Followers

Tuesday, June 5, 2012

Meh, sandar pada aku 14


Tasneem melangkah ke dalam bilik hujung apartment Strawberry Park itu setelah tombol dipulas perlahan. Baru beberapa tapak dia melangkah, peristiwa sewaktu dia hendak minta maaf pada lelaki itu tempoh hari kembali segar diingatannya.

“Kau ni memang payah nak di ajarkan? Berapa kali nak kena cakap? Ketuk pintu bilik sebelum masuk.”

Tasneem telan air liur. Laju kepalanya digelengkan. Itu, kalau waktu dia berjaga dan sedar. Agak-agak kalau dia pura-pura tidur dan dapat tahu orang masuk bilik tak ketuk pintu apa pula ayat yang dia nak sembur kali ni ye? Isyhhhh....

Malas hendak mencari pasal, pintu bilik ditutup semula sebelum diketuk. Namun setelah beberapa kali ketukan di pintu masih tiada sahutan dari dalam. Makanya, setelah dia menunggu buat beberapa ketika dia terus sahaja masuk melangkah. Langkah diatur perlahan, penuh hati-hati.

Suasana bilik itu agak suram. Hanya di terangi lampu bilik tidur yang menerangi sekujur tubuh yang sedang baring menelungkup di atas katil. Melihatkan keadaan itu, Tasneem lantas mencebik.

Cehhh tidur rupanya dia! Iye,iye saja tadi suruh masak megi yang tak sampai 2 minit tu. Tapinya, tak sampai seminit pun dia dah tertidur. Entah apa-apa! Tapi, emmmm...comel juga kan rupa Dr.Syed bila dia tidur?



Wajah tenang yang sedang lena tidur itu dipandang tanpa kerdip. SubhanaAllah! Sempurna betul ciptaan Allah pada hambaNya yang seorang ini. Kalaulah tak memikirkan sikap dia yang macam bagus tu, confirm dah lama dia jatuh hati!

Laju jarinya menjentik perlahan dahi kirinya. Hamboi Tasneem, biasa tu! Sempat lagi nak memuji mamat ni ye! Sudah tu. Kalau dia dah tidur, biarkan. Nanti kalau di kejut, dia mengamuk pula. Yang jadi isu di sini, berani ke dia nak kejutkan lelaki ini dari tidur?

Haruslah tidak!

Makanya, baik undur diri perlahan-lahan dan keluar. Jangan diganggu raksaksa hensem sedang beradu! Tasnem sengih sendiri.

Meja di sisi katil itu sempat juga dijelingnya sekilas. Ehh...Kertas apa yang banyak-banyak dibawanya sampai ke Cameron ni? Entah-entah, kertas komen tentang prestasi praktikal dia kot! Isyhhh...kena baca ni!

Pantas kerusi ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan. Kertas dihadapannya yang kemas bersusun diselak satu persatu sambil dahi berkerut.

 Esterifikasi ? Apa benda pula tu ? Entah-entah, Esterifikasi ni adik beradik amidasi juga tak? Sama saja bunyi hujungnya.  Esterifikasi...Amidasi...haa..sama. Sama. Tasneem sengih sendiri.

“ Aku paling pantang orang sentuh barang-barang aku tanpa tujuan, tanpa izin.”

Pantas fail dihadapannya ditutup sebelum menundukkan kepalanya ditundukkan secara automatik. Adoyai Tasneem! Kantoi pulak dah!

“ Maaf Dr.Syed. Saya tak sengaja.”

“Maaf, maaf. Jangan minta maaf pada aku. Minta ampun dan maaf dari Allah s.w.t!” sedikit tinggi nada suara Dr.Syed ketika itu tapi gaya cakap dah macam penceramah agama pun ada.

Wajah lelaki itu dicuri-curi pandang dalam kesuraman bilik itu.

 Emmm... Dr.Syed pun ada sindrom bangun silap bantal macam abang Emir juga ke ye? Kalau abang Emir tiba-tiba berubah jadi gatal merenyam, Dr.Syed pula bertukar jadi ustaz? Macam tu? Ehh..pelik benar sindrom mereka ni.

“ Aaaa...dari Allah? Tapi yang saya kacau barang-barang....”.

“ Itulah dia. Bila hati tu dah hitam , kesalahan besar gunung pun tak nampak di mata. Yang tak bagusnya di sini, bukan papa dengan mama kau sahaja yang dapat ‘share’... aku yang entah macam mana boleh datang sini ni pun terbabit sama. Dapat juga saham!”.

“ Tak ada siapa pun paksa Dr.Syed datang sini,” balas Tasneem, selamba. Pantas mulutnya diketap perlahan. Macam terlebih saja dia tadi. Terlebih berani!

Tasneem memberanikan dirinya berpaling ke sisi. Wajah serius Dr.Syed buat dia rasa sedikit kecut perut. Kepalanya kemudian di garu perlahan.

Rasanya kan, confirm Dr.Syed ni bangun silap bantal. Tadi, dia  marah bila harta benda dia orang sentuh tanpa izin. Okey, faham. Tapi bila masuk bab saham tu, dia jadi keliru sikit. Apa kaitannya di sini?

“Aaaa..Dr.Syed sudi tak jelaskan hal sebenar dalam bahasa yang lebih mudah? Saya ni, tak berapa nak faham sangat . Dr.Syed nak marah pasal saya sentuh fail Dr.Syed atau nak cerita pasal saham sebenarnya ni? ” Tasneem terus terang.

Syed Nadzhan tepuk dahi. Seketika dia mengeluh perlahan. Bantal peluk di sisinya di tarik ke dalam dakapannya.

“ Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, tanpa ada ikatan...berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan ,pagi-pagi buta..elok ke tu?” Syed Nadzhan menyoal dengan wajah serius.

Tasneem terkedu. Ini mesti dia nak perli pasal hal dia dan Abang Emir tadi. Hehh, cakap tak serupa bikin! Yang mereka berdua tengah buat sekarang ni, apa bendanya pula?

“ Ni, kita berdua..dalam satu bilik ni...tak elok juga. ”

‘ Bila orang bagi nasihat, dengar. Bukan menjawab dan cuba cari alasan lain nak mengenakan orang. ‘

Tasneem mencebik. Telinga dah rasa berdesing. Hati pun dah mula rasa panas. Bibir bawahnya diketap perlahan.

“ Saya bukan ada apa-apa hubungan pun dengan abang Emir tu. Saya anggap dia macam abang saya, itu sahaja. Lagipun, kami  cuma berbual kosong je tadi.”

“ Berbual kosong sambil pegang-pegang tangan sampai masuk dalam rumah? Siap gelak-gelak lagi ”.

Terkedu Tasneem sekali lagi. Dirinya diberanikan merenung lelaki dihadapannya sebelum dia sedikit terkejut bila lelaki itu menghulurkan tangan ke arahnya.

“ Kita tengah berbual kosong sekarang ni and unfortunately, i’m your brother.So, boleh abang pegang tangan Anim sambil kita berbual-bual?” nada suara Dr.Syed berbaur perli.

“ Dr.Syed ni gila ke apa nak pegang tangan saya?” sergah Tasneem sebelum dia bingkas berdiri dari duduk lalu mencekak pinggang.

 Meluat pula dia melihat lelaki dihadapannya ini lebih-lebih lagi bila dia hanya senyum nipis dengan memek muka mengejek.

“ Yang dianggap macam abang, boleh berbual kosong sambil pegang tangan..tapi dengan abang sendiri?”.

Ayatnya dibiarkan tergantung. Sengaja dia berbuat begitu. Biar budak lurus bendul dihadapannya ini berfikir sedikit. Hal agama seperti ini tidak boleh di anggap remeh. Kalau dia beria-ia menjaga auratnya selama ini, kenapa pula batas pergaulannya dibiar bebas tak berjaga?

“ Dr.Syed bukan abang saya!”. Marah Tasneem.

“ Habis tu, kalau bukan abang…siapa? Boyfriend ? ‘.

Panjang muncung Tasneem sebelum dia ketawa mengejek. Boyfriend? Mati hidup semula pun tak akan! Tasneem menjerit dalam hati.

“ Tak kuasanya heh saya nak ada boyfriend macam Dr.Syed! Jadi supervisor saya pun dah cukup mengerikan,’ balas Tasneem bersahaja.

“ Really? Pandai, ada jawatan tinggi….rupa pun boleh tahan….”.

“ Dan juga macam bagus, kedekut dan satu lagi..perasan!” balas Tasneem berani.

Kali ini Syed Nadzhan pula yang terkedu.  Keluhan dilepaskan perlahan biarpun matanya masih tajam merenung Tasneem tanpa berkerdip.
                                      
“ Save the best for the right person who is destined for you.... because you know what ? Tak guna ada rupa lawa, tutup aurat beria-ia tapi batas pergaulan tak tahu nak jaga. Kalau kau tanya aku, aku memang tak minat dengan perempuan touch n go ni. So, tepuk dada, tanya iman!  “

Syed Nadzhan bingkas bangun dan berlalu meninggalkan Tasneem seorang diri, terkedu di situ.

Tasneem ketap bibir.  Kedua belah tangannya di genggam kuat manakala air matanya di halang kuat dari mengalir. Sungguh, hatinya rasa bergetar kuat ketika itu. Marah dan malu bercampur rasa. Biar sedikit kecewa dengan kata-kata tajam dan sinis tadi tapi sebahagian besar darinya seakan meresap masuk, terus ke dalam hatinya.

Save the best for the right person who is destined for you.

Dan adakah tadi, abang Emir orang yang memang sudah tertulis akan jadi jodohnya nanti?

 Perlahan-lahan Tasneem tunduk sebelum menggeleng perlahan. Astahgfirullah al Azim! Afnan Tasneem, apa yang kau dah buat tadi?

************

Tasneem terjaga agak lewat pagi itu.  Pukul 7.15 pagi baru dia sedar untuk bangun solat subuh. Terasa hendak marah dengan Emira kerana tak kejutkan lebih awal tapi bila dilihat katil disebelahnya tersusun kemas, dia jadi hairan sendiri. Ke mana agaknya dia? Beg pakaian pun dah tak ada!

 Entah-entah, ini plan papa juga supaya Emil dan Emira balik awal dengan Dr.Syed dan dia juga Abang Emir dibiarkan berdua-duan di sini? Ahhh..tak mungkin!

Setelah tudung disarung ke kepala, langkah di atur laju ke luar dari bilik itu. Sunyi dan kosong sahaja ruang tamu itu. Dari jauh, kelibat seseorang yang sememangnya tidak dijangkakan sama sekali ada di situ pada waktu itu sedang duduk elok di meja sambil menelek telefonnya. Aikk...dia seorang sahaja ke? Mana pergi yang lain ni?



“ Patutlah sejuk semacam, rupanya baru lepas hujan ye....”. Tasneem sengaja berbasa-basi. Tidak tahu cara terbaik hendak memulakan bicara dengan lelaki ini selepas peristiwa malam tadi. Rasa segan kerana ditegur bercampur aduk dengan rasa hormat pada lelaki berpangkat abang itu.

“ Emir dengan adik-adik dia dah balik awal pagi tadi. Aku pun tak perasan bila mereka bertolak. Baca ni.”

Tasneem menyambut Iphone yang dihulurkan.

Nadz,

Aku dengan budak-budak ni balik dahulu. Ada hal tiba-tiba. Kau jaga Anim baik-baik.. Kita jumpa di KL ye!

Emir.


Dahi Tasneem berkerut panjang. Otaknya pula ligat berfikir kalau-kalau semalam, Abang Emir ada bercakap sesuatu tentang plan untuk balik lebih awal. Tapi fikirannya menemui jalan buntu. Rasanya, tidak ada. Jadi, hal apa pula yang datang buat mereka terkocoh-kocoh balik sampai tak boleh tunggu dia bangun dahulu.

 Tasneem tarik muka masam. Perlahan, dia tarik kerusi dan ambil tempat di sisi Syed Nadzhan.

“ Dah tu, apa kita nak buat hari ni?” Tasneem menyoal, lemah.

“ Apa lagi, baliklah!”.

“ Balik? Alaaa….”. Tasneem sudah tarik muka empat belas. Ini semua salah Abang Emir! Baru datang satu malam sudah sibuk nak balik.

“ Dah tu, tinggal kita berdua saja kat sini apa yang seronoknya lagi? Dah, pergi masuk bilik. Kemas barang.”

“ Tapi kita tak pergi ladang teh lagi!”.

“ Setakat ladang ijau tu..apa yang bestnya?”

“ Best! Pergi Cameron Highlands tanpa ke Ladang Teh memang tak lengkap. Dekat tempat lain mana ada. Lagipun, kalau kita selalu tengok pandangan hijau, mata kita akan jadi sihat tau! Lebih-lebih lagi mata orang yang selalu mengadap skrin computer macam Dr.Syed. Boleh la ye…kita pergi..sekejap saja. Boleh ye?”.

Laju Syed Nadzhan menggeleng. Air Nescafe di dalam mug dihirup hingga licin sebelum bingkas bangun.

“ Kalau setakat itu saja sebabnya, baik kau google semua gambar pemandangan hijau dekat internet. Tiap-tiap hari kau belek. Buat apa susah-susah bazir duit, bazir tenaga ke Cameron Highlands!”.

Tasneem mencebik. Itulah dia pemikiran penyelidik agaknya. Semuanya ada dihujung jari. Semuanya boleh minta tolong pada pakcik google nak terangkan pada mereka. Ada pula You tube nak lihat lebih jelas secara pergerakan. Masalahnya di sini, mana nak sama reality dengan fantasi!

“ Dr.Syed…please..saya teringin sangat nak pergi. Sekejap pun jadilah. Boleh ye! Lepas ni, entah bila lah lagi saya dapat datang ke sini”

Langkah Syed Nadzhan terhenti di hadapan pintu biliknya. Suara yang separuh merayu itu buat hatinya rasa sesuatu. Satu perasaan yang dia sendiri tak boleh tafsir.

“ Dr.Syed..please..please..please”. Tasneem terus merayu dari meja makan dapur yang hanya beberapa tapak sahaja dari biliknya.

“ Hmmm..iyelah.”

“ Yeaaa!! Terima kasih Dr.Syed. Ini yang buat saya sayang dekat Dr.Syed ni!” Tasneem melompat kegembiraan di dapur sambil tersenyum riang sebelum tindakannya terhenti bila bunyi pintu bilik di tutup kuat mengejutkannya.

Lompatannya terhenti, senyumannya pula mati.

Tasneem garu kepala. Tadi kata, boleh pergi tapi kenapa pula dia hentak pintu kuat-kuat macam orang marah? Aku ada silap cakap ke ? Ahhh..abaikan, yang penting sekejap sahaja lagi dia bakal melawat  ladang teh yang selama ini hanya dilihat dalam gambar. Yieehuu!

Ladang Teh...here i come!


*********

“ Terima kasih Dr.Syed! Ini yang buat saya sayang dekat Dr.Syed ni!”.

Pantas Syed Nadzhan menggelengkan kepalanya sebelum kedua belah telinganya ditekup dengan tapak tangan sambil matanya dipejamkan.

Tak! Tak mungkin! Budak tu mesti tak sedar apa yang dia cakapkan tadi sebab rasa teruja sangat dapat pergi ladang teh . Mustahil dia memaksudkannya. Mustahil!

Dan kalau boleh dia recall semula kejadian tadi,  keadaannya tak ubah  macam budak-budak baru dapat gula-gula waktu ayahnya bawa balik ke rumah. Ucap terima kasih dan kemudian cakap, saya sayang ayah!

Perlahan, matanya dibuka semula lantas tersenyum sendiri. Hatinya ketika itu rasa lebih lega dan dan tenang bila telahan itu dibuat berbanding  tadi.

Tapi, pelik juga bila difikirkan semula. Kenapa pula dia  hendak ambil serius sangat tentang hal tadi ? Sebelum-sebelum ini, rasanya sudah banyak kali Aleesya meluahkan hal yang sama padanya tapi sedikit pun tak masuk dalam hatinya. Tapi tadi?

Sebab yang bercakap tadi bukan Aleesya, tapi budak tu!

Budak tu? Alahai, budak lurus bendul macam dia tu kadang-kadang bukan sedar apa yang dia cakapkan pun. Cakap ikut sedap mulut sahaja. Bukannya difikir dahulu.

 “ Encik, jemput minum.”

Lantas Syed Nadzhan berpaling.

“ Maaf, saya tak ada pesan minuman. Awak silap orang rasanya. ”

“ Tidak encik, minuman ini memang kami sediakan khas untuk encik dan isteri encik yang baru saja berkahwin. Encik datang sini untuk berbulan madu kan?”.

Isteri? Bulan madu? Pantas matanya meliar mencari kelibat isteri yang dimaksudkan tuan punya cafe di ladang teh itu.

Perlahan dia mengeluh perlahan bila melihat gelagat Tasneem yang tersengih-sengih sendiri sambil mendepangkan tangannya ala-ala atas kapal Titanic di hujung balkoni cafe yang mengarah ke ladang teh yang terbentang luas.

Huhh..budak macam tu nak jadi isteri dia? Biar betul ni. Macam mana pula dia dengan budak tu nampak macam pasangan pengantin baru?

“ Aaa...emmm. Okey. Terima kasih. Berapa  bilnya ye?”. Soal Syed Nadhzan sambil menyeluk poket belakang jeansnya.

“Ehhh..tak perlu encik. CafĂ© kami memang selalu sediakan minuman khas untuk pasangan bertuah yang datang ke sini untuk berbulan madu. Kami rasa berbangga sangat encik dan isteri sudi singgah ke sini. Selamat pengantin baru ye. Kami doakan encik dan isteri dikurniakan anak yang comel –comel dan kekal bersama hingga ke akhir hayat ”

Pelayan itu kemudiannya berlalu dengan senyuman masih kekal di bibir meninggalkan Syed Nadzhan terpinga-pinga sendirian.  Dia dengan Tasneem = anak comel-comel? Memang mimpi ngeri !Hendak membayangkan pun dia takut.

“ Ehhh, kata tadi nak singgah sekejap saja. Kenapa pesan minuman pula?” soal Tasneem sambil kedua belah tapak tangannya digumpal-gumpal lalu ditiup. Sejuknya macam dalam peti sejuk! Sudahlah angin kuat.

“ Cuba kau hulur tangan kau.

Mata Tasneem membulat. Pantas tangannya di sorok ke belakang.

“ Dr.Syed nak buat apa? Nak pegang tangan saya? Tak boleh! ”

Syed Nadzhan mencebik. Matanya membulat.

“ Eh, kau ni banyak sangat beranganlah. Tak ada maknanya aku nak pegang tangan kau. Hulur la cepat. Aku nak tengok.” Desak Syed Nadzhan dalam nada berbisik namun tegas.

Tasneem ketap bibir. Wajah Syed Nadzhan dipandang berkali-kali sebelum perlahan, tangannya di letak ke atas meja.

Automatik, Syed Nadzhan tersenyum sendiri bila terpandangkan inai di jari Tasneem. Hmmm..patutlah!

“ Kenapa Dr.Syed senyum? Oooo…tengah telek tangan saya ye!”.

“ Tak ada maknanya”.

“ Apa pula  tak ada makna? Orang dulu-dulu cakap, nak tengok perempuan tu rajin atau tidak tengok pada tangannya. Kalau nampak lembut dan licin je, itu namanya pemalas. Tangan jarang masuk dapur..basuh pinggan. Asyik lumur tangan dengan losyen saja!”.

Syed Nadzhan senyum mengejek.

“ Lembut atau tidak, bukan boleh nampak dengan mata kasar. Kena pegang dulu, baru boleh rasa lembut atau kasar. Lain lah kalau warna kulit. Boleh nampak dengan mata, cerah ke, gelap ke, cokelat ke, kelabu asap ke.”

Mata Tasneem membulat. Pantas tangannya ditarik ke belakang sambil menjeling tajam.

‘ Itukan, betul cakap saya. Dr.Syed memang ada niat nak pegang tangan saya. ‘

Syed Nadzhan menjeling sekilas ke hadapannya sebelum menggeleng perlahan.
Kesian. Naif nye budak ni.

“ Aku tak ada masa nak main sorok-sorok tangan dengan kau. Ni, nak turun tengok ladang teh ke tak nak ni? Nanti lambat-lambat matahari dah tegak atas kepala.”

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Tasneem. Hilang terus tanggapannya tadi bila soal ladang teh dibangkitkan.

“ Boleh ke saya nak turun bawah?”.

“ Hmmm..pergilah. Setengah jam sahaja.”
                                          
“ Setengah jam saja? Sekejap nya! Mana sempat saya nak tawaf satu ladang teh ni.”

Mata Dr.Syed mencerlang. Tawaf ladang teh? Biar benar budak ni.
                              
“ Take it or we’re leaving.”

“ Okey, okey. 30 minit pun jadilah. Emmm…Dr.Syed tak nak join sama?”. Tasneem terusan mahu tawar menawar. Mana tahu, kalau Dr.Syed termakan tawarannya kali ini. Dari setengah jam sahaja boleh juga jadi sejam kalau dia mahu ikut sama. Tak salah mencuba kan?

“ Malas,” pendek saja jawapannya.

“Alah, rajin-rajinkan lah. Bukan selalu kita nak datang sini. Lagi pun, saya bosanlah jalan sorang-sorang kat bawah tu.”

‘Kalau bosan. Tak payah pergi. Kita balik je terus. ‘

‘Ehhh....okey..okey. Saya turun sekejap ye. Dr.Syed tunggu sini tau. Jangan tinggalkan saya. Sekejap je tau.’ Tasneem pantas berlalu sambil berlari-lari anak.

‘ Hati-hati. Lantai li..... ‘

‘ Aduhhhh !! ‘.

Dan tiba-tiba sahaja di tengah-tengah ladang teh itu ada pula nangka busuk yang jatuh di tangga.


bersambung.....

p/s: terubat rindu anda pada SN dgn Anim? Sudahkan? Hehehehe..ahaaa..di sinilah Tasneem dgn Dr.Syed gi melawat ladang teh...beshh wooo...


33 comments:

Anonymous said...

terubatla sikit......mmg rindu giler nih :-)

cik ct payung said...

Anim, anim.... Mana la tak kompius abg dr syed tu dgn awak.

Anonymous said...

cpt smbung..please,,,,,huhu

Anonymous said...

Aifa, pls update next entry very soon. Kalau nak tunggu lg seminggu mcmni, sakit jiwa betullah. Masukkan 2, 3 entry sekaligus. Ni pun rasa cam pendek je. Pls.... Promise us u'll update everyday, pls? *wink*. All the best! Love ya Nadz and Anim haha.

Ayu dzulkarnain said...

Salam aifa..
Anim oh anim.. Memang kanak2 rebena. Haa kan dah kene tahzirah pepagi ngan 'abang'.mula2 baca part pegang tangan tu risau gak takut aifa kene hentam..bijak aifa solve benda ni..gud job!!
SN tu nape?dia suka anim ker?
Si Emir lak awat tib2 nak balik ni! Misteri wehh..

Tak sabarbtuk next n3. Thanks

Anonymous said...

bestnye...cepat la sambung lg,,hehe..cik aifa mmg best la.

Anonymous said...

Rindu gila SN yg 'handsome' tu dgn Tasneem.

Waisya Carissa said...

kak aifa... sayang kak aifa lebey la coz postkan bab 14... terubat jugak rindu WC kat Dr. Syed n Anim... alahai anim jatuh la pulak...

NurAtiZa said...

Aduhai dah hujung2 pula boleh buat lawak ye sis...
Kesian nangka busuk(Tasneem) dah jatuh...XD memang tak boleh tahan nak gelak...hehehe

Anonymous said...

Terima kasih Cik Aifa, tapi n3 ni pendeklah, belum puas baca dah habis.Kasihan Tasneem jatuh kat ladang teh! Dr Nadz tak tolong sambutkah? Cepat sambung Cik Aifa ya!

Farra Joe said...

Best!!!
Tpi x puas bca!!!
Huhuhu!!!

Anonymous said...

haha..lawak la yg hujung2 tuu...
nice n3 anyway...luv it!!!!thx aifa

RabaahJunaidi said...

alahai...tak habis2x lagi gaduh dia org ni kan.... tapi sweetttt..
rasanya sikit hari lagi dr.syed memang dah boleh ngam dgn anim ni.
kalau tak mana ada dia nak peduli pasal anim berpegang tangan dgn emir.
aifa.... thank youuuu...

Eijan said...

Wah...ayat menusuk kolbu...'save the best for d right person who destined for u'...siapakah itu....dlm hati SN sudah ada taman tp cuba dinafikan...klu x tak kan x marah bila anim kata ' ...ini yg syg sgt kat Dr. Syed' dan ucapan slmat berhoneymoon tu...

Aifa cepat2 smbg nak tau apa bebelan SN bila Anim jatuh mcm nangka busuk tu....lagi kuat perli dia klu terpaksa papah si anim tu....

Anonymous said...

Update lg . Bestlh citer ni.

Anonymous said...

kenapa pendek sgt.... dah le tguuu lama. rindu drn dr.syed N tasneem.
Cpt222 sambung

syiela said...

thanks ye terubat rindu

Bellaameera said...

Whoa... best tp pendeklarrr..heheheh

Kaisara Aisy said...

Bila la Syed ni nk sedar perasaan dia y sbnarnya..
Nk n3 seterusnya hihi..

Anonymous said...

Gamba sape tidur dicekau nye niii

Anonymous said...

Btol tuuuu...nk la lg!!! Smggu lma sgt

fatyn said...

ble nk smbg n3 yg strsnye.... Xpn ble nvlnye nk kua.. Dh x sbo dh nie...

HUDAPIS said...

sgt comel je post ni... hehehe.. anyway, mmg sgt2 rindu kat diorg.. thanks!!

hudaghazali

ciknie said...

ayt mmg nk kerek je kn Dr syed nie 'baik kau google smua gmbar pmndangan hjau dkat internet.tiap2 hari kau belek.' hahahahahaha..psgan bkhwin ag ptt la rpe2 nyew tasneem pkai inai da

veronika niedlich said...

alaa..pendek sgt...x puas bc...huhuhu...plse update cpt2...

Anonymous said...

Saya syg dgn dr syed jugak!!! Hik hik hik .. Peminat tegar ni ...
~suzana adnan~

Anonymous said...

Lmenye utk next n3,,,, X syg Dr Syed lh mcm ni :(

naie said...

sweeeeet <3 <3
xsabaq nk baca smpai habis..
cita nih ad plan nk dterbitkan ke?

Anonymous said...

Next En3 pleaseeee !

Anonymous said...

dah tak sbar sgt for the next n3!
wuhuuuu!

Farra Joe said...

Lma lgi ker nk tggu next entry???

Anonymous said...

entah bila baca dah macam jalan citer isteri separuh masa

RinsyaRyc said...

wikikiki... comelnya tuan syed tido...

masa tasneem balas tuan syed
'jadi supervisor' serius cool. keh3.
tpi masa si tuan syed ni ckp perempuan touch n go, wajiblah sebagai tasneem rin akan balas, huk aloh... mcm aku nak dngan kau pun! <--ayat balas dendam.

tpi ayat save the best for the right person, serius sentap. kalau ada lelaki hensem ckp mcm tu kat rin, mau bergolek seminggu kat katil berendam air mata. perghhh!

comel arr tuan syed pegi ingat ayat-ayat 'SAYANG' si aneem. gerenti sentap habis. Yelahkan mana ada perempuan yg pernah cakap sayang depan2 muka dia (lgi2 perempuan yg dia dh ada perasaan sikit2) kih2

rin pun nak pi ladang teh.... x pernah pegii.. :3

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon