Followers

Thursday, August 1, 2013

My Dear, Mr Dimple Part III






Pejam celik, pejam celik… minggu hadapan majlis kahwin dia dan Umar akan berlangsung. Tapi entah kenapa, rasa teruja untuk bersanding seolah tiada. Tambahan pula sejak peristiwa dalam teksi tempoh hari, Umar langsung tidak menghubunginya. Beberapa kali dia cuba sms, tak berjawab. Call pun, tidak berangkat. Sesekali ada juga dia pergi ziarah ke Café Al-Faliq tapi menurut Zamri, Umar memang tak ada di situ. Mungkin juga dia balik kampung, buat persiapan untuk majlis mereka.

Haih, teruk juga keadaannya bila lelaki merajuk ni. Kalah perempuan dibuatnya. Tapi kut ye pun merajuk, angkatlah call tu. Tidak pun, kalau malas sangat nak dengar suara...reply saja sms. Bukan susah pun. Ini tidak, diam je seribu bahasa. Jadi sanding ke tidak ni?

Dan bila memikirkan tentang majlis sanding mereka, Sofea terus jadi susah hati. Hari sanding dah nak dekat, tapi cuti rehat belum lagi dia pohon.  Bila terfikir yang dia perlu mengadap bos besar tu…kecut perut tahap petala ketujuh mula terasa. Agak-agaknya, apa akan jadi kalau puan bos  tu tahu, dia perempuan yang berniqab dan hadir majlis resepsi Naim tempoh hari ye? Ahhhh…mesti kena sembur kaw-kaw tu nanti!

Tapi, ah. Orang tak Tanya, kenapa nak mengaku? Diam-diam sudah. Siap je dia turun tandatangan, terus keluar bilik dia. Apa susah? Tengah diri berperang sama ada nak pergi mengadap si angry bird, atau tidak, telefon dibiliknya berbunyi minta diangkat.

“ Pia, dah ke belum?”.
“Belum.”

“Bilanya? Cepatlah! Aku dengar, bos-bos besar nak pergi management retreat next week. Kau jangan lengah-lengah masa lagi!” marah Harlina di corong telefon.

“Aku nervous la makcik! Sejak kes dekat hotel hari tu, aku mana ada bercakap dengan dia.”
Harlina mengeluh kuat.

“Deii…menachi…kan ke masa tu, hero kau tu dah selamatkan identiti kau dari terbongkar? Bil makna, si angry bird tu tak tahu perempuan malam itu adalah kau. So, Apesal engkau pula yang nak kena nervous? Dah, aku tak nak dengar apa alasan lagi. Aku tahu, hari ni jugak..kau kena minta cuti dekat dia. Majlis kau tinggal seminggu lagi kut. Minggu depan dia tak ada.”

“Iye.Baik.Baik. Aku pergi sekarang. Bye!”.

Gagang terus diletakkan.Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan berkali-kali. Senyum ditarik sambil tangan digenggam kuat.

Hwaiting Pia! Kau boleh!

*****

Hahh..boleh lah sangatkan? Kesudahnya, dok terkebil-kebil depan bilik yang pintunya legap dengan tangan kaku gaya nak mengetuk pintu. Hisyhhh..kenapa gemuruh semacam je ni Pia? Hati pun rasa tak berapa nak sedap.

“Awak buat apa depan ni?”

Sofea tergamam bila tiba-tiba pintu terkuak tanpa isyarat. 

“Err…saya. Err..saya.”

“Hmmm..masuklah.Saya pun ada hal nak bincang awak.”

Ada hal?Hal apa ya? Usai angguk kepala, langkah diatur kemas sebelum duduk berhadapan dengan bos paling digeruni dalam deparment mereka itu.

“So, ada apa awak tercongok depan bilik saya tadi?”.

Sofea tarik nafas panjang, sebelum menjawab. Dalam hati, sudah dihembus-hembus supaya si angry bird ni berlembut hati dan bagi dia cuti panjang sikit kali ini.

“Saya..saya nak minta cuti Puan.” Jawabnya sambil borang yang siap diisi dihulur perlahan. 

Dengan wajah tak beriak,borang Sofea direnung ke atas ke bawah sebelum dahinya 
berkerut..mulutnya memuncung. Tu diaaa…dia dah buat muka angry bird dia dah!

“Lama cuti, nak kemana? Kahwin?”

Uhuk!Uhuk! Tiba-tiba boleh tersedak pulak. Haisyh si angry bird ni, macam tau-tau je!

“Err..iye puan.InsyaAllah.”

“Dengan siapa?” soalnya laju dengan kening terangkat.

“Dengan tunang saya.” Sofea gelak jahat dalam hati. Wahh, loyar buruk tak hengat kau Pia! Sempat lagi tu! 

“Hmmm..sejak bila pula awak bertunang ni?” soal Puan Zahlia lagi,tenang. Sikit pun tak terkutik dek loyar buruk yang cuba dilemparkan tadi.

“Emm…kami bertunang sekejap je, terus nikah.”

“Kenapa? Dah terbabas ke?”.

Errrkk! Rasa tercekik pula air liur kat rengkong. Terbabas? Ingat aku ni player ke? Gerutu Sofea dalam hati.

“Alhamdulillah, setakat ni kami masih belum terbabas. Jumpa pun jarang-jarang. Pilihan keluarga.”
Sudah saja menjawab, bibirnya diketap geram. Haisyhhh..yang kau cerita banyak-banyak..buat apanya Pia? Kan abang long selalu pesan.

Don’t explain. Because the person who love you don’t need an explanation. And the person who hate you, just want to hear what they want to hear.

“ Ooo..pilihan keluarga. Kenapa tak pilih sendiri?”.

Ketapan di bibir dah bertukar kepada muncung secara automatik. Haaa..tu kan? Betul apa kata abang long? Biarpun terasa macam dah tersampuk dengan angry bird di depan dia ni, dia dah tak kisah. Dah cukup lama bersabar dengan pe el perli tak hengat si angry bird ni.

“Sebenarnya, apa yang puan tak puas hati sungguh dengan saya ni ye? Nak kata saya tak menurut arahan kerja yang puan tugaskan, rasanya setakat ni belum ada. Nak kata saya paksa anak tunggal Puan untuk kahwin dengan saya pun, tak ada juga. Dia pun dah selamat kahwin dengan menantu pilihan Puan. Apa lagi yang tak kena pada saya di mata Puan?” soal Sofea berani. Apa nak jadi, jadi.
Puan Zahlia hanya senyum kecil sebagai respon pada soalan nya yang bertalu-talu tadi tu. Tubuhnya disandar pada kerusi ala-ala big bos itu sambil mata ralit memerhati ke wajahnya.

“Semua. Semua tentang awak saya tak suka.”

What the? Sofea tarik nafas panjang. Mencari sisa sabar yang makin tipis setiap kali berdepan dengan puan bos yang seorang ini. 

“Saya tahu Puan tak sukakan hubungan saya dengan Naim,” bidas Sofea berani.

“Hmmm..betul. Jadi?”.

“Jadi, dengan rela hati saya tinggalkan dia supaya Puan dapat kahwinkan anak kesayangan Puan tu dengan menantu pilihan Puan dan sepatutnya di sini..saya dengan Puan. Kosong-kosong.”

“Memang dia dah kahwin, tapi dia masih ingatkan awak” tempelak Puan Zahlia.

“Dan itu bukan masalah saya sebab saya sendiri dah lupakan dia sejak saya dapat tahu yang dia dah ada tunang.”

Puan Zahlia tepuk tangan tiba-tiba. Dah gaya orang gila pun ada bila tepuk tangan tak kena acara. 

“Bagus. Ini menunjukkan yang awak ni sedar diri.So, bukan awaklah perempuan yang datang dengan Harlina tempoh hari ke majlis respsi anak saya tu kan?”.

“Bukan saya!” balas Sofea berani. Matanya sengaja di tajamkan ke arah Puan Zahlia. Marahnya sudah tak boleh disorok-sorok lagi. Suka tak suka, perhitungan mesti dilancarkan juga hari ini.

“Baiklah Sofea. Awak nak cuti kan? Saya luluskan,” sahut Puan Zahlia secara tiba-tiba.Laju je tangannya turunkan tandatangan. Sempat juga Sofea mendengus kasar. Sengal amat heh! Kalau dari tadi dia tandatangan kan senang. Saja je nak kasi orang panas hati dulu kan?

“Dan ini  surat  khas untuk awak.” Sambungnya lagi sambil hulur borang yang siap ditandatangan sekali dengan sampul surat.

Sofea tarik sampul surat , sambil belek-belek. Sesekali wajah Puan Zahlia dikerling minta penjelasan lebih lanjut.

“Surat? Surat apa ni ye?”.

“Untuk awak,” balasnya bersahaja.

“Tapi..surat apa?” soal Sofea lagi.

“Surat penamatan perkhidmatan kontrak awak di sini.Saya rasa, awak dah tak sesuai untuk terus bekerja di sini Sofea. So, alang-alang awak mohon cuti tadi..awak boleh terus bercuti..sampai bila-bila. Balik sahaja saya dari management retreat nanti, saya harap awak tak tunjuk muka awak lagi di sini. Terima kasih Zarin Sofea, atas perkhidmatan awak disini selama 4 tahun ini. Saya doakan, awak dapat bekerja dengan lebih bagus ditempat lain.”

Dan saya doakan, Puan serta anak Puan…tak akan bahagia dunia dan akhirat! Gumam Sofea dengan mata berkaca merenung wajah Puan Zahlia yang nampak berpuas hati.

12 comments:

Unknown said...

xpe pia.... wat derk je ngan angry bird 2. dia jugak yang sakit ati sbb anak dia xle lupakan pia. yg penting pujuk umar

Anonymous said...

Rindu Umar....Bila la Umar nak muncul...

Nadia said...

Itulah pasal pls3 bg byk3 skit citer pasal umar n pia.... Klu bole xmolah asyik gaduh2 je huhuhu

NurAtiZa said...

Best....#^_^

Anonymous said...

Berlagak nya angry bird tu

kak ida said...

Pergh..berat betul dugaan PIA ..kenapa perlu ada kebencian didalam hati ibu Naim pada PIA in d first place ya? adakah ada sebuah cerita yg tiada siapa mengetahui kenapa PIA dibenci nya sepenuh hati yg disembunyikan dari pengetahuan semua org kecuali dirinya yg seperti ada personnel grudge dengan siPIA ni.. Adakah PIA akan membiarkan sahaja dirinya diberhentikan tanpa alasan yg kukuh itu tanpa fight for her right..dia boleh mengadu kepada pejabat buruh kerana dia diberhentikan tanpa alasan yg munasabah..disebabkan anak lelakinya yg sengal itu yg tidak dapat melupakan dirinya dia dibuang kerja sebegitu..mmg akak rasa ibu Naim mmg keterlaluan tindakannya kerana menutup pintu rezki org..mentang mentang dia berkuasa..tindak tanduknya tidak mengambarkan dia seorg yg adil sebagai seorg ketua..kan..tidak kah ada tindakan displin dikenakan kepada wanita ini yg telah salah menggunakan kuasanya..
Alahai kesiannya PIA kan..dahlah Umar menyepi diri..seorg suami yg sepatutnya menjadi pelindung bagi dirinya..berada disampingnya dalam susah senangnya..dan bukan meminggirkan diri seperti kini..seakan akan PIA tidak mempunyai hubungan apa apa dengan dirinya.. Kenapakah Umar sengal tu mendiamkan diri dan membiarkan PIA sebegitu..dalam islam pun ada garis garis tertentu yg patut seorg suami buat kan..tidak kah Umar rasa dia telah mengabaikan dan melukakan hati isterinya itu.. Hopefully ada E3 baru..dalam masa yg terdekat ini..ingin mengetahui apa yg akan PIA lalui disaat saat seakan akan dunia berlaku kejam pada dirinya dan dia keseorangan utk mengharunginya...kan..cer citer dik..

rahsia hatiku said...

ee..jahatnya bos dia..rasa benci sangat2 kat bos yang macam tu..lps ni biar terbeliak mata dia tngk pia kawen ngan umar..

Fakhira Musa said...

Eeeer bengkaknyaaa hati dgn bos mcm tuh. Adoi harap2 nnt tk dpt le bos gitu. Aiseh patutnya piaaa sembur angry bird tuh.

Unknown said...

Fuhhhh..ape punya angry bird..x professional langsung...grrrr...x per fea..pas ni blh dok umh goyang kaki jerk..abe umar kompom lg suka fea x kijer..hahaha...

ayu salina said...

Pendeknya.....x puas baca

Unknown said...

dasyatnya rajuk umar...kdg2 xphm dgn umar ni dah kawin kan apa yg nak buat mcm tunang dtg bg barang pun x nak jumpa bini padahal bini dah tercongok kat situ....harap umar dapat ubah perangainya lepas ni...

Anonymous said...

nk buat novel ke my dear mr dimple?
anyway best

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon