“ Apa kamu kata Nuqman? Kamu nak kahwin? Bila?”. Mencerlang mata Datuk Iffan mendengarkan penjelasan anak bujangnya sedang mereka bersantai di hadapan televisyen, malam itu.
“ Bulan depan”. Serentak dengan itu Datuk Iffan berdiri tegak menghadap Nuqman Hakim sambil mencekak pinggang.
“ Kamu sedar taka pa kamu cakap ni Nuqman? Kamu belum habis belajar lagi. Kamu nak bagi budak Zara tu makan apa nanti?”.Datin Zaharah yang tadi hanya jadi pemerhati kali ini bangun, menenangkan suaminya. Bimbang tekanan darahnya meningkat mendadak mendengar perkhabaran itu.
” Abah, Nuqman tinggal setahun saja lagi.Lepas ni, Nuqman kerja dengan abah. Zara pun dah habis belajar,tengah tunggu panggilan kerja. Tak akan ada masalah”. Tenang sahaja Nuqman menjawab. Riak wajahnya selamba seakan-akan berita itu tidak ada apa.
” Itu abah tahu. Tapi apa salahnya kalau kamu habiskan dulu belajar? Bukan abah nak halang kamu kahwin, tapi sekurang-kurangnya habiskan belajar. Kamu tu lelaki. Kamu yang patut tanggung Zara. Bukan dia!”. Sedikit tegas kata-kata Datuk Iffan kali ini. Sungguh dia tidak percaya yang Nuqman akan buat keputusan begitu. Nuqman anak yang baik, mengikut kata.Kenapa tiba-tiba dia buat keputusan begitu?
” Betul kata abah tu Nuqman. Tak perlu tergesa-gesa hal kahwin ni. Kami semua sukakan Zara. Kamu janganlah risau”. Kata-kata Datin Zahrah disambut dengan dengusan kasar sesorang di sebelahnya.
” Entah-entah dah terlanjur. Itu sebab sibuk sangat nak kahwin”.
” Adik! Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan. Zara bukan perempuan macam yang kau dok usung ke hulu ke hilir tu” tingkah Nuqman.
” Adik bukan nak buat cerita.Tapi apa lagi sebab utama nak kahwin awal, kalau bukan sebab tu? Perempuan sekarang, pakai saja tudung tapi sebenarnya nak tutup perut yang makin besar tu”.
” Luqman!”. Nuqman Hakim sudah berdiri menghampiri adiknya. Kesabarannya memang sentiasa tercabar setiap kali dia berhadapan dengan Luqman Hakim.Entah apalah malang nasibnya kali ini bertembung cuti dengan Luqman.
” Sudah tu! Kamu berdua ni, memang tak boleh berjumpa. Asal berjumpa, nak bergaduh saja”. Nuqman duduk semula bila ditegur Datuk Iffan. Datin Zahrah pula hanya mampu mengeluh panjang. Tangan Nuqman di tarik ke sisinya.
” Nuqman, Nuqman dah fikir panjang-panjang ke pasal ni?”. Nuqman Hakim angguk laju.Datin Zahrah mengeluh lagi. Sekilas dia memandang ke wajah suaminya yang kelihatan sugul.
” Abah, ummi. Zara perempuan yang baik. Nuqman tak mahu kehilangan dia. Nuqman risau, nanti bila dia dah mula kerja dia akan berubah hati pada orang lain”. Luqman Hakim hanya mencebik mendengarkan alasan abangnya.Meluat, menyampah berbunga-bunga di hatinya. Macam tak ada perempuan lain dalam dunia ni!Zara..zara.zara. Entah apa yang bagus sangat perempuan tu.Cun sangat ke?
“ Ummi faham maksud Nuqman. Tapi, kahwin ni bukan untuk sehari dua. Kamu kena ingat tu. Seboleh-bolehnya sampai akhir hayat. Apa kata kamu bertunang dulu? Lepas habis belajar, kamu kahwin”.
Nuqman Hakim geleng kepala.Tidak bersetuju dengan cadangan umminya.
“ Bertunang, lagi banyak dugaan ummi. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nuqman tak mahu jadi macam tu. Nuqman nak terus nikah saja ummi, abah. Lepas ni, Nuqman boleh fokus pada belajar”.
Luqman Hakim yang hanya mencuri dengar perbualan abangnya, sekali lagi mencebik.
Kot ye boleh fokus! Nanti dah nikah, dapat anak pulak. Pelajaran entah ke mana!
“ Baiklah Nuqman. Nanti abah dengan ummi jumpa family Zara. Tapi kamu kena janji dengan abah, bawakan abah ijazah kamu ye”.
Tersentap Luqman Hakim seketika mendengar suara abahnya. Biar betul abah ni!
” Haa...Luqman. Kenapa kamu buat muka tak puas hati tu? Kamu pun nak kahwin juga?”. Usik Datin Zahrah. Luqman Hakim menjuihkan mulutnya pada Nuqman.
” Orang muda lagi lah ummi. Tak adalah despreate nak kahwin macam orang tu”. Perli Luqman Hakim sambil berlalu menuju ke bilik nya di atas.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
” Kau serius nak kawin beb?”. Nuqman Hakim menoleh taktala ada suara menegurnya.Pertanyaan adiknya di balas dengan anggukan sahaja.
” Dah fikir panjang dah?”. Kali ini dia mengangguk pula. Tangannya masih lagi menabur makanan ikan ke dalam kolam kecil di taman rumah mereka itu.
” Muda lagi ni kot! Kau jangan menyesal sudah sebab tak sempat nak enjoy”. Nuqman menjuihkan bibirnya. Enjoy.Enjoy.Enjoy. Itu sahaja agaknya yang ada dalam pemikiran Luqman.
” Dah kahwin, tak bermakna tak boleh enjoy”. Luqman Hakim gelak besar lalu mengambil tempat di sisi Nuqman.
‘ Beb...dah kahwin, mana boleh keluar selalu. Balik lewat malam pun tak boleh. Apa yang bestnya?Haaa...aku peliklah apa sangatlah bagus si Zara tu sampai kau beria-ia nak kahwin cepat ni? Dah lah tu, dia tua dari kita kan?”.
‘ Mana kau tau pasal dia? Kau kenal dia?”. Cepat-cepat Nuqman memotong. Bimbang pula dia bila Luqman bercerita tentang Zara. Bukan sekali dua, dah berpuluh kali apa yang dia ada akan bertukar jadi milik Luqman. Sebab itulah dia tak mahu bertunang. Bimbang dalam proses bertunang, Zara akan berubah hati pada Luqman pula.
Mungkin rupa mereka seiras, tapi dia sendiri mengakui yang Luqman Hakim mempunyai keistimewaan dan aura sendiri yang boleh menyebabkan ramai perempuan jatuh hati padanya.Bimbang juga dia jika Zara juga begitu.
“ Bebb..aku mana kenal awek kau tu. Macamlah kau pernah tunjuk gambo dia pada aku. Ummi yang cerita tadi.Ehhh..minah tu tau tak pasal aku?”. Beria-ia Luqman bertanya sambil tersengih.Nuqman Hakim mendengus kasar.
‘ Buat apa aku nak cerita pasal kau pada dia? Dia bercinta dengan aku, Nuqman Hakim. Bukan kau, Luqman Hakim”.
Luqman Hakim menjelirkan lidahnya. Geli pula dia mendengar cerita cinta abangnya. Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! So, untuk apa bercinta? Mengarut! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Itu saja kitaran ’cinta’ bagi dirinya.
”Kenapa? Kau takut kalau dia jumpa aku dia akan berubah hati, macam tu? Bebb...hal jodoh , aku tak mau rebut dari kau. Semua dah tertulis. Tapi, kalau dah jodoh aku dengan si Zara tu..apa boleh buatkan?”. Luqman Hakim ketawa kecil sambil menepuk perlahan bahu abangnya sebelum dia berlalu meninggalkan Nuqman Hakim dengan 1001 rasa bercampur aduk.
*********************************************************************
Persiapan perkahwinan hampir sempurna. Ramai sanak saudara berkampung di Villa Aman sejak seminggu yang lalu.Pagi itu, mereka semua akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk majlis akad nikah Nuqman malam nanti.
Mak Ngah, Pak Lang, Mak Teh dan Pak Cu akan berkampung di rumah Kak Long setibanya mereka di Kuala Lumppur nanti.Almaklum, anak mereka ramai. Duduk di hotel pun tak berapa selesa nanti.
Hanya Datuk Iffan sekeluarga dan juga Pak Ndak dan isterinya yang akan menginap di hotel dimana majlis akad nikah akan berlangsung.Itu pun kerana Pak Ndak dan isterinya yang bertanggunjawab menghias segala hantaran perkahwinan.
Setelah 4 jam perjalanan, mereka tiba di Pan Pacific Hotel, berdekatan dengan bangunan PWTC dan Pusat Membeli belah The Mall. Setelah check in, masing-masing merehatkan diri sementara menunggu majlis malam itu.
Luqman pula sibuk menonton rancangan kartun kegemarannya di You Tube. Entah kenapa karakter kartun ’Dibo the gift Dragon’ menarik perhatiannya. Lebih-lebih lagi bila dia menyanyi dan menari.
Sedang dia kusyuk menghadap komputer ribanya, pintu biliknya diketuk.
” Masuk”.
Perlahan-lahan pintu biliknya terbuka.
” En. Nuqman. Saya nak kena solek Encik sekarang. Mangrib dah masuk dah tadi. Lagi sejam majlis akan bermula”. Cepat-cepat Luqman mengangkat mukanya.
” Beb...aku bukan Nuqman la. Nuqman kat bilik sebelah la”. Balas Luqman lalu mendengus kasar. Kacaula!
” Ohhh..maaf. Silap bilik”. Mencicit keluar Pak Andam keluar dari biliknya. Luqman hanya menggeleng lantas menyambung semula menonton rancangan kegemarannya. Tak sampai 5 minit, pintunya diketuk kasar.
” Beb..aku dah cakapkan..aku bukan Nuq...”.
” Adik, adik kena tolong kakak dik!”. Terperanjat Luqman seketika melihatkan kehadiran kak Long nya di situ dengan wajah pucat lesi.
” Apehal n i kak...cuak aje adik nampak. Kena kejar hantu ke?”. Luqman ketawa kecil. Jarinya laju menekan butang ’pause’. Nak tengok Dibo pun tak senang!
” Lebih dari hantu adik. Adik kena tolong, walau apa pun alasan. Ini untuk maruah keluarga kita!”.
Kaku Luqman seketika.Sekilas dia memandang ke wajah Kak Longnya. Serius. Tak ada nampak macam nak melawak atau mengenakannya seperti selalu.
” Macam serius saja Kak Long ni”.
” Memang serius la! Adik kena tolong akak. Adik saja yang boleh tolong”. Luqman mengeluh panjang. Macam berat saja ni.Apehal ni?
”Adik tak janji.Kalau adik mampu, adik tolong Kak Long.Apa dia, cakaplah?”. Luqman kini sudahpun berdiri di hadapan Kak Longnya.
” Adik tolong pakai baju ni. Gantikan Nuqman”. Sepasang baju melayu putih yang cantik bersulam di leher di hulurkan padanya. Luqman terasa dirinya seperti disambar petir.Seketika dia cuba mengulang semula kata-kata kakaknya sebentar tadi.
” Ganti Nuqman? Untuk apa? Mana dia? Sakit?Kalau dia sakit, tundalah majlis ni sampai dia sihat. Apesal pula adik yang kena ganti dia. Ini hal nikah kawin kak. Bukan main kawin-kawin macam kita kecik dulu!”. Luqman berpaling lalu mengatur langkah ke arah koridor bilik hotel itu. Tak logik! Sungguh tak logik permintaan Kak Long.
Nuha Aleesya mengeluh perlahan.Seketika dia mengatur langkah mendekati adik bongsunya.Perlahan-lahan dia memegang bahu adiknya.
” Luqman, akak bukan saja-saja dan bukan main-main tentang hal ini. Akak serius. Nuqman dah tak ada. Dia dah hilangkan diri.Cuba adik baca surat ni”. Sekeping sampul surat dihulurkan pada Luqman.
’ Abah, ummi dan keluarga yang lain..maafkan Nuqman. Nuqman terpaksa pergi. Nuqman mintak maaf kerana banyak menyusahkan semua orang.Nuqman terpaksa pergi.....Yang benar, Nuqman Hakim’
Perlahan-lahan surat di tangannya di ramas kasar hingga jadi gumpalan. Luqman Hakim mengetap bibirnya menahan geram.
Kau memang pengecut Nuqman!Larikan diri pada hari nikah. Kau ingat ni cerita hindustan ke apa??!!!
Kertas ditanggannya di baling ke dinding.Punggungnya di henyak kasar ke atas katil.
” Tolong akak Luqman. Majlis ni perlu diteruskan. Malu kita nanti kalu orang tahu Nuqman lari.Abah pun bukannya sihat.Akak risau, abah jatuh sakit nanti. Tolong ye Luqman..tolong pakai baju ni”.
Luqman Hakim hanya mampu mengigit-gigit tangannya ketika itu. Perasaannya bercampur aduk.Antara maruah keluarga dan juga pendiriannya berlawanan.Memang tak pernah ada difikirannya untuk kahwin semuda itu, lebih-lebih lagi dengan perempuan yang tidak dikenalinya.
”Adik tak naklah kak. Adik tak mahu kahwin lagi.Kita batalkan saja majlis ni kan senang?”.
” Tak boleh dik.Ini melibatkan maruah keluarga kita. Malu kita nanti. Kita yang beria-ia pinang anak dara orang, pastu pada hari nikah, kita batalkan”. Luqman mendengus kasar.
”Kalau adik kahwin dengan perempuan tu,apa akan jadi lepas ni kalau Nuqman balik? Nanti dia tuduh adik rampas hak dia, macam selalu ”.Nuha menggeleng perlahan.
” Kalau waktu tu datang nanti, biar akak yang setelkan.Yang penting sekarang, majlis ini perlu diteruskan”.
”Macamana adik nak kahwin dengan perempuan yang adik tak kenal?Tak logik la kak!”. Luqman Hakim terusan membentak. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dirinya jadi pengganti Nuqman.
” Adik tak kenal dia, tapi kami semua kenal dia.Dia perempuan yang baik. Kalau adik jumpa dia, mana tahu mungkin adik akan suka dia juga”. Luqman mencebik.Yakin sangat Kak Long ni!
” Kalau adik setuju, boleh adik ceraikan dia lepas kami nikah nanti?”. Nuha termenung panjang mendengarkan soalan Luqman Hakim.Bernikah untuk diceraikan?Kasihannya Zara!
”Terpulang pada adik.Kuasa kat tangan adik.Tapi akak harap, adik beri peluang dulu pada Zara.Kenal hati budi dia dulu.Kalau betul adik rasa tak serasi dengan dia, adik buatlah apa yang patut”. Luqman mengangguk faham.
” Abah dengan ummi tahu?”. Nuha menggeleng perlahan.
” Buat sementara, kita rahsiakan dulu dari mereka. Kalau adik setuju, yang tahu hanya akak, adik dengan Abang Joe”. Pak Andam yang bernama Abang Joe di jeling sekilas oleh Luqman.Dia mengeluh lagi.
”Perempuan tu?”.
” Maksud adik, Zara? Kita tak boleh begitahu dia. Kalau dia menolak macam mana? Majlis ni terpaksa dibatalkan”.
” Tapi bukan ke zalim kalau kita buat macam tu pada dia kak? Terang-terang dia sendiri tak tahu kewujudan adik. Apa nanti dia rasa kalau dia nikah dengan orang lain yang muka serupa dengan bakal suami dia?”. Berkerut-kerut dahi Luqman Hakim berkata-kata. Sesekali dia menyumpah dalam hati dengan tindakan Nuqman.
” Zara perempuan yang baik.Lepas nikah, kita terangkan pada dia baik-baik. Mungkin dia boleh terima adik, macam dia terima Nuqman”.
” Tapi kak..adik bukan Nuqman! Boleh ke dia terima adik?Masa akad nikah nanti, tak kan adik nak guna nama Nuqman?”. tempelak Luqman Hakim. Matanya mula berkaca. Perkara tak dijangka seperti itu sesungguhnya memang menggugat kesabarannya.Dia masih muda! Kenapa dia yang perlu diheret dengan masalah yang dimulakan oleh abang kembarnya?
” Jangan risau dik. Tak siapa akan perasan kalau tok kadi sebut nama adik. Nama adik dengan Nuqman hampir sama.Guna saja nama adik. Ini borangnya, adik isi ye”. Luqman hanya mampu memandang kosong ke arah kertas yang dihulurkan ke padanya.Sekilas dia menjeling ke arah nama pengantin perempuan. Mya Zara bt.Harith.Huhhh...agak-agaknya bagaimanalah rupa dia ni?
Terasa ringan saja tangannya menulis nama di atas borang itu.Tanpa sedar, borang itu di hulur semula pada kakak nya. Nuha Aleesya senyum sambil air matanya mengalir perlahan. Tubuh adik bongsunya ditarik perlahan lalu dipeluknya.
” Terima kasih dik.Adik dah selamatkan maruah keluarga kita. Kakak sayang sangat pada adik”.
*********************************************************************
Majlis pernikahan malam itu berlangsung dengan jayanya tanpa siapa pun menyedari ketidakhadiran Nuqman. Dengan sekali lafaz sahaja, Mya Zara sah menjadi isteri Luqman Hakim. Usai makan malam, Luqman terus beredar ke biliknya tanpa menunggu semua tetamu pulang. Dia letih dan penat kerana terpaksa berpura-pura di hadapan semua orang. Esok, dia perlu meneruskan lakonannya pada hari persandingan pula.
Dia hanya merenung kosong ke arah cincing di jarinya. Sesekali dia mengeluh panjang. Kenapa sesenang itu dia menerima idea ’kahwin ganti’ yang diusulkan kak long? Ahhh...semuanya kerana ummi dan abah. Sebab merekalah dia sanggup terima tanggungjawab yang asalnya bukan untuk dia.
Sesekali dia mengurut perlahan bibirnya dengan jari.Tadinya, kali pertama dia mencium dahi seorang perempuan. Entah kenapa hatinya berdebar kencang, macam kali pertama jumpa tok mudim dulu!
Sempat juga dia mencuri pandang wajah isterinya. Cantik! Kulit putih mulus, mata bulat,mulut kecil comel.Kenapalah agaknya Nuqman begitu bodoh tinggalkan perempuan secantik itu di hari nikahnya?
Cepat-cepat Luqman beristighfar dalam hati. Zara bukan haknya! Dia tak boleh ada apa-apa perasaan pada Zara sebab dia hanya pengganti Nuqman.Bila Nuqman pulang nanti, dia akan pulangkan semula Zara. Dia tak mahu terusan di tuduh perampas oleh Nuqman!
Perlahan-lahan pintu diketuk dari luar. Tanpa mendengar balasan, pintu dibuka.
” Luqman, bilik Luqman di sebelah.Bilik Luqman, Kak Long dengan abang Ikmal yang duduk untuk malam ni ye”. Luqman menepuk perlahan dahinya. Hampir terlupa dia dibuatnya.Perlahan-lahan patung ’Dibo The Gift Dragon’ di atas katilnya di capai.
” Aikk..dah ada isteri pun, tak kan nak peluk Dibo kot”. Usik Nuha sambil tersengih panjang.Luqman mencebik.
” Sorry sikit ek...isteri atas kertas saja tu. No feeling at all!” balas Luqman sebelum berlalu.
**************************************************************
“ Assalamualaikum…..”.
“ Waalaikumsalam”. Mya Zara yang sejak tadi hanya duduk di hujung birai katil memandang sekilas kea rah suaminya yang baru sahaja masuk ke bilik mereka. Hairan juga dia, seingatnya suaminya itu sudah lama meninggalkan majlis tapi kenapa baru sekarang dia masuk ke bilik?
“ Errr..awak penat? Saya buatkan air ye”. Cepat-cepat Mya Zara bangun lalu menuju kea rah pantry kecil di bilik itu untuk mengambil cerek elektrik. Belum sempat dia melangkah ke bilik air, tangannya di tarik perlahan.
“ Duduk Zara. Aku ada hal nak cakap sikit dengan kau”. Tegas. Berkerut dahi Mya Zara seketika mendengar cara percakapan suaminya. Sejak bila Nuqman membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’ dengannya?Ahhh..mungkin dia penat agaknya. Sebab itu kasar sikit bahasanya.
“ Ye, ada apa?”.
“ Kau gembira ke?”. Luqman berkira-kira nak memulakan percakapannya.
“ Perempuan mana yang tak gembira, dapat menikah dengan lelaki yang dia sayang”. Balas Mya Zara sambil tersenyum.
“ Betul. Tapi rasanya, aku bukan lelaki tu”. Luqman Hakim berpaling menghadap tingkap bilik itu. Terasa berat, tapi dia perlu berterus-terang malam itu juga.
Tersentap Mya Zara seketika. Hairan dengan sikap Nuqman yang semakin berlainan lagaknya.
”Maksud awak? Saya tak faham”.
“ Aku bukan dia. Kau faham tak…aku bukan dia!” jerit lelaki yang menikahinya beberapa jam yang lepas
“ Apa maksud awak Nuqman? Awak bukan dia? Zara tak faham!”. Mya Zara menarik lengan suaminya yang sejak tadi membelangkanginya.
Lelaki itu berpaling. Tiba-tiba kepalanya di pegang kuat Luqman.Luqman mendekatkan mukanya ke wajah mulus Mya Zara.
“ Cuba kau tengok muka aku betul-betul. Kau perhati betul-betul muka aku. Kau kenal tak aku ni siapa?”.Suara lelaki itu masih tinggi seperti tadi. Mya Zara semakin binggung. Sungguh dia tidak faham dengan pertanyaan suaminya itu.
“ Awak, Nuqman Hakim.Ssss..suami..suami saya”. Jawab Mya Zara, terketar-ketar. Lugman tertawa besar.Betullah kata Kak Long, tak ada siapa yang sedar kehilangan Nuqman.Pegangan dilepaskan lantas dia menghenyakkan punggungnya di atas katil yang dihias indah.
“ Perempuan suci macam kau ni, memang bodohkan? Suami sendiri pun tak kenal ‘. Luqman Hakim terus tertawa tanpa henti. Mya Zara tersentak. Apa maksud lelaki ini sebenarnya ?
‘ Nuqman ! Kenapa dengan awak ni, awak janganlah bergurau yang bukan-bukan ‘. Balas Mya Zara. Mukanya kini sudah bertukar serius.
‘ Kau nampak muka aku macam bergurau ke ? Aku bukan dia! Kan aku dah kata, aku bukan dia! Kau tak faham lagikan?Aku bukan Nuqman, aku Luqman!”.
“ Luqman? Luqman Hakim?”. Tawa Luqman Hakim terhenti. Dia mengangguk perlahan.
”Tak mungkin!Tak mungkin!Saya tak percaya! Awak Nuqman!”. Mya Zara sudah pun terduduk di atas katil.Dadanya berombak, bila-bila sahaja air matanya akan mengalir.
” Kau mesti tak tahu kan yang Nuqman ada adik kembar? Aku lah kembar dia, Luqman Hakim.Tak percaya? Ini IC aku”. Terketar-ketar tangan Mya Zara menyambut IC yang dihulur oleh Luqman.Luqman Hakim bin Iffan.Lahir pada 24 September 1982. Sama tarikh lahir dengan Nuqman! Kenapa selama ini Nuqman tak beritahu yang Luqman adalah adik kembarnya?
”Ya Allah!Apa dah jadi ni? Mana Nuqman? Kenapa awak yang ada kat sini? Panggilkan Nuqman! Saya silap bilik ke? Mana satu bilik Nuqman?”.Mya Zara bingkas bangun lalu mengatur langkah ke muka pintu tapi tangannya sempat di tarik oleh Luqman dari belakang. Tarikan yang agak kuat menyebabkan Mya Zara terpusing ke belakang lalu terdorong ke dalam pelukan Luqman Hakim. Luqman mengemaskan pelukan itu.
”Lepaskan saya Luqman. Saya bukan muhrim awak.Berdosa kita dalam keadaan macam ni. Saya nak carik suami saya, saya nak cari Nuqman!”. Mya Zara meronta-ronta. Hatinya terasa takut dengan tindakan Luqman. Bukan Nuqman tidak pernah bercerita dengannya tentang sikap adiknya yang kaki perempuan itu.
” Ehhh perempuan, apa kau merepek ni? Suami kau ada kat sinilah. Aku suami kau”. Makin kemas pelukan Luqman pada Mya Zara.Bimbang juga dia kalau Mya Zara mengamuk besar sampai pengetahuan Ummi dan Abah.
” Bohong!Awak bohong! Saya nak cari suami saya. Nuqman! Nuqman!”.
Sedang Mya Zara meronta-ronta ingin melepaskan dirinya, pintu bilik itu terbuka. Melihatkan kehadiran Nuha Aleesya, cepat-cepat Luqman melepaskan pelukannya membiarkan Mya Zara berlari ke arah Nuha.
” Apa bising-bising ni adik? Buat malu saja kalau orang dengar”. Perli Ikmal bersahaja tanpa mengetahui hal yang sebenar. Luqman mendengus kasar.Seketika dia berpaling dan mengatur langkah ke arah katil.
” Kak Long, tolong Zara. Mana Nuqman?”.
” Laaa Zara ni. Itukan Nuqman?”. Balas Ikmal. Nuha disebelah hanya menjeling tanpa kata.
” Zara, kita masuk dulu ye. Kita bincang baik-baik”.
” Tak mahu kak! Zara nak jumpa Nuqman, mana Nuqman kak? Zara nak cari suami Zara”. Bentak Mya Zara sambil air matanya terusan mengalir.Takut, bingung bercampur aduk di hatinya.
‘ Zara, itulah suami Zara. Luqman. Nuqman tak ada.Tadinya, Luqman yang menikahi Zara. Bukannya Nuqman”. Ikmal yang tak tahu apa-apa tergamam tanpa kata. Surat yang di renyuk oleh Luqman petang tadi dihulurkan oleh Nuha Aleesya pada Mya Zara sebelum dia menceritakan hal sebenarnya.
Air mata Mya Zara mengalir deras tanpa hentinya.Terhincut-hincut bahunya menahan kesedihan.
‘Sampai Hati Nuqman buat Zara macam ni Kak Long! Apa salah Zara? Kalau dia tak sayangkan Zara lagi, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa tinggalkan Zara di saat-saat akhir macam ni?”.
‘Kak Long pun tak pasti Zara.Akak pun tak percaya Nuqman sanggup buat macam ni. Zara jangan salahkan Luqman ye. Akak yang paksa dia gantikan tempat Nuqman. Zara tahukan, abah ada sakit jantung,ummi pula tekanan darah tinggi.Akak terpaksa buat macam tu untuk teruskan majlis.Luqman tak salah”. Sekilas Mya Zara memangdang ke wajah Luqman Hakim yang hanya tunduk memandang lantai sejak tadi.
Sungguh tak ada beza antara Luqman dan Nuqman. Cuma Luqman sedikit kasar berbanding abangnya.
”Macam nilah, hal ini habis kat dalam bilik ini saja ye buat sementara waktu.Kalau boleh, jangan sampai family kita tahu sehingga semua majlis berakhir.Lepas majlis, kita akan bincangkan semula hal ini. Kamu berdua tidurlah. Dah lewat ni. Esok, nak bersanding lagi”. Mya Zara mengangguk perlahan sambil menyeka air matanya yang masih bersisa.Luqman Hakim berlalu entah ke mana meninggalkan Mya Zara seorang diri.Kesempatan itu di ambil oleh Mya Zara untuk membersihkan dirinya.
Usai solat isyak, Luqman masuk semula ke bilik itu sambil menjinjit beg plastik. Mya Zara hanya duduk, tunduk di hujung katil.
” Nah..letak kat mata kau tu”.Tersentak Mya Zara bila dua hirisan nipis timun dihulurkan padanya. Dia memandang kosong ke wajah Luqman.
”Letak kat mata kau tu masa tidur nanti. Tidaklah esok bersanding mata bengkak, sembab! Nanti orang kata aku dera kau pulak”. Arah Luqman. Mya Zara hanya mengangguk tanda faham. Seketika dia memandang lagi ke wajah Luqman. Riak mukanya sekan ingin bertanya sesuatu, tapi takut-takut.
” Ada apa lagi ni?”.
” Err...awak nak tidur dah ke?”. Luqman mendengus kasar.
“ Cuba kau tengok jam pukul berapa. Pukul 1 pagi dah. Kau nak suruh aku buat apa lagi?”.
‘Aaa..errrr”.
‘ Kenapa? Kau nak layan aku malam ni?”. Terbeliak mata bulat Mya Zara mendengarkan pertanyaan Luqman. Bantal kecil di atas ribanya di peluk kuat. Bibirnya di ketap perlahan. Tiba-tiba Luqman ketawa kecil.
” Kau jangan risaulah. Aku tahu, aku bukan Nuqman. Aku tak kan paksa kau. Bila sampai masa, mungkin bila Nuqman balik nanti aku akan pulangkan kau semula pada dia.Buat sementara, demi ummi dengan abah aku nak kau jadi isteri aku. Apa pun, aku izinkan kau buat apa yang kau suka. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku”.
” Tapi.....”.
” Dah..pergi tidurlah.Nanti kalau aku mintak bukan-bukan kau juga yang susah”. Sengaja Luqman mahu mengusik Mya Zara. Mya Zara hanya mengangguk perlahan.
” Luqman, macamana nak letak timun ni?”. Luqman mencebik.
” Dah, baring cepat.Aku pakaikan.Itu pun tak tahu!”. bebel Luqman.Perlahan-lahan dia meletakkan timun di sebelah mata kiri Mya Zara yang terpejam rapat dan kemudian mata kanannya. Sempat juga dia memerhatikan wajah isterinya itu.
Lebih lama dia memerhatikan wajah itu, dadanya makin berdegup kencang. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Pemikiran nakalnya cuba dibuang jauh-jauh. Sekalipun dia halal untuknya,ini bukan masa yang betul!
” Dah sudah ke Luqman?”. Luqman tersentak seketika bila ditegur.
” Hmmm..dah. Tidur lah lagi. Jangan pikir apa-apa dah”. Balas Luqman bersahaja.
” Terima kasih Luqman, sebab dah selamatkan maruah saya, maruah keluarga saya”. Mya Zara tersenyum dengan matanya bertutup hirisan timun. Luqman terdiam seketika. Mungkin betul kata Kak Long, Mya Zara perempuan yang baik. Kalau perempuan lain, mau satu malam di amuknya!
”Hmmm...ye lah.” Ringkas dan pendek saja jawapan Luqman.Bantal di atas karpet itu ditepuk-tepuk perlahan. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di atas bantal. Patung dibo dipeluknya membelakangi katil.
” Luqman....”.
”Apa lagi ni??”. rungut Luqman lalu berpaling. Tiba-tiba tangannya di capai lalu dicium perlahan oleh Mya Zara.
” Selamat malam. Maafkan saya,sebab awak terpaksa tidur kat sini malam ni”.Luqman senyum nipis.
” Apa-apa sajalah. Aku nak tidur ni. Lagi sekali kau kacau aku, aku suruh kau tidur dengan aku”. Ugut Luqman bersahaja. Mencicit Mya Zara berlari naik ke atas katil.Luqman tersenyum lagi. Menarik juga minah ni. Tapi sayang, dia milik Nuqman. Luqman mengeluh panjang. Tak sampai 5 minit, dia sudah pun berdengkur kepenatan.
9 comments:
nice intro..
tq dear...lambat baru post prolognya...kat p2u pun baru post..hehehe
wlaupun prolog tp besh sngt...
byk confius la luqman & nuqman nma hmpir sama..hurmm...
missfie : tqvm dear
anon: yup...quit confius sbb nama mereka sama...tp perwatakan mereka berbeza :-)tq sbb sudi bace novel ni ye
t'tanya2, kenapa ye Nuqman lari? kesian kat Luqman~ kesian kat Mya~ pelik sbb Nuqman yg beria nk kawen tp di saat2 akhir hilang mcm tu je..
best... a'a btol ckp fasha... WC pon ttanya2 nape nuqman lari coz dia yg beria2 nak kawen
best sgt2 cte nih...like3...
^_^
Post a Comment