Mata separuh sepetnya itu masih tajam melirik kea rah gadis
di sisinya yang tak habis lagi mengekek mentertawakannya. Bersungguh-sungguh
yang amat dia tertawa gaya macam itulah perkara paling lawak yang dia pernah
tengok seumur hidup. Apa, kelakar sangat ke adegan baling bantal pada muka mak
mentua? Cheese cake betul lah! Kau pun satu hal lah Zack. Dah macam mana pula
tadi tak tengok dulu sapa yang datang sebelum buat serang hendap?
“Oiii.Diamlah!”marah Zack sambil mendengus perlahan.
Tawa si gadis mula menurun dan bila mata mereka
bertentangan, cepat-cepat mulutnya ditekup dengan tangan lagak macam gadis
melayu terakhir. Zack dah tayang muka menyampah. Pigidah! Gadis melayu terakhir
ape nya? Gadis melayu terakhir yang aku nak kahwin kalau taka da perempuan lain
dalam dunia ni dah? Lupakanlah zack. Kau dah kahwin dengan dia pun!
“Sorry…” ucapnya perlahan sebelum bingkas bangun menuju kea
rah dinding papan bilik itu dengan tangannya dah pegang hujung kain tudung.
“Eh, kau nak buat apa tu?” sergah Zack tiba-tiba.
“Ha?”.
“Aku tanya, kau nak buat apa tu?”.
“Aaaa..buka tudung.”
Buka tudung? Zack garu kepala laju-laju selaju akalnya ligat
berfikir kala itu.
“Tak payah bukak tudung!” arahnya tiba-tiba.
“Ha?”
“Ha..ha. Meh, duduk sini jap. Aku nak cakap sikit dengan
kau.”
“Saya?”soalnya, polos sambil telunjuk diarah ke tubuhnya
sendiri.
Zack dah cebir bibir sambil tangan cekak ke pinggang. Ke
atas kebawah dia memandang kea rah gadis genit dihadapannya itu. Hailah, kalau
ikutkan hati yang membara ni ada juga yang dapat penampar sulung malam-malam
buta ni karang. Loyar buruk terlebih dose sungguh pulak minah ni!
“Habis, kau nak suruh aku cakap dengan dinding, dengan
lantai?”.
“Eheeeeee….”.
Zack dah tayang muka Selenga. Sumpah kau sengih tak lawa la
perempuan!
“Awak nak cakap apa?” soalnya usai punggung dilabuh rapat ke
sisi.
“Jauh sikit la heh. Kau dekat-dekat dengan aku ni dah
kenapa? Tak puas peluk aku lagi ?”soal Zack, berang. Sesekali dia mendengus
kasar sambil kolar baju melayu yang
tersarung ditubuhnya sejak tadi dikibas berkali-kali. Dahlah hati panas, bilik
ni pun panas. Tengok gelagat minah ni lagi tambah panas dibuatnya.
“Dah jauh dah ni….awak nak cakap apa? Cakaplah”
Zack angkat muka sebelum matanya membulat besar bila
terpandang kea rah datang suara.Umang aihhh!
“Kau ni bingai kea pa? Yang kau pergi duduk hujung katil tu
dah kenapa? Kau nak suruh aku jerit, biar satu rumah ni dengar apa aku nak
cakap?”.
“Ye lah, ye lah. Buat itu tak kena, buat ini tak kena,”
bebelnya sambil beralih mendekati Zack.
“Apa yang kau dah buat ni lagi tak kena, kau tahu tak? Eh,
budak. Umur kau berapa ha? Kau sedar tak aku ni muda lagi? Kau tahu tak umur
aku ni berapa? Buat pengetahuan kau, aku baru je habis SPM. University pun belum pernah aku masuk
yang bermakna aku ni tak berkerja. Sekarang, kau dah kahwin dengan aku…kau ada
fikir tak lepas ni kau nak makan apa kalau kerja pun aku taka da? Ada kau
fikir? Ke…kau fikir nak syok je? Kau fikir, kahwin ni semata-mata untuk itu? Sorrylah
weh, aku ni budak lepasan sekolah agama. Aku tak layan lah perempuan-perempuan
stok macam kau ni. Kalau aku nak cari calon isteri pun, aku akan cari yang
bertudung dan yang tinggi agama dan budi bahasa. Bukan macam kau
yang yang senang-senang je peluk lelaki yang tak kenal. Kau faham ke tak ni?”.
Jeda. Si gadis masih lagi menunduk sambil memainkan jari
jemari sendiri seperti tadi.
“Eh, aku pantanglah kalau aku cakap orang tak pandang muka
ni. Taka da adab tahu tak? Dekat sekolah, kau tak belajar ke? Atau..kau ni
sekolah setakat….”.
“Saya dah habis sekolah lah!” bidas si gadis usai wajahnya
diangkat. Matanya memerah dan sedikit berkaca gaya sedang menahan tangis. Ada senyum senget dihujung bibir Zack. Terubat
sedikit sakit hatinya bila terlihatkan mata bundar itu sedemikian rupa. Kalau
kau nangis pun, belum tentu dapat padamkan marah dalam hati aku lah! Jerit Zack
dalam hati.
“Oooo…jadi kau fikir bila dah habis je sekolah, kau terus
dapat lesen besar nak kahwin eh? What a typical village girl attitude.Eh budak,
kalau kau kemaruk sangat nak kahwin dengan lelaki Bandar pun, kau cari orang
lain lah. Bukan aku. Faham?”.
“Nak buat macam mana, dah jodoh kita.”
Nak buat macam mana? Senyum senget zack langsung mati. Macam
ada kayu api je bawah katil itu, terus tubuhnya rasa mendidih semula
mendengarkan jawapan bersahaja tadi.
Pantas saja tangan kirinya memegang kejap tangan kirinya yang dah
menggeletar mahu melayangkan penampar. Kalau tak fikirkan Tok Ayah, memang dah
lama kena budak perempuan ni. Dia yang perangkap kita, boleh pula jodoh yang
disalahkan?
Mata Zack melilau memandang ke sekeliling bilik itu. Mencari
sesuatu agar rasa amarah yang dah sampai takat didih melampau itu dapat
diredakan. Langsung saja selimut di atas bantal disisinya itu dicapai sebelum
dibaling ke wajah itu.
“Apa awak ni!”marah si gadis .
“Kau jangan tarik selimut tu!”.
“Lemas, awak tau tak? Awak nak saya mati ke?”tempelak si
gadis, sedikit berang.
“Kalau boleh!”.
Si gadis dah mendengus kasar sambil berpeluk tubuh dengan
selimut masih terletak elok dikepalanya dan menutupi wajahnya.
“Aku nak tidur. Kau jangan berani-berani tutup lampu bilik
ni. Kalau aku celik je mata, bilik ni gelap kau tahulah apa nasib kau. Satu
lagi, aku nak kau tidur bertudung dengan selimut tu kekal tutup muka kau.Macam
sekarang. Faham? Kalau hal semudah itu
pun kau tak boleh buat, aku suruh kau tidur tutup muka dengan bantal.”
Dengan sungutan, si gadis masih nampaknya mahu menurut.
Dengan berhati-hati dia bangun sambil meraba-raba segala apa yang ada
dipersekitarannya. Tersengih-sengih Zack melihat gelagatnya sebelum bantal
disisinya dialihkan dan diletak di tengah-tengah katil itu untuk dijadikan kubu
pertahanan. Tubuhnya kemudian direbahkan di atas tilam tak berapa nak empuk itu
dengan hanya berbantalkan lengan.
Dan tak sampai 5 minit, dia sudah berdengkur lena seolah
tiada apa yang berlaku pada malam itu.
******
“Awak….bangun!”.
Zack geleng laju-laju sambil tangan yang menyentuh bahunya
ditepis perlahan. Tubuhnya yang rasa dingin dipeluknya rapat sambil mulut
membebel sendiri tanpa butir bicara.
“Awak….bangun…solat!”.
“Ala..Tok Ayah, 5minit…5 minit….”.
“Awak!”.
“Sakitlah! Tok Ayah ni, main kasar lah!” jerit Zack bila
terasa hujung ibu jari kakinya dipicit kuat. Malas-malas dia bangun sambil
genyeh mata yang terasa berat sungguh nak dibuka. Ini semua Tok Ayah punya
pasal lah! Sudahlah rumah kampong, dia pergi bubuh penghawa dingin pula. Terus
sejuknya jadi ganda dua!
“ Tok Ayah, Tok Ayah….dah besar panjang pun nak manja dengan
atuk lagi!”.
Mendengarkan suara itu, langsung kelopak mata yang berat
tadi terasa ringan.Berkerut dahinya seketika melihat objek yang berdiri tegak
disisi katil itu dengan wajah mencebik.Seketika, dia baru tersedar di mana dia
berada waktu itu.
“ Alah, kau memang tahu pun aku manja dengan Tok Ayah tapi
kau nak juga kahwin dengan aku kan sebab aku ni cucu tunggal lelaki Tok Ayah. Jadi
suka atau tidak, harta Tok Ayah tu akan diwarisi oleh aku jugak. Itu yang kau
nak kan sangat sampai sanggup buat cerekarama versi sendiri malam tadi? Betul
tak? Itu yang kau dengan Bob nak sangat, kan? Harta Tok Ayah?”.
Si gadis selak rambut yang dibiar bebas tanpa berikat itu
dari menutupi wajahnya. Baru jelas dek mata Zack akan pandangan tajamnya dengan
bibir yang diketap menahan geram.
“ Awak ni kan, taka da langsung gaya macam cucu yang Tok
Ayah banggakan sangat selama ni. Yang kononnya sekolah agama berasrama sejak
tingkatan 1 tu. Mulut? MasyaAllah. Lagi
kita diam, makin ligat menyembur orang. Eh, awak ingat saya ni mata duitan ke?
Awak jangan pandang rendah pada orang yang membesar di kampong macam saya ye!”
“Habis, kalau bukan sebab duit. Apa? Untuk apa kau perangkap
aku malam tadi? Saja suka-suka? Saja nak cuba-cuba? Atau sebab tengok dalam
drama, seronok kahwin muda ni… baca pula dalam surat khabar, ramai kahwin
muda…kau nak ikut juga. Macam tu?”.
“Bukanlah! Errr…saya….sebenarnya saya….”.
“Zack….zack dah siap nak solat ke?”
Dan subuh itu, sekali lagi budak perempuan itu diselamatkan
tapi kali ini oleh ayahnya pula. Arghhh! Seriously, keluarga dioarang ni ada
psikik kea pa? Gumam Zack sendirian sebelum memaksa dirinya untuk turun ke
bawah rumah, mengambil wudhuk.
*****
“Eh, awatnya Zack pakai baju semalam? Pehah tak bagi baju
buat tukar ke?” soal Pakcik Fadzil sambil mereka bersarapan di ruangan dapur.
Sesekali seluar paras lututnya ditarik bila sedikit tersikap bila dia menunduk
mahu mengambil lauk.
“Pehah dah….”.
“Taka pa pakcik. Sat lagi, Zack nak balik rumah Tok Ayah,”
potong Zack, pantas.
“Pakcik apa lagi ni. Panggil Ayah ja dah cukup. Zack kan dah
jadi menantu sulung kami.”
Menantu sulung? Erkkk! Terbatuk-batuk Zack dibuatnya bila
nasi lemak yang dikunyah tadi tiba-tiba saja tertelan terus.
“Pehah, bagi ayaq kat laki hang ni.”
“Nah.”
“Hmmmm…”. Pantas saja air suam itu diteguk sebelum lehernya
diurut perlahan. Mujur tak mati tercekik!
“Ayah ada dua orang lagi anak ataih si Pehah ni. Tapi
dua-dua belum kahwin lagi. Abang long Pehah, tahun akhir dekat university. Kak
Ngah dia pulak, tahun 2 dekat university. Pehah ni anak nombor tiga. Tapi,
itulah. Jodoh dia mai awai kan. Ayah terima je lah dengan hati terbuka. Mesti,
ada hikmahnya apa yang dah berlaku pada hangpa berdua malam tadi.”
Terangguk-angguk Zack mendengar. Bijak-bijak rupanya anak pakcik
Fadzil ni. Masing-masing dah masuk university tapi kenapa lah agaknya anak nya
yang seorang ni tak ikut langkah bijak abang dengan kakak dia?Yang bijaknya
dia, pasang perangkap bagi orang yang bercita-cita nak masuk university macam
aku ni.Arghhh! Sadisnya bila fikir tentang tu.
“Tapi pakcik…errr..ayah. Malam tadi, zack tak buat apa-apa
pun pada dia. Sungguh! Zack tak tipu. Zack datang sini sebab kawan minta tolong
gantikan mentol bawah rumah ni. Itu je.
Dia..dia yang call kawan zack tu. Kan? Betul kan?” soal Zack sungguh-sungguh
sambil sikunya ditolak ke tubuh disisinya yang tunduk elok menjamah sarapan.
“Pehah..betui kea pa zack habaq ni?”.
Pehah masih tekun menunduk dan mengunyah. Taka da gaya nak
buat penjelasan lebih lanjut.
“Pehah…..”.
Bila dah diseru namanya buat kali yang kedua, lambat-lambat
baru Pehah angkat muka sebelum geleng perlahan dan menunduk semula. Langsung
membulat mata Zack dibuatnya. Dia tak nak mengaku? Tak guna punya perempuan!
“Taka pa. Zack boleh call kawan Zack. Ayah tunggu sekejap
ye,” sampuk Zack sambil seluk poket seluarnya sebelum nombor Bob di dail. Tak
ada dalam perkhidmatan? Tapi bukan baru semalam???
Zack mendegus perlahan sambil wajahnya menunduk menahan
geram. Memang kau dah kena main Zack! Serius, kau dah kena main dengan
budak-budak ni. Memang ini semua kerja diaorang supaya kau tak boleh masuk
matrikulasi dan terus melepak macam sebelum-sebelum ni. Tak guna punya member! Penumbuknya
digenggam erat sambil matanya sudah berkaca, menahan seribu satu rasa.
Apa salah aku Ya Allah sampai seberat ini dugaanMu pada ku?
Aku tak pernah kacau mana-mana perempuan, jauh sekali memainkan hati
perempuan..tapi .
“Zack….”.
“Ye ayah….” Sahut Zack sambil mengesat perlahan titis air
mata yang dah berkumpul ditubir matanya.
“ Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Terimalah dengan
redha, insyaAllah…hati zack akan jadi lebih tenang. Dah tu, makanlah ye!”.
Zack angguk kepala perlahan sambil paksa diri menghadiahkan
senyum separa ikhlasnya. Terima dengan redha? Hah, dia lebih rela ditolak masuk
matrikulasi berkali-kali dari ditangkap dan dipaksa kahwin macam malam tadi!
****
“Awak balik makan tengahari tak?” soalnya waktu Zack tengah
sibuk cari seliparnya di bawah tangga sebelum selipar Fipper warna oren itu
dicapainya. Rasanya semalam dia letak dekat tepi tangga, dah macam mana pula
ada atas para ni?
“Awak…saya tanya, awak makan tengahari dekat sini atau makan
dengan Tok Ayah?”.
Selipar yang dibaling ke atas tanah, langsung disarung
sebelum langkah diatur kea rah motornya. Kunci motor di poket seluar di seluk
dan dibawa keluar .Enjin langsung dihidupkan tanpa mengendahkan soalan yang
diaju.
“Awak!”.
Tajam mata Zack memandang kea rah tangan halus yang dah
melekap elok di lengannya sebelum anak matanya terarah pula ke wajah empunya
tangan.
“Hands off! Aku nak kau tahu yang aku tak pernah terniat nak
sentuh kau, jadi kau…jangan berani sentuh aku! Faham?”balas Zack sambil
pandangannya dibuang kea rah lain. Suka hati dia je nak pegang-pegang aku. Apa
best sangat ke lengan aku yang keding ni?
“Boleh tak awak cuba terima kenyataan dan jangan buat
perangai macam budak-budak?”.
“Ha? Kau nak suruh aku buat apa tadi ?” Zack dah ketawa
terbahak-bahak sambil kusai-kusai rambutnya yang tadi elok disikat rapi.
“Eh, bodoh! Umur aku baru nak masuk 18 tahun la. What do you
expect? Kau nak aku buat perangai matang macam umur 28, gitu? Eh, tolonglah.
Aku belum puas nak hidup, kau dah heret aku supaya jadi laki kau..siapa suruh?
Kalau kau dah rasa, diri kau matang sangat dan dah jatuh hukum ala-ala dah
wajib kahwin….lain kali kau perangkap lah lelaki lain yang lebih berumur. Bukan
lelaki tak cukup umur macam aku ni. Haaa…nak lagi cukup pakej, apesal kau tak
perangkap Tok Ayah aku je? Matang, beragama…ada harta….”.
Zack langsung tergamam bila pipinya terasa perit ditampar
dek tangan kecil itu. Mata sepetnya dibuntang besar sambil mulut terkumat-kamit
menyumpah seranah dalam hati.
“ Saya tunggu awak balik tengahari ni. Assalamualaikum….”
Balas si gadis sebelum berlari-lari anak menaiki tangga ke dapur meninggalkan
Zack yang masih tergamam dengan pipi yang mula rasa berbisa.
Berani dia tampar
aku! Perlahan-lahan pipinya diusap sebelum tongkat motor ditolak kasar dengan
hujung kaki.
Keluar saja dari perkarangan rumah itu, Zack sudah tersengih
sendiri. Kau nak tunggu aku balik ye?Heh, tunggulah sampai ke tua! Selagi aku
hidup, aku tak akan jejak lagi kampong ni. Ini janji aku! Zack ketawa sendiri
sambil motornya terus dihalakan menghala kea rah Bandar.
p/s: ke mana pulak zack nak pergi?
5 comments:
Wau!!!... Bertambah menarik citer ni...citer ni bakal abis di blog ker??? Cepat2 sambung yer..;-)
LAWAK BETUL ZACK NI.
Best...kelakau...sambung lg blh...
Best !! Waiting 2 next n3 ..
Best !! Waiting 2 next n3 ..
Post a Comment