Followers

Tuesday, March 13, 2012

Terkini tentang Kahwin Ganti



alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas peluang dan kesempatan yang diberi....


InsyaAllah..novel Kahwin Ganti akan dikeluarkan tak lama lagi...


Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penyokong setia Luqman dan Zara...jasa dan sokongan 

anda amat saya hargai ....tanpa anda..tiadalah blog ini...sob..sob..sob...(mode terharu :'-) )

salam sayang,
aifa batrisya

Friday, March 9, 2012

Jom kita refresh semula watak-watak dalam e-novel Hakwin Ganti :-)


Luqman Hakim – 

Pemuda berumur 23 tahun.Pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia di UTM Skudai, Johor.Dia cukup pakejnya.Rupa, harta, bijaksana cuma bab agama kurang arifnya. Kerana pengalaman silam dia berubah menjadi kasanova.Dia pujaan rata-rata mahasiswi UTM tapi padanya, tempoh sah seorang perempuan di sisinya hanya satu bulan. Baginya, betina itu ramai.Yang perempuan hanya segelintir termasuk Ummi dan Kak Longnya.Disebalik sifat nakalnya, dia seorang adik dan anak yang patuh dan kerna itulah cadangan 'kahwin ganti' untuk tempat abangnya diterima.Bertemu Mya Zara, dia mula kenal erti cinta sebenar dan mendekatkan diri pada Islam. Mengenali Mya Zara juga dia mula kenali 'perempuan' selain ummi dan kak long . Namun, kerana ego dan kurang yakin tentang 'cinta' Mya Zara padanya buatkan dia lebih rela memendam dari berterus terang.Akan adakah lagi peluang untuk dia meluahkan  perasaan sebenarnya atau semua itu sudah terlambat?

Nuqman Hakim-

Pelajar tahun akhir kejuruteraan  kimia di  Universiti Malaya.Abang kembar seiras pada Luqman Hakim. Lebih matang dan tahu hala tujuan hidupnya.Sejak kecil, dia sering beralah demi untuk adiknya.Letih beralah, sikapnya mulai berubah terhadap saudara kembarnya sendiri. Seboleh-bolehnya dia mahu elak diri dari bertemu muka dengan Luqman.Demi tak mahu kehilangan Zara di tangan adiknya, dia berkeras hendak menikahi kekasih hatinya walaupun pengajiannya masih berbaki setahun.Namun, di saat akhir majlis ingin bermula dia menghilangkan diri atas alasannya tersendiri.Mampukah dia terima hakikat bila dia pulang nanti yang kekasih hatinya kini adalah adik iparnya?

Mya Zara-

Gadis berumur 25 tahun.Kasih dan setianya hanya pada lelaki yang dikenalinya sejak di tahun 3 kampus UM. Walau masih terlalu awal baginya, pinangan Nuqman Hakim yang  masih berbaki setahun pengajian di kampus diterima demi kerana sayang dan enggan terus difitnah.Namun ketentuan Allah melebihi segalanya. Dia redha dan pasrah tentang jodohnya dengan 'pengganti' Nuqman. Acapkali dia keliru dengan bayangan Nuqman pada 'penggantinya' itu hingga dia menidakkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Namun tanpa dia sedari, hatinya kini sudahpun terpaut pada si pengganti kerana dirinya sendiri dan bukan kerana bayangan Nuqman. Mampukah dia untuk mempertahankan kasih dan sayangnya pada suami sendiri atau kembali hanyut dengan kasih lamanya pada Nuqman?

Qaseh Amani- Sepupu Mya Zara yang sebaya dengan Luqman. Pada awalnya, dia menaruh hati pada Luqman.Baginya,  perempuan biasa-biasa seperti Mya Zara tidak setanding dengan Luqman. Namun niat buruknya untuk memisahkan mereka tidak berjaya.

Ummi@Datin Zahrah-
Ibu kepada pasangan kembar Luqman Hakim dan Nuqman Hakim. Seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang yang penyayang dan sangat memahami anak-anaknya.

Nuha Aleesya-
Kakak kepada si kembar Luqman dan Nuqman.Menetap di Kuala Lumpur dan menguruskan perniagaan keluarga mereka di sana.Sudah berumah tangga dengan pilihan hatinya sendiri, Ikmal.Punyai sepasang anak.

Sofea-Az-Zahrah-
Model muslimah yang meningkat naik. Kawan persekolahan Luqman Hakim merangkap bekas kekasih Luqman. Meninggalkan Luqman kerana Luqman enggan mengikut cadangannya supaya terus bekerja dengan syarikat kepunyaan keluarga Luqman,sekaligus menjadi pewaris utama. Keputusan Luqman untuk menyambung pelajaran benar-benar buat dia rasa dicabar lalu nekad meninggalkannya.

Zakri dan Fakrul-
Rakan baik Luqman merangkap teman serumah dan sekuliah. Pada merekalah,Luqman selalu merujuk segala-galanya.

Ilham –
Saudara susuan Mya Zara. Belajar di Mesir dan terlebih dahulu bertemu dengan Nuqman sewaktu awal perkenalan Zara dan Nuqman.

Dr.Iskandar-
Pensyarah muda di UTM skudai yang pada awalnya menaruh hati pada Mya Zara. Namun, setelah menyedari hakikat sebenar yang Mya Zara adalah isteri kepada pelajarnya sendiri dia akur.


p/s: dalam banyak-banyak watak..watak mana yang anda paling suka sekali?cer citerrr......opppssss...tolong jangan vote luqman. ye..dia hero..mesti la yang paling disukai ramai ye tak?heheheh..acah je...terpulang pada cita rasa anda...cer comment... :-)

Monday, February 20, 2012

Terkini tentang Kahwin Ganti

alhamdulillah....manuskrip penuh kahwin ganti sudah dihantar untuk penilaian....


jika ada rezeki...kahwin ganti akan terbit dalam bentuk novel....


terima kasih bnyk2 sya ucapkan kepada yang selama ini menyokong  Luqman dan Zara


sehingga ke tahap ini..tanpa anda...tanpa kritikan dan comment anda semua....


sudah tentu tiadanya KG sehingga ke hari ini....


moga segalanya berjalan dengan lancar...AMIN....




p/s: ...KG dah berakhir...tp masih ada tak rasanya yang sudi membaca sedutan2 dari KG?


kalo ada...comment di sini ye!

Tuesday, February 14, 2012

Teaser Version Blog tentang si kembar


“Macam ni lah Luqman, untuk memudahkan cerita apa kata kau ceraikan saja Zara. Asalnya, dia memang patut kahwin dengan aku kan? Buat apa kau simpan perempuan yang kau tak sayang?”

“Siapa kata aku tak sayang? Aku sayangkan dia! Aku sayangkan Zara!” Luqman membentak. Dia bingkas berdiri lalu memeluk tubuh membelakangi Nuqman.

“Tepuk sebelah tangan, tak kan berbunyi Luqman. Zara tak sayangkan kau. Kata-kata cinta dan sayang yang selama ini dia lafazkan pada kau hanya sebab dia kelirukan aku dengan kau. Selama ni, dia setia di sisi kau hanya sebab dia bayangkan aku dalam  diri kau.Itu saja!”

“Kau bohong! Dari mana kau tahu semua ni?”

Nuqman senyum panjang sebelum dia turut berdiri di sisi Luqman.

“Zara yang jelaskan pada aku. Selama kau tak ada di sini, kami dah banyak kali keluar bersama. Kau tak percaya? Boleh tanya pada Dr.Iskandar. Dia sendiri nampak aku jemput Zara di fakulti. Terimalah kenyataan Luqman. Kau tetap Luqman, dan kau tak kan boleh gantikan aku sampai bila-bila. Walau apa pun, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi jadi ‘pengganti’ aku buat sementara. Sekarang, aku dah balik. Kau boleh pulangkan semula hak aku yang kau jaga.”

Luqman terpempan. Hatinya disentap. Tangannya menggeletar. Wajahnya terasa panas.Antara mahu percaya atau tidak dengan penjelasan Nuqman sebentar tadi.

“ Kenapa kau diam? Masih tak percaya? Buat pengetahuan kau, Zara yang usulkan supaya aku bercakap soal ni pada kau. Iyelah, dia kan perempuan. Tak kan lah soal kahwin cerai ni dia pula yang nak bercakap kan? Kau jangan risau, sebaik saja kau ceraikan dia aku akan segera nikahi dia. Aku akan bahagiakan dia sepertimana yang dia tak dapat rasa sewaktu dia bawah jagaan kau.”

p/s: anda pilih siapa? si luqman yang benar2 sayangkan Zara atau nuqman yang kembali menagih kasih Zara yang dahulu?

Friday, February 10, 2012

Tentang Zara dan Nuqman.....


“Zara tak tidur lagi?”.

Mya Zara lantas berpaling. Ternyata, bukan dia yang ada dalam fikirannya yang menegurnya. Mungkin suara mereka agak sama, tapi lenggok gaya ternyata berbeza. Mengenali Nuqman dan Luqman, sememangnya pasangan kembar itu ada sedikit perbezaan. Mya Zara mengalih pandangan ke hadapan.Sedikit pun tidak mengendahkan Nuqman yang mengambil tempat bersebelahan dengannya.

“Tak. Tak boleh tidur.”

“Kenapa? Fikirkan tentang saya?”

“Tentang awak?”
“Iye, tentang saya. Tentu banyak yang awak fikirkan selepas hampir dua tahun kita tak berjumpa kan? Awak rindukan saya?”

Mya Zara mengeluh panjang. Soalan Nuqman dirasakan seolah-olah tidak releven dengan keadaan status dirinya yang di kira Nuqman sudah tahu tentangnya.

“Saya isteri orang Nuqman.”

“Benar. Tapi awak tak bahagia dengan dia kan? Lagi pula, awak di paksa kahwin dengan dia tanpa awak sedari. Zara, biar pun dah tahu kebenaran , kenapa awak tak minta cerai dari dia dan tunggu kepulangan saya? Awak tak perlu teruskan hubungan yang sememangnya tak menjamin kebahagian awak. Memang Luqman, seiras saya. Tapi, dengan perangai Luqman sebegitu, mesti dia layan awak dengan buruk sekali.Ahhh..bila teringatkan tentang tu saya jadi benci pada diri sendiri. Kalaulah dari dulu saya maklumkan pada awak tentang Luqman, tentu awak tak kan berkahwin dengan dia. Hal ni juga tak kan berlaku kalau bukan sebab sikap buruk Luqman yang kaki perempuan tu!”

Nuqman melampiaskan marahnya di situ. Di sisi Zara. Zara hanya bersabar mendengar setiap tohmahan dan tuduhan yang diberi pada Nuqman pada suaminya.

“Ye, saya pun akui tentang sikap buruk Luqman itu.Tapi, Luqman dah berubah.”

Nuqman tertawa besar.

“Zara, kalau satu benda tu dah jadi tabiat takkan sekali-kali dia boleh tinggalkan.”

“Mana awak tahu itu memang tabiat dia? Mungkin juga dia lakukan semua tu hanya sebabkan suatu perkara yang pernah terjadi pada dia.”

Dahi Nuqman berkerut panjang. Wajah Mya Zara di pandang tidak puas hati.

“Mana awak tahu?”

“Dari mana saya tahu tak penting. Yang perlu awak faham, manusia boleh berubah dan Luqman tidak terkecuali.”

“Jadi, awak nak cakap di sini yang awak bahagia dengan Luqman? Macam tu?” Pertanyaan Nuqman berbaur perli. Wajahnya tegang.

“Alhamdulillah, setakat ni saya rasa bahagia sangat hidup dengan dia. Mungkin di awal perkahwinan kami, saya ambil masa untuk terima hakikat yang dia bukan awak. Tapi dengan masa, saya dapat terima dia dalam hidup saya dan saya sayangkan dia. Saya sayangkan Luqman.”

Nuqman senyum mengejek. Hatinya sakit mendengar pengakuan itu.Mug berisi air milo ditarik kasar dan diteguk laju.

“ Awak hanya akan bahagia bila awak bersama saya Zara”.

Kali ini Mya Zara pula tertawa kecil. Wajah Nuqman di pandang sambil kepalanya digeleng perlahan.

“Awak terlalu yakin Nuqman. Awak kena belajar terima kenyataan yang kita tak ada jodoh. Jodoh saya adalah Luqman, bukan awak.”

“ Iye, saya yakin pada jodoh dan saya juga yakin yang saya boleh ubah apa yang berlaku sekarang ni. Dengan kuasa sebagai abang, saya akan buat Luqman ceraikan awak!”

“Nuqman!”  Mya Zara beristighfar panjang. Wajah Nuqman di sisinya di pandang tanpa kerdip. Seakan tidak percaya kata-kata seperti itu keluar dari mulut Nuqman. Nuqman sudah banyak berubah! Dia bukan seperti Nuqman yang dahulu.

“Kenapa? Terkejut ye? Awak lupa prinsip saya? Bila saya kata saya nak, saya akan dapatkan juga walau apa pun yang berlaku dan kali ini saya akan dapatkan semula hak saya yang di rampas. Lepas dari ini, Luqman tak kan boleh lagi rampas apa saja yang saya miliki. Noktah!”

“Nuqman, jangan terlalu bongkak berkata-kata. Biar pun Luqman ikut cakap awak dengan menceraikan saya, saya tetap tak akan terima awak dalam hidup saya.”

“ Tapi kenapa? Saya sayangkan awak Zara.Terlalu sayangkan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak!”

Suara Nuqman yang keras tadi mulai menurun rentaknya. Wajahnya juga turut berubah mendung.

Mya Zara senyum sinis.

“Siapa kata tak boleh? Buktinya, awak masih ada di sini walau hampir dua tahun tanpa saya kan?”

Nuqman terdiam. Hilang kata-kata di situ. Otaknya ligat berfikir. Tangan Mya Zara di atas kaunter dapur itu dijeling sekilas. Tanpa kata, tangan itu ditarik ke sisinya dan dipegang kejap.

“Apa ni Nuqman? Lepaslah! Awak bukan suami saya! Awak tak ada hak untuk sentuh saya.”

“ Saya sayangkan awak Zara. Saya rindukan awak. Kahwin dengan saya ye! Lepas Luqman ceraikan awak, kita cepat-cepat menikah. Saya janji akan layan awak berganda lebih baik dari Luqman. Saya juga berjanji akan tebus semula dua tahun yang saya sia-siakan selama ini.Saya janji Zara! Saya janji!”

“Awak dah gila ke Nuqman? Lepaskan tangan saya!”

“Saya tak akan lepaskan tangan awak selagi awak tak berjanji yang awak akan kahwin dengan saya!”

“Tolong Nuqman, jangan buat macam ni. Nampak dek orang lain, macam mana?”

“Pedulikan kata orang! Yang penting, awak sayangkan saya dan nak kahwin dengan saya.”

“Saya isteri Luqman!”

Jawapan Mya Zara menaikkan lagi kemarahan Nuqman.Kali ini dia bertindak lebih pantas dengan menarik tubuh Mya Zara ke sisinya lalu dipeluk erat.

“Nuqman! Awak dah melampau…awak…”

“Nuqman! Apa semua ni?” 

Dan mereka sama-sama berpaling dari arah datang suara.....
p/s: jeng..jeng..jeng...siapakah orang itu? tunggu ye..

Wednesday, February 8, 2012

Sedikit Teaser Kahwin Ganti.....

Memperkenalkan sahabat baik Mya Zara...Farisya.
credit to lynda roslan...

Thursday, February 2, 2012

KG special entry ----- kenakalan Luqman @ Akim waktu dolu2


“Ummi! Tolong Nuqman!Luqman ambil beg sekolah Nuqman!” rengeknya sambil menarik-narik hujung baju kurung umminya yang sedang berdiri di sisi pintu rumah, sibuk menyiapkan bekalan untuk pasangan kembar kesayangannya itu.

“Luqman sayang, jangan buat macam tu pada abang. Bagi balik beg dia. Bukan ke abah dah beli beg sekolah yang sama untuk kamu berdua? Kenapa kamu nak juga pakai beg Nuqman tu?Hisyhhh..budak ni!”.

Luqman Hakim buat muka selamba. Sedikit pun teguran ummi tidak masuk dalam telinganya. Beg milik abangnya masih kemas di kelek dibelakang badannya. Selesai memakai stoking di kaki, dia senyum lagi. Tanpa menoleh ke belakang, cepat-cepat kasut Pallas Jazz yang di susun di sudut kanan pintu dicapainya dan dipakai.

“Ummi! Luqman pakai kasut Nuqman!”.

“Luqman!”.

“Alah, ummi juga cakap kasut kami berdua sama saja kan? Saiz sama, brand pun sama. Tak kisah lah mana-mana pun Luqman pakai”.

“ Tapi kasut tu aku punya! Ummi letak kat situ untuk aku pakai!”. Nuqman memberanikan dirinya untuk bersuara.Selalunya, dia hanya membiarkan semua harta bendanya jadi milik Luqman tapi kali ini dia mahu bertegas. Suka atau tidak, kasut di kaki Luqman tu harus juga dia pakai ke sekolah sebab itu kasut dia!

“Oooo..ye ke? Tak ada nama pun? Lain kali, tulis nama dulu baru aku tak ambik.Faham?”. Tegas Luqman sambil tersenyum mengejek. Sambil bersiul perlahan, dia mengikat tali kasutnya.

“Kalau aku tulis nama pun, kau ambil jugak! Buku latihan aku, semua kau ambik. Kau padam, kau tulis nama kau kan?”.

“Ada beza ke nama kau dengan nama aku? Aku padam huruf N, tukar pada L. Bukan susah pun.Jeng..jeng..jeng...terus jadi hak aku!”. Luqman tertawa besar. Namun tawanya tidak lama bila kepalanya tiba-tiba saja disekeh perlahan. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya yang sedikit berdenyut.

“Luqman buli abang lagi ye! Hisyhh kamu ni..apa lah nak jadi?Akak pun ada juga kawan kembar tapi tak lah seteruk kamu berdua ni.Pantang berjumpa, mesti bergaduh. Agaknya kan ummi, waktu dalam perut ummi pun mereka berdua ni dah mula berebut barang.Haaa...Luqman, tanggal kasut tu bagi pada Nuqman. Kamu ni kan, jangan lah besar nanti isteri Nuqman pun kamu ambil sudahlah” arah Nuha Aleesya.

“ Tak nak!”.

“Pulang semula!”.

“Tak nak! Dah ada dekat kaki Luqman, Luqman punyalah!”. Luqman berkeras.

“ Kamu nampak ni? Nak kena?”. Luqman sedikit terkebelakang bila penumbuk Nuha benar-benar di tujukan ke arah mukanya.

“ummi! Tengok kak long ni!”.

“Haaaa..tau pula kamu takut.Dengan si Nuqman ni berani sangat ye!Sudah tu Luqman, dah lewat ni. Cepat buka kasut tu. Bagi pada Nuqman”.

Luqman tarik muka.Perlahan-lahan, dia tunduk untuk membuka kasut dan kemudian atur langkah malas-malas ke hadapan pintu rumah.

Nuqman tersenyum kemenangan. Luqman pula rasa sakit hati melihat wajah itu tersenyum mengejek ke arahnya. Dia kembali senyum sendiri.Kasut di tangannya di jeling sipi. Perlahan-lahan dia tunduk di hadapan Nuqman sebelum mencapai kasut di atas lantai di hadapannya lalu berlari ke arah belakang rumah dengan kedua-duanya dengan gelak tawa yang panjang. Dari jauh, kedengaran suara Nuqman kembali menjerit seperti tadi.

p/s: khas untuk yang merindui en.luqman kita :-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon