Tangannya
mengagau mencari sambil mulut terkumat kamit menyumpah. Serakan kertas di atas
meja ditolak laju-laju dengan hujung jari kirinya. Tangan kanan pula sibuk
mengangkat susunan buku log yang sudah siap sedia disepahkan. Ah,tak ada juga!
Mana pergi kunci ni? Waktu kritikal macam ni jugalah dia nak main aci nyorok!
Recall
semula Pia, recall!
Okey,
perkara pertama yang dilakukan lepas jumpa angry bird tadi, pergi tandas. Tapi
on the way ke tandas, singgah lepak bilik Luna sambil menegur Kak Wok yang baru
keluar dari bilik Luna atas tujuan kutip duit kutu. Dapat pula pesanan maut
dari Kak Wok, sampel yang berkurun di makmalnya bila nak diambil. Okey, pesanan
tu boleh diabaikan sebab taka da kaitan dengan kunci bilik.
Lepas tu, on the way balik dari tandas tegur
Luna sekali lagi yang dok sibuk make up sementara tunggu giliran ber taaruf
dengan bos jajahan baru mereka tu. Jadi suspek utama…eh, tak kan Kak Wok ambil
kot! Mesti Luna! Laju tangannya mencapai gagang telefon. Baru sekali bunyi
dail, panggilan bersambung.
“Alooha,
Luna di sini.”
“Aloha..alooha.
Nasib baik aku yang call, kalau bos baru tu?”.
Luna
tertawa mengekek di hujung corong telefon.
“Sebab
aku tahu kau lah aku sambut macam tu,” balas Luna bersahaja.
“Poyo!”.
“Apa
kau ndak daaa?”
“
Kunci bilik aku. Pulang balik kunci bilik aku cik Tuna. Aku tahu, kau suka
sorok kunci bilik aku tu kan?” arah Sofea , nada suaranya agak serius.
“Hamboii..sesedap
mulut kau panggil aku cik Tuna ye. Cik Tuna tak ada. Cik Luna yang cun, ada.
Maaf ye, silap nombor. Bye!”.
“Lunaaaaaaaa!!!!”.
“Oiii…hisyhhh
kau ni Pia. Boleh kembang gegendang telinga aku ni dibuatnya kalau hari-hari
macam ni. Kunci kau taka da kat sinilah. Kau ke tandas tadi lenggang itik je,
bawa badan.”
“Laaa..tak
ada ke? Kat mana pula aku letak tadi? Takpelah.Bye Tuna!”.
“Pia!”.
Laju
saja gagang telefon diletak sambil tapak tangan di tekup ke mulut menahan tawa
bila terdengar namanya dilaung di koridor aras mereka.
Tubuhnya
kemudian laju di paling ke meja belakang bertujuan mencari di meja belakangnya
yang belum lagi disepahkan sebelum terasa ada barang yang tersangkut di
pinggangnya.
Ceh!
Dari tadi tergantung di leher, mana nak jumpa! Sofia sengih sendiri sebelum
terkedek-kedek dia berlari anak keluar dari bilik itu. Langkah di atur laju
sambil sesekali mata di kerling kea rah jam di tangan kanannya. Dah lewat 5
minit ni. Mesti dia marah!
Laju
lagi..laju lagi Pia.
“Aduh!”.
Kertas
putih berterbangan di udara sebelum sehelai dua jatuh di atas selipar kepala
hello kittynya. Takut-takut dia hendak berpaling ke sisinya sambil dalam hati
ligat berdoa.Dan dalam doanya, hanya satu harapannya.
Harap-harap
bukan dia.Harap-harap sangat bukan dia. Berdoalah Pia, supaya bukan dia orangnya!
“
Zarin Sofea, awak nak kemana ni?”
Dangggg!
“Ehhh…Puan.
Maap, ampun, sorry..mianhe…”.
“Eh
awak ni, kenapanya kalut sangat ni?”.
Sofea
curi-curi jeling dan tak semena-mena bola matanya tepat pula menghala kea rah
kening yang hitam pekat macam dilukis-lukis dek eye liner itu. Kerutannya tinggi,
tajam, kalah kak Ziana anak Pak Zain.
Aduhai
Pia, taka da orang lain ke yang nak dilanggar?
“Maaf
Puan, saya nak cepat tadi,” jelasnya lagi. Laju saja tangan mengutip kertas
yang bertabur di anak tangga.
“Nak
cepat ke mana? Pergi makmal?”
“Iya
puan.”
“Dengan
selipar kepala kucing ni?”
“Haaa?”.
Bola matanya langsung mencerun ke bawah. Selipar kepala kucing dia panggil?
Comel kut!
“Hehehe….”
Kertas yang siap disusun kemas di hulur.
“Apa
hehehe? Awak rasa benda ni kelakar? Awak tahu, ada dua kesalahan yang awak
lakukan di hari pertama awak kerja dengan saya. Pertama, berlari-lari di
kawasan makmal. Ini bukan tepi pantai ataupun padang permainan. Ini kawasan
berkerja. Awak tahu,tindakan awak itu boleh datangkan bahaya?”.
Sofea
angguk lambat-lambat. Dekat pantai ada tangga ke? Haih.
“Kedua,
pakai selipar . Ingat Sofea, awak sekarang di pejabat. Bukan di rumah. Tolong
pakai kasut yang bertutup sepanjang berada di kawasan ini. Faham?”.
“Faham
puan! Saya pergi dulu.”
“Ehhh..nanti
dulu. Kalau faham, pergi tukar sekarang.”
“
Tukar? Maksud puan, Selipar ni? Tapi saya bukan nak masuk makmal pun Puan. Nak
pergi ambil barang dekat kereta je” soal Sofea. Kali ini keningnya pula yang
meninggi sambil mata di arah kea rah Puan Zainah bersilih ganti dengan selipar
kesayangannya itu. Ahh sudah, baru separuh hari di bawah jajahan, sudah
tersampuk sindrom angry bird. Grrrrrr….
“
Tak kiralah awak nak kemana pun tapi selagi awak dalam kawasan pejabat,dalam
kawasan pemerhatian saya, saya tak mahu awak pakai selipar kepala kucing tu, Awak
faham ke tidak ni?”.
“Kalau
saya buang kepalanya, boleh puan?”
“Eh
awak ni. Tak faham-faham lagi?”.
“Faham.
Saya faham. I understand. Maaf puan, saya pergi tukar.” Mencicit dia berlari
kea rah biliknya untuk kali yang kedua.
***********
Pemegang
pintu kereta swift hitam itu di tarik perlahan. Usai saja daun pintu dibuka,
semerbaik bau lavender melekat di hujung hidungnya. Dengan muncung panjang
sedepa, kening bagai disumpah dek binatang bulu merah itu dia labuhkan
punggungnya di tempat duduk bahagian penumpang.
“Assalamualaikum.
Amboi, panjangnya muncung. Dah macam anak burung!” tegur Naim dengan senyuman.
Matanya yang besar, bulat itu sedikit mengecil bila dia tersenyum.
“Burung..burung
jangan sebut. Sensitif!” marah Sofea. Tangan ditarik ke sisi. Bibir
dicebik.Pandangan dibuang kea rah luar tingkap sisi kereta itu diiringi keluhan
panjang.
“Pulak
dah. Okey, kalau macam mulut itik…boleh?”.
“Awak
jangan nak perli saya Im. Bukan itik tu ahli keluarga burung juga ke cuma tak
boleh terbang je?” marah Sofea dengan mata mencerun merenung.
“Oh,
ya ke? Hehe.”
“Apa
hehehehe?” balas Sofea pendek. Bibir diketap, geram.
Sengihan
Naim mati tiba-tiba.Dahinya berkerut memikir. Lain macam je ni. Semua serba tak
kena. Kenapa pula?
Wajah yang sudah beberapa tahun hanya dilihat
melalui Skyppe di curi renung setiap inci. Marah betul nampaknya dia.
“Boleh
tak Im jangan buat kening macam tu. Macam…macam orang tu lah!”.
“Orang
mana pula ni?”
“Tak
mo lah cakap!”.
“Okey..okey.
Tak payah cakap pasal orang tu. Kita cakap pasal kita ye. Awak, awak tak suka
ke saya balik?”.
Kerutan
di dahi Sofea mula reda. Perlahan-lahan senyum manis terbit dihujung bibirnya.
Kepala kemudian diangguk berkali-kali seiring mata yang sengaja
dikelip-kelipkan.
“
Gila tak suka? Mestilah suka. Dekat 4 tahun kita tak jumpa tau. Im..saya,
rindu…rindu…rind..rindu empat puluh belas juta kali dekat awak. Tapi….kenapa
balik tak beritahu awal-awal? “ wajah ceria tiba-tiba berubah cuaca. Senyum
hilang, mendung datang.
“
Bila-bila pun tak pe. Yang penting, saya dah balik. So…lepas ni, bolehlah kita
sambung semula plan kita yang tertunda selama beberapa tahun tu kan?” ulas Naim
dengan senyum penuh makna.
“Plan?”.
“Ha’ah.
Plan kita tu……”.
“Plan
apa ni?”
“
Aaaa…Hulur tangan.”
Hulur
tangan? Sofea garu kepala.
“Im
nak bagi hadiah ye!” teka Sofea sambil tangannya di hulur.
Naim
geleng.
“
Kembangkan jari tu sikit.”
Kembangkan
jari pulak dah! Jari pun jarilah. Jangan disuruh kembangkan hidung, sudah.
“Dah.”
“Tutup
mata.”
Tutup
mata? Haihhh, apa sajalah akal dia ni. Namun arahan masih diturut. Dengan perlahan,
terasa sesuatu berjalan di atas jari manisnya sebelum matanya cepat-cepat
dibuka.
“Apa
Im ni, conteng-conteng tangan orang!” marah Sofea. Laju saja contengan cuba
dipadam dengan tapak tangannya.
“Eh..jangan
padam! Itukan cincin risik saya untuk awak…”.
“Ha?”.
Gosokan tapak tapannya terhenti secara automatic. Jari manisnya langsung ditelek
berkali-kali sambil sesekali wajah rajuk Naim dipandang.
“Ini
cincin ke?”.
“Ini
cincin virtual.”
“Cincin
pun boleh virtual, tak virtual ke?”.
“Tak
nak sudah!” rajuk Naim bersambung. Correction roleball dari kocek kemejanya
dicapai dan digoncang perlahan sebelum dihalakan matanya kea rah cincin virtual
warna hitam itu.
“Ehhh…dah
conteng best-best, nak ‘liquid paper’ pula tangan kita. Biar je la kat situ.
Nanti mandi dah kena sabun, hilanglah.”
“Kalau
kena sabun, boleh hilang ye?”.
Sofea
angguk perlahan.
“Laaa..tak
bestnya macam tu. Hmmm…kalau macam tu…yang ni, mesti tak hilangkan?” soal Naim
sambil mengeluarkan kotak merah yang sudah siap sedia dibuka dari bahagian
bawah tempat letak kaki.
“Ccccc..ccccc….”soal
Sofea, terketar-ketar.
“Cincin.”
“Ha,
cincin,” balas Sofea perlahan. Wajahnya yang putih sudah memerah. Rasa malu
tiba-tiba saja menyerbu. Pandangan dibuang ke tangannya yang masih berbaki
contengan dakwat hitam bentuk cincin di jari manisnya.
“Zarin
Sofea…awak… mau kawin sama saya?” soal Naim dengan kenyitan mata.
2 comments:
hahaha..angry bird tu mesti mak mertua kesayangan tu nanti..heheh
rasanya dulu tajuk citer ni lain kan?
Post a Comment