Followers

Thursday, May 10, 2012

Bab 10..Meh, Sandar Pada aku!


Bab 10

Syed Nadzhan mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Seharian dia begitu. Makan pun rasa tak kenyang. Niat asal hendak keluar dengan Syamil main bowling tengahari tadi ditunda tanpa sebab. Hasilnya, berbakul bebelan dari Syamil dia terima. Entah kenapa hatinya rasa kurang enak. Mood hendak keluar pun tiada. Atas sebab apa? Haahhh..kemungkinan besar sebab tuduhan tak berasas pagi tadi!

Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada perempuan kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa.

Boleh pula budak tu kata aku ni minat kaum sejenis? Dia dah gila ke apa? Tak bermakna selama ni dia hanya bekerja dalam lingkungan kaum lelaki adalah sebab dia anti perempuan dan sukakan kaum sejenis. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia jadi begitu. Dan apa pun sebabnya yang pasti sekali, dia lelaki tulen. Pasti. Confirm!

Telinganya kemudian menangkap bunyi pintu bilik sebelah ditutup perlahan. Jam dinding di kerling sekilas.

Malam baru balik? Keluar pagi lepas sarapan, lepas maghrib baru balik. Haisyhhh..rosak budak ni nanti kalau nak mengikut rentak Emir yang memang kaki jalan tu! Memang sesuailah dengan jawatan marine engineer dengan sifat suka berjalannya tu. Enam bulan sekali berlayar satu dunia, enam bulan lagi duduk lepak berfoya-foya di Malaysia. Senangnya hidup seorang Syed Emir.

Tanpa dia sedari, kakinya sudah pun melangkah ke arah bilik sebelah. Tanpa ketukan, pintu bilik di tolak kasar.

“ Apa Dr.Syed ni? Masuk bilik orang tanpa izin. Nasib baik saya tak buka tudung lagi!”. Jerkah Tasneem. Sengaja dia memulangkan paku buah keras. Oooo..orang masuk bilik dia pagi tadi, marah. Dia serbu masuk bilik kita  macam pengganas, boleh pula kan?

“ Ini bilik ke apa? Bersepah macam tongkang pecah!”.

Tasneem terdiam. Hilang terus rasa marahnya akibat diserang hendap oleh jiran bilik sebelahnya itu. Matanya ligat memandang ke arah sekeliling bilik itu, lantas tersengih sendiri.

Alah, dia bukan sengaja nak biarkan keadaan bilik jadi macam ni. Kalut punya pasal nak memilih pakaian yang sesuai untuk keluar dengan abang Emir tadi, sampai terlupa nak kemas semula pakaian yang bertaburan atas lantai. Sudah lah tu, cadar atas katil pun tak sempat nak kemas. Belum kira lagi lip ice, bedak compact yang dibiar terbuka tanpa tutup.

“ Alah, ini kan bilik saya. Bukan bilik Dr.Syed. Suka hati saya lah nak buat apa.”

Mata Syed Nadzhan lantas membulat. Tangannya dicekak ke pinggang.

“ Memang bilik ni , bilik kau. Tapi rumah ni... ‘.

‘ Mama saya dah kahwin dengan papa Dr.Syed, jadi rumah ni rumah saya juga lah ! ,” balas Tasneem, selamba. Sedikit pun pandangan mata lelaki itu tidak beri kesan padanya.

Syed Nadzhan jadi makin panas dengan sikap Tasneem. Perlahan, dia mendengus kasar.

Perkara pertama yang dia tak patut lakukan adalah datang ke bilik ini tadi dan menegur budak perempuan ini. Sebab?

Pertama. Tak untung apa-apa.

Kedua. Buat sakitkan hati saja.

Ketiga. Baik balik bilik dan anggap budak ini tak wujud.

Malas hendak melayan, Syed Nadzhan pantas keluar dari bilik itu sebelum lengannya ditarik perlahan sewaktu melalui tangga ke tingkat bawah.

“ Nadz tolong papa boleh?”.

“ Hmmm..apa dia pa?” soal Syed Nadzhan malas-malas. Entah sejak bila papa ada di situ pun dia tak pasti. Harap-harap papa tak nampak tindakan dia menyerang bilik budak tu tadi.

“ Esok, Nadz tumpangkan Anim ke tempat praktikal dia ye! Mama dengan papa ada hal sikit esok. Tak dapat nak hantar Anim.”

“ Suruhlah dia naik teksi pa. Teksi kan banyak....”.

“ Nadz...dia tu adik perempuan Nadz. Nadz tak kasihan ke pada dia? Lagi pula, dekat kawasan rumah kita ni jarang-jarang teksi masuk. Nadz pun nak pergi ke arah bangi juga kan? Apa salahnya, singgah sekejap”.

“ hmmm...ye lah. Tapi Nadz pergi awal. Esok ada meeting. Nanti papa beritahu pada budak tu, suruh bangun awal sikit. ”

Syed Irham senyum panjang lantas angguk. Pegangan pada lengan anak tunggalnya itu dilepaskan. Mungkin Nadzhan nampak keras di luar, tapi hatinya sebenarnya lembut.

*********

“ Kau tak ada baju lain ke? Asyik-asyik pakai t-shirt dengan seluar jeans.”

Sudah hampir 15 minit dia dalam kereta itu barulah si pemandu ini bersuara. Dari masuk kereta tadi, suasana dalam kereta itu dah macam dewan periksa. Senyap. Sunyi je. Nak buka radio dengar Hot.Fm pun tak berani.

Tasneem merenung dirinya dari atas ke bawah. Sesekali kepalanya dijengukkan ke cermin sisi kereta itu. Salah ke pakai macam ni? Asal menutup aurat, menutup apa yang patut dari pandangan orang lain cukuplah tu kan?

Tasneem sengih sendiri. Entah dari mana idea itu datang. Tapak tangannya lantas di sua ke sisi kanannya, membuatkan dahi Syed Nadzhan berkerut panjang.

“ Apehal pula ni?”.

Tasneem sengih lagi.

“ Bak duit. Nanti saya pergi beli baju lain.”

Pantas tapak tangan comel itu ditolak ke tepi dengan sikunya. Tasneem mencebik. Kalau dah kedekut tu, kedekut juga. Komplen saja pandai, bila minta duit tak mo bagi!

“ Hal kita berdua, aku nak kau rahsia kan dari semua budak ofis. Faham?”.

Kening Tasneem bertaut. Ehhh..dah tukar topik lain pulak?

“ Dr.Aleesya pun?”.

“ Bila aku kata semua, maknanya tak ada pengecualian.”

“Ooooo....”. Mulut Tasneem melopong. Namun kemudian dahinya berkerut. Ada sesuatu yang memusykilkan dirinya.

“ Kenapa nak kena rahsia kan pula Dr.Syed? Kita bukannya kahwin paksa atau pun bercinta diam-diam pastu kahwin tak ajak orang macam dalam kisah novel atau drama dekat tv. Parents kita yang kahwin yang mana menjadikan kita jadi adik beradik, betul tak? Jadi apa yang nak dirahsiakan?”.

Tasneem mati kata bila soalannya di balas dengan renungan tajam. Perlahan, nafasnya dilepaskan.

“ Lambat laun, orang akan tahu juga pasal kita lebih-lebih lagi, Dr.Aleesya. Tapi,  Dr.Syed jangan risaulah ye.  saya janji saya tak akan beritahu pada orang lain,” tambah Tasneem lagi bila tiada respon yang diterima.

“ Kau cakap macam tu lagi tambah risau aku dibuatnya.”

“Apesal pulak?”. Tasneem memberanikan dirinya membalas renungan Dr.Syed. Apa, ingat dia ni kepochi sangat ke?

“ Janji perempuan, memang tak boleh dipercayai.”

“ Eleh. Ayat macam dalam drama je! Kenapa ? Macamlah Dr.Syed pernah ada makwe berjanji nak kahwin lepas tu kahwin dengan orang lain! Dr.Syed kan...”.

“ Aku apa?” pantas Dr,Syed bertanya. Belum sempat Tasneem habis buat kenyataan.

Tasneem terdiam. Matanya dijulingkan. Dok fikir, sesuai atau tidak perkataan itu dikeluarkan waktu-waktu sebegini. Ini ada juga nanti yang kena jalan kaki pergi opis ni.
Ini namanya menyediakan peluru untuk diri sendiri ditembak.

Dan..belum sempat akalnya terus membuat tafsiran bunyi tayar diberhentikan secara tiba-tiba menghentikan lamunannya.

“ Kau turun sekarang.”  Nada suara keras dan tegang. Takut-takut Tasneem nak pandang.

“ Saya tak cakap apa-apa pun lagi.” Cuba memujuk. Tapi gaya muka Dr.Syed macam tak makan pujuk je! Adoyaiiii....

“ Memang. Tapi aku dah tau apa yang kau nak cakap. Turun sekarang. Now!”.

Tasneem mendengus kasar. Beg tangan dihujung kaki dikelek ke bahunya sebelum pintu kereta dibuka dan kakinya melangkah keluar.

Kereta BMW itu berlalu dengan laju. Tasneem gumpal penumbuk. Kuat. Geramnya menggunung pada tuan punya kereta. Apa punya abang la perangai macam ni. Cakap sikit pun dah nak melenting. PMS ke apa?

“ Dr.Syed kejam!!!!!”.

Namun jeritannya tidak ke mana. Mahu tidak mahu, langkah kakinya diteruskan menuju ke arah tempat yang dituju, di hujung lencongan jalan itu.

************

Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Jari-jarinya mengetuk perlahan meja kerjanya tanpa rentak sekata. Pandangan matanya pada skrin komputer tapi pemikirannya entah ke mana.

Sesekali jam di tangan dikerling. Sudah pukul 9 malam. Ke mana agaknya dia pergi ye? Waktu makan malam pun tak ada. Bilik pun masih bergelap. Nak tanya pada papa, terasa segan pula. Confirm dia pula nanti disoal kenapa budak tu tak balik sama tadi. Nak tanya pada auntie Farah? Lagilah tak kot! Bercakap dengan wanita itu pun jarang-jarang sekali.

Haihhh..mana budak ni pergi sampai sekarang tak balik lagi? Tak kan lah dia berjalan balik ke sini kot? Tapi, kalau nak dikira sikap degilnya..memang ada potensi budak tu jalan kaki balik umah ni. Atau...dia tunggu bas? Jap...mana ada bas dari bangi masuk ke sini.

Syed Nadzhan terus mengeluh. Rasa menyesal pula menghukum budak itu dengan tidak menjemputnya petang tadi. Sudahlah tu, pagi tadi ditinggalkan tepi jalan dan hampir 800 meter juga dia perlu berjalan.

Ahhh...tapi rasakan! Itu pengajaran untuk budak macam tu. Lain kali, cakap tu ikut akal fikiran bukan ikut sedap mulut saja. Ada ke patut, lelaki normal macam dia dituduh sukakan kaum sejenis? Gila! Memang gila!

Bebelan Syed Nadzhan terhenti bila wajahnya ditekup dengan bantal dari belakang. Dia menghela nafas panjang. Ini siapa pula yang nak bergurau kasar dengan dia malam-malam buta macam ni?

Tangannya pantas cuba menarik bantal itu dari terus menutupi wajahnya tapi tekupan jadi makin kuat pula.

Bengang dengan keadaan itu, dia bingkas bangun dari kerusi sebelum tekupan bantal itu dilepaskan perlahan-lahan.

Haaahhh...dah di agak. Mesti mamat ni! Gelak tawa Emir memenuhi bilik itu. Beria-ia dia ketawa sambil menepuk-nepuk karpet di atas lantai. Syed Nadzhan ketap bibir. Geram. Ini ada yang nak kena ni!

“ Sudahlah masuk tak da salam. Ada niat membunuh pulak tu!”.

“ Wowww...wowww..berat tuduhan kau pada aku tu Nadz! Aku bergurau saja kot. Kau ni, nak di ajak bergurau pun tak boleh! Kalau tak boleh bergurau, duduk surau la bro !” balas Emir dgn gelak yang berselang seli.

“ Surau ye.. bergurau ye, sekarang aku nak bergurau pula dengan kau. Kau jaga!”

Pantas bantal di hujung katil di capai lalu dihempuk ke wajah Emir. Emir terkejut lalu tawanya terhenti tiba-tiba. Tak mahu mengalah bantal lain di atas katil dicapai. Tak sampai 5 minit, adegan pukul memukul guna bantal antara nereka berdua bermula. Tapinya Emir dengan susuk tubuh lebih tinggi ada kelebihan. Bertalu-talu badan sepupunya dihempuk dengan bantal.

“ Wei...sudah lah tu! Aku penatlah!” Syed Nadzhan kemengahan. Seharian bermurung dan termenung, terasa badan ‘berat’, tak bertenaga.

“ Kau yang mulakan, kau rasakan lah. Konon nak bergurau...hambek ko!”. Emir terus menyerang tanpa henti.

Syed Nadzhan makin mengah dan lelah. Inilah akibatnya bila terlalu sibuk berkerja dan jarang bersenam. Badan dah tak fit!

Akhirnya, dia nekad. Dengan sekuat tenaga, dia merempuh Emir hingga Emir akhirnya terbaring ke atas katil dengan badannya menghempap tubuh Emir sebelum mereka berdua ketawa besar.

“ Abang! Abang Emir! Apa abang berdua buat ni?”.

Tawa mereka berdua terhenti di situ bila wajah Tasneem dengan mulut ternganga  berdiri pucat di hadapan pintu bilik itu. Syed Nadzhan bingkas bangun dan membetulkan tshirtnya sebelum berdehem perlahan.

“ Kau nak apa datang sini?”.

‘ Abang dengan abang Emir ni kan..urghhhh....’ Tasneem terus berlalu tanpa menghabiskan kata-katanya. 

Matanya sakit, hatinya lagi teruk. Bukan saja sakit, tapi parah ! Betul-betul dia tak sangka yang abang Emir pun macam tu juga ! Dia fikir, abang Emir sedikit berbeza. Iyelah kan, mulutnya manis saja bila bercakap. Ciri-ciri playboy yang dikelilingi perempuan tu memang dah ada dah. Tapi kejadian tadi tu ?

Adoooooi.....kenapa ye ? Lelaki hensem-hensem memang majoriti macam tu ke ? Sudahlah bilangan kaum lelaki kat dunia ni dah berkurangan ! Tak ada ke lelaki yang tulen, hensem, baik dan beriman yang boleh dia kenali dan jadi kawan ?

 Adam ! Adam pula macam mana ye ? Dia pun boleh tahan hensem juga orangnya. Entah-entah, dia pun macam Dr.Syed dengan Abang Emir ! Argghhhh...gila ! Gila! Kenapa dia dikelilingi lelaki yang macam ni? Tidak!!!!!

************

‘ Nadz..aku tidur sini boleh tak ? Penat lah gi jalan-jalan kat The Mines tadi. Aku janji, aku tak merangkak ke bilik sebelah malam-malam buta. Penat ni kot! Mau kejap lagi aku tidur sampai berdengkur. Boleh tahan kuat jalan juga adik kau tu. Habis semua kedai dekat Mines tu dia masuk. ‘

Syed Nadhzan mendegus. As expected ! Tengok muka pun dia dah tau yang budak tu kaki jalan. Kuat jalan, pastu mulut dok mengomel itu ini = Afnan Tasneem. Equation baru untuk malam ini.

“ Kau jemput dia balik ke petang tadi?”.

“ Yup, aku bosan duduk rumah seharian. Jadi aku call dia, nak ajak jalan. Wehhh…kenapa dengan tadi tu ye? Aku tengok pucat lesi muka Anim tadi. Apahal? Tak paham aku dibuatnya.”

Lagi kuat dia mendegus. Wajah juga turut berubah. Tegang. Mengingkat kan insiden tadi, dia jadi marah pada diri sendiri. Kenapalah masa tu juga budak tu kena nak singgah bilik ni dan tengok adegan mereka berdua tadi tu?Urghhh....

Hmmm..nak cerita pada Emir ke tidak ye? Nanti kalau cerita, takut kena gelak. Kalau tak cerita, kesian pula pada dia sebab di salah anggap dengan budak tu. Adoii...budak tu memanglah. Tak ada cerita, saje dia nak buat cerita.

“ Budak bilik sebelah tu ingat aku ni suka kat kau!”

“ Pulak? Salah ke kau suka aku? Kitakan sepupu!”.

Syed Nadzhan tepuk dahi. Isyhhh..lambat pula ‘ram’ ( Random Access Memory ) mamat ni malam ni. Itu pun tak faham.

“ Maksud aku. Suka. Aku lelaki, suka dekat kau..lelaki. Faham ?” Syed Nadzhan buat pengakuan dalam nada suara malas-malas. Mengaku dalam paksa.

“ What? Wait! Anim fikir kau dengan aku...”

“ Fine. Jangan sebut.”

Emir ketawa besar. Perlahan tubuhnya dibaringkan di sudut ujung katil sambil terus ketawa tanpa henti. Syed Nadzhan mengeluh perlahan. Dah dapat di agak respon Emir akan begini.

Malas hendak melayan gelak Emir yang mampu bertahan hingga setengah jam itu lantas pandangannya di alihkan ke atas kertas di sisi kanan mejanya. Matanya dikecilkan membaca tulisan tangannya.

Apa pula yang ditulisnya ni? Ini mesti tulisan masa dia mengantuk gila mendengar Dr. Azmah membebel waktu mesyurat siang tadi. Sejam membebel tak berhenti-henti. Dok ulang perkara dan perkataan yang sama sampai semua orang naik bosan. Kesannya? Dia yang seperti biasa kena ambil minit mesyurarat sudah beberapa kali terlelap. Tulisan pun dah macam cacing kerawit saja gayanya. Nak baca pun tak faham.

Matanya membesar bila tiba-tiba kertas lain yang siap bertaip tiba-tiba saja di hulurkan ke arahnya betul-betul di letak atas kertas kajang tulisannya tadi. Lantas dia menoleh ke sisi.

“ Apa ni? Report mingguan, hantar esok kat opis. Sini rumah, bukan opis.”

Tasneem mencebik. Caihhh...nak berlagak supervisor pula dekat rumah ye. Sekilas dia menoleh kea rah abang Emir yang sejak tadi gelak sorang-sorang sambil tekup muka dengan bantal. Ini lagi sorang, kena sawan gelak agaknya. Gelak beria-ia sampai tak sedar dia masuk.

“ Bukan report. Bacalah. Abang Emir…jangan lupa baca jugak tau! Selamat malam!”. Sengaja suaranya dikuatkan supaya Emir turut mendengar. Seperti dijangka, tawa Emir terhenti. Dia bingkas duduk di sisi katil. Tasneem kemudiannya berlalu tanpa menunggu jawapan lalu tutup pintu sebelum keluar.

“ Apa tu wehhh? Baca sikit Nadz! Surat cinta Tasneem untuk aku ke?”

Mata Syed Nadzhan terbuka luas. Satu-satu patah perkataan yang tertera di atas kertas A4 itu dibaca dan diteliti.

”Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu. Dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
 (QS. Hud [11]: 82-83)

 “Ada empat golongan yang di pagi hari mereka berada dalam kemarahan Allah Subhaanahu wa ta’ala dan di sore hari mereka berada dalam kemurkaan-Nya.”
 
Abu Hurairah berkata: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
 
Beliau ` menjawab: “Para lelaki yang menyerupai wanita, para wanita yang menyerupai lelaki, orang yang menyetubuhi binatang, dan lelaki yang menyetubuhi lelaki.”


 Hadits oleh Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi.


“ Afnan Tasneem!!!!!!!!”.


Tasneem cepat-cepat peluk bantal peluknya kuat-kuat. Seramnya dengar suara pekikan dari bilik sebelah tadi tu. 

Mesti muka Dr.Syed merah padamkan? Hisyhh..tak baik tau dia tu. Niatnya baik cuma hendak ingat mengingati sesama saudara seislam. Bukan ke ustazah selalu cakap.. Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu, ubahlah (benci) dengan hati, maka itu adalah selemah-lemah iman. 

Nak cegah guna tangan tu, idak le kot. Tengok adegan tadi pun dia rasa malu sendiri. Makanya, dia ambil langkah kedua. Menegur dengan baik.

“ Afnan Tasneem!!!!”.


Bunyi ketukan kuat di pintunya buat dia tersentak. Tombol pintu pula beberapa kali kelihatan dipulas. Wahhh..Dr.Syed betul-betul mengamuklah! Macam mana ni? Siapa pula nak hantar dia pergi opis esok? 

Abang Emir? Hisyhhh....tak nak lah! Bukan dia dengan Dr.Syed sama saja ke?

Ahhh..susah-susah, esok pura-pura je sengguggut. Minta mama bawa pergi klinik, minta mc. Habis cerita. Kurang-kurang boleh juga reda amukan Dr.Syed, betul tak? Tasneem sengih panjang. Matanya dipejam perlahan. Bunyi ketukan di pintu dibiarkan tidak bersambut dan tidak lama kemudian dia terlelap. 

***************

p/s: awak...kita bersambung lagi ye! kalau sudi..tinggalkan lah jejak komen anda ye... Dr.Syed amat menghargainya... ;-p



30 comments:

Anonymous said...

he he he dh penat gelak lah .............cuma mungkin tak sume pembaca faham maksud 'ram' ape kate tulis penuh ke atau letak dlm kurungan ke 'Random Access Memory (ram)'. maaf bg pandangan.

lieda said...

bestla aifa..dasyat tol tazkirah yg aneem bagi..hahahaha

Anonymous said...

hehe...best3x...padan muka Dr syed...sambung cepat ye..

Ayu dzulkarnain said...

Hahhahha...kelakor la dr.syed ni nfan Emir ni blh main pukul2 bantal mcm pompuan.perghh slumber gile si aneem ni sound kasi hadith lagi. Gud job aifa..gelak je baca n3

-ayu dzulkarnain-

Liza said...

hehehe...makin best ... duk sengih2 je...comel kan Tasneem tu.. I loike... yg tak bestnye...kena tgu n3...hehehe..apa2 pun sy tetap tgu...

m said...

teguran secara halusss~~~~ hahahahahahaa mana adam eh? rindu pulak kat adam

siti azura said...

terbaek la aneem bgtau cmtu...best sgt2.smbg cpt ckit ye...

sentebale-hk said...

naif sungguh Afnan Tasneem ni...HAHAHAHA! Salah sangka ni bila nak diperjelaskan...sian Dr. Syed tu tau....itu sangat menjatuhkan airmuka beliau la Tasneem!!!!;p

Riyanti Najwa said...

hahaha....
nak tahan gelak....adoiii...susah..
akhirnye...Gelak tergolek golek...
kahkahkah....

dr.syed marahhh...

ciknie said...

Lwk tol la kn mkin slh phm jdinya ble emir n nadzhan 2 grau2 pkul2 bntal 2..mmg lwl tol la ciap dpt tzkirah ag mmg da prah slh pham 2..hehehehhehehe..bek la dorg 2 gtw hal sbnar je dri rmai ag yg slh pham..huhuhuh..

Eimma said...

nice! sempoi habes.. AHAHAHA

Anonymous said...

hahaha..bestnya ...kan dr.syed dah kena ngan tasneem..hehe sempoi,baca sambil gelak tak hingat ni.

ShajaMuhamad said...

hahaha.lawak laaa.bila nuk smbung.makin menarik citer nie.

AIFA BATRISYA said...

terima kasih semua kerana sudi baca dan komen..makin semangat sya nak sambung kusah mereka :-)

Tia: saya dah betulkan tentang ram tu. tq for ur advise dear! :-)

Anonymous said...

TERHIBUR SGT. MEMANG BEST R AIFA.
DR SYED SUKA YER? KITA LAAAAGGIIII...SUKA.

~NOR...

Anonymous said...

lawak la..hah..suka...hehe
aneem da jadi ustazah part time..
cpt2 sambung tau

RinsyaRyc said...

lawak seyh .... memang truk dah silap sangka Tasneem kat DR. Syed . otak asek fikir yg pakwe sorang tu abnormal . sampaila kasi tazkirah atas kertas mana x pakwe tu 'angin' satu bdn..

Anonymous said...

Salam.. best la..
Dr.Syed mrh.. sweet la ctr ni..

mila said...

hahahha. best giler cerita nie. tergelek tergolek aku baca. lain dari yang lain..tq cik aifa oiiiii...

Anonymous said...

Seronok baca cerita ni...Tak sabar nak baca entry seterusnya. Tak sangka Dr. Syed seorang yang panas baran! Kasihan Tasneem!

Anonymous said...

kahkahkah...padan muka dr. syed kene sebijik...btwn mmg lurus tul la anim ni @ ednayu

Anonymous said...

Eeeee jahatnye dr.syed pgi tgal tsneem. ..X gntelmn langsung hahaha emo lak

kak ida said...

comel la tasneem ni..watak yg sekamba dan sampoi..rasa rasa esuk dia kantoi ngan uminya ke..

Anonymous said...

hahah....kelakar la...
apa eak yg akan terjadi antara dr syed dan tasnem di opis...

tak sabr nak tunggu....

Anonymous said...

hahhahaha lawak tasnem ni..cian kt mamat 2ekor tu

Waisya Carissa said...

lawak giler la... hahaha xpasal2 dr. syed ngn emir disalahertikan...

Anonymous said...

haha.. best.. next please

Anonymous said...

beshhh Dr.Syed encemmm

Anonymous said...

wait . penink ! mean tasneem ngan syed nadzhan tuh adek bradek tiri lah ye ? macam gituh pulakk ! igt kan syed nadzhan hero dy !

Unknown said...

best...

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon