda..tiadalah blog ini...sob..sob..sob...(mode terharu :'-) )

salam sayang,
aifa batrisya

Friday, March 9, 2012

Jom kita refresh semula watak-watak dalam e-novel Hakwin Ganti :-)


Luqman Hakim – 

Pemuda berumur 23 tahun.Pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia di UTM Skudai, Johor.Dia cukup pakejnya.Rupa, harta, bijaksana cuma bab agama kurang arifnya. Kerana pengalaman silam dia berubah menjadi kasanova.Dia pujaan rata-rata mahasiswi UTM tapi padanya, tempoh sah seorang perempuan di sisinya hanya satu bulan. Baginya, betina itu ramai.Yang perempuan hanya segelintir termasuk Ummi dan Kak Longnya.Disebalik sifat nakalnya, dia seorang adik dan anak yang patuh dan kerna itulah cadangan 'kahwin ganti' untuk tempat abangnya diterima.Bertemu Mya Zara, dia mula kenal erti cinta sebenar dan mendekatkan diri pada Islam. Mengenali Mya Zara juga dia mula kenali 'perempuan' selain ummi dan kak long . Namun, kerana ego dan kurang yakin tentang 'cinta' Mya Zara padanya buatkan dia lebih rela memendam dari berterus terang.Akan adakah lagi peluang untuk dia meluahkan  perasaan sebenarnya atau semua itu sudah terlambat?

Nuqman Hakim-

Pelajar tahun akhir kejuruteraan  kimia di  Universiti Malaya.Abang kembar seiras pada Luqman Hakim. Lebih matang dan tahu hala tujuan hidupnya.Sejak kecil, dia sering beralah demi untuk adiknya.Letih beralah, sikapnya mulai berubah terhadap saudara kembarnya sendiri. Seboleh-bolehnya dia mahu elak diri dari bertemu muka dengan Luqman.Demi tak mahu kehilangan Zara di tangan adiknya, dia berkeras hendak menikahi kekasih hatinya walaupun pengajiannya masih berbaki setahun.Namun, di saat akhir majlis ingin bermula dia menghilangkan diri atas alasannya tersendiri.Mampukah dia terima hakikat bila dia pulang nanti yang kekasih hatinya kini adalah adik iparnya?

Mya Zara-

Gadis berumur 25 tahun.Kasih dan setianya hanya pada lelaki yang dikenalinya sejak di tahun 3 kampus UM. Walau masih terlalu awal baginya, pinangan Nuqman Hakim yang  masih berbaki setahun pengajian di kampus diterima demi kerana sayang dan enggan terus difitnah.Namun ketentuan Allah melebihi segalanya. Dia redha dan pasrah tentang jodohnya dengan 'pengganti' Nuqman. Acapkali dia keliru dengan bayangan Nuqman pada 'penggantinya' itu hingga dia menidakkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Namun tanpa dia sedari, hatinya kini sudahpun terpaut pada si pengganti kerana dirinya sendiri dan bukan kerana bayangan Nuqman. Mampukah dia untuk mempertahankan kasih dan sayangnya pada suami sendiri atau kembali hanyut dengan kasih lamanya pada Nuqman?

Qaseh Amani- Sepupu Mya Zara yang sebaya dengan Luqman. Pada awalnya, dia menaruh hati pada Luqman.Baginya,  perempuan biasa-biasa seperti Mya Zara tidak setanding dengan Luqman. Namun niat buruknya untuk memisahkan mereka tidak berjaya.

Ummi@Datin Zahrah-
Ibu kepada pasangan kembar Luqman Hakim dan Nuqman Hakim. Seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang yang penyayang dan sangat memahami anak-anaknya.

Nuha Aleesya-
Kakak kepada si kembar Luqman dan Nuqman.Menetap di Kuala Lumpur dan menguruskan perniagaan keluarga mereka di sana.Sudah berumah tangga dengan pilihan hatinya sendiri, Ikmal.Punyai sepasang anak.

Sofea-Az-Zahrah-
Model muslimah yang meningkat naik. Kawan persekolahan Luqman Hakim merangkap bekas kekasih Luqman. Meninggalkan Luqman kerana Luqman enggan mengikut cadangannya supaya terus bekerja dengan syarikat kepunyaan keluarga Luqman,sekaligus menjadi pewaris utama. Keputusan Luqman untuk menyambung pelajaran benar-benar buat dia rasa dicabar lalu nekad meninggalkannya.

Zakri dan Fakrul-
Rakan baik Luqman merangkap teman serumah dan sekuliah. Pada merekalah,Luqman selalu merujuk segala-galanya.

Ilham –
Saudara susuan Mya Zara. Belajar di Mesir dan terlebih dahulu bertemu dengan Nuqman sewaktu awal perkenalan Zara dan Nuqman.

Dr.Iskandar-
Pensyarah muda di UTM skudai yang pada awalnya menaruh hati pada Mya Zara. Namun, setelah menyedari hakikat sebenar yang Mya Zara adalah isteri kepada pelajarnya sendiri dia akur.


p/s: dalam banyak-banyak watak..watak mana yang anda paling suka sekali?cer citerrr......opppssss...tolong jangan vote luqman. ye..dia hero..mesti la yang paling disukai ramai ye tak?heheheh..acah je...terpulang pada cita rasa anda...cer comment... :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon