Followers

Tuesday, December 20, 2011

Sedikit Sedutan Bab 18


“ Awak memang pasti awak nampak saya tadi?”. Mya Zara geleng kepala.

“Nampak macam awak. Tapi pakai tshirt warna biru.Seingat saya, tak ada pula saya bawak baju warna tu untuk awak.Mungkin saya silap orang kot. Lagipun, saya nampak dari jauh sebelum lift tutup”.

Luqman menarik nafas panjang. Otaknya ligat berfikir. Hatinya tiba-tiba sahaja dipagut kerisauan. Niat datang sini hendak berehat…tapi.

“ Mungkin apa yang awak nampak tu betul”. Berkerut dahi Mya Zara seketika dan kemudian wajah Luqman dipandang kehairanan.

“Maksud awak?Saya tak faham. Bukan ke sejak saya turun bawah tadi ambil beg dalam kereta awak ada dalam bilik ni, tengok televisyen?Awak juga yang cakap tadikan”. Bersungguh-sungguh Zara menjawab. Wajah Luqman dilihatnya seakan menyembunyikan sesuatu darinya.

“Memang saya ada dalm bilik ni.Tapi yang awak nampak tadi pun mungkin juga betul”.
Makin berkerut dahi Zara kali ini. Cepat-cepat dia mengambil tempat di sebelah Luqman. Wajah Luqman dipalingkan supaya mengadap ke arahnya.

“Apa sebenarnya yang awak cuba cakap ni Luqman?”.

Luqman mengeluh perlahan. Tangan Zara dipipinya ditarik ke sisi, dan kemudian digenggam kuat.

“Nuqman…mungkin yang awak nampak tadi Nuqman”. Mya Zara terlopong.

19 comments:

syakira said...

Waa~~
Tak sabarnya! Ok, yg pasti dorg pergi honeymoon tu. Yay! Hehe. Cepat2 la post full entry kak :P

Wild Cherry said...

Nuqman da muncul balik?! xsabar ni...

kak ida said...

alahai dik..mendera perasaan betui..jgnla luqman cemburu giler pulak..ek..sdgkan minah tu punyala baek giler..

Syarp said...

Memg nuqman kan.Harap zara jgnla nk tekedu2 bila bdpn ngn nuqman nanti k.zara kan dh ngaku hanya luqman di hati so jgn nk jd mcm lalang k.

Anonymous said...

cepatla sambunggggggggggggggggggg

Anonymous said...

jadi jgk mereka hmoon ye...
mesti luqman kalut nanti, klu benar itu nuqman.. :)

Anonymous said...

entri mndebarkan je...cepatlah full version lak...huhuhu..

Miss FF said...

oh no!!!! apakah benar itu nuqman????? apa reaksi dorang ek bila dah tau nt???

Anonymous said...

ala x sbr nk bce full n3...ah rse mcm lme sgt je nk weekend ni =p

nadia said...

hrp2 cpt smbg ye..x saba..huhu

ain79 said...

alamak skunk bru nuqman nk mncul ke??bru nk honeymoon kcau daun tul la..mntak2 diorang x gdh psl nuqman nti..

Ciputchiapp said...

haaa...bedebar nak tggu episod 18.. harap2 mya zara x berubah ati..

dila dyna said...

huhu...please cpt smbg cik writer...

Anonymous said...

wah~~~
nuqman dh muncul~~

hani said...

Nuqman dh timbul ye...

Yaya Fik said...

saya tau. cepat atau lmbat nuqman mesti akan dtg balik. tapi,saya harap dia tak menagih kasi dari Mya. Dan saya harap juga luqman pertahankan kasih sayang dia pada Mya dan tak akan senang2 berikan Mya Zara kepada Nuqman. :)

auliya said...

jgn smpai luqman bg blek zara kt nuqman .
erm zara jgn ubh aty tok luqman ea .
haha best cgt , cpt smbg y .

Anonymous said...

cepatlah sambung..ari2 nk tau..heee harap sgt luqman xlepaskan zara and zara pun xnk pegi kat nuqman:)

Anonymous said...

LAMBTNYE SAMBUNGGGGG

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon