Followers

Sunday, April 8, 2012

Meh, Sandar Pada Aku! Bab 4

“ She’s what? Please Syed….jangan pula you cakap yang you memang dah ada hati dekat dia sejak you nampak application form dia!”

Tasneem mencebik. Salwa pula dah mula gelak besar sambil berguling-guling atas karpet bilik mereka. Cehhh kak Mas ni! Pandai-pandai saja dia nak buat dialog sendiri ye! Siap tiru gaya Dr.Aleesya lagi tu. Rambut kak Mas yang panjang paras bahu sengaja dibiarkan lepas tanpa berikat. Memang persis gaya Dr.Aleesya dah!

“ Kamu ni kan Anim…perghhhh..akak tabik spring la!Jampi serapah apa kamu dah hembus pada Dr.Syed ha?”

Salwa ketawa kecil. Tangannya laju menyuap mee megi cap ruski perisa tom yam. Baunya? Perghhh..memang menyelerakan!

“ Apa ni kak. Saya tak ada niat apa-apa pun pada Dr.Syed tu. Dalam hati kecil suci murni saya ni kak, tak pernah terdetik pun nak rampas Dr.Syed sombong tu dari Dr.Aleesya. Haaa..Awa. Kau sendiri dengar pagi tadikan? Dr.Syed yang suruh aku masuk bilik dia, betul tak ?”.

Salwa angguk laju. Tapi, tak lama kemudian dia sambung ketawa. Tasneem mula mendengus perlahan. Rasa tak puas hati mula beraja di hati. Apa punya kawan la macam ni! Bukan nak tolong back up!

“ Apa yang kamu nak risaukan Anim? Tak timbul kes rampas merampas ni.Mereka berdua tu tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Cuma hubungan dua pupu, itu saja. Dulu, ada akak dengar cerita yang kononnya nenek Dr.Syed tu pernah nak jodohkan mereka berdua. Tapi kamu berdua pun boleh agak apa feedback Dr.Syed kan?”

“Biar Awa teka! Mesti Dr.Syed jawab..nek, Syed minta maaf..Syed tak berminat nak kahwin dengan perempuan sebab Syed...”.

“Eh awa...agak-agak kot kau ni. Berdosa tau kau buat statment berani mati macam tu ! Belum ada bukti sahih pun yang dia tu tak minat kaum perempuan kan ? 

Tasneem terdiam bila tegurannya tadi buat dirinya jadi bahan renungan Kak Mastura dan juga Salwa. Masing-masing dah angkat kening tinggi sambil sengih-sengih.

“ Marah nampak? Bukan kamu ke hari tu yang mula-mula cakap Dr.Syed macam tu?” soal kak Mastura.

“ Ye ke kak? Ada ke saya cakap macam tu? Heeee….”.

“ Kak Mas! Betul ke Dr.Aleesya tanya macam tu pada Dr.Syed?” soal Salwa dengan penuh semangat. Mangkuk mee megi nya yang licin di letak di sisinya. Tasneem pula tepuk dahi. Alahai si budak Awa ni…kenapa pula lah dia nak recall semula cerita yang cuba dia alihkan sejak tadi?

“ Yup! Kamu ingat akak ni kepochi macam budak Anim ni ? Cakap pun ikut suka mulut dia je. Akak cakap berdasarkan fakta tahu ? ‘.

Tasneem jeling tajam pada Kak Mas yang berseri-seri wajahnya sambil jelir lidah. Fakta la sangat !

‘ Habis tu kak, apa Dr.Syed jawab ? Alamak...tiba-tiba hati saya pula berdebar-debar nak tahu jawapannya. 

Tasneem garu kepalanya yang tak gatal.Ahhh..bahaya juga budak Salwa ni. Kalau tak diberhentikan, mau habis rahsia tentang Dr.Syed dikoreknya dalam satu malam.

“ Okey semua. End of discussion. Dah lewat malam ni. Anim nak tidur. Jom tutup lampu!”

“Kau jangan nak mengelak Anim! Weiii..janganlah tutup lampu!”

Jeritan Salwa langsung tidak dia endahkan. Laju saja jarinya menekan suis lampu bilik itu. Dengan hanya diterangi lampu tidur, dia merebahkan badan ke atas tilam nipis di atas lantai bilik itu. Malas hendak melayan Kak Mas dengan fakta mengarutnya tentang Dr.Syed.

“ Nak tahu apa Dr.Syed jawab?” suara Kak Mas sedikit meninggi.  Di balik wajah yang ditekup dengan bantal, Tasneem senyum sendiri. Masak sangat dia dengan pe’el Kak Mas. Itu tak lain saja nak tarik perhatian dia lah tu.

“ Dr.Syed jawab…..”.

Kata-kata kak Mastura terhenti di situ. Agak lama juga. Dalam 5 ke 10 minit dan entah kenapa, tak semena-mena hati Tasneem turut rasa berdebar menanti sambungan kata-kata kak Mas. Cehh Tasneem! Tadi kata tak nak dengar! Sembang lebat!

“Dr.Syed jawab…it’s none of your business! It’s my personal life. Not yours!”

“ Cehhh…itu je dia jawab? Tak menarik langsung!”. Salwa mengeluh. Tasneem ketawa kecil di balik bantal peluknya. Padan muka kau Salwa! Itulah tu, belum kenal lagi dengan kak Mastura si penglipur lara!

“ Ada lagi. Dr.Aleesya pun apa lagi, dia naik syeh la bila Dr.Syed jawab macam tu! Dia pun tanya lagi...apa yang bagus sangat dengan budak tak habis belajar tu sampai dia dapat keistimewaan dapat duduk dalam bilik you, keluar makan dengan you? Be professional Syed! Syed yang I kenal bukan jenis yang senang-senang saja keluar makan dengan perempuan. I pun you tak pernah ajak makan berdua!”

“ Lepas tu, Dr. Syed balas…Stop it Aleesya. You tak malu ke orang lain dengar apa kita bincangkan? Okeylah, I nak keluar dulu. Baru saja Dr.Syed nak melangkah tiba-tiba Dr.Aleesya tarik lengan Dr.Syed. Akak terus tergamam tau Awa! Apa tidaknya, masa tu akak tengah duduk kat meja Hani sebab nak fax surat ”.

“Serius kak? Depan-depan akak dia buat macam tu? Macam drama tv la pulak kan? Dr.Aleesya tu tak segan ke buat macam tu depan orang ramai? “.

“ Alah, apa nak dihairankan. Dr.Aleesya tu memang macam tu gelagat dia. Semua orang dah faham sangat dengan keobsesan dia pada Dr.Syed. Hmmm…lepas tu, apa lagi ? Dr.Syed bagi renunagn maut lagi mencairkan dia tu lah pada Dr.Aleesya. Dia suruh Dr.Aleesya lepaskan tangan dia, tapi Dr.Aleesya tak nak. Dok sibuk suruh Dr.Syed mengaku apa perasaan dia pada budak Anim ni.”

“Pastu kak?” Salwa dah rasa makin tak sabar nak dengar jawapan Dr.Syed. Perghhh..boleh tahan juga si Anim ni rupanya. Dekat fakulti nampak relaks je, pakwe pun takda. Tapi bila masa praktikal dapat tawan hati supervisor tu! Cayalah!

“ Okey fine, I love that girl. Itu jawapan yang you nak dengar kan? So, that’s it! Lepaskan I. I nak pergi makan dengan buat hati I.”

Tasneem rasa jantungnya tiba-tiba berhenti berdegup taktala kata-kata itu keluar dari mulut Kak Mas. Biar betul kak Mas ni. Tak kan lah Dr.Syed cakap macam tu? Tak mungkin! Ini tak lain Kak Mas nak meng auta si Salwa yang lurus bendul ni .

‘ Serius kak ? Kak Mas tak tipu Awa ? ‘.

“ Apa untungnya akak tipu kamu Awa?Ishhh…akak sendiri rasa tak percaya dengar Dr.Syed cakap macam tu….”

“ Entah-entah, Dr.Syed cakap macam tu sebab nak lepaskan diri dari Dr.Aleesya kan?”.

“ Hmmm..mungkin juga. Tapi Dr.Syed yang akak kenal bukan jenis yang suka cakap merepek meraban macam kita ni Awa. Takpe. Biar masa yang menentukan segalanya ye.”

Tasneem tarik nafas lega. Kata-kata Salwa tadi sedikit menenangkan hatinya yang sejak tadi berdebar-debar tak tentu hala. Dr.Syed sukakan Afnan Tasneem? Ahhh..tak mungkin!

***************

“I love that girl!”

Syed Nadzhan mendengus perlahan. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya sejak tadi. Tangannya lantas di letakkan di atas dahi sambil merenung kosong ke atas syiling bilik itu.

Nadzhan..Nadzhan. Apa yang kau dah buat ni? Semata-mata kerana nak elak dari soal jawab dengan Aleesya, kata-kata macam tu kau keluarkan? Gila lah! Seumur hidup perkara seperti itu tidak pernah meniti di bibirnya. Tapi tadi?

Semua kerana Aleesya! Sharifah Aleesya Syed Azhar. Rakan sekerja merangkap saudara dekatnya. Papa dengan uncle Azhar sepupu, menjadikan dia dan Aleesya sebagai dua pupu. Entah kenapa sejak kecil, Aleesya selalu benar mengekorinya. Mujurlah waktu di zaman sekolah menengah dia belajar di MCKK. Kalau tidak, pasti di situ juga ada Aleesya yang akan duduk sekelas dengannya sama seperti waktu dia di zaman tadika dan juga sekolah rendah.

Tamat saja pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Nenek Pah pandai-pandai pula mengaturkan pertunangan dia dengan Aleesya tanpa pengetahuannya. Aleesya? Huhhh..sampai ke telinga dia tersenyum mendengarkan khabaran itu. Dan dia pula mati-matian menentang.

Perkahwinan di aturkan keluarga? Kuno lagi kolot! Zaman seperti itu dah lama berlalu dan sekarang, kenapa dia pula perlu melalui semua tu? Apa tak cukup lagi ke bukti yang perkahwinan seperti itu tak akan kekal lama? Bukti terdekat? Papa dan juga mamanya sendiri.

Kerana keluarga, kerana keturunan...mereka bersatu bukan atas kehendak sendiri.
Yang menjadi mangsa adalah dirinya sendiri bila mama tinggalkannya waktu dia berusia  setahun semata-mata mengikut kekasih hatinya sendiri. Dan Nenek Pah, nak ulang semula perkara yang sama pada dia? Tak mungkin!

Syed Nadzhan mengeluh lagi. Afnan Tasneem. Bila teringatkan nama itu, dia jadi senyum sendiri. Lincah, selamba orangnya. Tapi kadang kala lurus bendul. Teringatkan gelagat gadis itu, makin panjang senyuman Syed Nadzhan.

“ Hai, senyum panjang nampak! Dah ada buah hati ke?”

Syed Nadzhan bingkas bangun dari baring. Senyumannya tadi mati bila ditegur. Sudah di agak yang hal ini pasti akan dibangkitkan juga oleh papa. Perlahan-lahan dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.

“Apa lagi Aleesya cerita pada papa?”.

Prof.Syed Irham senyum kelat di hadapan pintu bilik. Mudah betul anak tunggalnya tu menangkap sumber asal soalan yang baru saja ditanya tadi.

“ Nothing much. Dia cuma ada sebut satu nama….”.

“ She’s my practical student pa. Muda lagi. Umur baru 22 tahun.” Balas Syed Nazhan. Serius. Jauh di sudut hati, perasaan meluat dan menyampah makin bertambah di hatinya terhadap Aleesya. Perlu ke semua hal di office di cerita pada papa? Ke mana perginya  profesianalisme Aleesya sebagai rakan sekerjanya?

“ Well yeah. And then, macam mana pula timbul soal…”

“ Yang Nadz mengaku, budak tu buah hati Nadz? Pa, papa kenal Nadz macam mana dan papa tahu perangai Aleesya macam mana kan? Kalau Nadz tak cakap macam tu, Aleesya akan terus ganggu budak tu sampai bila-bila. Macam mana budak tu nak fokus belajar dan kerja kat situ nanti pa?”.

“ Jadi, dengan mengaku begitu Nadz rasa Aleesya tak akan ganggu budak tu lagi? Papa tak rasa macam tu. Keadaan akan jadi lebih teruk kalau ada orang lain selain dia yang dengar pengakuan kamu tu. Aleesya tak akan berdiam diri macam tu saja Nadz. Sejak kecil lagi dia memang obses pada kamu. Kamu pun tahu tentang hal tu kan?”

Syed Nadzhan mengeluh kasar. Obses pada dia? Alesya bukannya obses, tapi dah hilang akal! Biar berjuta kali ditolak pun dia tetap datang dengan muka tanpa rasa malu atau segan. Sesekali bila difikirkan hal itu, rasa seram pun ada juga. Bimbang kalau Aleesya buat perkara yang diluar jangkaannya.

Hmmm....Orang lain ye? Ada sesiapa ke orang lain yang...MasyaAllah..Mastura!

***********

Tasneem hanya mengetuk-ngetuk perlahan penselnya di atas meja. Sesekali dia menoleh ke sisinya. Masih gelap bilik itu biarpun jam dah tunjuk angka 11.30 pagi. Ke mana agaknya Dr.Syed pergi ye? Tak kan cuti kot! Semalam, waktu makan tengahari sama-sama tak ada pula dia cakap hari ni dia cuti.Ehhh...Tasneem. Wake up dear! He’s your supervisor okey! Bukan boyfriend!

Sebut saja tentang Dr.Syed, Tasneem mula mengeluh panjang. Sejak pagi lagi hatinya sentiasa berdebar-debar bila teringatkan kisah yang kak Mastura ceritakan malam tadi. Rasa berdebar-debar nak bertembung muka dengan Dr.Syed, rasa takut nak terserempak dengan Dr.Aleesya. Aduhai Tasneem..macam manalah kau boleh terjebak di kalangan Dr. ni? Gawat betul lah macam ni!

“ Assalamualaikum…..”.

“Waalaikumusalam. Selamat pagi Dr….”. Kata-katanya terhenti di situ. Nada suara agak berbeza. Hmmm...bau cologne juga tak sama. Paling penting, setakat tiga hari di sini, belum pernah rasanya Dr.Syed bagi salam. Lantas dia berpaling dan kemudian sedikit tersentak dan terpaku melihat lelaki yang berdiri tegak di tepi mejanya.

“ Saya bukan Dr.Syed lah! Emmm…Dr.Syed cuti ke hari ni?”.

Tasneem geleng perlahan dan kemudiannya angkat bahu walau mata kecilnya masih terkedip-kedip memandang kea rah lelaki di hadapannya.

“ Hmmm…Dr.Syed jarang datang lewat kalau tak ada hal. Mungkin dia cuti agaknya. Saya datang silap masa la ni. Oh ye, awak ni student praktikal Dr.Syed yang baru kan?”.

Kali ini Tasneem angguk pula.

“ Kalau saya tak silap, awak ni…Afnan Tasneem?”.

Angguk lagi.

Tidak lama kemudian lelaki itu tersenyum pula dan melihatkan senyuman manis itu buat hati Tasneem tiba-tiba rasa tak keruan. Jantungnya juga rasa lain macam. Rasa laju saja berdegup. Tak kan muda-muda dah nak kena serangan jantung kot!

“ Asyik saya saja yang bertanya. Awak…boleh cakapkan?”.

“ Ehhh..boleh! Boleh!”. Lelaki di hadapannya kemudian ketawa kecil dengan senyuman masih terukir di bibir. Terkebil-kebil mata Tasneem seketika. Dia cuba berlagak biasa biar pun jantungnya masih belum berdegup seperti normal lebih-lebih lagi melihatkan senyuman seperti itu.

“ Saya Adam. Adam Naufal. Pelajar master bawah seliaan Dr.Syed.”

“ Oooo....”. Erkkk…Tasneem, itu saja yang boleh kau jawab? Ehhh..boleh…oooo? Mana pergi mulut keletah dan….

“ Afnan ni..student mana?”.

“UTM.”

“ UTM Skudai?”.

Angguk lagi.

“ Saya belajar di UPM. Dekat je, tak jauh dari sini.”

‘ Ooooo.... ‘ Aduhai Tasneem...ooo lagi ? Mesti mamat ni serik nak tegur kau dah lepas ni ! Be yourself Tasneem ! Create rapor...urghhhh...asyik-asyik nasihat Prof.Jay itu juga yang dia ingatnya. Bosan !

‘ Adam ? Bila awak sampai ? ‘.

‘ Ehhh..Dr.Syed ! Saya baru sampai dalam 10 minit. Lewat Dr.Syed hari ni? Maaf, sebab datang tak beritahu Dr.Syed dulu. Saya dari kampong, terus datang ke sini.”

“ No problem. Jom masuk dalam bilik . Kita berbincang di dalam.”

“ Baik Dr.Syed. Emmm…Afnan, saya masuk dulu ye. Kita jumpa lagi nanti.” Tegur Adam Naufal dengan senyum masih meniti di bibirnya.

Tasneem angguk perlahan. Matanya masih terkedip-kedip memandang Adam. Kagum dan sedikit tertarik dengan perwatakan lelaki itu. Mesra. Sopan dan berbudi bahasa biarpun wajahnya tak sekacak Dr.Syed yang macam bagus tu. Aihhh Tasneem…puji melambung nampak!

Okey Tasneem, cukup-cukup lah tu dengan mengkagumi budak Adam tu. Jangan di layankan sangat degup jantung yang laju tadi . Tak ada apa-apa kot. Hanya sindrom biasa kalau ternampak lelaki baik. Tak perlu nak sampai nak ke klinik dan buat medical check-up !

Tasneem kembali merenung kosong kea rah jurnal di hadapannya. Asyik-asyik baca benda yang sama. Amidasi…amidasi. Tapi satu habuk pun dia tak faham. Bila agaknya dia nak mula buat kerja makmal? Tak kan lah seminggu yang pertama dia nak laporkan pada pihak universiti yang dia hanya duduk dan baca jurnal saja?

Tangan kirinya lantas melakar sesuatu di atas kertas kosong di hadapannya. Cuba untuk melakar setup yang sesuai dengan proses amidasi yang akan dia lakukan sepanjang sesi praktikalnya di sini. Entah betul entah tidak, dia sendiri tak pasti.

“ Afnan,,,Saya balik dulu. InsyaAllah, esok kita jumpa lagi ye.”

Lakaran Tasneem terhenti. Lantas dia berpaling lalu angguk perlahan pada Adam Naufal. Seperti tadi, senyuman masih tak lekang dari bibir lelaki itu dan jantung Tasneem yang tadinya dalam keadaan normal kembali bergerak laju. Hailah jantung..hailah Adam..

“ Assalamualaikum....”.

“Waalaikumussalam.....”. Kelibat Adam Naufal dia perhatikan hingga hilang dari pintu besar makmal itu. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang dan kemudiannya tersenyum tak lama selepas itu.

Tangan kanannya di tekup perlahan ke dadanya, cuba menenangkan jantungnya yang bergerak laju. Okey, fine. Jujurnya, dia tak mampu nak sorok perasaanya ketika itu. Dia Gembira. Hati juga rasa riang. Mulai esok, pastinya praktikal di sini akan jadi makin seronok dan menarik dengan kehadiran Adam yang baik lagi mesra. Tidaklah seperti hari-hari sebelum ini. Mengadap wajah serius Dr....

“ Tasneem, masuk!”.

Tasneem mengurut dadanya.Perlahan. Kusss semangat! Baru nak sebut nama, dah kena panggil. Kalau beginilah hari-hari boleh kena serangan jantung dia dibuatnya!

“ Ye saya. Ada apa Dr.Syed?” soal Tasneem perlahan.

“ Yang kau tersengih-sengih sorang-sorang tadi tu kenapa?”.

Errkkk ! Tasneem bagai hilang kata. Soalan cepu emas seperti itu memang tak dijangka. Dr.Syed nampak kea pa yang dia buat tadi?

“ Haaa? Emmm…”. Tasneem berkira-kira sendiri. Mencari jawapan yang sesuai untuk soalan tadi.

“ Sini tempat praktikal, bukan tempat cari jodoh!”.

Tasneem mencebik perlahan. Wajah Dr.Syed yang serius mengadap skrin komputer ribanya di pandang dengan rasa meluat. Dia panggil aku masuk semata-mata nak cakap tentang hal tu ? Huhhh...kalau betul pun aku nak cari jodoh pun bukan nak kena minta izin dia kot !

‘ Haaa...kenapa diam ? Mengutuk aku dalam hati ? ‘

Terkebil-kebil mata Tasneem bila soalan itu ditanya pula. Tambah rasa serba salah bila Dr.Syed hanya memandang ke arahnya bagai minta kepastian tentang soalan dia tadi. Tasneem dah mula bersoal jawab sendiri tentang lelaki di hadapannya ini. Lelaki ni, ada PHD dalam engineering atau PHD dalam hipnoterapi? Macam mana pula apa yang terdetik dalam hati aku semua dia boleh tahu? Isyhhh..bahaya betul dia ni!

“ Dah, aku banyak kerja ni. Kau boleh keluar sekarang.”

Mata Tasneem membulat. Itu kan, betul apa yang dia sangka. Lelaki ni panggil dia masuk bilik  semata-mata nak tanya soalan itu aje!  Patutnya, tanya lah..dah habis baca belum pasal amidasi ke..bila boleh mula buat kerja makmal ke...atau.

“ Kau ada apa nak cakap dengan aku ke?”.

Tasneem sengih. Kepalanya perlahan dianggukkan.

“ Cakap cepat.”

“Cepat!”.

Pantas Syed Nadzhan membesarkan matanya memandang Tasneem. Perlahan-lahan tangannya di bawa ke sisi lalu berpeluk tubuh. Badannya kemudian disandarkan perlahan pada kerusinya. Wajah Tasneem dipandang lama hingga gadis itu kelihatan rasa serba salah dengan jawapan spontannya tadi.

“ Duduk!”.

Tasneem ketap bibir. Pandangan matanya jatuh terus ke lantai. Hatinya berdebar-debar menanti hukuman atas kelancangan mulut dia sendiri. Adoiii Tasneem...baru hari ketiga dah buat hal!

“ Aku kata duduk, duduklah! Bukannya aku suruh kau berdiri atas kerusi! ”. Makin keras nada suara itu. Pantas, Tasneem tarik kerusi lalu duduk dengan mata masih tunduk kebawah bagai pesalah menanti hukuman.

“ Angkat muka tu. Aku ada depan kau, bukan atas lantai. Kau buat macam tu, bermakna kau pandang rendah pada aku.”

Pulak dah ! Laju wajahnya diangkat. Matanya kemudian bertembung dengan mata tajam milik penyelianya itu.

‘ Maafkan saya Dr.Syed..saya tak bermaksud macam tu. Tak ada niat pun... ‘.

‘ Aku tak minat nak dengar semua tu. Sekarang, kau pergi jumpa Pian. Minta dia tolong sediakan alat dengan radas yang berkaitan dan juga bahan kimia yang kau perlukan. Esok, kau pergi buat reaction seperti yang tertulis dalam jurnal yang kau baca tu. Lepas lunch, aku nak tengok produk yang kau dapat. Faham?”.

“ Tapi Dr.Syed..saya tak pernah...”.

“ Itu bukan masalah aku. Kau enginer. Benda mudah macam ni patutnya tak jadi masalah pada kau. Bukan aku suruh kau setup satu loji rintis untuk dapatkan produk ber tan-tan. Aku suruh buat dalam makmal saja ! Ingat baik-baik. Aku nak produk, bukan alasan. Kalau tak ada produk, lusa kau tak payah datang praktikal sini dah!”

Gulllpppp! Beratnya hukuman! Dah macam hukuman mati mandotori dah! Jadi betul lah kata-kata orang tua dulu. Kerana pulut,santan binasa…kerana mulut Tasneem..jangka hayat latihan praktikal hanya seminggu sahaja!

**********

p/s: apa agaknya yang terjadi selepas ini?cer teka..cer teka :-)


8 comments:

saragomez familia said...

like2...post n3 baru tauuu

mila said...

kekwat betul syed nie... saja nak cover line kot. entah entah cembura dgn adam...

m said...

minta tolong Adam!!!

eija said...

Sukaaa....lg..dan lg..

Anonymous said...

sepanjang cite nie saya asyik gelak je...sya setuju dengan mila,sebenarnyadr.syed nie saja nak cover line perasaan cemburu..

RinsyaRyc said...

Alamak! Adam Naufal also not bad ... !

*dilemma* nak pilih syed yg kerek tu ke adam yg sweet ye ? ngeh3..

Wild Cherry said...

haila... xkan la Anim da tangkap cintan kat adam kot... DR. Syed macamne plk nnti...

fadz lina said...

Dr Syed > Afnan Tasneem < Adam
wohoo pesaing Dr Syed dah mai..tu dia

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon