Dari kejauhan, Zack sudah menarik senyum. Nasib baik timing kena!
Lepas isyak, dekat simpang masuk ke Parit Haji Napis. Memang disitulah tempat
lepak Abang Bob and the gang yang dia kenal sejak tiga tahun lepas waktu cuti
sekolah sesudah peperiksaan PMR dahulu. Dan sejak itu, di tepi tebing tali air
itulah yang jadi port utama yang dituju setiap kali dia jejak kaki ke rumah Tok Ayah.
Dan belum sempat lagi tongkat motor Honda Cup lama Tok Ayah
diturunkan, pantas saja jarinya matikan enjin dan tarik keluar kunci. Asal
boleh saja tongkat motor disepak sebelum ditinggal di kaki jalan.
“Adios Abang Bob! Ni hao ma?” jerit Zack dari jauh.
Terpampang taring ‘cari makan’ abang bob bila dia buka mulut untuk sengih.
“Lu ni kan Zack, asal balik je..tak ada lain. Dok sebutlah Ni hao, ni hao tak henti-henti. Wa tau la muka lu acuan KPOP, JPOP…tak
payahlah berbahasa dengan wa kan? Bukan wa paham pun. Lu bila balik bro? Hello
apa pun taka da, tetiba muncul tepi tebing. Apa kes? Rindu wa ke?”.
Zack tertawa mengekek usai penumbuknya dan penumbuk Abang
Bob bertemu. KPOP lah sangat. Setakat pelipis mata tak berapa nak tebal pun
kira KPOP jugak ke? Pigidah! Mengarut semua tu.
“Rindu Tok Ayah lah, apa lagi. Lagipun, wa nak daftar masuk
matrikulasi dekat Ipoh hujung bulan ni. Alang-alang, wa balik sini dulu la
melawat lu orang. Eh, Atai…bak sebatang!” jelas Zack acuh tak acuh sambil Atai
yang dok bertinggung di sisi tebing itu disikunya. Menyeringai dia dibuatnya
bila sebatang rokok siap dihidupkan apinya dihulur.Perghhh..serius macam di
syurga. Duduk dengan mama dengan babah, jangan haraplah nak merasa asap. Asap
kereta, adalah!
“Matrikulasi tu apa bro? Wa tak sekolah tinggi macam lu,
manalah wa tahu. Paling tinggi, wa panjat bumbung sekolah je time awek wa kena
caras dengan ketua pengawas hari tu….”.
“Huk aloh. Panjat bumbung segala. Feeling sengal la lu ni. Matrikulasi
tu…..”.
“Matrikulasi tu, ala-ala filem matrix tu la bai. Itu pun lu
tak tau ke Bob? Mamat ni kan, ada rupa. Confirm dia nak jadi pelakon punya.Jadi
dia nak daftar sekolah berlakon. Kan?Kan?” sampuk Peod yang baru lepas ‘menggoreng’
gitar dekat tepi tali air layan perasaan sendiri. Bersungguh-sungguh dia
menerangkan, siap angkat tangan tinggi-tinggi. Dan si Abang Bob dengan Atai
boleh pula angguk sungguh-sungguh, mengiayakan.
“Bongoklah kau ni Od!” bidas Zack sambil tertawa besar.
Sesekali rokok dicelah jari disedut sebelum asapnya dihembus ke wajah PeOD yang
dah mula masa mencuka bila di bongok kan.
“Matrikulasi tu…..”. Batang rokok disedut sekali lagi.
“Matrikulasi tu, ala-ala persediaan untuk masuk university la
Od!”.
“Oooooo….” Abang Bob dengan Atai serentak menyahut.
“Kau nak masuk university ke Zack?”
Wajah berkerut Atai, dikerling sekilas.
“Apesal? Tak boleh ke? Kau kalau tetiba menang loteri first
prize pun boleh masuk ma. Zaman sekarang ni, ada duit segalanya mungkin. Tapi
wa ni tak berapa nak ada duit. Jadi wa masuk university kerajaan sudah. Tapi
sebelum tu kena masuk matrikulasi lah dulu. Gitu.”.
Dari dahi yang berkerut, Atai tunduk wajah. Abang Bob pula
dah buang pandangan kea rah kereta yan lalu lalang berhampiran mereka. Hanya
PeOD yang nampak macam masih sedia mendengar.
“Wei, ni apehal pulak ni? Sejak bila pula lu orang ada
sindrom datang bulan? Ala..releks lah, Ipoh dengan Batu 6 ni bukan jauh mana
pun. Wa pecut Honda Cup Tok Ayah ni pun paling tidak 4 jam sampai. Tak pun, lu
orang datang la lawat wa kat sana. Kan? Ada apa hal?” balas Zack sambil tertawa
kecil. Pelik heh mamat-mamat ni. Masing-masing dah tayang muka tak nak kawan.
Sengal!
“ Zack…lu tak paham…” akhirnya Atai bersuara.
“Amenda nya ni? Sejak bila kita kena faham memahami ni?”
Zack sambung tawa.
“Lu kena tau Zack. Kami ni bukan sesiapa dekat sini. Sekolah,
tak tinggi. Kerja pun, setakat buat kerja bendang je. Malam? Haa…dekat tebing tali air nil ah kami melepaskan penat
siang bekerja.Tapi sebab kami ni kawan dengan lu, cucu Tok Ayah…imam masjid
Batu 6…kedudukan kami naik satu level di mata orang kampung, lu tau tak?”.
“So? Morale of the story?”.
Atai tarik nafas panjang sebelum kalih pandang Abang Bob
yang bantai hisap dua batang rokok serentak. Memang gila otai abang bob ni.
Bibir pun dah tak nampak warna merahnya.
“Kalau lu dah masuk university nanti, mesti lu tak nak kawan
dengan kitaorang lagi. Iyelah kan, kami ni..orang kampong…lu…budak U. Kerja
mesti dekat bangunan bertingkat-tingkat nanti.”
“Hek eleh!”jerit Zack sambil tertawa terbahak-bahak.
“Lu orang ni kan…apa benda lah nak sedih-sedih bagai ni.
Relekslah. Wa masuk university ke, kerja tinggi sampai ke bulan ke…lu, abang
bob dengan Peod…tetap member gua dunia akhirat.”
“Alaa….sekarang boleh borak la kan. Esok-esok….”.
“Dulu, kini dan selamanya….hidup Kulaan Watun! ” Sahut Zack sambil sambung
tertawa tapi bila dilihat wajah Abang Bob yang masih cemberut, bahu PeOD
langsung disikunya.
“Od, main lah lagu.Bosan la macam ni. Selalu lu main jugak
lagu sebarang dua bila wa balik kan?” pinta Zack. Saja nak ubah topic, nak ubah
atmosfera yang tegang tiba-tiba.
“Hmmmm…lagu apa nak?”.
“Jangan di ucap selamat tinggal…”.
“Hampeh mamat ni!” marah Atai. Kepala Zack yang gelak
mengekek jadi mangsa sekehannya/
“Lagi wa diam. Lagi menjadi…bantai dia Tai!” sahut Abang Bob
sambil sangkut tangan ditengkuk Zack yang masih galak tertawa.
“Weiii..tercekik la wei. Macam mana nak daftar dekat matrix
reloaded nanti ni!” jerit Zack dengan tawa mengekek.
“ Eh….jap. Jap. Ada orang call.Syhhhh..diam-diam. Mak wa
call kut! Hello mak! Hmmmm…la, hang ka? Awatnya? ” sambut Abang Bob seraya
berdiri.
“Hang nak apa? Apa? Ala tak dak orang laen ka? Pak hang? Kak
hang? Haaa…ya lah. Tengoklah macam mana sat gi.Bye.”
“Siapa?”.
“Hmmmm…Peha,” balas Abang Bob dengan wajah mencuka.
“Oooo…adik lu tu. Apehal?”.
Kali ni soalan Atai tak berjawab. Lepas saja buang pandangan
kea rah jalan dan sesekali kea rah kegelapan lorong tali air yang langsung tak
diterangi lampu jalan itu, wajah Zack ditenungnya.
“Zack, lu tolong wa boleh?”.
“Hmmm..apa? Lu nak wa belanja char kuew tiaw? Okey je!”
balas Zack sambil pijak putung rokok kedua yang dah kontot di atas batu kerikil
atas tanah itu.
“Bukan. Lu bagi je duit, wa suruh Od rempit beli jap.”
“Apehal wa pulak?” sungut Peod.
“Bertindak mengikut arahan.”
Lambat-lambat baru Peod angguk. Itu pun muka langsung taka
da ikhlasnya. Wang yang dihulur dek Zack pun terhegeh-hegeh disambut.
“Habis tu, wa nak tolong apa ni?”.
“Tengok kan si Pehah tu kejap.”
“Ha?” Tegak Zack berdiri.
“Lu gila ke bro? Pehah yang mana pun wa tak kenal. Rumah
pun, wa tak tau. Dia adik lu kan, lu la pergi tengok dia,” balas Zack sambil
mundar-mandir tak tentu hala.
“Dia bukan adik wa la. Adik angkat je.”
“Haaa..yang berangkat-angkat ni lagi lah wah seriau nak
dengar. Nanti kalau terangkat, wa jugak yang susah. Matrix ke mana, university ke
mana.Huiiii..mintak simpang!”
Atai dengan Peod dah bantai gelak. Tapi bila renungan maut
mata Abang Bob dah tala ke wajah mereka
langsung menikus masing-masing dibuatnya.
“Wa bukan nak suruh lu angkat dia. Nak mintak tolong lu
betulkan mentol bawah rumah dia je. Ape ada susahnya?”.
“Laaa…senang je tu. Bukan lu tak boleh buat.”
“Memanglah boleh, tapi wa malas. Pehah tu bukan boleh nampak
wa. Mula lah nak ajak wa pergi pekan rabu lah…pergi Bandar la. Wa malas lah nak
layan budak hingus macam tu.”
“Tapi dia tak kenal wa la.”
“Tak kenal lagi bagus. Taka da la minah tu cakap banyak. Ni,
lu ambik duit ni pergi kedai beli mentol. Pastu lu pergi umah dia, ganti
senyap-senyap. Dah siap, lu datang balik sini kita buat kenduri char kuew tiaw,
amacam? Set?”.
Zack mengeluh perlahan. Wajah Otai dan Peod yang langsung
tak tayang wajah kesian pada dia, tambah buat hatinya rasa menggerutu. Tak guna
punya member. Ini buli namanya!Mentang-mentang aku sekali-sekala je balik sini.
“Relaks lah Zack. Kata tadi, kawan…dulu, kini selamanya.
Mentol je kut!” provoke Atai. Mendidih je wajah tak semenggah Atai
dikerlingnya. Ikut hati, nak saja batu kerikil atas jalan ni disumbat dalam
mulut yang memuncung tu.
“Iyelah.Iyelah.Umah dia dekat mana?”.
“Tak jauh, depan sekolah kebangsaan tu je,” sahut PeOD
dengan sengihan.
“OKey. Wa pergi dulu. Jangan kebas pulak char kuew tiaw wa!”.
“Iyelah…pergilah cepat!”
Dan dengan langkah longlai, enjin motor Honda Cup Tak Ayah
dihidupkan sebelum pacuan roda motor itu diarah kea rah pekan.
*****
“Assalamualaikum….oooo…assalamualaikum…..”.
Diam. Dalam kegelapan malam dan hanya disinari lampu dari
telefon bimbitnya Zack berjalan menghampiri tangga belakang rumah lama ala-ala
iklan adabi itu. Gelap nya lah bawah rumah ni! Ini bukan satu mentol je kena
hidupkan ni. Bermentol-mentol! Tak guna punya Abang Bob!Dia kenakan aku
rupanya!
Dalam marah, dia tercari-cari sebarang objek yang boleh
dilihat di ruangan tingkat bawah rumah itu. Kosong. Kawasan yang biasa jadi
tempat letak kereta atau motor di bawah rumah ni pun kosong. Bermakna, taka da orang
di rumah. Dah tu, dari mana pula adik terangkat abang Bob call tadi?
Ah, abaikan lah Zack!
Yang penting, buat apa yang disuruh. Dia suruh tukar satu
mentol je kan? Cukup 1 mentol, blah lah. Apa lagi? Kisah apa ruang bawah rumah
ni gelap gelita tau tidak. Bukan rumah kau pun!
Dan akhirnya, lepas bersungguh-sungguh mencari port mentol
di atas kepala dengan hanya bercahayakan lampu telefon dia mampu tersengih.
Hah, dekat sini pun jadilah. Depan tangga.Okeylah ni.
Terjengket-jengket Zack dibuatnya. Mana nak pegang telefon…nak
bubuh mentol lagi. Ah, kalau tadi heret Atai datang sama pun taka pa. Agak kurang
bijak juga kau ni rupanya Zack!
Taka pa, cuba lagi sekali.
Satu…dua.
“Arghhhh!!!!” Zack terjerit kecil bila tiba-tiba batang
tubuhnya ditarik dari belakang. Mentol di tangan kiri langsung terlepas ke atas
lantai.Telefon bimbitnya juga entah terlepas ke mana.
“Weiii….weii..apa ni wee? Main kasar ni! Lu orang kenakan wa
ye?” jerit Zack dalam kegelapan. Bersungguh-sungguh dia meraba dalam kegelapan. Tapi bila diketuk
objek keras ditangannya, kuat sungguh bunyi yang kedengaran. Bunyi macam zink. Dekat
mana ni ye?Dalam stor?
“Weeiii..lu orang kunci wa ke? Ala…janganlah macam ni geng.
Wa tau lah lu orang tak suka wa masuk U, tapi janganlah macam ni.Geng…weiii..geng!”
jerit Zack lagi.Tapi tiada sahutan yang kedengaran.
Zack mendengus kasar. Wajahnya langsung diraup perlahan.
Otak dah buntu nak buat apa. Kalau ditendang pintu zink ni, tak pasal-pasal
pula Tok Ayah kena bayar ganti rugi rumah orang. Dah tu, tak kan nak tidur
sampai ke subuh kut? Dah sah-sah rumah ni tak berpenghuni. Nak call Tok Ayah
pun, telefon bimbitnya dah terlepas ke mana tadi. Adoyai!
“Zack jangan dok rapat sangat dengan Bob tu. Tok Ayah tak
suka. Depa tu bukan boleh dibuat kawan. Depa kawan dengan Zack pun, sebab Zack
cucu Tok Ayah. Itu saja!”.
“Ala Tok Ayah ni, janganlah macam tu. Bob and the gang je
yang nak kawan dengan Zack ,Tok Ayah. Orang lain dekat kampong ni, pandang zack
macam nampak makhluk asing je. Lagipun, depa bukan buat jahat pun. Setakat
lepak tepi tali air.Itu je.”
“Ha’ah. Lepak sambil menghisap rokok kacau anak dara orang.
Itu Zack kata baik? Dari Zack ikut depa dok situ, baik Zack ikut Tok Ayah pi
masjid.”
Tok Ayah! Gumam Zack sendirian. Rasa menyesal mula menyerbu
dirinya sebab ambil mudah nasihat versi ulang tayang tok Ayah tiap kali dia
balik ke sini. Ikut sangat rasa hati kan, semangat kawan sangat. hah…ambiklah
kau Zack!
“Abang….”.
Langsung tegak bulu roma Zack bila ada suara halus
menyapanya. Tambah pula bila terasa bagai ada tangan halus melingkar di
pinggangnya.
“Aaauzubillahiminashaitonirajim…….”.
Kali ini tawa halus pula yang kedengaran.Dakapan di pinggang
pula makin kuat terasa.Isyhhhh..dia bantai gelak pulak!
“Allahu akbar..Allahu akbar! Lari kau dari sini wahai
syaitan!” jerit Zack sekuat hari.
“Abang!” tawa halus tadi makin menggalak. Tubuh Zack sudah
menggeletar laju. Peluh jantan juga sudah mula terbit di wajahnya. Degil
sungguh heh! Apa aku nak buat ni!
Tengah akalnya ligat memikir, tiba-tiba ada satu cahaya
terarah kea rah mereka berserta bunyi enjin. Ada orang datang! Alhamdulillah!
“tolong! Tolong saya!”
“Abang! Syhhhhhhh!!!!”.
Zack tergamam bila kali ini mulutnya pula ditekup sebelum
tubuhnya dipalingkan.
“Abang jangan bising! Abah dah balik kut!” bisik suara halus
itu lagi.
Abah? Siapa dia ni? Dia bukan hantu ke? Atau…dia panggil
kaum kerabat dia datang sini sekali? Tapi…tak kan naik kereta kut!
“Tttttt…..”
Belum sempat Zack menjerit, tiba-tiba pintu zink itu
terbuka. Terkedu dia dibuatnya bila terlihat seorang gadis genit yang hanya
berkemban tiba-tiba meluru keluar dari tempat yang sama dia terperangkap tadi.
Zack melopong bila wajah-wajah dihadapan bilik itu membulat
ke arahnya yang baru saja keluar sambil gosok mata . Teranglah pula bawah rumah
ni. Ada lampu rupanya.
“Bah! Bah! Tolong Peha bah! Tadi Peha baru masuk bilik ayaq
nak mandi, tiba-tiba. Dia..dia……”.
Tolong? Peha?
Oooo..dia nil ah Peha.Tapi…macam mana…dia.
“Hang…hang bukan cucu Tok Ayah ke?”
“Iya saya.” Balas Zack, polos.
“Apa yang hang dah buat kat anak aku ha?” tengking lelaki
awal 50 –an itu.
Mata Zack membulat sebelum terarah kea rah gadis yang dah
menyorok dibelakang wanita seusia lelaki yang menyergahnya tadi. Apa aku buat
pada anak dia? AKu tak buat apa-apa pun!
“Saya…saya Cuma tolong tukar mentol….”.
“Tukaq mentol ye? Hang tau dak bilik ayaq tu memang tak
pernah ada mentol pun. Hang jangan nak pe da ah aku. Macam aku tak tau perangai
orang Bandar macam hang bila mai kampong. Miah, hang pi naik ataih telepon Tok
Ayah la ni jugak. Sebelum orang kampong dok bercerita pasai depa berdua, baik
kita selesaikan diam-diam. Peha, pi naik atas. Pakai baju elok sikit. Hang…jangan
cuba nak lari. Mai ikut aku naik ikut anjung! Muhak saja harat. Ulahan I ilah binatang!”.
Gulpppp! Zack telan liur. Pakcik ni cakap apa tadi? Dia
carut aku ke? Dia panggil aku binatang?
“Pakcik…saya tak salah pakcik.Saya datang nak tukar mentol
je pakcik.Sungguh! Saya tak tipu pakcik! Kalau pakcik tak percaya, pakcik tanya
anak pakcik ni. Dia yang call…..”.
“Dah. Tak yah nak ceghita banyak. Sat lagi Tok Ayah hang
mai, hang cerita. Mai ikut aku!”.
Dalam paksa, langsung tanpa rela Zack melangkah. Waktu itu,
hari esok untuk dia dah terasa tak ada makna bila cara selesai yang akan
diambil macam dah diagak apa bendanya. Gelap,Kelam masa depannya! Selamat
tinggal matrix, selamat tinggal university. Jaga kau Abang Bob! Ini semua kau
punya pasal!
p/s: nampak macam klise...tp jgn risau. Iya bukan seperti yg anda bayangkan. Stay tune!
5 comments:
Ni hao ma: jawabannya ialah: Hao.
Bukan ni hao.
Haru biru tp agak menarik d pertengahannya....
Saya rasa cik writer bkn beri jwpn ni hao sepatutnya ada tambh "apa la lu ni ni hao ni hao" br la reader fhm kn.....
pe hal plk Bob nak pedajal Zack ni..
Kulaan- banjar ekk..
Pe dia watun
Post a Comment