Followers

Thursday, December 19, 2013

CRUD...Bab 3






Mata separuh sepetnya itu masih tajam melirik kea rah gadis di sisinya yang tak habis lagi mengekek mentertawakannya. Bersungguh-sungguh yang amat dia tertawa gaya macam itulah perkara paling lawak yang dia pernah tengok seumur hidup. Apa, kelakar sangat ke adegan baling bantal pada muka mak mentua? Cheese cake betul lah! Kau pun satu hal lah Zack. Dah macam mana pula tadi tak tengok dulu sapa yang datang sebelum buat serang hendap?

“Oiii.Diamlah!”marah Zack sambil mendengus perlahan.

Tawa si gadis mula menurun dan bila mata mereka bertentangan, cepat-cepat mulutnya ditekup dengan tangan lagak macam gadis melayu terakhir. Zack dah tayang muka menyampah. Pigidah! Gadis melayu terakhir ape nya? Gadis melayu terakhir yang aku nak kahwin kalau taka da perempuan lain dalam dunia ni dah? Lupakanlah zack. Kau dah kahwin dengan dia pun!

“Sorry…” ucapnya perlahan sebelum bingkas bangun menuju kea rah dinding papan bilik itu dengan tangannya dah pegang hujung kain tudung.

“Eh, kau nak buat apa tu?” sergah Zack tiba-tiba.

“Ha?”.

“Aku tanya, kau nak buat apa tu?”.

“Aaaa..buka tudung.”

Buka tudung? Zack garu kepala laju-laju selaju akalnya ligat berfikir kala itu.

“Tak payah bukak tudung!” arahnya tiba-tiba.

“Ha?”

“Ha..ha. Meh, duduk sini jap. Aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Saya?”soalnya, polos sambil telunjuk diarah ke tubuhnya sendiri.

Zack dah cebir bibir sambil tangan cekak ke pinggang. Ke atas kebawah dia memandang kea rah gadis genit dihadapannya itu. Hailah, kalau ikutkan hati yang membara ni ada juga yang dapat penampar sulung malam-malam buta ni karang. Loyar buruk terlebih dose sungguh pulak minah ni!

“Habis, kau nak suruh aku cakap dengan dinding, dengan lantai?”.

“Eheeeeee….”.

Zack dah tayang muka Selenga. Sumpah kau sengih tak lawa la perempuan!

“Awak nak cakap apa?” soalnya usai punggung dilabuh rapat ke sisi.

“Jauh sikit la heh. Kau dekat-dekat dengan aku ni dah kenapa? Tak puas peluk aku lagi ?”soal Zack, berang. Sesekali dia mendengus kasar  sambil kolar baju melayu yang tersarung ditubuhnya sejak tadi dikibas berkali-kali. Dahlah hati panas, bilik ni pun panas. Tengok gelagat minah ni lagi tambah panas dibuatnya.

“Dah jauh dah ni….awak nak cakap apa? Cakaplah”

Zack angkat muka sebelum matanya membulat besar bila terpandang kea rah datang suara.Umang aihhh!

“Kau ni bingai kea pa? Yang kau pergi duduk hujung katil tu dah kenapa? Kau nak suruh aku jerit, biar satu rumah ni dengar apa aku nak cakap?”.

“Ye lah, ye lah. Buat itu tak kena, buat ini tak kena,” bebelnya sambil beralih mendekati Zack.

“Apa yang kau dah buat ni lagi tak kena, kau tahu tak? Eh, budak. Umur kau berapa ha? Kau sedar tak aku ni muda lagi? Kau tahu tak umur aku ni berapa? Buat pengetahuan kau, aku baru je  habis SPM. University pun belum pernah aku masuk yang bermakna aku ni tak berkerja. Sekarang, kau dah kahwin dengan aku…kau ada fikir tak lepas ni kau nak makan apa kalau kerja pun aku taka da? Ada kau fikir? Ke…kau fikir nak syok je? Kau fikir, kahwin ni semata-mata untuk itu? Sorrylah weh, aku ni budak lepasan sekolah agama. Aku tak layan lah perempuan-perempuan stok macam kau ni. Kalau aku nak cari calon isteri pun, aku akan cari yang bertudung  dan yang  tinggi agama dan budi bahasa. Bukan macam kau yang yang senang-senang je peluk lelaki yang tak kenal. Kau faham ke tak ni?”.

Jeda. Si gadis masih lagi menunduk sambil memainkan jari jemari sendiri seperti tadi.

“Eh, aku pantanglah kalau aku cakap orang tak pandang muka ni. Taka da adab tahu tak? Dekat sekolah, kau tak belajar ke? Atau..kau ni sekolah setakat….”.

“Saya dah habis sekolah lah!” bidas si gadis usai wajahnya diangkat. Matanya memerah dan sedikit berkaca gaya sedang menahan tangis.  Ada senyum senget dihujung bibir Zack. Terubat sedikit sakit hatinya bila terlihatkan mata bundar itu sedemikian rupa. Kalau kau nangis pun, belum tentu dapat padamkan marah dalam hati aku lah! Jerit Zack dalam hati.

“Oooo…jadi kau fikir bila dah habis je sekolah, kau terus dapat lesen besar nak kahwin eh? What a typical village girl attitude.Eh budak, kalau kau kemaruk sangat nak kahwin dengan lelaki Bandar pun, kau cari orang lain lah. Bukan aku. Faham?”.

“Nak buat macam mana, dah jodoh kita.”

Nak buat macam mana? Senyum senget zack langsung mati. Macam ada kayu api je bawah katil itu, terus tubuhnya rasa mendidih semula mendengarkan jawapan bersahaja tadi.  Pantas saja tangan kirinya memegang kejap tangan kirinya yang dah menggeletar mahu melayangkan penampar. Kalau tak fikirkan Tok Ayah, memang dah lama kena budak perempuan ni. Dia yang perangkap kita, boleh pula jodoh yang disalahkan?

Mata Zack melilau memandang ke sekeliling bilik itu. Mencari sesuatu agar rasa amarah yang dah sampai takat didih melampau itu dapat diredakan. Langsung saja selimut di atas bantal disisinya itu dicapai sebelum dibaling ke wajah itu.

“Apa awak ni!”marah si gadis .

“Kau jangan tarik selimut tu!”.

“Lemas, awak tau tak? Awak nak saya mati ke?”tempelak si gadis, sedikit berang.

“Kalau boleh!”.

Si gadis dah mendengus kasar sambil berpeluk tubuh dengan selimut masih terletak elok dikepalanya dan menutupi wajahnya.

“Aku nak tidur. Kau jangan berani-berani tutup lampu bilik ni. Kalau aku celik je mata, bilik ni gelap kau tahulah apa nasib kau. Satu lagi, aku nak kau tidur bertudung dengan selimut tu kekal tutup muka kau.Macam sekarang.  Faham? Kalau hal semudah itu pun kau tak boleh buat, aku suruh kau tidur tutup muka dengan bantal.”

Dengan sungutan, si gadis masih nampaknya mahu menurut. Dengan berhati-hati dia bangun sambil meraba-raba segala apa yang ada dipersekitarannya. Tersengih-sengih Zack melihat gelagatnya sebelum bantal disisinya dialihkan dan diletak di tengah-tengah katil itu untuk dijadikan kubu pertahanan. Tubuhnya kemudian direbahkan di atas tilam tak berapa nak empuk itu dengan hanya berbantalkan lengan.

Dan tak sampai 5 minit, dia sudah berdengkur lena seolah tiada apa yang berlaku pada malam itu.

******

“Awak….bangun!”.

Zack geleng laju-laju sambil tangan yang menyentuh bahunya ditepis perlahan. Tubuhnya yang rasa dingin dipeluknya rapat sambil mulut membebel sendiri tanpa butir bicara.

“Awak….bangun…solat!”.

“Ala..Tok Ayah, 5minit…5 minit….”.

“Awak!”.

“Sakitlah! Tok Ayah ni, main kasar lah!” jerit Zack bila terasa hujung ibu jari kakinya dipicit kuat. Malas-malas dia bangun sambil genyeh mata yang terasa berat sungguh nak dibuka. Ini semua Tok Ayah punya pasal lah! Sudahlah rumah kampong, dia pergi bubuh penghawa dingin pula. Terus sejuknya jadi ganda dua!

“ Tok Ayah, Tok Ayah….dah besar panjang pun nak manja dengan atuk lagi!”.

Mendengarkan suara itu, langsung kelopak mata yang berat tadi terasa ringan.Berkerut dahinya seketika melihat objek yang berdiri tegak disisi katil itu dengan wajah mencebik.Seketika, dia baru tersedar di mana dia berada waktu itu.

“ Alah, kau memang tahu pun aku manja dengan Tok Ayah tapi kau nak juga kahwin dengan aku kan sebab aku ni cucu tunggal lelaki Tok Ayah. Jadi suka atau tidak, harta Tok Ayah tu akan diwarisi oleh aku jugak. Itu yang kau nak kan sangat sampai sanggup buat cerekarama versi sendiri malam tadi? Betul tak? Itu yang kau dengan Bob nak sangat, kan? Harta Tok Ayah?”.

Si gadis selak rambut yang dibiar bebas tanpa berikat itu dari menutupi wajahnya. Baru jelas dek mata Zack akan pandangan tajamnya dengan bibir yang diketap menahan geram.

“ Awak ni kan, taka da langsung gaya macam cucu yang Tok Ayah banggakan sangat selama ni. Yang kononnya sekolah agama berasrama sejak tingkatan 1 tu.  Mulut? MasyaAllah. Lagi kita diam, makin ligat menyembur orang. Eh, awak ingat saya ni mata duitan ke? Awak jangan pandang rendah pada orang yang membesar di kampong macam saya ye!”

“Habis, kalau bukan sebab duit. Apa? Untuk apa kau perangkap aku malam tadi? Saja suka-suka? Saja nak cuba-cuba? Atau sebab tengok dalam drama, seronok kahwin muda ni… baca pula dalam surat khabar, ramai kahwin muda…kau nak ikut juga. Macam tu?”.

“Bukanlah! Errr…saya….sebenarnya saya….”.

“Zack….zack dah siap nak solat ke?”

Dan subuh itu, sekali lagi budak perempuan itu diselamatkan tapi kali ini oleh ayahnya pula. Arghhh! Seriously, keluarga dioarang ni ada psikik kea pa? Gumam Zack sendirian sebelum memaksa dirinya untuk turun ke bawah rumah, mengambil wudhuk.

*****

“Eh, awatnya Zack pakai baju semalam? Pehah tak bagi baju buat tukar ke?” soal Pakcik Fadzil sambil mereka bersarapan di ruangan dapur. Sesekali seluar paras lututnya ditarik bila sedikit tersikap bila dia menunduk mahu mengambil lauk.

“Pehah dah….”.
 
“Taka pa pakcik. Sat lagi, Zack nak balik rumah Tok Ayah,” potong Zack, pantas.

“Pakcik apa lagi ni. Panggil Ayah ja dah cukup. Zack kan dah jadi menantu sulung kami.”

Menantu sulung? Erkkk! Terbatuk-batuk Zack dibuatnya bila nasi lemak yang dikunyah tadi tiba-tiba saja tertelan terus.

“Pehah, bagi ayaq kat laki hang ni.”

“Nah.”

“Hmmmm…”. Pantas saja air suam itu diteguk sebelum lehernya diurut perlahan. Mujur tak mati tercekik!

“Ayah ada dua orang lagi anak ataih si Pehah ni. Tapi dua-dua belum kahwin lagi. Abang long Pehah, tahun akhir dekat university. Kak Ngah dia pulak, tahun 2 dekat university. Pehah ni anak nombor tiga. Tapi, itulah. Jodoh dia mai awai kan. Ayah terima je lah dengan hati terbuka. Mesti, ada hikmahnya apa yang dah berlaku pada hangpa berdua malam tadi.”

Terangguk-angguk Zack mendengar. Bijak-bijak rupanya anak pakcik Fadzil ni. Masing-masing dah masuk university tapi kenapa lah agaknya anak nya yang seorang ni tak ikut langkah bijak abang dengan kakak dia?Yang bijaknya dia, pasang perangkap bagi orang yang bercita-cita nak masuk university macam aku ni.Arghhh! Sadisnya bila fikir tentang tu.

“Tapi pakcik…errr..ayah. Malam tadi, zack tak buat apa-apa pun pada dia. Sungguh! Zack tak tipu. Zack datang sini sebab kawan minta tolong gantikan  mentol bawah rumah ni. Itu je. Dia..dia yang call kawan zack tu. Kan? Betul kan?” soal Zack sungguh-sungguh sambil sikunya ditolak ke tubuh disisinya yang tunduk elok menjamah sarapan.

“Pehah..betui kea pa zack habaq ni?”.

Pehah masih tekun menunduk dan mengunyah. Taka da gaya nak buat penjelasan lebih lanjut.

“Pehah…..”.

Bila dah diseru namanya buat kali yang kedua, lambat-lambat baru Pehah angkat muka sebelum geleng perlahan dan menunduk semula. Langsung membulat mata Zack dibuatnya. Dia tak nak mengaku? Tak guna punya perempuan!

“Taka pa. Zack boleh call kawan Zack. Ayah tunggu sekejap ye,” sampuk Zack sambil seluk poket seluarnya sebelum nombor Bob di dail. Tak ada dalam perkhidmatan? Tapi bukan baru semalam???

Zack mendegus perlahan sambil wajahnya menunduk menahan geram. Memang kau dah kena main Zack! Serius, kau dah kena main dengan budak-budak ni. Memang ini semua kerja diaorang supaya kau tak boleh masuk matrikulasi dan terus melepak macam sebelum-sebelum ni. Tak guna punya member! Penumbuknya digenggam erat sambil matanya sudah berkaca, menahan seribu satu rasa.

Apa salah aku Ya Allah sampai seberat ini dugaanMu pada ku? Aku tak pernah kacau mana-mana perempuan, jauh sekali memainkan hati perempuan..tapi .

“Zack….”.

“Ye ayah….” Sahut Zack sambil mengesat perlahan titis air mata yang dah berkumpul ditubir matanya.

“ Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Terimalah dengan redha, insyaAllah…hati zack akan jadi lebih tenang. Dah tu, makanlah ye!”.

Zack angguk kepala perlahan sambil paksa diri menghadiahkan senyum separa ikhlasnya. Terima dengan redha? Hah, dia lebih rela ditolak masuk matrikulasi berkali-kali dari ditangkap dan dipaksa kahwin macam malam tadi!

****

“Awak balik makan tengahari tak?” soalnya waktu Zack tengah sibuk cari seliparnya di bawah tangga sebelum selipar Fipper warna oren itu dicapainya. Rasanya semalam dia letak dekat tepi tangga, dah macam mana pula ada atas para ni?

“Awak…saya tanya, awak makan tengahari dekat sini atau makan dengan Tok Ayah?”.

Selipar yang dibaling ke atas tanah, langsung disarung sebelum langkah diatur kea rah motornya. Kunci motor di poket seluar di seluk dan dibawa keluar .Enjin langsung dihidupkan tanpa mengendahkan soalan yang diaju.

“Awak!”.

Tajam mata Zack memandang kea rah tangan halus yang dah melekap elok di lengannya sebelum anak matanya terarah pula ke wajah empunya tangan.

“Hands off! Aku nak kau tahu yang aku tak pernah terniat nak sentuh kau, jadi kau…jangan berani sentuh aku! Faham?”balas Zack sambil pandangannya dibuang kea rah lain. Suka hati dia je nak pegang-pegang aku. Apa best sangat ke lengan aku yang keding ni?

“Boleh tak awak cuba terima kenyataan dan jangan buat perangai macam budak-budak?”.

“Ha? Kau nak suruh aku buat apa tadi ?” Zack dah ketawa terbahak-bahak sambil kusai-kusai rambutnya yang tadi elok disikat rapi.

“Eh, bodoh! Umur aku baru nak masuk 18 tahun la. What do you expect? Kau nak aku buat perangai matang macam umur 28, gitu? Eh, tolonglah. Aku belum puas nak hidup, kau dah heret aku supaya jadi laki kau..siapa suruh? Kalau kau dah rasa, diri kau matang sangat dan dah jatuh hukum ala-ala dah wajib kahwin….lain kali kau perangkap lah lelaki lain yang lebih berumur. Bukan lelaki tak cukup umur macam aku ni. Haaa…nak lagi cukup pakej, apesal kau tak perangkap Tok Ayah aku je? Matang, beragama…ada harta….”.

Zack langsung tergamam bila pipinya terasa perit ditampar dek tangan kecil itu. Mata sepetnya dibuntang besar sambil mulut terkumat-kamit menyumpah seranah dalam hati.

“ Saya tunggu awak balik tengahari ni. Assalamualaikum….” Balas si gadis sebelum berlari-lari anak menaiki tangga ke dapur meninggalkan Zack yang masih tergamam dengan pipi yang mula rasa berbisa. 

Berani dia tampar aku! Perlahan-lahan pipinya diusap sebelum tongkat motor ditolak kasar dengan hujung kaki.

Keluar saja dari perkarangan rumah itu, Zack sudah tersengih sendiri. Kau nak tunggu aku balik ye?Heh, tunggulah sampai ke tua! Selagi aku hidup, aku tak akan jejak lagi kampong ni. Ini janji aku! Zack ketawa sendiri sambil motornya terus dihalakan menghala kea rah Bandar.

p/s: ke mana pulak zack nak pergi?

Wednesday, December 11, 2013

CRUD...Bab 1



Dari kejauhan, Zack sudah menarik senyum. Nasib baik timing kena! Lepas isyak, dekat simpang masuk ke Parit Haji Napis. Memang disitulah tempat lepak Abang Bob and the gang yang dia kenal sejak tiga tahun lepas waktu cuti sekolah sesudah peperiksaan PMR dahulu. Dan sejak itu, di tepi tebing tali air itulah yang jadi port utama yang dituju setiap kali  dia jejak kaki ke rumah Tok Ayah.

Dan belum sempat lagi tongkat motor Honda Cup lama Tok Ayah diturunkan, pantas saja jarinya matikan enjin dan tarik keluar kunci. Asal boleh saja tongkat motor disepak sebelum ditinggal di kaki jalan.

“Adios Abang Bob! Ni hao ma?” jerit Zack dari jauh. Terpampang taring ‘cari makan’ abang bob bila dia buka mulut untuk sengih.

“Lu ni kan Zack, asal balik je..tak ada lain. Dok sebutlah Ni hao, ni hao tak henti-henti. Wa tau la muka lu acuan KPOP, JPOP…tak payahlah berbahasa dengan wa kan? Bukan wa paham pun. Lu bila balik bro? Hello apa pun taka da, tetiba muncul tepi tebing. Apa kes? Rindu wa ke?”.

Zack tertawa mengekek usai penumbuknya dan penumbuk Abang Bob bertemu. KPOP lah sangat. Setakat pelipis mata tak berapa nak tebal pun kira KPOP jugak ke? Pigidah! Mengarut semua tu.

“Rindu Tok Ayah lah, apa lagi. Lagipun, wa nak daftar masuk matrikulasi dekat Ipoh hujung bulan ni. Alang-alang, wa balik sini dulu la melawat lu orang. Eh, Atai…bak sebatang!” jelas Zack acuh tak acuh sambil Atai yang dok bertinggung di sisi tebing itu disikunya. Menyeringai dia dibuatnya bila sebatang rokok siap dihidupkan apinya dihulur.Perghhh..serius macam di syurga. Duduk dengan mama dengan babah, jangan haraplah nak merasa asap. Asap kereta, adalah!

“Matrikulasi tu apa bro? Wa tak sekolah tinggi macam lu, manalah wa tahu. Paling tinggi, wa panjat bumbung sekolah je time awek wa kena caras dengan ketua pengawas hari tu….”.

“Huk aloh. Panjat bumbung segala. Feeling sengal la lu ni. Matrikulasi tu…..”.

“Matrikulasi tu, ala-ala filem matrix tu la bai. Itu pun lu tak tau ke Bob? Mamat ni kan, ada rupa. Confirm dia nak jadi pelakon punya.Jadi dia nak daftar sekolah berlakon. Kan?Kan?” sampuk Peod yang baru lepas ‘menggoreng’ gitar dekat tepi tali air layan perasaan sendiri. Bersungguh-sungguh dia menerangkan, siap angkat tangan tinggi-tinggi. Dan si Abang Bob dengan Atai boleh pula angguk sungguh-sungguh, mengiayakan.

“Bongoklah kau ni Od!” bidas Zack sambil tertawa besar. Sesekali rokok dicelah jari disedut sebelum asapnya dihembus ke wajah PeOD yang dah mula masa mencuka bila di bongok kan.

“Matrikulasi tu…..”. Batang rokok disedut sekali lagi.

“Matrikulasi tu, ala-ala persediaan untuk masuk university la Od!”.

“Oooooo….” Abang Bob dengan Atai serentak menyahut.

“Kau nak masuk university ke Zack?”

Wajah berkerut Atai, dikerling sekilas.

“Apesal? Tak boleh ke? Kau kalau tetiba menang loteri first prize pun boleh masuk ma. Zaman sekarang ni, ada duit segalanya mungkin. Tapi wa ni tak berapa nak ada duit. Jadi wa masuk university kerajaan sudah. Tapi sebelum tu kena masuk matrikulasi lah dulu. Gitu.”.

Dari dahi yang berkerut, Atai tunduk wajah. Abang Bob pula dah buang pandangan kea rah kereta yan lalu lalang berhampiran mereka. Hanya PeOD yang nampak macam masih sedia mendengar.

“Wei, ni apehal pulak ni? Sejak bila pula lu orang ada sindrom datang bulan? Ala..releks lah, Ipoh dengan Batu 6 ni bukan jauh mana pun. Wa pecut Honda Cup Tok Ayah ni pun paling tidak 4 jam sampai. Tak pun, lu orang datang la lawat wa kat sana. Kan? Ada apa hal?” balas Zack sambil tertawa kecil. Pelik heh mamat-mamat ni. Masing-masing dah tayang muka tak nak kawan. Sengal!

“ Zack…lu tak paham…” akhirnya Atai bersuara.

“Amenda nya ni? Sejak bila kita kena faham memahami ni?” Zack sambung tawa.

“Lu kena tau Zack. Kami ni bukan sesiapa dekat sini. Sekolah, tak tinggi. Kerja pun, setakat buat kerja bendang je. Malam? Haa…dekat  tebing tali air nil ah kami melepaskan penat siang bekerja.Tapi sebab kami ni kawan dengan lu, cucu Tok Ayah…imam masjid Batu 6…kedudukan kami naik satu level di mata orang kampung, lu tau tak?”.

“So? Morale of the story?”.

Atai tarik nafas panjang sebelum kalih pandang Abang Bob yang bantai hisap dua batang rokok serentak. Memang gila otai abang bob ni. Bibir pun dah tak nampak warna merahnya.

“Kalau lu dah masuk university nanti, mesti lu tak nak kawan dengan kitaorang lagi. Iyelah kan, kami ni..orang kampong…lu…budak U. Kerja mesti dekat bangunan bertingkat-tingkat nanti.”

“Hek eleh!”jerit Zack sambil tertawa terbahak-bahak.

“Lu orang ni kan…apa benda lah nak sedih-sedih bagai ni. Relekslah. Wa masuk university ke, kerja tinggi sampai ke bulan ke…lu, abang bob dengan Peod…tetap member gua dunia akhirat.”

“Alaa….sekarang boleh borak la kan. Esok-esok….”.

“Dulu, kini dan selamanya….hidup  Kulaan Watun! ” Sahut Zack sambil sambung tertawa tapi bila dilihat wajah Abang Bob yang masih cemberut, bahu PeOD langsung disikunya.

“Od, main lah lagu.Bosan la macam ni. Selalu lu main jugak lagu sebarang dua bila wa balik kan?” pinta Zack. Saja nak ubah topic, nak ubah atmosfera yang tegang tiba-tiba.

“Hmmmm…lagu apa nak?”.

“Jangan di ucap selamat tinggal…”.

“Hampeh mamat ni!” marah Atai. Kepala Zack yang gelak mengekek jadi mangsa sekehannya/

“Lagi wa diam. Lagi menjadi…bantai dia Tai!” sahut Abang Bob sambil sangkut tangan ditengkuk Zack yang masih galak tertawa.

“Weiii..tercekik la wei. Macam mana nak daftar dekat matrix reloaded nanti ni!” jerit Zack dengan tawa mengekek.

“ Eh….jap. Jap. Ada orang call.Syhhhh..diam-diam. Mak wa call kut! Hello mak! Hmmmm…la, hang ka? Awatnya? ” sambut Abang Bob seraya berdiri.

“Hang nak apa? Apa? Ala tak dak orang laen ka? Pak hang? Kak hang? Haaa…ya lah. Tengoklah macam mana sat gi.Bye.”

“Siapa?”.

“Hmmmm…Peha,” balas Abang Bob dengan wajah mencuka.

“Oooo…adik lu tu. Apehal?”.

Kali ni soalan Atai tak berjawab. Lepas saja buang pandangan kea rah jalan dan sesekali kea rah kegelapan lorong tali air yang langsung tak diterangi lampu jalan itu, wajah Zack ditenungnya.

“Zack, lu tolong wa boleh?”.

“Hmmm..apa? Lu nak wa belanja char kuew tiaw? Okey je!” balas Zack sambil pijak putung rokok kedua yang dah kontot di atas batu kerikil atas tanah itu.

“Bukan. Lu bagi je duit, wa suruh Od rempit beli jap.”

“Apehal wa pulak?” sungut Peod.

“Bertindak mengikut arahan.”

Lambat-lambat baru Peod angguk. Itu pun muka langsung taka da ikhlasnya. Wang yang dihulur dek Zack pun terhegeh-hegeh disambut.

“Habis tu, wa nak tolong apa ni?”.

“Tengok kan si Pehah tu kejap.”

“Ha?” Tegak Zack berdiri.

“Lu gila ke bro? Pehah yang mana pun wa tak kenal. Rumah pun, wa tak tau. Dia adik lu kan, lu la pergi tengok dia,” balas Zack sambil mundar-mandir tak tentu hala.

“Dia bukan adik wa la. Adik angkat je.”

“Haaa..yang berangkat-angkat ni lagi lah wah seriau nak dengar. Nanti kalau terangkat, wa jugak yang susah. Matrix ke mana, university ke mana.Huiiii..mintak simpang!”

Atai dengan Peod dah bantai gelak. Tapi bila renungan maut mata  Abang Bob dah tala ke wajah mereka langsung menikus masing-masing dibuatnya.

“Wa bukan nak suruh lu angkat dia. Nak mintak tolong lu betulkan mentol bawah rumah dia je. Ape ada susahnya?”.

“Laaa…senang je tu. Bukan lu tak boleh buat.”

“Memanglah boleh, tapi wa malas. Pehah tu bukan boleh nampak wa. Mula lah nak ajak wa pergi pekan rabu lah…pergi Bandar la. Wa malas lah nak layan budak hingus macam tu.”

“Tapi dia tak kenal wa la.”

“Tak kenal lagi bagus. Taka da la minah tu cakap banyak. Ni, lu ambik duit ni pergi kedai beli mentol. Pastu lu pergi umah dia, ganti senyap-senyap. Dah siap, lu datang balik sini kita buat kenduri char kuew tiaw, amacam? Set?”.

Zack mengeluh perlahan. Wajah Otai dan Peod yang langsung tak tayang wajah kesian pada dia, tambah buat hatinya rasa menggerutu. Tak guna punya member. Ini buli namanya!Mentang-mentang aku sekali-sekala je balik sini.

“Relaks lah Zack. Kata tadi, kawan…dulu, kini selamanya. Mentol je kut!” provoke Atai. Mendidih je wajah tak semenggah Atai dikerlingnya. Ikut hati, nak saja batu kerikil atas jalan ni disumbat dalam mulut yang memuncung tu.

“Iyelah.Iyelah.Umah dia dekat mana?”.

“Tak jauh, depan sekolah kebangsaan tu je,” sahut PeOD dengan sengihan.

“OKey. Wa pergi dulu. Jangan kebas pulak  char kuew tiaw wa!”.

“Iyelah…pergilah cepat!”

Dan dengan langkah longlai, enjin motor Honda Cup Tak Ayah dihidupkan sebelum pacuan roda motor itu diarah kea rah pekan.

*****

“Assalamualaikum….oooo…assalamualaikum…..”.

Diam. Dalam kegelapan malam dan hanya disinari lampu dari telefon bimbitnya Zack berjalan menghampiri tangga belakang rumah lama ala-ala iklan adabi itu. Gelap nya lah bawah rumah ni! Ini bukan satu mentol je kena hidupkan ni. Bermentol-mentol! Tak guna punya Abang Bob!Dia kenakan aku rupanya!

Dalam marah, dia tercari-cari sebarang objek yang boleh dilihat di ruangan tingkat bawah rumah itu. Kosong. Kawasan yang biasa jadi tempat letak kereta atau motor di bawah rumah ni pun kosong. Bermakna, taka da orang di rumah. Dah tu, dari mana pula adik terangkat abang Bob call tadi?

Ah, abaikan lah Zack!

Yang penting, buat apa yang disuruh. Dia suruh tukar satu mentol je kan? Cukup 1 mentol, blah lah. Apa lagi? Kisah apa ruang bawah rumah ni gelap gelita tau tidak. Bukan rumah kau pun!

Dan akhirnya, lepas bersungguh-sungguh mencari port mentol di atas kepala dengan hanya bercahayakan lampu telefon dia mampu tersengih. Hah, dekat sini pun jadilah. Depan tangga.Okeylah ni.

Terjengket-jengket Zack dibuatnya. Mana nak pegang telefon…nak bubuh mentol lagi. Ah, kalau tadi heret Atai datang sama pun taka pa. Agak kurang bijak juga kau ni rupanya Zack!

Taka pa, cuba lagi sekali.

Satu…dua.

“Arghhhh!!!!” Zack terjerit kecil bila tiba-tiba batang tubuhnya ditarik dari belakang. Mentol di tangan kiri langsung terlepas ke atas lantai.Telefon bimbitnya juga entah terlepas ke mana.

“Weiii….weii..apa ni wee? Main kasar ni! Lu orang kenakan wa ye?” jerit Zack dalam kegelapan. Bersungguh-sungguh  dia meraba dalam kegelapan. Tapi bila diketuk objek keras ditangannya, kuat sungguh bunyi yang kedengaran. Bunyi macam zink. Dekat mana ni ye?Dalam stor?

“Weeiii..lu orang kunci wa ke? Ala…janganlah macam ni geng. Wa tau lah lu orang tak suka wa masuk U, tapi janganlah macam ni.Geng…weiii..geng!” jerit Zack lagi.Tapi tiada sahutan yang kedengaran.

Zack mendengus kasar. Wajahnya langsung diraup perlahan. Otak dah buntu nak buat apa. Kalau ditendang pintu zink ni, tak pasal-pasal pula Tok Ayah kena bayar ganti rugi rumah orang. Dah tu, tak kan nak tidur sampai ke subuh kut? Dah sah-sah rumah ni tak berpenghuni. Nak call Tok Ayah pun, telefon bimbitnya dah terlepas ke mana tadi. Adoyai!

“Zack jangan dok rapat sangat dengan Bob tu. Tok Ayah tak suka. Depa tu bukan boleh dibuat kawan. Depa kawan dengan Zack pun, sebab Zack cucu Tok Ayah. Itu saja!”.

“Ala Tok Ayah ni, janganlah macam tu. Bob and the gang je yang nak kawan dengan Zack ,Tok Ayah. Orang lain dekat kampong ni, pandang zack macam nampak makhluk asing je. Lagipun, depa bukan buat jahat pun. Setakat lepak tepi tali air.Itu je.”

“Ha’ah. Lepak sambil menghisap rokok kacau anak dara orang. Itu Zack kata baik? Dari Zack ikut depa dok situ, baik Zack ikut Tok Ayah pi masjid.”

Tok Ayah! Gumam Zack sendirian. Rasa menyesal mula menyerbu dirinya sebab ambil mudah nasihat versi ulang tayang tok Ayah tiap kali dia balik ke sini. Ikut sangat rasa hati kan, semangat kawan sangat. hah…ambiklah kau Zack!

“Abang….”.

Langsung tegak bulu roma Zack bila ada suara halus menyapanya. Tambah pula bila terasa bagai ada tangan halus melingkar di pinggangnya.

“Aaauzubillahiminashaitonirajim…….”.

Kali ini tawa halus pula yang kedengaran.Dakapan di pinggang pula makin kuat terasa.Isyhhhh..dia bantai gelak pulak!

“Allahu akbar..Allahu akbar! Lari kau dari sini wahai syaitan!” jerit Zack sekuat hari.

“Abang!” tawa halus tadi makin menggalak. Tubuh Zack sudah menggeletar laju. Peluh jantan juga sudah mula terbit di wajahnya. Degil sungguh heh! Apa aku nak buat ni!

Tengah akalnya ligat memikir, tiba-tiba ada satu cahaya terarah kea rah mereka berserta bunyi enjin. Ada orang datang! Alhamdulillah!

“tolong! Tolong saya!”

“Abang! Syhhhhhhh!!!!”.

Zack tergamam bila kali ini mulutnya pula ditekup sebelum tubuhnya dipalingkan.

“Abang jangan bising! Abah dah balik kut!” bisik suara halus itu lagi.

Abah? Siapa dia ni? Dia bukan hantu ke? Atau…dia panggil kaum kerabat dia datang sini sekali? Tapi…tak kan naik kereta kut!

“Tttttt…..”

Belum sempat Zack menjerit, tiba-tiba pintu zink itu terbuka. Terkedu dia dibuatnya bila terlihat seorang gadis genit yang hanya berkemban tiba-tiba meluru keluar dari tempat yang sama dia terperangkap tadi.
Zack melopong bila wajah-wajah dihadapan bilik itu membulat ke arahnya yang baru saja keluar sambil gosok mata . Teranglah pula bawah rumah ni. Ada lampu rupanya.

“Bah! Bah! Tolong Peha bah! Tadi Peha baru masuk bilik ayaq nak mandi, tiba-tiba. Dia..dia……”.

 Tolong? Peha? Oooo..dia nil ah Peha.Tapi…macam mana…dia.

“Hang…hang bukan cucu Tok Ayah ke?”

“Iya saya.” Balas Zack, polos.

“Apa yang hang dah buat kat anak aku ha?” tengking lelaki awal 50 –an itu.

Mata Zack membulat sebelum terarah kea rah gadis yang dah menyorok dibelakang wanita seusia lelaki yang menyergahnya tadi. Apa aku buat pada anak dia? AKu tak buat apa-apa pun!

“Saya…saya Cuma tolong tukar mentol….”.

“Tukaq mentol ye? Hang tau dak bilik ayaq tu memang tak pernah ada mentol pun. Hang jangan nak pe da ah aku. Macam aku tak tau perangai orang Bandar macam hang bila mai kampong. Miah, hang pi naik ataih telepon Tok Ayah la ni jugak. Sebelum orang kampong dok bercerita pasai depa berdua, baik kita selesaikan diam-diam. Peha, pi naik atas. Pakai baju elok sikit. Hang…jangan cuba nak lari. Mai ikut aku naik ikut anjung! Muhak saja harat. Ulahan I ilah binatang!”.

Gulpppp! Zack telan liur. Pakcik ni cakap apa tadi? Dia carut aku ke? Dia panggil aku binatang?

“Pakcik…saya tak salah pakcik.Saya datang nak tukar mentol je pakcik.Sungguh! Saya tak tipu pakcik! Kalau pakcik tak percaya, pakcik tanya anak pakcik ni. Dia yang call…..”.

“Dah. Tak yah nak ceghita banyak. Sat lagi Tok Ayah hang mai, hang cerita. Mai ikut aku!”.

Dalam paksa, langsung tanpa rela Zack melangkah. Waktu itu, hari esok untuk dia dah terasa tak ada makna bila cara selesai yang akan diambil macam dah diagak apa bendanya. Gelap,Kelam masa depannya! Selamat tinggal matrix, selamat tinggal university. Jaga kau Abang Bob! Ini semua kau punya pasal!

p/s: nampak macam klise...tp jgn risau. Iya bukan seperti yg anda bayangkan. Stay tune!

Monday, December 9, 2013

Di bawah Satu Bumbung 5

Pintu sebelah penumpang dibuka perlahan. Semerbak bau bedak Cuticura bertebar masuk ke dalam ruangan MyVI itu bila Nia mula labuhkan punggung. Nafas ditarik panjang sebelum kepalanya dipaling ke sisi tempat duduk pemandu dengan senyuman.

"Ampun kak, kelewatan. Guru bahasanya panjang betul bercerita,".

" Ampun...ampun. Hisyhh..kamu ni Nia, dah tiga minggu ikut kelas bahasa pun lidah tak boleh ubah lagi ke?" tegur Kak Ton diiringi lepukan di bahu. Tersengih Nia dibuatnya.

"Alamak, maaf kak. Lupa!"

"Haaa..macam tu baru betul. Kamu jangan nak tersasul macam tadi depan encik Syafiq tau Nia. Encik Syafiq tu jenis tak marah pekerja depan-depan. Yang kesiannya En Aizam lah yang bakal kena sembur nanti. Kamu kena buktikan yang dalam jangka masa singkat ni kamu boleh ubah cara percakapan kamu dan dalam masa yang sama cuba dapatkan tender Megah Holding tu. Kalau tidak.....".

"Iye kak, jangan risaulah. Saya akan usaha sungguh-sungguh demi syarikat kita. Don't worry ye kakak sayang. Janji harus ditepati.".

" Ceh, dah gaya yang berhormatpula kamu ni. Siap janji ditepati lagi! Jadi sekarang, kita pergi makan dulu sebelum balik. Kak Ton tak sempat nak masak tadi. Tertidur sambil tengok tv .Emmm..kita pergi makan dekat benteng taman univerisiti nak? Murah sikit kalau nak makan tengah-tengah bulan ni.Almaklum, kawasan student."

"Kawasan student? Maksud Kak Ton?" soal Nia, polos.

"Taman Universiti tu, kawasan pelajar universiti. Jadi tempat makan disitu biasanya lagi murah berbanding di Johor Bharu ni. Tapi, jauh sikit la. Nia, okey ke? Atau..Nia dah mengantuk? Ada kerja?"

Dahi Nia dah berkerut seribu. Pelajar Universiti? Universiti apa ya?

" Universiti Putra Malaysia ye kak ton?".

Kak Ton dah bantai gelak beria-ia.

"Jauh benar kamu melencong ni Nia. UPM tu, nun..jauh di Selangor. Nak kesana hampir 4 jam. Di sini Universiti Teknologi Malaysia. Lebih kurang 30 minit saja kalau jalan tak sibuk. Kalau kamu nak ke UPM pun boleh, tapi tunggu cuti panjang lah ye. Boleh juga Kak Ton bawa kamu jalan-jalan ke Kuala LUmpur nanti. Emmm..jomlah! Kita gerak dulu ye. Perut pun dah lapar ni."

Nia angguk laju tapi dahi masih belum hilang kerutnya.4 jam ya? Jauh nya! Rungutnya dalam hati sebelum tali pinggang keselamatan ditarik perlahan dan dipasang sambil kereta yang dinaiki membelah kegelapan malam di kotaraya Johor itu.

*****

"Wahhhh...asikkkk!!!" jerit Nia perlahan usai pintu kereta ditutup. Membuntang matanya melihat suasana deretan gerai berpayung di kawasan terbuka itu.

"Nia.....".

"Aaaa....errrr...maaf Kak Ton.Salah lagi. Wahhhh..hebatlah! Saya suka makan di sini."jerit Nia sekali lagi dengan senyuman masih tak lekang dibibir.

Saya suka makan di sini? Sebijik ayat dalam buku teks budak darjah 1. Kak Ton ketawa mengekek.

"Dah gaya budak kecik baru belajar bercakap dah kamu ni. Janganlah formal sangat Nia oiii. Leks...leks...sudah."

"Leks..leks?Apa tu?".

Makin kuat tawa Kak Ton sambil kepala digeleng. Rosak budak Nia ni duduk dengan aku heh.Elok-elok dia belajar bahasa melayu dengan cikgu bahasa, habis tonggang langgang sebab aku.

"Leks tu, kata singkat untuk releks. Bahasa budak sekarang, macam itulah."

"Relax? Berehat? Yang sebenarnya, kita nak pergi makan atau berehat ni Kak Ton?"

Kali ini dahi pula jadi mangsa tepukannya. Dah tak sampai hati nak menggelakkan Nia yang confirm-confirm dah pening kepala dibuatnya.Tanpa kata apa, pergelangan tangan gadis itu ditarik untuk turut sama melangkah. Kalau nak dilayan sangat kesalahan tatabahasa si Nia ni sampai esok pagi pun belum tentu dapat makan!

"Eh...bos! Bos seorang saja ke?".

Lelaki yang hanya ber-tshirt putih kosong, berseluar jeans yang kusyuk menyuap sambil mata tertancap di kaca mata televisyen berhampiran langsung menoleh sebelum senyum diukir.

"Iya kak Ton," balas Syafiq pendek. Baru saja senyum mahu diukir, mata sudah tertancap pada teman Kak Ton di sisi kirinya. Langsung wajahnya dikeraskan.

"En Zam?".

"Biasalah, hujung minggu balik kampung. Tengok anak dan isteri."

"Oooo...iyalah kan. wife En Zam kan dalam pantang sekarang. errr..kalau kami join bos makan, boleh ke? ".

Mata Syafiq tak berkerdip memandang ke arah wanita awal 40-an dihadapannya. Kemudiannya ekor matanya beralih ke sisi wanita itu.

"Jemputlah," balasnya lambat-lambat sambil terus menyuap.

"Nia duduk dulu.Akak order kan makanan ye? Nia nak makan apa?".

"Aaaaa...errr..sama macam kak ton lah!" balas Nia sambil terkulat-kulat bila disuruh duduk bertentangan dengan bosnya.

"Minum?".

"Air suam."

"Okey. Nia borak-borak dengan bos dulu ye.Akak pergi ushar makanan jap."

"Ushar?" soal Nia perlahan tapi Kak Ton dah berlalu entah ke mana meninggalkannya dengan Encik Syafiq yang serius mengadap makanan. Serba salah dia dibuatnya.Borak? Nak berborak apa?

"Ushar tu...tengok-tengok," jelas Syafiq tiba-tiba.

"Ha?".

"Hmmm..macam mana, okey ke?" soal Syafiq tanpa memandang. Entah kenapa, nasi goreng USA itu masih setia jadi perhatiannya sejak tadi.

"Oooo..okey. Saya suka makan di sini. Selalu, kami makan di restoren." balas Nia sepatah-patah. Puas dia menyusun ayat.Bimbang kalau loghat aslinya terkeluar lagi. Pesan Kak Tin tadi masih tersemat kemas di akalnya. Jangan bagi Encik Syafiq menyesal ambil kau berkerja dan keluar belanja untuk belajar kelas bahasa Nia!

"Saya bukan tanya pasal makanan. Saya tanya tentang kelas bahasa, okey ke?".

"Ha?Oooo..maaf Encik Syafiq. Saya silap faham. Ya, okeylah. Guru bahasanya agak lucu juga orangnya." balas Nia laju.

"Apa?".

Gulppppp!!! Laju-laju mulutnya ditekup. Aduhai Nia. Apa yang kau cakap ni? Tadi dah elok dah menyusun ayat.Tup-tup. keluar balik?

"Maaf Encik Syafiq....." takut-takut Nia nak angkat muka.

"Hmmm...design Megah Holding untuk chalet di Port Dickson dah siap?".

"Lagi 10 peratus siap." balas Nia laju sambil tarik nafas lega. Mujur bos tukar topik.Tapi Encik Aizam? Alahai, maaflah En Aizam ye! Dalam hati, rasa bersalah mula terasa. Bak kata Kak Ton. harus Encik Aizam yang ditegur nanti.

Mata Syafiq sedikit membulat.

"Deadline Isnin ni Nia." balas Syafiq, serius. Pinggan yang sudah licin ditolak perlahan ke tepi.

"Iya, saya tahu Encik Syafiq. InsyaAllah, balik makan ni saya sambung kerja saya. Encik Syafiq tak perlu risau. By monday morning, design akan saya letak atas meja Encik Syafiq."

"Nope. By monday morning saya dah kena submit proposal pada Megah Holding so before that, awak kena serahkan pada saya."

"Errrr....".

Syafiq dah berpeluk tubuh usai tubuhnya disandar ke belakang. Wajah gadis muka bujur dengan tudung bawal kosong rona merah itu dipandang sekali imbas dari atas ke bawah. Dressing ada perubahan sedikit dari dahulu. Dah pandai berblaus!



"Kalau begitu, suka atau tidak saya kena serahkan pada Encik Syafiq selewat-lewatnya esok malam."

"Yeah, absolutely. itu pun, kalau saya puas hati dengan design awak. If not, malam tu awak tak boleh tidur sampai ke pagi untuk buat pembetulan. Awak kena ingat Nia. Projek ni, nyawa kita. Rezeki 8 orang staf di pejabat kita tu termasuk saya dan Aizam untuk bulan ini bergantung pada awak sekarang. So, are you sure...you can handle it?".

"Yes bos! I'm really sure about that. Saya akan cuba siapkan esok petang dan serahkan pada Encik Syafiq. Encik Syafiq boleh lihat dahulu dan nilai. Kalau ada kurang di mana-mana, saya akan betulkan segera. On the spot"

"Bagus. Itu yang saya nak dengar. Okeylah, saya kena gerak dulu. Kirim salam pada kak Ton. Jumpa esok.Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam....".

 "Eh...bos!".

"Iya?".

" Design, saya nak serah dipejabat ke?".

" Nope. Datang apartment saya. Kak Ton tahu di mana.Okey?" balas Syafiq dengan senyum dihujung bibir.

"Orait bos!" balas Nia dengan sengihan. Hilang rasa seram yang beraja di hati sejak mereka berbicara tadi bila terlihat senyuman itu. Susah sungguh nak tengok bos yang seorang ini senyum. Tapi bila sesekali dia senyum, aduhai.

"Hoiii..jangan pandang lama-lama. Nanti kalau tersangkut, payah!" sergahan Kak Ton dari belakang langsung mematikan sengihan dan angannya.

"Lamanya kak Ton pesan makanan?".

"Hehehe.Kak Ton pesan dan tunggu sampai siap. Saja Kak Ton nak bagi peluang Nia dengan bos beramah mesra. Amacam? Bos okey kan?". Nia borak apa dengan bos?".

"Hmmm..pasal kerja," balas Nia acuh-tak acuh sambil meneguk air suam di hadapannya.

"Huk aloh bos ni. Luar pejabat pun bincang pasal kerja ke? Patutlah sampai sekarang tak ada makwe. Asyik fikir kerja..kerja."

"Bos...belum ada yang punya?" soal Nia sambil mengunyah nasi goreng ayam kunyit yang disuap.

Laju Kak Ton menggeleng sebelum senyum nakalnya terbit.

"Kenapa? Nak cuba ke? Kak Ton boleh tolong".

"Iya...enggaklah!".

"Niaaaa!!!".

"Alaa...maaaf kak! Salah lagi. Aaa..err..tak mau lah. Saya ni, bukan orang sini kak. Tak sesuailah dengan bos."

"Orang sini ke, orang sana ke tak penting semua tu Nia .Jodoh tu kan, rahsia Allah. Mana tahu, kamu boleh ubah persepsi bos kita tu dari fikir pasal kerja je kepada niat nak berkeluarga. Kan? Atau...kamu sudah ada pacar?".

" Kak Ton...bahasa melayu pleaseee...." tegur Nia sebelum mereka sama-sama tertawa.




Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon