Followers

Thursday, October 17, 2013

Di bawah satu bumbung 4

" Cik! Cik tunggu!" panggil Iskandar dari belakang. Tapi si gadis masih laju melangkah tanpa menoleh walau sekali.

"Cik! Tunggulah dulu cik! Saya bukannya orang jahat. Saya cuma nak...".

"Nak apa?" sergah si gadis tiba-tiba. Terkocoh-kocoh Iskandar menekan brek kakinya yang sejak tadi melangkah selaju  mungkin. Bila melihatkan wajah tegas tapi masih menarik pada matanya itu, dia tayang sengih.

" Hello...." tegur gadis itu lagi. Cepat-cepat matanya yang tadi membulat tak berkerdip, di kelipkan berkali-kali.

"Aaaaa....boleh saya minta nombor telefon cik?".

Si gadis menggeleng laju.

"I don't have any phone."

Eh? Iskandar garu kepala. Tubuh gadis dihadapannya di renung dari atas ke bawah berkali-kali sambil akal ligat berfikir. Tetiba speaking london awek ni. Apehal? Tadi elok je bercakap. Dan kalau di lihat dari dressing yang biasa-biasa saja setakat seluar track bottom dengan t-shirt lengan panjang serta tudung bawal kosong, tidaklah menggambarkan dia ni typical girl dekat sini. Macam datang dari kampung je.

" I got to go...".

"Cik!" panggil Iskandar pantas, sepantas lengannya menyambar pergelangan tangan si gadis.

" Please...let my hand go..or else...".

"Eh, sorry..sorry. Okey, bagi saya 5 minit je...".

"Make it fast."

Iskandar telan liur. Mak aihhh, boleh tahan sombong juga 'ayam kampung' ni. Dress biasa-biasa tapi cakap berhabuk dan boleh tahan berlagak juga. Entah-entah, dia ni anak orang kaya yang menyamar jadi orang biasa-biasa sebab nak kebebasan keluar sendiri tanpa bodyguard tak?

"Time is ticking....sir."

"Ooohhh.Ya. Macam ni, saya perlukan nombor phone awak supaya saya boleh bayar semula duit untuk panadol tu."

"Pardon?"

"Panadol. Bukan ke tadi, awak tolong saya bayarkan panadol yang saya beli tadi tu kan? Saya nak bayar semula pada awak pun, saya tak bawa wallet. Jadi, kalau cik bagi saya nombor telefon cik bolehlah kita jumpa lagi lepas ni. Nanti saya bayar semula duit cik tu eh".

Si gadis langsung tarik senyum.  Resit bayaran dari dalam beg plastik di bawa keluar sambil menyoroti list yang tertera. Tak lama kemudian bil itu ditayang pula pada Iskandar dengan senyum sinis.

"Aaaa...sorry. Saya terlupa. Awak bayar barang yang awak beli dan saya bayar barang yang saya beli tadi kan? Maaf ye! Hahaha. Kadang-kadang saya ni blur sikit. By the way, your name?".

Si gadis masih lagi  menggulum senyum dan sesekali kepalanya menggeleng.

" I really got to go. Assalamualaikum......".

"Waalaikumussalam......" balas Iskandar lambat-lambat sambil hanya mampu memerhati si gadis hilang dalam perut kereta MyVI kuning yang hanya jarak beberapa meter saja di parkir dibahu jalan itu.


*****

"Kamu ni dah kenapa Nia? Tercungap-cungap je akak tengok. Kena kejar anjing ke?" soal Kak Ton sambil beri isyarat ke kiri sebelum kereta itu meluncur laju memasuki lalauan utama bandar itu.

"Ada orang gila kak!"

"Orang gila? Bukan akak dah pesan pada kamu, jangan baik hati sangat Nia. Tak payah kamu nak derma dekat orang yang duduk tepi jalan tu. Bukan semuanya pengemis, ada tu akal dah tak berapa nak centre dah!"

"Bukan kak! Orangnya saya ketemu dari dalam kedai lagi . Dia bilang sama saya, mahu minta nombor telefon saya untuk bayar semula wang yang saya bayar untuk barang nya. Walhal, saya tak buat begitu kak. Dia  bayar barangannya dan saya juga begitu. Iya, tapi pada awalnya orang di kaunter itu sudah tersilap kira. Itu saja. "

"Dah tu? Kamu cakap apa dengan dia? Kamu cakap dengan dia, macam kamu cakap dengan akak ni ke? ".

"Iya mestilah tidak kak. Saya cakap bahasa inggeris.  Bukan kak Ton udah pesan sama saya, cakap bahasa inggeris sama orang yang tidak dikenali? Lagi pula saya takut, kalau-kalau dia polisi."

"Hah?" Kak Ton berpaling, sambil mata membulat memandang ke arah Nia di sisinya.

"Kamu masuk sini pakai pas pelawat kan?".

Laju Nia angguk.

"Dah tu, yang kamu risau sangat kalau jumpa polis kenapa pula?".

Kali ini Nia terdiam sebelum jungkit bahu. Tergelak besar Kak Ton dibuatnya.

"Kamu ni Nia, itu pun kamu tak faham lagi ke. Tak adanya lah bapak polisi tu saja-saja nak mintak nombor telefon kamu. Kalau dia nak tangkap kamu, dia tangkap terus je.  Tak payah nak minta nombor phone, call dan tangkap kamu esok harinya. Apa, dekat sana dulu...tak ada ke lelaki ganteng yang cuba menaksir kamu dengan gaya begitu?".

"Menaksir saya? Iya, tak adalah kak. Lagi pula, rasa pelik pula kalau hendak menaksir orang sambil minta nombor telefonnya."

Kak Ton dah tepuk kepala berkali-kali. Datang dari ceruk banjaran mana agaknya si Nia ni? Tak kanlah hal macam ni pun dia tak tahu. Atau, cuma dia sendiri yang tak terdedah dengan perkara begini? Hailah, suci sungguh budak Nia ni. Nasib baik datang minta kerja pada Encik Syafiq yang baik tu. Kalau terjumpasi kembarnya lain maknya,  encik ISkandar yang buaya tu? Mau kena ngap!

"Ganteng enggak?" soal Kak Ton setelah sekian lama suasana dalam kereta itu jadi diam.

"Siapa kak?".

"Iya, lelaki tadi itulah."

Nia gelak kecil sebelum tangannya di bawa ke bawah dagu, lagak sedang memikir.

"Mana ganteng dengan encik Zam?" soal Kak Ton lagi.

" Iya, antara orang gila tadi dengan encik Syafiq, mungkin...encik Syafiq lebih....".

"Akak tak ada sebut pun pasal encik Syafiq....".

"Ha? Bukan..tadi akak..." soal Nia dengan kening terangkat.

" Akak cakap, akak tak ada sebut pun pasal Encik Syafiq. Tadi, akak sebut nama Encik Aizam."

"Tapi kak ton....".

Kak TOn dah mula sambung gelaknya yang terhenti tadi hinggalah mereka sampai di perkarangan rumah teres setingkat itu membiarkan Nia terus berkira-kira sendiri nama yang disebut dek Kak Ton sebenatar tadi. Bukan Encik Syafiq rupanya!


*****


"Uhuk!Uhuk!Uhuk!".

"HIsyhhh..kau ni Fiq, tengah serius brainstorming pun kau boleh tersedak ke!" tegur Aizam sambil mata masih di tala ke arah skrin komputer ribanya. Tangan pula lincah menekan klik pada tetikus.

"Dah nak tersedak, nak buat macam mana?" balas Syafiq perlahan sambil teguk gelas berisi air kosong dihadapannya sebelum sambung melakar.

"Entah-entah, kembar kau tu tengah meratib nama kau kut!" tebak Aizam sambil tawa meleret. Berdecit perlahan Syafq bila soal kembarnya itu dijadikan topik utama di balik kesibukan mereka menyiapkan design untuk ruang tamu dan ruang makan banglo mewah milik Dato Haslam. Macam dah tak ada nama lain nak disebut.

"Ape kes nak meratib nama aku pula. Kalau dia berzikir, kan ke bagus?".

"Dah jumpa mak esah, apa barang pula nak berzikir? Ratib lah nama kau kan?".

"Maksud kau?" . 

Gerakan tangan Syafiq terhenti. Wajah Aizam yang sejak tadi masih lekat di hadapan skrin dipandang, minta penjelasan lanjut. Siapa pula Mak Esah tu?

"Kau tak rasa ke yang selama ni, kau dengan Iskandar tu macam ada satu tenaga dalaman yang bersambung. Ala-ala, kalau dia ratib nama kau banyak kali....dia boleh tahu apa yang bermain difikiran kau. Itu semua hasil bantuan Mak Esah lah tu. Haaa...sebab itulah sebelum ni semua design kau dengan dia ala-ala sama je."

"Adoii!" Aizam menjerit kecil bila kepalanya dijentik perlahan.

"Sakitlah woii!".

" Haaa...nasib baik kau masih boleh rasa sakit. Kalau dah tak rasa, aku rasa aku kena bawa kau jumpa pakar otak lepas ni. Apa punya alasan kau ceduk ni Zam? Banyak sangat tengok movie agaknya. Bukan ke ketersamaan design kita sebelum ni disebabkan si Nazirah tu dok bocor pada Is? Tak ada kaitan lah dengan segala benda mak esah yang kau cakap tadi. HIsyhhh..khurafat percaya benda macam tu Zam!".

"Ala...khurafat..khurafat pun, masih ramai lagi yang layan mak esah tu kan? Dah tu, kalau bukan si Is tu yang meratib nama kau...siapalah lagi? Mama kau? Kau baru saja balik kelmarin kan? Nak kata awek, kau mana ada awek!".

Syafiq mengerling sekilas Aizam sebelum sambung melakar.

" Awek..awek tak payah sebutlah. Sampai masa, aku terus kahwin je. Senang!".

"Calon pun tak ada, ada hati nak kahwin terus. Pigidah!" ejek Aizam sambil tertawa kecil. Kerjanya yang terhenti tadi disambung semula sebelum dia terjerit kecil.

"Haa!"

"Apa jerit-jerit ni Zam?" tegur Syafiq malas-malas.

"Nia!".

Lakaran Syafiq terhenti seketika. Pensil di tangannya kemudian di pusing berkali-kali sambil keluhan dibuang.

"Zam...kita ada banyak kerja tak siap lagi ni. Boleh tak kalau kita fokus? Hmmm?".

"Entah-entah, Nia sebut nama kau tak?" soal Aizam. Langsung tak diendahkan teguran Syafiq tentang fokus tadi.

"Aku? Ape kes budak tu nak menyebut pasal aku malam-malam buta ni?".

"Alah, dah tentu-tentu malam macam ni dia dengan Kak Ton tengah buat pillow talk. Bukan ke Kak Ton dah ajak Nia duduk dengan dia?".

"Tak kisahlah Pillow talk ke...Mattress talk ke...tapi kenapa aku? Boleh tak kau petik nama orang lain?"

" Sebab kau je yang masih  bujang lagi dan masih available?".

Syafiq gelak kecil sebelum geleng kepala berkali-kali. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas sebelum kertas artwork nya di tutup perlahan.

"Dah lewat ni Zam. Kau pergilah balik. Kita sambung kerja kita dekat ofis esok ye."

"Alah kau ni, relekslah. Aku kan bujang sekarang ni. Wife aku balik kampung sebab berpantang. Kalau kita nak buat kerja sampai subuh pun aku okey je. Amacam bos?"

"Tak akan jadi kerjanya kalau kau dok sibuk melalut pasal si budak indonesia tu." balas Syafiq sambil bangun dan melangkah ke arah peti sejuk. Kotak susu dibawa keluar sebelum isinya dituang ke dalam gelas.

" Huisyhhh..kau janganlah macam ni Fiq. Statment kau tu boleh mendatangkan kemarahan seantero asia tenggara kau tau tak? Indonesia ke, Singapura ke..sama je. Yang penting, kita ni bersaudara. Sesama islam yang masing-masing cari rezeki dekat negara Malaysia ni kan? Tak payah nak 'assabiyah' sangatlah! Lagipun, budak tu ada namalah. Nama dia Nia...".

"Nia ke..Niah ke..Peah ke...".

"Okeylah...okeylah. Sebelum kau terus membebel, baik aku blah dulu. Kau ni kan..hisyhhh." Aizam tutup komputer riba dan terus mengemas serakan kertas dihadapannya dalam satu fail.

"Sebelum aku balik, aku nak tanya kau ni."

"Hmmm..apa dia?".

"Kau tak nak tahu nama sebenar Nia tu?"

"Zam!".

Aizam tawa mengekek sebelum hilang di balik pintu masuk apartment itu. Tersengih Syafiq sendiri mengenangkan kenakalan Aizam. Sibuk sangat nak kenenkan dia dengan budak baru tu. Entah apa-apa!
Macam tak cukup gadis dekat JB ni nak dia kenalkan. Boleh pula budak yang baru datang dari salah satu kawasan dalam kepulauan Indonesia tu yang dia calonkan. Tak masuk akal sungguh!

"Nama dia, Dania Almayanti!" jerit Aizam tiba-tiba dari pintu utama yang tiba-tiba terkuak.

"Zam! Just go!".

"Okey...Nite bro!"

Kali ini, rasanya Aizam benar-benar balik bila pintu utama apartment itu masih tertutup walau 10 minit sudah berlalu. Dan baru saja dia nak atur langkah masuk ke bilik tidur, telefon bimbitnya bula berbunyi.

"Ada apa lagi Zam?".

"Bos, aku dah sampai umah dah."

"Dah kalau rumah kau tu setakat blok sebelah aku ni je, memanglah dah sampai. Ini, sejak bila pula kau kena report pada aku bila sampai rumah ni?" soal Syafiq kehairanan. Buang tebiat ke apa Si Aizam ni. Bini tak ada baru 2 minggu dah 'weng' satu badan.

" Aku nak biasakan kau dengan keadaan macam ni. Nanti-nanti, bila kau dah ada awek tak adalah kau terkujat beruk bila awek kau dah ala-ala GPS...dok keep track kau dah sampai umah ke belum. Ada faham?".

"Pergi tidurlah Zam. Good nite...".

" Eh...nanti dulu! Kau jangan lupa apa aku cakap tadi tau Fiq...".

"Hmmmm...yang mana satu ni?".

"Nama dia...nama dia Dania Almayanti! Hahahahah..nite Fiq! Mimpikan Nia ye....".

"Siut!" jerit Syafiq sebelum telefon bimbitnya dibaling ke atas katil. Tubuhnya kemudian dilemparkan sama lalu syiling bilik itu jadi mangsa renungannya buat beberapa seketika.

"Nia...Dania Almayanti....heh....macam-macamlah kau ni Zam!" bisik Syafiq perlahan. Matanya dilelapkan sambil nafas ditarik dalam-dalam.

"Dania Almayanti.....she's something...." bisiknya lagi sebelum da terlelap hingga ke subuh.

Nia...Nia...tak habis-habis si Zam ni! - karl syafiq-

5 comments:

Unknown said...

best....

Aida Sherry said...

semakin menarik.....

FarRaf RaFar 89 said...

Best kak cpt2 smbung tau

Anonymous said...

eemm ntah la..rasa tak best lak ada indun...
mungkin citer ni bkn selera saya...sori kak aifa

Anonymous said...

Interesting!

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon