Followers

Wednesday, February 13, 2013

My Dear Mr Dimple 1


Tombol pintu masuk dipulas perlahan. Keadaan dalam rumah itu nampak tenang berbanding biasa. Sunyi sahaja. Tiada bunyi televisyen yang dipasang kuat mahupun suara radio dari bilik Ayuni yang sememangnya gemar pasang radio sampai habis volume. Dan tanpa bingit suara radio itu menandakan yang budak Kuantan tu masih belum balik dari kampung lagi. 

Langkah di atur kea rah biliknya dihujung kawasan rumah teres setingkat itu sebelum kakinya terhenti di ruang hadapan arah masuk ke dapur. Sofea  menjingkit-jingkitkan kakinya perlahan, lagak macam pencuri menghampiri dua sahabatnya yang sedang duduk di meja makan sambil membelakanginya .

 “ Woittt! Buat apa tu ha ?”.Dua pasang mata memandang bulat ke mukanya sambil mulut masing-masing terlopong.

“ Ooooo...sampai hati ye korang.Makan durian sorok-sorok. Bagi aku bau je.” 

Tanpa di ajak, Sofea tarik kerusi untuk duduk di antara Alia dengan Sheha sambil merenung kosong ke arah bekas putih di hadapannya.

“ Beli durian kat mana ni? Kenapa beli yang dah disusun dalam bekas. Tak fresh la!” komen Sofea sambil  tangannya laju mencapai satu. Baru saja hendak disua ke dalam mulut, tangannya terhenti.

“Kenapa durian ni pelik? Durian apa kau beli ni?” soalnya lagi. Sheha dan Alia langsung tertawa.

“ Itulah, masuk rumah tak bagi salam..main serbu masuk je. Ini bukan durian la,” balas Sheha sambil mencapai satu sebelum di gigit perlahan.

Sofea garu kepala. Bukan durian, tapi warna kuning..baunya pun bau durian. Apa pula bendanya kalau bukan durian?

“Ini namanya durian crepe. Tengah glamer ni. Kakak ipar aku menjual secara online, aku saja bawak sini sikit. Ingat nak promosi dekat opis,” balas Alia sambil tersengih.

“Crepe? Apa tu?” soal Sofia.

“Crepe tu ala-ala lempeng juga. Perkataan crepe tu berasal dari Perancis. Crispa yang bermaksud kerinting,” jelas Alia.

Makin panjang kerutan dahi Sofia. Durian crepe ditangannya dibelek berkali-kali sebelum mulut dimuncungkan panjang. Kerinting? Celah mana pula benda ni kerinting. Elok saja bulat macam kuih koci. Cuma warnanya sahaja bagai dicelup dengan pewarna kuning. Entah-entah celup dengan serbuk kunyit! Crepe di tangan didekatkan ke hidungnya. Tak mungkin kunyit! Pekat betul bau duriannya!

“Haaaa…aku tahu, mesti kau nak persoalkan pasal kerinting tu kan. Jangan Tanya. Aku pun tak tahu kaitannya. Nak tahu, kau Tanya pengasasnya,” Alia memberi amaran.

“Ssss……”.

“Oppp…jangan Tanya aku juga siapa pengasasnya. Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku suka makan benda ni.”

Sofia tarik sengih. Alia ni kan! Haih, mentang-mentang jadi PA Direktor, cekap sungguh bab menjawab atau menepis soalan.

Ngappp!! Mulutnya mengunyah perlahan sambil kepala sekali-sekala dianggukkan lagak juri Masterchef. Hmmm…sedap juga durian tipu-tipu ni.

“Payah betul berkawan dengan orang dari bahagian penyelidikan ni kan Lia. Sampai ke akar umbi dia nak tahu,” komen Sheha sambil tertawa mengekek.

“Entahnya,” sahut Alia dengan tawa.

“Lohhh…taka da kaitan di situ heh!” komen Sofia sambil terus menyuap. Serius sedap benda kerinting ni. Tak kurang tak lebih rasa durian pun!

“Eh, Pia. Awal kau balik hari ni? Bukan selalu kalau cuti panjang macam ni kau terus pergi opis pagi esoknya ke?”

“Kau gila? Esok angry bird mula memerintah. Kot dibuatnya aku terlewat satu saat pun sampai ke anak cucu dia sebut tahu?”

Alia gelak besar. Angry bird?

“Kau panggil Puan Zahlia apa? Angry bird?” soal Sheha lagi.

“Ha’ah. Kenapa? Salah ke?” soal Sofea sambil mengunyah crepe yang kedua.Emmmm…sedapnya!

“ Taka da gelaran lain ke kau nak bagi dekat orang tua tu?”.

“Ammm..eemmm..ummm..”

“oii budak. Mulut penuh nak bercakap. Habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu dulu. Hisyhh.”

Sofea sengih sambil mulut laju mengunyah.

“Ha, sambung balik. cuba kau belek muka bos kau tu Sheha. Kalau dia tengah berfikir, tengah marah..kening dia kan terangkat. Mulut muncung…haaaa…sebijik angry bird pe!” balas Sofea bersahaja sambil tertawa mengekek. Sheha yang mula-mula berkerut dahi membayang akhirnya turut sama tertawa.

“Ha’ah! Bos aku pun, dah jadi bos kau sekarang.Selamat datang lah ye ke wilayah Jajahan Angry Bird  wahai Cik Zarin Sofea.  Eh, dia ada email aku tau semalam,” balas Sheha.

“Siapa? Dr.Syed pujaan hati kau tu ke?” soal Sofea.

“Bukan daaa... Bos angry bird kau tu lah.”

“ Huk aloh, dia tu tak reti-reti nak berehat waktu cuti ke? Mengganggu ketenteraman awam je. Apa dia nak?” soal Sofea lagi. Kali ini crepe yang ketiga pula dikunyahnya. Licin bekas plastic yang tersusun cantik dengan durian crepe tadi.

“Esok pagi, dia nak buat sesi taaruf dengan semua pegawai jajahan terbaru dia. Tepat pukul 8.30 pagi.”

“Apa? Taaruf? ”.

Dan saat itu juga Durian crepe yang lazat sudah hilang rasanya….

*****

“ Jadi you ni pekerja kontrak je?” soal wanita berumur pertengahan 40-an yang segak memakai uniform rasmi syarikat mereka. Keningnya berkerut, mulut dimuncung. Persis angry bird.

Mata Sofea membulat. Amboi soalan! Pekerja kontrak je? Dia samakan aku dengan pekerja kontrak yang bina bangunan tu ke?

“ Pegawai kontrak” balas Sofea, serius.

“Sama lah tu. Tarafnya kontrak juga kan.”

Taraf kontrak? Sofea ketap bibir bawah. Haih si angry bird ni, ayat tak agak-agak! Hina sangat ke jadi pegawai berasaskan kontrak ni? Pegawai juga kot.

Sofea tarik nafas panjang sambil berkira-kira sendiri. Sejak dia mula buka mulut, rasanya ada dekat 3 kali dia dok sebut pasal status kontrak ni. Laju je mulut menyebut dengan muka bersahaja, mulut muncung dia tu. Ini karang kalau di sebut banyak-banyak kali, boleh juga buat telinga berasap ni.

“ Ooo…kelulusan sarjana. Tapi sayangkan, masih diikat kontrak,” komen Puan Zahlia lagi dengan mulut yang bercalit gincu merah sengaja dijuih. Mata pula ralit memerhati biodata yang tertera di kertas dihadapannya.

Kontrak lagi? Empat. Sofea mengira sendiri dalam hati.

“Berapa lama dah you kerja kontrak?”.

Lima.

“Hampir 4 tahun dah puan,” balas Sofea, masih bersopan biarpun hati sudah mula membara. Kontrak, kontrak. Lagi sekali dia sebut kontrak, aku bidas! Omelnya dalam hati.

“ Dah lama dah tu. Hmmmm…so, memandangkan you ni kontrak..you kena buat kerja lebih sikit lah ye berbanding orang lain. Dengan cara itu saja kita dapat nilai sama ada you ni layak atau tidak untuk ditetapkan jawatan disini. Tak kan lah you nak kerja kontrak je seumur hidup you kan?”

Kontrak lagi? Cukup tujuh kali sebut. Cukup untuk jadi alasan untuk hilang sabar. Sofea tarik nafas panjang.

“ Buat pengetahuan puan, ini bukan kali pertama saya dimomok-momok kan, di ugut macam ni. Hampir tiap-tiap tahun, setiap kali kontrak perkhidmatan saya hendak disambung saya akan diingatkan benda yang sama. Jujurnya Puan, saya dah lali dan saya dah tak kisah tentang semua tu sebab saya yakin rezeki saya datang dari Dia. Biar pun saya buat kerja sekuat mungkin, buat projek melebihi pegawai tetap pun tapi kalau bukan rezeki saya untuk terus ada disini…saya tetap akan dihentikan juga.”

“Jadi, kesimpulan yang awak nak beritahu pada saya?” soal Puan Zahlia bersahaja sambil berpeluk tubuh.

Sofea tarik senyum.Perlahan kepala digaru. Aaaaaa…apa yang dia cakap tadi tadi ya? Aduhai Pia, yang kau ke laut sangat tadi kenapa?

Sekilas, wajah tegas dihadapannya di jeling dengan senyuman.

“Kesimpulannya, errr…saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada puan sebab sudi untuk terus ingatkan hal tu pada saya.”

*************

“Lawak siut!!!!!” komen Harlina di corong telefon diiringi tawa mengekek.

“Cehhh.Gelak ye. Gelak. Kau ni kan Lin, kata kawan….”.

“Kawan tetap kawan, gelak tetap gelak.”

“Sengal! Aku letak telefon ni karang.”

“Ehh..Pia. Kejap. Sorrylah beb, aku bukan nya sengaja nak gelakkan kau. Aku Cuma tak berapa faham yang macam mana kau boleh terceramah Puan Zahlia le..le.. tu jugak. Kau tahukan dia tu macam mana? The most ‘ngeriest’ woman in our department maaaa..”.

“Iya, aku tau. Tapi dia tak habis-habis dok petik aku kerja ni sebagai pekerja kontrak. Hanginlah aku dibuatnya. Ada ke patut pegawai macam aku di samakan dengan mamat-mamat bangla yang buat rumah tu?” adu Sofea. Marahnya berbaki. Sambil berbual, tangan kirinya laju melukis gambar burung yang kemudiannya dipangkah berkali-kali.

“Dia tak maksudkan macam tu la Pia. Kau ni, kalau aku cakap kau poyo..kau marah. Benda macam ni, kau janganlah ambil hati sangat. Dia cuma maksudkan taraf jawatan kau je, tapi idak le dia anggap kau setaraf dengan abang-abang bangla kat luar tu.”

“Ahhh…sama je. Cara dia perli aku tu, sama je macam aku ni taraf diaorang. Allooo…you aaa..kalu itu you tak mo kirija betul-betul, saya kasi hantar you balik itu negeri baru you tahu. Ada faham ka?”

Makin kuat Harlina ketawa di corong telefon. Sofia pula baru selesai melukis tujuh ekor burung yang siap sedia dipangkah dengan pen merah. Benci burung merah! Benci!Bencii!

“Dah lah Pia, jangan ambil hati sangat. Puan Zahli tu sekadar bertanya sebab dia belum kenal kau. Tak kenal kan, maka tak cinta!”.

“Heh..kalau angry bird macam tu, tak kenal pun taka pa tau!”

“ Haluuu..jangan cakap besar, budak-budak ni kata dia ada anak lelaki hensem tau!”.

“Who cares! Kalau anak dia semua lelaki, hensem mana pun berderat nak kan aku, aku tetap tak hingin nak ber mak mentua kan orang macam dia. Suka double standard. Ngeri! Lagipun, aku…..”.

Kata-kata Sofea terhenti bila telefon bimbit di dalam poket seluarnya tiba-tiba sahaja berbunyi. Langsung terbit senyumnya bila matanya tertancap kea rah skrin blackberry nya.

“Lin, aku call kau semula. Orang jauh call!”.

“Uihhh..orang jauh call? Okey, okey. Kita borak nanti.”

“Iya..iya.” Cepat-cepat gagang telefon diletakkan sebelum punat received call di tekan.

“Awak!!!”.

“Assalamualaikum, cinta hati saya….”.

“Euwwww….Naim. Tolonglah. Awak, baru nak tidur ni ye? Kalau dah mengantuk sangat, tidurlah dulu. Tak payah call saya pastu cakap pelik-pelik camni. Haiyyaa…awak ni kan”.

Naim tertawa kecil.

“Nak tidur apanya siang-siang buta macam ni cik adik oii”

Siang-siang buta? Jam ditangan dikerling sekilas. Baru pukul 10 pagi. Bermakna di sana baru pukul 9 malam.

“Awak jangan nak main-mainkan saya Im. Mood saya tak berapa nak baik pagi ni tau. Saya baru lepas jumpa angry bird. “

“ Pagi-pagi dah main game? Syoknya kerja macam awak. Balik sana nanti, saya nak kerja situ boleh?” soal Naim dengan tawa bersisa.

“ Tak payah. Bukannya best mana pun kerja sini. Eh, awal awak telefon arini? Kenapa? Awak nak tidur awal sebab letih mengemas barang ye. Awak…bila sebenarnya awak nak balik sini ni? Saya da banyak benda nak cerita pada awak tau…” rengek Sofea. Nada suara seriusnya tadi sudah bertukar rentak.

“ Saya dah balik pun.”

“ Ha? Tipu! Minggu lepas pun awak cakap macam ni juga.”

“Iya, saya dah balik.”

“Gebang. Naim gebang..naim gebang.”

“Betul. Saya dalam kereta sekarang ni. Saya parking betul-betul sebelah myVi pink plat WQV…..”.

“Naim….awak jangan main-main! Itu kereta saya tau”

“Iya, saya tahu. Mana ada perempuan lain yang sefanatik awak pada Hello Kitty? Saya tak main-main. Sekejap ya.”

Pin!Pin!

“Haaa…awak dengar tak bunyi hon tu?”.

“Alah, kalau awak tekan hon mestilah saya dengar dalam telefon ni.”

“Okey,saya hon sekali lagi. Letak telefon tu atas meja dan dengar.”

Pin! Pin!

Dahi Sofea berkerut panjang sambil bibir diketap. Biar betul ni! Mimpi kot! Eh!

Cepat-cepat dia bangun lalu menuju kea rah tingkap biliknya dan seraya itu bibir kecilnya tarik senyum panjang hingga ke telinga.

“Awak! Awak dah balik? Tunggu ye! Saya turun sekarang!” jerit Sofea di telefon bimbit sebelum dia berlari-lari anak menuruni tangga ke bawah.

p/s: layan.... :-)

2 comments:

cyah said...

Menarik

ceknaworld said...

Uikss Aifa....jiran department ngan Dr Syed ke??....menarik2
teruskan usaha anda... I loike
- CT Zanariah

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon