Followers

Monday, June 2, 2014

CRUD 7





“Zack...bangun!”.

“Hmmm...”.

“Zack...bangun lah!” kali ni suara Tok Ayah dah berbunyi lebih keras dari tadi. Bahunya juga rasa dicuit berkali-kali dengan hujung jari. Zack buka mata sekejap sebelum pejam semula rapat-rapat.

“Alaaa...relekslah Tok Ayah. 5 minit...5 minit,” Pelukan tangan pada tubuhnya dipereratkan lagi. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dikepaskan panjang. Perghhh..sedap gila tidur kut. Perat sudah kenyang, mata pun jadi berat. Memang kacau daun lah Tok Ayah ni. Tak boleh tengok orang senang langsung.

“Zafran Aldrin Kamarulzaman!”.

“Ye...ye saya....alaa...Tok Ayah ni kan....” Terpisat-pisat dia bangun sambil lap muka yang dah basah dek air. Main kasar la pulak Tok Ayah kali ni. Main tuang air pulak. Nasib baiklah dah buka puasa. Tapi tak tau lah air apa yang Tok Ayah guna tadi sebab tak nampak pula dia pegang cawan kea pa.

 Matanya yang terasa berat dipaksanya buka sebesar mungkin sebelum tayang sengih pada Tok Ayah yang dah elok berjubah putih dan berserban. Memang uniform rasmi Tok Ayah kalau nak ke masjid yang membawa makna ini tak lain mesti dah siap-siap nak ajak dia pergi masjid.

“Jom! Siap. Pergi masjid.” Ringkas. Padat. Tak ada  main  ‘nego-nego’ kea pa. Macam hokum wajib dah tiap kali duduk rumah Tok Ayah untuk berjemaah di masjid. Cucu Tok Imam la katakan.

 “ Hari ni Zack off, aci tak? Zack penatlah Tok Ayah.”

“Tak ada aci-aci. Orang lain pun puasa...tapi idok le gaya kamu. Lepas berbuka saja, lembik. Kata anak jantan....”.

Tegak terus tubuh Zack yang terlentuk elok di pintumasuk anjung rumah itu. Pantang sungguh dia kalau dicabar sebegitu. Ermmmm....tapi....tubuhnya disandar semula ke tepi dinding sambil tayang wajah Selenga.

“Zack memanglah anak jantan Tok Ayah. Tapi, anak jantan pun boleh ‘kiok’ juga tau kalau kena perah tenaga macam Zack ni. Tok Ayah mana tau, malam tadi lepas terawih Zack tidur pukul berapa dok menunggu lemang tu ha. Pukul 4 pagi tau. Tak sempat tidur, terus sambung sahur. Dahlah tu, sahur megi goring je. Siang tadi pula kena pergi cari daun pisang sebab cucu tak semenggah Tok Ayah tu dok sibuk sangat nak makan pulut pasung. Ingat lepas zohor, mau la lelap jap. Rupanya tak boleh jugak. Kena tolong ibu hiris bawang sebab ibu nak buat serunding ikan bilis. Gila exhausted Tok! Sebab tu lepas bantai kari kapla ikan tadi, Zack lelap. Salah ke Tok?” jelas Zack panjang lebar diiringi sengihan.

Mata pun dah kembali berat rasa nak buka pun payah gila. Aiyarkkkk...susahnya jadi cucu lelaki tunggal Tok Ayah. Semua dia yang nak kena buat. Abah pun pandai je nak mengelat bila diminta pertolongan. Kononnya masa kecik dah puas menolong. Jelas lagi nyata ‘auta’ nya.

“Berkira! Allah tak suka Zack. Hilang peratus pahala kamu menolong siang tadi. Penat je yang kamu dapat..”.

“Hmmm...iyelah...1 persen pun okey pe.....kroooohhh...krooohhh....”.

“Zack. Bangun!”

“Ala Tok Ayah..Tok Ayah pergi la. Nanti I follow eh...babai.” Matanya dipejam lebih rapat. Tidur Zack...tidur.

“Zack...bangun! Kenapa tidur dekat sini?”.

Dengan mata masih terpejam, keningnya dikerutkan. Apa punya soalan tu daa? Memang dari tadi dia tidur sini kut!

“Zack nak tidur.Tok Ayah janganlah kacau...”balasnya, tapi mata masih enggan dibuka. Macam kena gam!

“Zack.....bangun!”.

“Tok Ayah ni kan!” marah Zack sebelum dia tergamam sendiri. Gelapnya! Aku kat mana ni? Pandangannya ditebar ke sekeliling. Tangan pula meraba perlahan dalam kesamaran suasana yang hanya diterangi dek lampu jalan. Laaa...aku tertidur rupanya dekat sini. Astaghfirullah al azim...mimpi ke tadi tu? Tapi....siapa pula yang kejutkan dia tadi? Rasa macam betul je. Memang dia terasa bahunya dicuit. Isyhhh...tak kan hantu kut! 4 tahun duduk di sini, belum pernah lagi dia diganggu sebegitu.

“kenapa awak tidur sini Zack?”.

Zack dah terasa nak terlompat bila ada suara halus yang menyapanya. Matanya langsung tertancap ke sisi kiri bangku itu. Mak aih! Siapa pulak dia ni?

“Kau ni siapa? Macam mana kau tahu nama aku?Sejak bila kau ada kat sini?” soal Zack bertalu-talu sambil membetulkan jaket yang menutupi baju melayunya.

Gadis yang elok bertudung, berbaju kurung itu hanya tersenyum dalam kesamaran. Nasib baik dia pakai baju kurung warna merah. Kalau warna putih dari tudung ke baju, mau juga dia cabut...angkat langkah seribu.

“Tak kanlah saya tak kenal dengan student tahun 4, environment paling bijak dalam kelas macam awak ni. In fact, kita duduk dalam blok apartment yang sama. And the truth is, saya dah banyak kali ke rumah awak tiap  kali kak Nura buat majlis makan-makan. Awak, tak kenal saya?”.

Zack mendengus perlahan sebelum geleng laju. Sikit dia tak heran dengan student perempuan Malaysia yang selalu bertenggek dan melepak dengan Kak Nura. Tiap kali ada majlis makan-makan, mesti dia akan keluar dari rumah dan melepak di library atau umah bujang budak Malaysia dekat blok belakang. Bila dah dipastikan rumah dah kosong, barulah dia balik dan jamu selera.

“Saya tinggal di tingkat dua. Kita banyak kali bertembung dekat lif. Still...awak tak cam saya?” soal si gadis beria-ia gaya penting sangat untuk kenal dia. Like I care. Pigidah! Rungut Zack dalam hati.
Zack geleng lagi. Tersenyum sumbing si gadis dibuatnya.

“Dan..hampir 4 tahun...tiap kali malam raya saya akan bertembung dengan awak di bangku ini juga...”.

Zack kerling sekilas kea rah bangku yang selama ini jadi tempat lepak dia tiap kali malam raya. Bila  masa entah aku bertembung dengan dia. Silap orang agaknya minah ni.

“Nope. Aku tak cam kau. By the way, kau bukan sesiapa yang penting untuk aku kenal pun,” balas Zack bersahaja sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan yang baru terasa. Tadi masa terlelap, langsung tak berasa sejuk kea pa. Memang baik punya tidur. 

Berubah langsung wajah si gadis bila kena tempelak macam tu. Tak lama kemudian, tawa halusnya kedengaran, mungkin nak ‘cover line’ sebab kena sedas tadi.

“So...am I too obsessed to see u dearly almost every day or you are the one that act ignorance?”

Mata sepet Zack dan terbeliak besar. Dia kata aku apa? Ignorance? Penumbuk dah dikepal perlahan. Siut la dia ni. Dasar mulut tak ada insuran punya perempuan. Harap dressing je ala perempuan baik-baik.

“Saya dah lama perhatikan awak Zack. Sejak....sejak kali pertama kita bertembung di lif...waktu awak mula-mula sampai di sini dulu,” jelas si gadis, perlahan. Nada suara ada gaya-gaya macam berkecil hati tapi masih nak bercerita, nak meluah rasa.

Zack dah mula tak betah duduk bila masuk bab perati ni. Dia memang malas nak campur hal-hal macam ni bila hati dan akalnya dah dibulatkan untuk fokus hanya pada pelajaran.Ah, abaikan je Zack. Blah je dari situ, apa susah. Lagi lama ditunggu...lagi panjang ceritanya.

“Emmm...kenapa ye? Asal lepas isyak je mesti awak keluar. Kenapa tak join takbir raya sekali?”.

Tak jadi Zack nak bangun. Gadis yang dah labuh punggung beberapa inci jarak darinya dikerling sekilas.

“ Kau tu buat apa dekat sini. Banyak bunyi pulak...”.

“Idayu. Nama saya Idayu. Awak boleh panggil saya Ayu.”

Zack juih bibir. Sumpah aku tak Tanya dan sungguh tak menjawab soalan.

“oh ye, tentang soalan awak tadi. Orang dah lama habis bertakbir sebab itu saya ada di sini.Emmm...boleh saya tau, kenapa awak tak join kak Nura dengan abang Zahim balik Malaysia? Awak tak rindu pada parents awak?”.

Zack berdecit perlahan. Huk aloh! Dahla mulut tak ada insuran, penyibuk pulak tu! Memang golongan perempuan kepochi ni.

“It s none of your business. Kau jaga tepi kain baju kurung kau sudahlah. Tak payah nak sibuk selak kain pelikat aku. Faham?”.

“Ha?” Idayu ternganga sebelum mata terarah ke kain pelekat yang sedondon dengan warna baju melayu yang tersarung ditubuh Zack. Dah kenapa pula nak selak kain pelikat dia?

“Aaa...emmm dah betul dah tu kut. Tapi itulah kan sebagai manusia biasa yang hidup bermasyarakat terdetik juga di hati saya ni nak tahu. Frankly speaking, saya ni macam tak percaya yang awak ni adik pada kak Nuha yang peramah dan adorable tu dan awak pulak....”. Kata-kata idayu terhenti bila mata hitam milik Zack dah merenung tajam ke arahnya.

“You know what...aku seriously tak paham kenapa aku cukup bodoh untuk terus duduk disini dan dengar celoteh tak berfaedah kau ni. Balik tidur lagi baiklah!” bidas Zack seraya bangun.

“Zack!”.

Zack ketap bibir menahan geram. Mata dah terarah pada tangan yang dengan berainya paut lengan jaketnya sebelum tangannya direntap kasar.

“Eh perempuan. Tak gunalah kau pakai tudung litup macam ni kalau senang-senang je nak paut..pegang tangan lelaki. Kau nak rasa kena panah petir ke?”marah Zack sambil kibas lengannya beberapa kali.

“Okey...sorry....saya minta maaf. Tapi....”.

Laju saja tangannya seluk poket baju melayu bila telefon dah berbunyi minta diangkat. Kak Nura? Bukan selalu time pagi raya ke dia call? Pelik heh!

“Assalamualaikum Zack....”.

“Waalaikumussalam kak. Ada apa ni? Esokla raya kak,” balas Zack dengan sengihan.
“Zack. Zack balik sini....”. 

Sengihan Zack mati langsung bila perkataan ‘balik’ disebut.

“Kak...Zack dah cakap banyak kali kan....”.

“Tok Ayah Zack....Tok Ayah.....”.

Tok Ayah? Jantung Zack seakan disentap tiba-tiba bila nama itu disebut. Tambahan pula bila mendengar nada suara kak Nura yang sebegitu.

“Kee...ke napa dengan Tok Ayah kak? Semuanya okey kan? Akak dekat kampong ke tu?” soal Zack lambat-lambat dengan hati yang berdebar kencang. Tak ada apa-apalah Zack. Tak ada apa-apa! Pujuk Zack sendiri.

“Tok Ayah dah tak ada zack.....”.

“Allah!” Zack dah  tersandar di pokok sebelah bangku sebelum terduduk di atas rumput. Terngiang-ngiang kata-kata kak Nura di cuping telinganya. Tok Ayah dah tak ada? Tak mungkin! Mustahil! Baru tadi Tok Ayah masuk dalam mimpinya, bermakna dia masih ada. Tak. Mustahil. Kak Nura bergurau agaknya!

“Hello...kak Nura. Ini Ayu. Zack? Zack ada ni...” jelas Idayu yang sempat sambut telefonnya yang hampir terhempas ke atas jalan sebentar tadi.

“Apa? Boleh. Tak ada masalah. Asalamualaikum.....”.

Zack masih terdiam tanpa butir bicara. Mata yang berat digenangi kolam air mata masih lagi utuh dipertahankan dari banjir. Hanya tubuhnya yang sudah mula mengeletar perlahan kesan dari berita yang disampaikan tadi. Sungguh...tubuhnya, akalnya masih sukar nak terima berita itu. Tak mungkin Tok Ayah dah tak ada. Tak mungkin! Tok Ayah kan dah janji nak teman Zack pergi umrah....jadi Tok Ayah tak boleh pergi dulu. Tak boleh!

“Zack...jom balik. Awak, kemas apa-apa yang patut. Kita balik balik Malaysia dengan flight yang terdekat. Abang Zahim dah uruskan dengan kawan dia tentang tiket. Saya akan temankan awak, atas cadangan kak Nura sebab dia rasa dalam keadaan sekarang awak perlukan kawan.”

Zack hanya memandang sekilas pada Idayu sebelum pandangannya ditunduk ke tanah. Dan sekali lagi bila dia cuba angkat wajah dan cuba untuk bangun, pandangannya tiba-tiba jadi kelam. Hanya suara jeritan minta pertolongan sahaja yang di dengar sebelum dia tak sedar apa-apa lagi selepas itu.

p/s: bersambung lg. ampun..maaf kalau grammar ke laut..akan dibetulkan nanti..almaklum...ini draft je...enjoyyyy!!!


9 comments:

winnieshah said...

nak lagi...

Syifa Fauziyah said...

Kenapa sedikit sekali???
Warggghhh Idayu tuh siapa? Org ke 3?

AIFA BATRISYA said...

Soon 😁

AIFA BATRISYA said...

Syifa, mungkin cincin risik untuk idayu? 😜

Nadia said...

idayu tu pehah eh?? pjg lah lg.. jgn lh bt zack garang2 sgt.. skit2 ok lah..

green grass said...

Apa nama penuh pehah ye.. ermmm

Anonymous said...

sapa pulak idayu tu?...pehah eh?
kak aifa cpt2 la smbng...

Anonymous said...

one simple questions...... bila nak di publish cerita ini. Tak suka baca sikit2

Anonymous said...

to anonymous 5:11 am.. awk xska, xpyah bc.. org len ok ja.. grrrrer.. jgn krna awk sorg, hbis tutup rezeki kitaorg..

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon