Merekalah penyokong hasil tak seberapaku...

Jom borak!

Thursday, April 12, 2012

Meh, Sandar Pada Aku - Bab 5


Nasi goreng sardin special yang di pesannya tadi, sudah hilang spesialnya bila kata-kata Dr.Syed siang tadi kembali terngiang-ngiang di cuping telinga. Tasneem mengeluh perlahan. Sudu ditangannya di ketuk-ketuk perlahan pada tepi pinggan.

“ Kamu ni kenapa nya Anim? Dari dalam kereta tadi asyik diam je. Selalunya, tak cukup masa kamu nak telan air liur bila dah mula bercakap. Tett..tet..tettt…tettt…laju macam kereta api!”.

Tasneem angkat mukanya. Wajah Kak Mastura di pandang malas-malas. Sedikit pun perlian Kak Mas tentang sikap biasanya itu tak masuk dalam hati, hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Dia mengeluh dan kemudian tunduk semula.

“ Beb! Kau PMS ke?” kali ini Salwa pula yang bertanya.

“ Tak ada lah….”. Akhirnya Tasneem bersuara. Perlahan, macam tak ada semangat.

“ Dah tu?”. Salwa bertanya lagi.

“ Tak ada apa-apa.”

“ Mana boleh tak ada apa-apa. Anim rindu kat mama Anim ke?  Kita balik hujung minggu ni nak tak?”. Soal Mastura pula.

Tasneem geleng perlahan. Mastura mula hilang idea hendak memujuk. Semangat ingin tahunya pula dah jadi makin tinggi. Jarang-jarang Tasneem yang ceria dan banyak mulut ni berperangai sebegini. Monyok saja.

“ Kenapa ni Anim? Anim ada masalah ke?”.

Geleng lagi. Mastura tepuk dahi. Letih pula rasanya melihat respon Tasneem sejak tadi. Asyik-asyik geleng kepala.

Tasneem mengeluh perlahan. Sebenarnya, dia tergigit lidah hendak berkongsi rasa dengan mereka berdua. Tambah pula bila hal itu ada kaitan dengan Kak Mas. Tentu Dr.Syed menyesal terima cadangan Kak Mas untuk ambil dia sebagai pelajar praktikal kan? Hai lah susah juga ye rupanya bila berkerja dengan saudara mara di bawah satu bumbung ni?


Mastura turut mengeluh panjang. Sudu dan garfu ditangannya di letak perlahan ke atas meja. Dia pun dah tersampuk dengan Tasnem nampaknya. Dah hilang selera makan. Sekilas dia berpaling pada Salwa yang kusyuk menyuap mee claypot. Sikit pun tidak terkesan dengan gelagat Tasneem yang sedikit berlainan petang itu.Haisyhhh...tak boleh jadi ni. Ini sudah kes serius ni. Mesti budak Anim ni ada masalah besar.

“ Kamu kena marah dengan Dr.Syed ke?”. Soal Mastura lagi sambil curi-curi pandang pada wajah sepupunya yang sejak tadi tunduk. Curi punya curi akhirnya dia boleh nampak mata Tasneem yang kelihatan berkaca. Mastura tergamam. Macam mana lah boleh betul pula soalan dia kali ini? Kalau di buatnya budak Anim ni melalak dekat tengah-tengah food court PKNS ni macam mana?

“ Afnan?”.

Salwa dan Mastura sama-sama berpaling dari arah datang suara. Cuma Tasneem yang masih tunduk membatu di situ.

“ Adam? Kamu kenal...”.

“ Kenal. Afnan Tasneem. Baru siang tadi kami berkenalan. Betul tak Afnan?”.
Tasneem yang baru saja menyedari kehadiran Adam Naufal sedikit terpinga-pinga namun akhirnya dia tersenyum lalu angguk kepala.

“Isyhh Adam..tak payah lah kamu panggil dia Afnan. Panggil saja Anim. Haaa..Anim ni, adik sepupu Kak Mas tau.”

“ Ooo ye ke. Tapi saya suka nama Afnan tu Kak Mas. Nampak lembut dan sopan. Macam orangnya.”

Lembut dan sopan? Salwa yang sedang meneguk air barli suam di hadapannya tiba-tiba saja tersedak. Kak Mastura pula dah tersengih-sengih sendiri sambil menahan ketawanya yang hampir terburai. Sopan sangat lah budak Anim ni.

“ Haa Adam. Kalau kamu tak keberatan, join lah kami makan. Kami ni baru je dapat makanan. Si Afnan kamu ni pula, dari tadi dok tenung je nasi goreng sardin dia tu. Mana lah tahu kan, kalau kamu join sekali kot boleh laju sikit speed dia nak makan. Idak le duduk termenung je. ‘

‘ Ehh..boleh. Apa salahnya. Saya pergi ambil makanan dulu ye, Afnan.”

Tasneem angguk perlahan. Usai Adam berlalu wajah Salwa yang tersengih dan wajah kak Mastura yang pura-pura macam tak buat salah di pandang dengan perasaan tak puas hati.

Afnan kamu? Apa maksud kak Mas? Pandai-pandai dia je nak bagi label macam tu! Namun, jauh di sudut hati...ada seakan perasaan halus hadir dalam dirinya bila kata-kata itu diulang berkali-kali. Afnan Tasneem..untuk Adam Naufal. Hmmmmm....

**************

‘ Nadz ! Tunggu la sekejap ! ‘.

Syed Nadzhan menoleh. Seketika dia tersenyum bila teman baiknya yang kurus, tinggi lampai itu datang menghampirinya.

‘ Bila kau balik bro ? ‘

‘ Dah seminggu dah. Kau je yang tak tahu, sibuk sangat sekarang ni kan ? ‘, balas Syamil sambil tersenyum penuh makna. Dahi Syed Nadzhan sedikit berkerut. Cuba memahami maksud sebenar kata-kata Syamil tadi.

‘ Sibuk tu, biasa lah. Tapi aku masih datang HQ ni untuk meeting. Tak ada pula terserempak dengan kau. ‘

Jawapan Syed Nadzhan membuah tawa Syamil. Bahu sahabatnya diraih dan ditepuk perlahan diiringi sengihan.

“ Kau kenapa Mil? Kot ye pun dah sebulan tak jumpa aku, janganlah buat reaksi pelik macam ni ”.

Syamil kembali ketawa. Kepalanya digaru perlahan.

“ Jawapan kau tu cliche sangat bro. Aku maksudkan bukan pasal kerja, tapi tentang student praktikal baru kau tu ! ‘.

‘ Lehh..pasal tu. Iyelah, kenapa? Sebelum-sebelum ni pun aku memang ambil student praktikal. So, apa isu nya di sini?”.

Syamil geleng kepala. Biar bertahun mengenali Syed Nadzhan sejak zaman universiti lagi, sikapnya tak pernah berubah. Suka cakap ikut buku. Too formal!

“ Student kau tu, perempuan kan?”.

‘ So ? ‘

 Syamil menjegil kan matanya melihat wajah Syed Nadzhan yang bersahaja. Itu pun tak faham lagi ke ?

‘ Bro..bukan dari dulu kau ni sensitif ke bab-bab kaum Hawa ni ? Bos kau, lelaki. Student praktikal kau sebelum ni, semua lelaki...budak unit kau...pun lelaki. So, macam mana boleh budak perempuan ni terlepas tapisan pula ? ‘.

Syed Nadzhan ketawa kecil.

“ Cara kau cakap kan Mil, macam aku ni minat kaum lelaki pulak! Hisyhhh...seram pula aku mendengarnya.Nak membayangkan lagi la tak sanggup! Ini namanya..cabaran. Kau faham tak..cabaran.”

“ Cabaran? Maksud kau?”.

“ Cabaran untuk diri aku sendiri. Aku akui, selama ni yang aku lagi selesa bekerja dengan lelaki dan alhamdulillah segala kerja aku berjalan lancar. Tapi kalau berterusan macam ni, bosan lah bro. Sama je tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun. Tak kan lah seumur hidup dan sampai pencen aku nak lalui benda yang sama? So, aku ambil minah ni.”

“ Maksud kau? Kau buat eksperimen sendiri dan budak tu jadi model kau?”.

“ Pembetulan. Bukan model. Bahan..kau tau, bahan?”.

Syamil geleng kepala berkali-kali. Huihhh..berat ni. Dulu-dulu, dia ni okey je. Kenapa bila dah meningkat umur  masuk angka 3 ni dia berubah jadi nakal macam budak umur 18 tahun pula ?

“ Kau ni Nadz, berdosa kau buat macam tu. Budak tu, suci murni datang sini nak belajar tapi niat kau bukan nak mengajar dia! Susah-susah sangat, kau bagi dia kat aku lah! Biar aku yang ajar dia. Dia budak engineering kan??”.

Syed Nadzhan ketawa kecil.

“ Sorry lah bro. Mana ada dalam polisi, boleh pas-pas student praktikal macam tu je? Marah pihak universiti nanti. Releks, I mean no harm. Saja seronok-seronok, ‘

“ Seronok-seronok ye! Tapi yang aku dengar, lain. Yes, I love that girl. Apa bendanya pula tu?”.

Gelak Syed Nadzhan terhenti dan diganti dengan gelak besar Syamil. Wajah Syed Nadzhan berubah tegang dan sedikit kemerahan. Sedikit tersentak mendengarkan soalan itu.

“ Boleh tak aku nak mintak pada kau something? Lepas ni, kau cuba buat pekak je bila Aleesya cerita apa-apa ye. Hisyhhh..lemas la aku dengan perempuan tu. Okeylah, aku balik dulu. Ada kerja. ”

Syed Nadhzan terus melangkah laju tanpa mendengar balasan dari Syamil. Hati rasa panas bila keterlanjuran kata-katanya sebelum ini jadi sebutan dan bahan usikan mengenai dirinya. Nafas di tarik panjang, cuba untuk menenangkan dirinya. Releks Nadzhan, jangan melatah! Kalau kau naik marah, bermakna kau kalah! And yet, you’ll always be the best. So, relax!

************************

 “ You dari mana Syed? Sekarang baru you sampai?”.


“ Seja bila pula you jadi PA I ni Aleesya? Tepi, jangan halang laluan I nak masuk,” balas Syed Nadzhan bersahaja.

“ You jangan nak buat sombong dengan I Syed. You tahu tak apa buah hati you dah buat?”.

Buah hati? Wajah Syed Nadzhan berkerut. Langkahnya terhenti betul-betul dihadapan pintu masuk itu.

“ Siapa? Tasneem?”

Aleesya gelak besar biarpun hatinya sakit bila nama itu meniti di bibir lelaki itu. Cehh! Tanpa segan silu dia mengaku! Asal disebut saja buah hati Syed Nadzhan = Tasneem? Huhhh! Alergic pula rasanya mendengar nama tu!

“ Yeah. Siapa lagi?”.

“ Kenapa dengan dia? Apa dia buat?” Soal Syed Nadzhan serius.

“ Nothing much. Dia just hadiahkan kami dekat makmal tingkat atas dengan gas amonia. Itu aje. Terpaksalah kami semua kat atas tu buka tingkap bilik masing-masing. I tak tahan, so I turun bawah ni.”

“ What? Ammonia ???”.

Langkah Syed Nadzhan laju memasuki makmal 1. Aleesya dibiarkan terpinga-pinga si depan pintu masuk tadi.  Kosong. Tempat duduk Tasneem di hadapan biliknya kosong. Ke mana pula budak perempuan ni pergi? Makmal atas!

 Dia kemudiannya berlari-lari anak menaiki tangga sebelum hidungnya menangkap bau kuat dan menyegat gas amonia yang terbebas. Matanya juga sedikit pedih bila mendekati bilik kecil dalam makmal itu. Tak ada ! Mana dia pergi ni? Suka-suka dia saja setup reaction, on machine tapi dia sendiri tak ada di sini? Bertuah punya budak!

Tangannya laju menutup bekalan elektrik berdekatan machine tersebut. Kemudiannya suis ducting di buka. Bau gas ammonia yang lebih kuat dalam bilik kecil itu buat dada Syed Nadzhan rasa sesak. Dia bergegas keluar sebelum menutup rapat pintu bilik itu.

 Hmmm..mana perginya dia ni? Mastura! Entah-entah dia tengah sibuk berbual dengan Mastura! Bukan boleh percaya sangat budak ni! Langkahnya kemudian di atur melalui makmal kosmetik ke arah pejabat am. Namun hanya kelibat Mastura yang ada di situ, sibuk menaip sesuatu.

“ Mastura, Tasneem mana?”.

“ Tadi dia ada lalu depan saya. Katanya, nak ke surau.”

Surau?  Waktu-waktu begini dia di surau? Pantas jam di tanggannya dijeling kasar. Baru pukul 11 pagi. Belum masuk waktu Zohor pun!

“ Kenapa....”. Soalan Mastura terhenti bila Syed Nadzhan terus berlalu keluar dari pejabat tanpa kata. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Apa sajalah yang Dr.Syed ni nak dari budak Anim tu agaknya?

Tanpa salam dan ketukan, pintu surau wanita di tolak kasar. Hanya ada seorang saja pengunjung surau ketika itu yang sedang lengkap bertelekung dan membaca ayat suci al-quran .

“ Tasneem!”.

Ternyata sangkaannya betul bila gadis itu berpaling.

‘ Dr.Syed ? Dr.Syed ada hal apa sampai cari saya kat sini ? ‘  Soal Tasneem penuh kehairanan. Al-Quran di tangannya di letak perlahan ke dalam rak di sisinya.

“ Jumpa aku. Sekarang! Cepat!”.

“ Baik Dr.Syed.”

Lelaki itu berlalu, namun hati Tasneem rasa berdebar-debar. Mesti ada hal penting ni! Dia dah nak minta produk reaction aku ke? Reaction belum siap lagi. Macam mana ni?

***********

“ Kau letak otak kau kat mane haa? Kat lutut?”.

Soalan pertama yang diajukan taktala dia baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi buat Tasneem terkedu dan sedikit tersandar ke belakang.

‘ Kenapa Dr.Syed tanya pada saya macam tu ? ‘ keluh Tasneem perlahan. Agak kasar soalan tu Dr.Syed ! Makan dalam tu!

‘ Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut ! Aku bagi kau masa 3 hari baca jurnal tu, tapi apa yang kau buat ? ‘.

Tasneem telan air liur. Pahit. Hati rasa sikit terusik dengan kata-kata Dr.Syed.

‘ Dr.Syed dah tengok produk saya ke ? Saya baru je on machine tu. Belum boleh dapat produk lagi, ‘.

‘ Ha’ah. Nasib baik kau baru on machine tu dan kebetulan aku baru sampai. Kalau lambat sikit, mau orang satu bangunan ni pengsan sebab keracunan ! Yang kau pula, boleh tenang-tenang saja duduk baik-baik dalam surau kan ? ‘.

Dahi Tasneem berkerut. Dr.Syed ni mengarut tentang apa pula ? Sekejap cakap soal reaction dia, sekejap lagi keracunan. Apa kaitan kerja makmal nya dengan orang lain keracunan?

‘ Keracunan ? Maksud Dr.Syed ? ‘.

Fatty acid react with urea will produce fatty amide and emite ammonia gas. Are you aware about that?”.

“ Haaa? Emmm…iye. Tapi saya ada pasang condenser menghala ke arah ducting.

“ Masalahnya, kau tak on suis ducting tu ! Tingkat atas penuh dengan gas ammonia tu..kau tahu tak ? ‘.

Mata kecil milik Tasneem terbeliak besar. Lupa on ? Iye ke ? Yang aku on tadi tu suis apa ye ? Suis lampu ? Ehhh..bukan..air-cond ?

‘ Huhh..buat malu student engineering je. Baru suruh buat dalam makmal, dah jadi macam ni. Belum lagi skala besar. Kalau aku suruh kau buat dalam skala loji rintis, habis meletup agaknya satu bangunan ni kan?”. Soal Syed Nadzhan. Sinis.

Tasneem ketap bibir. Hatinya rasa makin sakit. Tak pernah seumur hidupnya di marah merangkap di hina sebegini rupa.

“ So now, kau pergi naik atas dan minta maaf pada semua staff dan pegawai makmal atas.”

“ Apa? Saya? ”.

“ Habis tu, siapa? Aku yang nak kena minta maaf?  Kau yang dah buat salah, pergilah minta maaf,” balas Syed Nadzhan bersahaja. Hati Tasneem rasa makin sakit. Wajah penyelianya di jeling tajam, tangannya digenggam kuat. Dadanya berombak. Sabarnya sudah di luar batasan.

“Masalahnya di sini, saya buat salah sebab tak dapat supervision yang betul dari Dr.Syed. Saya tak diberitahu pun tentang macam mana nak operate machined tu, nak on ducting di mana..semuanya saya buat dan belajar sendiri! Adil ke saya sorang yang dipersalahkan dalam hal ni?”.

Syed Nazhan tergamam. Wajah kuning langsat ala-ala chinese mix itu dipandang tepat ke mata. Dia rasa tercabar. Kedudukannya, posisinya sebagai pegawai penyelidik kanan merangkap salah seorang pegawai terbaik di organisasi itu serasa di pandang rendah. Belum ada dalam sejarah lagi sejak 6 tahun perkhidmatannya di situ, ada student mahupun pembantunya yang berani mempersoalkan kredibilitinya sebagai ketua. Dan gadis di hadapannya ini tanpa rasa takut melakukannya? Memang silap besar!

Syed Nadzhan ketap bibir. Kepalanya dipalingkan. Tidak mahu terusan memandang wajah itu. Bimbang marahnya tidak dapat dikawal baik lebih-lebih lagi bila melihat tangannya sudah mula menggetar pelahan.

“Kalau dah nama perempuan tu, memang tak pernah lari dari menyusahkan orang. Kau keluar sekarang sebelum sabar aku hilang !!”.

Tasneem bingkas bangun. Tanpa berpaling dia mengatur langkah laju keluar dari bilik itu ke arah bangunan luar yang menempatkan beberapa buah loji rintis. Langkahnya kemudian terhenti di hujung kawasan itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi panjang warna hijau sebelum air matanya mengalir laju tanpa henti dan tanpa boleh di seka-seka!

p/s: sambung lagi ye nanti...layankan foto Dr.Syed bila dia marah. Seram tak? Seram tak? Hihihi...


7 comments:

jue said...

sembur je tasnim dr syed tu.. berlagak mcm bagus je...:)

mila said...

x seram langsung.. smart je... heheh suka kt syed... walaupun kekwat giler.. kesian tasnim.

m said...

tak seram pun. hehehe. kesian anim. buat masa ni suka watak adam naufal, okay je berbanding dgn dr syed berlagak bagus tu. hehehe

m said...

tak seram pun. hehehe. kesian anim. buat masa ni suka watak adam naufal, okay je berbanding dgn dr syed berlagak bagus tu. hehehe

Anonymous said...

awat cam singa watak dr syed ni... sakit dada mkcik baca n3 ni, cik writer next n3 bg cool down sikit ye dr syed ngan tasneem.

RinsyaRyc said...

eyerk! sabar la dr, syed .. jgn marah2 nanti sepak tua... hehehe...

Awak lambat bertindak , adam nanti pecut masuk line baru tau ...

Wild Cherry said...

kesian anim...