Followers

Thursday, April 5, 2012

Meh, Sandar Pada Aku! Bab 3

Di bawah adalah biodata Dr.Syed sombong a.k.a supervisor ku…..

Nama: Syed Nazhan b Syed Irham
Umur : 30 tahun
Pekerjaan : Research Engineer
Status : Single
Kepantangan: ……

“ Perempuan!” jerit Salwa lalu ketawa kecil.

“ Hisyhhh..sibuklah kau ni. Aku nak luah perasaan dalam diary pun tak boleh!Apa kau buat kat sini ? Bukan tempat kau dekat tingkat atas ke?”

“ Aku pergi tandas tadi. Saja datang sini nak melawat kau. Salah ke? Ehhh...pakwe kau mana?” soal Salwa sambil terjenguk-jenguk.

“Aku mana ada pakwe la!”

“Maksud aku, Dr.Syed la amoi!”.

‘ Ehhh..suka-suka kau je kan panggil aku amoi. Bila masa pula aku jadik makwe dia ni ? Dia belum datang lagi lah. Entah-entah, dia cuti hari ni.”

“ Siapa yang cuti?”

Erkkk! Tasneem terdiam. Takut-takut hendak menjawab. Dari sisi mata, dia dah boleh agak gerangan yang bertanya. Aci tak kalau dia pura-pura tak dengar soalan tadi tu?

“Ehhh...dr.syed! lewat hari ni?” tegur Tasneem, ceria.

“ Hmmm…masuk bilik aku jap!”

Mata Salwa sedikit membulat. Aku? Biar betul Dr.Syed ni!

Seakan memahami maksud pandangan Salwa, Tasneem cepat-cepat geleng dan beri isyarat supaya pergi. Mood Dr.Syed tak berapa baik wooo!

“ Ye Dr.Syed?” Soal Tasneem dengan buku nota dan pen di tangan. Lagak dah macam setiausaha tak berbayar Dr.Syed pun ada! Hidungnya lantas menangkap bau cologne yang semerbak memenuhi bilik itu. Damai. Manarik lagi tertarik. Urghhhh..bahaya ni! Tak kan Afnan Tasneem terpikat dengan bau cologne ni kot?

“ Haaa..yang kau terpejam-pejam mata ni kenapa? Baru hari kedua dah mengantuk datang kerja?”

Alamak! Cepat-cepat matanya dibuka.

“ Dr.Syed ni wangi sangatlah...”. Kata-katanya terhenti di situ taktala mata lelaki itu tajam memandang ke arahnya. Adoyai Anim...macam manalah mulut ni boleh terkeluar....

“ Kenapa? Pening?”

“Ehhh..tak adalah. Saya suka bau macam ni, macam.... Emmm...aaa...ada apa Dr.Syed panggil saya ni?” Pantas saja Tasneem tukar topik.

“Haaa...lupa pulak aku. Dah baca pasal amidasi?”

Laju Tasneem menggeleng. Bila pula dia ada masa nak google pasal hal tu kalau malam tadi dia sibuk menjawab temubual eksklusif kak Mastura dan Salwa tentang lelaki dihadapannya ni?

“ Kau buat apa malam tadi? Gayut dengan pakwe?”

“Haaa? Saya mana ada pakwe la Dr.Syed!” Tasneem membalas bersahaja.

“ Dah tu, gayut dengan tunang?”

“  Kalau pakwe pun tak ada, Tunang lagi lah tak ada!”

Perlahan-lahan Tasneem memberanikan diri memerhatikan wajah Dr.Syed yang sedang sibuk memandang ke arah skrin komputer ribanya. Hensem. Kulit putih mulus, bersih. Hidung mancung. Rambut tersisir elok. Pengemas. Smart. Ada kerja yang bagus..tapi macam bagus! Sebab itulah tak ada perempuan yang nak dekat. Wahh Anim, baru dua hari praktikal kat sini dah boleh buat ulasan pasal supervisor!

“ Yang kau beria pandang-pandang aku, kenapa? Tengah dok fikir-fikir sesuai ke tak aku jadi calon pakwe kau ? ‘

 Tasneem telan air liur. Perit pula rasanya. Lebih-lebih lagi bila melihatkan senyuman ala-ala perli lagi sinis Dr.Syed padanya.

“ Takda nye heh! Manalah layak saya ni nak digandingkan dengan Dr.Syed. Dr.Syed ni pegawai besar. Saya ni pulak, pelajar praktikal saja. Manalah….”.

“Jadi, betul lah kan tadi kau dok tenung, fikir pasal aku?”

Kali ini Tasneem tergamam. Lama. Kantoi agung kau Anim!

************

Sesekali Tasneem mengenyeh matanya yang mula terasa pedih. Hampir dua jam dia mengadap skrin komputer riba itu dek kerana tugasan yang diberi Dr.Syed sebelum dia keluar untuk ke mesyurat tadi. Amidasi oh amidasi, apakah engkau sebenarnya?

Mulanya, dia terasa segan pula bila di arah duduk atas kerusi dan meja lelaki itu untuk cari maklumat. Paling dia risaukan, tanggapan pegawai-pegawai lain kalau mereka nampak. Tapi, kalau bukan di situ...kat mana lagi dia nak cari maklumat? Lagi pun, bukan dia yang memandai-mandai nak duduk di situ. Dr.Syed yang suruh.

‘ Syed ! Kenapa you tak reply sms i ? ‘.

Tasneem angkat wajahnya perlahan-lahan taktala suara itu menyapa di hadapan pintu sliding yang baru dibuka.

“ Ehhh…awak ni student praktikal kan? Awak buat apa dalam bilik Dr.Syed ni ha? Pandai-pandai saja awak guna labtop dia ye!”

Suara wanita rambut ikal mayang yang berdiri cekak pinggang di hadapannya sedikit menggerunkan. Cepat Tasneem bangun.

“ Maafkan saya Puan…”

“ Dr. Alessya…”.

“ Maafkan saya Dr.Aleesya. Dr.Syed yang tugaskan saya duduk di sini…”.

“ Really? It’s sound stupid dear. Which Dr.Syed are you talking about?”.

 Tasneem terdiam. Cehhh..speaking London pula dia ni! Dia ni siapa sebenarnya dengan Dr.Syed? PA? Tak mungkin. Dia kan ada title Dr juga.

“ Dr.Syed suruh saya cari maklumat tentang….”

“Please. Don’t create a silly story like that. Dr.Syed yang saya kenal tak akan bagi mana-mana perempuan duduk dalam bilik dia..lebih-lebih lagi atas kerusi dia menggunakan labtop peribadi dia. So, apa awak buat kat sini?”.

“ Betul Dr.Aleesya….”.

“ Oohhh…just shut up! Saya cukup masak dengan sikap pelajar praktikal perempuan macam awak yang datang sini pura-pura comel kononnya nak belajar something tapi sebenarnya nak menggatal, mengorat lelaki macam Dr.Syed kan?”

Tasneem tarik nafas. Panjang. S.A.B.A.R. Satu-satunya perkataan yang cuba ditanam dalam dirinya ketika itu taktala tuduhan tak berasas seperti itu dilemparkan pada dia. Kalau ikutkan fitrah dan perangai asalnya, memang dah lama perempuan di hadapannya ni dia bahasakan cukup-cukup.

Tapinya, Apa sebenarnya masalah dia ni? Datang-datang terus nak naik angin satu badan? PMS mungkin? Tak pun marah sebab cinta dia pada Dr.Syed tak berbalas? Ahhhh...kenapa pula hal peribadi Dr.Syed nak jadi hal dia pula?

“ Saya bukan macam yang Dr. Aleesya cakap kan tu…”.

“Well, yeah. Sesiapa pun boleh cakap macam tu…even you. Tapi tengok apa yang awak buat? Opposite! Awak tahu tak, belum pernah ada perempuan duduk atas kerusi tu?”

So? Like I care! Gatal saja mulut Tasneem hendak menjawab, tapi hanya mampu diluah dalam hati.

“Kalau Dr.Aleesya tak percaya, Dr. Boleh tanya pada Dr.Syed…” Tasneem cuba bertegas.

“ Enough girl! Pack your things, and get out from this room right now!”

Darah Tasneem sedikit menyirap bila suara itu sedikit meninggi hingga ada beberapa orang yang lalu berhampiran berpaling. Gatal sahaja mulutnya hendak terus membalas tuduhan melampau itu tapi bila memikirkan tentang Kak Mastura, hasrat itu dimatikan. Kesian pula pada Kak Mastura. Dia yang buat hal, Kak Mas pula yang dapat malu nanti!

Perlahan-lahan Tasneem mencapai kertas dan telefon bimbitnya dan atur langkah keluar dari bilik itu sambil diiringi jelingan tajam Dr. Aleesya.

“ Haa…kalau betul awak nak cari bahan, pergi ke lobi. Pinjam computer Hani dekat meja penyambut tetamu tu. Jangan berani-berani lagi masuk bilik ni. Faham?”.

Tasneem angguk perlahan. Malas nak cakap banyak. Malas nak cari gaduh!

************

“ Kau buat apa kat sini?”.

Tasneem berpaling. Melihatkan gerangan yang menegur, cepat-cepat dia berdiri tegak lalu tersenyum.

“ Dr.Syed!Emmm..saya carik bahan yang Dr.Syed nak tentang proses amidasi tu lah”.

“Tapi kenapa kat sini?” Soal Dr.Syed. Dahinya sedikit berkerut. Elok-elok dia suruh duduk dalam bilik, kenapa pula nak cari maklumat di meja penyambut tatamu?

“ I yang halau dia dari bilik you Syed. Budak ni, pandai-pandai saja masuk bilik you….”.

‘You halau dia ? I  yang bagi dia masuk, suruh dia guna labtop I. Yang you pandai-pandai halau dia kenapa ? ‘.

Dr.Aleesya yang baru saja turun dari tangga tengah sedikit tergamam dengan jawapan yang diterima. Wajah Syed Nazhan ditenung dalam-dalam.

‘Syed ? I nak guna labtop you pun you marah...tak kan lah... ‘

“ Itu you. Tasneem bukan you!”. Mata Dr.Aleesya membulat. Tasneem ketap bibir. Rasa serba salah untuk terus berada di situ. Perlahan-lahan kepalanya yang tak gatal di garu. Apa kata kalau dia senyap-senyap saja beredar dari situ dan biarkan pasangan kekasih ni selesaikan masalah atau konflik mereka berdua ni? Hmmm...idea yang bagus. Dia tak mahu jadi tugu ditengah-tengah antara mereka.

“ Tasneem, awak nak ke mana tu?”.

Langkah Tasneem terhenti bila ditegur. Awak pulak? Bukan selalu kau dengan aku ke?

“Saya …saya..nak masuk dalam makmal Dr.Syed…” jawab Tasneem takut-takut.

“ Awak dah makan?”. Tasneem geleng perlahan.

“ Makan dengan saya!”.

Tasneem tergamam. Wajah Dr.Syed kelihatan bersahaja. Namun melihatkan  rupa Dr.Aleesya yang merah padam dan masam mencuka sambil memandang ke arahnya, dia jadi kecut perut pula.

“Saya puasa.” Entah dari mana alasan itu tiba-tiba saja datang.

“ Sejak bila pula ada hukum dalam islam, hanya berpuasa makan tapi minum boleh? Botol air kat tangan awak tu, apa bendanya?”.

Gulllppp! Lagi sekali kantoi agung!

“ Pergi masuk, ambil handbag awak. Saya tunggu dalam kereta. Ohh ya. Aleesya, mulai hari ni…I tak mahu you ganggu Tasneem lagi okey. She’s…”

“She’s what?”. Potong Dr.Aleesya.

Tasneem terus melangkah laju ke dalam makmal. Tak mahu terus berdiri di situ dan mendengarkan jawapan dari mulut Dr.Syed. Sudah pasti jawapannya, she’s my practical student! Tak kan lah dia nak jawab, she’s my girlfriend kot!

p/s : okey ke? saya enjoy kisah ni...anda?

11 comments:

Anonymous said...

Best...mintak2 Dr Syed jawab yg Tasneem tu girlfriend dia...Cik Writer cepat2 update ye...kalau citer best...jangan simpan lama2 rugi tau hehehe...

mila said...

best... mungkin cinta pandang pertama kot.... garang tapi dalam hati ada taman
suka.... tq

just me said...

to dearest miss writer.. nice story but please and please it's actually laptop not labtop k.. if i not mistaken i've seen before in ur kahwin ganti..
btw, all the best n told to be truth me as a reader wanna read story that are different from others as what i can conclude from my reading before this, most of the story are quite similar to one another..
sorry, if this msg sound harsh to u but i only wanna express my opinion just..

nur iman arman said...

best..smbng lagi

Anonymous said...

sweet sesangat..cepat2 sambung..

m said...

best best best!!!

Anonymous said...

best!

mimo said...

mmg best ctr ni..trtarik sgt..

RinsyaRyc said...

Dr. Aleesya memang perasan baguih . Sekali tasneem cakap, berpatah-patah dia patahkan hujah ... x bleh langsung nak menyampuk . hailaaa... Pelajar praktikum buat gaya comel nak mengurat ? mau makcik kena hempuk buat tuduhan pelastik cemtuh ! hehe. Nasib baik Dr Syed jdik hero .

Waisya Carissa said...

Dr, Syed ni macam ade ati kat anim je... ape la yang dia jawab kat Dr. Aleesya tu ek...

Unknown said...

opssss konflik sudah mai

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon