Followers

Thursday, May 24, 2012

Sedikit sedutan MSPA 13..

“ Cantiknya kaktus ni! Comel!”.

“ Cantik ke comel?” Soal Emir.

“ Dua-dua” balas Tasneem sambil sengih panjang.

“ Sama macam Anim. Cantik dan comel.”

Errkkkk!! Tasneem hilang kata. Sudah…abang Emir dah mula balik dah! Sindrom pagi tadi dah mula menyerang nampaknya.

“ Cantik ke comel ke, kena hati-hati. Jangan pegang sebarangan. Nampak saja comel, tapi berduri! Kalau silap pegang, boleh luka nanti ” tiba-tiba saja Syed Nadzhan yang hanya jadi orang ketiga antara mereka turut menyampuk.

“ Kurang-kurang, duri kaktus boleh juga kita nampak dari mata kasar di mana tajamnya. Jadi dari awal, memang dah berhati-hati. Bukan macam aiskrim. Dari jauh nampak menarik dengan warna yang pelbagai. Tapi bila datang dekat dan pegang, cuma rasa sejuk, beku dan bila dah lama mula rasa tajam mencucuk tangan walaupun tak ada duri. Haahh..hilang terus rasa menarik. Macam ada orang tu!” balas Tasneem bersahaja.

" Lorr...buat apa aiskrim dipegang saja? Makanlah! Baru sedap!" tambah Emir yang tak tahu hujung pangkal. Dan Tasneem hanya tersengih sebelum sengihannya mati bila direnung tajam 'orang ketiga'.
 p/s: full entry? tungguuuuu......   :-)

10 comments:

Anonymous said...

cepat sikit

NurAtiZa said...

Aish....
Cepat x sabar dah ni...

Anonymous said...

anim umpamakan SN dgn ais krim? hahaha...memang ada gaya pun...
nanti n13 kasi pjg2 tau cik aifa.
~nor...

idA said...

pergh..ayat..tasneem..makan dalam..weyh..ada maksud yg tersurat dan tersirat...

Kaisara Aisy said...

aha...Dr Syed pun ikut jgk diorg pi bercuti..cpt2 msuk n3 baru..

Anonymous said...

ish,ish,ish emir blurr? cam ne nak tackle anim...hehehe cepat ye cik aifa...tak tahan nanggung rindu ni

shajamuhamad said...

cepat la cik aifa .. rindu nak tgk gelagat syed naz tuh . poyo je lebih, jeles la tue dengan amir. tahu plak dia takut tasneem jatuh kat amer yg playboy tue. mesti muka benggang kan bila syed naz tue kena sindir ngan tasneem .haha cute laaa :)

AnA_mIrDzA said...

Why msti ' sdikit sdutan' ???? Eeée gram2 huhu

Farra Joe said...

Adoi bla nk kuar entrynyaaa???
Dh meroyan nie tggu:(

hudapis said...

alahai...xsabar nk baca....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon