Followers

Tuesday, August 27, 2013

Encik lesung batu...




Usai solat dan mengaminkan doa, Sofea sedikit terkejut bila lihat Umar sedang duduk di hujung sudut tepi katil sambil memandang ke arahnya. Dia masih lengkap dengan jaket yang menutupi t-shirt putih kosong. Barangkali baru sampai waktu dia tengah solat tadi.

“Kenapa tak tunggu, boleh solat asar sama-sama,” tutur Umar perlahan dengan mata masih tak lepas memandang ke arah Sofea yang masih lengkap bertelekung.

“ Saya tak tahu, pukul berapa awak akan datang sini. Jadi, saya solatlah dulu. Ini pun dah lewat sangat ni. Satu rumah ni saya berpusing cari telekung tau!”

“Kenapa tak minta pada mama?”

“Bilik mama pun saya tak tahu, banyak giler kut bilik dalam rumah ni. Dah gaya asrama,” balas Sofea, polos. Dalam polos, riak mukanya masih Nampak beria-ia bercerita.

Umar senyum sambil garu belakang leher.Iye tak iye juga kan. Rumah ni, harap bili saja yang banyak tapipenghuni nya tak sampai separuh dari jumlah bilik yang ada. Hmmm... Mama ni pun, boleh pula tinggal Sofea dalam bilik bilik sorang-sorang.

“Ni, dari mana dapat ni?” soalnya lagi dengan ekor mata terarah ke telekung yang baru saja dibuka.
“Pinjam Mak Ita punya,” balas Sofea diiringi sengihan.

Umar hanya mengangguk manakala Sofea lambat-lambat meneruskan lipatan telekungnya yang tergendala tadi. Sesekali keluhan dilepas perlahan. Janggal, sangat janggal bila berdua-dua macam ni. Rasa macam…

“Nah.”

Beg kertas yang dihulurkan di sambut dengan kerlingan mata.
“Apa tu?”

“Pakaian awak untuk malam ni dan esok. Saya takut tak sempat nak pusing balik ke sini kalau saya balik ke rumah awak. Jadi, saya singgah dekat The Mines tadi.”

Dengan kening berkerut, leher dipanjangkan ke arah dalam beg kertas yang dihulurkan. Bila terlihat saja isi dalam beg itu, langsung membulat mata Sofea dibuatnya.

“Aaa…awak..beli semua ni?”.

Umar angguk tak bersalah sambil angkat kening sebelah.

“Kenapa ye?”.

Sofea dah tekup muka dengan tangan. Rasa tak cukup dengan itu, telekung yang elok berlipat tadi dibuat tutup mukanya sambil kepala disembam ke atas tilam.Isyhhh dia ni! Boleh pula dia Tanya kenapa? Aci tak kalau aku tanya dia balik, kenapa awak ni tak malu sangat? Arghhh.

“Sofea..kenapa ni? Awak okey ke?” soal Umar takut-takut. Teragak-agak tangannya menyentuh bahu Sofea yang bersimpuh di sisi katil itu sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lambat-lambat Sofea angkat muka usai telekung yang menutupi wajah dan kepalanya tadi dialihkan dek Umar.

“Awak ni…awak tak segan ke pergi beli sotong dengan adik-adik saya tu?” soal Sofea dengan mata sengaja dipejamkan dan wajah masih ditekup dengan tangan. Dia yang membayangkan pun boleh rasa malu yang amat, macam mana pula dia boleh buat biasa je?

“ Sotong? Saya tak beli sotong pun…” balas Umar, polos sambil tangannya menarik semula beg kertas yang dihulurkan sebentar tadi. Isi dalam beg dipandang bersilih ganti dengan wajah mencuka Sofea.

“maksud saya, yang warna pink tu…yang macam cermin mata tu…orang panggil sotong.”

Umar garu kepala. Tadi sotong, sekarang cermin mata? Yang mana satu betul ni?

“Errr….jap. Maksud awak…ini ke?”.

“Haippp! Jangan sentuh. Awak beli untuk saya kan? Bermakna, saya je boleh sentuh benda tu. Bak sini beg tu…”.

Beg kertas tadi bertukar tangan dengan ada senyum senget dihujung bibir Umar. Sempat juga mata Sofea scan segala tok nenek yang ada dalam beg kertas itu. Selain sotong dan adik-adik, ada tudung bawal 2 helai, jubah dua helai dan pyjamas di dalamnya. Mak aihh..jubah? Umar nak suruh aku pakai jubah?

“ Saya tak pasti, awak pakai saiz apa. Saya main agak-agak je.” Jelas Umar tanpa di pinta.
Sofea hanya membalas dengan kerlingan. Agak-agak ye. Entah-entah dalam diam, waktu aku tertidur dekat cafe tadi sempat dia scan satu badan. Erkkk…seram! Takmo fikir, takmo fikir! Sila ubah topic lain Pia sebelum isu size dan yang berkaitan dengannya jadi makin panjang.

“Err..umar, adik awak…dah balik ke? Saya teringin nak kenal orangnya. Bilik dia dekat mana ye? Tingkat bawah ye?”.

Wajah Umar berubah seketika sebelum keluahan panjang dilepaskan.

“Entah. Ada kut dekat bawah,” balas Umar acuh tak acuh sambil berlalu ke bilik air dengan tuala dan kain pelekat di sibai di atas bahunya.

Entah? Itu je jawapannya? Kelibat Umar dikerling tajam hingga hilang di balik pintu bilik air. Sengal punya abang! Adik sendiri pun buat tak tahu je.

 Tak tunggu lama, Sofea bergegas keluar dari bilik itu. Tolong Mak Ita pun bagus juga dari duduk lama-lama kat sini bercakap dengan orang yang ignorant macam dia ni.


                                                                  ******



“Oh My God, Sofea! Sofea buat apa tu?” jerit Datin Gina dari ruang depan dry kitchen sebelum berlari-lari anak ke arahnya. Larian tangan Sofea terhenti sebelum mendongak ke atas sambil tayang sengih pada mama.

“Sofea tumbuk sambal belacan ma. Mak Ita kata, papa suka makan sambal belacan kan?” balas Sofea sambil sambung menumbuk.Tapi baru anak lesung diangkat, tangannya dah disambar dek tangan Datin Gina dengan gelengan kepala.

“ Sofea…stop it dear. Dah, bangun! Siap bersila lagi atas lantai ni. Kotor baju Sofea nanti. Bangun sayang. Biarkan je lesung batu kat situ. Nanti Mak Ita boleh sudahkan.”

“Tak apa , ma. Sikit je lagi ni.”

“Nope. Dah bangun! Bangun! Hisyhh..Sofea ni.”

Akhirnya Sofea hanya  menurut bila lengannya dah ditarik-tarik supaya bangun. Pili air dibuka, sebelum tangan dibasuh dengan sabun.

“Mak Ita….”. Suara Datin Gina berbaur amaran. Tangan dah dicekak di pinggang ke arah Mak Ita yang tengah menimba gulai ayam dalam periuk.

“Ddd..datin, saya dah larang tapi Puan Sofea nak buat sendiri juga.”

“Betul tu ma. Sofea yang nak buat. Mak Ita dah larang Sofea tadi. Sofea tak tahu nak buat apa, jadi Sofea tolonglah mak Ita dekat dapur. ”

“Nope and no. Sofea tak boleh buat semua ni. Nanti kasar tangan Sofea, macam mana? Sofea kena jaga semua tu. Plus, Sofea kena tahu nature kerja Umar macam mana. Sofea kena…oh, by the way, Umar dah balik ke? Mama ada nampak motor dia dekat luar.”

Sofea angguk perlahan sambil dalam hati mendengus sendiri. Rasa tak sedap hati bila soal kerja Umar dibangkitkan dan kemudian dikaitkan dengan tangan kasar. Apa kaitannya di sini?Apa kerja umar tu sebenarnya? Buat part time telek tangan orang? Atau..jadi model pakaian lelaki? Kaitan?

“Dah…Sofea pergi naik atas dulu ye. Buat je apa-apa yang boleh. Tengok tv ke…golek-golek ke. Surf internet and what so over, tapi mama tak mahu nampak Sofea di sini. Okey? Pergi rehat ye sayang. Nanti bila makanan dah siap, baru Sofea turun.”

Dan Sofea hanya mampu menurut bila bahunya sudah ditarik sama untuk ke ruangan depan. Usai pintu lif terbuka, kakinya diheret malas-malas melangkah. Sempat juga senyum terpaksa dihadiahkan pada mama yang beria-ia melambai dan bagi isyarat ala-ala maskot KFC, angkat ibu jari.

Sampai sahaja di tingkat atas, pintu bilik dibuka perlahan sebelum matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang hanya bertuala dihadapan wardrobe ralit memilih pakaian yang bergantung dengan mulut menggumam sendirian seakan merungut.

“Sss…saya tukar aturan baju tu. Awak…”.

Laju Umar berpaling masing-masing tergamam tanpa kata. Bibir Sofea sedikit bergerak-gerak, seakan  mahu menyambung kata-katanya yang terhenti sebentar tadi tapi entah kenapa tak terluah.

Akhirnya suasana tegang itu jadi reda bila tawa Sofea terhambur bila tiba-tiba sahaja Umar berlari-lari anak ke arah tingkap sebelum bersembunyi di balik langsir. Tertunduk-tunduk Sofea menahan tawa. Patutnya dia yang menjerit sebab terkejut, dah boleh pula Umar yang pergi menyorok sebab malu. Hailah umar.

12 comments:

wida said...

sweet nyer..rasa2 si sofea ni berbiras dgn x bf dia kn...

kak ida said...

ya allah..sweetnya umar ni...giler kelakar lah perangai mamat tu..pemalu yg amat sangat...just wonder..apa saja ya..kerja si mamat sengal tu..tadi Datin Gina..tak abiskan ayat dia lah..tercabar juga mida akak memikirkan perkerjaan mamat sengal tu..adakah dia CEO satu company yg begitu gah dan namanya mmg terkenal..diarena business multi millionaire..tapi kenapa minah poyo tu boleh tak tahu ..ya...musykil ni...

Anonymous said...

hahaha.. comel nye. kelakar la

Anonymous said...

HAHAHA......LAWAK TOL LELAKI PEMALU..

Fakhira Musa said...

Comelnya lelaki pemalu.

NurAtiZa said...

Umar ni comel lah... ;-)

cyah said...

Hahaha... comel je umar ni...

Nadia said...

Hahahahahahaha comel3... Nak lagiiiiiiiiiiiii

ita said...

suke suke nak lagi

Anonymous said...

huhuhu...sweet giler
kelakau la si umar tu...

Anonymous said...

nak lagi..huhu

Unknown said...

pendeknye update cite ni..
nk lg!!!
uwaaaa....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon