Followers

Friday, February 10, 2012

Tentang Zara dan Nuqman.....


“Zara tak tidur lagi?”.

Mya Zara lantas berpaling. Ternyata, bukan dia yang ada dalam fikirannya yang menegurnya. Mungkin suara mereka agak sama, tapi lenggok gaya ternyata berbeza. Mengenali Nuqman dan Luqman, sememangnya pasangan kembar itu ada sedikit perbezaan. Mya Zara mengalih pandangan ke hadapan.Sedikit pun tidak mengendahkan Nuqman yang mengambil tempat bersebelahan dengannya.

“Tak. Tak boleh tidur.”

“Kenapa? Fikirkan tentang saya?”

“Tentang awak?”
“Iye, tentang saya. Tentu banyak yang awak fikirkan selepas hampir dua tahun kita tak berjumpa kan? Awak rindukan saya?”

Mya Zara mengeluh panjang. Soalan Nuqman dirasakan seolah-olah tidak releven dengan keadaan status dirinya yang di kira Nuqman sudah tahu tentangnya.

“Saya isteri orang Nuqman.”

“Benar. Tapi awak tak bahagia dengan dia kan? Lagi pula, awak di paksa kahwin dengan dia tanpa awak sedari. Zara, biar pun dah tahu kebenaran , kenapa awak tak minta cerai dari dia dan tunggu kepulangan saya? Awak tak perlu teruskan hubungan yang sememangnya tak menjamin kebahagian awak. Memang Luqman, seiras saya. Tapi, dengan perangai Luqman sebegitu, mesti dia layan awak dengan buruk sekali.Ahhh..bila teringatkan tentang tu saya jadi benci pada diri sendiri. Kalaulah dari dulu saya maklumkan pada awak tentang Luqman, tentu awak tak kan berkahwin dengan dia. Hal ni juga tak kan berlaku kalau bukan sebab sikap buruk Luqman yang kaki perempuan tu!”

Nuqman melampiaskan marahnya di situ. Di sisi Zara. Zara hanya bersabar mendengar setiap tohmahan dan tuduhan yang diberi pada Nuqman pada suaminya.

“Ye, saya pun akui tentang sikap buruk Luqman itu.Tapi, Luqman dah berubah.”

Nuqman tertawa besar.

“Zara, kalau satu benda tu dah jadi tabiat takkan sekali-kali dia boleh tinggalkan.”

“Mana awak tahu itu memang tabiat dia? Mungkin juga dia lakukan semua tu hanya sebabkan suatu perkara yang pernah terjadi pada dia.”

Dahi Nuqman berkerut panjang. Wajah Mya Zara di pandang tidak puas hati.

“Mana awak tahu?”

“Dari mana saya tahu tak penting. Yang perlu awak faham, manusia boleh berubah dan Luqman tidak terkecuali.”

“Jadi, awak nak cakap di sini yang awak bahagia dengan Luqman? Macam tu?” Pertanyaan Nuqman berbaur perli. Wajahnya tegang.

“Alhamdulillah, setakat ni saya rasa bahagia sangat hidup dengan dia. Mungkin di awal perkahwinan kami, saya ambil masa untuk terima hakikat yang dia bukan awak. Tapi dengan masa, saya dapat terima dia dalam hidup saya dan saya sayangkan dia. Saya sayangkan Luqman.”

Nuqman senyum mengejek. Hatinya sakit mendengar pengakuan itu.Mug berisi air milo ditarik kasar dan diteguk laju.

“ Awak hanya akan bahagia bila awak bersama saya Zara”.

Kali ini Mya Zara pula tertawa kecil. Wajah Nuqman di pandang sambil kepalanya digeleng perlahan.

“Awak terlalu yakin Nuqman. Awak kena belajar terima kenyataan yang kita tak ada jodoh. Jodoh saya adalah Luqman, bukan awak.”

“ Iye, saya yakin pada jodoh dan saya juga yakin yang saya boleh ubah apa yang berlaku sekarang ni. Dengan kuasa sebagai abang, saya akan buat Luqman ceraikan awak!”

“Nuqman!”  Mya Zara beristighfar panjang. Wajah Nuqman di sisinya di pandang tanpa kerdip. Seakan tidak percaya kata-kata seperti itu keluar dari mulut Nuqman. Nuqman sudah banyak berubah! Dia bukan seperti Nuqman yang dahulu.

“Kenapa? Terkejut ye? Awak lupa prinsip saya? Bila saya kata saya nak, saya akan dapatkan juga walau apa pun yang berlaku dan kali ini saya akan dapatkan semula hak saya yang di rampas. Lepas dari ini, Luqman tak kan boleh lagi rampas apa saja yang saya miliki. Noktah!”

“Nuqman, jangan terlalu bongkak berkata-kata. Biar pun Luqman ikut cakap awak dengan menceraikan saya, saya tetap tak akan terima awak dalam hidup saya.”

“ Tapi kenapa? Saya sayangkan awak Zara.Terlalu sayangkan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak!”

Suara Nuqman yang keras tadi mulai menurun rentaknya. Wajahnya juga turut berubah mendung.

Mya Zara senyum sinis.

“Siapa kata tak boleh? Buktinya, awak masih ada di sini walau hampir dua tahun tanpa saya kan?”

Nuqman terdiam. Hilang kata-kata di situ. Otaknya ligat berfikir. Tangan Mya Zara di atas kaunter dapur itu dijeling sekilas. Tanpa kata, tangan itu ditarik ke sisinya dan dipegang kejap.

“Apa ni Nuqman? Lepaslah! Awak bukan suami saya! Awak tak ada hak untuk sentuh saya.”

“ Saya sayangkan awak Zara. Saya rindukan awak. Kahwin dengan saya ye! Lepas Luqman ceraikan awak, kita cepat-cepat menikah. Saya janji akan layan awak berganda lebih baik dari Luqman. Saya juga berjanji akan tebus semula dua tahun yang saya sia-siakan selama ini.Saya janji Zara! Saya janji!”

“Awak dah gila ke Nuqman? Lepaskan tangan saya!”

“Saya tak akan lepaskan tangan awak selagi awak tak berjanji yang awak akan kahwin dengan saya!”

“Tolong Nuqman, jangan buat macam ni. Nampak dek orang lain, macam mana?”

“Pedulikan kata orang! Yang penting, awak sayangkan saya dan nak kahwin dengan saya.”

“Saya isteri Luqman!”

Jawapan Mya Zara menaikkan lagi kemarahan Nuqman.Kali ini dia bertindak lebih pantas dengan menarik tubuh Mya Zara ke sisinya lalu dipeluk erat.

“Nuqman! Awak dah melampau…awak…”

“Nuqman! Apa semua ni?” 

Dan mereka sama-sama berpaling dari arah datang suara.....
p/s: jeng..jeng..jeng...siapakah orang itu? tunggu ye..

6 comments:

Unknown said...

bikin suspens kak aifa...boley bg other tease x??? huhu

nadzainal91 said...

siapakah org tu....klo luqman hope luqman dgr dari awal semua pe yg mya ckp...please...

m said...

ini dah lebih ni. main paksa paksa pulak nuqman ni!

jeng jeng jeng....

Ciputchiapp said...

hoh...nuqman jahat...harap2 zara ngan luqman x bergaduh lagi..

Anonymous said...

suspen2 di mana mana aha..

Miss FF said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... jahatnya nuqman!!!!! tak suka dia!!! kaco je la... biarlah mya hepi2 ngan luqman.. xyah la sibuk2 nak interframe.....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon