Followers

Thursday, June 19, 2014

CRUD 10





“Kamu ni memang dah gila la Zack! Waktu malam raya kedua, kamu ceraikan dia? Tak ada waktu lain ke? Tak pernah dibuat orang!” Kak Nura menghamburkan amarah sebaik saja dia melangkah masuk ke tempat duduk sebelah pemandu Nissan Teanna milik ibu itu.

Melihatkan reaksi Zainura yang selalunya jadi pom-pom girl dia selama ini, Zack hanya diam membisu. Tak ada maknanya nak menjawab. Melayan provokasi dari Zainura yang sememangnya dah jadi kerja rutinnya sebegitu bukanlah satu idea yang baik. Itu memang cita-citanya  sejak dulu, nak membela nasib orang yang dirasakannya teraniaya.

 Tapi dalam hal ini, bukan dia ke yang lebih teraniaya berbanding perempuan tu? Muda-muda belia dah kena sandang title suami. Tak cukup teraniaya ke tu? Nasib baik dah lepas habis sekolah. Ah Kak Nura ni, suka hati dia je nak tembak orang. Bukan orang lain pula tu, adik sendiri!

“Akak tahu, kamu tak sukakan dia...susah nak terima dia. Tapi apa yang kamu buat tu zalim Zack. Zalim! Kut ye pun, berbincang dulu baik-baik. Kalau tak mampu nak berbincang berdua, ajak akak dengan abang Zahim sekali. Kalau tak boleh juga, baru Tanya pada abah dengan ibu. Bukan aci senang gitu je kamu nak ceraikan dia,” luah Zainura panjang lebar. Kali ini nada suaranya menurun sedikit berbanding tadi. Terkejut besar sungguh dia dibuatnya bila berita itu disampaikan tengah malam tadi. Ingatkan si Zack ni ada sama sampai ke habis majlis, rupanya dia dah lari siap-siap! Sungguhlah adiknya yang seorang ni ‘bertuah’ bak kata arwah Tok Ayah.

“Zalim tu...bila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tapi zack...”.

“Menjawab! Menjawab!” marah Zainura, tak puas hati. Matanya yang bulat, ikut belah abah di buntang besar kea rah Zack.

“Yang akak ni hangin tak tentu pasal dah kenapa? Sekarang ni siapa adik akak? Zack ke perempuan tu?” tempelak Zack sebelum pandangannya dibuang kasar kea rah luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Dadanya berombak. Nafasnya jadi laju, seperti susah nak dikawal. Pagi-pagi buta dah kena sembur. Bukan dengan orang lain pulak tu, dengan penyokong tegarnya selain arwah Tok Ayah. Dan bila teringatkan arwah, wajah bengang Zack langsung berubah mendung secara tiba-tiba. Bibirnya diketap perlahan bila matanya mula rasa bertakung dek air mata.

“Sudahlah tu Nura. Benda dah jadi, awak bising-bising pun tak ada gunanya juga. Lagipun, Zack dah cukup besar nak buat keputusan tentang hidup dia. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk dia. Kita doakan je yang terbaik untuk Zack dan bekas isterinya. Mungkin jodoh mereka sampai di sini saja. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Tuhan.” Zahim yang selama ini lebih gemar berdiam diri bila tiap kali isu rumahtangga Zack jadi topic bualan tiba-tiba saja bersuara.

Yes! Takbir! Allahu Akbar!

Ada garis senyum di bibir Zack. Allah Maha Adil. Dia tarik Tok Ayah, Dia hantarkan abang Zahim. Zack tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan. Fikirannya kosong waktu itu. Dada pun rasa tenang dan lapang sejak keputusan malam tadi dibuat. Kalaulah dari dulu dia ambil keputusan sebegitu, tak payahlah dia nak lari jauh-jauh sampai ke New Jersey.

“Zack....”.

Zack kalih ke sisi sambil tarik senyum separuh paksa pada Zahim.

“Zack okey tak ni? Semalamkan Zack baru sampai tapi hari ni dah nak balik semula. Zack tak mahu tunggu esok lusa ke baru balik? Lagipun, alang-alang Zack dah sampai Malaysia boleh lah beraya lama sikit di sini. “

Zack geleng perlahan.

“Tak apalah bang. Lama-lama Zack dok sini pun makin bertambah masalah yang Zack timbulkan nanti. Lagipun, ambil masa jugakan nak selesaikan kes cerai Zack ni. Biarlah Zack balik sana dulu, settelkan exam yang masih berbaki. Kalau perlu balik nanti, Zack balik semula ke sini.”

“Kamu tak takut menyesal ke Zack?” sahut Zainura tiba-tiba.

“ Nak menyesal pasal apa nye kak?” soal Zack malas-malas.

“Menyesallah sebab buat keputusan terburu-buru. Kamu langsung tak bagi peluang pada diri kamu dan diri Pehah untuk kenal satu sama lain,” sambung Zainura sambil curi-curi pandang pada suaminya yang tenang memandu masuk ke ruangan parker Pejabat Agama.

“Tak ada apa yang nak disesalkan kak. Zack lagi menyesal besar sebab tak ikut Tok Ayah ke masjid 4 tahun yang lalu. Kalau Zack pergi, dah tentu Zack tak terjebak dengan semua ni kak. Tak perlu kahwin, tak perlu lari jauh-jauh dan tak perlu dalam usia muda macam ni jadi duda....”.

“jadi duda tu pilihan kamu. Tak ada siapa yang paksa. Akak tengok, Pehah tu macam betul-betul sayangkan kamu. Beria-ia dia menangis waktu  call akak semalam. Mana nak cari perempuan sesetia dia Zack? Mungkin dulu dia silap, sebab perangkap kamu cara begitu tapi semua orang pernah buat salah kan? Dan salah kamu sekarang sebab tak mahu mencuba dan beri peluang pada kamu dan dia....”.

Zack dah tepuk dahi. Dah aku pulak yang salah? Macamlah aku yang rancang kes tangkap basah dulu tu.Arghhhhhh!!! Bencilah. Kak Nura ni dah kena manderem dengan perempuan tu agaknya.

“Abang...ibu dengan abah tahu ke pasal ni?” soal Zack lambat-lambat. Zahim menggeleng. Zack tarik nafas lega. Nasib baik! Kalau sempat dia berlepas balik baru mereka tahu, bagus juga. Kurang sikit impak marahnya.

“Kalau Zack Tanya pendapat abang, Zack patutnya terus-terang dulu pada ibu dengan abah. Kita ni lelaki Zack, hal serius macam ni patut diselesaikan baik-baik lebih-lebih lagi kalau berkait rapat dengan orang lain. Kalau dah selesai, barulah tenang hati zack nak jawab exam nanti. Ketenangan tu kan, datang dari keredhaan mak dan ayah kita...”.

Keredhaan mak dan ayah? Gulp. Liur di rengkung Zack dah rasa susah nak telan. Aih abang Zahim ni pun , tiba-tiba je tukar side pulak. Biar betul. Zack berdehem perlahan. Masih tercari-cari ayat sesuai membela diri.

“ Zack tahu tu bang. Tapi...nama nak berterus-terang pasal tu... Zack tak sanggup bang. Serius, tak sanggup. Sejak Zack balik semalam jangankan bercakap, pandang muka Zack pun abah tak mahu. Abang boleh bayangkan kalau Zack buka cerita pula pasal kes malam tadi? entah-entah sampai bila-bila pun abah tak nak jumpa Zack lagi.”

Zainura angguk, mengiyakan. Kali ini dia bersetuju dengan kata-kata Zack. Dia cukup kenal dengan perangai abahnya. 2 x 5 je dengan pe el si Zack ni. Degil. Keras kepala. Sebab itulah mereka berdua tak pernah sebulu dalam banyak hal dan tiap kali bertekak atau bertegang leher, Tok Ayah lah yang jadi penyelamat Zack bila pembela utamanya, ibu tak mampu nak buat apa-apa.

“Hmmm...macam inilah. Kita masuk dulu ke dalam, berbicang dan uruskan mana yang  perlu diselesaikan dulu. Lepast tu, kami hantar Zack ke airport. Pasal abah, biar akak jelaskan pada dia...”.
Zack tarik senyum pada Zainura. Dia tahu, kak Nura memang sayangkannya dan seboleh mungkin akan cuba membantu. Dan dengan langkah longlai, Zack menapak malas-malas memasuki ruangan pejabat agama daerah itu ditemani oleh Zainura.

******

“Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

“Sampainya hati dia!” lirih Pehah perlahan . Tisu yang terjulur keluar dari kotaknya ditarik kasar sebelum dilap ke pipinya yang tak kering dibasahi air mata sejak malam tadi setiap kali kata-kata itu terngiang di telinganya. Dah macam mimpi ngeri yang mengejarnya sampaikan nak tidur pun dia tak boleh. Kuat sungguh penangan kalimah keramat itu.

Cerai. Dia dah ceraikan kau Pehah. Setelah empat tahun kau setia menunggu. Sampainya hati dia! Sungguh sampai hati!

“Pehah...”.

Peha kaku seketika. Kening dah berkerut memikir cara nak cover line dari abang long. Nak jawab apa kalau ditanya nanti? Dah tentu-tentu longgokan tisu yang bersepah di atas lantai dan di atas katil tak sempat disorok di mana-mana.

“Laaa..banyaknya tisu atas lantai ni. Hang menangis ka Pehah?” soal abang long yang dah duduk sama ditepi katil menghadap kea rah tingkap bilik itu sambil hujung jari kaki dok kuis tisu jauh-jauh. Laju Pehah menggeleng.

“Eh, mana ada lah abang long ni. Pehah...errr..pehah selsema. Haaa..selsema.” dalihnya. Sehelai tisu lagi ditarik keluar sebelum di tenyeh ke hidungnya. Cover selagi boleh.

“Selsema?” tangan abang long dah melekap didahinya.

“Pehah selsema je . Bukannya demam,” balasnya seraya tersenyum.

“Ke...hang sakit mata?”kali ni tangan kasar abang long dah melekap pada  matanya yang memerah dan sedikit bengkak.

“Ha?” Pehah dah melopong. Abang long tahu ke dia menangis eh?

“Isyhh...apa abang long ni dok cucuk mata orang. Sakitlah!” marah Pehah sambil tepis tangan abang long. Mengekek abang long tertawa sebelum bangkit berdiri dan buka tingkap yang masih tertutup walau jam dah tunjuk jam hamper 11 pagi.

“Hmmm..hang dah mandi ka belum ni dik?”

Pehah geleng. Tak ada mood nak mandi ke...pakai baju raya ke. Malas! Raya pun dah tak ada maknanya kalau tak boleh beraya dengan suami sendiri. Suami?Hurmmmm....kau dah tak ada suami la Pehah!Dan menyedari hakikat itu,  langsung wajahnya berubah muram bila teringatkan malam tadi.

“Laaa...orang Tanya pasal mandi pun nak cebik? Hisyhh hang ni, macam-macamlah Pehah. Dah pergi bersiap. Ada orang mai tu...”.

Pehah tarik muncung. Orang datang beraya, dia pula yang nak kena mandi. Apehal? Bantal yang sejak tadi dalam pelukannya diletak ke tepi sebelum dia berbaring semula di atas katil, bermalas-malasan. 

“Eh budak ni kan...orang kata ada orang mai lagi dia dok baring pulak.”

“Pehah tak ada moodlah bang....” balas Pehah selamba. Mata dah dipejam rapat. Semalaman tak boleh tidur, kepala pun dah jadi ‘weng’.

“Pergilah mandi dan bersiap dulu. Lepas ni mesti hang ada mood. Abang berani jamin punyalah.” Pujuk abang long bersungguh. Pehah cebir bibir. Wajah abang long yang melebar senyumnya di pandang dengan penuh tanda Tanya.

“Tuuu...ada tetamu tunggu hang kat bawah...”

Tetamu?Siapa? Tak kan Zack kut!

“Siapa bang?” 

“Pergilah mandi dulu kut ye pun...”.

“Iyelah....Pehah tau lah. Sat lagi Pehah pi la mandi. Abang habaq la dulu, siapa yang mai?”

“Lelaki...dengan perempuan,” balas Abang Long lambat-lambat dengan sengihan.

Lelaki dengan perempuan? Zack...dengan kak Nura ke? Teka Pehah sendirian. Isyhhh...tak kan kut. Sangkaannya cuba dihalau jauh-jauh. Mau terbalik dunia ni kalau Zack yang datang.

“Tu...dok menung lagi. Pi siap cepat! Hang tak mau beraya rumah mentua hang ka? Orang dah mai datang ambik sini pun dah cukup baik tau” Abang long dah mula nak membebel.

Mentua? Pehah bingkas bangun sambil tayang wajah tak percaya.

“Zack mai ke bang? Betui ni?” 

“Zack? Siapa Zack?”.

“ Sss....” Tak jadi nak menyebut. Masih suami ke dia? Bukan ke malam tadi...... Pehah dah garu kepala sendiri.

“Oooo...nama laki hang tu Zack ka? Mana lah abang tau. Bukannya pernah jumpa pun. Dah...pi siap cepat! Tak baik buat orang tunggu.”

“Iyalah...iyalah,” balas Pehah perlahan sambil atur langkah ke bilik air dengan hati yang berbunga-bunga. Macam tak percaya je Zack datang semula hari ni!

******



“Abah kecewa dengan kamu Nura...” tutur abah perlahan. Mata abah tajam memandang tepat ke wajah Zainura yang tayang wajah kental tak berperasaan. Zahim disebelahnya hanya mampu mengeluh perlahan. Ibu pula hanya mendiamkan diri tapi tangan masih melekap elok dibahu menantu perempuannya yang tak berhenti menitiskan air mata sejak tiba tadi.

“Sepatutnya sebagai kakak, kamu halang dia dari buat benda bodoh macam ni. Pujuk dia, nasihat dia supaya berbincang dulu . Ini tidak. Kamu menyokong pula. Diam-diam kamu hantar dia balik sana, tinggalkan masalah lagi pada kita kat sini. Kalau kamu ditempat Pehah, apa perasaan kamu kalau Zahim buat hal yang sama? Ha?” marah abah berapi-rapi sambil mundar-mandir. 

Zainura tarik nafas panjang. Sesekali wajah Zahim disisinya dikerling buat ubat kuatkan semangat yang seakan goyah kali ini dalam nak mempertahankan adik bertuahnya tu. Memanglah kali ni Zack betul-betul buat hal.

“Nura tak menyokong. Membantah pun tidak sebab sebab Nura rasa  Zack dah cukup besar nak tentukan hidup dia sendiri abah. Dia bukan budak kecil lagi abah. Dia dah besar. Dah 22 tahun! Tak kan lah Nura nak paksa dia sukakan Pehah? Hal hati ni, bukan boleh dipaksa-paksa..”

“Suka, sayang semua tu boleh dipupuk Nura. Ibu dengan abah pun tak kenal antara satu sama lain waktu kami menikah dulu. Tapi Alhamdulillah, dengan masa berlalu kami boleh terima antara satu sama lain. Tapi kamu, apa yang kamu dah buat? Bukan nak bagi peluang mereka kenal sama sendiri, kamu siap bawa Zack lari jauh-jauh lagi kononnya untuk sambung belajar. Tapi hasilnya? Makin menjadi=jadi perangai tak bertanggungjawab dia tu. Pnadai buat masalah, lepas tu lari.”

Lari sebab nak sambung belajar pun salah eh? Bukannya lari sebab nak kahwin. Getus Nura dalam hati. 

“Okeylah. Kita semua tahu Zack ni akal panjang sikit...nakal sikit. Tapi abah pun tahu kan, Zack tak pernah timbulkan masalah sebelum ni. Dia nakal gitu-gitu je. Cuma pasal kawin tu...” kata-kata Zainura terhenti di situ sambil dia menjeling sekilas kea rah Pehah yang menunduk sejak perbalahan antara dia dengan abah bermula.

“Cepat atau lambat dia akan kahwin juga....”.

“Iya. Cakap abah tu betul. Tak ada yang salahnya. Masalahnya kat sini, dia kahwin dengan orang yang dia...” kata-kata Zainura terhenti lagi. Tergigit lidah nak meneruskan bicara bila orangnya ada sama disitu. Ahh...susahlah macam ni. Nak backing adik sendiri tapi....

“ Sudahlah Nura. Kamu tak habis-habis nak cakap pasal suka...pasal sayang. Dalam hal ni kamu pun bersalah sebab ikutkan saja bila dia ambil keputusan nak ceraikan isteri dia.”

Aku juga yang salah lagi? Zainura dah tekup kepala sendiri. Pening pula rasanya bercakap dengan abah ni. Suka cakap konar-konar. Last-last point yang sama juga. Salah dia!

“Tapi abah, Nura tak ada waktu semua tu berlaku. Hal tu hanya antara Zack dengan Pehah. Kalau Nura ada....”.

“Ahh, macamlah abah tak kenal dengan kamu . Suka sangat backing Zack tu. Sebab itulah dia jadi macam tu. Dimanjakan sangat! Ada masalah sikit, lari. Ada masalah sikit, lari macam pengecut. Dulu lepas kawin, lari. Dah elok balik sini, dia buat hal lagi. Lepas diceraikan Pehah,  lari semula. Dia ingat hal nikah kahwin ni main-main agaknya???”.

“Siapa kata Zack lari?”

Dan suara dari muka pintu itu benar-benar buat yang ada semuanya ternganga.


----> BERSAMBUNG ;-)

8 comments:

Anonymous said...

abahnya zaim..awak tu kawin ngan mak zaim bkn sbb kena tangkap basah..sbb tu sayang cinta bley dipupuk..
Sianlah zack asyik dipersalahkan..klu zack teruskan perkahwinan tu tp abaikan pehah kann lg berdosa..semua org tutup mata ttg kesalahan pehah yg perangkap zaim..

Anonymous said...

Sian zack..slh zack je yg nmpk..slh pehah tu x nmpk..tp kn apa motif si pehah perangkap si zack ye..zack x kenal pon pehah tu..sbr ye zack.. -eilsya-

Ezza Mysara said...

ngeeeee... nampak mcm saya akan sukakan cerita ni kak aifa!!

Anonymous said...

More pls..hehe..

juridah said...

Kesian pehah...sila balas dendam balik kat zack tu ya pehah!

Dhia Faaezah said...

Apa yg Zack nak buat ni. Jeng jeng jeng~ takkan nak bina semula hubungan dengan Pehah atas pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

juridah said...

Aifa...bila nak sambung cite ni huhuhu

Unknown said...

I don`t think dia kena perangkap right? comfused, pure coincidence wrong place wrong time. Betul tak?

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon