“Yang kamu suka sangat makan benda huruf M ni dah kenapa?Apa
yang sedapnya?” soal Tok Ayah sambil dok belek bekas kertas berisi kentang
goring itu berkali-kali.
“Tok Ayah nak tahu kenapa ? Sebab dia huruf M. Bunyinya pula
macam ni...Emmmm....sedapnya. Cer Tok Ayah tukarkan huruf M kepada N.
Ennnn...tak sedap bunyinya kan? Haaaa...sebab itulah” balas Zack sambil tertawa
besar. Berubah wajah tua Tok Ayah seketika.
“kamu mengenakan aku ye Zack. Mentang-mentang lah aku jarang
makan benda M ni,”nada suara Tok Ayah dah ada gaya merajuk. Langsung bekas
kentang goring yang disua ditolak dengan gelengan.
“Mc Donald la Tok Ayah..Mc Donald. Benda M...benda M...”
ejek Zack sambil sambung ketawa.
“ Mek nonoi?”.
“Mek apa pula ni Tok Ayah? Mc Donald. Mc Donald...sebut
betul-betul...” Zack ketawa lagi.
“Ha ah gelaklah. Nanti, bila aku dah tak ada, benda M nil ah yang akan buat kamu teringat kat aku. Percayalah....”.
“Tok Ayah!” panggil Zack perlahan. Air matanya mengalir lagi untuk kesekian kalinya sambil mulut mengunyah perlahan kentang goring yang baru saja tiba di depan pintu bilik hotelnya tadi. Dahinya diurut perlahan. Tangan kemudian menyelak rambut yang menutupi muka. Kusut! Rasa kusut sangat-sangat. Perancangan hidupnya rasa sedikit goyah dengan ketiadaan Tok Ayah secara tiba-tiba. Selama ni Zack belajar rajin-rajin sebab nak dapat kerja bagus-bagus . Nanti senang Zack nak bawa Tok Ayah pergi umrah, tapi....
Kepalanya dipaling pantas kea rah pintu bila loceng diluar
pintu biliknya berbunyi. Ah, Siapa pula yang datang ni ? Housekeeping? pelik
amat lah pula housekeeping datang malam-malam macam ni. Ah, Abaikan sajalah
Zack ! Silap bilik kut.
Zack sambung menyuap tapi bunyi dihadapan pintu biliknya masih tak berhenti dari tadi. Sunggulah tak faham bahasa. Kalau tak dibuka pintunya, dah tentulah orangnya tak ada ke, dah tido ke. Takkan itu pun tak boleh fikir kut! Bebel Zack sendirian.
Tapi dek kerana loceng ditekan berterusan tanpa henti, Zack terpaksa mengalah. Lambat-lambat Zack melangkah sebelum tombol pintu ditarik.
“Assalamualaikum....”.
Tak jadi salam yang diberi nak dijawab sebaliknya mata Zack langsung membuntang. Laa haih...dia lagi? Tak ada muka lain ke? Tangan dah bersedia nak tutup pintu tapi belum sempat dia buat apa-apa tindakan, si gadis dah menyusup masuk ke dalam sambil tayang wajah tak bersalah.
“Eh...keluarlah. Ini bilik orang bujang. Kau tak malu ke....”.
“Awak bukan bujang lagi Zack....”.
“Whatever but please.... leave...now!”.
“Saya tak nak balik,” balas Pehah bersahaja sambil labuhkan punggung di hujung katil. Tangannya beberapa kali tepuk tilam empuk itu sambil terangguk-angguk.
“ Best tilam ni. Empuk. Mesti best tidur kan? Eh, tutuplah pintu tu. Kan saya dah cakap, saya tak nak balik. Bermakna, saya tak akan tinggalkan bilik ini...tanpa awak,”sambungnya lagi dengan senyum selebar mungkin. Tangan ditarik, lalu berpeluk tubuh. Mata ligat memerhati gelagat Zack yang nampak terkejut dengan kehadirannya.
Zack mendengus kasar sambil mata hitamnya tajam memandang kea rah Pehah yang dah siap-siap bertukar uniform dari berbaju kurung sopan siang tadi ke t-shirt lengan panjang ketat yang menampakkan susuk tubuhnya yang tak berapa nak ada isi tu dengan berseluar jeans lusuh. Tudung? Entah. Dah terbang agaknya dalam perjalanan dia ke sini tadi.
“ Apa tujuan kau datang ke sini?”soal Zack serius .
Makin lebar senyuman Pehah lemparkan pada Zack. Beg kertas yang di bawa sama diangkat tinggi-tinggi sambil tangan sebelah yang lagi dikibai-kibai mengajak sama. Berkerut dahi Zack seketika. Buang tebiat kea pa minah ni? Tiba-tiba pula berlagak macam mesra sangat.
“Kau ingat, kau cantik sangatlah buat macam tu? Dahlah, pergi balik. Dah lewat malam ni,” pinta Zack, sebaik mungkin. Tangan dah siap sedia menunjuk arah keluar bilik itu gaya pelayan. Jenuh dah bercakap kasar-kasar, sikit pun tak terkesan dek perempuan ni. Cuba pula cara baik. Mana tahu kut boleh lembut hati dia?
“ Kan saya dah cakap tadi, saya tak nak balik. Ini...saya datang bawa makanan untuk awak.”
Zack senyum mengejek.
“Makanan? Apa kau ingat ini asrama kea pa , ada waktu melawat bagai sambil bawa makanan. Ini hotel...tahu tak...hotel.”
“Tau lah.”
“So?”.
Senyuman masih kekal dibibir Pehah bila melihat tindakbalas Zack yang dah mula boleh berlembut dengannya berbanding empat tahun yang lalu. Kalau dulu, jangankan bercakap baik pandang pun acuh tak acuh saja. Mungkin ada betulnya kata arwah Tok Ayah dulu, Zack ni keras-keras kerak nasi je.Kalau dok siram dengan air, lembut juga akhirnya. Pehah jeling sekilas kea rah meja solek dihadapannya. Perlahan-lahan Pehah bangkit lalu beg kertas diletakkan perlahan di atasnya berhampiran dengan bungkusan Big Mac yang masih belum terusik lagi.
“ Duduk sana makan benda alah ni, balik sini pun makan ini jugak . Tak jemu ke?”.
Zack kerling sekilas sebelum bibir dicebir. Dah bila masa pulak aku dok ‘mentakedarah’ benda M ni dekat sana? Tak halal kut!
“Hari ni kan, raya pertama. Patutnya makanlah rendang ke...nasi impit ke kan? Ini tidak, burger dengan fries jugak yang awak makan. Ni..saya bawakan untuk awak. Saya tahu, awak tak sempat lagi jamah apa-apa sejak awak sampai sini. Emmm...makanan ni jangan makanlahye. Bukannya elok untuk kesihatan pun,” bebel Pehah lagi. Laju je tangannya masukkan bekas kentang goring yang dah separuh kosong diiringi Big Mac yang tak berusik lagi ke dalam beg plastiknya semula sebelum dibaling ke dalam tong sampah. Terbeliak besar mata Zack melihatkan aksi selamba batak tetamu tak diundangnya itu.
“Amboi...suka hati kau je nak baling dalam tong sampah ye. Kau ingat aku beli semua ni tadi pakai daun? Aku belum habis makan lagi lah, sengal !” bentak Zack. Hilang terus rentak nak berlembut. Beg plastic dalam tong sampah cepat saja ditarik keluar, kasar sebelum ditiup berkali-kali. Mujurlah tong sampah masih kosong tak berisi.
“Degil la awak ni. Mana ada orang makan McD waktu raya!”
“Perut ni..perut aku. Suka hati aku lah nak makan apa. Bukannya susahkan kau pun.”
“Tapi awak suami saya! Makan...pakai awak..tanggungjawab saya.”
Hek eleh dia ni!
Akhirnya Zack terdiam. Lama. Tak ada butir bicara yang terluah, hanya renungan tajam mata sepetnya saja yang merenung wajah bersahaja dihadapannya itu. Bibirnya bergetar perlahan, menahan rasa nak memuntahkan amarah dek gelagat tak reti bahasa tahap dewa ‘isterinya’ yang terchenta itu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum keluhan panjang dilepaskan. Perlahan-lahan, pintu yang separuh terbuka itu ditutup dan dikunci. Langkah diatur lambat-lambat menuju kea rah meja solek dengan mata tak lepas memandang.
“Errr...awak..awak nak buat apa ni Zack?” soal Pehah
takut-takut bila terasa yang pandangan Zack nampak berbeza dari tadi. Lagaknya
juga seakan mencurigakan. Bukan macam Zack yang dia kenal.
“Nak buat apa ye?Lagi nak tanya ke? ” soal Zack dengan sengihan nakal. Tubuh kecil Pehah kemudiannya ditarik kasar dan ditolak ke dinding berhampiran meja solek. Tangannya kemudian dilekap ke dinding, menghalang gadis itu dari bergerak ke mana-mana.
“ Selain makan...pakai...apa lagi tanggungjawab kau pada aku?
Ha?” soalnya, serius. Terkerdip-kerdip mata Pehah memandang kea rah Zack sebelum akhirnya pandangannya dibuang ke
lantai.
Dadanya berombak kencang. Rasa takut diapa-apakan mula menerpa. Aku silap cakap ke tadi? Tak ada kan? Bisik Pehah sendirian dalam hati.
Dadanya berombak kencang. Rasa takut diapa-apakan mula menerpa. Aku silap cakap ke tadi? Tak ada kan? Bisik Pehah sendirian dalam hati.
“Errrr...awak..tak kan awak..nak..err..tak kan awak...” tergugup-gugup Pehah menyoal. Pipinya yang licin itu langsung memerah bila mata kecil Zack tak putus merenungnya tambahan pula dengan jarak antara mereka yang sedekat itu.
Zack dah tarik senyum sampai ketelinga.
“Aku apa?”.
“Tak kanlah...awak...dengan saya...errr...nak.” Pehah dan pejam mata rapat-rapat. Tak mahu membayangkan tindakan Zack yang seterusnya. Habislah kau Pehah! Habislah kau.
“Tak kan aku...bodoh sangat ye tak nak minta bukan-bukan dari kau?Hisyhhh..tolonglah. Aku belum cukup gila nak merosakkan anak dara orang lagi pula yang bukan taste aku..macam kau ni,” balas Zack sambil tertawa besar. Cepat-cepat Pehah buka mata. Bibirnya diketap geram. Dia mainkan aku rupanya!
“Apa maksud awak, saya bukan taste awak?” soalnya, bengang.
“ Laaa...kau ingat aku suka kat kau ke? Come on. Wake up girl! Dah empat tahun aku tinggalkan kau. Bukan setakat rupa, hatta nama kau sekalipun aku tak pernah ingat. Itu tak cukup jelas lagi ke yang kau...bukan taste aku. Jadi apa lagi yang kau harapkan dari aku? Tolonglah...tolong jangan jadi bodoh. Just move on. Bumi Allah ni maha luas. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang boleh senangkan ati kau. Tapi bukan aku orangnya,” sambung Zack diiringi tawa mengejek. Bekas berisi kentang goring dicapai dari dalam plastic sambil sambung menyuap usai punggungnya dilabuh dihujung katil.
“Bodoh ke saya...untuk bagi peluang dan ruang pada suami saya untuk kejar cita-citanya? Dan bodoh ke saya untuk setia pada suami yang sah menikahi saya?”.
Zack berhenti mengunyah. Wajah diangkat, memandang kea rah wajah Pehah yang Nampak muram sebelum sengihnya ditayang diiringi tawa kecil.
“Kenapa awak tertawa? Apa yang kelakarnya?” soal Pehah, tak puas hati.
“Kaulah! Setia konon. Pigidah. Setia pada yang tak sudi tu, bodoh namanya. Macam kes kau ni la.”
Dia kata aku bodoh?Sampainya hati dia!Lirih Pehah dalam
hati. Wajah Zack yang seakan rasa tak bersalah langsung membodohkannya tadi dib
alas pandang dengan mata berkaca.
“Zack...awak...”.
“Apanya lagi?” soal Zack acuh tak acuh.
“Selama ni...selama empat tahun kita kahwin ni...tak pernah ke terdetik walau sesaat pun di hati awak...untuk terima saya...sukakan saya?” soal Pehah lambat-lambat.
Zack sengih lagi. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Tak paham lagi rupanya perempuan ni. Puas kena kutuk, kena marah tapi masih nak mengharap. Dia tak terasa ke? Hati batu bata kea pa?
“Kau ingat aku ni senget ke nak suka kan kau? Understood kut. Kita kahwin sebab bukan suka ke..cinta ke...tapi sebab kena perangkap. Kau..perangkap aku. Kau lupa? Ke...kau dah hilang ingatan?”.
“Tapi....”.
“Tapia pa lagi? Aku dah pesan dari dulu kan. Jangan harapkan apa-apa dari aku sebab aku...”.
“Tapi awak suami saya Zack. Tempat saya bergantung dan berharap,” balas Pehah dengan air mata yang bergenang. Entah kenapa hati yang cuba dikeraskan seboleh mungkin sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu seakan mencair dan lemah sedikit demi sedikit dengan sikap Zack yang secara terangan membencinya. Bukan setakat kata-kata, lengguk gaya dan muka memang jelas tunjuk tak suka.
“Well...secara teorinya, betul. Itu tugas suami pada isteri. Sayangnya...aku tak pernah anggap kau sebagai isteri. Dan selalunya, aku lupa yang aku ada isteri. So, macam mana tu eh?” balas Zack selamba. Matanya tepat merenung kea rah anak mata Pehah yang masih mengalirkan air mata sambil bibir kecilnya diketap rapat.
“Jadi sebab itu awak pasang satu lagi? Siap bawa balik Malaysia nak tayang pada saya kan? Awak tak malu ke Zack?Awak bawa dia balik waktu keadaan genting macam ni?Kalaulah Tok Ayah ada...”.
“Eh, kau jangan berani-berani nak panggil nama Tok Ayah dengan mulut jahat kau tu ye. Sebab mulut kau tu la, yang memfitnah aku sampai aku terjebak kena kahwin dengan kau. Dan sebab mulut kau tu jugak, aku terpisah dengan Tok Ayah sebelum ni sampaikan aku tak sempat nak minta maaf pada Tok Ayah sebelum dia meninggal dunia. Ini semua sebab kau. Sebab kau! Sebab itu juga, aku bencikan kau. Benci sangat-sangat sampai aku berdoa supaya tak kan dengar nama kau atau jumpa kau lagi,kau tahu? Dan FYI, aku tak perlu nak upah sesiapa nak jadi patung untuk buat kau rasa cemburu sebab rasa cemburu kau tu tak bermakna untuk aku ” bidas Zack yang dah berdiri tegak dengan Jari telunjuk pula terarah tepat ke wajah Pehah yang melopong setelah mendengarkan luahan hati Zack yang tersimpan kemas selama ini.
Pehah diam. Lama. Nafas di hela panjang sambil hujung lengan bajunya dijadikan kain lap untuk air matanya yang tak henti mengalir sejak tadi. Dia kata dia benci aku? Dia tak mahu jumpa aku? Tak! Tak!Jangan dengar Pehah. Jangan ambil hati. Kau kena kuat Pehah! Kena kuat! Jangan cepat lemah.
Langsung bibirnya ditarik sekuat mungkin untuk mengukir
senyuman biarpun hati masih rasa tersentap dengan kata-kata Zack tadi. Kau
boleh Pehah. Dia suami kau. Bukan orang lain.
“Awak tak makan lagi kan? Awak makan dulu ye, lepas tu kita sambung berbincang...”.
“Jangan...sentuh...aku!” tempelak Zack bila lengannya dipaut.
“Okey...okey..saya tak sentuh awak dah. Tapi Zack, janganlah macam ni. Awak tak sayangkan saya taka pa. Tapi saya sayangkan awak. Jadi sekarang, awak kena makan sebab kalau awak sakit, saya juga yang susah hati nanti....”.
“Arghhhhhhh!!!! Siut la!!!” Sekuat yang mungkin Zack menjerit melepaskan rasa dalam hati. Gila tak fahamnya dia dengan perempuan ni. Macam langau! Lagi kita halau, makin dia datang mendekat. Lemas gila kut!
“Zack...errrr...awak okey tak ni?”.
“Tak. Tak okey. Sangat tak okey. Ginilah....emmm...siapa nama kau?”.
Pehah menganga besar. Nama aku pun dia tak ingat? Kesiannya aku!
“Pehah...”.
“Haaa...pehah. Aku rasakan, sebelum aku naik syeh baik kau balik. Dengan jet lag nya, tambah pula dengan drama swasta kau buat siang tadi...aku memang tak ada mood nak berbincang kea pa sekarang. Jadi, baik kau balik. Balik ye. Sila balik. Jom, aku temankan kau...” Zack dah melangkah kea rah muka pintu tapi baru beberapa tapak melangkah, pinggangnya dipeluk erat dari belakang.
“Saya sayangkan awak zack...saya tak nak balik!”
“Ya Allah...kau ni kan”. Sedaya upaya Zack meleraikan pelukan di pinggangnya sebelum sekali lagi tubuh kecil itu ditolak menjauhinya. Zack mundar mandir di hadapan pintu sambil rambut yang elok tersisir tadi dikusai berkali-kali. Apa aku nak buat ni Ya Allah? Apa lagi cara yang ada nak bagi dia ni faham? Tolonglah aku Ya Allah.
“Zack....”.
Zack dah hilang kosa kata hendak melarang. Hanya tapak tangannya saja ditunjuk pada gadis itu sebagai tanda tak mahu diganggu sambil pandangannya dibuang kea rah lain.
“Aku....aku dah tak tahu nak cakap macam mana, nak buat apa dah dengan kau ni. Kau ni memang spesies tegar tak mendengar kata. Mana hilang malu kau sebagai perempuan ha? Kau tak malu ke kejar lelaki yang bencikan kau?”
“ Kenapa nak malu? Awak kan suami saya...”.
Alasan yang sama lagi! Balik-balik awak suami saya. Awak suami saya. Dah macam astro dah gayanya. Ulanglah sampai muntah.
“Okey...sekarang ni, aku nak kau cuba fahamkan aku. Betulkan aku kalau aku salah, boleh?”.
Pehah angguk laju.
“Kau sayangkan aku sebab aku ni suami kau kan? Sebab itu juga kau sanggup tunggu aku selama ni. Betul?”
Pehah angguk laju sekali lagi. Ada garis senyuman dibibirnya.
“So..from now on. I’ll stop being your husband.”
“Hah?”
“Kenapa? Kau tak faham apa yang aku cakap tadi? Okey. Kata mudahnya...”.
“Apa yang mudahnya?” soal Pehah lambat-lambat.
“Kata mudahnya....aku...ceraikan kau...dengan talak satu...”.
p/s: pesanan biasa penaja..maaf atas error typing grammar ke..segala apa sbb ni sya copy pasta raw. and..sambungan entry ni mungkin lambat skit sbb sedikit bz lepas ni nak menghupdate blog. layankan je ye. kalau sudi...komen la ye kengkawan....peace! :-)
16 comments:
alahai pehah..dah dptkan zack dgn cara x betul..what do you expect pehah oiii..
Xmo laa cerai..
Zack bg laa peluang kt pehah....
Néxt kak aifa...
:::illa:::
Serabut tul pehah ni..ssh tul nk phm zack tu xsuka kt dia..sbr ye zack.. -eilsya-
Sedihnye...
mungkin mereka akan bertemu lg ketika sudah dewasa.
Pehah jual plak pasni arrr
awt pehah awat.
Haha
Alahai hmmm :(
Laaa..cerai?? xbestnyer...
ceraiiii....o no no no
x mau la baca citer ni lg
Cerai? Kesian pehah. Akak nak lagi :)
mmg x sngka zack akn craikan pehah.. zack & pehah msh x matang lagi ...
Zack.........., smpai hati ko ceraikan Pehah, Pehah pun 1, slalu ambil tindakan melulu, yg provoke zack tu wat pe. Cuba tenangkn sket ati zack yg br kehilangan tok ayah.
Knp sampai berpisah...sedih tul..keras sgt hati si zack tu...tp sbnrnya masih tertanya2 knp pehah tu perangkap zack??..zack pun takkan tk nk tau citer sebnr...hemmm...sambung lg yer aifa..
kuciwa la baca, knp mesti brcerai? x syok la...
Bercerai mmg x elok.tp utk kes zack & pehah ni rasanya itu yg terbaik buat mereka sbb dua2 pun x mtg & ready lg.
hopefully after a few years when they matured enough, takdir temukan mereka semula dlm cr yg elok. X kisahlah jika akhirnya nnt zack berkahwin dgn org lain as long as when they meet again, they can act as friends. Boleh ker cmtu cik writer.
mesti ada something yg buat c pehah ni perangkap zack dl kn..hm..kesian pula bila jadi cam ni kan..tapi hopefully after thy bump wif each other few yrs ltr..c pehah ni become somebody..maybe successfull women..hehe..
Salam,
Novel ni dah jadi semakin menarik. Hannah berminat tak untuk menjual novel ini terus kepada pembaca?
kalau berminat, sila hubungi saya di penulis@appnovella.com
Post a Comment